Tuesday, July 10, 2012

LGE MAKIN MEMALUKAN DAP.



Sebagai seorang yang berorientasikan hasil dari sesuatu pekerjaan, penulis biasanya tidak gemar menonton debat terutamanya apabila tujuannya bukanlah untuk membandingkan idea, cara atau penyelesaian terbaik untuk menangani sesuatu isu tetapi sekadar untuk memberi publisiti kepada pendebat.  Bagi penulis, debat yang tujuannya adalah untuk publisiti membuang masa dan tidak akan membawa ke mana kerana sehabis debat, tiada apa yang berlaku melainkan orang ramai bercakap-cakap mengenai pendebat dan bukannya penyelesaian.  

Namun, penulis harus akui bahawa debat antara Presiden MCA, Chua Soi Lek dengan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng agak menarik juga.  Menarik, di sini adalah dari segi pembentangan hujah mengenai isu yang ‘menambat’ masyarakat Cina di Malaysia akhir-akhir ini.  Diketahui bahawa faktor ‘kaum Cina’ merupakan faktor penting dalam menentukan keputusan pilihanraya ke-13.  Oleh itu, isu yang menambat hati mereka, pastilah menjadi isu penting untuk semua.  

Selama ini, pihak pembangkang giat menanam dalam fikiran penyokong mereka bahawa parti Barisan Nasional langsung tidak membela rakyat.  Seolah-olah selama ini, UMNO, MCA dan MIC tidak berbuat apa-apa dan negara ini kekal aman, makmur dan maju secara semulajadi.  

Seolah-olah keupayaan kaum Cina menguasai ekonomi negara ini adalah atas usaha mereka sendiri tanpa UMNO terlibat dalam mendengar dan memberikan mereka peluang dan tanpa MCA membela dan memperjuangkan hak mereka.    

Dan sudah tentu sekali, hujah yang sedemikian dapat dipatahkan dengan mudah oleh Datuk Seri Chua Soi Lek di dalam debat tersebut.  Beliau berjaya membentangkan hakikat bahawa jasa MCA dan BN terlalu banyak kepada semua kaum.    Dan beliau berjaya menyatakan dengan tegas bahawa sikap toleransi dan matang setiap parti dalam komponen BNlah yang meletakkan Malaysia di mana ia berada hari ini.  

Tiada satu pun dari semua fakta ini dapat dinafikan oleh Guan Eng dalam debat tersebut, apatah lagi apabila beliau sendiri merupakan produk MCA.  

Apa yang melucukan apabila Guan Eng cuba menggambarkan yang MCA adalah rasis dengan hanya berjuang untuk kaum Cina dan kononnya DAP adalah parti untuk semua kaum.  

Sememangnya MCA ditubuhkan untuk memperjuangkan kaum Cina, sepertimana UMNO untuk Melayu dan MIC untuk India.  Tugas MCA terhadap kaum Cina itu telah termaktub dan untuk Guan Eng membangkitkan hal ini sebagai isu, menjadikannya kelakar.  

Namun, MCA seperti juga UMNO dan MIC walaupun ditubuhkan untuk dan kerana kaum masing-masing, telah bersetuju dan sepakat untuk bekerjasama di bawah BN.   Dengan ikatan kerjasama ini, masing-masing memahami dan menerima tanggungjawab untuk menjaga sensitiviti, menghormati, bertolak ansur, malah melakukan sedikit pengorbanan, jika perlu, demi kebaikan semua pihak.  

Berlainan dengan DAP, walaupun mendabik dada sebagai parti untuk semua kaum tetapi majoriti ahlinya adalah dari satu kaum sahaja iaitu Cina dan kepimpinan tertingginya didominasi oleh bukan sahaja dari kaum yang sama, tetapi dari ‘clan’ yang sama juga.  

Malah, DAP juga telah terbukti menindas dan menganaktirikan kaum lain malah telah beberapa kali mencabar sensitiviti budaya dan agama yang dianuti kaum lain seperti mempersoalkan azan dan tulisan jawi di papan tanda jalan, sedangkan tulisan jawi bukan sahaja merupakan sebagai simbol agama rasmi tetapi juga warisan sejarah masyarakat Melayu negara ini.  

