Saturday, November 19, 2011

FAKTA NFC. PKR DI PENGHUJUNG NYAWA.

Tuduhan pertama - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, didakwa tidak bercakap benar apabila menyatakan NFC hanya memperoleh dana RM181 juta.

Mengulas perkara ini, Mohamad Salleh berkata, pengeluaran dana itu mempunyai dua tahap dan kedua-dua pemimpin itu berkata benar bahawa NFC hanya mendapat RM181 juta pada 2009.

Katanya, jumlah RM250 juta dimasukkan dalam Akaun Pinjaman Khas (SLA), tetapi proses pengeluaran baki dana memerlukan pengesahan dan perakuan daripada beberapa pihak sebelum NFC memperoleh keseluruhan pinjaman.

Tuduhan kedua – harga seekor lembu NFC RM4,481, berbanding lembu yang dijual di negara ini antara RM2,500 hingga RM2,700.

Katanya, tuduhan itu berikutan kegagalan memahami prinsip pengurusan akaun yang menggabungkan modal dan kos operasi (OPEX) dalam harga seekor lembu. Ini menyebabkan perbelanjaan perjalanan dan utiliti juga dimasukkan dalam harga ternakan.

“Berikutan pengurusan akaun, lebih banyak lembu dijual, harga semakin rendah. Ini menyebabkan pada peringkat awal harga seekor lembu NFC adalah mahal,” katanya.

Bagaimanapun, perbandingan tidak boleh dibuat dengan lembu tempatan kerana ternakan NFC adalah antara 70 hingga 100 peratus lebih berat berbanding lembu tempatan.

Tuduhan ketiga – rangkaian Restoran Meatworks menerima diskaun RM2.9 juta daripada RFC (Realfood Company Sdn Bhd) iaitu syarikat pemasaran NFC.

Katanya, diskaun tiada kaitan sepenuhnya kerana Meatworks bersama 70 pembeli lain juga menerima diskaun sama daripada RFC dan jumlah RM2.9 juta itu sebenarnya diskaun dan promosi RFC kepada semua pembeli berdaftar.

Tuduhan keempat – NFC mencatat kerugian antara RM7 juta hingga RM11 juta pada 2009 dan akan menghadapi masalah menyebabkan kerajaan melupuskan pinjaman itu.

Menjawab tuduhan itu, Mohamad Salleh berkata, pandangan itu adalah rumusan tidak matang kerana perjanjian pinjaman tidak menyatakan jadual pembayaran balik dan syarikat masih dalam tempoh yang membenarkan bayaran balik dalam tempoh tertentu menyebabkan NFC tidak melanggar perjanjian pinjaman.

“Perniagaan NFC sedang berkembang dan ini membolehkan harga seekor lembu diturunkan dan keuntungan meningkat. Dijangka syarikat akan mencatat keuntungan pada 2015 atau 2016. Oleh itu, menuduh NFC gagal adalah tidak adil pada peringkat ini," katanya.

Tuduhan kelima – dakwaan Rafizi dana disalurkan dari NFC kepada National Meat and Livestocks Corporation Sdn Bhd (NMLC) dan RFC.

Beliau berkata, NMLC diwujudkan bagi membolehkan pengimportan lembu, penyembelihan dan pemprosesan diasingkan dari fungsi pengedaran dan peruncitan yang diuruskan RFC.

“Tiada dana yang masuk dalam poket individu, terutama secara langsung dikaitkan dengan Shahrizat. Tuduhan berlaku penyelewengan dan ketirisan dana adalah fitnah kerana semua pelaburan dibuat atas nama NFC dan NMLC," katanya.

Tuduhan keenam – pembelian dua unit kondominium One Menerung di Bangsar berharga RM13.8 juta, bagaimanapun dakwaan mengatakan RM9.8 juta diseleweng untuk tujuan itu yang tiada kena mengena dengan industri ternakan lembu.

Katanya, pembelian kondominium itu dibuat Lembaga Pengarah kerana ada dana yang tidak digunakan untuk projek pusat penyembelihan yang tertangguh disebabkan faktor bukan kesalahan NFC.

“Sebenarnya menempatkan dana itu dalam simpanan tetap adalah kurang kontroversi, tetapi tidak memberi hasil sepatutnya kepada syarikat melalui dana sebanyak itu.

“Kondominium itu diberi diskaun 20 peratus dengan jaminan sewa sebanyak RM30,000 sebulan yang dikreditkan dalam kumpulan NFC. Katakan memasukkan RM13.8 juta dalam simpanan tetap pada kadar 2.75 peratus akan memberi pulangan sebanyak RM379,500.

