Thursday, February 13, 2014

APA KESUDAHAN CERITA INI..SEKERAT JALAN JE KE ?


kupasan kemas dan lengkap.
KLIK SINI

PROJEKTORI IMEJ TERBARU... BAPA LAHABAU MALAYSIA.


buat buat muka longlai...
bab acting lahabau ni memang lejen lah..
lahabau cuba menunjukkan kepada masyarakat
dia keletihan
dia kepenatan
sampai longlai projektori wajah dibuatnya
bagi menagih simpati..

esok lusa silap haribulan datang berpapah pulak.
kemudian pakai pendekap leher..

lahabau lahabau...
kaulah pemecah belah umat !

kredit foto agendadaily.

PS : MUNGKIN KUNYIT BOLEH MENYEGARKAN DIA KEMBALI ?

Wednesday, February 12, 2014

ANWAR....LEPAS MC APA PULA ?


antara alasan yang dijangka dikeluarkan oleh anwar selepas trick MC dibuat.

- tuan hakim,  sepupu nenek jiran saya mengandung. takde orang jaga..mohon pertangguhan.

-tuan hakim, cucu saya takde orang nak hantar ke tadika.. saya takut pembelajarannya terjejas. mohon pertangguhan..

-tuan hakim, saya masih trauma.. manchester united terus kalah dan kalah. ini mendatangkan kesan psikologi impak dan tekanan terhadap kehidupan saya..saya nak desak david moyes lepaskan jawatan sebagai pengurus MU supaya pilihanraya kecil manchester united diadakan semula..mohon pertangguhan.

-tuan hakim, sejak menggunaka ubat ni saya kerap muntah-muntah dan loya.. saya rasa saya mengandung tuan hakim .

-tuan hakim, saya akan minta beberapa lagi adun dan ahli parlimen pkr letak jawatan. saya rasa dalam lepas februari, bulan mac sampai disember ni ada lagi prk.. BN pun nak join dan terikut game saya ni. mohon pertangguhan tuan hakim.

CARA PEMIKIRAN BELACAN PERLU DIUBAH .


perkataan dan ayat yang selama ini menyebabkan melayu longlai, ke belakang dan diambil kesempatan untuk ditekan...

TAKPE LAH.
BIARKAN LAH..
BIARLAH ORANG LAIN BUAT KAT KITA, JANGAN KITA BUAT KAT ORANG.
BAGI CAN LAH..
ITU DIA PUNYA HAL LAH..
BERSABARLAH..
HARAP DIA SEDAR LAH..
BUKAN SEMUA MACAM TU...

tanpa sedar atau tak sedar, pemikiran seperti di atas telah menyebabkan kita dilihat lemah dan terlalu lemah.

budaya pemikiran seperti ini telah merugikan melayu. orang asing mengambil kesempatan di atas kelemahan dalam kebaikan melampau orang melayu.

hakikat politik sekarang memperlihatkan kejayaan orang asing yang berjaya memperbodohkan segelintir melayu hinggakan melayu yang lain pun terikut sama untuk menjadi bodohan ikutan kepada melayu pertama yang dimaksudkan.

kita dah tak tegas.

kebaikan kita terlalu bohsia hinggakan semua orang boleh guna dan gegar otak melayu sampai melayu yang pada asasnya berfikiran benar, sudah menjadi kerdil takut...

asakan otak kepada melayu untuk melakukan perubahan dalam pemikiran perlu dilakukan.

melayu perlu mengajar melayu untuk jadi kurang ajar kepada si pengkurang ajar.

bukannya dilihat menikus takut kerana penilaian politik.

anak belacan perlu jadi tegas. berani bercakap benar dan tidak takut untuk menegakkan hak .

hak islam dan melayu perlu menjadi keutamaan.

ada kelompok bumiputra di sebuah negara mula menampakkan riak ketidakpuasan terhadap banyak keputusan kerajaan.

kelompok bumiputra ini mulai merasa tekanan akibat dasar kerajaan yang terlalu mementingkan kelompok imigran yang membawa masuk nama dan wang lantas dijadikan permastautin.

kelompok bumiputra pada saat ini mula menyerang kelompok pendatang. kata mereka, pendatang ini telah mengancam kedudukan dan hak mereka.

bumiputra yang aku maksudkan ini adalah singaporean yang berbangsa cina, disebut bumiputra kerana mereka adalah bumiputra di singapura.

soalan mempertahankan hak bangsa sebenarnya tidak salah.

cina singapura sudah bangkit mempertahankan hak bumiputranya yang cuba dirampas oleh imigran.

