Saturday, May 4, 2013

KEPUTUSAN PRU 13 : ANALISIS BLOGER GAP.


esok adalah hari terakhir kempen pru 13. insyaallah keputusan pilihanraya bakal kita ketahui beberapa jam selepas tempoh pengundian di tutup.

pru 13 merupakan katalis politik yang menggerunkan, ertikata kata lain ini adalah hidup mati politik sebuah parti.

pada tahun 1999, umno hampir tergugat dek kerana melayu pada waktu itu terpesona dengan laungan reformasi. 

dikala bayangan para penyokong yang mengkehendaki selangor tumbang ( atas alasan reformasi berlaku di lembah klang) sebaliknya keputusan luar jangka yang berlaku.

trengganu di bawah pemerintahan wan mokhtar tumbang dan digantikan dengan pemerintahan pas.

manakala kedah pula terpaksa bermain dengan keputusan 50/50, sesuatu yang tidak pernah dibayangkan oleh penyokong pas di sana.

jelaslah, adakala ekspetasi dan jangkaan politik TIDAK SEMESTINYA akan berlaku pada sebarang keputusan pru.

trengganu pernah diperintah pas pada 1999 hingga 2004. 

dikala sewajarnya politik dasar diimplementasi dengan janji dipenuhi, sayangnya pemerintahan pas trengganu lebih fokus kepada penyelesaian politik ALA CERAMAH.

konsep sebegini pada sekitar era reformasi memang mendatangkan sokongan populis.

namun setelah 15 tahun berlegar dalam suasana sebegini, aku berkeyakinan ide politik ceramah sebegini tidak mendatangkan keputusan kepada pengundi untuk memilih parti lagi.

implementation adalah penting.
dengan kata mudah, cakap perlu serupa dengan bikin.

2008 menyaksikan keputusan penuh luar jangka.

BN di kerusi parlimen menang 140 dan selebihnya adalah pembangkang.
keterujaan anwar mahu menarik lompat 30 ahli parlimen untuk menubuh kerajaan lompat tidak menjadi.

MENGAPA 2008 TUMBANG ?

2008 adalah mengejutkan.
kepada peminat dan pengkaji politik ia adalah mengejutkan.

mengejutkan kerana hampir kesemua pihak yang terlibat dalam proses undi dan kelompok penggerak menyatakan undi sabotaj kepada BN.

november 2007 masyarakat india marah pada MIC.
mereka marah kepada MIC pada waktu itu adalah arrogant dan menongkat langit.

wujudnya hindraf kemudian adalah keputusan protes mereka terhadap kealpaan MIC.

dari mula protes kecil ianya kemudian membiak kepada demonstrasi jalanan besar di hadapan pejabat kedutaan britain di kuala lumpur. ianya memuncak apabila berlakunya demonstrasi mendengar keputusan mahkamah di klang yang melepas dan membebaskan 6 pemimpin hindraf.

anwar hadir pada waktu itu. begitu juga dengan kit siang.

seluruh kelompok pembangkang memanipulasi situasi protesan masyarakat india.

hasilnya undi masyarakat india telah beralih kepada pembangkang.

di saat orang india protes terhadap BN, datang pula bahana bilamana kelompok umno pula sabotaj pada calon. pemilihan calon oleh umno mendatangkan rasa tidak puas hati jentera dan bahagian.

namun dalam menilaikan keputusan KENAPA bn hampir tumbang pada 2008 adalah kerana faktor rakyat.

rakyat adalah pengundi.
dan pengundi itu rakyat.

rakyat telah melakukan protes kepada BN kerana BN tidak faham protes melata yang berakar di kalangan rakyat. 

keputusan telah kita ketahui. 2008 BN hampir tumbang adalah kerana faktor kelompok besar pengundi melakukan protes.

diantara pihak yang tiga ( hindraf,jentera umno dan rakyat) adalah diputuskan bahawasanya kelompok jutaan pengundi dari rakyatlah yang menyebabkan BN hampir kehilangan kuasa.

kerana apa semua ini berlaku ?
ianya berlaku kerana protes. protes yang melibatkan poket rakyat.

anda paham protes poket ? ianya terminologi pada ide kos sara hidup dan barangan yang meningkat.

rakyat nak ajar BN erti kuasa undi.
rakyat nak BN paham makna faham kesusahan rakyat.
jerit perit poket rakyat. dan segalanya.

kerana faktor inilah rakyat terpaksa mengambil keputusan untuk memangkah selain BN.

