Saturday, March 30, 2013

LAWOK : ANWAR SALAH CALON, SELAIN KIRAM ADA 75 LAGI SARIP DOL TUNTUT TAHTA SULTAN SULU !



Ketika ini, terdapat 75 individu sedang menuntut takhta Kesultanan Sulu termasuk waris palsu, Jamalul Kiram III yang menjadi ketua kepada gerombolan penceroboh Lahad Datu dan Sultan Rodinood ibni Sultan Julaspi Kiram II.
Walaupun bukti menunjukkan Jamalul Kiram III bukanlah berketurunan Raja Muda Mawalil Wasit II seperti didakwanya, tetapi dia tetap bertegas bahawa dia merupakan waris sah keturunan Sulu.
Hakikatnya, bapa Jamalul Kiram, Punjunggan Kiram bukanlah berasal dari darah zuriat sebenar Sultan Sulu memandangkan Punjunggan Kiram bukan anak kandung Raja Muda Mawalil Wasit II. Sebaliknya Punjungga Kiram merupakan anak kepada Amir Hamzah, bekas suami Mora Napsa Laga.
Semasa beliau sedang mengandungkan Punjunggan Kiram, Mora Napsa telah mengambil keputusan untuk bercerai dengan suaminya (ketika itu), Amir Hamzah kerana ingin mengahwini Raja Muda Mawalil Wasit II sebagai isteri ketiga.
Kelahiran Punjungga Kiram terpaksa dibinkan dengan nama Mawalil Wasit II atas tipu-helah Mora Napsa agar anaknya itu tidak dicemuh kalangan keluarga Mawalil yang berdarah bangsawan Sulu.
Namun, Mawalil Wasit II juga mempunyai dua isteri sebelum Mora Napsa. Hasil perkahwinan dengan isteri pertama, Datu Attik, Mawalil Wasit mempunyai anak bernama Esmail E. Kiram.
Walaupun Raja Muda Mawalil Wasit II pada permulaannya menyerahkan gelaran Raja Muda kepada Punjunggan Kiram, anak Mora Napsa, tetapi status itu terpaksa dibatalkan apabila Raja Muda Mawalil Wasit II yang baru menaiki takhta mengetahui bahawa Punjunggan Kiram bukan dari darah keturunannya.
Baginda kemudiannya menyerahkan gelaran Raja Muda itu kepada Esmail E. Kiram, anaknya bersama Datu Attik. Namun hayat Raja Muda Mawalil Wasit II tidak lama menyebabkan baginda gagal dimahkotakan sebagai Sultan Sulu. Maka disebabkan itu hanya gelaran Raja Muda kekal pada namanya dan bukanlah gelaran Sultan.
[besarkan imej sila klik di sini]
Kemangkatan Raja Muda Mawalil Wasit II sebelum sempat dimahkotakan ini ternyata menyebabkan berlakunya pertikaian kalangan kerabat Kesultanan Sulu apabila pemilik takhta Sultan Sulu mula menjadi tanda tanya.
Sultan Esmail Kiram II, sebagai Raja Muda dimahkotakan sebagai Sultan Sulu yang baru, namun mendapat tentangan hebat Punjunggan Kiram dan beberapa waris lain yang merasakan diri mereka lebih berkelayakan.
Punjunggan Kiram telah membuat keputusan untuk tidak mengiktiraf mana-mana individu selain darah keturunannya sebagai “waris sah” Sultan Sulu dan menuduh Sultan Esmail E. Kiram (atau Esmail Kiram I) sebagai perampas kedudukan dan takhta Kesultanan Sulu.
Ketika ini, gelaran Raja Muda yang diberikan kepada Agbimuddin Kiram, adik kepada Jamalul Kiram III ternyata tidak sah apabila keturunannya Punjunggan Kiram ternyata tidak mempunyai sebarang hak ke atas takhta kesultanan Sulu, sementelaah gelaran Raja Muda Punjunggan Kiram telah ditarik balik oleh Raja Mawalil Kiram II.
Sebaliknya Raja Muda Muedzul Lail Tan Kiram ibni Almarhum Sultan Mahakuttah Kiram ibni Sultan Esmail Kiram I dilihat lebih berkelayakan untuk menuntut Kesultanan Sulu kerana merupakan berdarah Raja Muda Mawalil Wasit II disamping beberapa dokumen turut mengiktiraf hak baginda terhadap kerajaan Sulu.

2 comments:

Anonymous said...

Drpd ramai ramai penuntut kesultanan sulu memang anuar pilih si kiram yang samseng dan tamak serta mendapat sokongan drpd nur misuari.Anuar jadi berang dan bengang dan bangang kerana parlimen tidak dibubarkan sebelum atau semasa pencerobohan itu berlaku.Harapan setinggi gunung beliau berkecai mnjd debu dan bertukar kpd kisah sedih dan kes haru biru,anwar telah tewas sebelum PRU 13.Pakatan Rakyat gagal merampas Sabah secara PAKSA.

Anonymous said...

Ada berapa banyak sultan daaaaaa ??
ini negeri pasir berdengung atau negeri tiramitsu?

BTW, ada 74 lagi sultan tanya anwar kenapa anwar pilih kiram dan bukan mereka?

gen2felda