Suatu ketika DAP telah dengan sengaja menunjuk biadab dengan enggan memakai pakaian adat di dalam Dewan Rakyat serta mempersoalkan kedudukan Raja-raja Melayu.  Andainya Raja-raja terdapat di kalangan kaum Cina, kita pasti DAP tidak mungkin akan mempersoalkannya.  

Tetapi, apa yang lebih penting dan paling menarik dalam debat antara dua pemimpin kaum Cina ini ialah ia membolehkan kita menilai peribadi dan sikap mereka secara langsung.   Peribadi dan sikap pemimpin adalah penting bagi menentukan cara pemikiran dan pentadbiran mereka.  

Guan Eng ternyata banyak membaca teks dan tidak mampu mengemukakan hujah secara spontan.  Soi Lek pula tampil tenang dan matang dan tidak terlalu bergantung kepada teks.   

Cakap-cakap kedai kopi, malah ulasan di radio banyak memperkatakan tentang sikap Guan Eng yang tidak menepati jawatannya sebagai pemimpin negeri dan antara pemimpin tertinggi parti.  Guan Eng begitu beremosi, dan tidak mampu mengawal dirinya sehinggakan debat tersebut akhirnya menjadi satu ‘ceramah’ politik DAP.   

Menurut satu komen, Guan Eng kelihatan bagai seorang politikus jalanan atau ketua samseng yang hanya tahu mengejek dan memperkecilkan Soi Lek seolah-olah mengumpan beliau bertumbuk dengannya.  Dalam semua isu, Guan Eng gagal menyatakan hujahnya dengan baik, gagal mematahkan hujah Soi Lek dengan baik serta gagal menonjolkan kredibiliti dirinya sebagai pemimpin yang layak untuk menerajui sebuah negeri, sekali gus membuktikan yang DAP tidak layak untuk menerajui sebuah negara.  

Malah, Guan Eng sendiri tentu sudah dapat merasakan sendiri bahawa dirinya sudah kalah apabila beliau gagal menjawab soalan dari panelis iaitu, Datuk Seri Chor Chee Heung yang meminta penjelasan mengenai ‘janji-janji Buku Jingga’.  Soalan mudah tersebut dijawab Guan Eng dengan gurauan dan menuduh Datuk Chor pastinya membaca Buku Jingga yang salah sebelum melalut keluar topik menceritakan mengenai pencapaian pentadbirannya di Pulau Pinang.  

Kesimpulannya, DAP adalah sebuah parti yang sesuai untuk para kongsi gelap dan samseng jalanan sahaja.   Ia tidak sesuai untuk diletakkan sebagai parti pemerintah.  Sebelum ini, beberapa blog pernah mendedahkan bagaimana rupa surat rasmi yang ditulis oleh wakil-wakil DAP dalam Bahasa Kebangsaan yang tunggang langgang bagaikan ditulis oleh tauke jual sayur.  Pemimpin-pemimpin DAP juga telah beberapa kali menunjukkan sikap tidak beradap dan tidak sesuai bagi majlis-majlis rasmi seolah-olah tidak mendapat pendidikan dengan sempurna di rumah.  

Dengan skandal terbaru Guan Eng yang terdedah dan slogan ‘Cekap, Amanah dan Telus’ yang terbukti hanyalah retorik, bolehlah dikatakan yang bukan sahaja Guan Eng yang kalah debat tetapi DAP secara keseluruhannya sudah kalah dari segi isu, moral, kredibiliti dan segala-galanya. 

38 comments:

Anonymous said...

apa ada pada debat beb?

Rani (Pas) pun chicken-out jugak nak debat dgn Hassan. Bagi macam2 alasan. siap nak hantar Khalid sbg ganti. wakakakakaka

Anonymous said...

.

Merokok merbahayakan kesihatan ... kurangkan merokok .

.

Anonymous said...

SKANDAL LRT NAJIB

PKR telah mendedahkan satu dokumen yang didakwanya membuktikan bahawa jawatankuasa peringkat tinggi yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah menganugerahkan projek sambungan LRT Ampang bernilai RM1.18 bilion kepada konsortium yang diketuai oleh George Kent Bhd.

