Monday, May 28, 2012

MALAM NI ZUL NORDIN


42 comments:

Bro Becx said...

jawab ni jap bro..jgn biar rakyat confused.

http://brobecx.blogspot.com/2012/05/zahid-md-arip-perlu-baca-dan-jawab.html

Anonymous said...

Si Tanggang dulu belom ada Aiskrim.

Si Tanggang sekarang suka main Aiskrim.

Anonymous said...

Menelanjangi pembohongan

Dua minggu sesudah ibu segala demo berlangsung - pelbagai bentuk pembohongan ditaburkan. Semua ini dilakukan secara terancang untuk mengalihkan dan memadamkan ingatan orang ramai terhadap isu yang fundamental. Berita, kisah dan kenyataan yang remeh lagi temeh dipanjang lebar dan dibesar-besarkan. Semua ini dirancang agar umum terlupa agenda fundamental.

Agenda yang fundamental pada ketika ini ialah rakyat menuntut pilihan raya dijalankan dengan adil dan bersih. Ini adalah induk tuntutan. Ini adalah ibu dari segala tuntutan. Agenda inilah yang menjemput 300,000 warga turun ke jalan raya pada 28 April yang lalu. Jumlah 300,000 anak semua bangsa ini adalah bukti bahawa rakyat Malaysia tidak lagi yakin kepada proses pilihan raya di Malaysia ini akan dijalankan dengan adil dan bersih.

Rakyat Malaysia - anak semua bangsa - yakin bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya ( SPR) sedang merancang untuk menipu di PRU13 nanti. Tiga ratus ribu keluar berdemo adalah tanda mereka telah hilang keyakinan terhadap sistem pilihan raya di Malaysia. Mereka - 300,000 - turun berdemo kerana tidak mahu ditipu. Inilah persoalan yang fundamental.

Untuk pencerahan kita bersama dalam tulisan ini saya akan menelanjangi satu demi satu pembohongan yang sedang ditabur. Pencerahan ini adalah persediaan untuk kita semua turun sekali lagi jika kita ditipu dalam pilihan raya yang akan diadakan tidak lama lagi.

Awal wahid - apa yang wajib saya telanjangi ialah konsep: hak menumbangkan kerajaan. Orang ramai terutama orang Melayu selalu ditakut-takutkan dengan perkataan ‘menumbangkan kerajaan'. Perkataan dan konsep ini dikuduskan sehingga orang ramai tidak berani bersuara. Orang Melayu pula ditakut-takutkan dari bergerak menyusun saf untuk menumbangkan kerajaan.

Anonymous said...

Para pembaca yang budiman, kita tidak harus takut. Jangan merasa gentar untuk terlibat beramai-ramai dalam gerakkan menumbangkan kerajaan. Menumbangkan kerajaan adalah peRkara biasa. Kerajaan Suharto tumbang pada tahun 1998. Kerajaan Marcos tumbang pada tahun 1986. Kerajaan Shah Reza Pahlevi di Iran tumbang pada tahun 1980. Kerajaan Mubarak di Mesir tumbang tahun lalu.

Justeru rakyat bangun menumbangkan kerajaan dan sebuah kerajaan tumbang adalah perkara biasa. Bukan satu perkara yang pelik. Bukan satu yang ganjil atau unik.

Dari zaman berzaman kerajaan telah ditumbangkan oleh rakyat. Kerajaan Melayu Melaka tumbang. Kerajaan Majapahit tumbang. Kerajaan Pasai tumbang. Kerajaan Aceh tumbang. Kerajaan Turki tumbang. Kerajaan Czar Rusia tumbang. Kerajaan Hitler tumbang. Justeru - kita semua tidak perlu takut - menumbangkan kerajaan ini bukan satu jenayah. Bukan satu kerja yang salah.

Mahathir Muhamad menakut-nakutkan orang ramai dari bergerak untuk menumbangkan kerajaan Najib. Mahathir ada sebab. Kerana apabila kerajaan United Malays National Organsiation tumbang maka Mahathir sendiri akan di dakwa di mahkamah dengan pelbagai dakwaan rasuah. Sebab inilah Mahathir bermati-matian mempertahankan Najib Razak dari ditumbangkan oleh rakyat.

Anonymous said...

