Monday, June 7, 2010

'RACHEL CORRIE'.TUN M CETUS INTIFADA KE 3 .


siapa ikon di sebalik kapal konvoi palestina bernama 'rachel corrie' ? apa sumbangan ikon ini terhadap kebangkitan intifada penduduk palestin ? kenapakah nama rachel corrie digunakan sebagai ikon kebangkitan rakyat palestin ?

nama sebenar rachel corrie adalah rachel aliene corrie. rakyat biasa daripada golongan pertengahan amerika. lahir pada 10 april 1979 dan beliau mati pada usia 23 tahun.

rachel corrie menganggotai kumpulan international solidarity movement (ISM) sebagai platform NGO masyarakat antarabangsa membantah kekejaman regim zionis terhadap nasib masa depan rakyat palestin.


rachel corrie menganggotai ISM manakalan anwar ibrahim menganggotai ICG,sebuah pertubuhan yang jelas menyokong segala dasar kekejaman regim zionis. rachel corrie mula bergiat aktif sebagai aktivif palestin apabila dia menginisiatifkan satu gerakan kerjasama diantara olympia (tempat tinggal corie) dengan bandar rafah.

disinilah gerakan corrie menentang kekejaman regim zionis bermula.
apakah punca kebangkitan penduduk asal amerika bernama rachel corrie melakukan penentangan luar biasa terhadap regim israel ? puncanya kerana perobohan penempatan penduduk palestin di rafah,pembinaan penempatan haram penduduk haram israel di bumi palestin dan sekatan ekonomi terhadap hak penduduk palestin.

tanggal 16 mac 2003 merupakan klimaks terakhir perjuangan rachel corrie. dia berada di rafah mengadakan demonstrasi,membantah gerakan zionis iaitu israel defence force (IDF) yang menjalankan operasi perobohan rumah-rumah penduduk palestin.

walaupun rachel corrie mengikuti amalan biasa dalam proses mengadakan demosntrasi seperti memakai baju jaket floresen,menggunakan pembesar suara namun ia tidak menghalang daripada gerombolan IDF menghancurkan rumah penduduk palestin.

rachel corrie adalah pejuang kemanusiaan sejagat,apabila berani menggunakan tubuhnya sebagai perisai manusia menghalang buldozer kepunyaan zionis menghancurkan rumah penduduk palestin. rachel corrie melutut di depan buldozer IDF, namun zionis mana mungkin tidak berperangai binatang. tubuh rachel corrie dilanggar oleh buldozer IDF, tamatlah satu lagi pejuang palestin yang datangnya daripada negara amerika.




hari ini nama rachel corrie timbul lagi, setelah 7 tahun ia menyepi. tetapi rachel corrie yang muncul hari ini bukanlah kebangkitan jasad sebenar rachel corrie, sebaliknya ia digunakan sebagai nama kepada kapal pengaman bantuan terhadap penduduk gaza.

nama rachel corrie diabadikan sebagai kapal pengaman bantuan palestin. kenapa tun mahatir sebagai pengasas Perdana Global Peace Organisation (PGPO), tidak menggunakan nama-nama syuhada kebangkitan palestin lain sebagai alternatif ?
kenapa PGPO tidak menggunakan nama syeikh ahmad yasin ?

kenapa PGPO tidak menggunakan nama yasser arafat ?
atau nama-nama syuhada palestin yang seangkatan dengannya.

disini terletaknya kebijaksanaan tun m. menggunakan nama pejuang palestin kelahiran amerika sebagai pencetus kebangkitan seluruh dunia menentang kekejaman israel terhadap nasib palestin. terlalu banyak insiden bantuan terhadap palestin yang hampir dilupakan penduduk dunia.

berita-berita harian yang menunjukkan perobohan rumah palestin,rampasan tanah penduduk palestin,kesialan kerajaan mesir menutup bantuan melalui jalan darat, sebenarnya telah menyemarakkan semangat pemimpin tertua pencetus kebangkitan intifada tun mahathir mohamad untuk berentap semula dengan zionis.

tun mahathir sudah tua, namun juang semangat mempertahankan maruah umat islam tidak pernah padam di hatinya. bosnia pernah diganyang dan dibiarkan mampos oleh serbia dan kesatuan eropah. bosnia itu majoriti islam terbesar selepas turki, maka untuk menghalang kebangkitan islam di eropah, bosnia harus dibiarkan hancur.

sama agendanya eropah membiarkan palestin pupus demi survival regim zionis.
tun mahathir bukan sekali menyanggah dunia.sewaktu perang bosnia/serbia, tun mahathir telah melakukan inisiatifnya yang tersendiri. berkerjasama dengan dengan brunei,turki dan saudi arabia menghantar bantuan-bantuan kepada pejuang islam di bosnia.

hari ini tun mahathir melakukan perkara yang sama.zionis perlu diangkat dan iiktiraf perbuatannya sebagai aksi teroris dan pengganas. usaha melabelkan israel ini benar-benar telah menusuk hati pimpinan dunia.

vietnam hari ini menangguhkan lawatan shimon peres ke ho chin minh sebagai membantah sikap tidak berperi kemanusiaan regim melayan konVoi bantuan ke palestin.


anwar ibrahim,produk terbaik zionis selama berpuluh tahun bakal mati daripada mendapat bekalan kewangan dan sokongan moral. hari ini dia mengaku dia anggota ICG sebuah pertubuhan zionis tertua yang anti islam.

anwar sudah tertekan dengan keterlanjuran pengakuannya. dia sudah terlajak kata. mengikut maklumat yang diterima, negara-negara arab seperti qatar dan uae sedang meneliti semula dasar perhubungan mereka dengan anwar.

anwar adalah proksi zionis dan ini tidak menyukarkan beberapa negara arab untuk memutuskan hubungan dengan anwar.
tun mahathir adalah contoh kepimpinan terbaik yang lahir daripada umno. jelas dia adalah pejuang sejagat. tun mahathir secara tidak langsung telah check mate anwar di mata luar.anwar mati langkah pada setiap kali pertembungannya dengan tun mahathir.

pemimpin umno yang ada hari ini punyai keberanian bertaraf plastik.dari atas sampai ke bawah.jika dasar pertahankan hak melayu pun mereka takut untuk pertahankan,apatah lagi dasar mahu pertahankan nasib islam di peringkat antarabangsa ?

pas sudah jauh menyimpang dan tidak mampu berpatah balik mempertahankan islam/melayu kerana mereka sudah gian menjilat setiap masa kahak-kahak hijau dari ludahan anwar dan dap.

masanya sudah tiba untuk tun memimpin semula !

