Sunday, June 8, 2014

PERLEKEH DAN SERANG SULTAN JOHOR : SOALAN UNTUK UTUSAN MALAYSIA ?

3 hari utusan serang habis-habisan sultan johor.

soalan..

utusan DAH DAPATKAN CERITA DAN PANDANGAN SEBENAR DARI MULUT TUANKU SULTAN JOHOR DULU TAK ?

aku ulang..

utusan DAH DAPATKAN CERITA DAN PANDANGAN SEBENAR DARI MULUT TUANKU SULTAN JOHOR DULU KE ?

ATAU SERONOK HEARSAY TANPA DAPATKAN INFO DARI MULUT TUANKU SENDIRI ?

kalau ikutkan asas atau basic kewartawanan, patutnya 2 pihak perlu didapatkan info dan barulah cerita boleh keluar. ini tidak, sultan johor diserang macam dubuk dapat bangkai dibuatnya..

kenapa ambil padangan dari aziz bari yang sememangnya anti kesultanan melayu ?

kenapa cedok berita dari bar council yang terkenal dengan anti status quonya ?

UTUSAN, DAH DENGAR DULU KE DARI MULUT TUANKU SULTAN MENGENAI ISU INI ?

19 comments:

Anonymous said...

Oi... utusan
Melayu telah serahkan singapura kepada cina pap, tergadai pulau pinang ditangan cina dap, mahu serahkan malaysia kpd pendatang cina baru puas hati kot...

Anonymous said...

Kau blog cabuk, dia wartawan lah bodoh, belum ada kau utusan tu dah ada. memang betul apa yang dia cakap aku org sanalah bodoh.

Anonymous said...

X tanya buat per ?
UTUSAN lg berar dr blog nko la bro
Berita akan ditapis kow2 sblm keluar
Takkan dok muka dpn kalau x ada asas dan kebenarannya

Nko patut p siasat dan buka mata tgk apa dah jadi jb tu ? Bodoh mcm lembu pawah

Anonymous said...

GAP oh GAP ko pegi tanye lah sape yang tinggal kat JB pasal isu tanah .... nanti baru kau tau sape makan sape....

pegi tanye rockybru,adun kempas atau oraang UMNO jb

tak payah nak merengek kosong cakap pasal Melayu bagai

SolitaireHunter said...

Memang deraf itu akan dibentangkan esok, jadi kita dengar dan komen la. Bukan ututsan saja yang keluar berita ni, TV# pun ada juga...

Anonymous said...

Aku akan terus setia membaca Utusan.Utusan memang tegas membela bangsa dan ugama.

Anonymous said...

selamani aku sokong ko GAP..tp dlm hal johor ni aku x sokong lansung..ko tahu x kisah sultan johor ni.

Anonymous said...

Kenyataan YAB Dato' Seri Mohd Khalid Nordin
Menteri Besar Johor.

Kerajaan Negeri sedar akan kebimbangan rakyat terhadap peningkatan kemasukan pelabur-pelabur asing di negeri ini terutamanya dalam sektor hartanah. Sungguhpun kita berusaha bersungguh-sungguh untuk mengimbangi pasaran hartanah dan mengawal pemilikan asing, Kerajaan Negeri tidak mempunyai kuasa menghalang mana-mana urusniaga hartanah milik persendirian, termasuk penjualan tanah oleh orang Melayu sendiri kepada warga asing.

Dalam menyedari kerancakkan pembangunan hartanah dan pembelian oleh warga asing di negeri Johor, percayalah semakin rancak juga usaha-usaha yang dilakukan kerajaan dalam sektor ini. Seperti yang telah saya tekankan sebelum ini, Kerajaan Negeri telah menetapkan sasaran pembinaan 28,000 unit rumah mampu milik dalam masa lima tahun di negeri Johor pada hari ini.

Tidak cukup dengan itu, kita kenakan caj dan menyenaraikan hitamkan mana-mana pemaju yang gagal membina rumah mampu milik selepas dua tahun mendapat Kebenaran Merancang. Secara otomatik juga segala projek pembangunan pemaju yang telah disenarai hitamkan tersebut akan dibekukan serta merta. Bagi pemaju yang mendapat pelepasan kuota Bumiputera, mereka terpaksa pula membayar 7.5% dari harga yang dinyatakan dalam Perjanjian Jual Beli.

Kerajaan Negeri sedang merangka mewujudkan Zon Antarabangsa di kawasan Iskandar dimana dengan adanya zon ini kerajaan akan mengawal dan mengehadkan peratusan warga asing di luar zon tersebut. Ini supaya mereka tidak bersaing untuk membeli rumah dengan orang tempatan. Kita juga telah menerima pakai keputusan Kerajaan Persekutuan dalam menetapkan RM 1 Juta seunit bagi pemilikan hartanah warga asing bermula 1 Mei yang lalu.

