Wednesday, April 3, 2013
TUN DAIM BIKIN ANWAR MENGGELUPUR..
Dalam wawancara bersama akhbar China Press baru-baru ini, bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin, melahirkan keyakinan bahawa Barisan Nasional akan menang majoriti yang lebih besar dalam PRU13. Ramai sedia maklum Tun Daim ini adalah seorang pengkaji dan pemikir yang hebat dalam membuat analisis mengenai politik negara sekali gus akan membuatkan Anwar Ibrahim & pimpinan pakatan pembangkang kegelisahan!
Lebih menggembirakan ialah selain yakin dengan kepimpinan yang ditunjukkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Barisan Naiosnal (BN), Tun Daim turut mensasarkan BN akan mampu menang dengan majoriti yang lebih besar dalam PRU13.
Menurutnya, walaupun BN mungkin kehilangan beberapa kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Johor, Sabah dan Sarawak namun keputusan keseluruhan akan lebih baik berbanding tahun 2008 kerana BN dijangka akan memenangi balik banyak kerusi di Selangor, Kedah dan Kelantan.
Malah beliau percaya, BN mempunyai peluang untuk merampas semula DUN Selangor dan Kedah sekiranya Datuk Seri Najib meletakkan calon menteri besar yang boleh diterima rakyat. Jika BN letakkan calon yang benar-benar sesuai, Tun Daim percaya BN mampu menang majoriti yang lebih besar.
“Penduduk Kedah dilihat bersedia mahu membantu Mukhriz Tun Mahathir untuk menjadi Menteri Besar negeri itu,” katanya.
Selain dari itu, Tun Daim turut mengatakan permasalahan terbesar dengan pakatan pembangkang di negara ini ialah mereka tidak memenuhi janji-janji yang dibuat dalam manifesto tahun 2008. Katanya, disebabkan itu mereka dilihat kurang kredibiliti dan tidak dipercayai rakyat.
Beliau turut menafikan, andaian kononnya Perdana Menteri sebagai terlepas peluang keemasan untuk membubarkan Parlimen seperti yang dijaja beberapa pemimpin DAP. Ini kerana menurutnya pembubaran boleh dilakukan pada bila-bila masa yang sesuai dan bukan dalam tempoh tertentu sahaja.
Dalam temuramah berkenaan, beliau turut menasihati pengundi Cina agar berfikir secara mendalam dan berhati-hati sebelum mengundi.
“Apa yang anda dapat dengan cuba menghukum BN,” soalnya.
Selangor pula katanya berpeluang jatuh kembali ke tangan BN andai perikatan berkenaan dapat menyediakan calon menteri besar yang sesuai dan diterima ramai.
Ketika diminta mengulas mengenai makhluk bernama Anwar Ibrahim, Tun Daim di dalam wawancara yang disiarkan sebelum ini mengatakan Ketua Pembangkang itu bukan setahun dua dalam kerajaan. Beliau masuk UMNO tahun 1981 dan sudah jadi Timbalan Menteri pada tahun 1982 hingga ke jawatan akhirnya Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan pada tahun 1998.
Cuba tengok kiri dan kanan sepanjang 16 tahun itu ada ke tidak sesuatu sesuatu dasar atau program atau projek istimewa Anwar yang boleh didirikan satu tugu peringatan sebagai lambang kehebatannya. Jawabnya tentu tidak ada. Kejayaannya meniti setapak dengan segera dalam hiraki politik semata-mata kerana beliau dicop sebagai ‘Budak Bermata Biru’ Tun Dr Mahathir Mohamad waktu itu.
Kesimpulannya, jentera BN di setiap kawasan pusat daerah mengundi (PDM) perlu memberikan komitmen yang tinggi dalam memastikan calon yang dipilih oleh kepimpinan diterima. Jentera dan petugas parti perlu meletakkan kepentingan parti dihadapan berbanding kepentingan peribadi bagi mengelakkan sebarang unsur yang boleh merencatkan gerak kerja yang dilakukan.
