Friday, June 22, 2012

TERBAIK. AKHBAR CINA MULA ATTACK KEBODOHAN PAS !



Sinchew Daily News - Penganalisa politik Puan Tan Poh Choo (terjemah mandarin) menyatakan bekas menteri besar Perak menyentuh Sultan Johor dengan sebut harga 520 ribut ringgit untuk mendapatkan nombor Plat kenderaan WWW1, Nizar melalui “Twitter”nya mengkritik Sultan Johor, kini telah merosakkan rancangan PRU Pas di negeri Johor.

Kesilapan yang dilakukan oleh Nizar semua sekutu dalam Pakaran Rakyat menyokong penuh terhadap tindakan Nizar itu, lebih-lebih lagi Timbalan Presiden Pas Salahuddin berkata perkara itu adalah perkara kecil, rakyat mempunyai kebijaksanaan untuk membuat penilaian berkaitan perkara itu. Sejak adanya perhimpunan kempen menyokong Sultan Johor pada minggu lepas, 


dari segi perasaan orang ramai yang hadir boleh dilihat, ia menunjukkan itu sudah bukan lagi satu perkara kecil-kecilan. Mungkin ada sesetengah orang anggap bazirkan 520 ribu ringgit itu terlalu mahal, tetapi selepas Nizar membuat kritikan ia bertukar menjadi makna yang berlainan, lebih ramai rakyat Johor anggap Nizar tidak setia kepada Sultan mereka dan Kerabat Sultan Johor.

Lebih-lebih lagi Ahli Parlimen Johor Baharu Datuk Shahril anggap Nizar tidak tahu selama ini Sultan Johor banyak menabur kebajikan kepada rakyat dan orang ramai, ramai rakyat Johor memang tahu bahawa Sultan Johor banyak membuat kebajikan yang tidak pernah didedahkan kepada umum. Sultan Johor memang sangat kaya raya, 


Almarhum Sultan Johor yang lepas semasa banjir besar di negeri Johor telah hulurkan bantuan  sebanyak 1 juta ringgit kepada mangsa banjir, pernah menghulurkan wang sebanyak 1 juta ringgit kepada mangsa Tsunami di Aceh.

Ahli politik UMNO pernah menuduh Nizar seorang pembohong, sebelum ini dalam ceramah politik beliau, Nizar menyatakan beliau dapat maklumat dari pasukan tentera di Raja Malaysia, jika negeri Perak jatuh ke tangan pembangkang, Najib akan kerahkan tentera ambil alih kerajaan negeri Perak. Ketua angkatan tentera Malaysia Jeneral Tan Sri Dato' Sri Zulkifeli bin Mohd Zin menafikan berita-berita itu, beliau berkata pasukan tentera lebih profesional menjaga kedaulatan perlembagaan, kini sudah 46 orang buat aduan polis berkatian perkara yang sama itu.

Nizar selalu membuat kritikan yang tidak berasas, terutama sekali beliau sering mengkritik Menteri Besar Perak yang sedia ada sekarang.


 Beliau menuduh Menteri Besar Perak Dr. Zambry meluluskan projek perlombongan besi di Teluk Rubiah, menuduh projek tersebut melibatkan pencemaran alam sekitar yang amat dahsyat. Tetapi pada mesyuarat sidang Dewan Negeri, menteri besar Perai Dr. Zambry telah tunjukkan sepucuk surat yang berkaitan, menunjukkan bahawa projek tersebut telah diluluskan semasa Nizar sedang memegang jawatan Menteri Besar Perak, ini satu lagi tamparan kuat ke muka serta memalukan ramai orang-orang yang berada dalam Pakatan Rakyat sendiri.

kredit foto/artikel untuk CTS.

14 comments:

Anonymous said...

