Monday, December 21, 2009

WAJAH-WAJAH 'SUPERSTAR' YB BN YANG TER-PONTENG DIDEDAHKAN !!





ini dia antara wajah-wajah yb barisan nasional yang hampir membantu anwar menjadi perdana menteri. ini dia wajah yb barisan nasional yang hampir meletakkan lim kit siang sebagai timbalan perdana menteri baru.

tahniah kepada bloger medan info kerana membuat homework yang penting ini. kepada ds naib dan ts muhyidin, rakyat nak dengar alasan-alasan yb barisan nasional yang ter-ponteng ini. jangan sorokkan alasan mereka daripada pengetahuan rakyat.

sidang parlimen 3 kali setahun,sekali bersidang tidak sampai 3 minggu. ini pun malas nak hadir ke yb ? tolonglah jangan anggap rakyat zaman sekarang tak alert politik wahai yb !ini bukan zaman badol!. kalau jangkamasa bersidang yag pendek ini pun MALAS nak datang, maka eloklah berundur !sekali lagi tahniah untuk bloger medan info kita ! excellent job bro! KLIK DISINI UNTUK MELIHAT KESEMUA WAJAH SUPERSTAR YB BN YANG TER-PONTENG !

20 comments:

Anonymous said...

TAHNIAH GAP!!!

INI LAH RUPA PARAS PELINGKUP MELAYU !!!
TAHNIAH UNTUK KALIAN SEMUA!!

muka2 nei semua anwar cuma siap duit saja...

insyaallah tertiarap lah BN!!

Tun Faisal Ismail bin Aziz said...

rasanya blogger perlu lebih bertanggungjwb dalam menulis kerana mereka adalah penjawat dengan tugas masing2. perkataan ponteng bukan perkataan yg wajar kerana mereka bertugas bertemu rakyat dan melaksanakan agenda kementerian masing2. jgn terikut2 sehingga tulisan kita digunakan dgn tujuan yg salah oleh pembangkang, kerana pada masa tu, nak explain pun tak guna lagi. Harap blogger menerima pandangan ini.

Ms Jade said...

yang menteri sukan tu bukan kat laos ke GAP? tak pasti la pulak kalau dia ada kat m'sia time tu

oh muka muka menteri kebanyakkannya patutlah najib tak berani sound lebih lebih sentap pulak karang

kuar parti lak hahahahah

apa apa hal pun I rindu Tun M so much
time dia menteri semua takut buat perangai bukan bukan!

TebuHitam said...

Bagus la tu!!!!
Dah sedap duduk kat kerusi empuk dah lupa diri agaknya.Apa punya majal la YB2 nie.
Jgn jadi samdul.Kena ingat,YB2 semua di bayar gaji oleh rakyat.Jgn lupa diri.
Pembangkang la nie dok mengintai muka2 yg malas nak buat kerja mcm hangpa.Ingat!! sekali lena selamanya merana!!!
Jangan jadi kaldai.

GAP KEMBALI said...

tun faisal
kerana aku bertanggungjawap sebagai blogerlah aku WAJIB DEDAHKAN siapa yb superstar yang terponteng tu.

ini bukan ide ada cara penulisan pembangkang. ini hakikat.rakyat amat celik dalam hal politik.

lebih baik BLOGER tegur kesemua superstar tersebut SEKARANG daripada bergaduh lepas dah tumbang !3 undi membezakan kerajaan dan pakatan.

harap tun faisal terima pandangan berbeza.

sayang negara said...

Ketidakhadiran ini mungkin diluar jangkaan, kita sendiri tidak sangka pembangkang akan melakukan perkara ini, dan jelas sikap pembangkang bukannya untuk membangun negara, tetapi sanggup meruntuhkan institusi negara hanya kerana gila kuasa dan politik kotor. orang yang patut dipersalahkan adalah pembangkang yang sanggup merosakkan sesebuah negara hanya kerana kepentingan politik. mereka juga rakyat malaysia, tetapi lebih buruk dari pendatang tanpa izin, orang beginikah yang akan diberi kepercayaan untuk mentadbir sesebuah negara?

