Saturday, August 22, 2009
PRK-N11: POSTER FITNAH DARI PAS , ALAHAI MAHFUZ !
pas semakin tertekan. pelbagai bentuk poster 'fitnah' telah dikeluar dan diedarkan kepada beberapa buah kampung sekitar permatang pasir.mengikut maklumat risikan pihak kami, akan kedapatan pengeluaran beberapa lagi poster gila yang melampau akan dikeluarkan oleh pas untuk meraih simpati undi daripada penduduk kampung.
keadaan jiwa mereka makin hangat, panas kerna tiada dapat menjawap SATU pun hujah umno dan barisan. maka tiada terkejut lah kiranya poster ini dikeluarkan untuk meraih simpati !mahfuz mahfuz, takkan setakat ini sahaja akal saiko kau !?
PRK-N11 : LEPAS TARAWIH, PAS FITNAH LAGI.
aku baru balik dari ceramah pas di markas dewan ulamak pas kubang semang. masa aku sampai ahli parlimen johari abdul tengah berceramah. dia bercerita tentang isu pengkhianat. nampak seperti di programkan, setiap penceramah pakatan haram diwajibkan membelasah tan sri muhyidin yasin. tampak panas hati anwar apabila mendesak setiap penceramahnya membelasah ts muhyidin berkenaan isu pengkhianat melayu.tak sampai 1 jam selepas solat tarawih, mereka melakukan karektor assasination. sayang johari abdul tiada menyebut akan khianat anwar pada arwah dato fadhil,khianat anwar pada tun ghafar,khianat anwar pada tun mahathir,khianat anwar pada perjuangan abim,khianat anwar pada gerakan islam,khianat anwar pada bangsa dan lebih teruk lagi hina apabila anwar khianati perasaan isterinya bernama wan azizah.
johari abdul manusia bodoh dan amat malang apabila pas turut terpalit dengan skandal kebodohan mereka. aku tiada pernah menyaksikan satu kelompok manusia sanggup menggadai maruah demi memenuhi citra politik maha songsang manusia bernama anwar attaturk.
johari abdul membodohkan manusia kelompok partai pas. dia bercerita bahawa sanya umno itulah partai yang menolak hudud pas. aku tiada perlu membidas persoalan maha bangang sebegini. rujuk sahaja pada sikap tunduk lagi to'at husam/nik ajis tatkala disergah oleh karpal disember lepas.
memerhatikan ceramah pas dan gerombolan manusia yang hadir, aku berani mengatakan bahawa akal dan hati mereka sudah lama mati. kelompok ini jika disiat dan dicincang sekalipun dagingnya mereka tetap akan taksub menggila pada anwar dan nik ajis. hina agama yang dilakukan oleh rakan pakatan didiamkan sahaja.
aku lebih menumpukan fokus pada rakyat marhaen yang besar jomlahnya. rakyat ini punyai penilaian politikal yang wajar. kelompok ini cukup besar dan ia bakal mencorakkan politik negara pada pilihanraya ke 13.
tugas kita semakin mudah..permatang pasir tiada nampak kerjasama erat antara petugas pas dan pkr..modal politik sekadar menjaja fitnah dan fitnah ini berterusan selepas 1 jam solat tarawih dilakukan.
Friday, August 21, 2009
GAP UCAPKAN SALAM RAMADHAN
kepada seluruh rakan bloger yang aku kasihi,pembaca budiman yang aku sayangi.. gap mengambil peluang ini untuk mengucapkan salam ramadhan al mubarak.kepada pemimpin dan penyokong pakatan haram berbangsa melayu baik pas dan pkr, aku seru kamu supaya bertaubat dan insaf atas segala kerosakan islam dan penghinaan bangsa yang telah kamu lakukan.
jangan kamu ulangi silap mepermainkan hudud dan hukum quran mengikut citarasa politik kamu. hentikan menjadi petualang gila yang coba merosakkan nasib bangsa. bertaubat dan kami sedia memaafkan kamu namun kira masih ada lagi manusia dorjana terus-terusan mempersenda islam dan maruah bangsa... jiwa dan raga ini sentiasa bersedia menjadi tarohan.
salam ramadhan.