Sekarang ini sudah ramai orang yang tak tahu berbudi bahasa, sebabnya orang yang kononnya alim ulama pun berkelakuan mengalahkan orang yang tak berpelajaran, memaki hamun dan membuat macam-macam perkara keji dan tidak berguna. Lihatlah isu nombor plat yang dibida oleh sultan johor, itu adalah harta benda sultan johor sendiri, apahal pula pihak yang tak tahu hujung pangkalnya pula sibuk nak mengkritik itu dan ini? Cermin diri sendiri dulu, lihatlah diri sendiri apakah diri sendiri itu lebih baik dari orang yang dikritik? Sultan johor kerap memberi bantuan kepada orang ramai tanpa mengira pangkat dan darjat malahan tanpa mengira kaum dan agama, apakah orang yang mengkritik sultan johor dengan gelaran yang sangat keji itu membuat seperti mana yang sultan johor buat? Inilah sikap manusia bila belajar agama tapi tidak amal dengan betul, sibuk mempergunakan agama untuk kepentingan peribadi, akhirnya merosakkan orang ramai.

Kepada para tok guru dan alim ulama yang mempolitikkan agama untuk kepentingan politik kedengkian yang tak tentu arah, sudah-sudahlah menyesatkan orang ramai dengan perkara-perkara sesat lagi merosakkan, sedarlah orang ramai yang menjadi rosak akibat kesesatan yang dipromosikan oleh anda, maka dosa mereka juga akibat terpengaruh dengan kesesatan yang dipromosikan oleh anda akan anda tanggung juga dosanya, bayangkan berapa ribu orang yang anda tanggung dosanya akibat perbuatan yang tidak berfikir dengan akal dan iman itu?

Saya bukan ustaz, saya bukan ulama, saya tidak ada ijazah dalam bidang agama, tapi saya sedar dan insaf akan perbuatan keji dan perbuatan yang buruk adalah kemaksiatan yang dicela oleh Islam, oleh itu janganlah kita buat perbuatan keji menyesatkan orang ramai dengan fatwa-fatwa sesat dan hukum hakam yang palsu hingga merosakkan pemikiran dan akidah masyarakat, ingatlah tentang dosa dan azab yang akan ditanggung akibat menyesatkan orang ramai dengan hukum hakam palsu itu, tidak berguna sembahyang dan puasa selama seribu tahun kalau orang ramai selama bergenerasi menjadi sesat akibat sikap tok guru dan alim ulama yang membuat hukum hakam sesat itu, ingatlah, nanti di alam barzah, di mahsyar, bila ditanya mengapa membuat hukum hakam sesat itu, apa yang tok guru dan alim ulama politik ini nak jawab? Sedarlah, insaflah.

Anonymous said...

Rakyat perlu lihat dan kaji dengan mendalam seseorang pemimpin itu, jangan hanya pandai berkata-kata tapi tak reti nak buat kerja, akhirnya rakyat juga yang merana. Lihatlah apa sudah jadi dengan negara ini, ada pemimpin yang kononnya memperjuangkan kebebasan, tapi memporak perandakan negara ini dengan macam-macam hasutan dan paling keji sekali adalah membuat hukum hakam sesat untuk mempengaruhi orang ramai, di manakah nilai kepimpinan kalau sampai begini sekali jadinya?

Kerajaan sedia ada iaitu Barisan Nasional sangat rasional dalam tindakan hingga berjaya membangunkan negara ini, tapi malangnya ada juga pimpinan yang sudahlah sangat tidak berkualiti, malahan sangat keji, membuat perkara-perkara melampau seperti hasutan hingga sanggup buat hukum hakam sesat demi menjayakan hasutan mereka, mereka ini tidak rasional dalam tindakan, sanggup berbuat apa saja untuk mendapatkan kepentingan hingga sanggup menjahanmkan rakyat, merosakkan rakyat, melingkupkan negara, memporak perandakan negara, apa saja sanggup dibuat demi memuaskan nafsu serakah, sungguh tidak bertamadun sikap sedemikian, tapi kerana dirancang dengan teliti, akhirnya ramai orang terpedaya.