47 comments:

Ubor Kebenaran said...

masanya sudah tiba untuk tun memimpin semula !
Sokong 120 %,

Semoga Allah swt sentiasa memberkati segala usaha Tun Dr Mahathir dan melindungi nya dan keluarga nya

Anonymous said...

Setuju Tun M jadi PM 10000000%

Abu Garcia said...

Salam.

Sama ada kita mahu akui atau tidak, kita sekarang masih tercari-cari barisan pelapis kepimpinan yang berkaliber dan sepemikiran seperti TDM.

Kita memerlukan pemimpin yang hebat sepertinya yang mendapat pengikhtirafan antarabangsa. Hanya dengan pemimpin sebegini barulah dunia dapat melihat kita. Sekurang-kurangnya kita dihormati oleh negara-negara OIC, NAM dan Asean. Sama ada kita disukai atau dibenci oleh kawan dan lawan, itu tidak menjadi isu. Yang penting suara kita tetap menjadi perhatian.

Kini, kita entah di mana. Barisan pemuda dan kepimpinan UMNO kini masih gagal mengejar aspirasi perjuangan sepertimana TDM lakukan sejak dulu.

Barisan yang ada kini lebih berminat dengan kuasa untuk kepentingan material. Mereka juga terlalu menginginkan sokongan kaum lain sehinggakan sanggup mengadai kepentingan bangsa. Segalanya mahu disamaratakan sedangkan samarata tidak semestinya adil. Segalanya mahu diliberalisasikan. Apa makna semua ini?

Sudah sampai masakah kita perlu menyerahkan kuasa politik yang ada pada kita sepertimana tiadanya kuasa ekonomi sejak merdeka?

Anda jawab.

Anonymous said...

Ya Allah...panjangkanlah umur Tun. Berilah dia kesihatan yang baik. Rahmatilah dia dan keluarganya. Peliharalah dia dan keluarganya dari fitnah dan kecelakaan. Apabila sampai ajalnya...permudahkanlah matinya dan urusan Mu padanya...Amin.

Anonymous said...

Saya sokong Tun Mahathir kembali memimpin Umno

Sangtawal Sakranta said...

Salam Gap,

Terima kasih atas artikel yang baik ini,

semoga Allah swt memberikan kesihatan dan kebijaksanaan yang berterusan buat Tun.

kepada sesiapa yang pernah terserempak Tun atau bersalaman dengan Tun di masjid atau dimana-mana pasti akan merasakan 'ada sesuatu' aura atau energi hebat yang terpancar dari jiwa dan semangat juangnya yang tak pernah padam walaupun dia cukup sederhana dan nampak humble...

tentu ada perkara yang belum selesai bila Tun berkata ...Perjuangan yang belum selesai..

sila baca di : mistisfiles.blogspot , artikel terbaru tulisan pakar sejarah srikandi ... lihat gambar bentuk rekaan KLCC dan bandingkan dengan senibina candi lama dan puing-puing sejarah tinggalan empayar Sriwijaya! anda semua pasti terkedu...

Bila Tun bina Putrajaya di daerah hutan rimba yang dipercayai bekas tinggalan sebuah negarakota... maka sudah pasti Tun dapat menduga apakah kesudahannya..

salam perjuangan.

wassalam.

Anonymous said...

masa akhirnya mendedahkan siapa sebenarnya yg betul dan siapa yg salah.pada 1998,Tun M dikecam dgn begitu hebat oleh kawan dan lawan.seolah2 tiada peluang bagi beliau utk menjadi antara tokoh yg disanjung rakyat negara ini.tapi ALLAH s.w.t maha berkuasa dan maha adil.Tun teruskan prinsip perjuangannya dgn sabar.beliau terus memperjuangkan hak org islam di palestine dan bosnia.beliau lantang mengutuk regim israel tanpa mengira akibatnya.kerana ALLAH dan kerana Islam Tun berjuang.tak payahlah kita bincang tentang apa jasa PAS selama ini utk org Islam keseluruhannya.PAS dulu menghina Tun dgn macam2 gelaran.memfitnah beliau dgn penuh rasa bongkak.PAS kena ingat satu perkara penting..iaitu,kita semua belum tau siapa kita di sisi ALLAH s.w.t....jgn la takbur dan over confident.kepada Tun M..teruskan perjuangan anda..bela lah mereka yg memerlukan selagi termampu.semoga ALLAH s.w.t memberkati usaha Tun.

Anonymous said...

Tun M memimpin semula? Dia tidak diterima oleh majoriti ahli UMNO yg korup dan tidak bermaruah. Dia tidak akan terpilih! Lainla kalau Tun M dan Perkasa.....

ariffaiman said...

Kembalikan Tun M sebagai PM...

Anonymous said...

Salam Tuan,
Rencana tuan memang menyentuh perasaan. Tun Mahadhir memang tokoh yang terbilang. Kepimpinan Tun masih diperlukan. Gerak kerja Tun cukup berkesan dan berpandangan jauh. Perjuangan untuk membebaskan Palestin pasti diteruskan hingga berjaya.

Syed anak Kedah

ariffaiman said...

Saya pernah cadangkan kembalikan Tun M sebagai PM, pasti UMNO dan Melayu kembali kuat dan berkuasa semula, InsyaAllah...

Tok We said...

