Monday, May 24, 2010

JUDI : BERKEMUNGKINAN DITARIK BALIK

ada tanda-tanda positif daripada pimpinan kerajaan untuk mengkaji semula kelulusan pemberian lesen judi dalam pertandingan bola sepak piala dunia nanti.

aku pandang kenyataan balas daripada pihak kerajaan ini sebagai tanda positif. cukup positif.

tiada ruginya untuk kerajaan menarik balik kelulusan judi. ini bukan tanda mengalah pada desakan,tetapi ia mirip kepada sikap prihatin pimpinan kerajaan untuk lebih paham erti 'sifat amir' dalam islam.

jika ditarik balik, penilaian semula pemikiran rakyat terhadap respon kerajaan yang mendahulukan kehendak rakyat akan bertambah kukuh. kerajaan ini akan dilihat lebih banyak bertindak berdasarkan keputusan faktual dan logik. mainan persepsi politik bersifat populis sepertimana yang dimainkan oleh pakatan akan dinilai dengan mutu yang rendah oleh rakyat.

kamu mahu mengadakan demonstrasi anti judi,bercakap laksana kamu lah jagoan politik yang mampu membawa perubahan. tapi sayang pakatan lebih mementingkan konsep politikal populis,tanpa menyedari di negeri pemerintahan mereka sendiri punyai cerita judi yang sama.

kadang-kadang aku terfikir adakah kerajaan sengaja melontarkan isu ini ? atau mungkin ia sengaja dilontarkan untuk check mate pakatan pada penghujung perlawanan nanti ?

sekali lagi, ketua pemuda pas tan-taik bakal terkantoi .

11 comments:

Anonymous said...

Firman Allah Subhanahu Wata’ala dalam Surah At Taubah ayat 65 – 66, tafsir-Nya :

“Dan jika engkau bertanya kepada mereka tentang ejek-ejekkan itu, tentulah mereka akan menjawab: Sesungguhnya kami hanyalah berbual dan bermain-main. Katakanlah : Patutkah nama Allah dan ayat-ayat-Nya serta Rasul-Nya kamu memperolok-olok dan mengejeknya?. Janganlah kamu berdalih dengan alasan-alasan dusta, kerana sesungguhnya kamu telah kufur sesudah kamu melahirkan keimanan.”

ha puas dah hati blogers2 nak persenda hukum TUHAN

Anonymous said...

PETALING JAYA: Fugitive blogger Raja Petra Raja Kamarudin has turned up in London and threw a challenge to the Malaysian Government to bring him to trial in the United Kingdom.

An online news portal reported that the writer had said that he would seek a level playing field in his fight against charges of defamation and sedition as well as his appeal against his detention under the Internal Security Act.

“I will take on the Government and I will fight them but I will do what Sun Tzu said, 'Fight him in your territory.'

“So my territory is here in the UK,” he said in a speech in a hall in Holborn in London on Saturday.

komen:

Ini jantan macam tak ada " buah pliak". Jantan Pondan! Pengecut.

Kalau berani balik kamponglah. Apa pasal nak cabar kerajaan digelanggang negara kapiak? Negara kapiak lagi penipu besar. Nak perang dengan Iraq jadi penipu bagi alasan kononnya ada weapon of mass destruction! Pooodaaah !! .

Apa guna nak cabar pondan yang umpama tak ada buah pliak dan dah tukar jantina!!!

FMZam said...

Sdr GAP,

Sekiranya pada saudara, kerajaan sengaja melontarkan isu ini untuk menguji apapun dan siapapun, harus diingat bahawa rakyat melihat yang tindakan sebegini jugalah yang menguji kerajaan, bukannya pihak lain. Bukankah Pakatan sudah cukup popular mengapa mesti kerajaan berlaku sebegitu cuai menambahkan populariti Pakatan dengan isu2 yang umpama "memberi peluru untuk mereka menembak kerajaan dengan peluru kerajaan itu sendiri"?

Sebenarnya bukan kerajaan sengaja melontarkan isu ini, sebenarnya ini satu diantara banyak kesilapan2 lain yang dilakukan kerajaan ini. Kalau hanya untuk menguji, entah berapa banyak yang kerajaan ini telah lakukan "ujian" terhadap Pakatan, namun semua ujian itu jugalah yang akhirnya menjadi ujian kepada kerajaan.