Pihak kerajaan perlu mengadakan penerangan khusus dalam menghadapi hasutan dan hukum hakam sesat yang dipromosikan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab semata-mata untuk meraih undi ini, kerana tindakan ini sangat bahaya kepada negara. Penerangan yang jelas perlu diperhebatkan melalui media elektronik, media cetak, papan iklan dan macam-macam lagi untuk menangkis tohmahan yang sangat tidak berasas dari para penghasut itu supaya rakyat jelas dengan apa yang sebenarnya berlaku itu adalah sangat bertentangan dengan segala propaganda penipuan oleh pihak yang menghasut itu. Malahan kerajaan perlu memperketatkan undang-undang, tindakan kerajaan memansuhkan ISA adalah suatu kesilapan yang sangat besar padahnya kerana pihak yang tidak bertanggungjawab akan mengambil kesempatan atas kelonggaran akta baru yang banyak lompong-lompong yang memberi ruang kepada anasir yang tidak bertanggungjawab merosakkan masyarakat dengan pelbagai hasutan yang keji lagi tidak bertanggungjawab. Kebebasan itu perlu, tetapi lihatlah kepada tahap pemikiran masyarakat itu dulu, kalau tahap pemikiran sesuatu masyarakat itu tidak dapat menilai baik dan buruk dengan rasional, maka kebebasan yang diberi itu akan memberi padah yang sangat dahsyat kepada negara, lihatlah BERSIH 3.0, kemudian huru hara itu dan ini yang dibuat oleh golongan penghasut yang mempergunakan kelonggaran akta baru yang menggantikan ISA ini, ini adalah suatu kesilapan yang amat besar, dan tindakan pembetulan perlu dibuat untuk memulihkan keadaan ini.

Kita hendak mencontohi kebebasan dan hak asasi manusia di Barat, tapi lihatlah pemikiran rakyat di negara ini, masih ramai yang belum mempunyai minda kelas pertama, saya bukanlah hendak memburukkan rakyat negara sendiri, tapi di Barat, ada mesin jual akbar macam mesin jual air tin, bila kita masukkan duit, pintu mesin itu terbuka dan mereka ambil satu akhbar saja yang mereka beli, tapi kalau mesin itu dibuat di Malaysia, bukan setakat semua akhbar itu dicuri, malahan dengan mesin-mesin sekali dilarikan.

Oleh itu dalam pembaharuan yang hendak dibuat oleh kerajaan, tahap pemikiran perlu dilihat dan dikaji supaya sesuai dengan pembaharuan yang dibuat itu. Tidak guna kerajaan membuat pelbagai pembaharuan itu dan ini, tapi akhirnya kerana tahap pemikiran masih rendah, akibatnya pembaharuan yang berniat baik itu telah disalahgunakan oleh golongan tertentu untuk kepentingan peribadi mereka hingga bukan saja merosakkan rakyat, malahan menjahanamkan negara. Oleh itu fikir-fikirkanlah.

hangkedee said...

Salah satu cara kafir harbi menyerang kerajaan Melayu Islam.bukan Isle.Memperlekeh setiap anggota kerajaan.dan masyarakat.Hanya pembangang melayu pas pkr sanggup jadi belacai Dapig.

Anonymous said...

konfirm beb ini kali...terduduk pembangkang....

Usaha BN selama ini Memang terbaik!!!

Anonymous said...

Pemimpin ade masalah Moral (shamsidar dan China doll) seperti Anwar tidak bole jadi pemimpin..

Anonymous said...

Saya sungguh pelik dengan gelagat pihak yang berpewatakan alim dan warak, tetapi kelakuan mereka bertentangan sama sekali, mereka bersikap sangat buruk, malahan orang yang tak bersekolah pun ada yang lebih baik dari mereka ini. Saya bukannya nak menghina, tapi lihatlah orang yang kononnya ustaz, ulama, tok guru dan macam-macam lagi gelaran, tapi bersikap keji, menghasut orang ramai bersikap biadap, mempromosikan budaya liar yang jelas tidak selari dengan tuntutan Islam, saya tidak tahulah apakah jenis manusia sebegini rupa, sungguh teruk sekali orang sebegitu.

