Pada masa kejadian, kelima-lima bot tersebut sedang menangkap ikan di perairan yang telah menjadi kawasan menangkap ikan sejak sekian lama. Pasukan Gerakan Marin (PGM), Polis DiRaja Malaysia (PDRM) telah menerima laporan insiden tersebut pada 9.35 malam.
Susulan dari itu, bot ronda laju PC 9 dan PSC 26 PGM diketuai oleh Asisten Supritendan Ahmad Amri Abdul Rahman yang sedang membuat rondaan rutin di perairan tersebut telah diarahkan mengesan bot nelayan tersebut. Pada 10.45 malam, lima bot nelayan dan bot Dolphin 015 dikesan di lokasi 010 18.9’ Utara, 1040 24.4’ Timur iaitu kira-kira 0.4 batu nautika dari Batuan Tengah (Middle Rocks) yang sedang dalam pelayaran menuju ke Batam, Indonesia.
Lokasi ini masih di dalam perairan laut wilayah Malaysia. Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) pada 23 Mei 2008 telah memutuskan Batuan Tengah milik Malaysia. Bot PC 9 telah mengarahkan bot Dolphin 015 untuk berhenti namun tidak diendahkan dan dua das tembakan flare ke udara menggunakan light pistol dilepaskan.
Bot Dolphin 015 masih enggan berhenti dan terus memecut laju memasuki perairan Indonesia. Bot PGM berhenti mengejar setelah Bot Dolphin 015 didapati memasuki perairan Indonesia.
Tindakan PGM ini adalah selaras dengan prosedur yang ditetapkan di bawah Arahan Ketua Polis Negara, tembakan amaran ke udara tidak dilepaskan kearah bot Dolphin 015 dan bot PGM berhenti mengejar setelah bot tersebut memasuki perairan Indonesia.
Semasa PGM membuat pemeriksaan ke atas lima bot nelayan tersebut, didapati tiga pegawai penguat kuasa KKP menyorok di dalam bilik enjin dua bot nelayan dan salah seorang darinya telah menanggalkan pakaian seragam KKP.
Tindakan itu dipercayai bagi untuk mengelak dari ditangkap oleh PGM. Sistem Penentu kedudukan Global (Global Positioning System) bot juga telah dirosakkan.
Salah seorang penguat kuasa KKP telah dihubungi oleh Ketua Bot Ronda KKP yang dikenali sebagai Hammanto dan telah menawarkan pertukaran pegawai penguatkuasa KKP yang ditahan dengan tujuh nelayan Malaysia.
Namun demikian, tawaran tersebut ditolak kerana ia berlaku dalam perairan Malaysia dan PGM bertegas tindakan undang-undang akan diambil sewajarnya. Kesemua lapan nelayan dan lima bot serta tiga penguat kuasa KKP telah dibawa ke Jeti Jabatan Laut Tanjung Pengelih untuk siasatan lanjut.
Ketiga-tiga pegawai penguatkuasa ini telah disiasat oleh Ibu Pejabat Polis Kota Tinggi dan diklasifikasikan di bawah Seksyen 363 Kanun Keseksaan (Penculikan).
Mereka telah ditahan di lokap IPD Kota Tinggi dan direman selama empat hari oleh Mahkamah sehingga 18 Ogos 2010 bagi siasatan lanjut. Pihak PDRM telah memberikan layanan yang sama sebagaimana yang digunapakai ke atas warga Malaysia yang ditahan dalam lokap berdasarkan prosedur yang ditetapkan.
Pada 14 Ogos 2010, satu laporan Polis telah dibuat oleh adik salah seorang nelayan yang ditahan menyatakan bahawa beliau menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada nombor telefon +6281270228267 yang tertulis “Tolong kirim RM1,000 Untuk taikong Melayu untuk tiga orang Cina RM 2,500, jadi semua RM 3,500. Kirim lewat western union atas nama Harun No KTP 2171071708659006, Alamat: Tanjung Piayu sei Beduk, Batam. Ok?.
