Sunday, April 7, 2013

TOP URGENT : SURAT PAS PUSAT YANG GELABAH DENGAN UMNO DIDEDAHKAN.


surat ini adalah punyai maksud.
dinamakan ia sebagai ops harimau belang.

dilakukan untuk mengeruh dan menakutkan pemikiran pengundi umno.

arahannya mudah. orang pas perlu mengajak bekas umno mahupun yang aktif dalam umno ( bahagian dan cawangan) untuk menyertai ops harimau belang.

pada pandangan aku, secara mudah bahasanya pas nak ahli umno sabotaj parti umno..

dilakukan pada pru ke 13 nanti..

sampai begitu sekali pas terdesak hinggakan terpaksa menggunakan ahli umno untuk sabotaj parti umno sendiri.

ini bermaksud pas sudah tidak berdaya lagi untuk meyakinkan pengundi hingga terpaksa panggil pemain import untuk sabotaj umno !

pas sudah tewas dengan umno !

kah kah kah...



Saturday, April 6, 2013

INI DIA..DETAIL LENGKAP AKUJANJI BN ! WAJIB SEBARKAN KEPADA SELURUH RAKYAT MALAYSIA,ASIA TENGGARA,ASIA, EROPAH DAN DUNIA !



http://www.manifestopru13.com/#sthash.0rZKB0hj.dpbs

LIVE PELANCARAN MANIFESTO BN ! SILA REFRESH KAN PC ANDA SELALU !


8 : 53 malam : bacaan doa oleh jamil khir baharom
8 : 59 malam : najib sudah memulakan ucapan.
9 : 04 malam : najib kata ini bukan manifesto, tapi AKUJANJI BN.
9 : 13 malam : najib bagitau akujanji ini dinamakan rakyat didahulukan. rakyat adalah ketua kepada BN.

9 : 20 malam : akujanji bercadang kurangkan cukai individu dan korporat secara beransur-ansur. mencipta 3.3 juta peluang pekerjaan baru.

9 : 25 malam : DI ATAS ADALAH ANTARA DETAIL 
MANIFESTO.

9 : 31 malam : najib berjanji membina 1 juta rumah mampu milik.

9 : 31 malam : BRIM naik rm1200.  bantuan persekolahan dinaikkan. projek highspeed rail KL-SIN, ktm dan rail akan dinaikkan.

9 : 39 malam : agenda luar bandar, jalan luar bandar,bekalan air dan letrik akan dinaik dan ditambah. lebuhraya pan borneo. lebuhraya pantai timur kuala krai-kota baru, lebuh raya pantai barat juga akan dibuat.

9 : 41 malam : bekalan air bersih di kelantan akan dilaksanakan.

9 : 42 malam : pelan induk dasar pendidikan telah siap. akujanji menaikkan kualiti pendidikan. BM,BI , matematik dan sains wajib lulus. wajib lulus BI pada peringkat SPM. pendidikan pra sekolah akan dinaikkan.

9 : 45 malam : isu keselamatan. mengurangkan jenayah. usaha untuk menambahkan unit rondaan motosikal dpd 1k-5k dalam masa 5 tahun. 

9 : 46 malam : memerangi rasuah akan dipertingkatkan. SPRM akan ada comission sendiri.

peruntukan untuk wanita. 30 % pembuat dasar meliputi wanita.

9 : 48 malam : 17 BIDANG MELIPUTI AKUJANJI BN.


LIVE PENGUMUMAN MANIFESTO BN MALAM INI DI BLOG GAP !


sekitar jam 9 malam ini blog gap akan membawakan secara langsung manifesto BN..

dikabarkan ini adalah manifesto KILLER SONG !

TOP URGENT :PAS SAKAU DUIT KORBAN LAHAD DATU ??!



Lihat perbezaan Tabung Wira Lahad Datu yang diwujudkan oleh dua pihak berlainan seperti di atas. Satu akaun diwujudkan oleh parti PAS yang mana apabila wang berkenaan hendak didepositkan ke Mesin Deposit Tunai, nama akaun yang keluar bukanlah 'Tabung Perajurit Lahad Datu' seperti yang diiklankan, sebaliknya tertera nama 'Parti Islam Se Malaysia'! 

