KOS KERAJAAN
ARTIKEL INI DITERJEMAHKAN OLEH BLOG PANEHMIANG. MOHON SALIN TAMPAL.
1. Kerajaan memerlukan wang. Ia tidak boleh berfungsi tanpa wang. Ia perlu membayar orang-orang yang bekerja untuk itu. Ia telah memberi perkhidmatan dan kemudahan infrastruktur. Dan sekarang ia telah menyediakan kemudahan-kemudahan yang lebih sosial seperti pendidikan, perubatan penjagaan dan lain-lain. Dan sudah tentu ia mesti mempertahankan negara dan mengekalkan undang-undang dan perintah.
2. Dana kebanyakannya diperoleh melalui cukai pada aktiviti-aktiviti orang yang punya pendapatan, keuntungan, serta perkhidmatan yang disediakan oleh kerajaan seperti pengangkutan, pembetungan, air dan tenaga, pelabuhan dan lapangan terbang, proses-proses kelulusan dan lain-lain
3. Walaupun terdapat banyak negara di mana orang mengelak daripada membayar cukai, rakyat Malaysia secara amnya membayar cukai mereka dan lain-lain caj bagi perkhidmatan yang diberikan oleh kerajaan. Tetapi disebabkan kos kerajaan meningkat dari masa ke masa, cukai dan tarif juga akan meningkat.
Secara semula jadi cukai dan tarif - pembayar tidak mahu membayar lebih banyak cukai dan caj-caj lain. Tetapi mereka mengakui keperluan kadar cukai yang lebih tinggi akan menyebabkan kenaikan kos sara hidup apabila upah dan gaji kakitangan kerajaan pada masa sama perlu dinaikkan, serta kos yang tinggi dari perolehan kerajaan.
4. Tetapi pembayar cukai tidak boleh tiba-tiba datang dengan wang untuk membayar cukai-cukai baru dan caj. Akhir-akhir ini individu dan ahli perniagaan di Malaysia perlukan lebih banyak wang kerana banyak peningkatan kos akibat daripada keputusan dasar kerajaan. Pertama sekali kenaikan gaji minimum hingga RM900 /-.
Peningkatan ini tidak boleh dihadkan kepada orang-orang yang berpendapatan kurang daripada RM900 /-. Orang-orang yang sudah berpendapatan RM900 /- dan ke atas juga perlu dibayar gaji yang tinggi. Dengan ini kos menjalankan perniagaan dan menghasilkan barangan dan perkhidmatan telah meningkat dan seterusnya kos sara hidup untuk semua orang telah meningkat.
5. Terbaru kerajaan telah memutuskan untuk mengurangkan subsidi produk petroleum. Maka caj-caj elektrik juga akan dinaikkan. Bagi orang Kuala Lumpur, beberapa kadar baru yang diperkenalkan akan menyebabkan kenaikan sebanyak 2000%.
6. Pada tahun 2015 GST (barangan dan cukai perkhidmatan) akan menggantikan cukai jualan. Jelas sekali kerajaan ingin mengambil lebih hasil daripada cukai jualan, dan ini akan menyebabkan penambahan kepada kos barangan dan perkhidmatan.
7. Kita harus menerima bahawa kerajaan memerlukan lebih banyak wang sesuai dengan peredaran masa. Tetapi perlukah kerajaan membuat kenaikan terlalu besar; menaikkan semua cukai dan tarif pada masa serentak?
8. Dalam perniagaan terdapat satu perkara yang dikenali sebagai "pengurangan kos". Apabila perniagaan berhadapan dengan persaingan atau berlaku pengurangan keuntungan, ia boleh membuat keputusan samada untuk meningkatkan harga atau mengurangkan kos.
Pada peringkat tertentu, harga boleh ditingkatkan. Tetapi keputusan sebegitu mungkin akan menyebabkan berlaku pengurangan dalam jualan dan keuntungan. Adalah jauh lebih baik untuk mengurangkan kos serta mengekal atau mengurangkan kenaikan harga.
9. Apabila berlakunya penurunan kos dalam sesebuah perniagaan, apa yang perlu dilakukan adalah meneliti segala-galanya agar ia tidak memberi kesan kepada kos keseluruhan operasi perniagaan. Perlu dikaji kecekapan proses, kos bahan, pengurangan pembaziran dan kecekapan jumlah pengeluaran. Kebiasaannya beberapa kos akan dapat dikurangkan.
10. Sepertimana perniagaan, perkara sama juga boleh dilakukan kerajaan. Semua kos kerajaan boleh disemak untuk menentukan yang mana benar-benar perlu, perkhidmatan yang boleh dielakkan; supaya kos kerajaan dapat dikurangkan.
