Thursday, July 3, 2014

LAGI ARTIKEL PUKULAN MAUT KEPADA MELAYU...


Oleh Tun Abdul Hamid Mohamad
Pada pandangan saya, hubungan antara kaum di Malaysia masih baik. Rakyatberbagai kaum masih menjalani hubungan seperti biasa. Tidak ada ketegangan di antara kaum dalam hubungan mereka seharian. Hubungan sosial di antara sesama orang Melayu juga baik, tidak kira apa parti politik mereka. Apa yang berlaku semenjak PRU 12 ialah “political divide”.
PAS, melalui janji syurga yang tidak perlu ditepati, mengkafirkan penyokong UMNO dan memburukkan pemimpin-pemimpin UMNO dan lain-lain, telah berjaya menarik sebilangan besar orang Melayu untuk menjadi penyokongnya, bukan lagi di kawasan pedalaman tetapi juga di kawasan bandar, bukan lagi dikalangan orang- orang yang berkelulusan Syari’ah tetapi juga di kalangan professional. Ini telah melemahkan UMNO.
Tetapi, selagi PAS kekal bersendirian dan tertumpu kepada negeri-negeri Pantai Timur, ia tidak menjadi ancaman yang serius kepada kerajaan BN di peringkat Persekutuan. Keadaan berubah dengan penubuhan PKR. PKR telah berjaya menarik orang- orang yang kecewa, yang tidak mendapat tempat dalam UMNO, golongan oportunis dan yang marah kepada pemimpin-pemimpin UMNO tidak kira samada alasannya munasabah atau tidak. PKR telah membuktikan bahawa ia hanya mempunyai satu matlamat iaitu berjuang untuk menjatuhkan Kerajaan BN untuk membolehkan Dato’
Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri Malaysia. Mereka sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapai hasrat mereka, termasuk mengorbankan hak orang Melayu dan kedudukan agama Islam. Melihat perpecahan orang Melayu, orang Cina khususnya, yang memang pandai membuat perkiraan, telah bersatu di belakang DAP, mengambil faedah daripada undi penyokong PKR dan PAS untuk menjatuhkan BN dan menjadi parti dominan dalam Pakatan Rakyat yang akan memerintah. Negeri Perak selepas PRU12 adalah misalan yang baik.
Wakil PAS dijadikan sebagai Menteri Besar menyebabkan penyokong-penyokong PAS merasa bahawa mereka telah berjaya menubuhkan sebuah “Kerajaan Islam”. Maka bertakbirlah mereka disepanjang jalan menunjuk perasaan. Hakikatnya majoriti ahli Exco adalah ahli-ahli DAP dan merekalah yang sebenarnya berkuasa. Jika dulu “Pak Kadok menang sorak kampung tergadai, sekarang Haji Kadok menang takbir negeri tergadai.” Semua ini orang Melayu, khususnya dalam PAS, mesti sedar.
 Melihat keadaan ini, NGO-NGO Cina mula menunjukan sikapnya yang sebenar: tamak dan “kiasu”. Mereka mula membuat tuntutan-tuntutan yang tidak berpatutan yang melanggar peruntukan-peruntukan Perlembagaan khususnya mengenai hak orang Melayu dan kedudukan Islam. Tindakan Gereja Katholik juga sangat merbahaya. Semua perbuatan itu bukan sahaja boleh menggugat perpaduan negara, malah ketenteraman negara. Semua ini tidak berlaku semasa orang Melayu teguh di belakang UMNO.
 Perbuatan itu mesti dibendung. Untuk itu Kerajaan hendaklah memikir semula mengenai keperluan mengadakan semula Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Kita tidak patut takut kepada kritikan mengenainya. Singapura dan Brunei mempunyai undang-undang yang serupa. Tidak pula dikritik. Apa yang dilakukan oleh Amerika Syarikat di Guantanamo adalah lebih teruk dari penahanan dibawah ISA. (Lihat Conflict of Interests Between Different Basic Rights dan juga Legal and judicial Transformation in Malaysia: http://www.tunabdulhamid.my.)
Disamping itu, kerajaan tidak patut terlalu berlembut apatah lagi takut kepada mereka sehingga tidak berani mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka. Tidak guna mempunyai undang-undang jika tidak berani menggunakannya.
UMNO juga mesti berusaha untuk menarik balik pengundi yang telah lari kepada PAS dan PKR malah sanggup mengundi DAP kerana taat kepada PKR dan PAS. PAS dan UMNO perlu berfikir untuk bekerjasama, sekurang-sekurangnya di peringkat Persekutuan untuk mempertahankan Kerajaan Persekutuan daripada jatuh kepada PKR dan DAP. PAS mesti sedar bahawa perjuangan asal mereka adalah untuk Melayu dan Islam; bahawa jika Pakatan Rakyat berkuasa DAP akan menjadi parti dominan, bukan PKR atau PAS; bahawa PKR tidak boleh diharap untuk membela orang Melayu dan agama Islam; bahawa DAP adalah lebih chauvinistic daripada MCA atau Gerakan; bahawa PKR atau PAS tidak boleh mengawal cita-cita