serbia pernah bunuh bosnia atas nama bangsa.

chezh dan slovakia yang dulunya dikenali sebagai czeckoslovakia kini berpecah negara atas nama bangsa.

hari ini belacan diserang kiri dan kanan.
justifikasi serangan kononnya atas nama hak asasi.

memilukan bilamana ada belacan sanggup jadi benteng kepada cinabeng yang menghina bangsa melayu sendiri.

di sebelah belacan yang lain pula nampak takut untuk mempertahankan maruah bila diserang.

kerana dilihat lemah lah, kita senantiasa diserang tanpa ada rasa takut pun dari si pelaku.

sepertimana perkataan di atas, BIARKANLAH, SABARLAH DLL inilah yang menjadi punca penyangak naik tocang.

kerana perkataan di atas lah, kita memperlihatkan kepada mereka yang kita ini sebenarnya berotak lemah.

saat politik sebegini, politik tolak ansur patutnya dah takde dalam kamus belacan.

salah katakan salah, benar katakan benar.
tak perlu menjaga hati jika maruah sendiri dicemari.

kalau perkataan di atas terus BERLELUASA DI KALANGAN OTAK DAN PEMIKIRAN PEMIMPIN, TAK LAMA LAGI MASA DEPAN BANGSA AKAN MALAP DAN LENYAP.

saat itu, perkataan menyesal kemudian dah tak berguna.

kuasa pemimpin melayu dalam sektor demokrasi berlandaskan kepada undi.
belacan ada kuasa undi.

belacan perlu bangkit bagitau pemimpin apa yang benar dan salah.

otak belacan wajib buang ayat dan perkataan yang melemahkan otak.

terpulanglah kepada melayu... nak pemimpin belacan yang macamana... pas dah hancur, anwar lahabau...umno....





Tuesday, February 11, 2014

PRK KAJANG : INI MASANYA MELAYU BUAT TUNTUTAN KAT KERAJAAN !


kalau BN nak gak bertanding...

INI MASA PARA PENGUNDI MAKAN BELACAN TUNTUT MACAM-MACAM DARI BN .

jangan tuntut low class punya benda lah...

tuntut agar dihapuskan segala tuntutan dong zhong.
tuntut agar sijil pengajian dong zhong tidak diiktiraf.

tuntut sekolah agama islam ada air cond .
tuntut kerajaan sediakan makanan paling berkhasiat untuk anak belacan makan kat sekolah agama dan kebangsaan.. FREE.

dengan makanan berkhasiat, otak anak pembelacan akan lebih aktif dan cekap dalam pelajaran.

tuntut masjid dan surau diberikan LOUD SPEAKER PALING KUAT UNTUK AZAN.

tuntut kawasan malay street, khas untuk pembelacan berniaga .
tuntut satu kawasan baru untuk anak belacan sambung belajar kemahiran dan teknikal .

tuntut seluruh sekolah agama diberi RM30 juta untuk anak-anak belacan belajar .

tuntut sekolah kebangsaan diberikan RM12 juta untuk kemudahan anak-anak belacan .

tuntut kerajaan membina banyak lagi masjid dan surau .
apartmen dan flat belacan kasi peruntukan RM10 juta.

TUNTUT KERAJAAN BAGI SORANG SATU ANAK BELACAN SATU BASIKAL .PILIH MOUNTAIN BIKE, ROAD BIKE ATAU APA JUGAK .FREE  SEBAGAI GALAKAN KE SEKOLAH DAN BERSUKAN .

tuntut kerajaan membenarkan anak cina masuk belajar kelas islam .

semalam dong zhong tuntut baru satu.
belacan perlu lebih banyak dari itu.
pru 13 belacan paling banyak bagi undi kat BN, takkan BN taknak balas jasa kot.

aritu najib ada kata selagi ada bulan dan bintang, hak dan kehendak orang melayu tetap terpelihara..

haa ini masa mintak bulan dan bintang la.
takkan najb taknak bagi kot ?

rasis dalam politik malaysia makin terus segar. dong zhong adalah kenderaan masyarakat cina menuntut pelbagai tuntutan demi menguatkan bangsa mereka.