2008 pembangkang menang bukan kerana mereka kuat.
tidak.... ini adalah andaian yang cukup salah.
rakyat pilih pembangkang kerana mereka mahu protes kepada BN.

pembangkang letaklah siapa, 2008 rakyat sanggup memangkah mereka waima penjual hp, jurukamera dan penjual ubat sekalipun.

PEMBANGKANG MENANG BUKAN KERANA AGENDA DASAR POLITIK MEREKA YANG BAGUS, CUMANYA MEREKA MENANG DEK KERANA RAKYAT ADA MATLAMAT NAK AJAR SEDIKIT BN.

selepas 2008 terdapat 16 kali pilihanraya kecil (prk).

8 awal daripadanya memihak pembangkang.
namun sesuatu yang miracle berlaku tatkala najib mengambil tempat.
selepas 8 keputusan awal, 8 prk terakhir ianya pula berpihak kepada BN.

kenapa ini terjadi ?
ianya terjadi kerana kedapatan mainan politik pakatan semakin menampakkan jelek kepada pengundi.

DAP mula menyerang islam.
DAP mula menyerang melayu.
selain menyerang mereka juga menghina islam dan melayu.
PAS mula dilihat semakin menampakkan belang.
agak mengejutkan kepada umat islam apabila PAS antara katalis yang sedia menggadaikan kalimah ALLAH yang sebenarnya isu ini cukup sensitif untuk umat islam.

wajah bobrok pakatan semakin meningkat dan mendapat tempat.

adalah gila untuk aku menyenaraikan segala list kehancuran yang pakatan telah lakukan.

kalau nak tahu list tersebut, bacalah hampir 4000 artikel blog ini yang telah wujud selepas april 2008.

maaflah kalau aku cakap jujur.
sebenarnya tiada salah untuk kita punyai pembangkang yang baik, waima dari pkr dan pas sekalipun.

ekspektasi rakyat yang bijak menilai, di kala demokrasi malaysia sedang baik maka sewajarnyalah kita di parlimen punyai barisan pembangkang yang energetik dan punyai otak dalam merencanakan dasar yang menguntungkan rakyat.

namun jangkaan ini cukup meleset.
aku merasakan mainan pembangkang sejak 2008 adalah menghinakan pemikiran pengundi.

mereka menghinakan agama milik pengundi islam.
mereka menyerang segalanya yang sepatutnya berada kekal tidak diusik.

lebih menjijikkan apabila perhimpunan bersih yang melanyak dan memukul mati polis itu dianggap sebagai pesta demokrasi menuntut pilihanraya yang adil.

hari ini jelas kedapatan RAKYAT YANG PROTES telah kembali kepada BN.
hari ini jelas kedapatan india yang protes telah kembali kepada BN.
malah hampir tiada lagi kedengaran protesan jentera umno kepada BN.

3 kelompok besar ini telah menumbangkan BN pada pru 2008.
hari ini 3 kelompok ini telah kembali menyokong padu BN.

aku nak cakap jujur.

PENGUNDI CINA AGAK LIAT UNTUK MEMANGKAH BN KERANA MEREKA SUDAH 'TERUJA' DENGAN CAUVINIS POLITIK MAINAN DAP.

sepertimana keputusan pengundi cina di prk kuala trengganu,bukit gantang,hulu selangor,sibu mereka aku nampak masih sedia untuk meneruskan legasi untuk memilih parti cauvinis DAP sebagai pilihan.

PAS akan nampak kesukaran bilamana menentang umno.
pas yang dulunya dianggap saingan kuat umno, kini sudah menjadi bualan kebencian umat islam .

pkr akan mati, namun pkr yang meletakkan calon cina mungkin mendapat saingan luar jangka.

DAP akan menang di beberapa kerusi bandar, sepertimana yang telah berlaku di prk dan prn sarawak.

selangor adalah 55-50 yang berpihak kepada BN.

asas artikel ini mudah.
rakyat telah kembali kepada BN.
india telah kembali kepada BN.
jentera umno nampak sedia untuk menangkan najib.
jadi lawan yang di atas adalah satu, pengundi cina yang akan memangkah DAP.

