Monday, July 2, 2012

YAHOO ! UNISEL BAKAL DIBANKRAPKAN PAKATAN.



SIARAN AKHBAR
Angkara politik rakus, Unisel bakal jadi gajah putih

Universiti Selangor (UNISEL) dahulunya dikenali sebagai "Universiti Industri Selangor" ditubuhkan pada tahun 1999 oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk memberi pendidikan peringkat tinggi kepada rakyat negeri Selangor.

Malangnya hasrat melahirkan modal insan berkualiti dicemari apabila kerajaan negeri PKR mengambil alih pentadbiran pada pilihan raya umum yang lalu, lantas mempolitikkan semua perkara termasuklah aspek pendidikan.

Inilah dosa paling besar kerajaan pimpinan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang rakus kuasa apabila mempolitikkan perjalanan Unisel dan bakal menjadikan universiti terulung di negeri ini sebagai gajah putih.

Tindakan Abdul Khalid itu jelas apabila melantik individu dari kalangan ahli politik sebagai Ahli Lembaga Pengarah yang banyak mempengaruhi sebarang tindakan dan keputusan di universiti berkenaan.
Ahli politik dimaksudkan ialah:

1)      Faekah Hussin- Setiausaha Politik Menteri Besar
2)      Dato Rashid Din - Ahli Parlimen Merbok ( PKR )
3)      Che Rosli Che Mat- Ahli Parlimen Hulu Langat ( Pas)

Keadaan ini sama sekali tidak pernah berlaku pada zaman BN yang tidak pernah melantik ahli politik dalam Lembaga Pengarah kerana lebih mengutamakan kualiti pendidikan dan modal insan sehingga berjaya meletakkan Unisel setaraf dengan universiti awam dan swasta yang lain.

Naib Canselor, Datuk Dr Rosti Saruwono meletak jawatan 2 Ogos tahun lalu kerana tidak tahan dengan tekanan politik dan fitnah yang dilemparkan terhadap beliau sepanjang berkhidmat di universiti itu.

Beliau yang menggantikan Profesor Datuk Dr Razali Agus pernah berazam ketika mula-mula menjawat jawatan berkenaan untuk tidak tunduk kepada sebarang tekanan politik akhirnya terpaksa mengalah.

Dua pegawai kanan iaitu bekas Dekan Fakulti Perniagaan, Prof Dr Khalifah Othman dan bekas Pengarah Pemasaran dan Komunikasi Korporat, Halid Hasbullah meletak jawatan kerana ketidak adilan terhadap mereka.

Dakwaan itu dikuatkan lagi dengan peletakan jawatan  tindakan dua Ahli Lembaga Pengarah kerana tekanan politik iaitu:

1)     Datuk Adnan Alias  - Bekas Pensyarah UKM
2)     Datuk Dr Mohammad Ariffin  Aton - Bekas CEO Sirim-Penyelidik

Dengan pengunduran Adnan dan Mohammad Ariffin, jumlah Ahli Lembaga Pengarah yang tinggal hanya 8 orang dengan tiga  daripadanya adalah Ahli Politik daripada PAS dan PKR.

Selain Ahli Lembaga Pengarah, salah seorang Timbalan Naib Canselor (TNC) juga adalah aktivitis politik Pas yang aktif dan pernah dilantik sebagai Ahli Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor.

Seorang lagi TNC berdepan dengan dakwaan salah laku berkaitan kes rogol seorang pelajar ketika menjawat jawatan sebagai dekan di UPM Serdang. Abdul Khalid mengetahui kes tersebut namun demi menjaga kepentingan kroni, beliau hanya memekakkan telinga.  Tindakan itu menyebabkan ibu bapa bimbang menghantar anak-panak belajar ke Unisel.

Kos pentadbiran meningkat, sebaliknya jumlah pelajar semakin berkurangan. Ini menyebabkan Unisel menanggung kerugian. Kerajaan negeri melantik tiga TNC dengan gred gaji Jusa B. Jawatan Pendaftar Kanan turut diwujudkan dengan gred gaji Jusa B. (lihat perbandingan di bawah).

BN                                                                                                         Pakatan Pembangkang
Naib Canselor- Gred gaji Jusa A                                 Naib Canselor- Gred gaji Jusa A
Seorang TNC- Gred gaji Jusa B                                   3 TNC- Gred gaji Jusa B
Seorang Pendaftar- Gred gaji Jusa C                       1 Pendaftar Kanan -Gred gaji Jusa B
                                                                                                                1 orang Pendaftar- Gred gaji Jusa C
Berdasarkan bukti ini, saya cabar Abdul Khalid mengumumkan kedudukan kewangan Unisel. Saya beri tempoh seminggu untuk beliau berbuat demikian.

Rakyat perlu mengetahui bahawa kerajaan negeri hanya ‘auta’ sahaja dan mereka lebih kemaruk berpolitik untuk mengekalkan kuasa sedia ada tanpa memikirkan kebajikan dan pembangunan rakyat.

Datuk Seri Noh Omar,
Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor

14 comments:

Anonymous said...

bab bankrap atau tak gua tak pasti la..tapi dok hairan ni knp faekah ni ada penglibatannya dalam semua hal??? ntah la aku pun bukan faham sangat tugas setpol ni... kalau setpol maka dia kena ada dalam segala2 jabatan ke???? setiausaha politik je tu..... bukan setiausaha kerajaan negeri pun..aduh pening.... ni setiausaha negara sokong kerajaan memerintah pun boleh jadi isu....... pening ngan geng pakatan ni... tau atau tidak mentadbir ni bhai???

p/s assmin cuba korek sat tgk kot2 ada cd terlarang oppssss... boleh hang wat modal balun blk... pastu jgn lupa salahkan umno dan blogger pro bn........