Apa yang penting ialah, mengembalikan semua keyakinan rakyat khususnya pengundi terhadap BN/Umno sekaligus memberikan kemenangan kepada setiap calon yang dipilih oleh kepimpinan.
Tuesday, April 2, 2013
KHALID GEREJA SORANG SORANG DALAM MAHKAMAH..TANDA NAK MAMPUIH !
Perbicaraan kes saman Khalid Samad terhadap blog yang dikatakan dipunyai oleh YB Dato Hamidah Osman yang kononnya telah memfitnah beliau dengan mempamerkan imej beliau berbaju seperti seorang paderi.
Menurut peguam Defendan, Dato Hafarizam setelah diselidik melalui carian alamat internet yang sama seperti yang dikemukakan oleh Plantif mendapati image yang dikatakan gambar Khalid Samad berpakaian seperti paderi tidak kelihatan.
Carian yang sama juga telah dilakukan pada hari yang sama cuma berbeza beberapa jam sahaja mendapati tiada kelihatan image seperti yang didakwa oleh plantif.
Oleh yang demikian pihak defendan mahu pihak plantif mengemukakan bukti asli yang bukannya direka atau ditambah bagi tujuan dengan niat menipu dan memburuk-burukkan defendan iaitu YB Dato Hamidah Osman.
Ini bererti pihak Khalid Samad perlu mengemukakan satu salinan asli daripada blog asal hamidahosman. blogspot yang menunjukkan bahawa gambarnya telah disuperimpose bagi tujuan memfitnah atau sebagainya.
Salinan yang dikemukakan oleh pihak Khalid Samad seolah-olah ditambah image dirinya yang memakai pakaian seperti paderi
Semasa disoalbalas oleh peguam YB Dato Hamidah iaitu Datuk Hafarizam Khalid Samad mengaku tidak bersetuju dengan jawatankuasa fatwa negeri Selangor supaya Kalimah Allah tidak boleh digunakan oleh penganut agama lain.
Alasan Khalid Samad adalah beliau pernah bertemu dengan Sheikh Yusuf Qardawi, Sheikh Wahab dari Turki dan Ustaz Asri bekas mufti Perlis dan mereka terkejut dan sedih apabila mendengar Malaysia tidak membenarkan Kalimah Allah digunakan oleh penganut Agama lain.
Menurut Khalid lagi semasa zaman nabi Muhammad pun tidak berlaku sebegini rupa. Jika Nabi Muhammad melakukan seperti apa yang dilakukan oleh umat Islam di Malaysia maka kaum kafir akan menjauhkan diri.
Apabila ditanya adakah beliau telah membuat laporan polis tentang artikel yang dikatakan memfitnah beliau dan Khalid menjawab itu bukan soalnya dan saya fikir tidak perlu buat laporan polis.
Apabila ditanya kenapa semasa artikel itu keluar pada 12.1.2010 beliau tidak mengambil tindakan dan menunggu sehingga 23.11.2011 baru beliau mahu mengambil tindakan. Khalid menjawab bahawa dia perlu membuat persiapan.
Khalid Samad bersetuju bahawa artikel yang telah dikemukakan sebagai bahan bukti kepada mahkamah bukan daripada http://hamidahosman.blogspot.com/ tetapi sebaliknya daripada sumber lain.
Khalid Samad juga bersetuju apabila ditanya pendapatnya bercanggah dengan Majlis jawatankuasa fatwa negeri Selangor.
Dato Hafarizam menyoal adakah ilmu yang dimiliki oleh YB Khalid Samad jauh lebih baik daripada ahli-ahli majlis jawatankuasa fatwa negeri Selangor.
Khaid Samad menjawab walaupun saya tidak memiliki ilmu khusus tentang agama tetapi saya sentiasa berhujah mengikut sunnah dan dalil. Saya juga mengambikira pendapat beberapa ulamak termasuk Sheikh usuf Al-Qardawi dan Ustaz Asri.