Tiga orang bekas pemimpin kanan polis aka polis pencen - telah cuba menakut-nakut orang ramai dari bergerak menyusun saf untuk menumbangkan kerajaan. Para pembaca jangan risau. Sila ketawa kerana mereka ini adalah ‘Three Stooges' - Tukang Karut macam watak Wok Dogol, Wok Long dan Wok Seman dalam naratif klasik wayang kulit.

Biar saya terangkan bahawa ketiga-tiga Datuk, Tan Seri dan Tun ini ada ‘memiliki' kes jenayah yang amat besar. Seorang tauke judi pasti takut kasinonya akan ditutup. Seorang ahli tinju - masih ada kes yang belum selesai. Dan seorang ‘tauke lendir' pasti tahu apabila kerajaan United Malays National Organisation tumbang bergantang-gantang lendir akan dihempap ke mukanya. Justeru cakap-cakap ‘tiga ekor lanun' ini wajib didengar dengan mulut ternganga dan dua tangan menutup lubang telinga.

Untuk memahami konsep menumbangkan kerajaan mari kita membuka mata untuk melihat ke luar tingkap negara kita. Kerajaan Jimmy Carter telah di tumbangkan oleh Ronald Reagan pada tahun 1980. Kerajaan George Bush telah ditumbangkan oleh Barak Obama pada tahun 2005. Kerajaan Parti Buruh Gordon Brown telah ditumbang oleh David Cameron pada tahun 2010. Paling baru - beberapa hari dahulu - di Perancis, kerajaan Sarkozy telah ditumbangkan oleh Francois Hollande.

Bila saya menuliskan sejarah kerajaan yang ditumbangkan ini maka pasti ada pembaca akan melompat bersuara. Akan menjerit-jerit mengatakan bahawa Ronald Reagan, Barak Obama, Francois Hollande dan David Cameron semuanya menumbangkan kerajaan melalui proses pilihan raya dan bukan berdemo di jalan raya.

Syukur! Saya cukup senang hati apabila ada pembaca yang akan berhujah sedemikian. Saya amat bangga jika ada pembaca yang akan bertegang leher untuk melaungkan ke telinga saya bahawa pilihan rayalah yang telah menumbangkan kerajaan si Ani dan Si Anu. Ini hujah tepat dan sahih. Saya terima hujah ini.

Anonymous said...

Tetapi, sila dengar pula apa yang ingin sampaikan d isini. Kita semua wajib menyedari bahawa pilihan raya di Amerika, di United Kingdom dan di Perancis tidak menipu. Rakyat di negara-negara ini bebas untuk memilih sesiapa sahaja yang mereka suka. Lembaga Suruhanjaya Pilihan Raya Perancis tidak merancang untuk menipu para pengundi. SPR Perancis tidak merancang untuk memastikan Sarkozy menang dan calon Parti Sosialis Francois Hollande kalah.

Di negara-negara ini pilihan raya ialah pesta kebebasan untuk memilih kerajaan baru atau mengundi kembali kerajaan lama. Tidak wujud penipuan. SPR di United Kingdom kerjanya ialah mengatur dan penyusun pilihan raya bukan menipu pengundi.

Penipuanlah yang membezakan antara pilihan raya di United Kingdom atau di Perancis dengan pilihan raya di Malaysia. Penipuan ini adalah kunci dan besi berani yang memanggil 300,000 anak semua bangsa - tua dan muda - turun ke jalan raya pada 28 April yang lalu. Pengundi di Malaysia tidak mahu lagi ditipu.

Pilihan raya yang menumbangkan kerajaan di United Kingdom atau di Perancis adalah pengundian sahih dari warga negara. Bukan saperti di Malaysia di mana SPR dengan kerjasama United Malays National Organisation didakwa telah memberi Mat Bangla dan Mat Indon kad pengenalan. Dengan kad pengenalan segera ini ‘warga asing' akan dipaksa untuk mengundi United Malays National Organisation.

Kerajaan Sarkozy ditumbangkan bukan dengan menggunakan pengundi hantu. Kerajaan Gordon Brown ditumbangkan bukan kerana undi pos. Ronald Regan menumbangkan Jimmy Carter bukan dengan membuat persempadanan semula atau menghilangkan nama pengundi.