11. Kerajaan sering membazirkan wang kerana tidak terlalu bimbang tentang pulangan ke atas perbelanjaannya dalam apa cara sekalipun.
Sebagai contoh kontrak yang telah diberikan kepada syarikat yang menawarkan harga terbaik – walaupun tidak semestinya yang terendah. Setiap tahun Ketua Audit Negara akan melapor mengenai pembaziran disebabkan prosedur-prosedur yang tidak wajar serta kecuaian. Biasanya setiap tahun juga, kerajaan tidak banyak berubah atau mengambil apa-apa tindakan daripada kritikan Ketua Audit Negara. Walhal kerajaan boleh menjimatkan banyak wang jika kritikan Ketua Audit Negara diambil secara serius. Perubahan prosedur juga boleh mengurangkan kos.
12. Jika kerajaan berminat dalam mengurangkan kos tadbir urus, ia boleh berbuat demikian dan mungkin impaknya akan lebih ketara.
Sebagai contoh, kerajaan boleh mengurangkan kos elektrik dengan menukar lampu jalan ke LED yang akan menyebabkan penjimatan lebih 50%. Pengurangan penjanaan elektrik juga mampu mengurangkan subsidi bahan bakar untuk tenaga. Tetapi ini tidak dilakukan oleh kerajaan. Kos permulaan mungkin tinggi, tetapi dengan adanya simpanan pasti kos boleh dikurangkan.
13. Berkenaan cukai, kesan daripada kenaikan itu juga perlu dikaji dengan berhati-hati. Adakah benar bahawa peratusan cukai yang ditetapkan tidak boleh ditukar?
Harus diingat bahawa kenaikan cukai pasti akan menyumbang kepada peningkatan kos sara hidup, kos menjalankan perniagaan, pengurangan dalam keuntungan dan pengurangan cukai korporat serta keuntungan kerajaan.
Sedikit masa dulu kerajaan telah kehilangan cukai ke atas barang-barang yang dibawa masuk oleh pelancong ke Singapura semata-mata kerana sukar untuk ditentukan sama ada jam tangan yang mahal, pen dan barangan kemas yang itu dibeli di Singapura atau ia memang milik peribadi pelancong apabila dia pergi ke negara tersebut.
Justeru kerajaan ketika itu memutuskan untuk menghapuskan cukai pada barangan mewah. Rentetan itu kedai-kedai bebas cukai bercambah di Malaysia dan kerajaan mengumpul lebihan melalui cukai korporat daripada kedai-kedai tersebut berbanding yang pernah kerajaan kumpulkan melalui duti import.
14. Dalam contoh lain, kerajaan telah mengurangkan cukai korporat secara beransur-ansur daripada 45% dari keuntungan kepada hanya 26%. Dengan itu lebih banyak aktiviti perniagaan dapat dilakukan dan kutipan hasil cukai korporat juga telah meningkat dengan banyaknya.
Kes lain adalah bebas cukai sebagai insentif untuk pelaburan yang menyebabkan pelaburan meningkat. Secara tidak langsung kerajaan boleh mengutip cukai pendapatan daripada eksekutif. Nasi lemak yang dimakan oleh pekerja juga akan meningkatkan perniagaan pemborong beras dan kerajaan juga boleh mengutip cukai korporat daripada pemborong ini.
15. Rakyat perlu mencari wang untuk membayar cukai yang semakin meningkat. Sudah tentu ia akan menjadi lebih mudah jika peratusan cukai yang dikenakan adalah rendah, atau rakyat diberi masa membayar cukai pada tempoh yang lebih lama.
16. Jika kerajaan benar-benar perlu menaikkan peratusan sesuatu cukai, ia sepatutnya diperkenalkan secara berperingkat. Sebagai contoh kenaikan caj elektrik ditetapkan pada 15%. Itu adalah satu lompatan besar.
Ia sudah tentu akan menjejaskan kos pengeluaran barangan yang menggunakan elektrik, apatah lagi pengeluaran yang menggunakan elektrik pada peratusan yang tinggi. Kontrak yang telah sedia dimeterai lebih awal oleh peniaga akan menyebabkan mereka terpaksa menanggung kerugian dan sekaligus akan mengurangkan cukai keuntungan korporat.
17. Peningkatan sepatutnya dilakukan secara berperingkat contohnya 6% setahun dalam tempoh 3 tahun atau lebih. Maka kerugian semasa kontrak akan dikurangkan. Kontrak-kontrak pada masa depan pula akan mengambil kira kenaikan. Akan ada masa untuk "kos turun" dan kenaikan harga kontrak.
