Tuesday, October 23, 2012

POK NIK SEKARAT AIR KELANTAN.


Nampaknya tekanan agar Nik Aziz bersara semakin menjadi-jadi.  Ramai di kalangan akar umbi PAS sendiri semakin resah dengan kesungguhan Tok Guru mereka untuk kekal berkuasa walaupun mereka enggan mengakuinya kerana terlalu taksub dengan ‘kewalian’ Tok Guru.

PAS sendiri nampaknya ‘malu alah’ dengan kedegilan Nik Aziz untuk memahami kehendak rakyat Kelantan yang sudah tidak lagi yakin dengan kepimpinannya.  Namun, sudah menjadi budaya orang Melayu itu untuk tidak berterus terang tetapi lebih senang mengata di belakang kononnya atas alasan hormat dan menjaga hati orang, terutama orang yang lebih tua, apatah lagi pemimpin bertaraf Ulama.  Akibatnya, Nik Aziz mula kelihatan seperti seorang yang gila kuasa kerana enggan berundur walaupun telah tiba masa.

Sedangkan, orang yang paling hebat dikritik PAS sebagai ‘gila kuasa’ suatu ketika dahulu iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad telah pun berundur, walaupun sehingga ke hari ini, fizikal dan mental beliau masih kuat dan jauh melangkaui kemampuan manusia di usianya.   Tetapi, Nik Aziz yang kononnya tawaduk lagi warak ini, tidak sanggup pula melepaskan jawatan walaupun sudah tidak mampu dari segala segi.

Dalam ucapan tahniah oleh Presiden PAS atas ulangtahun 22 tahun kepimpinan Nik Aziz di Kelantan semalam, telah menyebut tentang bagaimana Nik Aziz pada ketika hendak dilantik sebagai MB telah telah menolak jawatan tersebut.  

Mungkinkah beliau sebenarnya ingin menyindir Nik Aziz, dengan harapan agar Nik Aziz kembali terfikir akan perubahan dirinya sehingga menjadi manusia yang gila kuasa dan sayangkan jawatan?

Nik Aziz telah menceburi politik sejak tahun 1967 iaitu 45 tahun dahulu.  Dari jangkamasa itu, beliau telah pun menjadi Menteri Besar selama 22 tahun.  Tidak mungkin beliau belum puas berpolitik lagi.  Jika nak dikatakan yang beliau masih punya perancangan untuk Kelantan yang perlu dilaksanakan, adalah tidak logik kerana tempoh itu sepatutnya sudah lebih dari cukup untuk beliau melaksanakan apa jua rancangannya.  Sedangkan dalam tempoh yang sama, Tun Mahathir berjaya membangunkan sebuah negara dari negara ketiga menjadi Harimau Asia yang dicontohi dan dikagumi serata dunia.


Maka, jelaslah tidak ada alasan yang konkrit bagi Nik Aziz untuk terus kekal berkuasa selain dari, gila kuasa.  Jika benar beliau seorang yang tawaduk sebagaimana 22 tahun lepas di mana beliau menolak jawatan Menteri Besar, maka beliau pasti akan berundur dengan sendirinya, tanpa perlu disindir, disuruh atau dipaksa memandangkan keadaan fizikal dan mental beliau yang semakin hari semakin kronik.

Jawapan yang diberi Nik Aziz ketika ditanya mengenai sama ada beliau akan bertanding lagi membuktikan yang beliau enggan berundur.  Katanya, beliau menyerahkan ‘nasibnya’ kepada kepimpinan tertinggi untuk membuat keputusan sama ada akan bertanding atau tidak dalam pilihanraya kali ini.

Sedangkan ‘kepimpinan tertinggi’ itu adalah beliau sendiri iaitu sebagai Mursyidul Am, satu jawatan yang mengatasi Presiden, yang terletak dalam kategorinya yang tersendiri, yang berhak mengampun dan menghukum manusia lain, tidak boleh dikritik atau disentuh hatta maksum, mengikut pemikirannya.

Berdasarkan hakikat ini, beliau cukup maklum yang tiada siapa di dalam PAS yang sanggup untuk menyatakan secara terus terang yang beliau tidak lagi diperlukan oleh rakyat Kelantan dan perlu berundur.  