3 lawan 1, kesukaran jelas kedapatan pada pas dan pkr.

mudah cerita, ulangan keputusaan parlimen 2004 akan berlaku. DAP lebih menguasai kerusi berbanding pas dan pkr. (nisbah dap 44 pas 10: pkr 13)

manakala faktor najib, BN akan peroleh beberapa kerusi parlimen yang dulunya milik pembangkang.

MUDAH CERITA, KEPUTUSAN PRU 13 ADALAH KATASTROPHI UNTUK PAS DAN PKR !

Friday, May 3, 2013

GELANG PATAH WAJIB TUMBANGKAN KIT SIANG !











SAIFUL SUMPAH LAKNAT DEPAN KAABAH..ANWAR SAKIT OTAK LAGI !

SOALAN YANG ENGGAN DIJAWAP.


DAP DAH MULA BUAT KACAU DI GELANG PATAH !



GELANG PATAH – Kakak kepada Pengerusi MCA Gelang Patah, Jason Teoh Sew Hock terkejut apabila kediamannya di Taman Nusa Peritis 1, di sini, disimbah cat merah ketika baru pulang daripada berniaga kira-kira jam 12 malam, semalam.

Mangsa, Teoh Sou Lim, 56 mengakui bingung mengenai motif di sebalik insiden itu kerana tidak pernah mempunyai hutang dengan ceti haram atau ah long atau bermasalah dengan mana-mana individu.


Menurutnya, namun dia memaklumkan sejak akhir-akhir ini dia begitu aktif membantu adiknya berkempen untuk calon Barisan Nasional (BN) yang bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).


“Saya tak ada hutang ah long. Setiap hari saya lalui rutin sama 
keluar berniaga pada sebelah pagi dan pulang ke rumah pada tengah malam, tidak mungkin saya ada musuh.


“Mungkin cat itu dilemparkan di hadapan kediaman saya tidak sampai sejam sebelum saya dan anak sampai ke rumah sebab kesannya masih baru,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.


Sementara itu, Jason Teoh turut memaklumkan anak saudaranya, Chan Meng Wee, 29 juga anak mangsa turut aktif menyertai kempen pilihan raya membantu calon BN.


“Sebelum kejadian ini ahli  kami turut dipukul ketika menyertai aktiviti kempen, namun disebabkan keselamatan mangsa enggan tampil di media dan ambil keputusan undurkan diri daripada aktiviti kempen.


“Saya harap kejadian ini tidak akan berulang, jika benar ia bermotif politik ia tidak sepatutnya berlaku kerana setiap penyokong perlu kawal emosi jangan  bertindak ikut perasaan,” katanya.

PENGUNDI RAUB SEDIA TOLAK PENGKHIANAT MELAYU !


Arif Sabri calun Dap di P80 yang telah mengantikan Abu Bakar Lebar Sudin DAP akan kalah seperti Abu Bakar juga.

Abu Bakar kalah pada Yen Yen dengan undi sebanyak 15, 326 berbanding Yen Yen dengan undi sebanyak 18, 078. Dan semasa itu terdapat seramai 46, 454 pengundi berdaftar di P80 Raub. Dengan tindakan mengonyang BN pada PRU 2008, jumlah mereka yang keluar mengundi merosot keparas 76.2%.
Walaupun merosot, BN masih menang di P80.
Pada masa ini jumlah pengundi berdaftar meningkat kepada 7,760 orang atau 17% dari jumlah pengundi pada tahun 2008.
Di  kawasan P80 terdapat pecahan mengikut kaum iaitu anggaran 49.12% Melayu (26,630), 43.51% Cina (23, 588), 6.48% India (3, 513) dan lain lain 0.90% (483).
Keadaan semasa menjurus kepada keunikan BN manakala DAP telah menjadi kucar kacir dari isu kalimah Allah dan pilihan PM dan ini akan menjurus kepada peningkatan kemesraan terhadap pengaruh BN dari pengaruh DAP.
Faktor calun pula, Arif Sabri mempunyai peminat dari urban voter di Kuala Lumpur, Ipoh dan Penang, dan pengaruh beliau dengan menghentam BN dengan berbagai bagai isu lama, walaupun BN telah berubah dari lanscape politik beliau kepada politik perpaduan, dimana bergantung terus kepada calun BN Datuk Ho Kai Mun yang banyak berjasa kepada semua kaum di kawasan itu.
Jasa Arif Sabri di Pulai Manis yang mempunyai pengundi berdaftar kurang dari 18,000 orang tidak memadai untuk memberi beliau lonjatan besar yang berkesan dalam kawasan campuran besar iaitu 54, 214 orang.
Dengan peminat Cina kepada DAP, saya berpendapat beliau boleh mendapat undi Cina sebanyak 50% dengan perpaduan beliau dengan DAP di Dun Tras, dan 30% dari undi Melayu dari kekangan PKR di Adun Batu Talam, dan PAS di Dun Dong dan lebih kurang 50 orang dari orang orang Asli dan lain lain.
Dengan itu beliau mungkin akan memperolehi sebanyak 19, 800 undi mengalahkan undi yang telah di lakukan oleh Yen Yen pada 2008, tetapi kalah dengan Datuk Ho Kai Mun yang akan memperolehi undi sebanyak 23, 500 undi. Jumlah keluar mengundi pada PRU 13 akan meningkat disebabkan kemeriahan PRU 13 yang sudah dilihat di merata tempat di seluruh negara, InshaAllah.
Akan masuk kubur lah Arif Sabri, seperti lain lain calun DAP Melayu, sama dengan Abu Bakar Lebar Sudin yang sudah tidak tahu di mana beliau berada dalam DAP.
Kesalahan beliau yang amat besar ialah bersekongkong dengan DAP dalam isu kalimah Allah akan di tolak oleh orang orang Islam Melayu di P80, walau pun beliau pessimistic untuk merubah kaum Melayu menerima DAP.
Selamat Tinggal Syokmungkol. BYE BYE DAP.
eekawordpress