Akaun 'Tabung Wira Lahad Datu' adalah akaun yang benar-benar telus. Nama tabung seperti diiklankan adalah sama dengan nama tabung yang dibuka di bank. Berbanding dengan kutipan yang dijalankan oleh pihak Media Prima yang mewujudkan satu akaun khas atas nama 'Tabung Wira Lahad Datu', PAS tidak mengarahkan pihak bank untuk mewujudkan satu akaun khas atau akaun asing dari akaun induk parti berkenaan. 

Persoalan kepada pimpinan PAS, jika ada wang sumbangan yang disalurkan melalui tabung derma Lahad  Datu untuk perajurit Negara, bagaimana Bendahari PAS hendak mengenal pasti wang itu adalah wang sumbangan untuk Tabung Lahad Datu dengan Tabung PAS semasa? Sehingga hari ini PAS tidak pernah mengumumkan jumlah hasil kutipan wang tabung berkenaan, berbanding dengan pihak Media Prima yang mengumumkan kutipan Tabung Wira Lahad Datu kini hampir berjumlah RM4 Juta.

CTS

PRU 13 BAHAN KEMPEN PT 23 : LEPAS MEMALI, INI PELUANG PAS SAKAU WANG RAKYAT !


Friday, April 5, 2013

PRU 13 BAHAN KEMPEN PT 22 : DAP BERIKRAR MAHU UBAH...


PRU 13 BAHAN KEMPEN PT 21 : RAKYAT SARAWAK TAKKAN LUPA PENGHINAAN HJ HADI...


PRU 13 BAHAN KEMPEN PT 20 : NIK AJIS AMBIL TUGAS ALLAH SWT ?


Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat merupakan antara beberapa pemimpin utama PAS yang tak pernah serik dari mencetuskan kontroversi demi kontroversi gara-gara tutur katanya yang kasar, celupar dan tidak berhikmah.

Tak berapa lama dulu Nik Aziz pernah sibuk menjaja isu syurga dan neraka, seolah-olah dirinya penjaga kunci yang akan menentukan orang yang sokong PAS masuk syurga dan orang UMNO masuk neraka.

Sebelumnya, Nik Aziz dengan selamba menyatakan kesediaan bersahabat dengan syaitan semata-mata untuk menjustifikasikan perlunya hubungan kerjasama PAS dengan DAP.

Terbaru, Nik Aziz yang juga adalah Menteri Besar Kelantan mendakwa orang Islam yang menyokong UMNO tidak akan mendapat pahala meskipun menunaikan sembahyang sebagaimana difardukan dalam Islam.

Alasannya konon kerana UMNO menerima dasar kebangsaan yang ditakrifnya sebagai menolak Islam yang dibawa oleh junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Makin tua makin merapu pula orang tua tak sedar diri yang gila kuasa mahu bertongkat langit sampai mati ini.

Nampak sangat Nik Aziz dah tersesat arah kerana salah memahami maksud kebangsaan mengikut fahaman sempit, tapi peliknya liberalisme dan pluralisme yang berakar umbi dalam PKR sedikit pun tak berani disentuhnya.

Ada pemimpin Melayu yang bersekongkol dalam DAP yang berpegang pada fahaman sosialis, tak pula Nik Aziz pertikaiannya. Mentang-mentang geng sendiri, hipokrit punya manusia bertopengkan agama.

Nik Aziz sebenarnya terdesak nak memainkan semula persepsi yang PAS itu Islam dan Islam itu PAS, menyokong PAS bermakna menyokong Islam dan menolak PAS maka dituduhnya menolak Islam.

Hakikatnya, Nik Aziz tak sedar yang PAS hanyalah sebuah parti politik semata-mata yang tertubuh akibat kekecewaan pemimpin-pemimpin awalnya.