Jelas, jawapan yang diberikan hanyalah jawapan politik yang berniat untuk memperdaya rakyat.  Nik Aziz tidak ada niat langsung untuk berundur selagi hayat masih ada.   Beliau yakin jika rakyat Kelantan sanggup berada di bawah pemerintahannya yang tidak membawa apa-apa perubahan kepada mereka selama 22 tahun, maka apakah yang menghalang mereka untuk terus berada di bawahnya bagi beberapa tahun lagi?   Jika air berkarat, kotor dan tidak cukup bekalan tidak pernah menjadi masalah selama hidup mereka, kenapa ia perlu menjadi masalah sekarang?  Jika rakyat tidak kisah berhijrah ke negeri lain untuk mencari rezeki selama ini, maka kenapa pula mereka akan kisah mengenai perkara itu sekarang?

Belum ada rakyat Kelantan yang mati kerana bekalan air kotor atau tidak cukup.  Nik Aziz pula tidak pernah menghalang rakyat miskin untuk mencari rezeki di negeri lain, jadi apa masalahnya?  Rakyat hidup seperti biasa, dan beliau akan terus menjadi MB, seperti biasa juga.

Apapun, jika benar Nik Aziz ingin bertanding lagi, maka nasib beliau akan ditentukan oleh rakyat Kelantan sendiri, sama ada beliau akan terus menjadi MB atau bekas MB selepas PRU nanti.



23 comments:

Anonymous said...

"Ingat lagi krisis ekonomi pada 1997? Siapa Menteri Kewangan pada masa itu? Siapa yang naikkan kadar faedah sehingga 24 peratus? Siapa ambil jalan mudah nak serah negara ini kepada Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) walaupun bererti menyerah kedaulatan negara.

"Siapa pula yang selamatkan negara ini jika bukan BN di bawah pimpinan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Sebab itu rakyat mesti pilih kerajaan yang mempunyai pengalaman dan rekod perkhidmatan cemerlang selain telah banyak berjasa," katanya.




Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20121022/po_01/Siap-siaga-sebelum-berperang#ixzz2A9aqfSwz
© Utusan Melayu (M) Bhd

Anonymous said...

Kalu tak khilaf hamba, sape yang kata:

"aghi nih dia letak jawatan,esok saya
pun letak jawatan..."

Mahafiraun..berkuasa sampai mati...

Allah balik kan kembali setiap
fitnah, cacian & ejekan mereka kepada diri mereka sendiri, tetapi
sesungguhnya mereka tidak berakal.

malayoo mudah lupa said...

Aku nk sambing sikit....
Siapa yg naek kan cukai kereta import?
Siapa yg naek kan Paspot RM300?

Anonymous said...

Nik Aziz Maha Namrud @ Maha Firaun.

malayoo mudah lupa said...

PAS parti yg lemah ,hanya bergantung pada kekuatan seorang pemimpin sahaja tu pun karoot komedia punya pemimpin begitu jugak PARTI KENCING RAKYAT

malayoo mudah lupa said...

Smpai arini aku tk boleh nk paham....dgn UMNO yg saudara seIslam tk maw ber baek2 tapi DAPigs anti Islam boleh buat kawan baek....ini ke parti yg perjuangkan Islam?

Anti PR said...

Manusia tak sedar diri. Dah nak kojol pun masih gila kuasa. Dia bukan buat kerja MB pun. Dia buat kuliah subuh saja. Itu kerja imam kampung dah cukup. Tanya lain tak tau pun. Harap org lain fikir utknya. Lepas keluarlah nas @ hadith. Berapa Nabi Muhammad jadi Rasul? Mungkin itu yg cuba diatasinya sebab dia Wali Selipar.

Anti PR said...

Manusia tak sedar diri. Dah nak kojol pun masih gila kuasa. Dia bukan buat kerja MB pun. Dia buat kuliah subuh saja. Itu kerja imam kampung dah cukup. Tanya lain tak tau pun. Harap org lain fikir utknya. Lepas keluarlah nas @ hadith. Berapa Nabi Muhammad jadi Rasul? Mungkin itu yg cuba diatasinya sebab dia Wali Selipar.

malayoo mudah lupa said...

Mungkin dia tidak perasan itu ujian Allah buat dia...baru je di beri sedikit kuasa dua dh susah nk lps kan pada org laen walaupun dari segu fuzukal mmg nampak dh tak larat

Tukang Komen said...

Pas gagal melahirkan kepimpinan yg dinamik,progresif dan berjaya. Kelantan dan Kedah contoh yg baik. Kalau bodoh boleh belajar tapi kalau dah bebal letak jawatan jelah!

Nik Ajis dah takde benda pun. Banyak perkara dia tak tau. Lain ditanya lain jawabnya. Susah kalau pemimpin tak tau bila nak turun. Masalah ya ada tak selesai buat pulak masalah baru. Ahli pas dah boring dgn kebodohan MB Kelantan.