PRK-N11 : RAHASIA BESAR MAHFUZ OMAR ?
aku melihat gelagat penceramah kategori lawak mr mahdoz omar semakin jelek. hari ini dia menyerang peribadi calon umno rohaizad. sayang walau mahfuz badannya besar, tetapi punyai otak yang dangkal. lebih dungu daripada keldai.memang benar mahfuz badannya besar,namun otaknya sekadar punyai berat 1 gram sahaja. dengan otak yang beratnya 1 gram, mana bisa ia membawa pemiliknya untuk menjadi manusia rasional apatahlagi normal.
mahfuz tiada punyai kredibiliti sebagai pemimpin. cara olahan dan penyampaian nya dalam ceramah dan sidang parlimen persis tukang lawak sarkas, menghiburkan ahli parlimen yang lain sahaja. pernah aku berbicara dengan seorang ahli parlimen pkr, katanya mahfuz layak di gelar mr bean. lawaknya bodoh, ilmunya dangkal hujah nya kosong.
memang suaranya lantang tetapi lantang ini saperti seekor keldai yang cuba menyanyi lagu di pusat karaoke.
siapa kata mahfuz berani ? dia tiada telor..benar memang tiada telor. peristiwa operasi lalang 1987 mahfuz lari lintang pukang di sawah bendang, bersembunyi di rumah seorang melayu pada waktu kemuncak operasi.
hari ini mahfuz seperti kera, menyerang status perkahwinan rohaizad pula. dia lupa bahawa pimpinan pas juga punyai onar dan permaslahan rumahtangga lebih teruk...tetapi umno tiada pernah menjadikan isu itu sebagai sasaran menyerang .
AHAD INI MAHFUZ AKAN BERTEMU BUKU DENGAN RUAS. RAHSIA BESARNYA AKAN DIDEDAHKAN ! TUNGGU
SELANGOR BANGKIT :BUKU MUSUH DALAM SELIMUT ?

buku ini siapa yang keluarkan ?siapa yang membiayai kos pengeluarannya ?
adakah buku ini tujuannya untuk menyalahkan umno ATAU ada kumpulan dalam dalam pimpinan pkr sendiri yang mahukan khalid ibrahim meletakkan jawatan ?
masih ingat lagi kenyataan panas azmin ali yang mahukan khalid membuat rombakan exco?
JELAS DALAM PENTADBIRAN PAKATAN HARAM SELANGOR, TERDAPAT DUA FRAKSI SEMAKIN LIGAT BERTEMBUNG MEMBUNUH SESAMA SENDIRI !
nantikan pendedahan satu lagi dokumen kerajaan pakatan haram selangor .
PRK-N11 : GAP KINI DI PERMATANG PASIR
kami datang ke penang, tiba petang semalam. memerhatikan dari pandangan mata aku didapati pesta pilihanraya ini tampak kurang meriah. aku bercerita mengenai pesta perang poster.aku pernah turun pada pilihanraya kecil parlimen permatang pauh, bila calonnya adalah kepala pengkhianat melayu anwar attaturk. di situ aku dapati kerjasama erat antara petugas pkr dan pas. kesemua anak muda menjadi walok tukang angkut bendera.
di seluruh pelosok kampung pada tika itu, kiranya tiada ceramah dijalankan maka arakiannya seperti biasa mereka akan memainkan vcd-vcd merepek ceramah untuk tontonan umum. ada berkata ia sekadar mahu menghidupkan markas sahaja.
anwar pada tika itu pandai memainkan sentimen taksub pada dirinya. pas yang senantiasa dalam keadaan dungu dan bingung kan senantiasa mengikut kata.jelas perang poster partai pas jatuh merudum 50% berbeza dari prk permatang pauh.
