
NIZAR SI NAMRUD DERHAKA !



gap bukan ahli umno, cuma berminat membaca perjuangan wadah keramat ini sahaja. umno pernah menghadapi golak politik yang penuh ranjau. hampir setiap abad umno akan 'dihidangkan' dengan cabaran maha agung mendepani krisis politik dalamannya sendiri.
jangan kita nafikan bahawa umat melayu pernah berperang sesama sendiri. revolusi kebangkitan melayu menantang peliwat sekitar 1699 telah mencatat sejarah terawal bahawa umat melayu telah mendahalui perjuangan kebangkitan rakyat 100 tahun lebih awal dari revolusi peranchis dan revolusi iran 1979 ! marah umat melayu mengheret tubuh badan sultan mahmud pada revolusi itu cukup menggerunkan. seperti ulangan pembunuhan rashid dostum di bumi afghan, mayat sultan mahmud di heret dan ditikam bertubi hingga ke pengkalan pelabuhan johor.
pemimpin alim yang punyai darah ahlul bait telah diangkat menjadi sultan, dan sultan ini jugalah telah bertarung dengan penderhaka secara solo pada waktu subuh. tatkala sedang berzikir di teratak, datang sejumlah besar penderhaka yang menuntut bela kematian sultan mahmud. puluhan penderhaka melayu telah menyerang hendap namun pemimpin agung ini sempat membuka langkah pencak silat, membunuh 8 orang penderhaka sebelum tumbang dan syahid memegang tasbih ! ALLAHUAKBAR ulangan kisah sahabat r.a yang tubuh syahidnya didapati hampir 100 liang tikaman di badan dek pedang kafirin !
kibasan parang pernah dihayun oleh orang melayu kepada umat sebangsanya. krisis 1987 meletakkan situasi genting ber beda pendapat umat hampir seinci ke arah perang saudara. semuanya kerana apa ? BERBALAH MEREBUTKAN KUASA.
1987 telah melahirkan kumpulan perpecahan terhebat untuk umno. team A menentang team B. satu digelar umno baru dan satu lagi semangat 46. hanya perbezaan 41 tahun sahaja dari tahun keramat 1946 perpaduan melayu menentang malayan union, umat melayu telah kembali bertelingkah.
pemilihan umno 1987 telah memecah belahkan roh perjuangan ahli parti umno. mereka berpecah dan bercakar. di situ muncul anak seorang alim. muhyidin bin haji mohd yasin. menteri besar termuda selepas najib di dalam parti umno. anak muda ini memerhati gawat umat 1987. gawat umat ini merebak laju ke johor, kubu kuat umno ketika waktu. siapa sangka orang tua dan muda, jemaah surau dan masjid, pekerja sektor kerajaan dan semuanya telah terbahagi dua.
veteran pejuang malayan union ramai yang masih hidup ketika itu, syahdu melihat majoriti melayu umno parti keramat menuju kehancuran. air mata bergenang melihat masa depan nasib anak bangsa.
muhyidin memerhati surah quran, direnung kisah sunah nabi saw dan sahabat, memohon petunjuk dan roh semangat dariNya. benarlah doa LAHAULAWALAQUWATTAILLAHBILLAH. di situ dia telah menemui jawapannya.GERAKAN PERPADUAN UMAT MELAYU ! sama seperti pihak uthman r.a (muawiyah) dan gerombolan tentera aishah r.ha ! quran dijunjung di mata pedang sewaktu hampir nyawa sahabat melayang . MAHA SUCI RABBULALAMIN, muhyidin yasin melakukan semula ulangan sejarah.
perhimpunan melayu johor telah dicanang.18 disember 1988 menjadi tarikh keramat penyatuan. seluruh umat melayu hadir, baik tokoh plitik,agama,budayawan,profesional,guru,imam jemaa surau dan masjid,pemandu teksi,guru dan penarik beca semuanya bersemangat kembali. resolusi melayu johor telah menggerakkan MT umno untuk memanggil semula seluruh ahli S46 termasuk musa hitam untuk kembali menyokong umno.
muhyidin kini hadir untuk memimpin umat sekali lagi, di waktu perpecahan melayu semakin memuncak selepas pilihanraya ke 12. muhyidin mahu bertarung untuk menjawat jawatan timbalan presiden umno seterusnya menjadi timbalan perdana menteri.