Siasatan awal PDRM mendapati nombor telefon tersebut juga turut disimpan dalam telefon bimbit milik tiga pegawai penguat kuasa KKP. Pada 16 Ogos 2010, lima pegawai dari Konsulat Jenderal Republik Indonesia telah datang ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor bagi membincangkan urusan pembebasan tiga pegawai penguatkuasa KKP.
Pegawai tersebut juga dibenarkan menemui tiga penguat kuasa tersebut di lokap IPD Kota Tinggi. Pada 17 Ogos 2010, pukul 9.20 pagi, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi telah menyerahkan tiga pegawai penguat kuasa KKP kepada Jonas L. Tobing, wakil Konsulat Republik Indonesia.
Pembebasan ini dibuat setelah beberapa siri rundingan diplomasi, siasatan kes telah selesai dijalankan dan bagi menjaga hubungan baik Malaysia dan Indonesia.
Malaysia telah mengemukakan Nota Bantahan Diplomatik ke atas tindakan pencerobohan dan penahanan 7 nelayan Malaysia oleh bot Dolphin 015 milik KKP.
Tindakan ini merupakan satu pencabulan ke atas integriti dan kedaulatan wilayah Malaysia.
Sejak 2005 hingga Ogos 2010, terdapat 12 kes pencerobohan bot dan kapal Pihak Berkuasa Indonesia dalam perairan Johor sahaja.
Nelayan tempatan yang menangkap ikan dalam perairan Malaysia kerap menjadi mangsa peras ugut dan diminta membayar sejumlah wang bagi membebaskan nelayan yang ditahan.
Insiden seumpama ini akan berulang di masa hadapan khususnya dalam musim perayaan yang akan disambut tidak lama lagi.
Pihak Berkuasa Malaysia komited dan akan terus meningkatkan rondaan dan penguatkuasaan dalam kawasan perairan Malaysia berdasarkan Peta Baru 1979 ke atas sebarang pencerobohan dalam perairan negara.
Pihak nelayan hendaklah memberikan kerjasama dengan terus membuat laporan kepada Pihak Berkuasa mengenai insiden yang berlaku supaya tindakan yang cepat dan berkesan dapat diambil sewajarnya.
Di samping itu, tindakan-tindakan yang diambil oleh pegawai penguatkuasa KKP Indonesia semasa berada di dalam bot nelayan telah menimbulkan keraguan dan mengukuhkan lagi pandangan bahawa insiden ini adalah angkara pihak dan individu daripada agensi berkenaan menggunakan kedudukan mereka demi kepentingan masing-masing.
Keberadaan mereka di atas bot nelayan dan tindakan menanggalkan pakaian seragam serta menyorok di dalam bilik enjin jelas menunjukkan bahawa mereka telah melakukan pelbagai kesalahan dan berusaha untuk menggelak daripada dikesan oleh pihak PDRM.
Usaha untuk membuat pertukaran tujuh nelayan dan tiga pegawai KKP oleh ketua bot Dolphin 015 dalam tempoh beberapa jam setelah kejadian dilihat sebagai inisiatif persendirian beliau untuk menutup insiden berkenaan.
19 comments:
Teruk nya menguatkuasa Indonesia..tak ubah seperti lanun
Indonesia bebas rasuh....pdrm kaki rasuh seperti yang dilabelkan oleh puak-puak pembangkang...nah lihat sendiri.....
Aku tak pasti sama ada kerajaan Malaysia ada memberi penjelasan sebegini pada kerajaan dan media2 goblok indon tentang punca sebenar kejadian.Tapi yg pasti media2 kaki fitnah indon ada versi tersendiri mereka untuk mensensasikan kejadian ini.Rakyat indon percayakan media diorang macam percayakan quran sebab itu diorang panggil suratkhabar sebagai koran.
Kerajaan indon pun tahu pihak diorang yg salah tapi sengaja tak mahu memberitahu cerita sebenar pada rakyat indon sebaliknya membiarkan saja rakyat indon yg bodoh membuat tanggapan sendiri.
indon...indon tak abis2 lagi bodohnya
Indon ni memang paling jahat sekali.