semalam aku meronda sekitaran ceramah di permatang rambai dan kubang semang. di permatang rambai kabarnya mb kedah azizan razak akan menyampaikan ceramah. mungkin kerna mendapat maklumat bahawa susuk batang tubuh manusia tiada ramainya, azizan cabut lari ke tempat lain. alasannya dinner dengan ketua menteri guan eng.. hmmm dinner jam 10.30 malam.
kemudian aku menyusuri ke markas besar dewan ulamak pas permatang pasir di kubang semang. hujan rintik-rintik mulai turun.
parkir kereta di tepi jalan. melangkah ke tempat ceramah, nampaknya lebih banyak kereta-kereta plat nomornya bertulisan awal dari abjad D,W,B,A... sepertimana lazimnya ceramah pas, penonton yang kita ketemui malam ini bisa kan ketemu kembali pada ceramah esok,lusa dan bila-bila..muka yang sama.
zuraidah kamarudin ahli parlimen ampang hadir. memakai jubah putih bertudung biru, lagaknya persis dewi sang diana puteri taliban datang dari ampang. kali ini zuraidah tampak anggun,pakaian dan wangian nya agak nakal, coba-coba menggiurkan hadirin pas yang hadir.sssss..oohhhh zuraidah taliban ceramah mu umpama pekikan panglima perang kandahar yang sakit tekaknya, terpekik terlolong seorang diri di depan hadirin yang lebih fokus makan sup tulang dan kacang rebus.
umno melakukan 12 ceramah kelompok, fizikal hadirin berlegar sekitar ratusan. bagi aku umno tampak fokus memberikan hujah betul-betul di depan pengundi..
ada kabaran mengejutkan dari sumber. katanya BN di permatang pasir ini akan mencipta kejotan...kejotan yang bagaimana wallhua'lam.. nantikan berita seterusnya dari bilik media bloger patriot permatang pasir penang, gap melaporkan.
Thursday, August 20, 2009
SELANGOR BANGKIT : DOKUMEN SULIT KONTROVERSI KUIL KINI DIDEDAHKAN !












seperti yang aku janjikan , satu dokumen lengkap kontroversi pembinaan kuil di seksyen 23 shah alam kini aku dedahkan.
didalam selongkaran secara terperinci dokumen ini, akan kedapatan petualang dorjana mainan politik bangsat adun dan ahli parlimen pakatan haram akhirnya dirongkai.
apa harusnya satu kawasan total melayu , disumbatkan dengan pembinaan sebuah kuil maha besar angka keluasannya ( 20 ribu kaki ) ?
apakah yb pakatan haram jadah ini tiada mengerti akan keluhan umat melayu tatkala kuil sebegini besar luasnya berjiran rapat dengan sebuah surau yang terletak hanya 200 meter sahaja jaraknya ?
ini bukan permaslahan toleransi dan keadilan, tetapi adilnya kelakuan dua wakil rakyat ini sekadar mahu mengekalkan undi bangsa asing, tanpa mempedulikan langsung guris hati umat melayu !
anda diminta meneliti helaian demi helaian dokumen yang dipamerkan. kami akan pastikan usaha dan cadangan maha bodoh wakil rakyat pakatan ini dibatalkan !
sila klik pada gambar untuk membaca kandungan maklumat .
SELANGOR BANGKIT : DOKUMEN SULIT PAKATAN AKAN DIDEDAHKAN ?

satu dokumen sulit yang mengandungi 10 helai muka surat akan gap dedahkan dalam masa terdekat . dokumen ini mengandungi kronologi dan maklumat PALING LENGKAP tentang isu kontroversi pembinaan kuil besar di kawasan melayu. lokasinya di seksyen 23 shah alam.kami akan BUKTIKAN kepada seluruh rakyat bahawa dalang besar pembinaan kuil ini adalah adun batu 3 rodziah ismail dan ahli parlimen shah alam, khalid 'gereja' samad !
demi undi, mereka sanggup menjadi pengkhianat bangsa ! nantikan pendedahan eksklusif ini.
Wednesday, August 19, 2009
SELANGOR BANGKIT : DAULAT TUANKU ! KAMI SEDIA MEMERANGI PAKATAN HARAM SELANGOR !

