aku dapat email ni 2 hari lepas. sepatutnya aku publishkan pada hari sabtu atau ahad. namun bila memikirkan kekurangan pembaca pada hujung minggu aku hold dulu artikel ni.
aku sekadar menyampaikan permintaan orang. aku akan rasa sedikit sensisitf bila isu bantuan ini melibatkan anak yatim..
aku mohon bloger dan pembaca blog aku untuk SEBARKAN maklumat permohonan rayuan bantuan daripada pihak pengurusan rumah titian kasih ni.. aku merayu sangat-sangat tolonglah bantu anak bangsa kita..
tolong emailkan link ini pada kesemua sahabat kita, baik dalam blog,facebook dan sebaran email..
bacalah email yang aku terima ni..
RUMAH TITIAN KASIH SERU SOKONGAN KONSISTEN
KUALA LUMPUR, 2 Oktober 2010 – Rumah Titian Kasih yang menempatkan anak-anak yatim dan terbiar serta ibu tunggal, menyeru badan-badan korporat serta orang perseorangan untuk memberikan sokongan yang konsisten kepada aktiviti perniagaan yang dijalankannya secara berkala atau bulanan bagi membantu menampung perbelanjaan bulanannya yang mencecah jumlah RM30,000.
Menurut pengasas dan pengetuanya Sharifah binti Adlan, pihak Rumah Titian Kasih amat bersyukur dan berbesar hati atas sumbangan yang melimpah masuk semasa musim perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri, namun hakikatnya rumah tersebut memerlukan sokongan sepanjang tahun tanpa mengira musim.
Ibu-ibu tunggal yang menghuni Rumah Titian Kasih membantu Sharifah menjalankan perniagaan kecil-kecilan bagi membantu mereka berdikari. Antaranya termasuklah penyediaan makanan dan katering, pembuatan kuih tradisional, aksesori wanita, penjualan pakaian terpakai serta perkhidmatan pencucian pakain.
“Selain daripada sumbangan tunai dan barangan, kami ingin menyeru sokongan terhadap aktiviti perniagaan yang kami usahakan bagi memastikan kami mendapat aliran pendapatan yang stabil dan berterusan,” jelas Sharifah kepada wakil kakitangan syarikat-syarikat Tune Group melawat rumah tersebut bersempena Hari Raya baru-baru ini.
Rumah Titian Kasih yang diasaskan oleh Sharifah pada 1998 mempunyai 85 penghuni yang terdiri daripada 20 ibu tunggal, 51 kanak-kanak, 12 orang kurang upaya and 2 warga emas.
Rumah Titian Kasih terletak di 62A-2 Lorong Maran, Jalan Kuantan, Tasik Titiwangsa, 53200 Kuala Lumpur.
Untuk menyampaikan derma dan sumbangan atau menempah barangan atau perkhidmatan dari Rumah Titian Kasih, para dermawan boleh menghubungi Sharifah di talian 019-6455769. Derma tunai boleh dimasukkan secara terus ke akaun Maybank bernombor 564061002172 atas nama Persatuan Pengurusan Pusat Jagaan Titian Kaseh Kuala Lumpur.
Maklumat lanjut mengenai Rumah Titian Kaseh berserta aktiviti perniagaan dan perkhidmatannya boleh didapati di laman blog rumahtitiankasih KLIK SINI
5 comments:
setahu aku ada maklumat mengatakan yang ibu tunggal ini sengaja tidak mendaftar dengan kementerian kebajikan masyarakat..sumber ini menyebut hanya bermodalkan air mata boleh mengumpul kekayaan berjuta-juta ringgit...
Salam Anon
Kemungkinan ke arah itu sentiasa ada, tapi seandainya sdra kenal dan bertemu dengan Mak Pah sendiri, sdra akan lihat dengan jelas ketulusan dan keluhuran jiwa dan hati wanita ini. Mak Pah mengorbankan seluruh hidupnya untuk Titian Kasih serta penghuninya. Kalau sdra lihat cara hidup Mak Pah bersama penghuni di sana, yang makan sama makan, tidak sama tidak, sdra akan insaf. Apalah gunanya beliau jadi jutawan kalau hidupnya sendiri (serta 2 anak) juga tak ubah seperti penghuni lain? Keselesaan dan privacy rasanya langsung tak wujud dalam kamus hidup beliau. Tapi kalau Allah nak jadikan beliau jutawan pun, memanglah amat wajar dan layak, memandangkan pengorbanan yang dilakukannya.
Sebenarnya memang Mak Pah NAK jadi jutawan, sebab beliau nak beli 2 rumah banglo di Tasik Titiwangsa tu yang setiap satyu harganya mencecah lebih 2 juta! Kalau Mak Pah jutawan, rumah itu jadi milik Titian Kasih dan barulah Kerajaan akan bantu sebab rumah itu atas nama Titian Kasih.
Wallahualam...
Persatuan ini sememang nya tiada berdaftar dengan JKM dan tiada lapuran tahunan Agung setiap tahun serta lapuran audit tidak dihantar selama lima tahun,Jesteru itu setiap persatuan atau pertubuhan seharus telus dengan kewangan yang disumbang oleh masyarakat,dan juga ahli ajk tidak seharusnya melantik kaum kerabat yang terdekat.
Persatuan ini sememang nya tiada berdaftar dengan JKM dan tiada lapuran tahunan Agung setiap tahun serta lapuran audit tidak dihantar selama lima tahun,Jesteru itu setiap persatuan atau pertubuhan seharus telus dengan kewangan yang disumbang oleh masyarakat,dan juga ahli ajk tidak seharusnya dilantik kaum kerabat yang terdekat.
Persatuan ini tiada berdaftar dengan JKM kerana tidak mengikut speksifikasi JKM,Persatuan ini juga tidak membuat lapuran tahunan agung kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia selama 5 tahun,Jadi kenapa Persatuan tidak berbuat demikian?Apakah motif sebenarnya?Serta lantikan ajk adakah mengikut tata cara perlantikan pertubuhan?
Post a Comment