Saturday, May 22, 2010

JUDI : PANDANGAN PROF MADYA DR ASYRAF WAJDI DUSUKI

KLIK SINI untuk baca dengan lebih detail pandangan prof madya dr asyraf dusuki ,naib presiden perkasa. artikel ini punyai konklusi hujahan lengkap akan bahayanya judi.

6 comments:

paktam said...

Lesen judi

1-Apa yang saya tahu berkenaan lesen judi ini hanyalah dari akhbar. Belum terdapat text pengumuman yang dibuat oleh timbalan Menteri Kewangan.
2-Apa yang dibahaskan mungkin mengenai fakta-fakta yang dibaca atau didengar dalam berita sahaja. Ada pula berita yang mengatakan boss berjaya akan keuntung setengah billion ringgit hanya dengan menjual lesen ini kepada anak syarikatnya yang lain. Ada pula kata lesen judi ini untuk EPL dan lain-lain dan bukan untuk piala dunia. Kesemua berita di atas menditilkan sifat lesen itu, walhal bentuk lesen sebenar tidak diketahui.
3-Amalan judi memang haram dan tidak harus dilesenkan.
4-Kalaulah sesiapa blogger dapat text atau audio atau vedio pengumuman TMK, barulah dapat dibahaskan baik-buruknya.

tamingsari said...

Pandangan apapunlah bukan kerajaan nak dengar. BN dah bersedia untuk menghadapi kekalahan.Sebelum tu buat duit sikit. Bercakap dengan tembok lebih faedah dari dgn kerajaan.

Buatlah banyak2 apa korang suka sampai masa aku undi siapa aku suka.
Siapa perintah aku camni jugak,tak senang2. LESEN LUMBA ANJING BILA NAK KELUAR. DULU TIME HUSSIN ONN ADA CERITA MCM INI?

Perkasa? Hmmmmmmm....

Anonymous said...

Komen paktam betul dan aku setuju. Malas nak bising tak tentu pasal takut kelak kita yang rugi. Apa-apa pun Melayu yang lebih..tapi ke arah negatif seperti tunjuk perasaan jalanan dan demo.
Yang suka komen dan melenting tak tentu pasal ni orang yang terdiri dari golongan GOLF (Golongan Orang Lemah Fikiran).
Jika benar-benar lesen judi tu dah dilulukan, aku pun bangkang.

pakbelalang said...

Saya sokong judi haram di lesenkan supaya ianya sekurang-kurang dapat dikawal dan cukai yang tinggi dikenakan kepada syarikat ynag mendapat lesen judi.

Judi haram tidak akan dapat dihapuskan walau pun ada penguat kuasa yang cekap untuk menangani gejala judi haram.

Kalau dibiarkan judi haram beroperasi tanpa lesen dan tanpa kawalan, keuntungan yang mereka raih berbillion ringgit (tax free) akan digunakan untuk menghancurkan masyarakat kita, terutama sekali masyarakat Islam dengan mengembangkan aktiviti haram mereka kepada bukan sahaja perjudian haram tapi pelacuran, dadah, Ah Long dan mungkin juga digunakan untuk merasuah ahli-ahli politik. Contohnya seperti di Amerika Selatan. Bagaimana kuatnya kumpulan pengedar dadah, pelacuran dan judi haram yang boleh membuat kerajaan tunduk kepada mereka hinggakan tidak dapat berfungsi sebagai kerajaan yang berseh dari rasuah.

Cukai yang tinggi yang dikenakan kepada syarikat perjudian berlesen sekurang-kurangnya dapat digunakan untuk perbelanjaan membenteras gejala yang merosakan kehidupan masyarakat yang telah terjebak dalam kancah yang menjijikan akibat dari pengunaan wang hasil haram yang di sogok untuk menghancurkan masyarakat kita.

Sebagai contoh bagaimana YB Manikavasagam keretanya telah disimbah dengan cat dan diugut nyawanya oleh kerana hendak mendedahkan penyelewengan mengambil pasir haram. Saya percaya ugutan ini datangnya dari samseng-samseng yang ada mempunyai
kaitan dengan aktiviti haram seperti pelacuran, perjudian haram, cyber cafe haram, Ah Long. Mereka sudah berani membuat tindakan yang menyalahi undang-undang kerana mereka kuat dari segi kewangan dan boleh merasuah siapa sahaja mereka suka asalkan aktiviti haram mereka jangan diganggu!!

Fikir-fikirkanlah!! Saya terima dengan hati terbuka jika ada kritikan yang bertentangan dengan pendapat saya ini.

whiteorange said...

Sefaham aku lesen tu dah pun wujud lama, cuma di perbaharui,

Walau apa pun, yang haram akan tetap haram. (kecuali dalam keadaan dharurat?)

Selain dari hukumnya haram, aku juga melihat dari sudut yang berbeza, iaitu antara pihak yang berkuasa (polis) dengan pihak yang mahu tunjuk kuasa (gangsterisma @ mafia).

Judi melibatkan wang yang bukan sedikit. Sama ada ia HARAM @ HALAL ia pasti melibatkan wang yang banyak.

Mungkin dipihak kerajaan, hasil cukai judi akan digunakan untuk tujuan baik, tapi bagaimana pula hasil yang dikumpul oleh sindiket perjudian halal mahupun haram? Tidakkah ia nanti digunakan untuk tujuan membeli kuasa, membeli pengaruh? Tidakkah duit itu nanti digunakan untuk merasuah pegawai pegawai kerajaan? Tidakkah duit itu nanti digunakan untuk membiayai kegiatan kegiatan haram lainnya? Tidakkah duit itu nanti akan digunakan untuk membiayai kegiatan kegiatan jenayah? Tidakkah wang itu boleh digunakan untuk mengkucar kacirkan negara?

Dan saya yakin judi dalam bentuk apa pun akan mendorong kepada pelbagai masalah, kepada pelbagai bangsa dan agama.

Kuasa yang ada pada kerajaan , jika digunakan dengan tegas, sebenarnya akan dapat mengawal kegiatan judi dan lain lain kegiatan haram dalam apa bentuk pun. Jika sindiket perjudian dilihat lebih berkuasa, lebih bermaharajalela, maka ada yang tidak kena dengan pelaksanaan undang undang.

HARAM KAN JUDI KUATKUASAKAN UNDANG UNDANG SEBELUM JUDI MENGUASAI UNDANG UNDANG

Anonymous said...

Perjudian, pelacuran, dadah dan berbagai maksiat berlaku dimana-mana didunia ini termasuk juga di negara Islam seperti di Iran, dan negara-negara Islam lain.

Bagaimana cekapnya penguat kuasaan ianya tidak akan terhapusnya perkara-perkara maksiat. Itulah realitinya dan kita tidak boleh menafikannya yang kononnya perkara maksiat ini boleh dihapuskan dengan undang-undang ketat seperti pancung leher atau tembak sampai mati atau gantung leher.

Haram tetap Haram. Jadi saranan yang di utarakan oleh Pakbelalang ada logiknya. Sekurang-kurangnya kita dapat kenal pasti siapa menjalankan aktiviti perjudian dan bagaimana mereka gunakan hasil keuntungan perjudian apabila mereka bentangkan buku akaun tahunan syarikat.


Pak Mat