Maka jelas kerajaan-kerajaan yang ditumbangkan ini adalah melalui proses pilihan raya yang bersih dan adil. Bukan dengan penipuan.

Anonymous said...

Jika para pembaca telah memahami apa yang saya tulis di atas maka mari kita melihat pula bagaimana Suharto, Marcos dan Mubarak menjalankan pilihan raya. Suharto juga mengadakan pilihan raya. Tetapi majoriti dari 445 ahli parlimen adalah yang dilantik. Ini samalah seperti yang sedang berlaku di Burma sekarang. Parti Ang Suu Ki memenangi 45 dari 46 kerusi yang dipertandingkan. Tetapi parlimen Myamar ada 664 Yang Berhormat. Selain dari 45 YB yang dipilih - semuanya dilantik oleh tentera.

Marcos menjadi Presiden Filipina selama 20 tahun. Kempen pertama Marcos pada tahun 1965 hingga ke hari ini masih menjadi buah mulut. Ferdinand Marcos menjadi presiden melalui penipuan, melalui beli undi dan melalui paksaan.

Kisah Hosni Mubarak dari Mesir lebih indah dan menarik. Mubarak menjadi presiden selama 30 tahun semenjak tahu 1975. Pada tahun 1987, 1993 dan 1999 dengan licik Mubarak telah mengadakan pungutan suara - bukan pilihan raya - untuk memastikan dia terus berkuasa. Pada tahun 2005 Mubarak telah dicadangkan sekali lagi oleh Parlimen Mesir untuk menjadi Presiden. Lalu dilakukan pemungutan suara. Sayangnya hanya Mubarak seorang saja calon yang ada untuk dipilih.

Rakyat Mesir semakin marah. Tuntutan pilihan raya bersih dan adil mula kedengaran. Maka pada bulan September tahun 2005 diadakan pilihan raya dengan pelbagai parti bertanding. Sebelum pilihan raya dijalankan Parlimen telah meluluskan undang-uandang dan akta untuk memastikan semua kuasa mutlak masih lagi di tangan Presiden Mubarak.

Kes Suharto, Marcos dan Mubarak ini adalah kes klasik dalam Dunia Ketiga. Kita tidak perlu lagi melihat kes Mobutu Seseko dari Congo atau Mugabe dari Zimbabwe. Semua mereka ini adalah contoh pemimpin negara Dunia Ketiga yang menang dalam pilihan raya.

Biar saya tuliskan apakah dia ciri-ciri negara Dunia Ketiga agar pencerahan ini akan membantu kita semua untuk memahami apa yang sedang berlaku sekarang. Ciri utama ialah ruang demokrasi amat sempit dalam negara Dunia Ketiga. Sistem kapitalis yang digunakan pakai ialah kapitalisme kroni. Elit politik dan elit ekonomi hidup dengan kaya raya. Rasuah menjadi budaya. Media dikongkong. Polis, sistem kehakiman, badan agama dan tentera digunakan untuk mengancam orang ramai.

Semua ciri dan watak-watak ini terdapat di Malaysia. Hakikatnya Malaysia walau pun memiliki bangunan tinggi Petronas tetapi masih lagi berwatakkan negara Dunia Ketiga.

Anonymous said...

Parti United Malays National Organisation telah berkuasa selama 54 tahun. Ini satu jangka masa yang amat panjang. Perlembagaan telah diubah berkali-kali. Pelbagai akta telah ditambah. Pelbagai lembaga telah ditubuh. Semua ini untuk memastikan United Malays National Organisation terus berkuasa.

Suharto, Marcos dan Mubarak menipu dalam pilihan raya untuk terus berkuasa. Rejim Najib Razak dan United Malays National Organisation juga sedang merancang untuk menipu dalam PRU13. Suharto, Marcos dan Mubarak menang dalam pilihan raya tetapi dihambat keluar oleh rakyat.

Jangan silap faham - saya tidak menolak pilihan raya. Apa yang ditolak oleh rakyat ialah penipuan dalam pilihan raya. Justeru, jika kali ini United Malaya National Organsiation melalui SPR menjalankan penipuan dalam PRU13 - maka rakyat Malaysia tidak ada pilihan melainkan turun ke jalan raya.