Orang yang kononnya ulama, tok guru, ustaz dan macam-macam gelaran itu, perlu bertindak rasional, kamu membawa imej agama, tindakan kamu yang buruk lagi keji itu menyebabkan Islam dipandang serong, Islam dipandang agama ganas, agama yang suka maki hamun, agama yang mempromosikan budaya liar sedangkan Islam tidak pun seperti itu, Islam adalah agama yang suci murni yang mementingkan budi bahasa, sopan santun, berkasih sayang, bantu membantu atas dasar kebenaran. Perlulah sedar sama, nanti bila ditanya di alam barzah akan kelakuan kamu yang mencemarkan imej Islam ini apa kamu semua nak jawab? Kamu bukannya tak reti agama, tapi kamu sudah dipengaruhi oleh nafsu hingga sanggup mempergunakan agama untuk kepentingan diri tanpa mempedulikan kebenaran, itu adalah silap. Apa guna belajar ugama tinggi-tinggi tapi kelakuan hanya menjadi perosak kepada masyarakat, membawa masyarakat ke arah kesesatan, tindakan sebegini adalah seperti tindakan orientalis yang mempelajari Islam untuk memusnahkan Islam itu sendiri, apakah para ulama dan tok guru ini mahu mencontohi para orientalis itu? Sedarlah, insaflah, jangan hanya belajar, tapi perlu beramal dengan apa yang telah dipelajari, jangan belajar lain, tapi beramal lain, itu lagi teruk, belajar pasal berbudi bahasa dan berkasih sayang, tapi membuat perkara biadap dan menghasut orang ramai jadi biadap serta mempromosikan budaya liar yang jelas bertentangan dengan apa yang dipelajari, ini adalah suatu dosa, takkan tidak tahu akan hakikat dosa dan pahala? Benda baik akan dibalas pahala, benda jahat akan dibalas dosa, takkan itu pun tak reti?

Rakyat sekalian, sedarlah, insaflah, kita perlu kaji dengan mendalam sesuatu perkara sebelum mempercayainya, lebih-lebih lagi perkara yang meragukan seperti hukum hakam sesat seperti berdemontrasi liar adalah umpama solat jemaah dan menunaikan fardhu haji, itu jelas suatu kesesatan yang dihasut oleh orang yang tidak bertanggungjawab supaya orang ramai mempercayai kata-kata yang tidak bertanggungjawab itu dan membuat segala perkara mungkar yang disamakan dengan solat dan haji itu. Oleh itu, kembalilah kepada Al-Quran dan Assunah, kerana itulah panduan untuk keselamatan manusia, bukannya Buku Jingga yang menggantikan Dokumen Negara Islam, hinggakan perjuangan hudud dan negara Islam sanggup bukan setakat diketepikan, tapi sudah dibuang kerana ingin berkawan dengan puak sekular yang menunggu masa untuk meratah orang Islam selepas mereka berkuasa. Sedarlah, insaflah.

Anonymous said...