Dokumen itu adalah minit mesyuarat kelima Jawatankuasa Perolehan Menteri Kewangan (JPMK) pada 21 Jun, yang mempengerusikan Najib kerana beliau juga merupakan menteri kewangan.

Dalam sidang akhbar hari ini, Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata anugerah itu adalah pelik kerana George Kent dianggap sebagai "pembida lebih tinggi tidak berpengalaman" dalam tender tersebut.

Menurutnya, kepakaran yang George Kent ada ialah mengilang meter air dan syarikat itu sebelum ini ditolak kerana ia tidak memenuhi keperluan minimum teknikal bagi kerja tersebut.

Najib, yang sebelum ini diminta menjelaskan dakwaan tersebut, menyangkalnya dengan berkata semuanya mengikut aturan.


Nota Tazkirah:

amalan perolehan kerajaan yang tidak telus & tidak profesional akan berterusan jika UBN kekal berkuasa ..... mereka yg undi UBN tetap mendapat saham akhirat atas apa yg dilakukan oleh pemimpin yg dilantik mereka...... kecuali mereka2 yg teraniaya/tertipu dan insafi kesilapan yang lampau serta tiada diulangi dalam PRU13 nanti....

CHANGE: no to UMNO.. no to BN ... Save Malaysia!

Anonymous said...

KUALA LUMPUR, 10 Julai — Sekumpulan pengilang dan pekerja pelabuhan menolak cadangan Putrajaya untuk menswastakan Pelabuhan Pulau Pinang dan ini boleh menimbulkan masalah untuk rancangan pengambilalihan pelabuhan tersebut oleh Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary.

Kedua-dua Pakatan Rakyat (PR) dan Barisan Nasional (BN) peringkat negeri telah menyatakan bantahan mereka terhadap rancangan kementerian kewangan untuk menjual pelabuhan tersebut kepada syarikat milik Syed Mokhtar, “Seaport Terminal” — juga menguruskan Pelabuhan Tanjung Pelepas dan Pelabuhan Johor dengan kebimbangan peranan Pulau Pinang sebagai hub perkapalan utara menjadi lebih kecil.

Pelabuhan Pulau Pinang: Bantahan terhadap rancangan kementerian kewangan untuk menjual pelabuhan. — Foto Internet
Terdapat juga ketakutan dari ahli politik BN tempatan — tindakan kerajaan menjual pelabuhan ini akan menyebabkan peluang mereka untuk merampas kembali negeri tersebut dari PR musnah dalam pilihan raya umum (PRU) yang akan diadakan selewat-lewatnya pada April 2013.

“Penswastaan Pelabuhan Pulau Pinang kepada orang luar ditolak kerana ianya dilakukan tanpa melalui perbincangan dengan rakyat Pulau Pinang,” resolusi pertama yang dipersetujui oleh 42 wakil kumpulan dalam sebuah kenyataan yang dikeluarkan malam tadi.

Kenyataan daripada kerajaan negeri Pulau Pinang itu menyatakan Melayu, India, Dewan Perniagaan Cina, Persatuan Pengilang Malaysia (FMM), Dewan Perniagaan Industri Antarabangsa Malaysia (MICCI), Freepenca (Persatuan Syarikat bagi Kawasan Perindustrian Bebas, Pulau Pinang), pembekal logistik, pengimpot dan pengekspot, syarikat perkapalan dan agen, termasuk pekerja pelabuhan telah menolak rancangan penswastaan yang mereka rasakan akan mengurangkan peranan pelabuhan yang telah berusia 220 tahun itu.

Penolakan rancangan penswastaan adalah satu daripada lima resolusi yang diterima selepas pelbagai kelompok bertemu dengan pentadbir negeri sewaktu perbincangan meja bulat diadakan.

Resolusi lain termasuklah menuntut agar saluran pelabuhan didalamkan segera untuk menampung kapal yang lebih besar, menolak segala cadangan untuk ‘menurunkan pangkat’ pelabuhan kepada lebih rendah, rombakan semula pekhidmatan feri Pulau Pinang dan pelabuhan harus diserahkan semula kepada kerajaan negeri.

