kalau tak lakukan jenayah, KENAPA NAK BANTAH AKTA PENCEGAHAN JENAYAH ?
Tuesday, April 8, 2014
Monday, April 7, 2014
MASALAH PAS ADALAH..MEREKA SAMIKNA WAATOQNA DENGAN MINAH NI...
kalau aku ahli pas..
aku malu le pasal kerap akur dengan arahan keluarga puaka ni..
selama ini pkr tak pernah hormat dengan dasar pas..
namun atas semangat samikna waatoqna, pas pun boleh tunduk pada anak puaka..
Sunday, April 6, 2014
KALAU ADA SEDARA DAN KAWAN KORANG SOKONG PEMBANGKANG... BAGI ARTIKEL CUCI OTAK NI KAT DORANG.
mantap kupasan zul nordin mengenai isu kalimah ALLAH...
mohon sebarkan kepada melayu dalam pembangkang..
itu tugas kita..
KLIK SINI
ARTIKEL BLOG D TENGGARA PERLU DISEBARKAN..SOKONGAN 100% GAP.
menarik ide bloger johor ni..
good ide bro..
gua sokong 100%.
APA IDENYA ?
penentuan kerusi parlimen/dun BN ditentukan kepada majoriti bangsa pengundi...
KLIK SINI
Saturday, April 5, 2014
MEMALI : YANG KORANG NI TAK FOKUS ISU UTAMA APASAL ?
samada musa hitam atau tun kita sokong ...
hakikatnya kita WAJIB JANGAN lupa pada satu benda.
musa hitam dan tun mahathir terpaksa LAYAN isu memali..
pasal fatwa hj hadi ( perlembagaan kafir ,negara isle dan amanat hj hadi ) yang mempengaruhi ibrahim libya untuk berperang dengan pemerintah...
inilah punca polemik memali TAK SELESAI LAGI..
BUKAN PADA SIAPA ADA WAKTU TU...!
adeh lemah sejarah lah korang ni..
fokus pada punca lah brader...
BERITA GEMBIRA : TAHNIAH NAJIB, MUHYIDIN,ZAHID DAN TERUTAMA SEKALI...KETUA POLIS NEGARA !
DEWAN Negara akhirnya meluluskan Rang Undang-undang Pencegahan Jenayah (Pindaan dan Pemerluasan) 2013 bagi meminda Akta Pencegahan Jenayah (PCA) 1959 seterusnya mengembalikan kuasa mencegah aktiviti jenayah berat dan jenayah terancang kepada pasukan polis.
Pindaan itu membenarkan penahanan tanpa perbicaraan atas kepentingan ketenteraman dan keselamatan awam atau pencegahan jenayah khususnya ketika jenayah berat semakin berleluasa selepas Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Ordinan Darurat (EO) dimansuhkan.
Inilah yang dinanti-nantikan rakyat yang rata-ratanya mahu 'taring' polis dikembalikan tetapi tanpa campur tangan individu atau parti politik dalam keputusan penahanan individu yang dianggap berbahaya kepada anggota masyarakat.
Namun, seperti biasa masih ada suara-suara sumbang segelintir manusia yang selama ini memang gemar 'mempertahankan' penjenayah daripada orang awam mahupun anggota polis yang menjadi mangsa, dengan cuba menidakkan keperluan pindaan akta tersebut atas alasan menyekat hak asasi manusia.
Jelas sekali satu lagi permainan politik, pihak terbabit juga berulang kali menuduh pindaan itu akan digunakan terhadap ahli politik mahupun mereka yang tidak sependapat dengan kerajaan sedangkan keputusan penahanan dibuat badan kehakiman bebas dan bukannya menteri.
Seperti cuba mendapatkan imuniti kepada ahli politik daripada sebarang tindakan undang-undang, rakyat mula mempersoal mungkinkah benar ura-ura terdapat segelintir ahli politik negara yang terlibat dalam kegiatan jenayah.
Apakah motif menyekat kuasa untuk polis bertindak, sedangkan selama ini 'puak' yang sama juga yang menuduh polis tidak membuat kerja dengan baik sehinggakan kes tembak menembak berleluasa dan Malaysia digelar 'negara koboi'?
Presiden Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM), Shafie Bakri melihat langkah meluluskan pindaan PCA membawa perbezaan kerana polis lebih yakin untuk bertindak dan rakyat pula berasa lebih selamat.
"Dengan adanya kuasa-kuasa tertentu yang boleh digunakan, bukan sahaja memberi kesan besar dalam tugas-tugas polis malahan meninggalkan impak terhadap penjenayah.
"Bila-bila masa sahaja mereka boleh diambil tindakan daripada membawa ancaman terhadap orang ramai," katanya.
Menurut beliau, pencegahan jenayah yang dimaksudkan lebih kepada jenayah berat seperti samun, dadah, perdagangan manusia, gangsterisme dan lain-lain jenayah yang berbahaya kepada rakyat khususnya golongan wanita, pelajar dan belia muda.
Tambahnya, penjenayah yang disasarkan turut memberi impak kepada ekonomi dengan menguasai pengedaran dadah, penyeludupan, penjualan barang tiruan, mengugut pelabur mahupun meminta duit perlindungan.