Patutnya tangkap semua PATI Indon dan pekerja Indon yang ada paspot dan hantar balik Indon.
Mana-mana Indon masuk secara haram patut ditembak mati.
salam bro,
Indonesia memang kaya dgn manusia yg baghal2 belaka.
Cuba bayangkan putar belit media kat sana, bendera malaysia dgn kedutatan kita pulak yg kena serang.
media indo memang senang2 aje putar belitkan fakta sampai semua baghal2 kat sana percaya.
Bodoh blh lg diajar tapi klu baghal mati aje baik.
biasalah bro...perangai orang tak bertamadun memang macam tu...kalau kat sini, kes pecah rumah makin kerap sebab nak balik sana raya sakan...
bagi anak bini makan haram, sebab tu jadi perangi macam tu...kata kerja halal di malaysia...
aku tak terkejut kalau mereka selalu "POW" nelayan kita dekat-dekat nak raya...
PDRM, APMM serta TLDM perlu buat rondaan berhampiran sempadan negara tak bertamadun ni...
sebab tu kalau ada isu, wartawan kat sana tipu pun, rakyat kat sana percaya...kalau kata malaysia nak serang pun mereka percaya...memang tak sedar diuntung...
orang indon kurang ajar, jgn bagi muka sama mereka, org m'sia kira baik, kalau di arab saudi mampus kena sepak teranjang patut tak mahu pergi sana kerja. Pemalas satu hal ni yg betina, yg jantan pulak, berlagak mat rock, kaki pencopet..dasar tak kenang budi kasi makan bg duit bagi kerja ini ke balasan mereka, sama jugak dgn rakyat m'sia yg gila babi tak suka k'jaan bendera jadi mangsa walhal negara ini juga bagi mereka hidup, bagi sekolah, bagi pekerjaan. Mari kita hantar bantahan pada kedutaan Indon disini, halau mereka yg keluar ....terutama illigal
Tuan,
Meneliti laporan tuan, tindakan PGM Malaysia adalah betul. Mereka cuba membuat penculikan dan meminta wang tebusan. Anggota polis Indon telah melakukan kesalahan. Tindakan warga Indonesia membakar bendera Malaysia adalah keterlaluan, mereka bertindak membabi buta. Kita mesti membuat bantahan.
thanx bro!!! artikel yg sgt2 berguna...tp syg, org indon yg wat demonstrasi 2 x lawat blog GAP...huhu..
mmmg dia penguatkuasa dia org ni kaki pow..bukan area Batam jer..area Selat Melaka pun banyak kali nelayan kita kena..MO yang sama...
banar.
semuanya kerana keluarga puaka berkenaan. jika tidak aman malaysia
memang segelintir perangai rakyat mereka teruk sgt cuba tgk bendera malaysia dibakar & dipijak
dengki dgn malaysia yg dah maju lebih depan
rakyat mereka klu senang skt kat sini belagaknyer berlebihan klu x percaya lihat lah sekeliling
lebih ego dari rakyat malaysia sendiri
Masalodeh..
Haha.
Indon bebas rasuah?.
Tahu tak kau Indon adalah antara negara yg paling korup di DUNIA!!! Ranking lebih kurang sama dgn India.
Aku ada sepupu yg belajar doktor kat indon.
Kedutaan dia pun berani pau budak2 student kita terang2terangan. Lepas media diorang suka sensasikan cerita yg berlaku di Malaysia yg melibatkan Indonesia, contoh pembantu rumah didera dan sebagainya.
Sedangkan amah2 diorang mcm kat Arab pun ada kene macam tu, tapi senyap. Dan fakta kadang2 dipusingkan nampak macam kita jahat.. cth macam kes nelayan kita kat sana.
