Sunday, October 30, 2011

TERKINI SITUASI POLITIK KALID GEREJA DI SHAH ALAM.

Parlimen shah alam bakal tidak memberi peluang lagi kepada ahli parlimennya kalid gereja.
Parlimen shah alam ada 2 dun, kota anggerik dan batu 3.
Kekuatan kalid gereja rupanya berlegar di seksyen 16 sahaja.

Lokasi lain seperti berkeley yg majoriti pengundi (3000) masyarakat cina tidak lagi berminat dengan gaya politik kalid. Kalid gereja terlalu byk sgt politik sampai terlupa akan jawatannya sebagai ahli parlimen shah alam. Jalan bandaran teruk sgt berlubang. Protes masyarakat setempat terhadap keadaan infra makin meningkat. Lewat malam tadi kami lepak dengan beberapa penduduk setempat di berkeley corner.

Sokongan rakyat terhadap program pas di shah alam dah macam prog syok sendiri.

Kg kuantan,bukit kuda hancur. Sungai rasa orang india dah mula perlekeh kalid gereja dan kalid gagap.

Padang jawa makin tak teratur. Janji kalid di rimba jaya banyak tak tertunai.

Seksyen 23,18,19,24 pas mulai slow. Moral down pasal kebanyakan mereka ini lebih pro kepada hasan ali dan dato haron din.

Belah kota anggerik kalid bakal menghadapi laluan cukup sukar. Melayu pertengahan di lokasi ini dah paham beza pas tahun 98 dan pascz 2008.

Kalid gereja kabarnya nak cabut lari ke parlimen kota raja tapi dr mariah punya orang akan pertahankan dr mariah habis habisan.

Cikgu jaapar org kuat kalid di kota raja tak boleh buat apa apa. Cikgu japar pun nak jadi calon dun sri muda dan menggantikan suhaimi shafie yg bakal masuk penjara ekoran isu hina sultan selangor.

Nantikan sambungannya polemik pas di kota raja,klang dll.


Published with Blogger-droid v1.7.4

22 comments:

Anonymous said...

hei .. kalid mana mau lari arr

kah kah kah

jaga jaga

kah kah kah

nanti jatuh moto macam mat sabu

kah kah kah

Anonymous said...

tu laaa..

rakyat dah beri amanah...tapi tak tunaikan..buat keje bodoh je..

aku melayu rasis said...

Harap semua ini bukan "wayang" dari penduduk kawasan berkenaan..

Anonymous said...

Kemantapan sesebuah organisasi perlu lahir dari sokongan akar umbi.

Namun tidak dinafikan sokongan dari luar juga mampu memantapkan sesebuah organisasi.

Cumanya sokongan dari luar itu perlu dinilai siapa, selama mana dan apa motifnya.

Sejarah menunjukkan organisasi yang diperkuatkan atas dokongan pihak luar akhirnya hilang jati diri malah ada yang hilang segala-galanya.

Harap-harap parti agama akan terus bermuhasabah diri agar akhirnya tidak mudah terpedaya dengan permainan golongan "ada udang di sebalik batu".

NB

Anonymous said...

Mesti ada sebab kenapa cara berfikir dan seterusnya gaya tindakan sesebuah parti itu berubah secara tiba-tiba.

Kalau nak dikatakan parti agama diterajui oleh muka baru tidak juga. Ini kerana parti agama masih dikemudi oleh muka lama.

Habis kenapa parti lama yang diterajui oleh muka lama semudah itu menukar rentak, gaya, citarasa dan gagasannya?

Adakah kerana evolusi? hipokrasi? transformasi? transisi visi? atau ada kaitan dengan hati? Fikir-fikirkan.

NB

Anonymous said...

Dlm kerajaan Pakatan di Selangor dia ni dianggap sbg orang Pas berotak Pkr sbb tu ramai org Pas Selangor tak sebulu dgn Kalid..
Betul GAP dia mmg dlm senarai bakal kalah PRU13 nanti hehehe....

Anonymous said...

Untuk menambah bilangan kerusi, parti agama tidak boleh hanya bergantung kepada golongan di blok kiri (contohnya Pak Him Libya) tetapi perlu kekalkan sokongan golongan tengah (Ustaz Nasaruddin) dan terbaru mengambil hati golongan kanan lebihral (erdogreng dan agama plureng). Makanya akan terjelmalah sebuah entiti baru iaitu Parti Agama-agama Serantau (P.A.S.)

NB

Anonymous said...

Dulu-dulu Dapig adalah penentang tegar kepada parti yang berideologi teokrasi.

Kini Dapig bukan saja berubah pandangan terhadap parti semacam itu malah teokratiknya Dapig lebih dari orang lama.

Kalau perubahan diambil Dapig adalah ikhlas makanya tidak ada yang perlu diskeptikalkan.

Kalau ianya hanyalah gimik untuk mengelabui mata massa, makanya massa perlu dicelikkan supaya wajah Dapig dapat dilihat dengan jelas.