18. Jika ditetapkan 6% setahun untuk 3 tahun, maka kadar akan meningkat sebanyak 18% berbanding 15% pada masa sekarang. Tetapi kenaikan 6% di tahun kedua adalah 106% daripada harga asal, dan untuk tahun ketiga akan naik kira-kira 113% daripada harga asal, oleh itu lebih daripada 18%. Jika ini terlalu tinggi, maka kadar peningkatan tahunan boleh juga dikurangkan kepada 5%.
19. Jelas bahawa kerajaan akan mendapat lebih daripada 15% daripada harga semasa. Kerajaan tidak akan rugi apa-apa meskipun terdapat kelewatan dalam kenaikan kadar yang ditetapkan.
20. Ya, kerajaan memerlukan lebih banyak wang dengan peredaran masa, tetapi dengan pertimbangan kos kepada rakyat dan perniagaan, kerajaan perlu menyemak semula kadar cukai yang diperkenalkan. Tindakan ini tidak akan terlalu menjejaskan kerajaan, tetapi pada masa sama kerajaan dapat memperolehi keyakinan daripada rakyat. Rakyat mungkin akan hargai jasa kerajaan itu di pilihan raya akan datang.
21. Baru-baru ini Francois Hollande, Presiden Perancis telah memutuskan untuk menaikkan cukai ke atas keuntungan sebanyak 50%. Ramai yang telah meninggalkan Perancis untuk menjalankan perniagaan di tempat lain. Mungkin kerajaan berharap dapat lebih banyak cukai, tetapi kerajaan juga boleh rugi lebih banyak jika ramai kumpulan peniaga lari berhijrah ke tempat lain.
26 comments:
Belajarlah menjadi kerajaan yg pandai cari Wang bukan jadi kerajaan bodoh yang HANYA pandai nak sapu duit rakyat!!!
Resolusi inilah yang patut diambil perhatian oleh kerajaan sekarang.. tahniah YBhg Tun..
Mo Ahjib dengar nasihat TDM nih? TDM tru kan doktor jer, Ahjib kan lulusan ekonomi..
lulusan ekonomi pala hotak cap ayam!
cadangan bernas....tetapi kena di lakukan uji kaji dlm makmal dulu....style pentadbiran terkini pimpinan Najib...
TNB kata keuntungan mereka tak dapat tampung capex, sepatutnya isu ini diselesaikan oleh pemegang saham melalui penambahan modal. Boleh buat terbitan hak ataupun esos tetapi semua con sultan yang ada ni fikir cara mudah ajer naikkan tarif selesai masalah. Begitu juga tol naikkan tol sedangkan boleh tambah tempoh konsesi sebagai pampasan kenaikan. Jika BNM naikkan BLR maka kebanyakan peminjam akan terpaksa membayar lebih untuk ansuran bulanan pinjaman mereka...makanya berganda-gandalah kenaikan bebanan kos kepada kita semua tahun hadapan dan seterusnya kerana kecekapan pemandu ekonomi najib.
kaji balik PPA agreement dgn IPP yg tun kasi sabsidi dulu, boleh kurangkan kos
Artikel yang terbaik.
Rakyat mungkin BOLEH FAHAM dan TERIMA jika:
1. Cukai perlu utk kerajaan berfungsi.
2. Bukan semuanya boleh ditolong @ subsidi seratus- peratus.
3. Berjimat-cermat adalah perlu
Masalahnya, rakyat marhaen macam aku ni TAK BOLEH nak terima jika:
1. Rakyat disuruh jimat, tetapi bini PM membazir berjalan sana-sini kalah menteri, siap pakai jet.Seminar sana-sini mengalahkan menteri.
2. Pak menteri naik minyak free siap ber'driver', lepas tu bila rakyat bising minyak naik 20sen pak menteri boleh meng'anjing' kata 20sen aje.Pada Pak menteri yang berkereta- jangan pakai kereta kerajaan,isi minyak sendiri, drive sendiri,bayar tol sendiri- banyak boleh jimat duit rakyat.
3. Marah PR naikkan gaji, tup-tup diorang pun mintak naik gaji juga. Rakyat disuruh bayar cukai (GST), gaji menteri dinaikkan.
4.Kenapa SEMUA nak dinaikkan SERENTAK?- Tol, elektrik, minyak.
Setakat BR1M tu gula2 aje. Kalau semua benda naik,nilai 500 dah jadi 5 ringgit.
AKU BUKAN PENGUNDI PR. AKU ADALAH PENGUNDI UMNO-BN. Sebelum PRU 13, aku dah abis lobi dah, tup-tap Najib bangang buat macam ni pulak.Rasa macam taik dah kena baling kat muka. Terus terang aku cakap, PRU 14 ni aku tak boleh nak kata apa dah.
