Monday, February 25, 2013

ANWAR PENING ! RCI SABAH SEMAKIN MENUNJUKKAN KEBENARAN !


Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) yang menyiasat isu pendatang tanpa izin di Sabah diberitahu bahawa keuntungan wang ringgit merupakan satu-satunya motif di sebalik pengeluaran kad pengenalan (KP) kepada pendatang di Sabah oleh beberapa individu dan ejen.


Superintenden Ahmad Fauzan Mohamad, seorang pegawai cawangan khas di Kuala Lumpur, berkata tidak terdapat motif lain di sebalik pengeluaran KP oleh sindiket berkenaan, melainkan untuk mendapatkan wang.

"Mereka (pendatang) dikenakan bayaran RM50 hingga RM1,400 bagi setiap KP yang dikeluarkan kepada mereka. Saya tidak nampak ia mempunyai kaitan dengan politik, melainkan hanya untuk mendapatkan keuntungan wang ringgit. Pengeluaran KP di Sabah menghasilkan wang.

"Kegiatan itu (pengeluaran KP) dirancang dengan teliti dan saya dapati selain pegawai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), orang awam juga terlibat sebagai ejen dan sub ejen," katanya ketika menjawab soalan pegawai siasatan Manoj Kurup.

Ahmad Fauzan, yang kini bertugas di Bahagian Keselamatan dan Sindiket Pemerdagangan Manusia di Polis Cawangan Khas Kuala Lumpur, berkata berdasarkan maklumat risikan yang ditelitinya, sindiket berkenaan memperoleh lebih RM11 juta melalui kegiatan pengeluaran KP itu.

Walaupun ditanya berkali-kali, saksi itu berkata beliau berpuas hati bahawa penilaiannya mengenai maklumat risikan tentang sindiket KP ketika itu ialah ia bertujuan untuk mendapatkan keuntungan kewangan.

Kata Ahmd Fauzan, beliau ditugaskan membuat penilaian terhadap maklumat risikan mengenai sindiket KP Sabah di Bukit Aman (Ibu Pejabat Polis Persekutuan) dari akhir 1995 hingga Februari 2010.

Saksi ke-56 itu berkata sejumlah 94 individu yang terlibat dengan sindiket berkenaan ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) antara 1995 hingga 2001.

Katanya jumlah itu termasuk pegawai JPN, penjawat awam lain serta individu dan mereka ditahan mengikut ISA kerana mengancam keselamatan negara.

Beliau berkata kegiatan itu bukan saja mengancam keselamatan negara, tetapi juga kestabilan politik, sosial dan ekonomi Malaysia.

Kata saksi itu lagi, daripada jumlah mereka yang ditahan mengikut ISA, 80 dikenakan tahanan selama dua tahun, enam dikenakan perintah kediaman terhad dan lapan dibebas tanpa syarat.

Ditanya siapakah yang memandatangani perintah tahanan itu, Ahmad Fauzan berkata ia ditandatangani timbalan menteri dalam negeri ketika itu.

Ditanya kenapa tidak seorang pun daripada mereka yang ditahan mengikut ISA itu tidak dihadapkan ke mahkamah setelah dibebaskan, beliau berkata ia merupakan amalan biasa bagi semua kes ISA.

Ahmad Fauzan bagaimanapun berkata kira-kira 3,035 orang yang memiliki KP palsu dihadapkan ke mahkamah. -BERNAMA


6 comments:

Anonymous said...

"Timbalan Menteri Dalam Negeri ketika itu"?

Anonymous said...

MALAM TADI PEGI DENGAR CERAMAH ANJURAN PR :-

TAK ISU BARU , CUMA CERITA LAMA MACAM CINCIN ISTERI PM 24MILL

MALAYSIA HUTANG 3,000 BILLION

SALAHKAN UMNO/BN TAK BOLEH MAJUKAN KAWASAN HULU SELANGOR

UMNO/BN RASUAH SERTA MENINDAS RAKYAT

PM TAKUT/TAK SEDIA NAK BUBARKAN PARLIMEN

5 NEGERI PRESTASI KEWANGAN '5 STAR'
LAPORAN DARI AUDIT NEGARA

DAN BANYAK LAGI......

FOR ME SUME TAK RELEVAN DAN CAKAP JE TANPA FACT

SAYA SUPPORT PM NOW UNTUK TERUSKAN AGENDA TELAH DAN AKAN DIBUAT

KAMI TAK MAU EKONOMI TERJEJAS DISEBABKAN MASA PERALIHAN KUASA , BUKAN SENANG NAK DIGERAKAN SEMULA

KAMI AKAN BERKEMPEN SECARA SENYAP DAN BUKTIKAN DIKERTAS UNDI

Anonymous said...

Bila sebut sendiket amat sukar d buktikan d mahkamah sebab byk guna proksi dan networking yang licin..sebab itu meka di tahan di bawah ISA utk pencegahan kini ISA tak ada so keselamatan negara kini di ambang mengerikan..itu yg hak asasi manusia mahu, kes rompak contohnya perompak itu di jamin adakah mereka menjamin tidak akan merompak lagi..kenapa mereka merompak? Sebab mahunkan duit kiratak ada duit so mcm mana meka boleh bayar peguam mahal mahal utk diri mereka..so awas..hak asasi sebenarnya utk penjenayah bukan kita sebagai mangsa atau Negara sebagai mangsa nanti..

Anonymous said...

Orang Sabah memang tau yang IC palsu boleh dibeli, sampai sekarang pun ianya berlaku.Ada ejen-ejen di Labuan yang boleh uruskan kalau bayar rm2500. Bukannya politik tapi perniagaan haram.Senang skit hidup kalau ada IC palsu, tak ditahan dek polis,anak boleh pergi sekolah, boleh kerja kat bandar,boleh bual bisnis runcit.Nak dapat IC sah memang susah,pelarian yang dah tinggal 40 tahun kat Sabah pun takkan dikasi IC,anakanak mereka pun hanya boleh sekolah sampai tingkatan 3.

Anonymous said...

Aku tak percaya citer cincin tu. Kalau Rosmah benar benar nak beli cincin tu, tentulah dia boleh beli masa kat luar negara lagi,Dia berpendidikan di UK, dia bukannya bodoh. Dia tentu tahu apa saja yang dia buat akan dipolitikkan oleh pembangkang, jadi kalau dia beli cincin semahal tu, tentu benda tu boleh menjejaskan kedudukan suaminya. Cubalah korang guna otak skit, janganlah asyik percaya semua citer bodoh macam tu. Nampak sangat orang Melayu ni senang kena kelentung bulat bulat.Viewing dah purchase are 2 different things.Kalau kita sendiri pun view barang, tak semestinya kita beli.

Anonymous said...

Sambung bacaan di
http://anotherbrickinwall.blogspot.com/2013/02/project-ic-for-chinese.html?m=1

Tok dalangnya kafir harbi jugak