NB

Anonymous said...

aku pegi ke shah alam tu..jalan x la hebat mane..belubg byk ade la.adui..hampehh jugak..
byk kali jumpe lubg n menyumpah aku coz kena megelak n tetbe telngar.punya la dlm...


negeri paling maju la..jlan ?pondok bas?x hebat sgt x pun..he

Anonymous said...

Niat versus Tindakan:

Individu A beritahu semua orang bahawa dia pasang niat nak 'diri masjid' tetapi tak pernah kumpul duit untuk tujuan berkenaan.

Individu B tak pernah umumkan niat untuk diri masjid kepada umum tetapi dalam diam-diam berjaya dirikan masjid.

Juak A kata individu A lebih baik dari individu B kerana meskipun belum berjaya 'diri masjid' tetapi niat yang dipasang sudah memadai untuk individu A diberikan markah yang lebih berbanding individu B?

Ini menunjukkan juak-juak taksub tidak akan menelan kebenaran yang pahit. Juak akan cuba menegakkan benang yang ditaksubi dan sanggup menghinakan diri (perbelit hujah agama) asalkan berasa puas.

NB

Anonymous said...

pru13 nanti, jika berani.. biar gap (bn/ bebas) vs khalid (pr) saja.. kita saksi keputusannya nanti.....

Anonymous said...

bapa saudara aku pernah bertanding sebagai calon pas era 70an dan 80an.Dua-dua kalah tapi tak hilang deposit.Apa yg aku respek ialah ketegasan prinsip perjuangannya menegakkan negara islam,walaupun aku yakin dia sendiri pun kurang pengetahuan sbb pendidikan pun tak tinggi.
Tapi sekarang ni pemimpin pas jual agama dan maruah diri demi kuasa dunia.Pas dah tersasar jauh. Sedihhhh....

Anonymous said...

Umno pengkhianat bangsa...

Pembanjiran boroh asing- ancaman ekonomi, sosial, politik & keselamatan negara.....?

Skandal IC kerakyatan pendatang asing ....?

pendatang asing menjadi pengundi... ?

gadaian lapangan terbang sg besi.. kpd kroni ..?

lepas hakmilik tanah diwooodland & tanjung pagar disingapura...?

........

...........

................. lagi dan lagi...

Angry Bird said...

lepas hakmilik tanah diwooodland & tanjung pagar disingapura bukan salah UMNO, salah Najib

Bagi aku, Singapura jelas boleh menundukkan Najib bila bila masa

Tentang Khalid Samad, aku malas nak komen. Banyak tempat yg dia boleh bertanding, terutama di kawasan majoriti bukan Melayu

Nok said...

dulu arwah bapak saudara aku lebih kurang 45 tahun lalu...pejuang parti islam makna nya pas le...masa itu nama arwah hj Mokhtar dia memang mengaji pondok dekat Bagan Datuk..tmpt dia bertanding bahagian Parit Perak kalau tak silap aku....tapi dia kalah....walau mcm mana pun memetek kata2 arwah,"dia sorang pun dia tetap lawan...untuk menegakkan islam dan arwah memang anti DAP parti komunis malaya....sbbnya arwah datuk saudara aku bermana anjang pendek kena bunuh oleh komunis semasa memerintah 2 x minggu di Malaya....kalau ada bro gap org Pasir salak mungkin tahu cerita ni....

Jadi yg menjadi persoalan Pas pispus masa kini boleh berkeja sama dgn DAP????? apa tujuan dia ???rakyat tentu boleh berfikir secara resional bukan emosional... keikhlasan DAP pada Pas terutamanya org melayu...??????aku nak ingatkan penyokong2 Pas...baca le sejarah. tengok parti mana yg mengbantu rakyat????jgn dengar fitnah...lihat lah siapa pemimpin kita ????Mat Sabun...sedap ni mah ???atau Anuar Aljuburi ????

Melayu Perak said...

Tony Pua mewakili DAP menggesa kerajaan agar tidak membiarkan pelajar-pelajar yang cerdik ketinggalan di belakang hanya kerana ada pelajar yang lemah dalam akedemik.

Kenyataan tersebut membawa maksud bahawa mereka yang mahu menggunakan medium bahasa malaysia dalam pembelajaran sains dan matematik di sekolah adalah terdiri daripada kalangan ibubapa yang anak-anak mereka bodoh, manakala yang mahu bahasa inggeris punyai anak-anak yang pandai.

Atas dasar itu mereka menggesa agar kerajaan menggunakan semula sistem PPSMI agar kanak-kanak yang cerdik tidak terbantut pembelajaran mereka. Tony Pua juga berpendapat modal insan terbaik keluar daripada mereka yang menggunakan medium inggeris dalam pembelajaran mereka

Anonymous said...

Salam;

Saya dan ramai di luar sana sebenarnya tidak memahami WAWASAN 2020 yang menjadi trademark paling popular TDM. Ramai yang menyalahkan TDM kerana membangunkan segala infrastruktur di Malaysia tanpa memperdulikan pembangunan insaniah.