KENAPA TIDAK KITA ?

kepada pembelacan, aku sarankan korang berentilah merintih. bangkit dan bangun.

kenalpasti mana kelemahan kita.
kenalpasti mana kekuatan kita.
kenalpasti mana yang perlu ditambah.
kenalpasti mana yang perlu dibuang.

kita perlu lebih keras dari dap !
kita perlu lebih kuat daripada dong zhong !

di antara para sahabat r.a mereka saling kasih sayang diantara mereka namun bila berhadapan dengan kafirun mereka keras dan tegas.

otak melayu jangan layu lagi lah belacan..
yang betul kita sokong.
yang salah kita tegur.
yang pekak kita balun..
dorang jadi pemerintah pasal undi melayu.

kalau taknak dengar dan pekak pasal rintihan dan keluhan melayu, kita tunjukkan jalan keluar. 

pas dah kena terajang dengan belacan.
saat ini bagi aku melayu dah tak peduli parti.

tapi sebaliknya mood yang kuat berlegar dikalangan belacan adalah mereka mahukan leadership melayu yang konsisten , tak takut mati, pentingkan islam dan melayu...

melayu sedang mencari al ghazali.
al jubxxx dah tak dikehendaki.


Monday, February 10, 2014

KEPADA BELACAN YANG TAK SEDAR DIRI... FAHAMKAN PUNCA NASIONALISME BELACAN !


PRK KAJANG : DONG ZHONG TUNTUT KERAJAAN IKTIRAF PEPERIKSAAN UEC MEREKA !


dong zong sudah keluarkan kenyataan.
desak kerajaan iktiraf peperiksaan UEC mereka .

tujuannya memudahkan pelajar UEC masuk IPTA tempatan dengan mudah.

daripada dulu lagi aku dah cakap.
BN tak perlu bertanding di kajang...

dong zhong dah desak..

adakah kerajaan nak luluskan jugak permintaan dong zhong ni demi nak sekelumit undi cina kajang yang tak bawak apa-apa erti pun kepada selangor dan malaysia khasnya ?

amacam mr pm ?

Sunday, February 9, 2014

PEHIN SERI TAIB MAHMUD : JANGAN DIUBAH BIJAKSANANYA MENGAWAL SARAWAK !


selama pehin seri memegang jawatan KM, selama itulah terserlah kehebatannya mengawal sarawak.

mengawal dalam ertikata minoriti mengawal majoriti.

aku berharap penggantinya tak gelojoh melakukan perubahan yang tidak menguntungkan islam dan bumiputra di sarawak.

fahamkan maksud ini. 

Thursday, February 6, 2014

UMAT DISEMBELIH :WAHAI PEMIMPIN MELAYU MENYELESAIKAN MASALAH UMAT RAKHINE LEBIH BERPAHALA DARIPADA MELAYAN JIBRAUL ANWAR !

LELAKI Islam Rohingya ini memeluk lutut pengawal pantai Bangladesh, merayu agar dia dan keluarganya tidak dihantar balik ke Myanmar kerana tidak mahu menjadi mangsa pembersihan etnik di kampung halamannya pada 19 Jun 2012. - AFP



ini adalah artikel paling gegar otak.
tahniah kepada dato zaini.
memikirkan jalan penyelesaian masalah rakhine lebih berpahala dari melayan politik sang gila anwar ibrahim !

ya ALLAH satukan hati pemimpin melayu yang keras dan ketidakpedulian ini... bangkitkanlah mereka dan kami  dalam suasana kebangkitan melayu nusantara  mempertahankan nyawa saudara-saudara kami yang di sembelih di sana..

JARAK Yangon dan Kuala Lumpur adalah 1,597.7 kilometer (km) atau 992.8 batu. Masa penerbangan di antara kedua-dua ibu nega-ra itu adalah dua jam 13 minit.

Ia terlalu hampir dengan negara kita. Ter¬lalu dekat berbanding dengan negara Pales¬tin, Bosnia atau Sudan.

Myanmar ialah rakan Malaysia dalam ASEAN. Kini sesuatu yang menjelekkan se¬dang berlaku di negara itu.

Etnik beragama Islam Rohingya, agama yang turut dianuti oleh majoriti rakyat ne¬gara ini sedang disembelih, dibakar hidup-hidup dan wanita serta kanak-kanaknya diasingkan daripada lelaki dan dibawa ke lokasi rahsia.

Apa yang dilakukan ke atas mereka hanya Allah sahaja yang tahu. Sebagai orang Islam marilah kita doakan keselamatan mereka daripada manusia berhati binatang itu.

Hanya binatang sahaja yang sanggup memperlakukan rakyat sendiri seperti bina¬tang - hanya gara-gara Rohingya beragama Islam, bukan Buddha dan etnik yang ber¬beza daripada kaum majoriti.

Ya Allah, beruntungnya sesiapa yang menghuni di negara Melayu ini. Majori¬ti Melayu ialah orang yang cukup sabar walaupun sedang diperlakukan dengan macam-macam provokasi, fitnah, prejudis dan prasangka.

