Tuesday, October 9, 2012

GAYA POLITIK MENCETUS KONFLIK AGAMA BAHAYA UNTUK NEGARA.


1. Dalam negara yang berbilang kaum dan agama, penggunaan isu agama secara berlebihan untuk meraih sokongan politik boleh membawa kepada ketidakstabilan kepada keamanan negara. Sejarah menunjukkan Pas telah lama menggunakan agama untuk menarik sokongan penganut agama Islam kepadanya. Selama beberapa dekad yang lalu umat Islam di negara ini, khususnya orang Melayu, mengalami perpecahan yang sangat hebat.

2. Daripada mengkafirkan orang UMNO,solat dua imam, haram memakan sembelihan orang UMNO sehinggalah kepada perkara-perkara peribadi menjadi bahan Pas menghasut umat Islam membenci pemimpin Islam dari UMNO. Kemuncaknya ialah peristiwa hitam di Memali, Kedah.

3. Saya sendiri mempunyai pengalaman yang tidak enak dengan strategi Pas ini. Beberapa tahun lalu di Selangor,  Pas mengambil kesempatan memainkan emosi orang Islam atas keputusan kerajaan negeri mengambalikan tapak surau sementara Pangsapuri Jubli Perak kepada PKNS.

4. Tapak tersebut sepatutnya dijadikan tempat asuhan kanak-kanak seperti dalam perancangan asal, namun dibenarkan digunakan sebagai surau sementara sehingga masjid berdekatan siap. Malangnya, keputusan ini menyebabkan Pas berkempen ke seantero negara bahawa UMNO meruntuhkan surau. Gambar-gambar suasana berselerak untuk pengubahsuaian digunakan untuk membuat fitnah kononnya kerajaan meruntuhkan surau.

5. Apa yang tidak dimaklumkan kepada orang Islam di luar kawasan tersebut ialah kerajaan negeri telah membina surau al-Kausar yang yang lebih besar, selesa dan cantik kurang 500 meter daripada tapak asal. Ini semua tidak diceritakan. Sebaliknya, apa yang digambarkan ialah saya seorang pemimpin Islam meruntuhkan surau dan menghalang penduduk pangsapuri tersebut beribadat.

16 comments:

Anonymous said...

Jangan kaitkan Pas dengan tindakan Anwar
KUALA LUMPUR 8 Okt. - Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din (gambar) meminta mana-mana pihak tidak mengaitkan Pas dengan tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim melancarkan buku tulisan bekas Ahli Parlimen India, Mobashar Jawed Akbar yang berfahaman liberal.
Beliau yang dipetik dari sebuah portal berita AntaraPos.com menegaskan demikian ekoran kenyataan Mobashar yang didakwa meremehkan peranan Islam dalam pembentukan sesebuah negara ketika majlis itu di ibu negara, baru-baru ini.
Haron ketika dihubungi portal berita berkenaan turut meminta semua pihak agar tidak menganggap tindakan Ketua Pembangkang itu yang seakan-akan bersekongkol dengan individu seperti Mobashar sebagai sesuatu yang direstui Pas.
''Itu tindakan dia (Anwar) sendiri. Anwar pun ada caranya. Dia pun tak tubuhkan parti Islam, dia tubuhkan parti Keadilan (Parti Keadilan Rakyat-PKR). Tak apalah itu pandangan politik dia.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20121009/po_03/Jangan-kaitkan-Pas-dengan-tindakan-Anwar#ixzz28kGeyWfD
© Utusan Melayu (M) Bhd
;;;;;;;;;;;;;
BELUM APA2 DAH CANCAMARBA,PENGENCING AJAR PENGENCING JANGAN KENCING

Anonymous said...

Namanya bukan PAS klu tak menyebarkan fitnah!

Anonymous said...

janji tanam.benci pd rakayat


baru boleh cari makan....

Anonymous said...