Bagi memastikan golongan berpendapatan rendah daripada pelbagai kaum memiliki perumahan di kawasan bandar, Kerajaan negeri secara adil dan saksama telah memutuskan kuota pemilikan mengikut kaum Melayu, Cina mahupun India dengan masing-masing diperuntukkan 6.5;2.5;1.

Selain itu, setiap kawasan yang ditambak memberi peluang kepada kerajaan negeri untuk menambah kawasan rezab melayu dan kerajaan juga sedang merangka untuk mewujudkan kawasan lingkaran melayu dalam Bandar, semuanya untuk memastikan melayu tidak berpindah dari Bandar kesan pembangunan yang pesat.

Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor untuk melindungi hak dan kepentingan rakyat.

Tidak cukup dengan itu, Kerajaan Negeri juga akan memperkenalkan Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor bagi memantap dan menentukan keberkesanan matlamat untuk memperbanyakkan rumah mampu milik di negeri Johor.

Malangnya, enakmen ini telah dipolitik dan di salahertikan kononnya ia bertentangan dengan Perlembagaan serta melanggar prinsip Raja Berpelembagaan yang diamalkan sejak sekian lama di negara kita.

Negeri johor merupakan Negeri pelopor kepada amalan sistem raja berperlembagaan di malaysia. Sebelum negeri-negeri lain di malaysia, malah sebelum kerajaan Persekutuan menggunapakai konsep raja berlembagaan, negeri johor Seawal tahun 1895 telahpun menggunapakai dan mengiktiraf amalan Sistem raja berperlembagaan ini.

Sebagaimana yang kita semua sedia maklum juga, undang-undang tubuh kerajaan 1895 telah wujud dizaman pemerintahan almarhum sultan abu bakar dan menjadi perlembagaan negeri yang pertama di malaysia. jika dilihat secara keseluruhannya peruntukan-peruntukan yang ada didalam undang-undang tubuh ini, secara komprehensifnya ia telah menggariskan satu sistem perundangan yang jelas berkaitan kuasa raja dalam sistem pentadbiran negeri johor.

Perkara ini jelas berdasarkan bahagian pertama undang-undang tubuh.Ini yang memberikan tafsiran kepada perkataan “raja” iaitu:

“ YANG MAHA MULIA TUANKU”, “RAJA”, “RAJA YANG DIPERTUAN”, “SULTAN YANG DIPERTUAN”, DAN “SULTAN” MAKNANYA SULTAN YANG DIPERTUAN BAGI KERAJAAN DAN JAJAHAN JOHOR DAN SEGALA DAERAH TAKLUKNYA;

Anonymous said...

Berdasarkan peruntukan ini raja diberi kuasa untuk menjalankan fungsi dan tanggungjawabnya sebagai sultan bagi negeri johor.

Namun persoalan yang menjadi isu adalah, sejauh mana kuasa yang di Peruntukkan kepada raja dalam menjalankan kuasanya? Adakah raja Mempunyai kuasa eksekutif?

Bagi membincangkan isu ini, rujukan haruslah dibuat kepada bahagian dua Undang-undang tubuh kerajaan 1895. Fasal 7(1) memperuntukkan bahawa:-

7(1) RAJA HENDAKLAH MENGIKUT NASIHAT

“PADA MENJALANKAN KEWAJIPANNYA MENURUT UNDANG-UNDANG TUBUH INI ATAU SEBARANG UNDANG-UNDANG ATAU SEBAGAI SEORANG AHLI MAJLIS RAJA-RAJA MAKA RAJA HENDAKLAH MENGIKUT NASIHAT MAJLIS MESYUARAT KERAJAAN ATAU NASIHAT SESEORANG AHLI MAJLIS MESYUARAT KERAJAAN YANG MENJALANKAN KEWAJIPANNYA MENURUT KUASA AM MAJLIS MESYUARAT KERAJAAN DIKECUALIKAN JIKA ADA LAIN-LAIN SYARAT DIUNTUKKAN OLEH PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN ATAU OLEH UNDANG-UNDANG TUBUH INI; TETAPI ADALAH IA BERHAK BOLEH MEMINTA APA JUA KETERANGAN YANG ADA PADA MAJLIS MESYUARAT KERAJAAN BERKENAAN DENGAN PEMERINTAHAN NEGERI INI”

Perkara berkaitan ini juga adalah selaras dengan perlembagaan Persekutuan dibawah artikel 40 yang mana memperuntukkan bahawa yang Dipertuan agong hendaklah bertindak atas nasihat.