Untuk pengetahuan Nik Aziz, semangat kebangsaan atau nasionalisme yang mendasari perjuangan UMNO merujuk pada wathan (tanah air), Dar al-islam dan Diyar al-islam, maksudnya satu perjuangan mendaulatkan tanah air tanpa mengetepikan ajaran Islam.

Susur galur fahaman yang sama juga yang mendasari kelahiran PAS di zaman Ahmad Fuad yang kemudian diteruskan oleh Burhanuddin Al Helmi dan Asri Muda. Adakah Nik Aziz sanggup mengira pahala dan dosa mereka, atau sebab mereka ini pernah bersama PAS maka terkecuali dari timbang tara Nik Aziz dan PAS?

Orang UMNO yang Nik Aziz kata tak dapat pahala bila bersolat inilah yang sakan berjuang memerdekakan tanah air dan berjuang memajukan ummah untuk bersaing dengan penganut agama lain supaya duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi.

UMNO ini jugalah yang sibuk berjuang mempertahankan kesucian kalimah Allah S.W.T dari dinodai oleh DAP dan PKR, sedangkan PAS sehingga sekarang gagal mengubah dasar PR supaya kembali menghormati kalimah Allah S.W.T.

Justeru itu, tak usahlah Nik Aziz memesongkan orang ramai tatkala diri sendiri gagal memahami realiti, lebih baik Nik Aziz cermin diri sendiri dan perbetulkan hala tuju PAS yang semakin dekat bergelumang dengan fahaman PR yang liberalisme dan pluralisme, ada juga faedahnya.

PRU 13 BAHAN KEMPEN PT 19 : MASALAH BESAR NAJIB ADALAH DIA SUKA TEPATI JANJI !


Hari ini genaplah 4 tahun pemerintahan Dato’ Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri.   4 tahun sebenarnya, adalah masa yang singkat bagi kita menilai seseorang pemimpin, namun tidak bagi pemimpin seperti Dato’ Seri Najib Tun Razak.  

Dalam hanya 4 tahun, Dato’ Seri Najib telah berjaya membuktikan kredibiliti dan kebijaksanaannya mentadbir negara, dan angka-angka ekonomi serta kepuasan hati rakyat adalah buktinya.

Lihat saja di media-media massa yang terpaksa menyediakan ruang yang agak besar untuk menyenaraikan segala pencapaian Dato’ Seri Najib bermula dari memperkenalkan konsep 1Malaysia sehinggalah kepada GTP, ETP dan pemberian-pemberian tunai kepada rakyat.  Begitu juga dengan pencapaian dari segi GDP dan juga indeks keyakinan pelabur, pembentarasan rasuah dan berbagai-bagai lagi yang mana tidak mungkin tercapai jika Dato’ Seri Najib bukan seorang pemimpin yang benar-benar berkesan.

Walau apapun yang dituduh dan diperkatakan tentang beliau, namun Dato’ Seri Najib ternyata seorang yang sukar untuk digoyah.  Sifat tenang beliau membolehkan beliau mengendali setiap situasi dan cabaran dengan baik.  Jika dahulu bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad dijadikan sasaran fitnah hebat serta kutukan dan cemuhan pembangkang yang masih berterusan sehingga kini, namun tidak keterlaluan dikatakan bahawa apa yang perlu dilalui oleh Dato’ Seri Najib adalah lebih hebat lagi.

Fitnah yang melanda Dato’ Seri Najib begitu dahsyat, iaitu termasuk terlibat dalam pembunuhan.  Malah isteri dan anak menantu beliau juga menjadi sasaran fitnah yang bukan-bukan sehingga kepada tuduhan mengamalkan ilmu hitam.  Beliau juga difitnah memakai tangkal di Mekah serta memakai rantai emas.

Apa yang menarik ialah, ketika pembangkang giat memfitnah beliau, Dato’ Seri Najib meneruskan tugasnya memimpin negara seperti biasa.   Akibat keengganan beliau untuk melayan karenah pembangkang, maka pembangkang terpaksa menggiatkan lagi usaha fitnah sehingga akhirnya pembohongan mereka menjadi terlalu besar dan tidak terkawal.