Dan mengapa mesti kita persoalkan yang Pakatan pun ada cerita judi di negeri2 mereka, apakah kalau Pakatan itu penjudi maka kerajaan juga memilih untuk jadi penjudi? Lalu apa bezanya kalau kerajaan juga penjudi seperti penjudi2 lain? Apa bezanya orang baik dengan orang jahat kalau dua2nya penjahat?

Kerajaan tidak boleh menang atas semua perkara. Kerajaan boleh "win some and lose some". Namun rakyat mahukan sebuah kerajaan yang boleh menang dengan melakukan kebaikan, bukannya kejahatan. Bila orang lain jadi pembunuh, kita jangan jadi sama seperti mereka.

Rakyat telah memberi peluang untuk kerajaan ini melakukan kebaikan, jadi mengapa mesti kerajaan biarkan berlakunya perkara yang memungkinkan rakyat mencari alternatif lain? Jadi jangan salahkan rakyat bila Pakatan menjadi popular kerana kerajaan jugalah yang menyediakan semua sebab untuk Pakatan jadi popular.

Soalnya bolehkah kerajaan menyekat pemikiran rakyat bila tembok yang kerajaan ini bina untuk melindungi rakyatnya menjadi semakin lemah dari serangan bertubi2 dari Pakatan. Tembok yang tebal kalau setiap hari dihentam lama2 akan runtuh juga kalau kerajaan ini leka untuk memperkuatkannya, apalagi kalau tembok itu juga dihentam dari dalam kerajaan itu sendiri.

mae said...

Kerajaan BN jika menarikbalik akan dilihat sebagai tunduk kepada desakan PAS.

Unknown said...

kalau tarik balik, org islam anggap kerajaan najib memang rakyat didahulukan. Kalau teruskan, org bukan islam pun akan anggap rakyat didahulukan oleh najib.

Soalnya skrg, puak mana berikan momentum sokongan mereka benar2 ikhlas pd najib. Yg mana betul2 ingin bersama najib memajukan negara ini. Najib perlukan perlukan respon menyeluruh sebelum diketahui mandatnya dlm Pru13 nanti. Setiap undi nilainya sama - islam dan bukan islam.

paktam said...

Takda sumber maka takda komen.

Unknown said...

Apa perlu ianya ditarik balik?
Kerana desakan parti lawan?

Jika ditarik balik, ianya akan memberi gambaran bahawa BN takut berhadapan parti lawan.

Kaum yang tidak beragama dari kaum bukan melayu akan berasa hampa dan putus harapan.

Adalah lebih baik ianya diteruskan kekal, se tidak2 nya kaum bukan melayu akan kembali menyokong BN.

Anonymous said...

gap said
kadang-kadang aku terfikir adakah kerajaan sengaja melontarkan isu ini ? atau mungkin ia sengaja dilontarkan untuk check mate pakatan pada penghujung perlawanan nanti
ini smart politik from najib. jika kerajaan tarik balik adakah tantawi sanggup berdemo di selangor pulak bantai dap dan pkr. lihat siapa yang kena.

Abu Garcia said...

Judi tetap haram. Tiada logiknya sesuatu yang jelas haram dilesenkan. Tiada judi halal sebab semuanya haram. Alasan faktor budaya untuk menghalalkannya perlu dihentikan. Judi membawa kemusnahan kepada masyarakat baik yang Islam mahupun yang bukan Islam.

Janganlah kita cari jalan mudah untuk mengawal kegiatan haram dengan melesenkannya pula. Jangan sampai pelacuran, merompak, meragut, merogol, merempit nak dilesenkan pula.

agbr47 said...

Abu Garcia,

Saya sokong pendapat tuan. Cikgu pencen, dah pencen jangan pula berjudi.

agbr47: Dalam banyak usaha kebaikan, apakah judi jadi pilihan?

Protest, protest, protest!!!!

Anonymous said...

ha..ha..
bagus2...strategi yg menarik..
apa seterusnya..
tgk sape yg bijak..dan sape yg bodo..
sape yg memerangkap ..sape yg terperangkap..



manbp