Saya menitiskan air mata membaca artikel anda. Air mata saya bukan sekadar terharu dengan kebijaksanaan, kehebatan dan keberanianTun M tetapi sedih kerana ada 'pemimpin' yang mendampingi Yahudi demi survival politik dan mabuk kuasanya. Sedih kerana 'pemimpin' berketayap putih yang sedang lahap menjilat kahak kafir harbi.

Unknown said...

tahniah setinggi tingginya atas artikel tuan , saya terkedu ..rasa syahdu , marah , dendam , segalanya bersatu dalam diri ,

saya rindukan zaman kegemilangan melayu , sya rindu zaman kekuasaan melayu , saya rindu era zaman Tun M , kini segalanya jadi kenangan ..

kini , melayu mengemis simpati dan pertolongan kaum lain utk terus berdiri , melayu sangat berpecah belah malah sanggup menghancurkan bangsa sendiri untuk mendapatkan kuasa politik , sanggup jadi pengkhianat , talibarut negara luar ,
melayu semakin layu , melayu mudah lupa , melayu menuju jurang kehancuran , melayu jadi bahan dagangan ...
bangsaku diperkotak katikan sesuka hati , aduhai bangsaku ..

melayu mesati besatu , tiada pilihan lain demi kelangsungan hayat bangsa , jangan biarkan tanah bertuah ini tergadai , terlepas ketangan orang lain ,
kita singkirkan petualang2 bangsa , pengkhianat dan talibarut negara luar , kita masih punya masa utk bertindak sebelum terlambat ,

Naz said...

kalau nk Tun jd PM mungkin susah sikit lah...mungkin ramai akan kata Tun gila jawatan, tp kalau Tun jd Penasihat kepada PM mungkin itu lagi bagus....

Anonymous said...

Tun takkan kembali sbg PM..ramai yg taknak lihat Tun dihina spt dulu..biar lah Tun dengan kerja jihad nye..itu lebeh mulia..moga semua amalannye di terima ALLAH SWT..sangat menyayangi Tun..

PARPUKARI said...

Wow! Dasyat Bro lu punya research! Aku tabik kau bro! Satu pendedahan yang sangat bagus!

Keep up the good work!

TUN DR MAHATHIR ADALAH PEJUANG ISLAM YANG SEBENAR! WALAU TAK BERSERBAN MACAM AHLUL PAS NAMUN JIWA ISLAM DIA LEBIH HEBAT DARI MEREKA!

MAMPOS KAU ANWAR!

AzieYassin (Raveneye) said...

Apa-apa pun yang Tun pilih untuk berdiri dimana-mana, saya tetap akan berdiri dengannya untuk meninggikan martabat Islam dan Melayu. Hidup Tun!!!

Walaupun perjuangan saya tak kelihatan dan tak setanding orang lain, namun itu lebih baik daripada jadi talibarut, macam yang 'sekor' lagi tu, betul tak?

Esperalzi said...

Aku pun ada hantar komen tentang kisah wanita bernama Rachel Corrie
kepada akhbar online Turki, Hurriyet Daily News di ruang Reader's Comments. Komen aku di situ seperti berikut:

Guest - Esperalzi Malaysia
2010-06-05 20:29:12
Rachel Corrie...after her the ship is named...was an American woman who died being bulldozed and crushed by an Israeli army bulldozer in 2003 while she bravely stood in front the house of a Palestinian family to prevent that house from being razed by the Israelis. Rachel Corrie was not a Muslim. Thus, the question of her being an Islamic extremist or an Islamic radical simply does not arise.She was just being human and humane. So, my dear Turkish friends, being on the side of Gaza Palestinians does not make you Islamic extremists or radicals just be like some Israelis and their supporters are trying to make it out to be. It is perfectly human to feel for the agony and sufferings of other human beings. The people of Gaza are human beings.

Source: http://www.hurriyetdailynews.com/n.php?n=israel-threatens-to-board-gaza-bound-aid-ship-2010-06-05


Aku tulis di Hurriyet sebagai sumbangan kecil terhadap proaganda Yahudi/Zionis bahawa semua aktivis atas kapal2 Blue Marmara & Rachel Corrie adalah pengganas/fanatk Muslim..

Aku Anak Malaysia said...

TDM memang antara apemimpin yg aku kagumi.

Biasalah. Manusia sememangnya tak perfect termasuk TDM tetapi apa yg aku dapat simpulkan secara overall TDM ialah pemimpin yg paling berkaliber skali. Even LKY pun takut dgn dia. Bangsa2 lain pun tak berani nak bersuara.

Nama Rachel Corrie sudah cukup memberi gambaran tentang kebijaksanaan Tun.

Sbb kita sedia maklum jika impact memberi nama mcm Yaseer Arafat tak beri kesan global kecuali nama itu mempunyai kisah disebaliknya.Lebih lagi rakyat Amerika sendiri.... dimana memberi kesan kepada global khususnya masyarakat Amerika. Begitu juga dgn nama lain seperti James Miller & Iain Hook pun akan diingati smeula.

-Aku Anak Malaysia-

Esperalzi said...

Ketua agensi perikian Israel MOSSAD, MEIR DAGAN, mengakui bahawa Israel semakin menjadi beban dan bukan lagi aset kepada Amerika Syarikat (AS). Kenyataan Dagan ini sehubungan juga dengan insiden serangan komando Zionis ke atas kapal humantarian Turki, Blue Marmara (Mavi Marmara)

Ini sedutan laporan media kenyataan Dagan:

Speaking today in the Foreign Affairs and Defense Committee of the Knesset (Israeli Parliament) Mossad Chief Mair Dagan warned that Israel is no longer an “asset” to the United States and is increasingly becoming a burden

Dagan also discussed the attack on a Gaza aid ship, saying that the army had initially considered simply sabotaging the ship and leaving it stranded in international waters, but decided against it over fear of a “humanitarian crisis.” Instead Israeli commandos boarded the ship guns a-blazing, and killed at least 19 aid workers.