Kata Khalid, saya sangsi dengan fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa ini kadang-kadang mereka melakukan perkara yang haram dikatakan wajib yang yang wajib dikatakan haram
JANJI DICAPATI PAKATAN.
Pengumuman pimpinan pakatan pembangkang yang ingin menurunkan harga kereta melalui ‘Manifesto Bukan Janji’ yang dibentangkan baru-baru ini dilihat sebagai pendekatan populis semata-mata. Ini kerana ramai yang berpendapat ia bukanlah kaedah yang terbaik buat rakyat malah bakal memberikan impak besar kepada negara.
Ini kerana secara keseluruhannya penurunan dan pemansuhan cukai kenderaan belum tentu menurunkan harga kereta. Sebagai contoh kereta hibrid tidak dikenakan cukai, namun harganya tidak pula diturunkan kerana pengeluar juga perlu mengambil untung.
Malah di Amerika Syarikat kereta tersebut turut dikenakan cukai, namun harganya lebih murah kerana pasaran negara itu besar berbanding Malaysia.
Kerajaan secara dasarnya telah mengambil kira pelbagai faktor dalam usaha menurunkan harga kenderaan, termasuk syarikat pengeluar, pengusaha industri kenderaan terpakai serta kepentingan pengguna.
Adalah penting untuk mengimbangi semua ini, kerana jika harga kereta terlalu rendah syarikat pengeluar tidak akan mendapat keuntungan malah para pelabur pula akan lari dan tidak lagi membuka kilang di Malaysia. Tidak ketinggalan penurunan harga kereta secara mendadak turut akan menjejaskan pembangunan industri automotif tempatan secara keseluruhan.
Kesannya ialah ekonomi kita, kestabilan ekonomi negara bakal terjejas sekiranya harga atau duti eksais diturunkan seperti yang dikatakan oleh pembangkang jika berjaya menawan Putrajaya. Malah mereka-mereka yang terlibat dengan industri automotif ini akan berdepan dengan situasi gulung tikar dan muflis.
Itu belum lagi diambil kira faktor yang akan menyebabkan hasil negara berkurangan sebanyak RM7 bilion. Sekali gus ia pastinya akan merencatkan usaha kerajaan untuk membangunkan infrastruktur kepada rakyat khususnya di kawasan-kawasan pedalaman.
Menurut pakar ekonomi, apa yang penting ialah bukan menurunkan harga cukai, kerana harga kenderaan sebenarnya boleh turun tanpa perlu mengurangkan pendapatan negara. Iaitu melalui langkah yang diambil oleh kerajaan sebelum ini dengan melakukan rundingan dengan syarikat pengeluar kenderaan.
Ini kerana langkah tersebut jelas terbukti memberi hasil positif yang jauh lebih baik berbanding ‘manifesto bukan janji’ pakatan pembangkang. Malah usaha kerajaan untuk mempertingkatkan mutu perkhidmatan awam agar lebih efisien, selamat dan dinikmati juga merupakan satu langkah yang dinamik.
Selain mengelakkan kesesakan jalan raya, kos perjalanan yang lebih murah ia juga mampu mengurangkan penceraman alam sekitar. Ini kerana hanya dengan menurunkan harga tidak akan mampu memberi penyelesaian terbaik kerana perlu mengambil kira faktor pengeluaran serta pendapatan rakyat.
Ia sekali gus menunjukkan bahawa pembangkang kini ketandusan idea sehingga membuat kenyataan tanpa kajian terperinci dan kesan yang bakal dihadapi negara jika ia dilaksanakan. Berbeza dengan kerajaan BN yang sentiasa mementingkan kebajikan rakyat dengan melaksanakan dasar-dasar yang mampu menjana ekonomi negara serta kemakmuran rakyat.
KEJAYAAN BESAR POK NIK ADALAH...
Setelah hampir 23 tahun mentadbir kerajaan negeri Kelantan, pimpinan Pas masih lagi dilihat mengunakan Islam sebagai modal untuk menagih simpati yang dijadikan sebagai umpan untuk terus menipu rakyat. Malah Mursyidul Am, Nik Aziz selaku menteri besar sering mengunakan alasan memartabatkan Islam bagi memastikan dirinya terus kekal di tampuk kuasa.
