Jangan mudah sangat buat kesimpulan sedangkan prosiding Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai isu pendatang asing tanpa izin di Sabah, masih berjalan.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata oleh kerana siasatan RCI masih berterusan, maka adalah tidak wajar bagi mana-mana pihak memberi komen yang menyalahkan mana-mana pihak berhubung perkara yang ditimbulkan dalam prosiding itu.
"Janganlah buat sebarang kesimpulan sebelum prosiding ini selesai. Janganlah tuduh SPR itu dan ini. Tak tepat. Belum habis. Tunggulah sampai habis. Kita hormatilah RCI," katanya.
Bercakap pada sidang akhbar di Kuching, beliau berkata memberi komen ketika ini samalah seperti membuat kesimpulan tentang kesudahan cerita dalam sebuah filem yang belum habis ditayang.
"Pada awal cerita dalam filem tu, hero kena tembak. Tapi, janganlah buat kesimpulan hero tu dah mati. Pada penghujung cerita, rupa-rupanya dia pengsan saja," kata beliau.
Mengenai persiapan SPR untuk menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, Abdul Aziz berkata suruhanjaya itu dianggar memerlukan RM78 juta untuk melaksanakan tugasnya di Sarawak, dengan lebih separuh daripada jumlah itu diperlukan untuk menyewa kenderaan untuk kegunaan petugasnya.
Katanya jumlah yang diperlukan itu adalah yang paling tinggi berbanding untuk negeri lain berikutan keluasan Sarawak.
Terdahulu, beliau menyerahkan surat pelantikan kepada lapan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang dilantik sebagai pemerhati tempatan bagi PRU ke-13 di Sarawak.
Dalam ucapan pada majlis itu, Abdul Aziz berkata empat persatuan, Persatuan Kebangsaan Dayak Bidayuh, Persatuan Kebangsaan Orang Ulu, Persatuan Belia Islam Nasional Cawangan Sarawak dan Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak, akan memantau proses pilihan raya di kawasan Kuching.
Persatuan Melanau Sibu dan Dewan Perniagaan Cina Sibu akan bertindak sebagai pemerhati bagi kawasan Sibu, manakala Persekutuan Orang Ulu Malaysia dan Persatuan Cina Miri menjadi pemerhati bagi kawasan Miri, katanya.-5/2/2013
5 comments:
penghujung cerita paling tidak enak buat pembangkang...seblum habis cerita..mereka perlu buat persepsi yg bukan-bukan...kerna
penyokong tentu syok dengan
ceritera dogengan pemimpin mereka!!
"Pada awal cerita dalam filem tu, hero kena tembak. Tapi, janganlah buat kesimpulan hero tu dah mati. Pada penghujung cerita, rupa-rupanya dia pengsan saja," kata beliau.
la kelakarla ststement yg SPR ulas berkaitan RCI...
Wahai kawan2 komentar sape la 'hero' tu ? ada gak hero mcm tu.. ha!! ha!! ha!! ha!! ha!!
HANAFI VALE. Fire !! K.O. PR !!
Pakatan Rakyat memang pelik, siang malam hanya tahu berpolitik saja, kerja lain tak tahu dibuat. Lihatlah isu-isu semasa masyarakat, semuanya diperjuangkan oleh Barisan Nasional, sedangkan Pakatan Rakyat sibuk berpolitik siang dan malam tanpa mempedulikan dosa pahala dan tidak peduli buruk dan baik sesuatu perkara.
Lihat isu kemiskinan, yang memperjuangkan untuk membasmi kemiskinan adalah Barisan Nasional, sedangkan Pakatan Rakyat sibuk mempolitikkan rumah orang miskin untuk memburukkan kerajaan tanpa ada usaha dari Pakatan Rakyat untuk bantu orang miskin itu untuk baiki rumahnya.
Dalam isu pendidikan pun sama, dipolitikkan semua perkara seperti sekolah vernakular, isu PPSMI, isu pelan pendidikan, semua usaha kerajaan untuk pembangunan pendidikan negera dipolitikkan dengan begitu keji oleh Pakatan Rakyat sedangkan Pakatan Rakyat tak ada inisiatif apa pun untuk membangunkan pendidikan di negara ini.
Isu ekonomi, Pakatan Rakyat sibuk menipu dan menghasut orang ramai dengan berbagai pembohongan seperti isu Lynas dan RAPID, sedangkan dalam isu Madrasah Salihiah yang dirobohkan oleh PAS di Kedah, boleh pula roboh madrasah untuk buat shopping complex jika yang membuat itu adalah PAS atau sekutunya dalam Pakatan Rakyat.
Negara kita akan porak peranda jika membiarkan Pakatan Rakyat berkuasa, kerana Pakatan Rakyat tiada agenda yang jelas untuk membangunkan negara ini. Sedangkan Barisan Nasional mempunya matlamat yang jelas yang telah disemai dan dipupuk sejak puluhan tahun yang lalu.
Lihatlah saja sikap PAS dan DAP yang bertelagah dalam banyak hal, di mana PAS selalunya macam biasalah jadi pak turut kepada DAP sahaja walaupun tindakan itu tidak dipersetujui oleh akar umbi PAS, tetapi kerana ketamakan dan sikap dengki PAS terhadap UMNO, maka pimpinan PAS sanggup membiarkan PAS dicucuk hidung dan diseret ke sana ke mari untuk memperkuatkan ideologi ultra sekular DAP.
Sedarlah semua, manusia diberikan akal fikiran untuk bertindak, maka bertindaklah dengan waras untuk menolak golongan perosak seperti Pakatan Rakyat ini dalam PRU 13 akan datang. Kerana tiada gunanya menyokong golongan yang hanya tahu berpolitik siang dan malam sedangkan mereka tak tahu pun nak membangunkan negara.
Sedarlah, kita semua perlukan negara yang aman damai untuk mudah kita cari rezeki untuk diri kita dan keluarga kita. Jika negara porak peranda seperti Mesir, Libya, Syria, Afghanistan, Somalia dan beberapa negara lain, jangan kata peluang kerja akan terbantut, malahan pekerja sedia ada pun akan terancam dengan kehilangan peluang pekerjaan bila syarikat yang menggaji mereka muflis atau berpindah keluar ke negara lain akibat negara yang porak peranda kerana adanya golongan perosak seperti Pakatan Rakyat ini.
Insaflah semua, jangan terpedaya dengan ceramah-ceramah membohong dan menghasut yang diucapkan oleh golongan yang tidak peduli halal haram dan dosa pahala hingga sanggup membohong dan menghasut dalam ceramah-ceramah penipu mereka itu. Sedarlah untuk kembali ke pangkal jalan dan bersama-sama membangunkan negara ini dengan kerajaan Barisan Nasional untuk kesejahteraan kita, keluarga kita, masyarakat kita demi agama, bangsa dan tanah air. Sekian, terima kasih.
Encik Mohamad.
Nasionalis Melayu
Puak ni mau ditangkap dan sumbat dalam penjara saja dibawah akta hasutan. Kepentingan politik melebihi kepentingan rakyat.
ZURAIDAH PANTAN HITAM.DAH TAK KAWIO
Post a Comment