Sumber: http://news.antiwar.com/2010/06/01/mossad-chief-israel-becoming-a-burden-to-us/

Aku percaya zaman kegemilangan Israel sedang mula BERAKHIR dan kini negara apartheid dan rasis Yahudi yang didirikan puak2 KHAZAR dan ASHKENAZI Eropah Timur sedang menuju KEHANCURAN.

Israel yg dulu sangat hebat dengan operasi ketenteraan beribu batu dari negaranya kini nampak begitu bengong, bodoh serta gagal dalam operasi terhadap Mavi Marmara. Segala yg mereka buat semua tak menjadi. Zaman kegemilangan mereka di era DAVID BEN GURION, MOSHE DAYAN, GOLDA MEIR dan LEVI ESHKOL sudah berkahir. BIBI NETANYAHU, TZIPI LIVNI, AVIGDOR LIEBERMAN, EHUD BARAK, dll, semuanya BANGANG2 Israel yg kini sudah kelam kabut tak tau macam mana nak pimpin Israel..

Mereka kalah dalam Perang Israel-Hezbollah 2006 di Lebanon di mana Hezbollah berjaya melancar roket hingga ke Haifa, Israel's second city after Tel Aviv, dan memaksa orang2 Yahudi di sempadan Lebanon-Israel lari sorok bawah tanah macam tikus serta terpaksa kosongkan selama 3 bulan bandar2 sempadan spt Kiryat Shmona, Hadera, Rosh Hanikra dan Metulla. Roket Hezbollah bahkan sampai jauh ke Tiberias di Galilee dan Jericho di Tebing Barat. Tel Aviv sengaja tak diserang Hezbolllah. Semua ini tak pernah berjaya dilakukan mana2 negara Arab sejak 1948. Hezbollah Boleh!

Orang Yahudi sangat ketakutan sekarang ini kerana dominasi mereka sudah goyah. US mungkin lari dari mereka setelah sedar bahawa Israel adalah beban, monopoli nuklear mereka di Timur Tengah akan berakhir kerana Iran pasti muncul sbg kuasa nuklear Muslim kedua selepas Pakistan. Syria semakin kuat dan tak sembunyi2 beri senjata pd Hezbollah.

Kadar kelahiran Yahudi sgt rendah di Israel dan Tebing Barat tapi Arab beranak merenyut2 macam arnab baik di Isarel dan di Tebing Barat & Gaza, dlm masa beberapa dekad Yahudi jadi minoriti di Israel.

ALIYAH tak berfungsi spt dikehendaki Israel kerana lebih ramai Yahudi keluar tinggalkan Israel dari yang datang ke Israel. Yahudi2 Russia, Eropah Timur dan Yahudi Israel sendiri lebih suka ke Amerika, Canada dan Eropah Barat, malahan ramai yg mau balik ke Eropah Timur yg kini sudah demokratik.

Tentera Israel yg muda2 berumur belasan tahun tak seberani dan sesemangat pendiri2 Israel dalam tahun 1940an-1970an. Tentera Israel kini banyak terdiri dari gays dan lesbians kerana Israel secara legal menerima gays dalam tenteranya. Mereka sangat takut utk berperang dgn Hezbollah di Lebanon kerana Hezbollah sangat menggerunkan mereka. Di Gaza sendiri pun mereka tak berani masuk lama2..

Kehancuran israel sudah dijanjikan Allah..Insyallah

Anonymous said...

Berilah Tun waktu untuk berehat..
Jangan suruh TUN memimpin semula... tapi kita teruskan kepimpinan dan amanat TUN..
kita perlu mencontohi dan meneruskan perjuangan TUN.

Anonymous said...

aku amat kagum ngan Tun M..cyes,pemikiran die mmg melankaui batasan..alhamdulillah ALLAH kurniakan kebijaksanaan kepada seorang pemimpin di M`sia..contohi lah beliau..semoga anak2 muda zaman skarang dpt berfikir dan bertindak seperti Tun M..jgn asek dok layan AF je..GAP,kalau da xde isu pasni,tlg balun AF plak..bia rancangan 2 berkubur..nyampah aku..

-didi-

ok lah tu said...

AKU RASA TAK LAMA LAGI MALAYSIA JADI CAM TAHILAND LA

KORANG INGAT TU NAMA ANAK JANGAN
SEKALI2 TARUK NAMA ANWAR

ATAU KHAIRI JAMALUDIN
ATAU KULI..

NI SEMUA TARAK GUNA PUNYA ORANG..

NAK JADI PM.. HABIS NEGERI HABIS KAMPUNG...HABIS NEGARA..
HABIS DUNIA...

TAPI MELAYU PUN ADA INTIFADAK JUGAK..TENGOKLAH NANTI...


GAP KAPAL YG KEDUAPULUH LIMA NANTI AKU TARUK NAMA GAP SHIP.. OKEY..

Anonymous said...

Salam semua . . .Awat hangpa tak perasan lagi ka ..? Tun tak payah jadi PM dah . . Pasai apa . .? Dia tak jadi PM sekali pun . .dia dah macam Murshidul Am MALAYSIA dah pun . .Dia tak syok dengan Pak Lah . .Pak Lah bungkussss . . .Dia tak syok dengan KJ . .KJ dok keghaih lagu tu la . .Boleh jawatan KP tapi takat boleh askar wataniah ja la . . Tun buat press conferance . . .satu dunia punya 'press' mai berkumpui . . Aku ingat kau dia istihar PERKASA parti politik baru bagi orang2 melayu . . .Aku yakin dan confirm UMNO akan lenyap terus . . .PKR dan PAS silap2 akan terima nasib yang sama tapi tak seteruk UMNO... Jadi kepada para pemimpim2 UMNO . . kalu hangpa tak boleh jaga bangsa melayu dan islam . . Tunggulah . .PERKASA akan ambil alih . .

- Mamak -

melayulupalagi said...

anuar "bengang" TDM dan mukriz org kuat di sebalik konvoi bantuan ke gaza..pas / pkr bila lg nax anta org p gaza anta misi bantuan...