Sama seperti yang berlaku di Indonesia, Filipina dan Mesir - sesudah rejim lama dihumbankan maka satu SPR baru ditubuhkan. SPR yang baru inilah yang akan mengendalikan satu pilihan raya yang adil dan bersih. Ini bukan satu angan-angan. Ini satu janji.

Melayu Perak said...

pegi lah mabuk.....

ko punya assumptions aje nak ikut...

asyik-asyik pilihanraya kotor....

kalau kotor takkan 5 negeri pembangkang dapat....

ko takda bukti SPR menipu....

kalau ada nyatakan....

Melayu Perak said...

lagi satu jangan memandai kata yang ada di bersih 3.0 tuh 300,000 orang...

ikut bbc dan bernama hanya 25,000 orang saja...

itulah buat andaian yang bodoh....

Anonymous said...

ANON YG BERJELA JELA TULIS KAT ATAS. PENAT
AJE KO TAIP. TAK BULEH MENAMBAT HATI AKU.AKU TETAP PILIH UMNO.

Melayu Perak said...

hanya orang yang takut kalah dan tahu dirinya akan kalah yang akan membuat andaian,pre-conceived notions dan pre-judgment akan pilihanraya menipu....

mereka ini sudah ada bayangan akan kalah teruk....sebelum ini terjadi maka dipersiapkan alasan pilihanraya penipu....konon kata

Melayu Perak said...

ko nak tau.....

siapa lebih ramai....bershit ke hbn2012 ke....

tengok sini....

http://pasberuk.blogspot.com/2012/05/hbn-2012-berakhir-semalam.html

Anonymous said...

Anon, May 28, 2012 7:58 AM

Kalau betul yakin tunjukkanlah bukti. kalau betul yakin tariklah diri.

ko nak penaikkan sesiapa saja itu urusan ko bro. tetapi jangan ingat dinasti yang ko nak angkat akan diterima oleh marhaen.

mungkin usaha ko sama macam usaha talibain dan al-queda yakni sesuatu yang sia-sia.

MARHAEN

Anonymous said...

balun bro balunnn....

bdak aiskrim jamban ni jgn diberi muka...

anak tanggang tu...

otai
subang

hangkedee said...

Kepada penjilat tegar kote bengkok di atas.Agak susah kalau sejak azali @ lahir di jadi kan bengkok.ia akan terus dengan kebangkokanya.Walaupun apa hujah anda pendatang dari tanah besar telah mengkafirkan anda secara halus secara sedar malaysia tanah jawi ini akan tergadai kerna anda ada lah salah seorang yang menjadi penyokong kuat kaut kafir harbi DAPIG=PAP singapork.

Anonymous said...

Kalaulah tulisan sepanjang itu digunakan untuk menentang gejala murtad yang sedang membelenggu umat islam dinegara kita kan lebih baik .... ni tak habis2 cerita pasal SPR yang mana kalau diminta bukti tak ada plak bukti kukuh tuduhan tu...

Bro politik2 jugak tapi kita kena bijak berfikir barulah kita tau mana yang persepsi mana yang fakta..

Fakta - 12 orang islam cuba dimurtadkan diselangor

Persepsi - SPR tidak telus

so kalau orang bijak dia akan lihat fakta bukannya berilusi dengan presepsi kerana terlalu menyokong parti yang disokong.

Wakeup Bro...ini bukan 2008, apa2 saja bole digunakan untuk memesongkan pemikiran rakyat. Sekarang ni semua orang dah tau menyaring maklumat dan tau mana satu bahan kempen mana satu perjuangan untuk rakyat.

Nampak sangat PR terlalu sangat berkempen sampai tak ada benda yang betul pada masa ini. Sikap ni terlalu Hipokrit...

Sudah2lah berpolitik jadilah pembangkang yang membina bukan yang membinasa...

Pengundi Berfikir

Anonymous said...

jawapan kepada anon 7.58 am....pegi dah

Jawajohor said...