Anonymous said...

Kepandaian pemimpin Fuckatan!!!! Naikkan gaji NC dan TNC dari puak sendiri, naikkan yuran pengajian, biarkan pelajar mampus tak makan pun takpe... ade mati bunuh diri salahkan UMNO, senang kerja....

gotye said...

jom kita orang melayu buat campaign top priority!!!:
1. sokong privatisation of penang port
2. refurbishment of bukit bintang plaza area

Anonymous said...

DIA SURUH NOH BELAJAR ACCOUINTING.
TAPI AKAUN PERIBADI BERTERABUR, DAN AKAUN UNISEL PUN TERUK.
INI CORPORATE ATAU KEPARAT........

Bomo Siam said...

When Rosmah was appointed as Chancellor of UNISEL, no UMNU creature questions her credentials....!

Kuah kuaah kuaaah!!!

Anonymous said...

bomo siam yang bodoh - Chancellor yang umno lantik itu tidak mempunyai apa-apa kuasa dalam pentadbiran unisel. seperti mana-mana raja yang dilantik menjadi Chancellor mana-mana universiti awam. fungsi mereka hanya semasa majlis graduansi sahaja. dah lah bodoh bengong pulok.

Bomo Siam said...

8:32,

Bole jadik betui jugak kot. Takdak kuasa.....

Ibu segala Queen takdak kuasa?

Ada yg percaya ka?

Kuah kuaah kuaaah!

bukit selumpit said...

bomoh siam mengapalah kau berbulu sangat dgn Rosmah tu.dia ada hutang dgn awak ke?Atau kau dulu ada mengurat dia tapi dia bo layan sama lu.Kau nie semua orang tak betul,kau anggap diri awak sungguh sempurna ke?Tapi banyak tulisan yg kau masuk dlm entry blog ni macam copy & paste aja,bukanlah pandai sangat pun.Takat ilmu macam tu melambak kat Sarawak nie.Dulu lu kata rezeki yg you terima datang dari ALLAH,itu memang betul.Adakah rezeki itu datang bergolek tanpa usaha.Adakah segalanya Allah curah begitu saja tanpa ada perancangan yg amat baik dari kerajaan?Lihat saja negeri yg di tadbir oleh gerombolan puak kamu,adakah begitu sempurna?Lihat saja di Selangor terlalu banyak penyelewengan.Sebut saja,banyak sangat tempang nya.

Anonymous said...

bomoh sial... wayar otak putus..

Wakakakakaka..

warisan tmk said...

Di Selangor, dalam PRU12 yang lalu, kebanyakan yang 'overwhelming' majority Melayu menyokong UMNO/BN, sementara kawasan yang ada 'big Chinese/Indian minority' jatuh kepada DAP, PKR dan PAS.

Ini bermakna, Khalid Ibrahim menjadi MB hanya dengan 'ehsan' pengundi Cina, sama seperti SI SEWEL Nizar di Perak empat tahun lepas.

Tidak lama selepas PRU12, kaum India mulai sedar bahawa mereka telah TERPEDAYA dengan cerita-cerita karut yang telah dibawa oleh Hindraf, dan JANJI-JANJI KOSONG Anwar Ibrahim.

Khalid Ibrahim boleh le terus 'merapu' sebagai MB Selangor untuk 2-3 bulan lagi. Inilah salah satu contoh businessman Melayu yang BAGAI KACANG LUPAKAN KULIT.

Anonymous said...

warisan tmk! Aku setuju sangat2 ungkapan sdr tu........."Inilah salah satu contoh businessman Melayu yang BAGAI KACANG LUPAKAN KULIT".

Anonymous said...

KHALID IBRAHIM, MB Selangor MEMANG tak sedar diri. MAMPOS LA LU Khalid. Mudah2an doa aku dimakbulkan ALLAH.

Anonymous said...

Aku nak bagitau...

1. Sistem penghawa dingin bangunan satelit UNISEL, Shah Alam tak berfungsi hampir 3 minggu...amat panas. Kesian student yang sedang mengambil pepereksaan di Dewan Serbaguna tanpa hawa dingin. Bayangkan bagaimana nak perah otak dalam suasana panas. Kerosakkan hawa dingin ini sering berlaku, kelas kena jalan! Perkara ini telah dimajukan pada TNC, jawapannya 'Saya pun panas juga, kalau nak guna bilek saya untuk kelas, silakan'. Bilek TNC serta konco beliau, semua nya pakai hawa dingin sendirian. Apa kerja TNC yang bertanggungjawap terhadap infrastruktur UNISEL?

2. Keadaan bangunan serta bilek kuliah dan tandas yang uzur....bila nak baiki? Ini semua menyumbang pada keadaan kondusif pembelajaran. Apa kerja TNC yang bertanggungjawap terhadap infrastruktur UNISEL?

3. Status MQA yang tamat tempoh sebab tidak dipernaharui oleh pihak akademik UNISEL. Ketidak prihatinan pihak pengurusan telah menyebab UNISEL tidak dapat mengambil pelajar baru untuk 20 lebih kursus semada diploma atau degree. Apa kerja TNC yang bertanggungjawap terhadap akademik UNISEL?

Banyak lagi kepincangan dalam pengurusan tidak disebut kerana terlalu banyak! Nak tahu datang ke Shah Alam.......PANAS>>>

Lee said...

bomo siam yang bodoh - Chancellor yang umno lantik itu tidak mempunyai apa-apa kuasa dalam pentadbiran unisel. seperti mana-mana raja yang dilantik menjadi Chancellor mana-mana universiti awam. fungsi mereka hanya semasa majlis graduansi sahaja. dah lah bodoh bengong pulok.