Tulah, suka sangat merendah negara sendiri sampai tak tgk fakta. Cakap ikut sedap mulut.
mereka ni sememangnya lanun,sebab gaji ciput
warga indon ni jenis yang tak sedar di untung. malaysia bagi peluang depa kerja cari duit tampung hdup yang teruk kat sane alih2 ini balasannya. memang dasar kurang ajar. tak mengenang budi.kalau negara depa di timpa bala malaysia yang depa benci ni lah negara pertama yang hulur bantuan.kalau bab rasuah ya memang disana budaya korup memang berlelusa lebih-lebih lagi kakitangan kerajaan indonesia. ini di akui oleh pekerja indon yang berkerja disini. mereka tak boleh nafikan. sebab mungkin gaji yang kecil atau jenis bangsa yang memang suka mentekedarah tak kira benda haram ke halal.
masalah nyer sekarang ni
media indon yang membakar hasutan bahwa PGM yang salah tangkap
jgn kan kat johor
kat sarawak di tanjung datu
kalau pegi memancing kena jaga jaga
sebab marin indon ni suka peras ugut
bagi tau kita masuk perairan indon sedangkan nyata nyata kita masih dlm perairan malaysia
indon mmg sakai..otak kuno..main tduh je..lau dh xtau cite jgn jd bahlol pijak bndera ngara org..org malaysia pn jgn bngge2 kn indon tu..lau bgge sgt bek g indon..tv3 pon satu..kejenye asik siarkn cite indon ke? bnyk lg cite len dlm dunia ni cite indon gak minat? dhla cite merapu,merepek,kuno..boikot indon 100%!!
Kerajaan Malaysia ni terlalu berlembut sangat dengan Indonesia ni...kapal-kapal perang kita semua canggih, sampai yang harga 1 billion sebuah pun ada. Indonesia pakai kapal perang buruk saja & selalu rosak kat tengah laut...apa yang kita nak takut.
Komiti Gerakan Malaysia Bukan Wilayah Ke 18 Indonesia
Insiden 7 April 2011 amat memalukan negara kita Malaysia, di mana 2 bot nelayan
Malaysia di tarik oleh kapal pihak berkuasa Indonesia ketika menangkap ikan di dalam perairan Kedah, Malaysia berhampiran Pulau Perak. Pihak berkuasa Malaysia
cuba menyelamatkan nelayan tersebut dengan menghantar 4 helikopter TLDM dan
APMM. Namun helikopter tersebut tidak dapat berbuat apa-apa kerana diacu senapang automatik
oleh pihak berkuasa Indonesia.
PUNCANYA ialah pemimpin Malaysia tidak mahu berunding dengan Indonesia sejak
berpuluh tahun untuk menyelesaikan masalah sempadan laut kedua-dua negara di
mana Indonesia menolak peta sempadan laut Malaysia tahun 1979, Indonesia
menggunakan peta dari aturan Konvensi Hukum Laut (UNCLOS) tahun 1982.
Indonesia cuba memperluaskan perairan ZEE di utara Selat Melaka dengan menggunakan Hukum UNCLOS berpandukan titik tengah antara pantai Semenanjung dengan pantai Sumatera. Tetapi mereka lupa di utara Selat Melaka terdapat dua pulau milik Malaysia di tengah-tengah Selat Melaka iaitu Pulau Jarak di perairan Perak dan Pulau Perak di perairan Kedah.
Ini menjadikan garisan tengah perairan ZEE dari sebelah Malaysia di kira dari pulau-pulau berkenaan dan bukan lagi dari pantai Semenanjung, menjadikan perairan ZEE Malaysia di sebelah utara Selat Melaka lebih luas.
Kejadian 7 April 2011 amat memalukan rakyat dan negara Malaysia dimana nelayan Malaysia di tahan di dalam perairan sendiri oleh tentera asing yang menceroboh dan harus dipertanggungjawabkan ke atas Menteri Pertahanan Malaysia.
Sebarang pencerohohan pasukan keselamatn Indonesia ke atas perairan mengikut peta Malaysia 1979 harus ditentang habis-habisan oleh pasukan keselamatan negara.
Post a Comment