Malah slogan Kelantan merupakan “Serambi Mekah” kerana ditadbir oleh Pas, sebenarnya adalah satu pembohongan. Sedangkan pada hakikatnya, semakin banyak gejala-gejala maksiat yang melibatkan pelacuran, penyalahgunaan dadah dan perjudian telah berleluasa di negeri yang dipimpin Pas ini.
Sebagai contoh awal tahun lalu, masyarakat didedahkan dengan laporan mengenai kewujudan sebuah kedai makan yang dijadikan sebagai pusat karaoke berhampiran rumah Menteri Besar itu. Dengan jarak hanya 600 meter, pusat karaoke itu turut menampilkan wanita dengan tarian 'goyang kucing garong' atau 'tarian punggung'.
Seterusnya Majlis Perbandaran Kota Bharu yang diberi status Bandar Raya Islam terpaksa berdepan denga kerancakan maksiat yang tumbuh bagaikan cedawan di sekitar Kota Bahru terutama di sekitar jalan Jalan Hamzah dan Kampung Limau Manis.
Tidak cukup dengan itu negeri Cik Siti Wan Kembang itu juga pernah mencatatkan peningkatan yang mendadak bilangan kes rogol membabitkan remaja perempuan berusia 13 hingga 15 tahun dalam musim perayaan ini terutamanya sejak dua minggu lalu. Lebih malang dalam kebanyakan kes, mangsa dirogol secara bergilir-gilir.
Menurut angka yang dikeluarkan oleh Polis Negeri Kelantan kes penyalahaan dadah turut menunjukkan peningkatan pada tahun lalu dan menjadi penyumbang kepada peningkatan kes jenayah.
Untuk tempoh Januari hingga Ogos 2012, jumlah tangkapan dadah keseluruhan ialah 9,881 orang berbanding tempoh sama pada tahun 2011 iaitu 7,908 orang, menunjukkan peningkatan sebanyak 25 peratus
Bagi kes melibatkan pengedar, sebanyak 417 orang ditahan berbanding 313 orang pada tahun lalu, peningkatan sebanyak 33 peratus. Manakala dadah paling tersohor di Kelantan ialah dari jenis pil kuda nama saintifiknya Methamphetamine (dadah sintetik – campuran bahan kimia).
Maka tidak hairanlah statistik yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan pada 2011, mendapati setiap 28.8 bagi setiap 100,000 penduduk Kelantan telah dijangkiti penyakit HIV dan AIDS. Malah negeri yang dipimpin oleh mereka yang dikatakan ulama itu turut menjadi negeri paling tinggi mencatat kadar jangkitan HIV untuk tempoh dua tahun, sejak 2008 hingga 2009.
Oleh yang demikian, rasionalnya Pas Kelantan dilihat GAGAL untuk membendung kegiatan tidak bermoral ini. Ia berpunca dari sikap angkuh pimpinan PAS Kelantan sehingga menyebabkan gelaja tidak bermoral itu semakin merosakkan rakyat.
Inilah yang dinamakan, "kuman seberang laut nampak, gajah depan mata tak nampak". Mereka yang selama ini melemparkan pelbagai tuduhan kepada kerajaan BN/Umno kononnya tidak Islamik dan sebagai, terpaksa berdepan dengan musibah Allah SWT kerana sifat riak dan punca perpecahan.
Maka sudah tiba masanya untuk BN/Umno mengambil alih tampuk pemerintahan negeri bagi membetulkan keadaan serta membawa kemajuan sosioekonomi khusus untuk rakyat Kelantan yang terlalu jauh ketinggalan di belakang.
Kesimpulannya, kerajaan Pas Kelantan langsung tidak memperdulikan rakyatnya walaupun parti itu telah menukarkan slogan mereka kepada ‘Negara Berkebajikan’. Kalau stadium yang dijanjikan 17 TAHUN yang lalu baru hendak dibina, bagaimanakah nasibnya dengan janji-janji yang pernah ditaburkan? Jawapannya ‘Manifesto Bukan Janji’
Sekadar ingin bertanya, apakah jasa Pas untuk rakyat Kelantan?