anwar bin ibrahim pernah berada di situ. di jawatan itulah anwar menghalalkan segala yang haram. hidup dan setiap saatnya tiada lain melainkan menghancurkan dan keadaan menjadi semakin parah selepas pilihanraya ke 12. saat ini juga tatkala anwar berada di sebelah sana, masih ada terdapat 'baruanya' di dalam pemilihan ini.
meletakkan pemain amatur di perlawanan akhir bola sepak piala dunia merupakan kesilapan terbodoh seseorang jurulatih. perwakilan umno yang bertuankan helaian wang pada 24 mac ini tidak akan diampunkan dosanya ! najib dan muhyidin perlu diangkat menjadi ketua negara !
2 minggu mendatang ini cukup menyenakkan perut anwar ibrahim. kecelaruan rutin hidupnya kerap bertukar tanpa mengira masa. adakala isterinya yang bernama wan azizah dipanggil 'bibik', sarapan pagi tiada lagi minuman kopi bagi mengelak peristiwa silam menghantui.
PERKARA 1
salam sejahtera to all my rakan-rakan friend n family, as per told oleh iklan digi n family. gap sudah lama tidak update blog not because kerana lupa, tetapi as u know i have a lot and little thing to do. so i busy sikit ok.
http://www.tranungkite.net/v8/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=17027#443726kami bertemu di mount kiara, tempat pertemuan anwar dengan chua soi lek. namun pertemuan ini di alih lokasi bagi mengelak syak dan berpindahlah kami ke the curve. tempat yang padat dengan karenah manusia pelbagai ragam. gap datang dengan memakai t-shirt black 14, bagi memberi 'hint' kepada mereka aku ini memang 'pro' pada anwar ...weeekkkk. apakan daya, kita menuruti bidalan budaya bangsa, masuk kandang kambing mengembek...
sidang dewan kami memang panas. habis semua kata cerca dihambur pada nizar dan pas. dialog pertama 'orang' kuat muskam taklain melainkan kiranya 'ada peluang' PR memerintah semula perak, maka yang layak menjadi menteri besarnya tidak lain mustapa kamil ayob. aku tanya apa hujah kamu yang mengatakan muskam lebih layak dpd nizar, senang cerita jawapannya mudah. si bangang nizar telah 'mohon derhaka' pada sultan azlan, takkan sultan azlan nak ambil balik manusia derhaka mentadbir negeri ni ! hhhhmmm..memang perangai aku suka menuang minyak kedalam api , aku bagi lagi soalan bakar !
'tapi bro at least mb perak ni melayu dan islam.bg lah peluang pada dia perintah' aku lepaskan soalan provok. ..pantas orang kuat pkr perak ini menangkis soalan aku. 'gang, manusia apa jenisnya nizar nih'..rokok gudang garam di sedut laju. 'mana boleh seorang mb melayu jalankan tugas secara jujur bila kelilingnya orang DAP bro'.. member ni menambah 'aku bagi kau satu contoh sial la si nizar ni buat '..aku menunggu penuh sabar penjelasan mamat ni, kali ini puntong roko gudang garam sudah ditenyeh kat astray. ' bro kau bayangkan si nizar ni jual tanah-tanah kat cina through undian angkat tangan bro !'
'woo' aku tersentak. 'biar betul lu brader ?'..soal aku mahukan kepastian. 'kau nak tau tak masa last mesyuarat exco si jamal adun behrang tu sudah HENTAK MEJA banyak kuat !'...'kau nak tau pasal apa, ni si nizar ni gadai tanah kat perak melalui undian tangan, contoh macamni. ada tanah kat tapah nak diberi pada kg baru cina,mesyuarat exco lulus melalui undi tangan. so macamana exco melayu nak lawan kalau semua undian tu dap cina setuju dan ada majoriti'..' sinizar bahalol ni pulak asyik dok kata OK OK OK je kat ngeh !' ....aku geleng kepala je dengar cerita budak pkr perak ni, member aku lagi sorang senyap dan pada pandangan aku dia sudah tau perkara ni lebih awal.