RAMAI KATA PILIHANRAYA TAK ADIL !
BETUL KAH ?
KELANTAH DI PERINTAH PAS 22 TAHUN.
Tak ADIL KAH PRU kelantan.
PRU 2008 PULA PENANG , KEDAH DAN SELANGOR JATUHKAN PADA PAKATAN.
APA KAH PRU 2008 JUGA TAK ADIL KAH.
SAYA HARAP ORANG YANG TAK BOLIH BERFIKIR DENGAN BETUL MESTI MARAH KAT PAKATAN RAKYAT KENAPA MENANG DI PENANG KEDAH DAN SELANGOR. MEREKA MENANG KERANA PRRU TAK ADILKAH.
INILAH PROPAGANDA PAKATAN RAKYAT.
MEREKA TAHU MEREKA AKAN KALAH PRY 2012, JADI MEREKATA TUDUH SPR TAK BERSIH.
SEBENARNYA HATI MEREKA YANG TAK BERSIH.
TAKUT KALAH TUDUH SPR AWAL AWAL LAGI.
KALAU SUNGGUH SPR TAK ADIL PR SEHARUSNYA TIDAK TERIMA KEMENANGAN MEREKA DI KELANTAN, KEDAH, PENANG DAN SELANGOR.
APAKAH SPR AKAN HANYA ADIL APABILA MEREKA MENANG SEMUA KERUSI ?
TAK MUNGKIN. PAK SAMAD PANDAI BERFIKIR. AMBIGA SEEKOR LAWYER.
APA KOMEN MEREKA ?

Anonymous said...

Sebanyak $1.5 billion telah dibawa masuk oleh piahk2 yang tidak bertanggungjawab untuk membeli undi di Selangor

Dana ini telah dibiayai oleh Yahudi dan taikun2 cina dari luar negara.

Nampaknya mereka cuba membeli tanah air kita....

Orang melayu bangkitlah bersatulah menentang anasir2 yang sememangnya cuba menghancurkan negara ini...

Jangan jadi Pak Kadok Ayamnya menang kampung tergadai.

Anonymous said...

DALAM KEADAAN KAKAITANGAN AWAM DILIHAT BERPIHAK PADA PEMBAKNGANG, TIDAK MUSTAHIL PILIHANRAYA 2008 TELAH DIMANIPULASI OLEH DEPA. SIAPA TAHU? KAN KAN KAN

Anonymous said...

sebenarnya anon yg berjela2 tu org pkr yg dh tau nk kalah jd dia pengaruh le pengundi2 yg x berparti ni ikut dia,aku baca skit je lps tu aku x hingin pun nk baca sb dia ni sah2 dh makan duit org yahudi bg atau pun dh dijanjikan dgn jawatan klu pr memerintah,boleh blah lah lu anon berjela,wa tetap pilih umno/bn,klu ko ofer duit pun aku tetap pilih umno/bn demi agama,bangsa n negara,lg pun aku tgk kerajaan bn ok je x pu zalim,byk dh kerajaan tlg rakyat,hidup umno/bn

Matamata said...

DEWAN ULAMAK PAS NI BODOH KE ?
WHY MINTAK MAJLIS FATWA BUAT PENDIRIAN BILA RAHIM NOOR KATA NIK AZIZ BAPAK KAFIR.
YANG NIK AZIZ DAN HADI AWANG KATA ORANG UMNO SEMUA KAFIR, DEWAN ULAMAK PAS SENYAP PULA !
KALAU dah bodoh tu TETAP bodoh !

Anonymous said...

Matamata 1019
MINTAK Dewan Ulama PAS Huraikan definisi Dan SIFAT SIFAT SEORANG Muslim.

Anonymous said...

aku ni keja dgn kerajaan tp aku ttp sokong umno/bn,tp ada d antara kawan aku ada yg x sokong kerajaan tp bila kerajaan naik kn gaji depa yg berlumba2 nk kira berapa diaorg dapat,di hati mereka ttp pilih pembangkang tu yg aku x paham perangai penyokong pembangkang ni,bg aku klu kita dh bekerja dgn kerajaan taat setialah dgn kerajaan,jd aku x heranlah klu ada yg rasuah dlm kerajaan sb adanya gunting dlm lipatan ,mereka ni lah yg akn memburuk2kan kerajaan,x bersyukur langsung diaorg ni,tp ape nk buat hati n perasaan mereka dh gelap

azman said...

AKU DAN KELUARGA DAN KAUM KERABAT KAWAN YG BERADA D SELANGOR TETAP AKN MEMILIH UMNO/BN PADA PRU13,PRU12 AKU N KELUARGA N KAWAN DH SILAP PANGKAH PR,KALI NI KAMI PASTI AKN PANGKAH BN

Anonymous said...