takbir takbir takbir ! nampaknya kerajaan pakatan haram jadah selangor mendapat penampar pertama daripada kebawah duli tuanku sultan selangor !
ampun tuanku, kami bloger antai pakatan haram sedia berjihad memerangi pakatan haram selangor. janji kami akan kami serang sampai rakyat mencapai kemenangan ! tuanku, halau sahaja munafik-munafik adun pakatan selangor ini keluar dari bumi selangor ! tuanku, kenapa selangor makin huru hara ? kerana ada sebahagian adun-adun pakatan ini BUKAN ANAK SELANGOR , terutamanya daripada adun pkr ! halau sahaja tuanku mangkok hayun pkr ni !
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini dengan tegas menolak sebarang cadangan untuk menggunakan wang zakat bagi tujuan selain daripada membantu umat Islam dan pembangunan ummah di negeri itu.
"Beta sekali-kali tidak berkenan wang zakat ini diambil, dipinjam atau disalurkan untuk perkara-perkara lain," titah baginda ketika merasmikan Konvensyen Integriti Pengurusan Zakat Selangor di sini hari ini.
Dalam sidang Dewan Negeri Selangor baru-baru ini, Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mencadangkan supaya wang Baitulmal yang diperoleh daripada sumbangan zakat digunakan bagi tujuan pembangunan negeri.
"Beta tidak berkenan mereka yang luar dari pentadbiran Lembaga Zakat Selangor ini campur tangan dalam pengurusan zakat negeri ini," titah baginda, lapor Bernama. Baginda juga mahu supaya dijelaskan kepada rakyat mengenai perbelanjanan kutipan zakat pada setiap tahun.
"Pengurusan zakat hendaklah dilakukan dengan betul dan janganlah adanya berlaku penyelewengan dalam pengurusan, kutipan dan pembahagiannya. Mereka yang melakukan penyelewengan maka akan menerima pembalasan dari Allah Subhanahu Wata'ala," titah Baginda.
Sultan Selangor juga menjelaskan bahawa baginda sangat-sangat mengambil berat dan mengikuti akan pengurusan zakat di negeri itu.Baginda bertitah bahawa mereka yang terlibat dalam pengurusan zakat di negeri itu telah diberi penuh kepercayaan dan segala kutipan yang telah dibuat hendaklah diserahkan kepada Lembaga Zakat Selangor sepenuhnya untuk diuruskan dengan sempurna.Konvensyen sehari itu dianjurkan bersama oleh Lembaga Zakat Selangor dan Jabatan Mufti Negeri Selangor.
PRK N-11 : BILA BLOGER CHECKMATE PAS !








sekali lagi kumpulan bloger bijak mengatur bidak. pas/haris ibrahim/bar council dan pendokokong IFC terus keciper. kali ini kami mengeluarkan dokumen lengkap menjawap fitnah terhadap calon umno rohaizad othman.
kepada pas, fitnah itu sudah menjadi makanan kamu. teruskan budaya sebegini kerana seluruh rakyat pasti akan menghukum kamu..insyaallah.
klik di sini
SELANGOR BANGKIT : GAP IKRAR JIHAD , PERTAHANKAN AGAMA BANGSA DAN KESULTANAN MELAYU !
mencelah hal politik, aku berbicara mudah. mac 2008 umno dan barisan tumbang bukan kerana pembangkang itu kuat, tetapi sebaliknya sebagai signal dan pengocapan tanda protes terhadap ketidak pekaan kerajaan memahami tekanan hidup masyarakat.
anwar sekadar penyangak melayu, tugasnya mengkhianati bangsanya sendiri. manusia ini maha tinggi ilmu gadai nya. terbokti hingga ke hari ini manusia inilah raja segala poaka bangsa. cukup mengenai nya. seluruh rakyat sudah faham akan kebobrokan manusia gila ini.
memandang kepada partai pas lebih jelek dan menjengkelkan kelakuan dan akhlaknya. tiada perlu aku menulis persis khutbah jumaat menyatakan satu persatu lacur politikal mainan pas.
