Tuesday, October 23, 2012

PESAN TUN M PADA MAHASISWA.

8 comments:

Anonymous said...

Terima kasih Tun M atas nasihat yang anda berikan. Kami akan ingat sepanjang masa nasihat Tun itu.

Anonymous said...

Berita yang takkan muncul dalam media pembangang terutama Soroskini dan haprakdaily

KUALA LUMPUR – Malaysia semakin menghampiri dalam matlamatnya untuk menduduki tangga 10 teratas dalam senarai Laporan Bank Dunia sebagai negara paling berdaya saing di dunia bagi menjalankan perniagaan.

Ia apabila Laporan Menjalankan Perniagaan 2013 keluaran Bank Dunia hari ini meletakkan Malaysia di tempat ke-12 berbanding tempat ke-18 pada tahun lalu dan kedudukan ke-23 pada tahun 2010.

Laporan itu sekali gus menunjukkan Malaysia kini mengatasi negara maju lain seperti Sweden di tangga ke-13, Taiwan (ke-16), Jerman (ke-20), Jepun (ke-24) dan Switzerland (ke-28) dalam perspektif berkenaan.Peningkatan sebanyak enam anak tangga di tempat ke-12 pada tahun ini juga merupakan satu lonjakan paling tinggi dalam kedudukan daya saing Malaysia.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, pengumuman dan pengiktirafan terbaharu Bank Dunia itu bakal mengukuhkan kedudukan negara ini sebagai destinasi pilihan pelabur tempatan dan asing.

"Malaysia melonjak ke tempat ke-12 dalam Laporan Menjalankan Perniagaan 2013 oleh Bank Dunia. Bank Dunia mengumumkan ini dalam edisi terkini Laporan “Doing Business”.“Laporan ini mengkaji 185 ekonomi merentasi kriteria daya saing seperti kemudahan memulakan perniagaan, kelulusan mendapatkan lesen, kecekapan pentadbiran cukai dan kemudahan menjalankan perdagangan rentas sempadan,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Mustapa berkata, laporan itu turut menyatakan Malaysia memperbaiki kedudukan daya saingnya dalam lima bidang menjalankan perniagaan iaitu Kemudahan Bekalan Elektrik (dari tempat ke-59 ke tempat ke-28), Pendaftaran Hartanah (dari tempat ke-59 ke tempat ke-33), Pembayaran Cukai (dari tempat ke-41 ke tempat ke-15), Perdagangan Rentas Sempadan (dari tempat ke-29) ke tempat ke-11) dan Urusan Permit Pembinaan (dari tempat ke-113 ke tempat ke-96).

Dalam pada itu, katanya, Malaysia juga disenaraikan di kedudukan ke-4 di dunia dalam kategori ‘Melindungi Pelabur’ dan di tempat pertama seiring dengan Afrika Selatan dan United Kingdom dalam kategori ‘Kemudahan Mendapatkan Pinjaman’.

Tambah beliau, Bank Dunia turut memperakui bahawa Malaysia antara sepuluh negara teratas di rantau Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) yang melakukan pembaharuan yang menunjukkan kemajuan yang terkehadapan dalam amalan peraturan.

Ia berikutan Laporan Menjalankan Perniagaan 2013 memuji Malaysia kerana menubuhkan Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan (PEMUDAH) dari Unit Pengurusan dan Prestasi Perlaksanaan (PEMANDU) untuk membuat pembaharuan dalam peraturan dan prosedur perniagaanJusteru, kata Mustapa,

Malaysia mengalu-alukan penemuan oleh Bank Dunia itu kerana ia mengesahkan Malaysia sebagai sebuah ekonomi berdaya saing dan menggambarkan kejayaan kerajaan dalam pelaksanaan memperbaiki persekitaran perniagaan serta menjadikannya lebih kondusif untuk mengekalkan pertumbuhan ekonomi.

"Ia sekali gus menggambarkan penambahbaikan berterusan dalam penyampaian perkhidmatan awam dan kecekapan keseluruhan jentera Kerajaan melalui Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan Program Transformasi Kerajaan (GTP),” katanya lagi

Anonymous said...