lagi satu perkara yang menyakitkan hati si jamal, apabila hampir selama 11 bulan mesyuarat exco nih bila melibatkan keputusan penting, mesyuarat akan dijalankan dalam bahasa cina. 'apa kejadahnya si jamal ni nak tau, nizar asyik dok angguk je la bila ngeh bercakap, macam sial la nizar'..dengus pimpinan pkr perak ni.
dari sini bermula cerita asal jamal dan osman 'melompat'. dek kerana kecewa yang teramat tinggi terhadap perangai hodoh nizar, mereka ke kuala lumpur. beberapa hari mereka ini cuba dihubungi oleh pakatan perak, namun tidak jua berhasil hinggalah si jamal 'on' kan semula telefon bimbit nya. 'hallo jamal, u dimana' sergah ngeh kurang ajar. jamal yang angin dengan sikap biadap si ngeh ni pun buat cerita 'oi bahalol aku kat pahang' ! TUUTTTT..hp butang merah ditekan kuat, marahnya jamal bukan main. ' kurang ajar punya exco' bisik hatinya...
sambung member pkr tu lagi. 'bro bila si jamal mainkan ngeh kata dia kat pahang,ngeh dah gelabah, dia ingat jamal dan osman dah LOMPAT' kata mamat ni. lalu orang kuat pakatan perak ismail yusof menghubungi ustaz zulkifli ibrahim bertanyakan tentang 'surat akuan meletak jawatan' yang telah siap sedia dikarang sehari selepas perak tumbang. ' ya sheikh, saya ada di luar,hang pi rumah bgtau isteri ana minta dia keluarkan surat tu.surat tu ada kat bawah tilam' kata ustaz zul kepada mail.
asalnya jamal dan osman sekadar mahu menggertak keseluruhan exco perak supaya lebih profesional dalam menangani isu islam,melayu,tanah,balak,pembahagian kerusi ahli majlis. dek kerana gelabah dan kebodohan pas/dap perak menangani isu mereka, ruang menunjukkan 'KUASA PEMUTUS' sudah terbuka luas.
selama 11 bulan mereka bersikap autotarian, kini masa menemukan buku dengan ruas ! bertemulah jamal/osman dengan hamidah,hamzah zainudin dan dr zamri yang merupakan pemimpin terakhir mereka mereka ketemu untuk 'mengikat tali'. ezam dan sd johari sahabat lama jamal tersenyum gembira melihatkan sirih sudah mahu pulang ke gagangnya. umpama kabar gembira pahlawan kembali ke gelanggangnya, nasarudin dan timbalan speker pun turut serta.
apa yang berlaku kita sudah ketahui. nizar mengidap penyakit meroyan britney spears, kemaruk kuasa dan kereta. 'aku masih mb, aku masih mb' ronta jiwa hatinya. ngeh dan ngah kini diburu kebimbangan. saudagar-saudagar balak mahu balik wang ehem ehem mereka ! parti pas memandang anwar bin ibrahim adalah perosak segala-galanya. di hati kecil mereka sudah semakin memahami bidalan ' kalau takut dilambung ombak,jangan berumah di tepian pantai'...
nizar kabarnya sudah tidak dapat diterima oleh pimpinan pkr perak. pas semakin berpecah kerana nizar dan anwar. fraksi dalam pas semakin jelas menimbulkan wajah hodoh di permukaan. wahabi,syiah,erdogan,anti ulamak,kumpulan ulamak,pro muzakarah,abim pas,jim pas sudah mula bermesyuarat sakan untuk menguasai tahta dalam pemilihan bulan jun nanti. nik aziz hmmmm...semakin nyanyok dan menyesatkan,kalau dulu dia lebih takutkan karpal daripada tuhan berkenaan isu hudud, kini ayat ALLAH menjadi percaturan gila ulamak sesat. pkr perak akan merobek rampas kerusi parlimen P059 walau apa yang terjadi. ..........
habis sidang perbualan kami, dari tadi member pkr perak dok memerhatikan baju t 'black 14' yang aku pakai. 'bro macamana selangor' tanya dia padaku. ok je selamba aku jawap. 'aku cuba dapatkan beberapa dokumen yang nizar bawak lari masa perak tumbang hari tu, kalau ada aku bgtau kau ya'... hahaha hati aku gelak sakan melihatkan pakatan yang semakin tidak keruan.