aku berbicara jujur dan suka berterus terang. kerna aku cukup yakin kumpulan kami (bloger) membawa suara rakyat teramai terutamanya bangsa melayu.
sungguh dan berani aku katakan bahawa hampir sebahagian pimpinan umno yang aku temui sudah berani mengakui kesilapan. ada diantaranya hatta berani berkata bahawa 'memang perlu' umno itu dikejutkan daripada lalai yang panjang. mac 2008 meropakan satu hantukan di kepala, menyedarkan mereka untuk pulang memikol tanggungjawap pertahankan agama dan bangsa.
apa yang berlaku sepanjang 1 tahun 6 bulan pasca mac 2008 adalah aturan qada dan qadar. pas yang kononnya selama ini menjuarai perjuangan islam, kini semakin lintang pukang. benarlah pesan guru aku, dakwah yang dibawa pas adalah kesinambungan dakwah bercirikan syiah. senantiasa menghukum dan mencerca. kaedah mereka tiada hikmah dan politikal cara sebegini harus dihentikan demi menyelematkan islam.
bicara tentang pkr ? tak perlu lagi aku membisikkan dakwah ke telinga kamu. semangat pertahankan islam dan jati melayu mereka sudah lamaaa hilang.. hilang dipukul ribut kuasa dan badai pangkat darajat. mereka itu ramai ahlinya, namun ramai mereka (melayu pkr) umpama buih-buih di lautan, nampak gah pada pandangan mata namun akan hapus bersepai bila ombak menghempas di tepian pantai...
yang ada semangat perjoangan kini terletak ditangan kamu. samada sedar atau tidak, suka atau tidak ...kamu lah diantara manusia terpilh , the chosen one. dipilih untuk menjadi panglima islam dan pahlawan bangsa untuk melakukan JIHAD. sudah tiba masanya kamu mengangkat semangat juang panglima, bangkit dan pertahan suci islam dan bangsa.
ini adalah ulangan sejarah. perang badar pernah membuka cerita akan kesucian islam itu dipangku atas pundak manusia-manusia terpilih. hamba abdi,anak yatim kaya dan miskin semuanya pernah bertarong dan berjihad atas dasar mahu mengangkat islam dan kehendak kalimah LAILLAHHAILLAH MUHAMMADURASULULLAH.
badar telah memperlihatkan kepada kita akan sifat yakin para sahabat r.a. 313 menentang 1000 kafirin. kafirin ini tumpas dengan senjata-senjata pelepah tamar sahaja. senjata bukan perkiraan otama, tetapi hati dan iman semangat juang menegakkan islam sentiasa di jiwa.
hari ini suasana kelam itu kembali. islam itu bukan tergugat..sebaliknya digugat oleh puak pakatan haram jadah . ya didalam pakatan itu memang ada kelompok islam namun joang mereka sekadar melacorkan islam itu semahu-mahunya...aku semakin terhiris akan permainan brengset lakonan mereka..
apatah lagi melayu-melayu pkr yang ada dalam pakatan haram ini. bagaimana mereka ini boleh tuli dan buta membiarkan penghinaan demi penghinaan rakan keparat dap mereka yang senantiasa memijak-mijak maruah agama dan bangsa ?!
sebenarnya aku sudah tiada peduli, memang benar aku melayu biasa. namun aku telah berikrar dalam doa solat aku... kali ini aku sedia meletakkan nyawa aku sebagai tarohan dalam perhitongan. islam,bangsa dan raja-raja melayu akan aku pertahankan walau pun raga ini menjadi tarohan !