CUBAAN KERISMUDIN CKMM CUCI TAIK DALAM BULETIN UTAMA MALAM TADI MAKIN TAK LAKU..
anda kenal foto di atas ?
anda kenal shoichi nakagawa ?
shoichi merupakan bekas menteri MITI jepun tahun 2009.
dia hadir pada majlis persidangan G7 di rome italy dalam keadaan mabok.
wartawan jepun membidas perangai shoichi yang telah memalukan maruah negara jepun dalam persidangan negara G7..
apa shoichi buat ?
sampai airport shoichi terus letak jawatan !
ya dia letak jawatan kemudian selang setahun dia membunuh diri !
meletak jawatan adalah tindakan terhormat shoichi.
dia tahu dia telah memalukan jepun hanya kerana foto dia tertidor masa persidangan G7.
kerismudin..
kerismudin ckmm.
kerismudin cium keris mintak maap..
kerismudin menteri amaran..
dalam kes rusuhan bersih tahun lepas, ramai anggota polis telah dibelasah oleh perusuh !
MANA TINDAKAN KERISMUDIN ?
kes lahad satu, kerismudin telah kantoi dalam kenyataannya yang mengatakan 100 orang yang menceroboh lahad datu dengan berpakaian tentera dan membawa senjata BUKAN PENGGANAS.
sedangkan penduduk pada 11 februari telah membuat laporan polis akan kelibat 100 lebih penyangak berpakaian tentera dan membawa senjata telah memasuki lahad datu.. !
sedangkan penduduk pada 11 februari telah membuat laporan polis akan kelibat 100 lebih penyangak berpakaian tentera dan membawa senjata telah memasuki lahad datu.. !
pencerobohan ini telah mencemar kedaulatan negara.
pencerobohan ini cuba menggugat keselamatan negara.
PAHLAWAN KITA TELAH TERKORBAN SYAHID KERANA MEMPERTAHANKAN NEGARA.
POLIS YANG DIBELASAH PERUSUH BERSIH TERUS MEMENDAM RASA TIADA TINDAKAN TERHADAP PERUSUH...
ini persoalan maruah dan keselamatan rakyat.
jikalau shoichi nakagawa pun punyai maruah untuk letak jawatan hanya kerana mabok, apatahlagi si kerismudin yang punyai liabiliti terbesar yang kerap memalukan najib.
yang mabok dah letak jawatan..
kerana dia percaya dia punyai integriti dan semangat kebertanggujawapan.
apa kerismudin perlu buat adalah mengakui kesilapan kenyataan dan bukannya masuk buletin utama tiap malam kononnya nak tunjukkan dialah hero yang dah aman kan sabah..
buletin utama malam tadi cuba cuci taik kerismudin. sayang taik tu dah tak boleh dicuci kerana hakikat sebenar kronologi lahad datu dan kenyataan kerismudin tidak boleh dipadam...
buletin utama malam tadi cuba cuci taik kerismudin. sayang taik tu dah tak boleh dicuci kerana hakikat sebenar kronologi lahad datu dan kenyataan kerismudin tidak boleh dipadam...
kerismudin sudah tidak kompeten dan tidak layak untuk dicucikan kesilapan besarnya..
Monday, April 1, 2013
BILA STRAITS TIMES SINGAPURA ANGKAT '3 BORN LOSERS' SEBAGAI HERO..
Singapore Straits Times raises glimmers of hopes for victory to Opposition.
Teo Cheng Wee features three military leaders recruited for Opposition.
First is former general Hashim Hussein, 66 years old joined PKR in March. He served as deputy army chief, from 1992 to 2002.
Second, former deputy army chief Abdul Ghafir Hamid,62 years old.
Third, former air force brigadier – general Abdul Hadi Khatab, 60 years old.