Selanjutnya, dibawah fasal 7(2) undang-undang tubuh kerajaan 1895 Menjelaskan bahawa raja hanya mempunyai kuasa budi bicaranya sendiri Dalam 7 perkara sahaja iaitu:

1. Melantik menteri besar

2. Menangguhkan persetujuan terhadap permintaan meminta dimansuhkan Dewan negeri

3. Meminta diadakan mesyuarat majlis raja-raja yang semata-mata berkenaan Dengan perkara-perkara kebebasan-kebebasan, taraf kedudukan, kehormatan Dan kebesaran duli-duli yang maha mulia atau berkenaan dengan perkara-Perkara, upacara-upacara atau istiadat agama

4. Apa-apa jua kewajipan sebagai ketua agama islam atau berkenaan dengan adat Istiadat orang melayu

5. Melantik ganti atau ganti-gantinya, permaisuri, pemangku raja atau jumaah Pangkuan raja

6. Melantik orang menjadi orang besar-besar negeri dan dato’-dato’ dan Menetapkan kewajipannya

7. Membuat peraturan berkenaan dengan majlis-majlis diraja dan istana

Berdasarkan peruntukan undang-undang yang telah disebutkan Sebentar tadi, jelas bahawa konsep raja berperlembagaan di johor tidak SAMA SEKALI MEMBERI KUASA EKSEKUTIF KEPADA RAJA

Mungkin hujah yg saya kemukakan ini hanya bersifat akademik memandangkan bahawa terdapat pelbagai tohmahan dan kekeliruan yang timbul bagi enakmen ini. Dan bagi maksud untuk memperkukuh dan memelihara sistem raja berpelembagaan di negeri johor ini maka saya maklumkan kepaga dewan yang mulia ini kita akan lakukan pindaan. Pindaan akan dibuat melalui enakmen yang akan dibentangkan pada hari esok. Khususnya yang melibatkan peruntukan yang menyentuh peranan raja. Ada yang akan dipinda dengan menyatakan secara khusus peranan peranan raja adalah atas nasihat menteri besar, khususnya dari segi perlantikan. dan yang paling penting lain lain fasal semuanya ditiadakan hanya itu saja yang menyentuh pada raja iaitu raja melantik dengan nasihat menteri besar lain lain semua digantikan dengan pihak berkuasa negeri. Apa sebab kita lakukan ini? Semua ini adalah untuk menunjukan bahawa kerajaan berniat ikhlas dan tidak berniat memberi kuasa eksekutif kepada raja dan mengganggu gugat sistem raja berpelembagaan walaupun kandungan enakmen ini serupa dengan enakmen yang terdapat yang kita luluskan dahulu yang serupa dengan beberapa peruntukan yang memang terdapat dalam akta akta peringkat persekutuan. Apatah lagi tidak timbul apa apa masalah bagi kita menyokong enakmen ini dan

Kerana ia adalah untuk rakyat Demi rakyat bagi rakyat!

GAP KEMBALI said...

selamani aku sokong ko GAP..tp dlm hal johor ni aku x sokong lansung..ko tahu x kisah sultan johor ni.

BETUL KE AKU XTAU KISAH TUANKU ?

GAP KEMBALI said...

GAP oh GAP ko pegi tanye lah sape yang tinggal kat JB pasal isu tanah .... nanti baru kau tau sape makan sape....

pegi tanye rockybru,adun kempas atau oraang UMNO jb

tak payah nak merengek kosong cakap pasal Melayu bagai

.........................

KO NAK AKU DEDAH PASAL ADUN KEMPAS KE ?

TERBOGEL BUAT MALU JE NANTI..

HEHEHE

Anonymous said...

Sdra GAP. Apa yang umat Melayu bimbang ialah Sultan suatu masa nanti boleh dipergunakan oleh TAUKEH-TAUKEH untuk kepentingan business mereka. Ada berita kata YTL pun ada guna Sultan Johore untuk projek IPP. Umat Melayu juga belum lupa cerita 'Tengku' Wong di Pahang 30 tahun yg lalu. Orang politik Melayu yg salah guna kuasa boleh ditolak oleh partinya, atau ditukar oleh Presiden parti...tetapi kalau Sultan salah guna kuasa, atau digunakan oleh pihak-pihak bukan Melayu..bagaimana nak tukar? Engkau ni GAP kadang-kadang kurang rational..

GAP KEMBALI said...

soalan aku masih belum dijawap.

3 HARI SERANG SULTAN, UTUSAN DAH DAPATKAN INFO DAN PANDANGAN DARI MULUT TUANKU KE BELUM ?

Anonymous said...

Sblm ni puak pakatan ckp utusan meloya ko yg marah ha skrg baru ko tahu

Anonymous said...

Mengeluarkan spekulasi dan kritikan sedangkan pembentangan Rang Undang-Undang (RRU) Lembaga Perumahan Dan Hartanah Negeri Johor (LPHNJ) belum lagi dibuat di Dewan Undangan Negeri. Perkara ini pada awalnya telah ditimbulkan oleh portal berita Malaysiakini dan menjadi sensasi di media massa tanpa mengambil kira kepada fakta yang sebenar.