MENENTANG PAKATAN HARAM DI SELANGOR DAN SELURUH NEGARA ADALAH JIHAD ! AKU TIADA AKAN DUDUK DIAM, SELAGI NYAWA DIKANDUNG BADAN SELAGI ITU AKAN AKU LAWAN DAN TERUS LAWAN ! INSYAALLAH ... SIRIH AKAN KAMI PULANGKAN KE GAGANGNYA SEMULA !
klik di bawah . petikan klip video dpd rakan KMU
Tuesday, August 18, 2009
SELANGOR BANGKIT :GERAKAN HALUS IFC DALAM PENTADBIRAN PAKATAN SELANGOR !
ini adalah kenyataan JAIS (jab agama islam selangor).. membaca komen bantahan JAIS kita dapati akan ada hint tersembunyi yang dilemparkan..perjuangan IFC semakin subur di bawah pentadbiran kerajaan pakatan haram selangor .. perhatikan senarai gambar exco selangor, 5 non muslim ini adalah pejuang tegar IFC manakala 5 exco melayu yang selebihnya merupakan pak angguk yang sanggup menggadaikan apa sahaja demi pangkat..SHAH ALAM 17 Ogos – Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menjelaskan keputusan pembinaan rumah ibadat bukan Islam di negeri itu termasuk di Seksyen 23 di sini yang mendapat bantahan penduduk Islam ditentukan oleh jawatankuasa khas yang dipengerusikan oleh Exco berkaitan portfolio berkenaan.
Pengarahnya, Datuk Muhammed Khusrin Munawi berkata, amalan itu adalah berbeza dengan dahulu iaitu sebarang pembinaan rumah ibadat bukan Islam sama ada kuil, tokong dan sebagainya diputuskan oleh jawatankuasa negeri yang dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) sendiri.
Ekoran itu jelasnya, selepas Selangor diperintah kerajaan campuran urusan berkaitan pembinaan rumah ibadat bukan Islam diputuskan oleh Jawatankuasa Rumah Ibadat Bukan Islam yang dipengerusikan oleh Dr. Xavier Jayakumar. Xavier adalah juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin Selangor.
‘‘Maka itu dalam soal cadangan pembinaan kuil di kawasan majoriti Islam di Seksyen 23, kita mahu supaya kerajaan negeri menimbang semula pembinaan kuil di kawasan berkenaan.
‘‘Pertimbangan sedemikian perlu dibuat kerana isu pembinaan rumah ibadat itu dikhuatiri akan menimbulkan ketegangan di kalangan rakyat di Selangor terutamanya melibatkan soal agama,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Muhammed Khusrin menyatakan demikian ketika diminta mengulas mengenai keputusan kerajaan negeri mahu membina sebuah kuil di seksyen tersebut.
Tindakan itu menimbulkan kemarahan penduduk dan menuntut kerajaan negeri memberi kewajarannya kerana hanya terdapat 40 penghuni India di situ berbanding kira-kira 400 orang Islam tinggal di kawasan tersebut.
Beliau menambah, walaupun terdapat perubahan dari segi amalan pentadbiran tetapi pembinaan rumah ibadat bukan Islam di kawasan majoriti umat Islam perlu dipertimbangkan bagi mengelakkan rasa tidak puas hati sehingga mengundang perkara-perkara yang tidak diingini.
Namun beliau berharap penduduk Islam di kawasan terlibat khususnya tidak bertindak di luar batasan agama dan undang-undang ekoran bantahan itu sebaliknya menghormati antara satu sama lain tidak mengira apa kaum dan agama yang dianuti.
PRK-N11 : FITNAH TERHADAP CALON BN DIJAWAP.
ada 3 drama masa hari pertama prk n11 berlangsung. satu drama tamil lakonan gobalakrishnan kononnya dikasari. sutradara tak lain anwar nisfu. aduhai kenapa perlu merendahkan IQ dan tahap keintelektualan rakyat dengan aksi-aksi bodoh ni wahai pakatan. please la buang masa aku nak tulis pasai kau ni.ada permintaan agar aku membalas kenyataan secara paling brutal terhadap statement nik ajis yang mengatakan ahli umno tak akan masuk sorga kerna islam umno itu sesat macam palestin ?
aku menolak permintaan untuk membalas kenyataan nik ajis dengan penulisan brutal. hatta aku menggalakkan dan mendoakan nik ajis agar mengeluarkan lagi seberapa banyak bentuk kenyataan sebegini kerana akhirnya ia akan memboka mata seluruh umat akan kesesatan partai pas ini..