Sungguh jijik permainan politik pembangkang .... pertahankan selangor seinci pon aku tidak akan benarkan selangor diambil oleh penyokong yahudi...

sedarlah jangan sampai kita menumpang dinegeri sendiri....

Hari ini mereka sudah berani kata nak jadi perdana mentri

Hari ini mereka sudah berani mempersendakan Kuasa Melayu

Hari ini mereka sudah berani mempersoalkan perlembagaan negara

Hari ini mereka sudah berani mepersoalkan Agama Isalm sebagai agama rasmi negara

Hari ini mereka sudah berani menentang polis

Hari ini mereka sesuka hati menindas orang melayu dengan menaikan harga barangan kerana kuasa ekonomi ditangan mereka

Hari ini mereka sudah berani mengatakan langkah mayat mereka dulu baru buat negara islam

Hari ini mereka secara terang-terangan memurtadkan umat Islam

Hari ini mereka secara terang-terangan menggunakan persatuan untuk memecahbelahkan orang melayu

Hari ini mereka secara terang-terangkan mengadaikan tapak masjid orang islam

Hari ini mereka secara terang-terangan mahukan sek bebas atas nama hak asasi

Hari ini mereka secara terang-terangan mengenepikan orang melayu di Pulau Pinang seperti mana yang mereka lakukan ketika hendak mengambilalih Singapura

Hari ini mereka secara terang-terangan membolot hasil kerajaan negeri selangor dan penang melalui kronisme yang diperolehi dari kekuatan politik mereka

Hari ini mereka sesuka hati memerintah orang melayu melakukan huru hara melalui demo2 mereka

Hari ini mereka sudah berani memburuk-buruk negara kita diluar negara

Hari ini mereka sudah berani mengangkat komunis sebagai idola mereka

Hari ini mereka sudah berani masuk ke ruangan solat orang islam untuk berceremah politik

Hari ini mereka secara terang-terangan mempertikaikan pendidikan negara yang mana mereka pon telah lahir dari sistem ini.

Hari ini melayu semakin berpecah kerana terlalu mengikut telunjuk yahudi

Hari ini orang yang berani bersumpah dihadap Alquran tidak lagi dipercaya

Hari ini ramai yang menggunakan agama untuk kepentingan peribadi

Hari ini terdapat 2 iman kerana fahaman politik sempit

Hari ini pengaruh syiah semakin menular

Hari ini pas tidak lagi memperjuangkan negara islam kerana PAS tunduk keapada DAP

Hari ini pelajar lebih suka berdemo daripada berusaha belajar bersungguh-sungguh

Hari ini manusia lebih suka persepsi daripada fakta

Hari ini sampah terus bersepah sesepah penceremah politik persepsi di selangor

Hari ini pembela agama dikeluarkan dari parti kerana boleh menggugat kemenangan parti

Hari ini rasuah semakin menjadi-jadi diselangor

Hari ini orang Melayu semakin terpinggir di Pulau Pinang

Hari ini orang kafir disamakan dengan pejuang Islam

Hari ini khutbah jumat menjadi ceramah politik

Hari ini jemaah surau sentiasa dihindangkan kebencian kerana ceramah selepas maghrib mengajak orang islam membenci sesama islam

Hari peguam pembela murtad diangkat menjadi pemimpin

Hari ini Majlis fatwa dipertikaikan oleh ahli politik

Hari ini iman seseorang boleh dinilai dari parti politik yang dianggotai

Hari terlalu banyak fatwa yang menyeleweng

Hari ini rumah urut semakin banyak seperti cendawan tumbuh selepas hujan

Hari ini orang yang membantah penyeneraian FGVB datang ambil duit $15K

Hari ini perlakukan seks pemimpin tidak lagi penting seolah-olah parti dan penyokongnya menghalakan perbuatan ini

Hari ini semua perkara baik telah dipersepsikan menjadi buruk

Hari ini pegawai2 keselamatan dicerca, difitnah dan dipukul

Hari ini pasir selangor semakin berkurangan

Hari ini air selangor semakin berkurangan

Hari ini rakyst kelantan masih menggunakan teh tarik untuk mandi walaupun telah diperintah 22 tahun oleh pemimpin yang menggunakan nama islam pada nama partinya

Hari ini kadar jenayah semakin tinggi di kelantan

Hari ini semua maklumat mengenai pembohongan dan kelemahan PR ini terdapat kat mana-mana ..