Pendek kata, fitnah-fitnah yang ditujukan kepada beliau lama-kelamaan menjadi begitu melampau-lampau lalu menyerlahkan betapa bobrok, buruk atau jahatnya puak pembangkang.

Hari ini, setelah 4 tahun berlalu, kita menyaksikan bagaimana satu demi satu fitnah yang melanda beliau terbongkar sendirinya sebagai pembohongan pembangkang tanpa perlu beliau membalas atau melatah pun.  

Tidak cukup dengan cabaran fitnah, usaha berterusan pembangkang untuk menimbulkan huru-hara akhirnya tercapai sedikit di saat-saat pilihanraya semakin hampir.  Ia berlaku di Lahad Datu, Sabah di mana pembangkang telah dikenalpasti sebagai dalang yang mengundangnya.

Namun, keganasan itu juga berjaya ditangani oleh Dato’ Seri Najib dengan tenang.  Malah keprihatinan beliau terhadap rakyat dan wira-wira negara juga terserlah melalui episod ini, sekali gus memberi peluang rakyat untuk menilai sendiri siapa pemimpin kita dan siapa atau apa jenis pembangkang yang kita ada.

Dato’ Seri Najib ternyata berjaya mengembalikan Malaysia ke kedudukannya yang istimewa di persada dunia seperti ketika berada di bawah pemerintahan Tun Mahathir.   Jika nama Malaysia dikhuatiri ‘pudar’ sedikit sebelum ini, nama itu kini kembali gah sebagai pembawa keamanan dan penyebar kasih sayang demi sebuah dunia yang lebih baik.

Jika dulu kita disanjung kerana kesungguhan membantu rakyat di negara yang berkrisis seperti Bosnia atau mangsa-mangsa kekejaman PolPot di Kemboja serta lantang membela Palestine, maka kini Dato’ Seri Najib menerus dan meningkatkan lagi ‘tugas keamanan’ itu.  Akhir-akhir ini beliau telah pun berjaya membantu mengamankan selatan Filipina di samping membantu Selatan Thai dan memberi ikrar kepada rakyat Palestine.

Walaupun dunia menyaksikan angka ekonomi yang tidak stabil, tetapi rakyat Malaysia kekal hidup dalam keadaan sejahtera tanpa merasai sedikit pun dari ‘gegaran’ ekonomi itu.  

Kita tidak tahu apa yang akan berlaku kepada negara, andainya bukan Dato’ Seri Najib dan bukan Barisan Nasional yang menjadi peneraju di kala semua cabaran ini melanda.

Oleh itu, menjelang Pilihanraya-13 ini, rakyat Malaysia wajar mengambil kira segala pencapaian dan segala perkembangan yang berlaku dalam negara dalam membuat pilihan.  Ketepikan emosi dan pilihlah dengan minda yang waras.

Di kala dunia sedang bergelora dengan ancaman kuasa besar yang ingin menakluk dunia serta melalui ketidak-tentuan ekonomi, maka memilih sebuah kepimpinan yang bijak, kukuh, kuat, ikhlas dan prihatin amatlah penting.  Janganlah kita mengabaikan kapal yang cukup teguh dengan terjun ke dalam laut yang bergelora semata-mata percaya adanya sebuah kapal lain yang akan menyelamatkan kita.  Padahal kapal itu belum pun siap dibina, dan nakhodanya juga belum tentu siapa.

Justeru, berdasarkan apa yang berlaku selama 4 tahun ini, kita yakin bahawa tiada yang lebih baik untuk menakhoda Malaysia, melainkan Dato’ Seri Najib.   Apa yang penting ialah, kapal kita, iaitu BN yang telah sedia kukuh, perlu dikukuhkan lagi dengan memberi sepenuh kepercayaan kepada nakhodanya demi masa depan yang lebih cerah.