Anonymous said...

Salam GAP,
Dah lama aku tak bagi komen dlm blog ko ni walaupun setiap hari aku mengikuti blog ko ni.Dua tahun lepas aku ada katakan ttg Tun ni.Betapa aku rindu dgn kepimpinan Tun,rakyat dpt tidur dgn lena bila krisis kewangan 1997 dulu,sebab ada org mcm Tun.Sekarang ni UMNO terlalu tunduk kpd kaum2 lain,terlalu ambil hati kaum lain.Kalau standard Tun la..krisis MCA dan MIC ni,dah lama Tun suruh org tengah (melayu) jadi President sementara dia org selesaikan masalah dalaman dia org.Kalau setakat si nuar boleh kena sumbat dlm Sg Buloh,apalah sangat pemimpin Hindraf,aku rasa dah lama kena ISA.Dia memang satu dlm sejuta.Ko tau kenapa Tun bina Putrajaya?Dlm sejarah KL,nama Yap Ah Loy akan terpahat,Francis Light dgn Penang dan lain2 lagi bandar di Malaysia dibuka bukan oleh Melayu,tapi mungkin lagi seratus tahun..kita boleh bayangkan bagaimana pentingnya Putrajaya,betapa canggihnya Putrajaya..dan masa tu org akan kenang betapa yg membuka Putrajaya adalah anak elayu bernama Tun Dr Mahathir.Aku tak faham org macam Ezam boleh jadi senator..mungkin utk berhadapan dgn si anuar tu.Ezam kata dia kena mintak maaf dgn rakyat Malaysia sebab mempertahankan si nuar dulu..tapi yg utamanya dia kena mintak maaf dgn Tun,sebab Tun seolah-olah bersendirian semasa mula2berhadapan dng si nuar dulu.Ko org fikirkan je la..Love u Tun.

Esperalzi said...

ok lah tu:

Mungkin juga Melayu perlukan intifada, mungkin juga Malaysia akan jadi Tahiland seperti kata kau.

Masalahnya siapa yang nak pimpin intifada tu? Bagaimana nak elak Malaysia jadi Taikland? Pakatan Rakyat tak boleh pakai. Dengan orang2 pangsai dalam PR macam Zaid Ibrahim, Nizar Jualmalaysiadin dan Khalid CHRISTIAN Samad, akan pupus Melayu di Malaysia dan Malaysia akan jadi Pangsailand kerana pengkhianatan PAS/PKR yg sangat pro-DAP terhadap Islam dan Melayu dah tak boleh diubati lagi walau macam mana sekalipun mereka dan juak2 mereka nafi.

UMNO/BN di bawah pimpinan Najib pun aku tengok dah mula tak betul, banyak polisi mutakhir Najib akhir2 ni buat aku sakit hati sebagai orang Melayu. Najib lebih obsessed/tergila2 nak pujuk Cina yg jelas tak dimakan pujuk. Najib akan kompromi semua kepentingan Melayu untuk puaskan Cina Malaysia. Tak perlu aku senaraikan isu2 berkaitan, aku rasa semua dah tahu..

Aku rasa buat masa kini, PAS sudah gila babi kerana prinsip asalnya nak perjuang negara Islam telah dibuang ke dalam kandang babi ternakan DAP.

PKR pula gila meroyan kerana AnWAR ketagih sangat nak jadi PM walau apa cara sekali pun termasuk tabur fitnah, tabur janji, tabur kelentong, tabur pembohongan, tabur duit, dan tabur macam2 lagi tak termasuk tabur benih...

UMNO pula gila talak kerana dicerai talak satu oleh pengundi Melayu dan India di PRU12 dulu dan talak 3 oleh pengundi Cina. Mereka yg dulu sangat SOMBONG masih tak percaya what hit them in 2008, tak pernah terfikir mereka akan hilang 5 negeri termasuk permata mahkota Malaysia, ia itu Selangor yang sangat kaya raya. Dalam keadaan gila talak yg sangat sukar diubati ini, UMNO berguling2 merayu pengundi Cina sehingga mereka lupa orang Melayu macam aku pun perlu dirayu..

Jadi,siapa aku nak undi nanti? Aku ingat PRU13 nanti aku nak ludah kertas undi aku, lepas tu aku tebuk lubang dengan pensel...

tantari said...

Tun boleh jadi penasihat PM secara tak langsung,tak perlu jawatan rasmi.Tun tak mungkin jadi PM semula disebabkan usianya.Kesian tun, berilah dia peluang untuk berehat dan masa untuk dirinya sendiri.Yang paling baik,Najib harus mendengar nasihat tun dalam banyak perkara.

Zaman najib sebenarnya lebih mencabar dari zaman tun.Zaman najib manusia sudah terlalu banyak dipengaruhi oleh proses dunia dan langit terbuka dari media yg bernama internet.

Ramai yang menjadi keliru dalam memilih diantara kebenaran dan kebatilan.Semuanya bercampur baur,terlalu banyak 'maklumat' yang bercampur antara fitnah dan fakta.

Sebab itu kita lihat sesetengah negara menghadkan kebebasan internet kerana kebebasan yg berlebihan boleh menghancurkan.

Faktor kedua adalah anwar ibrahim.Malaun ini harus segera dihukum atas jenayah yg dilakukannya.Anwar tak harus dibiar terus2an memecah-belahkan masyarakat dan negara demi memenuhi nafsu serakahnya.Betullah dia ni terlalu mementingkan dirinya sendiri.

Bayangkan Malaysia tanpa anwar.Malaysia akan kembali aman.Barisan pengkhianat negara akan kucar kacir tanpa mentornya.

Apapun terima kasih tun kerana jasamu kepada Malaysia.Hanya Allah sajalah yg mampu membalasnya.

Esperalzi said...

Kembalikan semula Dr Mahathir sebagai PM? Wishful thinking! Mustahil akan terjadi dan tak boleh dibiarkan terjadi.