DAN HARI INI AKU MERASA FADEUP DENGAN PR....


Pengundi Baru

Anonymous said...

ambik ko wahai pr, berpuluh lg kepincaambahngan PR kalo aku nk t

usin said...

anon 7.58am, 8.00am,8.01am, 8.05am.
baru balik dari amerika, perancis ke? begitu konfiden merapu mabuk nk bagitau betapa hebatnya pilihanraya kt luar negara. apasal nk tumbangkan kerajaan? bapak ko mati dibunuh oleh kerajaan ke? mak tiri kau hilang tak dpt dikesan kerana jd hamba sex org kerajaan ke? consumption mcm sial. mana ko dpt maklumat bahawa 100% staff dlm spr tu sokong kerajaan? berani ko katakan bahawa spr merancang nk menipu dlm pilihanraya, apa bukti yg ko ada? habis tu dlm pru12, spr merancang utk bn kalah di 5 negeri? ko ni antara manusia2 yg kufur nikmat. cuba carik lg kat mana bodohnya ko kerana sokong anwar yg sebenarnya bapak segala penipu!!!

Anonymous said...

Hari ini sejak 22 tahun yg lalu, kelantanlah yg menjuarai kes pengidap hiv tertinggi.

Negeri yg konon serambi mekah.

Yg MB nyer mengkafirkan umat Islam yg lain.

Yg MB nyer di angkat sbg nabi agama PAS.

Yg MB nyer nak jadi MB sampai lobang kubur selepas dia lah yg mencerca Tun M kerana menjadi PM Malaysia 22 thn walhal cuma itulah seorang pemimpin Islam moden yg berjaya mengangkat martabat umat Islam di mata dunia.

Anonymous said...

Usin,

Jangan dilayan keldai yahudi tu.. Memang itu lah resmi mereka.

Bangkang bangkang bangkang. Bila bantuan rakyat, durian runtuh, dia la yg paling depan.

Kenapa? Sbb duit gaji yg diterima tiap tiap bulan tak berkat.

Kalau berniaga pun, abis nak terlungkup.

Kenapa? Sbb siang malam pagi petang, maki hamun, fitnah sana sini, bukti besi takde, bukti bertulis takde.. Yg tinggal cuma air liur. Cakap sesedap rasa.

Pahala derma kat org.

Lagi lagi yg kerja kerajaan. Huh...laaaagi la gaji tak berkat bila pong pang pong pang itu tak betul, ini salah. Padahal makan gaji dgn gomen. Dapat bonus, maki jugak..

Kepada anon yg keldai yahudi tu...err...selamat menjadi keldai yahudi dan israel.

Anonymous said...

Ek eleh...

Nak arab spring kat sini?
Sudah la wei... Dataran tahrir yg diharapkan tapi hampa..tak dapek sokongan rakyat majoriti.

30ribu dari 28 juta.

Itu yg datang tanpa disekat ok. 0.1%. What a looser.

aloya said...

Pakatan Haram Jadah! Mudharat menyokong PR ni lebih besar dari menyokong BN..

Nauzubillah undi keluarga aku untuk PR...

RH said...

Anom yg melalut tu memang tak reti bersyukur. Nak hentam mahathir? Sapa punya idea tu berlambak2 untuk masyarakat - Putrajaya. KLIA. Monorai. LRT PROTON (halo, u pakai kreta apa yea). Eh, idea Nuar ker? U sendiri ada buat apa?
Jahat benar kah Najib tu? Ada nuar pikir nak tolong orang? Selalukah Nuar turun padang untuk berjumpa dgn orang ramai? Ada Nuar bagi bantuan pada masyarakat? Atau itu adalah rasuah? Opss... hang ada ambik tak rm500 tu? Itu "rasuah" dari najib tau. jangan ambil... dosa. tapi nik ajis boleh ampunkan kan? ok lah rembat sajalah. peduli apa u kan..

Halo anom, saya tak nampak yg mahathir & najib tu jahat. Tapi kalu nuar tu adalah.

sorry yea. u jangan menghasut. Osss.. kalu berani sangat kenapa pakai "anom" saja? REVEAL lah... baru ada class. Baru nampak jaantan betina nye.