DAP seperti UMNO mengawal MCA atau Gerakan. Maka jika PAS tidak mahu hak Melayu dan kedudukan agama Islam digugat, ia hendaklah berkerjasama dengan UMNO.  Sebenarnya, diantara PAS dengan UMNO sudah tidak ada apa bezanya lagi. Demikian juga tidak ada apa bezanya di antara Kelantan yang diperintah oleh PAS selama lebih kurang 40 tahun, dengan negeri-negeri lain di Semenanjung
 Malaysia selain daripada mengadakan kaunter bayaran berasingan untuk lelaki dan perempuan. Dulu Qari’ah haram mengambil bahagian dalam tilawah Al-Qur’an. Sekarang ia sudah harus! Apa yang menjadi “penghalang” bukan ideologi tetapi kepentingan diri. Pemimpin-pemimpin di kedua buah parti takut hilang kedudukan, jawatan dan pendapatan masing-masing, jika bercantum. Soalan: adakah itu asas perjuangan mereka? Masalah ini pun boleh diatasi jika kedua parti bekerjasama untuk menubuhkan Kerajaan Persekutuan, selepas keputusan pilihanraya di
 Anak Negeri Sabah dan Sarawak juga patut sedar bahawa kedudukan mereka dalam Perlembagaan adalah serupa dengan kedudukan orang Melayu. Jika mereka mahu kedudukan mereka selamat, mereka hendaklah bersama-sama orang Melayu,
UMNO dan BN. Bahawa sebahagian daripada mereka beragama Kristian tidak pernah menjadi masalah. Mereka boleh terus mengamalkannya seperti biasa dalam Bahasa Kadazan dan sebagainya. Yang dibantah oleh orang Islam, terutama sekali di Semenanjung Malaysia, ialah cubaan untuk menggunakan kalimah “Allah” dalam bible dan upacara agama dalam Bahasa Melayu, kerana motifnya adalah untuk mempengaruhi orang Melayu menganut agama Kristian. Ini jelas dilarang oleh Perlembagaan Malaysia.
Jika PAS dan parti-parti Anak-Anak Negeri Sabah dan Sarawak boleh bersama- sama dengan UMNO dan BN, Kerajaan Persekutuan akan selamat walau pun orang Cina bersatu di belakang DAP. Apabila mereka merasa bahawa keadaan itu akan merugikan mereka, mereka akan mula berfikir semula untuk berkerjasama denganBN. Orang Cina membuat perkiraan mengikut untung-rugi. Itu sahajalah prinsip
 Kita sekali-kali tidak hendak meminggirkan orang Cina. Semenjak PRU 1955, UMNO memberi kawasan-kawasan majoriti Melayu yang selamat kepada calon-calon MCA dan MIC semata-mata untuk memberi representasi yang lebih kepada mereka. Apa yang berlaku selepas PRU13 pun adalah pilihan mereka sendiri. Pengundi-pengundi Cina yang berdiri sebulat suara di belakang DAP mungkin akan berfikir semula apabila mereka menimbang semula untung-ruginya.
 Pengundi-pengundi India patut bertanya diri mereka samada Kerajaan Pakatan Rakyat akan menjaga kepentingan mereka lebih baik daripada rekod BN selamalebih daripada lima dekad. Umur PKR terikat dengan umur Dato Seri Anwar Ibrahim, tidak lebih dari itu.
Kerajaan mestilah bersikap tegas dan tidak melayan tuntutan-tuntutan melampau itu. Malah tindakan undang-undang hendaklah diambil terhadap mereka jika mereka melanggarnya. Di kebelakangan ini, Kerajaan nampak seolah-olah takut mengambil tindakan undang-undang terhadap aktivis yang menyebabkan mereka semakin melampau. Malah ada aktivis yang menghina lagu Kebangsaan yang bukan sahaja tidak dihadapkan ke mahkamah tetapi diberi bantuan kewangan untuk membuat filem yang memburukkan Malaysia. Cuba bayangkan bagaimana Singapura akan bertindak dalam keadaan yang serupa. Seperti disebut tadi, Kerajaan mestilah memberi pertimbangan serius untuk mengadakan semula ISA. Pelampau hanya faham ketegasan, bukan diplomasi.
 Pemimpin-pemimpin UMNO juga patut sedar diri. Sebenarnya UMNO sebagai sebuah parti Melayu berada diatas landasan yang betul. Yang dipersoalkan ialah pemimpin-pemimpinnya. Mereka, isteri dan anak-anak mereka dilihat sebagai hidup mewah di luar kemampuan mereka yang membangkitkan isu rasuah. Saya dapati, politik wang dan tertutupnya pintu untuk “orang baru” memasuki dan memenangi apa-apa jawatan dalam hirarki UMNO adalah faktor utama mengapa kalangan profesional tidak menyertai UMNO. Mereka lebih mendapat tempat dalam PAS. Jika hal ini berterusan UMNO akan ketandusan pemimpin. Hal ini telah pun dirasai hari
22.04.2014
Bilik Cempaka,Wad 28, Hospital Kuala Lumpur