Unknown said...

aku bleh maafkan kalau benar2 ada urusan rasmi mcm shabery pi laos tu..

mcm diner, perasmian, miting bhgn, semua bleh diubah tarikh ikut kesesuaian mp tu..

lg aku hangin ada yg pi vacation, shopping, p rumah bini muda dll yg x bersangkutan dgn urusan rasmi..
ini wajib dihukum, next term gugurkan dr jadi calon!

Zaimee said...

Harap2 jangan duk leka Dek Majlis Persepsi Konon Ahli Parlimen Kinabatangan...hancur Malaysia YB woi..

Anonymous said...

Aku lihat layu dalam Melayu
Aku pasti bukan aku seorang saja yang nampak
Ada juga bercadang bertanya tuan punya
Tapi bercampur risau dengan tak tergamak
Nanti dikata tak bersyukur, dikata tak sedar diri
Jadi aku menyendiri, memerhati dan akhirnya mengakui
Yang kita sendiri
Membiarkan bunga raya melayu ke kanan
Dan dibiar bunga tak cantik mekar di kiri

Aku lihat layu dalam Melayu
Tanah air kita yang punya
Kita siram, kita baja tapi angin api kita lupa
Mereka merancang masa menjilat bangsa

13 harimau bertukar menjadi mangsa
Kita lupa nenek moyang kaya-raya
Jangan sekali-kali digadai harta-bendanya

Ku lihat layu dalam Melayu
Ku lihat layu dalam Melayu
Ku lihat layu dalam Melayu

Takkan Melayu hilang di dunia
Ya... tapi apa guna tak hilang di dunia
Kalau kewujudan tidak dirasa
Petah berbahasa kudrat tak berjasa
Orang berbudi kita hanya tahu merasa
Selalu lari bila dirapat
Selalu malu bila soalan diaju
Selalu segan memberi pendapat
Rela mengikut dari meneraju
Belum nyanyi sudah bersorak
Suka berjanji dalam borak
Bukan kata tak ada otak
Cuma tak berfikir di luar kotak

Ku lihat layu dalam Melayu
Ku lihat layu dalam Melayu
Ku lihat layu dalam Melayu

Aku jadi sayu
Bunga menangis dia mendayu
Mahu jadi cantik tetapi ragu
Aku merayu
Bangunlah semula hidup kembali
Jangan tunggu matahari mati
Cepatlah mekar sebelum terlerai

Perjuangan kita belum selesai

Perjuangan kita belum selesai

Perjuangan kita belum selesai

by malique.....



sbgai ank muda sye terfikir ade benarnye luahan malique ini...bersatulah melayu...

-pemuda92-

Wak Labu Farm said...

Mereka semua ni lah yang benar2 bikin kerja - sebuk untuk memulihkan UMNO dari 'luar'.

Mereka sanggup berhujan panas meredah banjir, tanah runtuh dan hutan rimba demi melihat dan meninjau penderitaan rakyat.

Bukan seperti yang suka duduk rehat dalam dewan yang berhawa dingin dan kerusi empuk.

Ini lah yang dimanakan "Rakyat di dahulukan".

Anonymous said...

menteri2 yg ada tugas yg x dpt dielak kan ada lah alasan.....tapi yg ada dan tiada sebarang tugas tu knpe ponteng?....bukany ape takut kalau2 disebabkan ketidak hadhiran wakil2 drpd kerajaan boleh menyebabkan kerajaan BN tersungkur dgn tidak bermaruah dan sekali gus mencemar nama baik PM Dato' Seri Najib....kita yg tidak berbelah bagi menyokong kerajaan amatlah berasa kecewa dgn sikap segelintir wakil2 parlimen ini...jgn salahkan blogger memberi peluang kpd pihak PEMBANGKANG utk menyanggah segala tindak tanduk yb semua....walhal pekara ini wakil2 parlimen yg memberi peluru kpd PEMBANGKANG utk menghancurkan kerajaan BN yg amat kita sayang ini....diharap yb wakil wakil parlimen semua ambil lah iktibar di atas apa yg berlaku....jadilah cermin kpd rakyat semua!!... ummi merdeka said

berkata benar said...

jika najib dan muhyidin pun boleh lari dari majlis dan bergegas ke parlimen untuk MENYELAMATKAN KERAJAAN BN, kenapa barisan yb-yb superstar ini boleh sanggup ponteng ?

nak jadi superstar ke ?

