Monday, July 16, 2012

HIMPUNAN OREN YANG BUSUK.



Pada Perhimpunan BERSIH 3.0 yang lepas, pihak pembangkang hanya berjaya mendapatkan sekitar 25,000 peserta iaitu jauh tersasar dari jumlah sasaran seramai 500,000 orang. 

Mungkin kerana tidak puas hati, dan ingin ‘test power’ memandangkan Pilihanraya semakin hampir maka satu lagi percubaan untuk menggerakkan seramai mungkin penyokong mereka melalui demonstrasi, diadakan pada siang tadi.  Kali ini, dengan memakai nama Himpunan Oren pula yang bertujuan kononnya untuk ‘menyelamatkan Felda’.   

Menurut mereka, para peserta adalah terdiri dari anak-anak Felda tetapi kita mendapat tahu bahawa ada pekeliling yang dikeluarkan oleh PAS untuk mengerahkan ahli-ahli mereka turun beramai-ramai menyertainya.   

Perlu diingatkan bahawa tiada pula pekeliling yang sama dikeluarkan oleh DAP, bukan hanya kerana DAP tidak cukup bodoh untuk menyertai balaci mereka di dalam PAS untuk berbuat sesuatu yang sia-sia, tetapi juga kerana DAP tidak berminat dengan isu ini memandangkan Felda adalah isu orang Melayu.

Dari laporan laman-laman web pro-pembangkang, Himpunan Oren dikatakan mencapai sasaran iaitu disertai oleh 20,000 orang.  Namun, mengikut laporan rasmi akhbar-akhbar utama, ianya hanya berjaya mengumpul sekitar 2,000 – 3,000 orang.  

Jika dilihat dari gambar-gambar yang dipaparkan oleh kedua-dua belah pihak dan dibandingkan dengan gambar-gambar dari BERSIH 3.0 yang disertai oleh 25,000 orang, nampaknya jumlah peserta Himpunan Oren adalah tidak sampai separuh pun dari BERSIH 3.0.  

Dan penulis percaya, majoriti peserta-peserta adalah orang-orang yang sama yang menyertai demonstrasi BERSIH sebelum ini, dan juga demonstrasi Hijau, demonstrasi PTPTN dan entah apa-apa demonstrasi lagi yang didalangi pembangkang.  

Pendek kata, apapun demonstrasi yang diadakan oleh pembangkang, jumlah maksima peserta yang mampu dicapai ialah sekitar 20,000 sahaja.  Dan selalunya jauh tersasar.   Jika pembangkang boleh berbangga dengan angka ini, jelaslah mereka benar-benar berada dalam keadaan yang amat kronik.  

Apapun, sekali lagi kita mengucapkan tahniah kepada pembangkang kerana berjaya melakukan satu lagi kerja sia-sia dan kerana berjaya memperbodohkan orang-orang Melayu.   

Hakikatnya, FGV telah disenaraikan dengan jayanya pada 28 Jun lalu.  Ia mendapat perhatian meluas dari pelabur di seluruh dunia sekali gus menunjukkan keyakinan mereka.  Kita pasti, suatu hari nanti Felda akan berjaya menjadi sebuah konglomerat global. 

Semua ini mampu dicapai tanpa se-inci pun tanah peneroka tergadai.  

Malah, peneroka telah pun mendapat manfaat darinya dalam bentuk ‘durian runtuh RM15,000’  dan bakal mendapat lebih banyak lagi dari segi dividen, bonus dan berbagai-bagai lagi, terutamanya dalam jangka masa panjang dan tidak semestinya dalam bentuk wang tunai.  

Justeru, sikap pembangkang yang memperdaya segelintir anak-anak Felda untuk membantah sesuatu yang baik untuk mereka amatlah tidak bertanggungjawab.   

Sedangkan, pembangkang cukup maklum bahawa kerja mereka hari ini adalah sia-sia kerana penyenaraian telah pun dilakukan dan majoriti peneroka tidak ada masalah dengannya.  Memorandum yang mereka serah tidak ada nilai sama sekali.   Lebih dari itu, analisis yang dilakukan oleh pemerhati politik menunjukkan bahawa sokongan terhadap BN semakin meningkat di kalangan warga Felda.  

Kita tahu bahawa apa yang pembangkang ingin capai hari ini bukanlah untuk membatalkan penyenaraian atau apa-apa yang berkaitan dengannya kerana mereka tahu itu adalah mustahil.  

Tujuan pembangkang hanyalah untuk meraih publisiti, selain beberapa orang kroni mereka ingin membuat sedikit wang dengan membuka gerai menjual T.Shirt, air mineral dan beberapa barangan lain.  

Jelas sekali yang pembangkang sudah ketandusan isu dalam menuju pilihanraya.  Maka, kerana ketiadaan isu, mereka akan melakukan apa saja semata-mata untuk memastikan rakyat tidak lupakan mereka

31 comments:

Anonymous said...

BomoSiam SIAL selama-lamanya.