Laporan demi laporan yang dihantar oleh agensi berita antarabangsa dari Myanmar seolah-olah merayu perhatian dunia terha¬dap apa yang berlaku terhadap etnik itu.

Malangnya di Malaysia kita sedang sibuk dengan perdebatan mengenai politik picisan. Berita mengenai penghapusan satu bangsa itu oleh kerajaan negara Myanmar sama sekali tidak dipedulikan.

Saya juga tidak nampak satu kesung¬guhan daripada pihak kerajaan Malaysia sendiri untuk menghantar nota bantahan terhadap apa yang berlaku di negara itu.

Atas semangat agama Islam dan ummah, apa salah campur tangan dalam hal Rohing¬ya ini. Alihkan perhatian rakyat daripada isu politik dalam negara kepada isu Roh¬ingya ini.

Ayuh bangkit Malaysia, kita buat bising untuk menghentikan pembunuhan bera¬mai-ramai umat Islam itu.

Satukan umat Islam di Indonesia, Brunei dan ASEAN untuk bersuara dengan kita.

Walaupun mangsa itu bukan Islam sekali pun kita amat sedih melihat, membaca dan mengetahui mengenai tragedi kemanu¬siaan ini.

Hentikan terus daripada bercakap men¬genai Anwar Ibrahim kerana selagi kita ter¬us bercakap mengenainya, negara ini akan terus berpolitik dan dia akan terus segar-bugar.

Kita semua sudah tahu dia ialah seorang yang gilakan perhatian dan publisiti sejak berada dalam kerajaan BN lagi.

Pedulikan dia. Ayuh alihkan perhatian kepada soal kemanusiaan ini.

Etnik Rohingya sedang disembelih, kam¬pung mereka dibakar. Laporan Agensi Sabtu lalu memetik seorang aktivis Rohingya meny-atakan, anggota etnik dilayan seperti haiwan.


“Saya merasa sangat takut. Kami tidak mempunyai sebarang perlindungan di ne¬gara ini. Kerajaan kami sedang menindas kami," katanya seperti dilaporkan laman web akhbar Burma Times.

Etnik Rohingya Islam sering menjadi mangsa penindasan pihak berkuasa Myan¬mar dengan ada antara wanita dan gadis di¬rogol serta dibunuh dengan kejam.

Tahun lalu, saluran televisyen BBC me¬laporkan, kanak-kanak Rohingya Islam dibakar hidup-hidup ketika konflik agama dan etnik itu merebak di tengah Myanmar.

Kebanyakan serangan itu turut dirakam di hadapan anggota polis Myanmar, lapor BBC.

Laporan terbaharu dari daerah Naypy¬idaw, Sabtu lalu, menyebut Myanmar me¬mulakan operasi pembersihan etnik Ro¬hingya Islam apabila seorang saksi yang terselamat mendakwa sebanyak 700 wanita dan kanak-kanak dibawa menaiki beberapa trak tentera ke lokasi yang tidak dinyatakan dalam satu kejadian 22 Januari lalu.

Menurut saksi itu, Aisha kepada badan ke¬bajikan Partners Relief Development (PRAD), dia melihat banyak trak tentera membawa askar dan anggota pelampau bersenjata api dan belantan memasuki kampungnya, Kil¬ladong Majarpara, di barat Myanmar yang didiami lebih 2,500 orang etnik itu.

Ayuh umat Islam Malaysia, kasihanilah saudara seagama kita di sana. Bersatulah. Kalau bukan kita, siapa lagi?

Amnesty International hanya buat bising jika polis kita menyembur air ke atas para pendemo pakatan pembangkang, tapi di mana mereka apabila etnik itu sedang diha¬puskan?

Di mana masyarakat antarabangsa?

Mengapa Amerika Syarikat tidak mahu mengenakan sekatan ekonomi terhadap Myanmar di atas pembunuhan beramai-ramai itu?

Adakah sekatan ekonomi hanya dikena¬kan semasa darling Barat yang mereka panggil pemimpin prodemokrasi, Aung San Suu Kyi dikenakan tahanan dalam rumah?

Apakah mereka mahu melihat satu lagi Bosnia yang disembelih oleh Serb tanpa dipedulikan oleh sesiapa?






© Utusan Melayu (M) Bhd 

Tuesday, February 4, 2014

DEMO NGO PEWARIS BANTAH KEBIADAPAN CINA DAP KHAMIS INI..