Lim Guan Eng
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, menolak sekeras-kerasnya cadangan penswataan tersebut dengan mendakwa Seaport Terminal tidak akan menyalurkan sumber-sumber ke Pelabuhan Pulau Pinang oleh kerana fokus utama mereka adalah Pelabuhan Tanjung Pelepas di Johor. Katanya lagi, Pelabuhan Pulau Pinang berkait rapat dengan identiti ekonomi negeri.

Teng Chang Yeow
Pengrusi BN Pulau Pinang, Teng Chang Yeow, mendesak kerajaan pusat untuk menilai semula keputusan untuk menswastakan pelabuhan pulau itu dengan alasan banyak industri menentang cadangan itu dan ini bertentangan dengan aspirasi penduduk negeri tersebut.

Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek — juga ketua Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang — bagaimanapun berkata sebarang usaha menentang dari kerajaan negeri adalah langkah sabotaj diri oleh kerana penswastaan bertujuan untuk meningkatkan lagi kecekapan.

Anonymous said...

Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek — juga ketua Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang — bagaimanapun berkata sebarang usaha menentang dari kerajaan negeri adalah langkah sabotaj diri oleh kerana penswastaan bertujuan untuk meningkatkan lagi kecekapan.

“Penswataan tidak bertujuan untuk sabotaj tetapi untuk meningkatkan kecekapan pelabuhan tersebut,” kata Chua. “Mereka boleh cuba menentang kerajaan pusat atau melambat-lambatkan proses penswastaan tersebut kerana ini adalah tindakan mensabotaj negeri sendiri.”

Masih belum pasti apakah penentangan politik dan industri mampu membatalkan penswataan pelabuhan yang telah disahkan oleh Kementerian Pengangkutan bulan lepas, lebih-lebih lagi rekod Syed Mokhtar menunjukkan beliau boleh mendapatkan apa saja.

Pengusaha yang tidak mesra media ini — beberapa tahun kebelakangan ini membina empayar dengan menghimpunkan aset-aset strategik merangkumi pengagihan beras dan gas, loji janakuasa, pelabuhan dan pengeluar kereta nasional, Proton.

Empayar logistik Syed Mokhtar termasuklah Pos Malaysia, dua pelabuhan di Johor, lapangan terbang, perusahaan utamanya MMC yang dilaporkan sedang membuat penilaian untuk mengambil alih perusahaan keretapi nasional, Keretapi Tanah Melayu (KTM) Berhad. MMC juga adalah sebahagian daripada usahasama untuk membangunkan projek insfrastruktur terbesar, MRT di Lembah Klang.

Rancangan pengambillihan pelbagai aset strategik berkos tinggi - ahli parlimen Petaling Jaya Utara (PJU), Tony Pua menganggarkan bahawa syarikat Syed Mokhtar mempunyai hutang gabungan sebanyak RM34.3 bilion atau lebih daripada 10 peratus semua bon korporat tempatan pada tahun 2011.

Penganalisis berkata, pengambilalihan Pelabuhan Pulau Pinang oleh Syed Mokhtar bakal menyaksikan potensi pelabuhan tersebut dirangkumkan sekaligus dengan Pelabuhan Johor dan Pelabuhan Tanjung Pelepas sebagai sebuah entiti korporat baru dan akan disenaraikan di bursa saham.

Status “perdana” Pelabuhan Pulau Pinang merosot semenjak status pelabuhan bebas telah diambil dalam tahun 1974.

Sebaliknya, pendatang baru Pelabuhan Tanjung Pelepas yang mula beroperasi pada tahun 1999 kini telah mengendalikan lebih daripada enam juta TEU tahun, lima kali ganda daripada Pelabuhan Pulau Pinang.

Jumlah kargo Pulau Pinang juga meningkat hanya 5.8 peratus setahun diantara 1995 dan 2009 berbanding dengan Pelabuhan Klang yang berkembang 14.2 peratus setahun.