Akmal said...

mereka semua nie patut dikenakan hukuman rotan 5 kali..

matrengganu said...

Orang Trengganu panggil orang2 macam ni ..... BERUK MAT YEH ...

durian balikpulau said...

Salam Semua ,

Tahniah kepada GAP atas usaha murni sebegini utk rakyat agar dapat menilai dari semua sudut. Buat Tun Faisal jgn melatah dan membuat andaian sendiri dari sudut kaca mata politik sempit semata-mata. Kita sama-sama berjuang demi Agama ,Bangsa dan tanahair namun hakikatnya perjuangan kita berbeza. Kalau adapun yg sibuk demi rakyat yang didahulukan namun pandai-pandailah mengatur masa agar tahu mana yg lebih penting dari yg penting. Bukannya rakyat menuntut utk menghadiri dewan 365 hari dalam setahun namun pada hari-hari yg tertentu sahaja. Perlu diingat pada setiap YB bahawasanya anda dipilih oleh rakyat dan bekerjalah demi rakyat semua. Jgn sekali-kali memberi alasan yng pelbagai demi menutup kelemahan diri sendiri. Bak kata perpatah "Kalau hendak seribu daya dan kalau tak mahu seribu dalih" fikir-fikirkan lah dan selamat berjuang . Amin.

SiamangBukit said...

Saya kurang pasti bahawa UNDI bajet itu mcm boleh memberi mandat kemenangan pada PR walhal bila2 sahaja BN boleh membawa usul tidak percaya terhadap DSAI kerana mereka mempunyai lebihan undi dalam Parlimen

Anonymous said...

Ini adalah satu pengajaran dan pembuka mata bahawa geng PR pelingkup bangsa dan negara sentiasa celek mata untuk menjatuhkan kerajaan. Ini taktik buruk mereka yg akan menjahanamkan Malaysia. Setakat ketidak hadiran YB2 dari BN mungkin kebanyakkannya sedang bertugas. Perkara ini jarang terjadi tetapi amat mencemaskan. Oleh itu, adalah diharap agar Datuk Nazri Abd Aziz memantau kehadiran YB2 ni di sidang Parlimen agar bila ada undian yg penting semua YB dapat hadir untuk memberi komitmen terhadap tanggung jawab mereka di Parlimen. Diharap skrg semua YB sedar akan perangkap parti PR (Perosak Rakyat) ni yg sentiasa mengambil kesempatan untuk memburuk-burukkan kedudukan YB2 dari BN. Jika dibandingkan dgn YB2 dari PR, YB2 BN lebih bertanggung jawab dan lebih berkaliber dari YB2 penyamun dari PR. Ayoh wahai YB2 BN kita gempur kedudukan YB2 PR ni dgn apa juga caranya dan dedahkan penyelewengan mereka pada rakyat agar rakyat sedar. Dedahkan bahawa YB2 PR ni lebih teruk dan lebih rasuah dari anda semua. Hidup UMNO, Hidup BN !

Anonymous said...

SALAM.

Tahniah sekali lagi GAP !! Pada Tun Faizal GMC ingin mengatakan sikap mengampu dan membela tak bertempat inilah punca tertiarapnya UMNO dalam PRU12 yang lepas.

TUN..sayang anak tangan-tangankan sayang bini adalah bertalak 3? era PRU13...sikap bodek dan mengampu seharus dihumban kelongkang saja...

Sikap ampu dan bodek inilah UMNO lupa diri...rata-rata pemimpin UMNO masih anggkuh !!! seadainya selama ini yang poteng tersebut melaksana tanggung jwabnya GMC yakin UMNO tidak tersungkur dan tersembam dalam PRU12 yang lepas!! Percayalah TUN Faizal...hari ini terusik umno jika dikatakan UMNO masih lena dan berdekur!!!

Apakah Tun Pasti UMNO sudah bangun??? NO!! NO!! UMNO masih berdekor lena...hingga Anwar menyepaknya pun UMNO masih mampu berkata "TIDAK!!!" UMNO bukan disepak Anwar!!!