Anonymous said...

kalau parti A halang parti B dalam konteks ekonomi, apa yang tersirat hanyalah fulus tetapi bukan kerana tulus dan mulus.

Anonymous said...

apabila parti A serang anutan parti B, ia adalah kerana perebutan keahlian tetapi bukan tulus kerana anutan.

Anonymous said...

.

Merokok merbahayakan kesihatan ... kurangkan merokok .

.

Anonymous said...

daripada buang masa makan oren busuk kan lebih baik korang kerjakan tanah paya yang baru diprocured, ada juga faedahnya...kah kahh kahhhh!

Anonymous said...

Busuk hati..tak habis2 nak porak perandakan negara ! puak2 ni patut tinggal di Syria...nak tengok langit tinggi ke rendah....Mat Sabu dari Felda mana ???

Meow Bergaya said...

Sejak bila pulak Felda tanam pokok buah oren ye? Manalah diorang dapat idea buat Himpunan Oren ni, tak kena mengena dgn Felda langsung!

Apa2 pun geli hati pulak tengok 5 ekor ulat buah oren kat atas tu. Yg tengah bermisai berjanggut putih tu mesti ulat yg paling banyak merosakkan buah oren. Tapi heran jugak bulunya tak warna oren ...

Meow Bergaya said...

Mat Sabu dari Felda Oren Segitiga Sekangkang Kera bernombor Lot 121. Dia skrg penghuni tetap disitu ...

Anonymous said...

Berdemo memang kerja mereka
Supaya raayat x payah berusaha
Asyik salahkan orang lain saja
Pemimpin mereka juga yang kaya

Pengikut demo memanglah bongok
Sebab hanya ikut telunjuk
Pemimpin mereka sedang menangguk
Mereka senang kita merengkok!

Budaya demo abang mat punya
Inilah yang diikut sipisaukarat
Lepas berdemo kita merana
Sila semak apa yang ekorang dapat!

Anonymous said...

Dalam diam-diam sebuah agensi milik Kerajaan Pas, dimana agensi tersebut diketuai oleh seorang MB Pas yang mana terdapat juga wakil rakyat dan orang-orang Pas dalam agensi itu telah memohon 1 juta unit saham Felda ? hari hari hentam FELDA tapi diam diam beli saham FELDA MUNAFIK.

Anonymous said...

mmg banyak tu je laa penjilat2 tegar nuar brahim dan golongan yg terpedaya dgn sorgaa nik aziz bebb...

dlm sekitar 25-50k.... mana2 pun gi golongan2 pentaksub mcm ni la yg sanggup bergolok-gadai utk dpt sorga PAS....

kalau di kali kan dgn 1 , 2, 3 , 4 ....waima x 10 pun angka mereka masih terlalu kechil utk menakutkan umno...

umno ada 2 juta ahli yg setia dan 6 juta pengundi atas pagar yg skrg sudah beralih angin ke UMNO dan BN...

isu anwar liwat , video sex anwar , pemecatan hasan ali, gugur hudud.... sudah cukup utk buat kan 6 juta pengundi swing ke umno dan BN...

dan sebahagian besar pengundi setia PAS berpaling tadah...

indikator kalau nak dibandingkan pada isu 2008 dimana hampir setiap hari kita dpt email rumah YB arwah zakaria yg dikatakan mewah...

skrg PAS begitu defensif dan tak berani nak keluarkan gambar rumah pemimpin2 UMNO yg dikatakan mahal, sbb rumah YB2 PAS pun 2x5 juga malah ada yg jauh lagi hebat....

tu belum masuk rumah anwar, dap, dll lagi... mcm sorgaaa...

otai
subang

Anonymous said...

NAK KUMPUL SAMPAI 20,000 ORANG YANG DATANG CUMA 2,000. TANDA NAK MAMPUS DALAM PRU NANTI.

Anonymous said...

Klu tiap sorg bwk satu kereta sorong brisi tanh timbus paya tu bru bli tu lgi bguusss..he

Anonymous said...

pas parti bodoh menyesatkan umat...jauhi diri dari menyertai pas..

Anonymous said...

Xpon sekor2 yg datang kat prhmpunan oren tu di kambuskn kat paya Fred Khalid...ada pekdah dr idop menyusahkn masyarakat n negara ...

Anonymous said...

PAP SPORE=DAP=PAS=PKR
JELAS PAS BERSEKONGKOL DENGAN MEREKA YANG MENGKHIANATI MELAYU DAN ISLAM. PAS RELA BAGI KEMENANGAN DAP DALAM PRU -13.
TAK TAU APA YANG PAS HENDAK. KALAU DAPAT JAWATAN PM PUN, TAPI TAK TAU KERJA BUAT APA ?
TENGOK KELANTAN N KEDAH, MUNDUR SEKALI, BUKTI TIDAK KEMAMPUAN TADBIR NEGERI.
APA YANGPAS HENDAK. ? BERI KUASA KAT CHINA.
APAKAH ITU PERJUANGAN ISLAM.
SIKAP ORANG SLAM KAH ITU.
DAP AKAN PERMAINKAN PAS.
PERCAYALAH......BAGI ORANG MELAYU FIKIR DAN NILAIKAN.