These are three born losers’ military leaders reckon to be going through the process of decaying brain cells while fighting psychologically and mentally against present challenges. Instead of tenaciously defending their country, they seek for relieve with PKR leadership for their conflicts of interest.
- Their traitorous thought and dispositions clearly received with warm welcome by political analyst conspirator to Opposition, Khoo Kay Peng. The traitorous retired army chiefs who joined the Opposition do not come cheap for Opposition, when corruptions and buying the big heads could have taken place in the list of PKR leader’s scheming political strategy to overthrow Umno.
- In thoughtless mood, Teo Cheng Wee seems reluctant to enforce his stand for Malaysian government besides writing ‘trying to consolidate support from security forces.’ His phrase invites demoralization to the present federal government; by stating salary hike for police and military personnel and raising the pay of most servicemen are not sufficient reasons for his points. He lacks points of overview of all other aptitudes and strategies that the defence ministry had been reinforcing to strengthen the security and sovereignty of the country.
H.S.
TUN M GERAKKAN KEBANGKITAN RAKYAT UNTUK TAMATKAN ANWAR,KIT SIANG DAN NICKY..
Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) adalah masa terbaik untuk rakyat negara ini menamatkan karier politik tiga pemimpin veteran pembangkang.
Mereka yang dimaksudkan ialah Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim; Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Gesaan itu dibuat oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad semasa berucap pada program Bicara Perdana Bersama Pemimpin Ulung di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kempas Permas, di sini malam tadi.
"Anwar sejak awal lagi tidak pernah memperjuangkan agama dan bangsa, baru tiga hari masuk UMNO minta jawatan Ketua Pemuda, lepas itu mahu Naib Presiden kemudian Timbalan Presiden sampai saya Presiden sendiri pun nak lawan. Sampai sekarang gila-gila nak jadi Perdana Menteri.
"Kit Siang pula sibuk mahu orang 'change', Barisan Nasional dah berapa kali 'change' dah... dia di situ juga. Patut dia kena buat dulu. Jadi orang Johor perlu ganyang Kit Siang, biar PRU-13 jadi hari terakhir politik dia.
"Nik Aziz pula bagaimana boleh gelar diri ulama jika mengatakan Tuhan mencarut, Nabi Muhammad sama seperti orang kampung biasa dan tidak perlu sambut Maulud. Tapi hari beranak dia, Karpal beri kek dan sambut pula," katanya.
Sehubungan itu, Mahathir menyeru rakyat menolak pakatan pembangkang yang jelas hanya 'bersatu di permukaan' walaupun hakikatnya mahu menipu sesama sendiri.
Menurutnya, tidak seperti BN yang ikhlas berkongsi kuasa dan kekayaan negara sejak merdeka lagi, tanpa berpura-pura dan tidak berlawan sesama sendiri malah calon yang bertanding mendapat undi semua parti komponen bagi memastikan kemenangan dalam pilihan raya untuk bina kerajaan.
"Bila mereka (pembangkang) menang... Kalau mereka menanglah... Mereka akan kelahi sesama mereka. Kalau mereka kalah... Dan tahu akan kalah... mereka mahu cetus tunjuk perasaan dan demonstrasi sepanjang masa.
"Dia (Anwar) memang 'expert' kalau tunjuk perasaan, dulu dalang demonstrasi pada tahun 1974 kononnya ada rakyat mati kebuluran di Baling, kemudian selepas dipecat 1999, lepas itu Bersih. Saya bukan jenis bertaruh, tetapi saya bertaruh 10 sen yang dia akan tunjuk perasaan," katanya.
Lebih 14,000 orang menghadiri mendengar ceramah tersebut. Turut hadir isterinya, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali; Ahli Parlimen Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed; Ahli Parlimen Kota Tinggi, Tan Sri Syed Hamid Albar dan Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff. - UTUSAN ONLINE
Subscribe to:
Posts (Atom)
.jpg)


.jpg)

.jpg)
.jpg)
.jpg)