Dr Mahathir sangat sesuai di tempat dia berada sekarang, sebagai BEKAS Perdana Menteri, bukan dikembalikan sebagai Perdana Menteri.

Aku tak mahu cakap apa2 negatif tentang Dr M kerana dia pun dan berundur dari kuasa dan zamannya dah berlalu...cukup aku katakan bahawa rakyat telah isyaratkan bahawa mereka merasakan 22 tahun dah terlalu lama bagi Malaysia terus dipimpin Dr Mahathir..

Rakyat beri isyarat itu pada PRU10 pada tahun 1998 dan pada PRU11 pada 2004. Tahun 1998 merupakan PRU terakhir Dr Mahathir sbg PM. BN hilang Terengganu yg jatuh ke PAS, Kedah nyaris jatuh ke PAS dan Kelantan kekal di tangan PAS. Itu isyarat pertama dari rakyat.

Dr M seorang pemimpin yang sangat bijak, bukan seperti Samy Velu. Dia nampak isyarat itu dan berundur secara terhormat lepas PRU10 pd 1998. Dr Mahathir patut dipuji kerana itu.

Pak Lah took over dan pd PRU11 tahun 2004 BN/UMNO menang besar, bukan kerana Pak Lah smart tapi rakyat MERAYAKAN tamatnya era 22 tahun Dr Mahathir. Itu isyarat kedua dari rakyat tentang era Dr Mahathir. Of course, Pak Lah syok sendiri dan berkesudahan dia SQUANDERED/MENSIA-SIAKAN kemenangan besar 2004 yg bertukar menjadi kekalahan besar 2008

And the rest is history

Anyway, kita patut doakan kebaikan untuk Dr Mahathir, minta dipanjangkan umur dia semoga dia dapat berkhidmat untuk UMNO, BN dan negara dalam kapasitinya sebagai BEKAS Perdana Menteri.

Anonymous said...

aku setuju 10000000000% Tun Mahathir di lantik jadi PM semula...berganding dgn Najib yg banyak mewarisi ciri kepimpinan Allahyarham bapanya Tun Abd Razak....selain dari mereka berdua...semua pemimpin UMNO berfikiran tahap kerbau yg sentiasa berkubang dalam selut....selesa dgn dunia nya....keluar dari kubang bila time nak di adakan PRU je...

Anonymous said...

esperalzi...betul kata kau rakyat ketika itu has had enough of DR M..tetapi bila tengok kualiti pemimpin yg dok ada skrg dan juga puak2 pembangkang..majoriti rakyat dah mula rindu dengan kepimpinan tegas Dr M..
but I agree with you..Dr M shld just stay away,enjoy life,more smile around and just like padan muka to malaysians for all the hardship like price hiking and aku tak dapat scholar..thanks to1msia quota..

Esperalzi said...

Anonymous June 8, 2010 1:52 PM:

Aku pun sangat setuju dengan pandangan kau! Hubungan kita dengan Dr. Mahathir adalah DULU BENCI SEKARANG RINDU apabila melihat nasib orang Melayu/Islam hari ini..

Waktu itu kita rasa kita dah have had enough of Dr Mahathir, kita mahu dia berundur (of course, waktu tu kita guna perkataan 'berambus'utk Dr M!!). Ramai orang Melayu yg menaiki hate-Dr-Mahathir bandwagon (gerakan benci Dr M) sehingga ada yg tergamak undi DAP waktu itu.

Semua ini kesilapan besar kita yg jelas membakar kelambu kerana seekor nyamuk. Sekarang kelambu sudah tidak ada, dan bukan saja nyamuk yg menggigit kita, bahkan tebuan,penyengat, kerengga, semut api, anai-anai, kelulut and all the creepy crawlies semuanya sedang menggigit kita org2 Melayu..

Benar! Padan muka kita! Padan muka aku dulu sokong PAS! Huhuhuhuhu!! Aku sedang menangis rindukan Dr, Mahathir!!

Anonymous said...

kepada penyokong BN atau pro arus perdana sila add kumpulan "I Hate Anwar Ibrahim" jika anda mempunyai akaun Facebook...terlalu banyak pro PR sana dan kebanyakan mereka adalah ANAK MUDA MELAYU..Masya-Allah, ada antara mereka terang-terang menyokong DAP.

Kita bukan hendak fanatik politik, tapi biarlah berasas

Esperalzi said...

The rise and rise of RECEP TAYYIP ERDOGAN. You guys here at GAP forum might be interested to know more about Mr Erdogan who has the distinction of being the first post-Ottoman Prime Minister of the modern Turkish Republic to challenge Israel's hegemony in the Middle East in ways that are so "un-Turkish" considering that the secular post-Ottoman Turkish Republic built by Mustafa Kamal Ataturk in 1923 was the first Muslim-majority state to recognize Israel, in 1949, a year after Israel's birth. And for the past 60 years, Turkey has been a staunch supporter of the Zionist entity with strong military, economic, political, social and people-to-people relations with Israel..until RECEP TAYYIP ERDOGAN enter the scene!

Please read the article in my succeeding posting, taken from: http://www.atimes.com/atimes/Middle_East/LF10Ak03.html

Regards..Esperalzi


RECEP TAYYIP ERDOGAN yang bangkit, bangkit dan terus bangkit! Anda di forum GAP ini mungkin ingin tahu lebih lanjut tentang En Erdogan yang mempunyai keunggulan sebagai Perdana Menteri pasca-Osmaniah yang pertama dari Republik Turki moden yang berani mencabar kekuasaan Israel di Timur Tengah secara yang "tidak bersifat Turki" memandangkan Republik Turki sekular yang didirikan oleh Mustafa Kamal Ataturk pada tahun 1923 adalah negara majoriti Muslim pertama yang mengiktiraf Israel, dalam tahun 1949, setahun selepas kelahiran Israel. Dan sejak 60 tahun kebelakangan ini, Turki merupakan penyokong yang sangat kuat bagi entiti Zionis itu, dan mempunyai hubungan2 ketenteraan, ekonomi, politik, sosial dan rakyat-ke-rakyat yang sangat akrab dengan Israel...sehinggalah munculnya RECEP TAYYIP ERDOGAN!