Anonymous said...

Owhh diorang ni semua meroyan tengok FGV berjaya dan bakal jadi satu konglomerat gergasi dunia. Jika tahun 70an diorang meroyan hal Petronas dan sekarang puja boleh agak la lepas ni hal yg sama bakal berlaku keatas FGV.

Mereka kena ingat zaman sudah berubah skrg di generasi kedua. Sudah pasti semangat, keinginan, perjuangan peneroka muda agak berlainan. FGV bakal mengubah nasib warga Felda generasi baru dari di pandang rendah.

Ini adalah kemuncak segala pengorbanan generasi lama yg tujuan asalnya hanyalah penempatan orang melayu yg miskin. Generasi baru kini anggota syarikat gergasi perladangan dunia. Nape..? Jeles..? Nak join..? Sorry dah takde pengambilan.

Yang meroyan tu lantak dia lah...

Anonymous said...

Sekadar ingin tahu .........
Apakah kelulusa professional yang di miliki sdr Mazlan Aliman.
ADAKAH BELIAU SEORANG AKAUNTAN ATAU ENGINEER ATAU BERPENGELAMAN BIDANG KORPORAT.
TERIMA KASIH .

Unknown said...

PAS ni asyik meroyan jer...

SPR AKAN GUNA TAKTIK KOTOR UTK PASTIKAN NURUL IZZAH KALAH DI LEMBAH PANTAI? Baca di sini..

http://apakecoh2.blogspot.com/

Lebai Malang said...

...Perkasa dan JATI patut adakan demo " SELAMATKAN ISLAM DARI KECELARUAN OLEH PAS ".....

Anonymous said...

Parti Musibat pembangkang ni tak abis2 dgn Himpunan kecewa.

Mungkin satu hari dorang akan adakan HIMPUNAN PENGGEMAR PEMIMPIN MAKSIAT DAN VIDOE LUCAH.

Anonymous said...

Tajuk citer ni jer dah Terang Lagi Bersuloh.

HIMPUNAN "OREN BUSUK".

Hahahahaha...

Anonymous said...

Masa perang Vietnam dulu pihak Amerika menyembur apa yang dipanggil sebagai "agent orange" untuk memusnahkan tanaman dan pokok2. Kesan dari "agent orange" ramai penduduk Vietnam yang dilahirkan cacat.

Himpunan Oren adalah kesan dari "agent orange" dulu. Akibatnya ramai peserta himpunan oren ni yang sudah cacat mata, telinga dan otak. Mata sudah buta untuk melihat kemajuan yang dicapai. Telinga sudah pekak dan tuli untuk mendengar penerangan demi penerangan dan akhir sekali otak sudah cacat tidak dapat berfikir dengan waras.

Kesian, "agent orange" sudah kena dengan peserta Himpunan Oren.

akuantiPAKATAN.

Anonymous said...

Semua yg pergi orang melayu....fuckatan,cina india mana?berak sambil korek hidung kot kt tandas pastu terbahak2 tgok orang melayu yg pergi...sdey

Anonymous said...

Bodoh piang. Nyusah org ramai nak berurusan kat KL. Perosak ekonomi. Korang mati besok, jangan kata org nak datang, sedekah fatehah pun aku tak sudi..

Anonymous said...

abby ababi ada kt masjid kt kota damansara skrg ni bwt ceramah busuk kutuk mengutuk

Meow Bergaya said...

Penutup kpd semua perhimpunan bengong PAS selama ini rasa2nya sebelum PRU13 ni PAS pasti akan adakan satu "PERHIMPUNAN AHLI2 SYURGA" utk ahli2 dan penyokong2nya atas kesediaan mereka mendungu, membangang dan membodohkan diri utk selama-lamanya, membawa kemati ...

Anonymous said...

Haiii....bila masa pak mad si janggut putih pakai songkok..? Ehehehe...

Anonymous said...

Kau orang tahu ke sebab apa tuan Ibrahim Tuan Man tu tentang habis -habisan FGVF , dia ada akses dalam tanah felda , kau orang tanya orang jengka ... dia orang memang tahu, blogers sila dedahkan pekara ini , siasat dia buat apa dengan tanah felda yang peneroka cagarkan pada dia.. dedahkan ,supaya semua orang boleh tahu...

Anonymous said...

Golongan x sedar di untung..dapt tanah pon free, now kecoh..retard!. X tau mengenang budi punye generasi... Aku x dapt tanah felda. Kalo ko x nak bg kat aku!!!

Anonymous said...

Generasi kedua ketiga felda. Sedo lah diri tu c kit. Mak bapak or atuk ko x beli pon tanah tuuuu... SEDAR DIRI!!! Dpt free je. Cina ngan india mana dpt, tu pasal depa x join. Mangkok! X tau malu.

Korang ni ada ngusaha kan tanah tu ke??? @ wat filem dalam felda??