PAS BUKAN PEJUANG ISLAM.
PAS HANYA NAKKAN KUASA MEMERINTAH.
KUASA FIRST, ISLAM LAST.
PAS TUDUH UMNO KAFIR, DAP + PAS TAK KAFIR KAH?
PAS NAK KUASA......TAPI
MAMPUKAH NAK TADBIR MALAYSIA
ADAKAH ORANG CERDIK DALAM PAS
TADBIR KELANTAN GAGAL CAMNA NAK TADBIR NEGARA
QUALITY PIMPINAN ADAKAH
TERLALU RAMAI MR BEANs DALAM PAS
PANDAI MENALAK SAHAJA NO DELIVERY

FIKIRKANLAH , MAMPUKAH PAS MENTADBIR NEGARA ?
YANG PASTI PAS JADI PAK ANGGUK SAHAJA PADA DAP. NO QUALITY, NO CAPABILITY, ITU LAH PAS.....PARTI ANJING SURUHAN..

Anonymous said...

Harrunsani Dan Hassan Ali tu malaikat ke?

Anonymous said...

sorry off topic.. betul ke takde apa2 perbicaraan pun di mana2 mahkamah perancis pasal scorpene? so pak sheikh kencing lagi la ye?

so mana pencacai2 peminum air kencing pak sheikh yang komen pasal peguam2 datang malaysia tu? itu hanya penyiasat. bukan pegawai pun..hahahaha...dah kena bayar utk dtg malaysia kasi kencing si bodoh dan si bahlol dlm pakatan rakyat

Anonymous said...

Tp xdala sebodo org boleh pcaya Anwar

Anonymous said...

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad panik nasibnya akan serupa seperti Muammar Gaddafi dan Hosni Mubarak jika kerajaan Umno BN digulingkan pada pilihan raya umum (PRU) nanti.

Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar berkata, PRU kali ini paling ditakuti Mahathir kerana bimbang kekayaan yang dikaut bersama anak-anaknya dalam Umno BN terhapus jika rakyat memilih Pakatan.

“Pilihan raya nanti bukan saja menentukan hidup mati kerajaan Umno BN tetapi menentukan apakah nasib Dr Mahathir.

“Sebab itu beliau terdesak mempertahankan diri dan anak-anaknya bagi memastikan empayar politik dan ekonomi
keluarga bersama kekayaan mereka terjamin,”

Anonymous said...

Adakah KITA SEMUA KENA BERSIAP SEDIA UNTUK MENGHADAPI KONFLIK ANTARA PENGANUT PENGANUT AGAMA?
-pemerhati-

Anonymous said...

Perasuah juga adalah bahaya untuk negara.............Minta tolong blog pro kerajaan jangan siarkan article atau apa2 yang di tulis Dr Khir. Sebab orang ramai yang atas pagar dah mula menyampah apabila blog pro kerajaan masih melayan dan link kepada blog perasuah. Di sebabkan satu perasuah, UMNO akan kehilangan undi pengundi atas pagar.

Anonymous said...

Anon 10:16 AM

Sy bknla penyokong Khir Toyo tapi bg sy tuduhan kpd beliau bkn brkisar kpd rasuah tapi penyalahgunaan kuasa sms mnjadi MB Selangor..mmbeli hartanah dibwh harga sbnr...tapi ..tapi..

La neh...ada sekor MALAYSIA's TOP LAND BROKER yg msih aktif pon mmbuat aktiviti yg lbh kurang sama dgn Khir Toyo malah keuntungannya berjuta2...Khir Toyo cuma utk sebuat rumah kediaman ,tapi mangkok jamban BIAWAK ini tapak prmahan utk rakyat marhaen .....

PUAK PAKATOON mmg haramjadah sbb apa saja kemungkaran yg di lakukn oleh puak korg waima berbillion wang hengget pon korg pejam mata , kroni dan nepotisme terang2 pon halal...

Sbg pengundi muda sy yakin dgn pilihan sy ...BN yg terbaik wlpon dlm serba kekurangan, BN tetap mmbela nasib org Melayu/Islam...utk penganut agama len, tahap kebebasan beragama di Malaysia mmg da best..asalkn jgn di ganggu dan cuba mnyebarkn agama di klgn org Islam di Malaysia...