“Sewa pula memberi pulangan RM360,000 setahun. Oleh kerana hartanah ini dibeli 20 peratus lebih rendah berbanding nilai pasaran maka diandaikan jika hartanah ini dijual semula pada harga pasaran, maka akan ada tambahan RM2.76 juta bersama sewa setahun RM360,000,” katanya.

Ini bermakna, jumlah keuntungan adalah RM3.12 juta, iaitu lebih tinggi 22.6 peratus dalam tempoh setahun berbanding simpanan tetap pada kadar 2.75 peratus.

Selain itu, katanya hartanah itu adalah atas nama syarikat dan tidak akan memberi kelebihan atau kekayaan kepada individu persendirian.

Tuduhan ketujuh – dakwaan NFC mendapat pinjaman mudah dan tanah sedangkan ribuan penternak berpengalaman lain layak mendapat geran itu.

Mohamad Salleh berkata, sebenarnya NFC mendapat pinjaman bukan geran dengan pinjaman mesti dibayar balik seperti mana-mana pinjaman komersial lain.

Selain itu katanya, NFC mempunyai tanggungjawab sosial mewujudkan ladang kontrak untuk industri penternakan di negara ini yang tidak semestinya menguntungkan.

Tuduhan kelapan – perbelanjaan perjalanan sebanyak RM827,579 sedangkan hanya 1,618 lembu disembelih pada 2009. Oleh itu, kos perjalanan bagi setiap ekor lembu adalah RM511 atau 11 peratus daripada harga lembu sebanyak RM4,481.

Katanya, setakat ini perbelanjaan itu hanya kira-kira 0.3 peratus daripada RM250 juta, iaitu suatu jumlah kecil berbanding nilai projek.

“Pada peringkat awal NFC, pengurusan syarikat perlu pergi ke Australia untuk berjumpa perunding dan juga membeli lembu. Perbelanjaan begini memang dijangka dan dimasukkan dalam bajet,” katanya.

Tuduhan terakhir – Rafizi mendakwa bertemu pegawai Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani yang menentang projek itu seawal 2006, tetapi pegawai berkenaan tidak mampu menyuarakan pandangannya kerana keputusan dibuat pihak atasan.

Katanya, NFC tidak wujud pada 2006 dan jika tentangan itu adalah berdasarkan daya maju syarikat itu, mereka tidak sepatutnya terlalu banyak merujuk kepada personaliti, tetapi terhadap daya maju syarikat.

“Ini menunjukkan secara terang-terangan serangan terhadap menteri, malah keluarganya,” katanya.

17 comments:

usin said...

berdasarkan tuduhan dan jawapan kpd tuduhan, siapa agaknya yg otak mcm lembu? nk menuduh tp tak buat 'homework' sebijik mcm lembu. betul tak?

Anonymous said...

Saman saja biar tinggal seluar kecik

Anonymous said...

ekekekeke....suruh la muka menggerutu dan bdak bontot tonggek mcgaygay tu pertikaikan lg...

buat la ceta fitnah lg....hehehe

kalo nak kene saman fitnah sampai bankrupp...

Anonymous said...

Saman aje biar terlungkup PKR. Lagipun ketua umum, isterinya dan anak perempuan sulungnya banyak simpanan tetap kat bank israel. Tak kan duit banyak2 tu tak boleh 'bela' lembu tiga ekor?

Anonymous said...

GENG2 PKR/DAP/PAS YANG SUKA BUAT FITNAH MESTI DISAMAN SUPAYA MEREKA TAK BERANI BUAT FITNAH LAGI. SEBAB TAK KENA SAMAN ITU YANG SEMAKIN MELAMPAU-LAMPAU BUAT FITNAH SESUKA HATI. KEBANYAKAN RAKYAT MUDAH PERCAYA KEPADA FITNAH/GOSIP/KHABAR ANGIN/TUDUHAN LIAR KERANA NAK MENCARI KEBENARAN SUKAR. KALAU KERAJAAN KENA FITNAH TETAPI SENYAP JE RAKYAT INGAT FITNAH DAH JADI BERITA BETUL PULAK.

kingnek said...

Najib bak silent killer, secara senyap, satu-persatu sektor monopoli cina dirobak-robek, secara bertahap. Nantikan projek DAP dan lembu2 mereka dalam PKR dan PAS meroyan selepas ini, setelah syarikat Islam memecahkan monopoli runcit dengan KR1M, pelan meletakkan Bumiputera Felda di bursa saham bertahap kelas dunia dan sekarang ni, supplier daging lembu secara besar-besaran pertama milik Islam, peniaga cina akan menghasut DAP untuk buat fitnah seterusnya! Nantikan episod seterusnya! ALLAHUAKBAR!