Malaysiakini secara tidak bertanggungjawab telah menabur fitnah secara jelas terhadap kerajaan negeri Johor dan mereka telah memadam laporan awal isu ini dari laman sesawang mereka.

Jika Malaysiakini berpegang kepada prinsip integriti kewartawanan yang sebenar, mereka harus mengambil tanggungjawab atas apa sahaja yang disiarkan di laman sesawang mereka. Kebebasan media yang kerap dilaungkan harus selaras dengan tanggungjawab sosial.

Rentetan itu, kenyataan mula keluar satu per satu daripada badan-badan tertentu seperti Majlis Peguam Malaysia yang menuduh bahawa RUU ini bertentangan dengan perlembagaan.

Sebagai sebuah badan profesional dan berkredibiliti mereka tidak pun mendapatkan penjelasan malah terus mengeluarkan kenyataan tanpa usul periksa. Mereka sepatutnya melakukan 'due diligence' atau usaha sewajarnya bagi mendapatkan fakta yang tepat.

Respon yang juga diberikan oleh seorang ahli akademik, Dr. Abdul Aziz Bari yang sepatutnya membawa mesej yang bebas dan jelas kepada rakyat yang telah disiarkan dalam akhbar Utusan Malaysia juga tidak berasas kerana beliau hanya membuat andaian dan spekulasi bahawa Sultan mempunyai kuasa eksekutif terhadap pentadbiran LPHNJ sedangkan Menteri Besar memegang kuasa eksekutif di dalam LPHNJ jika RUU ini diluluskan.

Ini memburukkan reputasi dunia akademia yang sepatutnya tidak melatah dan cepat ingin menyatakan pendapat tanpa soal selidik.

Hakikatnya apa yang perlu difahami adalah kelebihan dan faedah yang akan dirasai oleh rakyat Johor melalui pembentukan LPHNJ ini. Antaranya adalah pihak yang berkaitan akan dihukum jika melanggar enakmen undang-undang ini.

Dalam erti kata lain, jika pemaju gagal melaksanakan projek mereka, kerajaan kini boleh mengambil tindakan terhadap pemaju sehingga mereka boleh dikenakan penjara dua tahun atau denda Ringgit Malaysia Lima Ratus Ringgit.

Selain dari itu, LPHNJ membolehkan kerajaan berupaya untuk mengambil kembali projek terbengkalai di negeri Johor bagi kepentingan rakyat. Ini memastikan pemaju tidak boleh leka dan perlu komited dengan kepentingan rakyat.

Malah, LPHNJ juga akan menyebabkan individu di dalam lembaga perlu mengistiharkan kepentingan jika terlibat dengan sebarang keputusan yang akan diambil oleh lembaga.

Apabila kepentingan tersebut diistiharkan, kehadiran beliau tidak akan dikira sebagai korum di dalam mesyuarat. Jelas bahawa LPHNJ menekankan soal integriti pentadbiran negeri Johor.

GAP KEMBALI said...

Sdra GAP. Apa yang umat Melayu bimbang ialah Sultan suatu masa nanti boleh dipergunakan oleh TAUKEH-TAUKEH untuk kepentingan business mereka. Ada berita kata YTL pun ada guna Sultan Johore untuk projek IPP. Umat Melayu juga belum lupa cerita 'Tengku' Wong di Pahang 30 tahun yg lalu. Orang politik Melayu yg salah guna kuasa boleh ditolak oleh partinya, atau ditukar oleh Presiden parti...tetapi kalau Sultan salah guna kuasa, atau digunakan oleh pihak-pihak bukan Melayu..bagaimana nak tukar? Engkau ni GAP kadang-kadang kurang rational..

.................................

WARISANTMK.

AKU RASA AKAL KO YANG TAK RASIONAL. ISU KAT ARTIKEL AKU TANYA ADA TAK UTUSAN DPTKAN PANDANGAN TUANKU SECARA DIRECT LANTAS BOLEH DIBUAT ARTIKEL.

KALAU ADA SIARKAN.
KALAU XDE KENAPA SERANG .

KENAPA GUNA AZIZ BARI DAN BAR COUNCIL.

ADIL BIAR 2 PIHAK KELUARKAN KENYATAAN LAH. BUKAN PAKAI AZIZ BARI DAN BAR COUNCIL.

Anonymous said...

kes ni memang pelik sampai utusan boleh jadikan lawan sbg kawan..masih krg faham, tp masih mengikuti isu..

pepun, ABC..BCL..teruskan jihad ekonomi..

Anonymous said...

Ko dan utusan sama jer bunguknya admin