PRU 13 BAHAN KEMPEN PT 18 : ANDA PILIH PAKATAN, BERMAKNA ANDA SOKONG MURTAD !



PRU 13 BAHAN KEMPEN PT 17 : LEPAS PAHANG, PKR PERAK HURU HARA !


Pengumuman Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim yang mengesahkan akan bertanding di Perak pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) ini dilihat sebagai satu tindakan serampang dua mata. Menurut sumber yang diterima, ia ekoran dari gelombang penolakkan orang Islam dan Melayu yang semakin mengenali makhluk ‘dua alam’ itu.

Ini kerana dikhabarkan majoriti pengundi di Pematang Pauh telah mula bosan dengan sindrom penafian Anwar yang sehingga kini gagal menjawab semua dakwaan berhubung isu salah laku moral yang dikaitkan ke atas dirinya.

Selain gagal memberikan khidmat yang cemerlang untuk para pengundi di kawasan, Anwar juga dikatakan jarang meluangkan masa untuk berjumpa dengan masyarakat setempat yang suatu ketika dahulu merupakan penyokong kuatnya. Maka telah mula kedengaran di kalangan pengundi di Permatang Pauh untuk menolak Anwar sekiranya dia masih mencalonkan dirinya dalam pilihanraya akan datang.

Menurut sumber pula, tindakan Anwar yang membuat pengumuman awal senarai calon PKR juga telah menimbulkan kemarahan di kalangan beberapa pimpinan pusat dan ketua-ketua peringkat cabang. Ini disebabkan kerana, ia telah memberikan kesan buruk, selain menimbulkan perpecahan di kalangan penyokong peringkat akar umbi.

Yang nyata, ramai yang tidak berpuas hati apabila Anwar menolak kepimpinan cabang sebagai calon pilihanraya, hanya kerana ingin memberi laluan kepada calon luar yang dikatakan sebagai ‘giant killer’. Ekoran itu, ramai yang dikatakan telah mengambil keputusan untuk tidak akan mengundi calon PKR.

Malah ada yang mengatakan akan memberikan undi kepada calon Barisan Nasional (BN) sebagai tindakan sabotaj ke atas kepimpinan Anwar, lebih teruk lagi apabila ada yang sanggup mengambil tindakan untuk keluar parti dan membubarkan ranting PKR.

Terbaru, Ketua Bahagian PKR Pasir Salak Ahmad Taufik Hassan juga antara yang dikatakan akan meninggalkan PKR untuk menyertai UMNO selepas 40 orang ahli PKR termasuk Ketua Pemuda PKR Sungai Siput mengambil langkah yang serupa. Sebelum ini, seramai 64 ahli PKR di Parlimen Pasir Salak nekad mengikut jejak langkah 120 ahli dan jentera PKR, Cabang Padang Rengas yang nekad untuk keluar parti.

Inilah yang dikatakan sebagai rahmat dari Allah swt, kerana semakin ramai yang telah diberikan petunjuk untuk menilai makhluk yang dikatakan sebagai pemimpin ‘anugerah tuhan’ itu.

Lihat sahaja mengenai berita tentang tokoh-tokoh tertentu dalam masyarakat dan bidang akademik yang telah mula menjauhkan diri dari Anwar Ibrahim. Mereka dikatakan tidak lagi mahu menyokong perjuangan yang berpaksikan kepada kepentingan peribadinya itu.

Mereka itu pula bukan golongan baru belajar berfikir dan menganalisis, tetapi merupakan tokoh yang amat disegani di dalam dan di luar negara. Prof Datuk Dr Sidek Baba sebagai contoh merupakan antara ‘hardcore’ yang boleh diibaratkan sebagai panglima perang Anwar. Ini kerana di UIA, beliau adalah merupakan pemangkin pada gerakan menaikkan Anwar di kalangan masyarakat intelektual serta dunia pelajar.