Pentadbiran negeri yang dikuasai PR mendakwa bahawa pemilikan kerajaan persekutuan sebagai pengendali pelabuhan telah memburukkan kedudukan kewangan dengan hutang bersih meningkat daripada RM148 juta pada tahun 2004 kepada RM832 juta pada 2009 — peningkatan 462 peratus dalam tempoh lima tahun.

MASALAH NEGARA KINI: UMNOPUTRA.... MAHATHIRISM ... PENYUBUR KORUPSI .....

tengku faiz mansor said...

hahaha gua eng dah jd mental npknya.huru hara pemikiranya memikir scandal 2 madunya.

Ali said...

Saya ada dengar kabar angin mengatakan kedai rakyat satu Malaysia akan di buka di Woodlands , Singapura kursus untuk rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura . Ye ker ?
.

Anonymous said...

Nota Tazkirah:

amalan perolehan kerajaan yang tidak telus & tidak profesional akan berterusan jika PKR/DAP/PAS kekal berkuasa di SElangor, Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan. ..... mereka yg undi Pakatan haram ini tetap mendapat saham akhirat (dosa) atas apa yg dilakukan oleh pemimpin yg dilantik mereka...... kecuali mereka2 yg teraniaya/tertipu dan insafi kesilapan yang lampau serta tiada diulangi dalam PRU13 nanti....

CHANGE: to UMNO/BN.. no to PAS/PKR...yes to DAP ... Save Malaysia! & give it to DAP racis..

Melayu Perak said...

Malaysia attracted an inflow of US$11.97 billion last year, an increase of 31.5 per cent from 2010.


Malaysia emerged as the fifth most popular destination for foreign direct investments (FDIs) in Asia last year with inflows of US$11.97 billion (RM37.83 billion), an increase of 31.5 per cent from 2010.

The figures, released by United Nations Conference on Trade and Development (UNCTAD) yesterday, showed that the manufacturing sector continued to be the largest contributor to FDI inflows at 44 per cent.

This was followed by the services sector (35 per cent), mining and quarrying (20.1 per cent) and agriculture, forestry and fishing (0.3 per cent).

"If I am an investor, Malaysia to me is a place of strength, the country to come to. It is an excellent place to be," said UNCTAD investment and enterprises division chief, Professor Hafiz Mirza, who presented the report here yesterday.

The only shortcoming for Malaysia in attracting FDI would be the size of its small local economy, which makes it necessary for the country to upgrade its global value chain.

"From the broader perspective, Malaysia is strong in manufacturing and so the question next is whether it should expand beyond that, like going into research and development," he said.

Hafiz added that instead of relying on the country's strength in manufacturing, Malaysia could start producing new designs for the global market.

He noted that Malaysia had been very successful in attracting investment through its policies, adding that under UNCTAD's new FDI Contribution Index, Malaysia was in a strong position to introduce its new set of "next-generation" investment policies.

In 2009, FDI inflows to Malaysia was only US$1.45 billion, compared with US$7.17 billion in 2008.

Malaysia was ranked fifth after China, Hong Kong, Singapore and Indonesia.

The UNCTAD figures were disclosed in conjunction with the release of The World Investment Report 2012, subtitled "Towards a New Generation of Investment Policies", which was launched by International Trade and Industry Minister Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Hafiz said Malaysia was among the few countries that exceeded UNCTAD's expectations in terms of the FDI Contribution Index.

The index ranks economies on the basis of the significance of FDI and foreign affiliates for their economies in terms of value added, employment, wages, tax receipts, exports, research and development expenditures and capital formation.

The other countries with better-than-expectation performances were Cambodia, Poland, Romania, Thailand and Britain.

Meanwhile, Mustapa said in his speech Malaysia's investment policies were aligned with UNCTAD's policy framework for sustainable development.

"We made good progress in delivering social development and economic growth last year under the Government Transformation Programme and the Economic Transformation Programme," he said.

Anonymous said...

Daripada maki hamun kat sini , lebih baik tengok musabaqah antarabangsa di TV1 malam ini . Ada juga faedah nya .

.

yogibear's season said...