Thursday, May 2, 2013

KEPADA PENGUNDI JOHOR..TOLAK BAPAK RASIS NEGARA KIT SIANG !




YAHUDI SOKONG ANWAR..HARON DIN PUN DAPAT SAHAM JUGAK !



Video pembakar semangat yang ditujukan khas kepada Pakatan Rakyat oleh pihak gereja Jerusalem di Israel terus menjadi perbualan rakyat.  Akibatnya, jenuhlah penceramah-penceramah PR menepisnya dengan berbagai alasan konon diedit atau dan ‘dicipta’ oleh UMNO.   Mereka juga mula memainkan kembali isu APCO secara besar-besaran bagi mengalihkan isu tersebut.  

Jelas, PR sudah panik.  Video tersebut sebenarnya bukan untuk tontonan umum tetapi hanya untuk sebahagian kecil pemimpin tertinggi PR saja.  Namun, dengan kuasa Allah SWT ia tetap terlepas dan terdedah kepada umum.  Mungkin juga kerana berkat doa solat hajat yang memohon agar kebenaran ditunjukkan.   

Bukan sekali rakyat Malaysia dipertontonkan dengan bukti jelas mengenai siapa PR atau Anwar atau DAP mahupun PAS, tetapi sudah berkali-kali dan sudah bertahun-tahun.  Walaupun mereka yang berdoa itu sendiri nampaknya enggan menerima kebenaran, tetapi kita bertuah kerana majoriti rakyat mampu menilainya lalu menolak mereka-mereka ini.  

Ini sekali gus membawa kita kepada satu kesimpulan tentang kenapa pihak Israel begitu beria-ia dengan pilihanraya di Malaysia iaitu kerana Malaysia adalah satu-satunya negara Islam yang masih tidak mampu dikuasai mereka.  

Sudah berpuluh tahun mereka mencuba dari berbagai arah, namun kita kekal sebagai negara yang bebas dan berdaulat dalam ertikata sebenarnya.  Kita tidak perlu bergantung kepada kuasa besar secara keterlaluan dan kerana itulah kita mampu menghulurkan bantuan kepada Palestin dan saudara-saudara Islam kita yang tertindas.   Kita juga tidak perlu bertoleransi dengan fahaman-fahaman liberal barat atau melonggarkan undang-undang yang berteraskan agama Islam semata-mata untuk ‘diterima’ oleh barat.  

Maka kerana itu, Israel amat berdendam dengan Malaysia dan bersungguh-sungguh mendoakan kemenangan PR.   Bukankah Allah SWT telah mengingatkan bahawa mereka tidak akan senang selagi kita tidak ‘bersama’ mereka?   Tidakkah kita musykil dengan seruan mereka di dalam video tersebut turut berbunyi:  ‘Malaysia bersama mereka’?  

Bukankah segalanya sudah terlalu amat jelas kini?  Masihkah kita ingin menafikannya?  