Selain mereka, Dr Hasan Ali dan Nasharuddin Mat Isa juga dilihat telah ‘berkerat rotan’ dengan Ketua Umum PKR, walau pun pada peringkat awal meraka antara yang turut serta dalam gerakan Anwar. Perkataan Pas diresapi parasit adalah komen pertama Hasan meninggalkan perjuangan Pas sebagai merujuk kepada usaha Anwar mencatur agenda Pas dari luar.

Persoalannya, apakah mereka yang masih bersama PKR ini tidak sedar dan tidak tahu lagi akan hala tuju perjuangan Anwar Ibrahim? Hakikatnya ‘KEADILAN’ dalam PKR hanyalah merupakan retorik semata-mata. Ini kerana perjuangan PKR = Anwar Ibrahim!

Dari dulu sampai sekarang ahli politik yang bercita-cita untuk menjadi perdana menteri itu memang tidak pernah dengar pandangan orang lain. Asyik veto, asyik saman, asyik pergi hotel jumpa budak muda yang akhirnya menyebabkan ahli-ahli PKR semakin diabaikan oleh Anwar.

PRU 13 BAHAN KEMPEN PT 16 : WAJARKAH DIA DIGELAR IMAM MAHADI ?



PRU 13 BAHAN KEMPEN PT 15 : AZMIN ALI JAGUH MORAL ? KIH KIH KIH..



PRU 13 BAHAN KEMPEN PT 14 : CHUA JUI MENG AKAN KETUAI GERAKAN SABOTAJ DAP DI JOHOR ?



Pengumuman oleh Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim mengenai pencalonan rasmi Lim Kit Siang mewakili PR di Parlimen Gelang Patah dilihat memberi kesan besar menyebabkan gerak kerja PKR Johor bagaikan kehilangan jeneral perang.

Mana tidaknya bila mana selepas pengumuman itu, Pengerusi PKR Johor, Chua Jui Meng terus senyap menyepikan diri membawa hatinya yang rajuk selepas kerusi Parlimen Gelang Patah yang menjadi sasarannya kini diberikan kepada DAP.

Tindakan Anwar menyebelahi Lim Kit Siang sukar dimaafkan oleh Chua Jui Meng selain turut mengecewakan penyokong PKR kerana merasakan Anwar sengaja mengkhianati mereka.

Masing-masing sebelum ini cukup teruja untuk melihat Chua Jui Meng bertanding di Gelang Patah yang dikira kerusi selamat untuk Pengerusi PKR Johor itu. Segala usaha dan wang ringgit yang dikorbankan kini melayang begitu sahaja dan hasilnya pula dituai oleh Lim Kit Siang.

Bagi Anwar pula soal setia kawan dalam politik tidak pernah kekal, ia hanya berguna bila ia dianggap menguntungkan dirinya sahaja. Dalam kes di Gelang Patah, ternyata Anwar lebih meyakini pemimpin DAP berbanding pemimpin dalam partinya sendiri.

Chua Jui Meng perlu menerima hakikat di mana letak kedudukan dirinya pada mata Anwar yang tergamak membiarkan pemimpin dalam parti sendiri terkonteng-konteng tanpa pembelaan.

Tika ini banyak spekulasi membayangkan kemungkinan Chua Jui Meng akan keluar dari PKR atau pun mungkin mengambil langkah drastik mengganggu kempen PR di Johor setelah dirinya diketepikan.

Dalam perkembangan terbaru, Nanyang Siang Pau melaporkan pada hari Sabtu 6 April 2013 nanti Chua Jui Meng akan membuat satu pengumuman penting berkemungkinan besar mengenai hala tuju politiknya.

Ada sumber menyatakan Chua Jui Meng hampir pasti menolak tawaran bertanding di tempat lain dan mungkin menyepikan diri serta tidak akan mengambil bahagian dalam PRU 13.

Jika ia menjadi kenyataan bermakna PR akan mendepani PRU 13 dalam keadaan tempang, kalau pun Chua Jui Meng berubah fikiran saat akhir menerima tawaran bertanding di mana-mana kawasan ia tetap memberi kesan moral kepada jentera PKR.