Wednesday, August 18, 2010

KEPINCANGAN SYARIKAT PRASARANA NEGARA BERHAD (BAHAGIAN 2)

FAKTA-FAKTA KEPINCANGAN SYARIKAT PRASARANA NEGARA BHD (SPNB)

sejak penstrukturan semula SPNB pada tahun 2005, berbagai keputusan diragui yang melibatkan pembabitan beberapa pihak atasan yang dilakukan oleh SPNB atas arahan MOF. antaranya :

pemberian kontrak baikpulih bas-bas sebanyak 400 buah bas yang diarah untuk diberikan kepada SCOMI oleh MOF sekitar 2007 yang mana sehingga kini masih lagi menimbulkan masalah.

kontrak bagi membekalkan tren untuk SPNB bernilai hampir RM1.2 billion telah dibekalkan kepada gabungan bombardier dan hartasuma (sebuah syarikat milik ARA group yang diyakini mempunyai kaitan dengan khairy jamaludin).

pada permulaannya SPNB telah diarahkan untuk memberikan kontrak tersebut kepada gabungan bombardier-SCOMI, namun atas kekhuatiran pandangan umum terhadap SCOMI, bekas ceo SPNB iaitu en shaipudin telah diarahkan memberikan kontrak tersebut kepada gabungan bombardier-hartasuma (pengerusinya adalah dr abdul rahman abdul halim manakal ia dikuasai oleh datuk ravindran menon sebagai pengarah. datuk ravindran adalah orang kuat ARA group selain menjadi pengarah plus expressway bhd-peb)

syarikat ini banyak mendapat kontrak dan projek penting MOF .


pengambilan KL monorel sistem daripada KLiG yang mana mengakibatkan tanggungan liabiliti hampir RM1billion oleh SPNB daripada bank pembangunan yang mana aset diambilalih tidak melambangkan ketelusan transaksi.

penyelewengan sistematik dalam pengagiahn kontrak berniali jutaan ringgit melibatkan pembelian bas baru dan kontrak pembinaan stesen bas dan LRT yang tidak melambangkan ketelusan urusniaga.

malah seorang kontraktor mendakwa pernah melaporkan kepada SPRM untuk mengambil tindakan yang mana beliau mendakwa wang sogokan hampir RM800 ribu pernah diberikan kepada seorang pegawai kanan SPNB.

seorang pegawai kanan SPNB juga telibat dalam pemberian kontrak broker insuran bernilai lebih RM1 juta kepada rakan beliau tanpa kelulusan lembaga tender. rakan broker kepada pegawai kanan ini pernah meminta sogokan daripada syarikat insuran dengan mendakwa beliau berkuasa atas urusan insuran SPNB yang bernilai jutaan ringgit.

cadangan projek monorel penang pada penghujung 2007 dimana SPNB telah diarahkan oleh MOF untuk memberikan projek tersebut kepada gabungan MRCB dan SCOMI pada harga RM3billion sedangkan dalam kajian SPNB,nilaian projek itu sebenarnya tidak melebihi RM2billion sahaja.

namun projek tersebut telah dibatalkan sementara sejurus kekalahan BN di penang.


PERANAN DATO IDROSE sebagai ketua pengarah urusan SPNB

antara kepincangan yang diamati sepanjang pentadbiran beliau selama 2tahun beliau di SPNB adalah seperti berikut ;

keputusan mentadbir beliau sering dipengaruhi oleh beberapa penasihat dalaman yang berindak sebagai informer untuk mentadbir syarikat. kredibiliti informer ini boleh dipersoalkan disebabkan mereka ini terdiri daripada orang-orang yang bermasalah dan terlibat dalam penyalahgunaan kuasa.

TRANSAKSI YANG DIPERSOALKAN

cadangan rekabentuk dan pembinaan depoh bas untuk rapid penang

kontrak ini telah diluluskan oleh lembaga pengarah pada 17 feb 2009 bernilai RM 8.2j walaupun pada awalnya ditolak oleh lembaga penilai tender 'A'. disebabkan syarikat yang diberikan kontrak ini tidak memenuhi pra syarat yang diperlukan, maka kertas cadangannya telah ditolak oleh lembaga penilai tender 'A' SPNB dan diarahkan masuk tender semula.

namun melalui campurtangan dato idrose,cadangan tersebut telah dibawa ke lembaga pengarah SPNB dan diluluskan.

cadangan pemberian projek secara direct award.

beliau telah mengenepikan ketelusan dalam pemberian tender atas alasan projek segera dengan mempelopori pemberian kontrak secara direct award dan shortlisting exercise dalam beberapa tender yang sedang dan bakal dikeluarkan. diantaranya pembabitan dalam pemberian kontrak kepada syarikat yang beliau pernah diberi kontrak ketika berkhidmat di pos malaysia. segala ketelusan mungkin diketepikan demi untuk mempercepatkan pemberian tender yang dikhuatiri boleh mengundang gejala salahlaku kuasa dan rasuah.


rancangan penstrukturan syarikat

sebaik sahaja dato idrose dilantik sebagai pengarah urusan baru, SPNB telah diberikan amanat untuk mengambilalih syarikat rapidKL dan diletakkan sebagai salah satu daripada anak syarikatnya.

beliau juga baru-baru ini membuat keputusan untuk memindahkan kembali kesemua kakitangan KLRTC (sebuah anak sykt SPNB) ke SPNB dan meletakkan syarikat tersebut sebagai tidak aktif (dormant).

KLRTC adalah sebuah syarikat yang diwujudkan untuk mempertingkatkan daya saing dan kepakaran juruperunding tempatan dalam bidang teknologi pembinaan dan pengendalian projek awam agar ia tidak terus didominasi oleh syarikat asing yang boleh membawa kepada gejala kurang sihat melalui kerjasama syarikat tempatan untuk mendapat kontrak yang kadangkala bernilai puluhan juta ringgit.

seperti kata dato siti hadzar tahun lepas ' we shouldn't think that far but just for the nexr four years' telah menimbulkan tandatanya akan arahtuju SPNB yang sepatutnya lead pembangunan infrastruktur awam yang dilihat ketinggalan 10 tahun kebelakang.

SELEPAS INI ! ARTIKEL TERAKHIR DALAM BAHAGIAN KE 3.KLIMAKS KEPINCANGAN YANG PALING PANAS DALAM SPNB !

tadbir urus meragukan daripada dato idrose,zooridah haron dan zulkifli mohd yusof !

2 comments:

Anonymous said...

Tun dol tak habis-habis lagi nak rompak negara, apa lagi dia nak sapu,lepas ni kalau najib tak buang mamat ni, kita lak buang najib(the new kick the falla)

http://rockybru.com.my/2010/08/why-sia-is-worth-s187-b-and-mas-is.html

Hambali Abdul Latiff said...

Mohon kebenaran nak petik untuk disiarkan di rakyat malaysia