Dah trmaktub dlm perlembagaan,,kalo xpuas ati...bungkuihla kain baju and get out from here coz...dah bagi dok kat Malaysia pon bawa2 la berterimakasih...

Kpd penganut PAS jgn trlalu taksub dgn parti anda...ia bkn agama pon...xde dlm Al Quran pon sokong PAS akan masok syurga...parti paling HAMPEH yg pernah ada dlm donia ini krn mmprgunakan agama utk meraih sokongan...

Anonymous said...


Baru sedar ke Dr Haron Din ..masya Allah.. Lambat dapat petunjuk lah ko ni..

Auar Ibrahim ni dah tahap Dajjal dah sekarang ni..

Esok2 ko akan terima apa yg aku cakap ni wahai Dr Haron..

Anonymous said...

..Perasuah juga adalah bahaya untuk negara.............Minta tolong blog pro kerajaan jangan siarkan article atau apa2 yang di tulis Dr Khir. Sebab orang ramai yang atas pagar dah mula menyampah apabila blog pro kerajaan masih melayan dan link kepada blog perasuah. Di sebabkan satu perasuah, UMNO akan kehilangan undi pengundi atas pagar.

Sebagai Orang Endau Johor (OEJ) yang pro UMNO saya juga bersependapat dengan anda.. Blog pro UMNO/Kerajaaan Jangan kaitkan lagi dengan blog kaki rasuah ni walau dengan cara apa sekali pun..ianya akan mengwujudkan mood benci rakyat terutamanya yang atas pagar kepada UMNO dan kerajaan samalah juga dengan tindakan yang perlu dilakukan kepada Badawi.. Mereka dah tak relevan dan MENJADI debtors serta akan menyusahkan perjuangan kita.. menjadi bahan orang membenci UMNO.. Sudah cukup lah UMNO diperlakukan, diburukkan, diperbodohkan dn domomokkan dengan wajah yang hodoh selama ini..

UMNO HARUS BACK TO BASIC..

HIDUPLAH PERJUANGAN MELAYU DAN UMNO UNTUK ISLAM..

Anonymous said...


Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad panik nasibnya akan serupa seperti Muammar Gaddafi dan Hosni Mubarak jika kerajaan Umno BN digulingkan pada pilihan raya umum (PRU) nanti.

PERJUANGAN TUN MAHATHIR PERJUANGAN BERMARUAH.. TAK DI TAKUTNYA UGUTAN budak HINGUSAN MACAM NURUL IZAH TU.. Kencing pun belum lurus betul nak jual temberang..


Anonymous said...



Mungkin benar terdapat ketirisan dan sedikit kerugian wang ringgit daripada apa yg dibuat Tun Mahathir sepanjang pemerintahannya..

Tapi kalau nak dibandingkan dengan apa yang beliau buat kepada Malaysia sepanjang pemerintahannya..seperti kemasukan wang ringgit melalui pelaburan asing.. harga diri rakyat Malaysia.. infra struktur..mercu tanda..dan sebagainya. mungkin antara kerugian dan keuntungan itu boleh diperumpamakan seperti langit dengan bumi.. (Satu hakikat yang diakui orang spt Pok Nik)

.OEJ.

Anonymous said...



GAP..TOLONG BAGI KOMEN SIKIT..
AKU TENGOK KAT PARLIMEN TU HAL-HAL BERKAITAN KDN HARI-HARI DATO' WIRA ABU SEMAN YANG JAWAB..MANA PERGI DIA PUNYA MENTERI.. SIBUK SANGAT KE..TAK DE TELOR KE..DAH TAK MINAT NAK JADI MENTERI KDN KE, ADA BANYAK AGENDA LAIN KE,, JGN KERANA PM SEPUPU TAKE ADVANTAGE PULAK.. RAKYAT MEMERHATI NI.. MAKIN TEROK LAH..