23 comments:

CucuBahaman. said...

Tepat sekali Tun. Terima kasih sekalung budi.

Anonymous said...

Artkel ini jelas menunjukkan semua masalah yang berlaku akibat kesilapan strategi Najib yang memansuhkan ISA dsb hanya kerana tagihkan undi cina. Oleh itu,Najib harus kletak jawatan kerana telah gagal malah telah menyebabkan kehancuran perpaduan kaum di negara kita.

Anonymous said...

HUJAH TUN TEPAT SEKALI. MELAYU BALIKLAH KE PANGKAL JALAN

Unknown said...

Alhamdulillah. saya sangat2 stuju dengan kupasan ini. Masalahnya disini, cara mana, ikhtiar macam mana untuk kita sedarkan para pemimpin kita yang kelihatan dayus berkenaan. Apakah dengan tulisan demi tulisan, kupasan demi kupasan begini mampu kita sedarkan mereka dari tidur pemimpin khasnya dan umat melayu amnya. Melayu sudah kelihatan seperti telur dihujung tanduk, menunggu masa untuk dijatuhkan segalanya oleh bangsa cina. Kepada siapa bangsa melayu islam ini harus bergantung harap? kepada PAS? kepada Umno? semua tak boleh lagi diharapkan. Kalaupun adapun ngo-ngo melayu islam mereka ini pun kebanyakkannya hanya tunjuk samseng bila dilingkaran melayu sahaja. bila berhadapan dengan kaum mata sepet, pijak semut pun belum tentu semut terasa sakit. Apakah anak cucu melayu akan datang PASTI MEREMPAT dibumi sendiri???

Anonymous said...

Apa yang dikatakan bekas Tuan Hakim seperti diatas adalah tepat sekali dan tidak ada yang direka2 beliau.Ini hakikat apa yang sedang berlaku dan akan berlaku kepada ummat Mealyu serta Bumiputra Sabah Serawak; sekiranya mereka tidak berfikir dari sekarang.Apakah mereka mahu berputih mata atau bertindak dari sekarang sebelum keadaan bertambah parah.Kita sudah tahu matlamat musuh2 yang disebutkan tadi. Justeru itu perlu dilakukan anjakan paradigma secara meluas bagi menghalang Melayu serta Bumiputra menghadapi kehancuran.

usin said...

hantarkan artikel bernas ini ke personal email adress ds pm kita. moga beliau baca, faham dan jadi berani.

Anonymous said...

Menyeru supaya Najib sedar boleh diibaratkan seperti BERCAKAP DENGAN BATU NESAN.

Sebelum ISA dihapuskan, bukan main riuh NGO melayu dan islam mengingatkan Najib akan akibatnya kepada melayu dan islam. Tetapi Najib adalah Najib yang tak mudah tundukan kepada desakan NGO Melayu atau Islam.

Sekarang Najib mahu mansuhkan Akta Hasutan. Tun Mahathir juga sudah ingatkan Najib akan bahayanya. Tun Mahathir mungkin tak sedar bahawa Najib sudah lain daripada Najib yang dia kenal.

Anonymous said...

Tak salah PAS guna bukan Melayu sebagai tangga, untuk mengkuburkan kapir UMNO. Nampak sangat orang yang nak mati ini racis laknat, dah banyak makan duit UMNO yg korup. Orangramai tak harus bertakut dengan Syaitan tapi mrk harus takut dengan hakim yg menjuai diri.

malayoo mudah lupa said...