Kenapa TDM boleh ulas perkara ni? Sbb TDM juga pernah jadi rakyat marhaen- pernah jual goreng pisang semata2 nak belajar, pernah hidup susah. Najib ni mana pernah susah. Bapak PM. Ditambah pulak bini yang semacam itu.Penasihat yang ada pulak tak boleh pakai- menjahanamkan negara aja.
Bagi aku NAJIB DAH TAK RELEVAN. Sila turun, dan kasi org lain naik seterusnya. Kalau tak PRU 14 jangan heran kalau UMNO-BN jadi PEMBANGKANG pulak.
Salam, Tun M pada usia 80-an lebih cerdik Allah berikan padanya berbanding Nuar Brahi-China Doll, Nik Najis.. bahkan Najib si bibir merah juag tertinggal jauh.
Semoga berkat buat Tun M. Always the practical brilliant minded!
Salam, Tun M pada usia 80-an lebih cerdik Allah berikan padanya berbanding Nuar Brahi-China Doll, Nik Najis.. bahkan Najib si bibir merah juag tertinggal jauh.
Semoga berkat buat Tun M. Always the practical brilliant minded!
KOS BARANGAN JUGA BOLEH DIKURANGKAN JIKA KERAJAAN MENGAWAL SUMBER BAHAN MENTAH UNTUK MAKANAN, PEMBINAAN DAN LAIN LAIN LAGI ... JANGAN LIBATKAN ORANG TENGAH YANG MANA RANTAIAN KENAIKAN KOS MUNGKIN BERLAKU. PERBANYAKKAN KEDAI KR1M DAN TUKAR. LAKSANAKAN PROGRAM SATU KAMPUNG SATU PRODUK BAGI MEMBEKAL BAHAN MENTAH KEPADA KEDAI - KEDAI INI.. TQ
JELAS perBEZAan corak pemikiran, pemikiran kritis n kreatif Tun M dgn cara OTAK DS Ah Jib Gor, propesor2 PEMANDU, Idris Jala, Omar Ong, KJ, Nazri n MENTERI2 CAP AYAM dlm PMO
SATU OTAK Tun M senang2 LENYEK Otak2 "mereka" yg sdg MEMANDU Mas skrg ni
berapa BILION RM Tun M dpt utk berkongsi buah fikiran beliau????....RM T.U.J.U.H bilion?.....RATUS JUTA?...tanya DS Ah Jib Gior berapa negara bayar utk buah fikiran Tun M YG LEBIH RASIONAL n REALISTIK, bukan saja utk Rakyat, malah Negara....org putih kata....win, win situation
Sjujurny sy ttap akan myokong kerajaan wlaupun dgn isu yg mlanda kerajaan skrg. Jika kerajaan tumbang, maka tumbanglah kerajaan yg majoritinya dikuasai oleh org melayu. Anak sedara sy yg boleh brckp cina, prnh mndgr prbualan ssma mrk di shopping mall dgn mgatakn mrk mghrpkn PR mnang krn mahu cina mmrnth. Btul, isu skrg mmg krajaan gagal mnanganinya ttpi sntiasalah berikn nasihat dn jgnlh trlalu mgugut. Igat jika ade sesuatu isu brkaitan dgn pmbgkg sprti anwar gi jmp yahudi d amerika, dgn cpt mrk mmprthn anwar dgn hujah2 yg bengong ttpi ia msih blh dtrima oleh puak2 ni.. btul kita x prlu jd sprti pnyokong pmbgkg ttpi sntiasalah bri idea2 yg brnas kpd krajaan. Moga PM kita trbukak mata skit. Stiap kerajaan didunia pasti ade masalahny. Igat kla PR mmrnth, ape jd kpd bgsa Melayu. Isu ni brjaya dimainkn oleh pmbgkg dgn baik. Kla mrk mmrinth skrg nk, cnfirm mrk akan mmprthnkn isu ni bermati-matian dgn hujah2 bengong. Apepn Najib, dgrlah nasihat rakyat diatas ni. Mrk ni sbnrny sygkan kerajaan, jgn smp KOMANDO MELAYU mgamuk sudahlah.....