Anonymous said...

aku setuju dgn tindakan saman,..tp masalahnya gomen xnk saman pon depa ni..dok jwb saja,apa guna.. lg besaq kapala ada laaa..

zat said...

Menjawab tuduhan itu, Mohamad Salleh berkata, pandangan itu adalah rumusan tidak matang kerana perjanjian pinjaman tidak menyatakan jadual pembayaran balik dan syarikat masih dalam tempoh yang membenarkan bayaran balik dalam tempoh tertentu menyebabkan NFC tidak melanggar perjanjian pinjaman.
===================================

wow bestnye pinjaman mcm ni..mcm mana aku nk mohon pinjaman mcm ni..takde jadual bayaran balik.. kena kawin dgn menteri dulu ke?

zat said...

jumlah keuntungan adalah RM3.12 juta, iaitu lebih tinggi 22.6 peratus dalam tempoh setahun berbanding simpanan tetap pada kadar 2.75 peratus.
===================================

akauntan dia pas degree universiti mana ni?

zat said...

menggabungkan modal dan kos operasi (OPEX) dalam harga seekor lembu.
===================================

KALAU MCM NI STRATEGI HARGA KAU ORANG ALAMAT LINGKUP LA..JGN BERANGAN NK LAWAN KARTEL2 YG KONTROL INDUSTRI NI..TAK KAN NK HARAP AHLI POLITIK UMNO JE BELI HARGA TINGGI DARI PASARAN..

ANACONDA said...

KINGNEK 903 PM...

AKU SETUJU DGN KOMEN KAU NI...

CERDAS & CERGAS...

ANACONDA said...

PUKIMAK KAU ZAT...

KAU DAH AMBIL UPAH RM200.00 KAT GEREJA DUMC KE...

BANGSAT GAMPANG PUNYA MELAYU...

KALAU KAU MELAYU LA...

KLU BUKAN, DASAR ANAK BABI SIPLIS...

Anonymous said...

RAFIZI TU BUKAN CERDIK SANGAT,AKU TAU LAH DIA.DULU DIA DI MCKK DIA DI PAYUNG OLEH ANNUAT ALJUBURI SHEIKH ALPANTAT.SEKARANG BOSS DAH TERUK,DIA BANGUN ,NAK SUPPORT BOSS DIA.
KEPADA PKR DAN PAS KAMI RAKYAT DAH TAU DAH SIAPA YANG BENAR DAN SIAPA YANG SALAH.JANGAN NAK TEGAKKAN BENANG YANG BASAH,TEGAKKAN BOSS HANG PUNYA BATANG SUDAH.TAKEBEERR

Anonymous said...

pASAL fizi MARAH SANGAT,SEBABNYA ADA DUA PERKARA:

1.DIA MELOBI PROJEK NI TAPI TAK DAPAT.

2.DIA MELOBI PROJEK MEGA TERNAKAN BABI DI KEDAH DAN SELANGOR,DAH DAPAT TAPI KERAJAAN NEGERI TAK ADA DUIT.KOS ANGGARAN KEDUA DUA PROJEK TERSEBUT 500 JUTA.HI-TECH PUNYA TERNAKKAN,DIMANA NAJIS BABI TAK PERLU DIBUANG DIKITAR SEMULA UNTUK DIJADIKAN DEDAK UNTUK IKAN DAN BAJA UNTUK PERTANIAN.

ITULAH CERITANYA TUAN TUAN DAN PUAN PUAN ,SAYA DAPAT INFO NIE DARI SAHABAT RAFIZI SENDIRI.

Anonymous said...

Zat, bagus ayat2 ngko... Hari tu cakap nak balas biarlah pakai fakta! Nih, apahal mngamuk meroyan sakan puak2 lembu NFC? Kalau dah salah tu ngaku jer lah. Nih puak2 NFC dah berguru dengan Al-Juburi? Pandai bersilat pulak dah! Weh, aku nak ngadap Najeeb, nak buat kertas kerja buat ladang kerbau nasional pulak, aku menteri berasas tani aper...

ha..ha..ha... Kronisme tahap mega umnu!!!

zat said...

Anon 9:11AM

dlm tiga komen aku kat atas tu yg mana yg kau kata bukan fakta..kalu kau pandai pasal pengurusan kewangan la..

zat said...

Anon 9:11AM

mungkin saya silap maksud komen anda..minta maaf