Sunday, March 10, 2013

LAHAD DATU : SULTAN JOHOR BERI SOKONGAN KEPADA PASUKAN KESELAMATAN !


JOHOR BAHRU - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah supaya diadakan solat hajat di semua masjid di negeri ini selepas solat Jumaat .

Baginda juga menitahkan solat hajat selepas solat Maghrib setiap hari bagi memohon agar semua anggota keselamatan yang mempertahankan negara daripada ancaman pengganas Sulu di Lahad Datu dan Semporna, Sabah dilindungi Allah SWT.

Baginda bertitah, usaha itu juga bagi memohon supaya pencerobohan di Sabah berakhir dengan segera bagi mengembalikan semula ketenteraman hidup rakyat di Sabah dan kedaulatan serta keamanan Malaysia.
"Saya mengucapkan takziah kepada semua keluarga anggota keselamatan yang telah terkorban di Lahad Datu dan Semporna semasa bertugas mengawal keselamatan dalam kes pencerobohan pengganas bersenjata di Sabah.

"Saya berdoa ke hadrat Allah semoga roh semua anggota keselamatan yang terkorban dicucuri rahmat dan diletakkan dalam kalangan orang beriman," titah baginda dalam sidang akhbar di Istana Pasir Pelangi di sini hari ini.

Baginda berharap, semua anggota keselamatan yang terlibat baik polis mahupun tentera serta agensi keselamatan lain sentiasa berhati-hati dalam menjalankan tugas yang berat serta mencabar itu demi untuk mempertahankan keselamatan rakyat dan kedaulatan negara.

Baginda turut menyuarakan keyakinan terhadap kepemimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam menangani isu pencerobohan yang berlaku di Lahad Datu dan Semporna itu.

"Perdana Menteri tidak ambil ringan tentang perkara ini dan dia tahu apa yang terbaik untuk menyelesaikan perkara tersebut," titah baginda ketika diminta mengulas mengenai permintaan Datuk Seri Najib Tun Razak yang mahu kumpulan pengganas Sulu segera meletakkan senjata dan menyerah diri tanpa sebarang syarat.

Dalam pada itu, menurut baginda, kehilangan seorang anggota polis yang terkorban dalam misi tersebut iaitu Lans Koperal Mohd. Azrul Tukiran, 27, turut dirasai anakandanya, Tunku Laksamana Johor Tunku Abdul Jalil.

Titah baginda, Mohd. Azrul adalah kenalan Tunku Abdul Jalil dan mereka amat rapat ketika menjalani latihan kepolisan di Ulu Kinta, Perak.


6 comments:

Anonymous said...

ANAK JOHOR,

Tabik untuk Tuanku, kami anak Johor sama-sama mendoakan keselamatan perwira kita untuk di medan perjuangan. Semuga berjaya.

Anonymous said...

Sokongan penuh utk sultan Johor. Tapi sebagai seorang muslim..saya wajib nasihat, saf kena rapat tuanku walaupun carpet telah tetapkan jarak tetapi sunnah nabi kena ikut.

Anonymous said...

Tak kiralah apa pun darjat tuanku, bila solat berjemaah, SAF MESTI RAPAT!

Anonymous said...

Saf renggang sedikit tk jadi masalah. Masslah besar bila pemimpin menoron pelacur dan juga peliwat jantan. Tu lebih penting

Anonymous said...

Anom 8.42PM

Solat tu masih SAH la...walaupun saf tidak berapa rapat.

Baik kau tegur budak kecik belum baligh sembahyang bersama di barisan hadapan dengan orang dewasa...

Anonymous said...

Hukum merapatkan saf solat yg paling adil ialah sunat, namun ahli tahqeeq spt Syaykh Nasiruddin Albani meletakkan hukum wajib kerana kerasnya hadis2 yg mana Nabi merintahkan saf dipenuhi dan diluruskan dan ancaman jika ingkar (Hadis riwayat Nu'man bin Bashir ra, di mana Nabi memerintahkan supaya meluruskan saf 3 kali dan jika kamu tidak meluruskan saf, atau Allah akan mencerai-beraikan hati-hati kamu (Imam2 Abu Daud, Ibn Hibban, Ahmad, Daruqutni dan Bukhari.))