Masa pemerintahan/era Pak Lah barulah terkemut-kemut menyebut pembangunan insan dengan segala istilah yang hebat-hebat.

Yang kita gagal fahami ialah WAWASAN 2020 mempunyai dua fasa iaitu sepuluh tahun fasa pertama dan sepuluh tahun fasa kedua. 10 tahun fasa pertama pengisiannya ialah pembangunan infrastruktur demi kemudahan rakyat seperti yang kita lihat hari ini Malaysia pesat dari segi fizikalnya.

Tujuannya masuk sepuluh tahun fasa
kedua kemudahan infra ini akan memudahkan rakyat menerima pendidikan yang sempurna, kesihatan, keselamatan, perumahan, pekerjaan dan sebagainya atas perkembangan infra yang dijalankan.

Sebab itu apabila Pak Lah menduduki kerusi PM yang beliau tekankan ialah pembangunan modal insan setelah pembangunan infra diselesaikan. Di sinilah yang menjadi pertikaian dan sering dipersalahkan ialah TDM kerana membangunkan infra tanpa membangunkan insan dan sebenarnya PPSMI merupakan salah satu daripada pembangunan modal insan.

Yang menjadi keliru tentulah rakyat jelata yang tidak berapa faham tentang sesuatu dasar kerajaan. Macam juga konsep 1 Malaysia yang diperjuangkan oleh DSN. Sebenarnya dasar ini adalah rebranding sahaja isinya masih mengekalkan yang lama iaitu perpaduan tetapi cuma kulit dan balutan sahaja ditukar baru.

Cuba-cubalah sertai kem BTN barulah tahu ini bukan lubuk UMNO untuk serapkan idealogi politik. Tetapi sebaliknya kita sebagai warganegara perlu lebih mencintai negara kita dan pertahankan kedaulatannya serta jangan memperlekehkan asas-asas negara yang telah dipersetujui oleh semua kaum yang mendiami negara ini.

Sebagai manusia TDM juga ada kelemahannya. Dasar PPSMI yang diperkenalkan melanggari dasar Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan. Sebab itulah MY sebagai menteri pelajaran memperkenalkan MBMMBI.

Tulah yang peliknya kita ni, yang tak faham bahasa inggeris tapi yang kita hukum matematik dan sains.
Aduhai...

Tony Phua tu perasan yang kononnya pelajar Cina pandai tapi habuk pun tarak. Ramai gek yang haprak!

-jln.ledang ke kg.gelam-

Anonymous said...

6:57,

usah tengok di seberang laut tetapi tengok saja di depan mata. nah! berapa banyak tanah di kelante yang jatuh ke tangan orang luar. apa maknanya?

Anonymous said...

Shah Alam bakal milik UMNO semula. mampos la lu khalid!

Anonymous said...

Dongengan BI... ppsmi ciptaan Mahathir ..

ketangkasan sains, matematik @ ict.. mesti dalam BI? bagaimana german, frence, italy, spain, russia, cina, jepun, dlll... mampu hantar saintis ke angkasalepas?

BM---bahasa nasional.. identiti & jatidiri malaysia.. alat penyatuan & perpaduan nasional serta sebahagian besar penduduk di negara2 Asean ....

BM --- salah satu nilai PATRIOTISME -- nilai kesetiaan & kedaulatan nasional -- sebab itu hari ini segelintir rakyat yg tidak patriotik mengkhianati & sabotaj negara sendiri demi kepentingan diri sendiri atau ideologi negara asing!

bagi mereka2 yg tidak patriotik, selepas mengaut segala kekayaan dinegara ini, selalu mengagungkan bahasa asing dengan membelakangkan nilai nasional! pada saya hantarlah anak2 mereka ini ke negara2 yg diagung2kan itu..... tetapi .. jangan ketika negara makmor baru ingin kembali menagih 'kenikmatan' saja.. jika negara tuntut 'pengorbanan' semua cabut lari!

Anonymous said...

Dongengan BI... ppsmi ciptaan Mahathir ..

ketangkasan sains, matematik @ ict.. mesti dalam BI? bagaimana german, frence, italy, spain, russia, cina, jepun, dlll... mampu hantar saintis ke angkasalepas?

*************************

berapa level IQ ko? aku rasa iq tun mesti lg tinggi dr iq ko? jd secara automatiknya pendapat ko ni lansung tak boleh pakai.

soalan utk ko yg sgt patriotik...

dlm banyak2 bahasa programming, kenapa takde 1 pun bahasa yg ditulis dgn menggunakan bahasa malaysia?

Anonymous said...

jgn fikir org jepun pakai komputer dgn windows bahasa jepun dan bercakap bahasa jepun bermakna diorang belajar programming dlm bahas jepun. baca buku programming dlm bahasa jepun. sedangkan nak buat language pack jepun pun perlukan language programming yg base on bahasa inggeris.