...kalau nasihat Pok Nik kepada puak2 asobiyah PASpispus ialah membenci kerajaan, pecah perut pemimpin, memberi gelaran yg pelbagai, maki hamun dan caci maki serta fatwa karut marut.

...best kan ada pemimpin mcmtu?

-nik ajis mahafiraun-

MegaBidaman said...

tun pernah berikan amanat yang hampir serupa semasa aku belajar di UTM dulu, syukur hingga sekarang jadi manusia yang tak membelot pada bangsa, agama dan negara

Anonymous said...

Dalam Pas ada ke orang2 bijak macam dalam Umno.Mesti ada. Mat Sabu,Nik Ajis,Mahfusss,Hadi dan ribuan lain apa kurangnya. Mat Sabu kalau jadi PM negara kita gerenti lebih maju. Maju kebelakang agaknya. kah kah kah.

Anonymous said...

Didalam kepimpinan pas pun ada yg bijak pandai tetapi disebabkan kebodohan dan ketaksuban tinggallah pemimpin2 yg dangkal ilmunya.

Anonymous said...


dalam pas..
Ahlinya yang pakar dalam bidang nuklear pun disanggahnya bulat2 dalam isu LYNAS.. demi mencium bontot busuk DAP..
Itulah stadard ahli2 PAS.. berketuakan yg bodoh2 belaka dan GILA KUASA YANG AMAT SANGAT..mampuss, sabun, pork nick, al bangang..



Anonymous said...

KUALA LUMPUR: Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata, penyataan beliau tentang wujudnya 'perjanjian syaitan' antara Umno dan MCA disahkan tidak sampai 24 jam selepas ianya didakwa.

Ia tidak lain dan tidak bukan disahkan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam kenyataannya di Universiti Malaya semalam.

"Semalam, saya secara terbuka mengatakan pemimpin MCA dan UMNO telah membuat 'perjanjian Syaitan' supaya masing-masing menyebarkan pembohongan dan penipuan untuk menakut-nakutkan pengundi Cina dan Melayu.

"Ia dibuat dengan keyakinan bahawa politik yang sedemikian satu-satunya cara untuk mendapatkan undi kaum Cina dan Melayu buat Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke-13," katanya.

Menurut Lim Kit Siang, beliau menjangkakan pemimpin Umno dan MCA serta propagandis-propagandis mereka menafikan kewujudan perjanjian jahat itu lalu cuba melarikan tumpuan daripada 'perjanjian syaitan' tersebut.

"Apa yang paling tidak saya jangkakan pendedahan saya tentang 'Perjanjian Syaitan' di antara UMNO/MCA disahkan dalam tempoh 24 jam dengan gaya penuh wibawa dan cara yang benar-benar melondehkan hipokrasi dan muslihat Umno serta MCA.

"Hanya seorang sahaja mampu melakukan tindakan sedemikian iaitu Tun Dr. Mahathir dan itulah yang beliau lakukan semalam," kata Kit Siang (gambar kanan).

Pada sidang media semalam di simposium 'Dialog Antara Peradaban Menuju Keamanan, Keharmonian Bersama dan kelestarian' Universiti Malaya, Mahathir mengakui bahawa 'pendirian tidak bertolak ansur' MCA terhadap hukum hudud pada Perhimpunan Agung MCA minggu lepas hanyalah bertujuan 'menakut-nakutkan' komuniti Cina dan bukan ditujukan kepada kaum Melayu atau umat Islam.

“Dia (MCA) bertujuan untuk menakutkan orang Cina, bukan orang Melayu atau Islam ...Tujuan MCA nak takutkan orang Cina supaya tak sokong DAP.

"Tapi dulu pun MCA tak pernah bantah bila kita isytihar negara ini negara Islam dan kita akan amal nilai-nilai dan ajaran Islam," kata Mahathir.

Pengesahan Mahathir terhadap “Perjanjian Syaitan” Umno dan MCA supaya masing-masing menyebarkan pembohongan dan penipuan untuk menakut-nakutkan pengundi Cina dan Melayu bagi mendapatkan undi kaum Cina dan Melayu buat Barisan Nasional seharusnya diberi perhatian serius dan dikutuk sekeras-kerasnya oleh semua rakyat Malaysia, kata Kit Siang