"Tiada rasional untuk terus katakan PCA itu serupa dengan ISA kerana ia disasarkan kepada jenayah kekerasan yang ketara dan menakutkan orang ramai. Latar belakang ISA pula berkaitan keselamatan negara seperti ancaman komunis, itu beza PCA dan ISA.
"Tidak wajarlah untuk gembar-gembur kedua-duanya sama sedangkan jelas berbeza. Mungkin ahli politik terbabit juga terlibat dengan dunia jenayah atau mungkin kerana mahu mencari populariti," jelasnya.
Beliau merasakan ahli politik yang menolak pindaan PCA mahu dilihat sebagai pejuang demokrasi dan hak asasi dengan menuduh pindaan itu bertentangan dengan hak asasi manusia dan kononnya usaha menghidupkan kembali ISA.
"Mereka ini perlu lihat sama kepentingan negara dalam jangka panjang, pindaan sedemikian perlu dilaksanakan untuk mengawal jenayah khususnya jika kita mahu menjadi negara maju. Setidak-tidaknya fikirkanlah ancaman penjenayah terbabit terhadap anak-anak kita," ujarnya.
Penganalisis jenayah, Kamal Affandi Hashim pula berpendapat pihak yang masih menuduh pindaan PCA sama seperti ISA patut berasa malu kerana jelas mereka sendiri tidak tahu apa yang mahu ditentang itu.
"Yang masih melawan ini 'tidak baca punya orang'. Mereka ini kena tahu cara bekerja, janganlah tahu bercakap sahaja, tengok dahulu apa dia (pindaan PCA) dan apa kelebihannya.
"Anggota masyarakat juga kena baca dahulu bagi faham, kenapa bergaduh dalam alam siber tetapi tidak boleh pula untuk buat carian tentang PCA, bukannya susah pun," tegasnya.
Beliau melihat ramai yang salah sangka tentang PCA sebagai suatu akta baharu sedangkan ia wujud sejak 1958 dengan skop terhadap beberapa kategori suspek jenayah, bukannya untuk tangkap semua orang mahupun penjenayah biasa.
Tambahnya, akta itu melihat kepada mereka yang pernah melakukan jenayah, pernah ditahan atau dibuang daerah tetapi khusus kepada kategori tertentu sahaja dan mereka yang tidak termasuk dalam kriteria tersebut tidak boleh ditahan di bawah PCA.
"Selepas pindaan PCA diluluskan, ia boleh menjadi perkakasan penting untuk polis memastikan keadaan selamat untuk anggota masyarakat.
"Bagaimanapun, PCA untuk orang tertentu sahaja, akta umum pencegahan lain seperti Perihal Ketenteraman Awam juga perlu penambahbaikan untuk menjaga keamanan," ujarnya.
Beliau turut mengucapkan syabas kepada mereka yang terus berusaha menjaga keamanan orang ramai khususnya dalam memberi kekuatan undang-undang di tangan polis.
"Anggota masyarakat yang merasakan ada perkara-perkara baharu perlu diberi perhatian (aspek keselamatan) juga boleh sampaikan kepada kerajaan, agar kita semua sama-sama dapat terus menikmati keamanan hidup di negara ini," ujarnya.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20131012/re_03/Akta-Pencegahan-Jenayah-kembalikan-taring-polis#ixzz2xwVMviVd
© Utusan Melayu (M) Bhd
Thursday, April 3, 2014
PARTI LIAR DI ARAH BATAL . TAHNIAH KERAJAAN JOHOR !
tahniah kerajaan negeri johor.. bila didedahkan mengenai parti ni, tak sampai berapa jam je dah SETTLE !
kaled nordin jelas utamakan bangsa melayu di johor..
aritu dia ada sebut nak latih 5000 anak johor untuk belajar mengenai oil and gas. tumpuannya untuk menguasai ilmu bila projek pengerang siap kelak.
good job johor !
sultannya pun terbaik !
PENJARA MALAYSIA TERBAIK : ANWAR DESAK KERAJAAN PASTIKAN BEKALAN SABUN MENCUKUPI..
KUALA LUMPUR - Penjara Malaysia diiktiraf antara yang terbaik di dunia kerana aspek kebajikan dan hak asasi banduan memenuhi standard antarabangsa yang ditetapkan.
Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata program pemulihan yang dilaksanakan bukan sahaja dijadikan kursus pegawai penjara rantau Asia Pasifik di bawah Program Kerjasama Teknikal Malaysia (MTCP), malah turut digunakan di beberapa negara lain.
"Jabatan Penjara Malaysia amat peka terhadap hak asasi serta kebajikan penghuni, dan memastikan layanan profesional berlandaskan nilai kemanusiaan secara adil dan saksama.
"Semua penghuni dilayan dengan adil mengikut standard prosedur tanpa mengira bangsa, jantina atau fahaman politik," katanya pada persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan Shamsul Iskandar Mohd Akin (PKR-Bukit Katil) yang ingin tahu sama ada layanan terhadap banduan memenuhi standard peraturan minimum Pertubuhan Bangsa-Bangsa (UNSMR).
Subscribe to:
Posts (Atom)
.bmp)
.jpg)










.jpg)