Anonymous said...

yang naik kan cukai kereta import dan passport kpd RM300 siapa lagi kalau bukan Anwar laknat.

Anonymous said...

Anon diatas klu baca surah al hujarat ayat 9-12,bukan sahaja tuan yng tidak faham, penyokong PAS pun naik biol kenapa n.ajis menolak tuntutan al quran supaya disatukan umat islam yng berpecah.

Ayat yng menuntut hukum hudud kemain lagi nik ajis ulang berulang2.Tapi ayat yng menuntut supaya orang2 islam bersatu dan jangan berpecah2 korang pernah dengar ker nik ajis sebut dalam ceramah dia.

Kekadang pening juga memikirkan bagaimana ustad2 di dalam PAS boleh mengangkat n.ajis sebagai ulamak .
Merujuk kepada Imam Al Ghazali di dalam kitab Bidayah al Hidayah memang boleh di pertikaikan 'keULAMAKan' n.ajis.

Waulahuallam.
expas

Anonymous said...

Jadi MB sampai nyayuk pun bleh sebab nak duit jual/pajak tanah,kutip derma dari rakyat pahtu tuntut plak royalti.Sampai bila WOOOOOOOOOOOOIIIIIIIIIIiiiiii.

Anonymous said...

'And say to My servants (that) they speak that which is best; surely the Syaitan sows dissensions among them; surely the Syaitan is an open enemy to man' (surah 17 al-Israq ayat 53)

ayat ni jelas...setan musuh manusia!

nik aziz kawan setan

muslim ker si nik aziz ni? tak dpt nak jwb tepat

sebab

pakaian mcm muslim tapi...abu jahal, abu lahab, abdullah saba, al mughirah pun berpakaian sama gak

klau muslim..mesti lah dia berpegang pada ayat yg di atas

kapir kot?

mungkin..sebab tindak tanduk mcm kapir

lebih tepat kabi harbi sebab dah jadi musuh dan memecah belahkan umat Islam dari dalam

kalau jumpa dia boleh la kalian meludah muka Wali Puki ni

itu jer cara nak layan kwn2 setan dan musuh2 Islam

-khalid alwalid-

Anonymous said...

Urusan menunaikan rukun haji tak lama lagi nak selesai.PRU tak juga datang. Kecian penganut Pas yg tak pegi sebab beri keutamaan pada pilihanraya. Mereka yg tak pegi kerana ikut arahan kepimpinan Pas benar2 bebal.

Anonymous said...

JIKA KEPIMPINAN PAS 'MALU' NAK BERSUARA AGAR WALLY AJIS TURUN DARI KERUSI MB KESAYANGANNYA, AKU YAKIN RAKYAT KELANTAN AKAN USUNG WALLY AJIS TURUN DENGAN MEMBERI KEMENANGAN BESAR UMNO DI KELANTAN PADA PRU13 NANTI...INSYA ALLAH. TAKBIIRRR !!!

gen2felda

Anonymous said...

12:47

Korea & Thailand pun minta bantuan IMF...dan hari ini negara mereka tetap maju..di Thailand Raja mereka masih disanjungi...di Korea presiden masih orang Korea...takde pun org Yahudi jd presiden Korea..

Anonymous said...

melayoo mudah lupa

Si Soi Lek baiikk je kutuk undang2 islam selama 2 hari...Bos hang boleh duduk diam...awat tak marah?

Anonymous said...

Hidup menongkat langit....kejar nikmat dunia...

Anonymous said...

air kaler taik.itulah 23 tahun pencapaian MB kelantan.woii.takat psg kaset quran kat pekan tu blambak dh restoran mamak muslim buat.itu je kebggan.bodoh punya rakyatvkelantan.

Anonymous said...

Memang la Thailand & Korea ok je tapi sampai sekarang hutang x habis, melebihi KDNK. Pendapatan digunakan utk bayar faedah je.....kalau x tau ekonomi xyah komen boleh x...?

Anonymous said...

ahli PAS memang BAHALOL lagi TOLOL....

Anonymous said...


AHLI PAS DIBODOHKAN NICK AJIS DARIPADA 1956 HINGGA KE HARI INI..

YG CERDIK PANDAI ADA PHD, ADA PENGAJIAN NUKLEAR, ADA DOKTOR, ADA JURUTERA SEMUANYA DI BODOHKANNYA ..
DIKELENTONGKAN AYAT2 ALQURAN IKUT SESUKA HATINYA UNTUK MEYAKINKAN SICERDIK YANG DUNGU INI SEBENARNYA..