Anonymous said...

Anwar punya jahat,
Pro israel, bukti, dia sendiri yg cakap.
Pro yahudi, tgk sape kawan kawan baiknya di luar negara
Peliwat, azizan, sukma darmawan, saiful
Penzina, shamsidar n pelacor
Penyokong murtad, sokongan terbuka buat lina joy
Pendokong pluralisme agama, dia sendiri yg baaanyak kali cakap.
Penyokong LGBT, ini pun dia yg cakap.
Pengamal bapak segala kroni, pink form, anak bini kekasih hati.
Membelakangkan demokrasi, ketua umum pkr..tetiba je..
Anarkis, bukti dari 1974, semua kenal mmg inilah budaya anwar.

Jadi, sedara sedari, berdasarkan fakta dan bukti...apakah anwar layak memimpin kita?

Tentulah T.I.D.A.K.!! Over my dead body.

Anonymous said...

copy paste pendapat rakyat dlm malaysiakini.

renung2kan lah


Jawapan penuh tanggungjawab ala UMNO dari Menteri Belia & Sukan - "Kes kemalangan boleh berlaku di mana-mana. Kalau tak berlaku di sini, tiada jaminan ia tak berlaku di tempat lain".


inilah balasan Allah kpd org yg hadir ke majlis2 maksiat anjuran UMNO, jd lepas ni beringat2lah, UMNO penganjur maksiat kpd muda mudi, so drp pegi ke majlis begitu, baik ramai2 pegi majlis ilmu di masjid2 utk tambahkan ilmu agama, kerna UMNO sgt takut jika REMAJA DAN ORG MUDA berilmu agama yg tinggi, sukar utk UMNO LEMBUkan mereka.... tahniah kpd USTAZ AZHAR IDRUS yg berjaya menarik golongan muda utk minat kpd ilmu agama manakala UMNO berasa gelisah jika godaannya utk anjurkan maksiat x mendapat sambutan..... UMNO umpama tentera2 IBLIS yg tugasnya menggoda manusia ke arah kelalaian...

Anonymous said...

anon 12:19

berani nya engkau memfitnah dgn rasa bangga nya..

kau tak takut balasan Allah.

tunggu jer lah balasan dari Allah kerna memfitnah.

Anonymous said...

hanya tinggal segelintir kecik jer yg terlalak meyokong umnu...umpama setitik air ditengah lautan.

kesian2..

Anonymous said...

Menelanjangi pembohongan:

25,000 dikatanya 300,000.

Telanjangkan pembohongan. Yeahhhh.

Anonymous said...

PERGGGGHHHHH....POYO LAH MAMAT TULIS KOMEN PANJANG TUH. SERUPA BURUNG MURAI TAIK JAHH...

Anonymous said...

elok la korang semua sokong anwar konon nak tangkap dan dakwa mahathir. korang tak terasa ke yang anwar sedang menghadapi hari pembalasan akibat perbuatan jahat selama ini? Allah tak kan mengangkat darjat seorang penjahat untuk menjadi ketua. korang lihat air muka manusia iblis yang pendendam itu. dia sedang menanggung azab malu dihina akibat perbuaran sendiri tetapi kerana kurang beriman, dia tak pernah akur terhadap balasan Allah. dia terus mengumpul penyokong dengan janji fitnah dia.teruskanlah menyokong anwar supaya kelak korang menyesal seumur hidup. jangan ingat korang saja nak hidup didunia ni, jenerasi akan datang macam mana kalau korang terus bertuankan manusia iblis?

Anonymous said...

kpd semua anon, khasnya mamat yg buat karangan spm kat atas.

Baca lah buku Dr. Umum Tun M , itu pun kalau tak larat nak baca yg versi english. dalam tu banyak perkara boleh dpt.Kenapa, mengapa , bagaimana dan bila setiap isu di selesaikan oleh Tun M. Jgn lah tuduh yg bukan2 tanpa bukti yg kukuh.Nak baca ikut bab yg kau suka pun boleh kalau malas nak follow word by word.
Aku sangat suka bila Tun M tulis " memamg sebagai seorang manusia termasuk dia ada buat silap, tapi memecat anwar bukan salah satu darinya.