... Bagi orang Cina, debat terbuka Chua-Lim bukan sangat mengenai MCA atau DAP dan bukan juga mengenai Chua atau Lim, tetapi mengenai gabungan mana – Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat - yang lebih berpotensi menganjakkan kepentingan orang Cina ke tahap yang lebih tinggi...

Malangnya, Melayu dok pening kepala nk pilih PM yg hafadz Al Quran, bole bertutur 4 bahasa, bla..bla..bla

Abdul Wahab dan Abdul Wahid ahkirnya kena jual dan semua harta dirampas oleh SidekSigaraga...mujur jugak ada Abdul Wahub yg penuh berwawasan yg buat transformasi.

Al Fatihah utk Almarhum P.Ramli waluapun bukan seorg hafidz.Amin.

Anonymous said...

Skandal seks,hubungan sulit,kecurangan ahli-ahli politik telah lama digunakan sebagai senjata untuk menjatuhkan mereka,iaitu sejak politik diperkenalkan.Dalam dunia hari ini,terutamanya,tiada rahsia gelap dapat disembunyikan bila laman sosial dan blog menjadi satu cara hidup.Jadi,hakikat yang perit untuk diterima oleh para ahli politik ialah satu-satunya cara untuk mengelakkan ‘kecederaan’ atau ‘kematian’ oleh senjata ini ialah dengan tetap setia pada yang satu.Kata orang,pena lebih tajam dari mata pedang dan kata penulis pula,maklumat lebih berkuasa dari wang.Apabila sesuatu maklumat sebegini sampai kepada pihak musuh,kehidupan anda pun musnah.Kecuali jika anda adalah seorang Anugerah Tuhan untuk manusia sejagat seperti Anwar Ibrahim di mana beliau boleh meliwat dan merogol sesiapa dan di mana saja tetapi masih tetap ada penyokong,maka anda tidak akan mampu meneruskan hidup seperti biasa apabila skandal seperti itu terdedah.Justeru,pastinya,Khalifah lantikan PAS,iaitu Lim Guan Eng gagal untuk meyakinkan sesiapa walaupun penyokongnya bahawa beliau tidak mempunyai apa-apa hubungan dengan Ng Phaik Kheng,bekas pegawai khasnya yang kini telah ditukarkan ke bahagian lain setelah menerima tekanan dari isterinya, Betty Chew.Ketiga-tiga mereka nampaknya sukar sekali untuk menafikan dakwaan tersebut malah Guan Eng menyalahkan musuhnya,Betty Chew pula bertindak keluar Dewan manakala Phaik Kheng memberitahu media agar bertanya Betty apabila ditanya mengenai perkara ini

Anonymous said...

skandal lrt najib konon..

apa dia fikir najib bagi kelulusan projek dari rumah tanpa ada mesyuarat dengan kerajaan ke?

lagi satu, najib tu PM. dia memang PENGERUSIkan banyak jawatankuasa. itu pun tak reti ke?

memang le kalau minda pencacai, yang tahu copy paste je. fitnah yang dicopy, maka fitnah juga yang dipaste..banyak sangat pahala ke?

Anonymous said...

kisah bersiri SKANDAL NAJIB akan menyusul sejak dari jawatan MB Pahang sehingga PM UBN ke6 ...........

malaikat raqib & atib tetap merekod ............

shingga perbicaraan di hari mahsyar.....

Anonymous said...

NAJIBGATE?

Anonymous said...

pencacai PR ni tak habis2 dgn skandal Najib... Kerja Anwar lah ni... Nak tutup skandal dia! Skandal moral Anwar.. Skandal 3b.. Skandal Azmin.. Skandal Ustaz Badrol.. Skandal guan eng.. Skandal pasar tok guru... Skandal mat sabu... Banyaknya skandal dlm politik malaysia Takyah mengundi lah nampak gaya... Undi PR DAP yg berkuasa... Undi PAS Samalah mcm undi DAP.. Undi PKR ... Calon tak kualiti langsung... Baik aku undi BN!

Anonymous said...

Skandal dinar emas kat kelantan ... Org kelantang pls say no to PAS, skandal Talam, pasir ... Orang Selangor pls say no to PR.. Vote BN...