Sy PM skrg trun takhta, sy cdgkn Mukhriz gnti. Dia sprti ayahny. Nmpk cool je tp .....
kla PM skrg trun takhta, sy cdgkn Mukhriz gnti. Dia sprti ayahny. Nmpk cool je tp .....
yelah.. Dato Najib saya harap dapat berundur secara terhormat.... Kami masih mahukan UMNO memerintah Tanah Melayu ni... Pemimpin2 terdahulu masuk politik atas dasar perjuangan... saya rasa itu sebab jati siri mereka berbeza... Dato tak pernah hidup susah.. itu sebab saya rasa gaya pimpinan Dato bermewah2... Tolonglah Dato berundur sebelum terlambat. Rakyat masakini memerlukan pemimpin yang humble dan merasai kesusahan rakyat... "Kemiskinan lebih dekat kpd kekufuran.." Saya risau kesusahan akan menyebabkan org Mleyu berkata.. "tak kisahlah cina ke, peliwat ke yg memerintah... yang penting hidup tak susah..."
KJ and the gang sedang merosakkan dari dalam dan memudahkan pengkhianat menyerang dari luar.Pemuda UMNO sudah mati,satu kejayaan besar sebelum keseluruhan UMNO punah.Kepimpinan si Najib sedang menempah maut untuk negara tercinta ini.Najib bukan seorang yang kasyaf,idealoginya merugikan negara.KJ sangat gembira dengan keadaan ini.KJ adalah seorang psychopath dan kehadiran orang sebegini dalam sistem pemerintahan di mana sahaja hanya akan membawa kerosakkan bukan kejayaan.Najib lansung tidak mengambil jalan yang cermat dalam membuat pilihan.Kabinet cap ayam yang dikenali ramai masa kini adalah sedang dipimpin oleh cap ayam juga.Jika tidak ada perubahan,maka keamanan yang dikecapi ini hanya akan kekal sehingga PRU 14 sahaja.Selamat Datang Perang Saudara!!!
Tun M walaupun doktor, tp rajin membaca dan belajar, bukan harapakan consultant2 penipu mcm Tun Lah ngan Najib ni.. Start naik harga mengarut masa zaman Tun Lah, minyak naik sampai 90 sen.. terus kos operasi semua naik mendadak. x pikir sebelum naik kan sesuatu. zaman Tun M kalau naik harga minyak pun x la sampai 2--30 sen..naik mesti 5 sen ke 15 sen plg tgi..so kos x terjejas sgt..eii bila igt blk cara Tun Lah tadbir negara berproksikan KJ n geng2 die, pastu tambah cara najib n geng2 kabinet merapu die tadbir, rasa geram je..
Tak ada perkataan lain aku nak catit.... Tabik aku pada Tun M. Semoga panjang umur dan terus dikurniakan Allah fikiran yang sihat.
Esok bila kuasa Melyu hilang.. UMNO dan pimpinannya patut dipersalahkan.......
Assalmualaikum...
subsidi terlalu membebankan...kenapa kita tak jual rega minyak ikot negara kereta yg masuk m'sia...tentu ramai cerdik pandai yg boley reka pam minyak yg secara otomatik menggepam minyak dgn rega kete luar m'sia dan selain kereta nasional...pemimpin kitew terlalu murah hati dgn org luar..dgn rakyat sendiri dihindik rapat sampai nak bernyawa pown susah....rakyat bg kepercayaan kat depa..depa balas dgn tuba...janji ditepati...cakap tak serupa bikin...pakkai haku sayangkan islam dan m,sia....maaf...hangin....
Assalmualaikum...
subsidi terlalu membebankan...kenapa kita tak jual rega minyak ikot negara kereta yg masuk m'sia...tentu ramai cerdik pandai yg boley reka pam minyak yg secara otomatik menggepam minyak dgn rega kete luar m'sia dan selain kereta nasional...pemimpin kitew terlalu murah hati dgn org luar..dgn rakyat sendiri dihindik rapat sampai nak bernyawa pown susah....rakyat bg kepercayaan kat depa..depa balas dgn tuba...janji ditepati...cakap tak serupa bikin...pakkai haku sayangkan islam dan m,sia....maaf...hangin....
NAJIB TERLALU IKUT BUKU... MAHATHIR NEVER IKUT BUKU SEBAB DIA BIJAK.. SENTIASA FIKIR MALAYSIAN WAY :)
Geng2 Anwar ingat nak urus tadbir negara ni macam main Sims City. Senang.. boleh reset.. boleh simulate mcm2.. hawau.
Ayuh lakukan transformasi pada ekonomi dan reformasi dalam kerajaan pada 2018 nanti..."Ini kalilah sepenggal saja"..
Saya ingin mengambil peluang menjadi yang terawal mengucapkan Tahniah kepada Anwar Ibrahim kerana kejayaan menggulingkan kerajaan.Esok kita akan dapat kerajaan baru sebagai hadiah Tahun Baharu 2014.
Mimpi la kaw anon 11.11 AM haha..
Post a Comment