Sila baca artikel dalam posting saya yang berikut, diambil dari: http://www.atimes.com/atimes/Middle_East/LF10Ak03.html

Salam...Esperalzi

Esperalzi said...

Turkey's Erdogan: Never a "yes" man
By Sami Moubayed

DAMASCUS - In his autobiography In Search of Identity Anwar Sadat recalled that he used to travel from his remote village to cosmopolitan Cairo as a poor child and jump into the royal gardens by night to steal oranges, only to be beaten by the king's guards.

He never imagined that one day he would walk through the palace gates to greet King Farouk I as an officer in the Egyptian army. He never imagined - not in his wildest dreams - that one day he would walk through the same gates to sit on the king's throne after he became president of republican Egypt in 1970.

The game of fate is a strange one indeed, which British statesman Winston Churchill once described: "It is a mistake to look too far ahead. Only one link in the chain of destiny can be handled at a time."

For one week now, mainstream media in the Arab and Muslim world have been trumpeting the early life of Turkey's Prime Minister Recep Tayyip Erdogan. As a young vendor selling cakes, melon and lemonade on the streets of Istanbul during summer holidays Erdogan, now 56, never imagined that one day he would become premier.

Growing up in the 1960s, her never imagined he would rise to become a pan-Muslim leader, stirring pro-Turkish emotions that have been stifled since the downfall of the Ottoman Empire 92 years ago.

In modern history, only Erdogan and the Egyptian diva Um Kalthoum (who died 35 years ago) have been able to capture the minds and hearts of Arabs and Muslims, the popular Saudi channel al-Arabiya said in a biography recently published on its website. Had such a statement been made 10 years ago, the name next to Um Kalthoum would have probably been ex-Egyptian president Gamal Abdul Nasser, the "godfather" of modern Arabism. A Turkish citizen with an Islamic agenda who does not speak a word of Arabic would have been far from making the grade.

Source: http://www.atimes.com/atimes/Middle_East/LF10Ak03.html

Posted by : Esperalzi

Esperalzi said...

Erdogan (continued...)

In January, in a testament to how popular he was becoming, Erdogan was awarded the prestigious King Faisal International Prize for "service to Islam" by the Saudi King Faisal Foundation. In April, Time magazine listed him, for the second time, as among the most 100 influential people in the world.

Reading through Erdogan's career it is clear he has worked hard, but it is probably by coincidence that he won pan-Arab and pan-Islamic popularity.

On March 1, 2003, two weeks before Erdogan assumed office as prime minister, Ankara - headed by his Justice and Development Party (AKP) - vetoed a proposal to allow the United States to use Turkish territory to open a second front against Iraq from the north, in order to topple Saddam Hussein.

That scored him his first points with Arabs and Muslims at large. Two years later, in March 2005, then-US secretary of defense Donald Rumsfeld bitterly complained to Fox News, "Clearly, if we had been able to get the 4th Infantry Division in from the north, in through Turkey, more of the Hussein-Ba'athist regime would have been captured or killed." Had Turkey been more cooperative, "the insurgency today [in Iraq] would be less", he added.

Quiet unintentionally, Rumsfeld's frustration pinned another medal of honor on Erdogan in the eyes of millions of Arabs. That same year Erdogan refused to accept US dictates, strengthening his relations with Syria at a time ties between Damascus and the George W Bush administration were souring, and he become a frequent visitor to the Syrian capital.

Erdogan again defied the US by receiving Khalid Meshaal, the head of the political bureau of Hamas, after the Palestinian movement emerged victorious in parliamentary elections in 2005. He also declined an invitation from former prime minister Ariel Sharon to visit Israel in 2004, again arousing US ire, and did not meet Ehud Olmert on the then-Israeli minister of labor and trade's visit to Turkey in July 2004.

Esperalzi said...

Erdogan (continued...)

Erdogan stood up for the Palestinians during the war on Gaza in 2008, accusing Israel of committing war crimes. Addressing Shimon Peres at the World Economic Forum at Davos in January 2009, he told the Israeli president, "President Peres, you are old, and your voice is loud out of a guilty conscience. When it comes to killing, you know very well how to kill. I know well how you hit and kill children on beaches."

That single statement sky-rocketed him to pan-Arab and pan-Islamic fame, and his photos began appearing in major Arab capitals. But his outburst in Switzerland was nothing compared to his angry words last week after the Israel Defense Forces (IDF) stormed the Free Gaza flotilla off the shores of Gaza, killing nine Turkish citizens onboard the Turkish ship Mavi Marmara.

The Arab world went into uproar in defense of the Turkish prime minister, who angrily withdrew his ambassador from Israel, leading to his country's flag being hoisted by protesters in massive demonstrations that stretched throughout Damascus, Baghdad, Beirut and Cairo.

"Turkey's friendship is strong; and all should know that our hostility is strong too,'' Erdogan told the Turkish parliament. ''The international community has to say to Israel enough is enough! The sailing of Freedom Flotilla is legal; the Israeli aggression against the flotilla targets the United Nations. Israel should pay the price for what it has done ... Israel can't wash its hands off its perpetrated crime in the Mediterranean. The country which tries to win the hatred of the entire world can never achieve its security; Israel has been losing the ribs of peace one by one."

He added, "Israel shouldn't look at the face of the world, unless it apologizes and be punished for its doings. We are fed up with Israeli lies; the actions of the Israeli government harm Israel itself before harming others."

Then almost in disbelief Arabs cheered as he hinted that he would board a ship and head off to Gaza to help break the Israeli siege that began in 2007, and would let the Turkish navy accompany him into Palestinian waters to ensure the IDF would be helpless as he ventured into the Gaza Strip.

Esperalzi said...