Well said...

Anonymous said...

Lebih kepada aspirasi Perkasa.

Gua setuju. Melayu mesti bersatu.

Anonymous said...

BOLEHKAH ORANG-ORANG MELAYU SEDAR DENGAN PENULISAN INI? TETAPI YANG TERAMAT PENTING IALAH PEMIMPIN-PEMIMPIN TERTINGGI UMNO SENDIRI YANG SEPATUTNYA MENYEDARI HAKIKAT INI. UNTUK MENYEDARKAN PEMIMPIN PAS DAN PKR MEMANG AMATLAH SUKAR KECUALI ALLAH AKAN MENYINGKAP HIJAB MEREKA UNTUK MELIHAT KEPADA KEBENARAN INI. LIHAT SAHAJA PEMIMPIN-PEMIMPIN TERTINGGI PAS SEPERTI PAK NIK DAN HAJI HADI, SAYA TIDAK FIKIR MEREKA INI MENYEDARI SEPENUHNYA KEADAAN DAN SITUASI SEBENARNYA. APA YANG TERAMAT PENTING IALAH KEPIMPINAN NEGARA, IAITU AL NAJIB SEPATUTNYA BENAR-BENAR INSAF BAHAWA PENGEKALAN KERAJAAN UMNO/BN SEHINGGA KE HARI INI ADALAH DI ATAS SOKONGAN ORANG-ORANG MELAYU DAN PERI BUMI SABAH DAN SARAWAK. KALAU AL NAJIB MASEH DENGAN SIKAP LIBERAL, PENAKUT DAN TIDAK MEMAHAMI SITUASI, KITA BERDOA KEPADA ALLAH AGAR AL NAJIB TERBUKA HATINYA UNTUK MELETAKKAN JAWATANNYA SECARA TERHORMAT, KERANA DIA TELAH GAGAL MELAKSANAKAN AMANAH SEBAGAI PEMIMPIN DI TANAH PUSAKA NENEK MOYANG MELAYU DAN BERAGAMA ISLAM DI NUSANTARA INI. BEGITU JUGA DENGAN PEMIMPIN-PEMIMPIN PAS

Anonymous said...

Umno akan jadi Umno yang membela melayu hanya jika Najib bukan lagi Presiden Umno.

Anonymous said...

explain la se jelas mana sekali pun.....melayu tetap bodo....
BUMI DI PIJAK MILIK ORANG....

Anonymous said...

artikel ni penuh dgn kontradiktori... mmg confuse parti UMNO ni...

Anonymous said...

10 bintang!!!💙💜💛💚💙💜💛💚

Anonymous said...

Bah. Pertama:

Adakah YB Tun Hamid sedang sakit - ini amat merisaukan! Harap beliau sembuh segera - semoga ALLAH SWT melindung beliau dan keluarganya.

Bukan nak mempersoalkan Takdir dari ALLAH SWT, tapi angkara jahat MUSUH ISLAM, tidak boleh kita biaqkan – sebab aku syak umat Islam/Melayu termasuk pemimpinnya sedang disasarkan MUSUH ISLAM - disyaki melalui kemalangan/jenayah/diracun (termasuk yg. boleh sebabkan lemah jantung/kanser dsbnya) Ini adalah MO si KAPIRDAJAL Barat-ZIONIS dan ejen tempatannya dr. DAPBANGKAI/PKRSODOM - (lihat suntikan kimia utk. menyebabkan kanser/sakit jantung/racun di - http://www.globalresearch.ca/the-cia-has-attempted-to-assassinate-50-foreign-leaders-including-chavez/5326864, The CIA has Attempted to Assassinate 50 Foreign Leaders Including Chavez, Global Research, March 15, 2013; dan di - http://imeu.net/news/article0024562.shtml, Israel's History of Assassinating Palestinian Leaders, The IMEU, Nov 6, 2013!


Dan si LIBERAL–PENJILAT-si Barat/ZIONIS (dan ejen tempatan mereka dr. DAPBANGKAI/PKRSODOM) ni yg. asyik melalak psl. falsafah/undang-undang “demokrasi dan hak asasi KESAMAAN/KEBEBASAN" SAMPAH/PENIPU si KAPIRDAJAL Barat-ZIONIS kat Tanah Melayu/Dunia Islam kita – tengoklah Israel , sekutu kuat si Barat, boleh pula bunuh/penjara/rompak dan rampas tanah Bumiputera Islam Palestin dlm. GENOSID berterusan (utk. MENGURANGKAN seramai BUMIPUTERA Islam Palestin termasuk di kem-kem pelarian di Syria, Jordan, Lebanon dan Turki - dgn. meracun mereka melalui pembunuhan atau pemberian makanan/vaksin-penuh-virus-penyakit/kemandulan; termasuk bawah UN/NGO-NGO Barat yg. dikuasai ZIONIS-Israel)!