Pihak kerajaan perlu memperhebatkan usaha untuk menyedarkan orang ramai akan bahaya terpedaya dengan hasutan dan hukum hakam sesat yang dijaja oleh golongan yang tidak bertanggungjawab demi kepentingan politik ini. Ceramah-ceramah agama, khutbah jumaat, penerangan di televisyen, radio, malahan dalam siri animasi, dalam filem, dalam drama, malahan iklan-iklan perlu dimasukkan penerangan tentang bahaya hasutan dan hukum hakam sesat ini supaya rakyat tidak terjebak dalam kancah kesesatan hingga membawa kehancuran bukan saja kepada negara dan rakyat, malahan kehancuran dalam agama itu sendiri apabila rakyat bertelagah hingga bunuh membunuh kerana perbezaan politik yang sungguh tidak rasional ini. Lihatlah di beberapa negara di Afrika Utara dan di Asia Barat, perbezaan politik telah menyebabkan pertelingkahan yang sangat dahsyat sesama agama, sesama bangsa, sesama rakyat, kerana ada golongan yang kemaruk berkuasa hingga sanggup berbuat apa saja untuk memuaskan nafsu serakahnya hatta mengorbankan rakyat sendiri supaya bergaduhan dan berbunuh-bunuhan sesama sendiri supaya dia dapat berkuasa. Lihat di negara-negara itu, puluhan ribu telah mati akibat pertelagahan yang melibatkan politik hingga bertembak-tembak, pukul memukul, bergaduh di sana sini, hinggakan ekonomi menjadi lumpuh, perniagaan banyak bankrap, ramai pekerja kehilangan kerja, ramai jadi miskin dan melarat, pihak yang mempromosikan pertelagahan itu pada mulanya mencanangkan itu semua adalah untuk keadilan, tapi apakah jenis keadilan kalau negara musnah, rakyat hidup melarat, rakyat bergaduhan sesama sendiri hingga bunuh membunuh? Orang yang jenis tidak punya perasaan ihsan dalam dirinya akan rasa seronok kalau berjaya berkuasa walaupun mengorbankan beribu-ribu nyawa yang tidak berdosa, walaupun merosakkan negara, walaupun menyebabkan negara jadi miskin, walaupun menyebabkan perniagaan menjadi bankrap, walaupun menyebabkan ramai orang kehilangan kerja, kerana lepas mereka berkuasa, mereka akan jadi kuku besi, menindas rakyat, bersikap seperti komunis, sebelum berkuasa kononnya berjuang untuk keadilan dan membantu golongan susah, tapi lepas menang pimpinan komunis hidup mewah, kehidupan rakyat dicatu kerana untuk membiayai kehidupan mewah pimpinan komunis, bila orang tegur, terus dikenakan hukuman yang kejam seperti dibunuh, disiksa, dipenjarakan dengan kejam. Inilah golongan yang cakap tak serupa bikin, tamak haloba yang sangat keterlaluan hingga menjahanamkan negara dan rakyat. Oleh itu kita semua perlu sedar akan bahaya ini supaya kita dapat menghindarkan diri dari masalah yang sedemikian rupa. Fikir-fikirkanlah.

Anonymous said...

There's no other god to be worshipped but Allah and Muhammad (PBUH) is His last and final messenger.

Anonymous said...

mmg nizar ni mmg bahalol tak tau adap apa dia ingat TUANKU SULTAN JOHOR ni apa TUANKU ADALAH SULTAN yang berjiwa rakyat selalu turun kepadang melihat rakyat jelata malalui program KEMBARA MAHKOTA

Anti PR said...

Kalau kita kawan org baik, kita akan jadi baik. Kalau kita kawan kaki kelentong & penjubo, lambat laun kita akan ikut sama..

Anonymous said...

GAP.. CINA NI MENYERANG MCM KAU 'MENYERANG' BETUL TAK??

XKAN KAU TAK TAHU TAHAP KO BERADA SEKARANG...

JGN RIAK ...JGN RIAK...KALAH BN NNTI...BANGGA XPE K...HEHEHE

ALLAH MAHA BESAR..MAHA KAYA...KITA TAK ADA APA2

RH said...

Saya rasa nizar ni memang dah sewel. Tahap kekuatannya menahan serangan tidak sama dgn anuar. Nuar boleh bertahan dan masih mampu membuat fitnah, sedangkan nizar sudah give up dan becoming sewel dek tamparan hebat dari pro-kerajaan. eh, am i talking the right thing..?

Anonymous said...

yeeahhh u maybe right...

nizar ingat dia 'ir' dia dah bijak..tula pasal.. muka putih mcm nizar xsemestinya bijak dan baik hati

muka hitam mcm zamry terlindung kebijaksanaan dan keputihan hatinya

Anonymous said...

Mmg betul.
Rakyat johor yg menyumbg utk rakyat johor sebenarnya membantu sultan bersama utk menjaga kbajikan org lain dlm johor secara bersama..
Sbb tu byk org koprat dan bisness cepat dapat snugerah sultan
Mereka bersedekah dlm diam..
Termasuk lah ...aruahnya datuk sosilawati..
Kita d sini berasa pelik dan janggal kenapa dorang dapat anugerah tertinggi tu mudah dan capat...
Org org ini beredekah iklas bro..
Dorang juga tau surga dan neraka...
Bukan org pas aje yg tau...
Mereka juga tidak mengharap d beri balasan.
Cara terbaik sbagai imbuhan
Sulatan kasi anugerah
Korang jgn lah jeles...