Erdogan (continued..)

Erdogan is at his finest hour in the Arab and Muslim worlds, thanks to strong words accompanied by strong deeds. Earlier in the year, he forced the Israeli government to apologize after humiliating his ambassador to Israel, prompting Arab media to boast, "Israel only understands Turkish!"

Last month he hammered out a uranium-swap agreement with Brazil and Iran, which if it had been immediately accepted by the international community could have spared Iran the burden of a fourth set of sanctions that are due to be discussed at the United Nations on Wednesday.

Under Foreign Minister Ahmet Davutoglu, Turkey has cut its Cold War image as an appendage to the West, yet also wants to be a full member of the European Union by 2014. Should it join, the EU will border Iran and see a six-fold increase in its Muslim population. Seeking "zero problems with neighbors", Ankara has put in place visa-free travel agreements with Lebanon, Jordan, Libya and Syria, while one with Russia will soon come into effect.

As al-Arabiya noted, "Overnight he [Erdogan] has become the most popular person in the Arab world while Iran, the US and some European countries have strived to achieve what he got in a second."

Perhaps it is Erdogan's eloquence and strong defiance of Israel that brought him to the top in the Arab world. Or perhaps it is his piousness, given that he is a devote Muslim whose wife Emine wears a headscarf, as do millions of Arab and Muslim women around the world.

In the 1990s, he was dismissed from government office for publicly reciting a poem that challenged Turkey's cherished secularism with the words, "The mosques are our barracks, the domes our helmets, the minarets our bayonets and the faithful our soldiers ..."

Or perhaps it is his humble background. The son of a coastguard who had a rough upbringing because his family was poor, Erdogan excelled at an Islamic school before obtaining a degree in management from Marmara University - while playing professional football. His rise to power was not smooth. He failed twice, in 1978 and 1991, to be elected to parliament on an Islamic ticket.

The real reason, however, is that he said "no" to Israel and put his full weight behind the Palestinians. That is a magical cure in the Middle East and has never failed since the creation of Israel in 1948.

It did wonders to the careers of men like Egypt's Nasser, Syria's Hafez al-Assad, and former Palestinian president Yasser Arafat. It is also the reason why Hezbollah's Hassan Nasrallah is so popular on Arab and Muslim streets, and why Arab leaders with peace treaties with Israel, like Egyptian President Hosni Mubarak, are not.

Anyone who understands how unpopular Turkey was in the Arab world for the entire 20th century, thanks to systematic indoctrination against the Ottoman Empire and Turkey's alliance with Israel after 1948, realizes how dramatic Erdogan's achievement has been over the past seven years.

He has rebranded Turkey - and the entire Ottoman legacy - and created a new kind of leadership in the Arab world that combines the traits of Nasser, Assad and Nasrallah. This explains why Erdogan is a phenomenon worth watching as his career unfolds and he develops the charisma, style and character of the talented and complex leader he has already become.

Sami Moubayed is editor-in-chief of Forward Magazine in Syria.

Anonymous said...

Esperalzi; Ntah ape2 la ko ni..

stratus14

Esperalzi said...

Stratus14@Setan14:

Kalau dah bodo, ilmu kurang, otak lembab, duduk diam2 jer lah. Kalau tak pun pergi baca.

Takkan dalam agama kau kitab suci kau tak suruh kau baca. Kami org2 Islam disuruh baca, ayat pertama yg diturun Allah pun suruh kami orang2 Islam baca..tu lah masalah penganut2 ajaran sesat macam ko mana lah tau baca!

Kalau kau tak faham bahasa Inggeris, kau pergilah belajar, dulu mak bapak kau suruh sekolah kau pergi melancap kat tandas sekolah..

Aku berdebat dengan fakta, terlalu berat untuk idiot atau mkoron macam kau ni. Kau ni sekolah dalam hutan, manalah kau tau bahasa Inggeris, Erdogan atau rachel Corrie..

Anonymous said...

Espelrazi . . .Ni ada kemusykilan sikit . . Macamana asai kaitan puak 'erdogan' dalam PASESAT dengan Erdogan kat Turki tu . . .? Sebelum issue Richell Corrie ni nampak macam image erdogan ni tak berapa nak baguih pulak . . .

Anonymous said...

Espelrazi . . .Ni ada kemusykilan sikit . . Macamana asai kaitan puak 'erdogan' dalam PASESAT dengan Erdogan kat Turki tu . . .? Sebelum issue Richell Corrie ni nampak macam image erdogan ni tak berapa nak baguih pulak . . .

Anonymous said...

artikel ni..nk fokus pada rachel ka pada dr m..yg korang ni sibuk2 komen psal dr m napa lak..artikel ni pasal sumbangan dan pengorbanan rachel..yg korang puji melambung dr m npa..puji la si rachel ni..klu nk puji dr m..wat la artikel lain psal dr m..

Anonymous said...

Thanks , I have recently been searching for info approximately this subject for a long time and yours is the best I have found out so far.
However, what concerning the conclusion? Are you sure concerning
the supply?

Here is my website - minecraft for free

Anonymous said...

Pretty nice post. I just stumbled upon your blog and wished to mention that I have truly enjoyed surfing around your weblog
posts. After all I will be subscribing in your rss feed and I am hoping you write once more soon!


Feel free to surf to my web page; Hack Twitter Accounts Free Tool

Anonymous said...

Hello! I know this is somewhat off-topic however I
needed to ask. Does managing a well-established blog such as yours take a massive amount work?

I am completely new to running a blog however I do write in my journal everyday.

I'd like to start a blog so I can easily share my personal experience and feelings online. Please let me know if you have any kind of ideas or tips for new aspiring blog owners. Appreciate it!

My website; Get Twitter User Data Back

Anonymous said...

Attractive section of content. I just stumbled upon your weblog and in
accession capital to assert that I acquire actually enjoyed account your blog
posts. Anyway I will be subscribing to your feeds and even I achievement
you access consistently fast.

Stop by my site - dragonvale gems