Inilah sikap cabuk yang perlu dikikis oleh pemimpin UMNO wahai TUN!!!

Apakah tertiarap dan tersungkur UMNO dalam PRU12...Tun masih mampu berkata UMNO masih mempunyai agenda dikementerian masing2?

Seandainya mereka prihatin pada agenda dikementerian masing2 untuk rakyat UMNO "TIDAK !! TIDAK !! Tidak!!! AKAN TERTIARAP wahai TUN!!

Rakyat lebih peka dan bukan "PEKAK" dari pemimpin hari ini.

Harapan GMC juga... Tun dapat menerima dan mempertimbangkan pendapat ini.

Melayu tidak boleh lagi diulik dan ditatang dengan bodek dan ampu TUN!!!

Hari ini rakyat akan menelan apa saja pemberian parti....Tapi Tun belum pasti rakyat memilih kita jika...pemimpin UMNO hanya berspisis mahu diampu dan dibodek !!

Akhir sekali jika takut ditelan ombak...jangan cuba menjuari bangsa!! elok berada dirumah mendidik anak2 diterus bersuara parau membela bangsa....tetapi lena dan berdekur menharap ampu dan bodek dari rakyat"AKU LAH JUARA YANG DISANJUNG BANGSA!!!"

salam buat Tun Faizal...

wassallam.

Anonymous said...

Pada Tun dan seluruh pemimpin BN yang ponteng !! Ingat anda sedang memapah bangsa yang terlentang bersama agenda pribadi anda selama ini.

Apakah hari ini anda masih leka...ingat suara membodek dan mengampu anda itulah musuh yang lebih dahsyat dari musuh sebenar!!

Cukuplah 50 tahun anda berehat dengan pangkat serta kedudukkan berilah masa untuk bangsa pula,cukuplah dengan kesenangan yang anda miliki hari ini...

Andainya anda tidak mampu bersengkang mata untuk bangsa rihatlah bersama anak pinak dan keluarga kalian diistana yang dibina diatas belakang bangsa selama ini ...kerana diluar sana masih ramai manusia yang lebih matang dan bukan bersikap binatang sedang menanti untuk mengembalai bangsa...

Terimalah hakikat inilah sikap segelintir kalian yang membawa UMNO busuk sampai ke usus!!!Kerana kalian terlalu kemaruk pada ampu dan bodek dari rakyat!!sedangkan kalianlah Virus merosak UMNO hari ini.

Sampai bila Anda sanggup mengaku kesilapan yang dilakukan oleh tangan anda sendiri....sampai bila harus menunding jari melindungi cabuk dan bangkai diri sendiri??

Sanggup kah anda mengangkat deringan taliphone dari bangsa...??? sanggup? kalian cuma menggunakan khidmat pembantu anda yang untuk menyembunyi diri dari bangsa?

Berapa ramai pebantu anda? 1,2, 3 atau 7/8 lapan orang...Berapa cepat masssage yang mampu anda terima dari pembantu anda dari rakyat....kekadang anda lupa begitu saja!!!

Yang lebih "CELAKA" ada segelintir pembantu anda lagaknya melebihi jawatan Anda!!! Sedarkah anda???

Siapa mereka yang menjadi pembantu Anda???Rakyat tidak mengenali mereka??? Siapa mereka?? apa jasa mere pada rakyat....mereka cuma "BARUA" pada anda saja !!!

Berpesanlah pada pebantu anda...siapa mereka??? agar mereka mengenali had dan limitnya tugas mereka mewaki Anda yang dipilih oleh bangsa!!

Pada Tun pastikan segala kepincangan ini demi bangsa "BUKAN" untuk menjaga nilai jawatan dan siapa mereka!!!!!

maaf Tun diatas keceluparan yang perlu di keluarkan demi bangsa...dan bukan untuk melindungi perangai cabuk segelintir mereka.Kerana rakyat buka"BARUA" untuk melindungi mereka yang bijak bermuka-muka.

Kerana "KECELAKAAN" mereka membawa kehancuran cucu-cicit bangsa!!

Wassalllam.

Anonymous said...

menteri sumber asli ada urusan rasmi di copenhangen masa itu. copenhagen climate change confrence.