Benar, video tersebut memaparkan sekumpulan Kristian, dan bukan Judaism iaitu agama kaum Yahudi.  Namun, sedarlah bahawa kumpulan Zionis ini bergerak dalam berbagai bentuk.  

Bayangkan, berapa ramai sahaja yang mampu ditarik oleh mereka sekiranya mereka bergiat atas nama ‘Judaism’?  Sudah tentu ramai yang lari jika mereka mendakwahkan agama Judaism.  Kristian adalah agama yang paling ramai penganutnya selepas Islam dan pertembungan Islam dan Kristian adalah sesuatu yang azali.   

Memandangkan Islam dan Kristian terlalu dekat dari segi sejarah dan kepercayaan, maka tentulah lebih mudah untuk dikelirukan.  

Memandangkan Injil dibenarkan diubahsuai mengikut keadaan tempat dan zaman, maka ia terdedah luas kepada hasutan syaitan yang membisikkan kesesatan sehingga akhirnya agama itu menjadi sesat sama sekali.   Namun, beberapa pihak Kristian orthodox masih lagi berpegang kepada asas murni kemanusian, kemasyarakatan dan institusi kekeluargaan dan mereka inilah yang kuat menentang penerapan nilai-nilai liberal yang dipromosi oleh sekumpulan manusia yang dilaknat mengikut Al-Quran yang berasal-usul dari puak Yahudi.   

Seperti juga Islam, Kristian turut menghadapi masalah dengan puak ini yang menyerap masuk ke dalam komuniti mereka lalu memusnahkan teras pegangan agama mereka dari dalam.  

Penganut Kristian sendiri menghadapi masalah dengan kesesatan yang dibawa oleh pihak ini melalui berbagai-bagai cara atau ajaran baru.   Oleh itu, kita melihat bagaimana penganut Kristian serata dunia turut bangun menentang fahaman liberal yang cuba diterapkan ke dalam masyarakat mereka.  Di Eropah sendiri telah berkali-kali mereka berdemonstrasi secara besar-besaran menolak LGBT.  Malah, di Amerika juga mereka bangkit mempersoalkan sikap beberapa pihak yang mengaku Kristian tetapi menterjemahkan Injil dengan menggantikan nama Tuhan mereka dengan kalimah ‘Allah’.   

Maka, bukankah jelas terdapat satu usaha terancang secara besar-besaran untuk melagakan umat Islam dengan Kristian di samping menerapkan fahaman liberal kepada manusia sejagat?   

Malaysia adalah bumi yang dilimpahi rahmat kerana Islam telah dirangkum sekali ke dalam perlembagaannya.  Malaysia adalah satu-satunya negara Islam yang benar-benar memahami apa itu ‘kesederhanaan’ iaitu kita tidak terlalu ekstrem dan tidak juga membenarkan kebebasan yang keterlaluan.   Malaysia juga berlaku adil kepada bukan Islam.  Kesemua inilah yang membantu melonjakkan negara ini sebagai negara Islam yang sebenar, dan dihormati di seluruh dunia.  

Dan inilah yang ingin diubah oleh Israel melalui Pakatan Rakyat. Justeru, kemenangan PR adalah kemenangan Israel.  Fikirkanlah…. 

3 KALI TUN M SEBUT.. KIT SIANG BAPAK RASIS !

maka arakiannya amatlah bersesuaian dengan header blog hamba yang mendambakan kit siang bapak rasis malaysia !

BAGAN DATOH MALATOP ! CALON PAS KENA SAWAN BABI NENGOK CINA DENGAN ZAHID HAMIDI !


pengundi cina bagan datoh datang program zahid hamidi..

DEKLARASI PUTRAJAYA HUSAM MUSA..BAGI AIR KELADAK KAT PENGUNDI PUTRAJAYA !


elok-elok penduduk putrajaya dapat teguk air bersih, pilih husam korang minum air keladak..

selamatkan perut anda daripada dapat cirit birit dan wabak e coli !

korang kalau jumpa husam pi cakap kat dia la...

kelantan yang berkelodak air pun dia tak boleh nak settle, ada mimpi lagi nak tawan putrajaya.

tak payah nak kelentong dan gebang bab deklarasi lah husam ooi... geli aku tengok..

CALON PARLIMEN RAUB DAN DUN GIAT JUMPA JENTERA DAN RAKYAT..DAP SAKIT OTAK BAHAN KEMPEN KANTOI !