Ini termasuk undg-undg militari serupa Guatanamo, di mana beribu kanak-kanak BUMIPUTERA Islam Palestin setiap tahun di penjara oleh mahkamah TENTERA Israel dgn. sesuka hati; begitu juga yg. dewasa di bawah "Administrative Dtention"; adakah mereka dikutuk si Barat/UN (yg. dikuasai si Barat-ZIONIS (lihat di http://rt.com/news/158556-israel-palestinian-children-confinement/ , 'Blindfolded & bound': Israel puts more Palestinian kids in solitary confinement, May 13, 2014; dan di - http://electronicintifada.net/blogs/shahd-abusalama/administrative-detainees-hunger-strike-issue-their-will-they-stand-edge-death , Administrative detainees on hunger strike issue their will as they stand "at the edge of death", By Shahd Abusalama on 06/11/2014)!

Makcik Sambal Belacan.

Anonymous said...

Hei org melayu yg kononnya sopan, beradab dan beriman. Jangan kamu sekali-kali melayari web utk melihat porno org jepun, cina, korea ataupun mat salleh. inilah bangsa2 kafir babi...maka kalau kamu dah nak gian dan melancap, segala pahala kamu akan diserahkan kepada kaum2 secara automatic, sama ada kamu sedar ke tak...ingat..melancap dengan melihat kaum kamu sendiri lebih baik....bermaksud segala kebaikan tidak akan semena2 dipindah kpd orang lain dgn begitu mudah, tanpa diminta oleh org kamu jadikan objek utk memuaskan nafsu kamu...ingat kaum melayu....

Anonymous said...

Org melayu patut membaca dengan hati yg terbuka...

saya menginsafi diri membaca tulisan ini...betapa kita melayu semakin menuju ke zaman yang sangat mencabar dan barangkali kita tidak mampu bertahan...

bertambah malang nasib melayu apabila kita mempunyai pemimpin berfikiran liberal... dengan dasar-dasar yng sangat liberal... semakin membuatkan melayu makin tersepit dan ketinggalan

harap pemimpin2 melayu membaca dgn lapang dada dan mengambil iktibar darinya...

tulisan ini tidak boleh diabaikan ... walaupun pahit, tulisan ini penuh dengan kebenaran

aku amir

Anonymous said...

Kalau bukan kerana artikel ini saya mungkin tidak tahu apa hebatnya seorang "Tun", dan saya juga tidak mungkin tahu betapa tingginya pemikiran seorang 'Ketua Hakim Negara" apatah lagi bila pernah termakan momokan pembangkang bahawa mereka yg duduk 'di atas' itu semuanya 'barua'. 'pak sanggup' dan 'kaki bodek', serta 'penjilat' yg tidak punya prinsip ..

Maafkan saya kerana gagal mengenala Tun lebih awal dan terima kasih kerana masih amat berharga bagi bangsa Malaysia yg semakin diinjak dgn penghinaan yg berbagai bentoknya

Tahniah Tun

Anonymous said...

Pemimpin Melayu (UMNO dan PAS) mana pernah ingat ini semua. Yang penting bagi mereka adalah kuasa, harta,wang ringgit dan popularity.

Pemimpin bawahan pula bagai kadok naik junjung.Baru jadi AJK cawangan dah lebih dari YB. Ketua kampung cantas bantuan yang patut sampai kepada sesetengan penerima hanya kerana penerima itu tak sebulu dengan dia. Banyak lagi kesah2 menarik di bawahan ni.Kadang2 geli hati tenguk peranagi buruk dia orang ni.Tak caya buat selidikan.Kalau macam ni melayu boleh hancur.

Anonymous said...

umno kena kaji pasal apa melayu-melayu marhain lari ke pembangkang. Kecewa? memangla kecewa, itu pasal lari.......jangan asyik nak menyalahkan org lain

Anonymous said...

Najib has failed..a complete failure.

Anonymous said...

too many rba aka dajjal "anonymous" squad, squeezed till shrunk their nuts trying to twist the article but their effort is only dust