Anonymous said...

abis ngkau tak kene rekord ke

Anonymous said...

tulisan GAP ni kali ni tinggi meritnya..

tulisan ko macam LGE jugak '..ajak org bertumbuk jugak..hemah masih kerdil'...

aku Melayupun naik segan dg CSL...

Anonymous said...

sama jugak... hemah serendah LGE...

Anonymous said...

gua setuju...nak beli tunjuk ic malaysia...

Anonymous said...

komen merapu meraban

mcm nama dia jugak..

Anonymous said...

GUAN ENG MANA SALAH.
DIA PERFECT PUNYA OLANG.
ALWAYS RIGHT.
NEVER WRONG.
KHALIFAH KATAKAN.
NANTI PAS MARAH.
DIA KAN IDOLA KEPIMPINAN PAS.
SOKONG NIK AZIZ MEANS SOKONG GUAN ENG.
GUAN ENG DAN DAP KAN YANG MAHA MULIA DARI KACAMATA PAS.
PAS AKAN BANGGA BILA GUAN ENG JADI PERDANA MENTERI.
JAHANAM TO NAJIB.
LIM KIT SIANG KETAWA LAGI........

matt said...

Jgn layan.. buang masa je.. pkr tk relevan.. anuwar tk relevan..

Anonymous said...

Mmgnla kena rekod... Tak betul kena betulkan... Cuma nak bagi komen kat pencacai yg copy paste tu... Mmg sah pencacai PR... Dia macam tak nampak skandal PR... Hujah takde ...copy paste je!

matt said...

Skandal anuwar dan skandal mt sabu raqib & atib tk rekod ke?

Anonymous said...

malaikat Raqib n Atib merekod... Masalahnya dlm dunia politik PAS semua skandal Anwar tak direkodkan.. Mereka padam... Buat tak tau...

Bomo Siam said...

Article hg ni ori ke GAP?

Rasa macam pernah baca, tapi di mana ye?

"Boss! Kat Utusang!"

Ye ke Labu?

Anonymous said...

TONGONG PUNYA BOMO SIAM. IDIOT !

Anonymous said...

keje keras nmpk bomo.ada habuan ke

Anonymous said...

DON'T THINK HE IS AS SMART AS HE THINKS.
HE SOUNDED VERY RACIST INDEED.
Soi lek got a point.
MCA FOUGHT FOR HIS FOREFATHERS MALAYSIAN CITIZENSHIP.
BODOH PUNYAAPEK GUAN ENG.

Anonymous said...

LGE kata DAP juga mewakili Melayu....... Aku kata Kah! Kah! Kah!.....

DON MELAYU said...

lpas satu2 kbodohan pmimpin pmbgkang terserlah..moag2 rkyat malaysia dpat mnilai dgn mata hati niat sbnr pmbgkang yg ingin hncurkan negara ini..

Anonymous said...

Lu ckp byk,,mana documentnya tujuk la

Anonymous said...

Aku rasa naik pangkah MCA, MIC saja .... Takmau aku pangkah UMNO ....... Sebab CSL tersangat hebat anti Islamnya . Sebab tu segala projek UMNO .... MCA Sebat saja..... MCA makan isi..... UMNO ceduk kuah sajalah selama 55 ttahun....... Dasar UMNOPUTRA... ALI-BABA .... Korupsi............. Memang hebat .Tipu rakyat......

Anonymous said...

CSL ada kelas, LGE cam cina babi je, walau bagaimana pun yang tak relevan adalah Anwar Ibrahim.

bob hamid said...

apa yg bleh guan eng banggakan dngn pentabiran dia d pulau pinang??nk cat rumah flet pon kerajaan dia x mampu.....sebelum menang mcm2 janji tabur selepas menang dia bt bodo dan berdiam diri...sikit2 kerajaan pusat....mcm nie punyer parti ke nk perintah malaysia???aku rasa hancur malaysia...klu parti guan eng merintah......

Anonymous said...

Dap perjuangkan melayu, Ahmad Don menang undi tertinggi kena cantas. Pas perjuang Islam, Hassan ali pun kena cantas....