lagi banyak statement ini keluar dari mulutnya, lagi muda kerja kami dalam blog. akhirnya nik ajis sendiri akan menjadi liabiliti partai pas.. syukran.
nik ajis kata ahli umno tak akan masuk sorga kerna umno itu sesat macam palestin ? pergg hebat orang tua senile ini, betapa ramai umat palestin mati syahid pun tetap nik ajis lemparkan mereka ke neraka !? TAKEBEER !
ada fitnah sudah keluar, cubaan merosakkan nama dan kredibiliti calon BN rohaizad othman di permatang pasir. dawaan kononnya status guaman rohaizad dipersoalkan kerna namanya telah dibuang oleh bar council..
INI JAWAPAN BALAS KAMI.
aduan telah dibuat oleh hj che ani pengerusi koperasi pekebun getah pulau pinang kepada majlis peguam terhadap firma saif-ariff-t.jayaraj dan rohaizad.
perkara ini mengenai pembelian hartanah untuk koperasi dan ianya diuruskan oleh BEKAS RAKAN KONGSI rohaizad bernama yusri isahak. pembelian itu telah dibatalkan dan koperasi telah membuat aduan di majlis peguam.
rohaizad tidak terlibat dalam urusan jualbeli tersebut. semua urusan dilakukan oleh yusri isahak yang meliputi urusan akaun dan tandatangan surat jual beli. rakan kongsi rohaizat telah keluar dari firma ini pada tahun 2003.
oleh itu didalam aduan koperasi pekebun getah pulau pinang, rohaizad telah dinamakan. beliau menjadi mangsa keadaan untuk menyelamatkan firma dan rakan kongsi.
rohaizad tidak dapat memberi keterangan kepada lembaga tatatertib majlis peguam kerana beliau jatuh sakit pada hari tersebut dan beliau punyai surat cuti sakit yang sah. namun rohaizad tetap dijatuhkan hukuman oleh lembaga tatatertib majlis peguam dan namanya telah 'dikeluarkan' daripada senarai daftar peguambela/cara.
rohaizad telah menyelesaikan hal koperasi bagi pihak rakan kongsi yang telah keluar. pada tarikh 28/3/2008 koperasi telah menghantar surat kepada lembaga tatatertib majlis peguam dan telah menarik balik kesemua aduan terhadap rohaizad. kes ini masih lagi dalam proses rayuan.
jadi kepada partai pas yang punyai kepakaran memfitnah, gap ucapkan kepada anda .....cuba lagi !
Monday, August 17, 2009
NIK AJIS KATA UMNO TAK MASUK SORGA ?
BUKIT MERTAJAM 17 Ogos — Mursyidul Am Pas Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata, anggota UMNO tidak akan masuk syurga kerana parti itu mengamalkan ajaran Islam palsu dari Palestin. Katanya, terdapat perbezaan antara Islam yang didakwah oleh Pas dan Islam yang diamalkan oleh umat Islam daripada kalangan anggota UMNO.“Islam bawah UMNO tidak ke mana dan tidak boleh bawa seseorang itu ke syurga. Berdasar perkara itu, saya percaya penduduk di kawasan Permatang Pasir akan memilih calon Pas sebagai wakil rakyat mereka,” katanya kepada pemberita di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di sini hari ini selepas proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil Permatang Pasir.
Pengundian ialah pada 25 Ogos ini.
Pilihan raya kecil itu melibatkan calon Pas, Mohd Salleh Man, 52, yang juga Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang, dan calon Barisan Nasional Rohaizat Othman, 38.
Kawasan itu mempunyai 20,290 pengundi berdaftar. - BERNAMA
APA PENDAPAT ANDA ? GAP SEDANG BUAT ARTIKEL KHAS TENTANG STATEMENT STYLE SYIAH INI..NIK AJIS KAMU SEMAKIN...........
Subscribe to:
Posts (Atom)