Salam Kepada semua Ayahanda2 serta jemaah ,Saudara saudara dan seluruh umat Islam dan rakan rakan seperjuangan yg tidak mahu melayu diperlekehkan dan islam diperkotak katikkan serta rakan2 media dan wartawan. Jemput dan mohon sebarkan juga agar dapat hadir bersama 

dibangunan ibupejabat maybank berhampiran 711 Puduraya
 6/02/ 2014. 
Hari khamis Masa : 2 Petang .

Tujuan adalah untuk berkumpul dan Membantah Penghinaan Kaum Cina yg chauvinist Terhadap Raja Raja, Agama Islam dan Kepemimpinan Melayu...bantahan ini adalah program bersama oleh "Pewaris" majlis permuafakatan ummah bersama ngo ngo berbaaiah dan ngo ngo melayu islam

Dijemput semua agar dapat hadir 



Agar sampai mesej dipihak sana... Bangsa melayu masih ada .... dan akan mempertahankan kesucian agama islam dan maruah melayu



Jangan dihalal kan islam dipersenda... Bangsa Melayu diperlekeh hanya kerana keuntungan politik semata mata....



sebarkan..dan panjangkan... Insyaallah jihad sebenar adalah kerana Allah ..

Penyelaras Urusetia pewaris:- ayah penghulu dan ayah zul keramat serta ayah rahimuddin. Turut serta. Dan diketuai bersama ngo ngo melayu islam.Meminjam kata kata almarhum mat kilau menentang penjajahan " usah mengaku diri sebgai pejuang atau bercerita tentang perjuangan jika kita sendiri tiada keberanian "... Tiada imbuhan disediakan untuk kehadiran hanya allah yang membalasnye.,.

KERAJAAN MALAYSIA PERLU FIKIRKAN JALAN TERBAIK AJAR MYANMAR DAN DESAK SYRIA HENTIKAN GENOSID .



setakat 2 hari lepas dikabarkan hampir 136 ribu umat islam syria terkorban akibat pengaruh arab spring.

majoriti umat islam yang maut ini pula adalah umat islam sunah, dibunuh oleh tentera dajal kerajaan assad yang dibantu penggila syiah dari iran.

manakala di utara pula, umat islam rohingya terus-terusan dibunuh oleh kumpulan tentera dan separa militia, dibantu pula dengan hasutan anti perkauman golongan sami budha.

soal tidak mencampuri urusan negara lain sepertimana yang terkandung dalam perjanjian asean sudah tidak praktikal.

kerajaan malaysia sudah boleh memikirkan cara untuk memperjuangkan nasib umat islam rohingya, dan pada masa yang sama boleh mendesak assad untuk menghentikan genosid sunah yang dilakukan syiah.

aktiflah sikit...please.


KIPAS SAMPAI STIM.


tuan, cina dah muak dengan pakatan selangor tuan.
tuan, ini peluang kita tuan.

tuan, pkr bergolak ini peluang kita tuan.
hakikatnya dari dulu pkr dah bergolak, puluhan leaders keluar parti tapi pkr tetap macam tu.

tuan, pas nampaknya tak suka dengan mainan anwar tuan.

tuan, hingga ke hari ini dap tak keluarkan sebarang kenyataan.
ini bermakna dap pun tak suka tuan..

tuan, tuan tuan tuan tuan .....
serius tuan. peluang melayu pakatan insaf dah timbul tuan.
malam tadi saya mimpi tuan..

tuan, semalam saya tengok ADA PEMIMPIN BN DAH MULA NAIK MOTOR PUSING-PUSING KAJANG TUAN..

ini strategi brilliant tuan. sama tarafnya dengan idelisme perang psy war sun tzu tuan..

semalam berita dah keluar bandar kajang ada sampah, foto shoot tepi jalan tuan. ini boleh mendatangkan marah penduduk kajang pasal kelemahan pakatan tuan..

tuan, sjkc cina,persatuan tarian naga kong hoe, persatuan pemilik limau mandarin nak jumpa kita tuan... ini signal besar nih.. silap aribulan last minit dorang boleh swing sokong kita tuan..

yang penting bagi dorang masyuk tuan.. 

tuan, percayalah tuan.. dong zhong semalam call saya dia menyesal pasal semua yang berlaku.

tuan percaya tak, dong zhong nak pelajari dan implemen sistem sekolah kebangsaan tuan !

serius tuan... mereka nak nyanyi lagi kebangsaan waktu masuk dan balik sekolah tuan.

tuan, ada pendidik dong zhong nak masuk kem BTN tuan.. mereka nak jadi anak malaysia yang berguna kepada nusa bangsa tuan !

BETUL TUAN, ZONG DAH SEBUT NUSA BANGSA TUAN !

tuan, kita bertanding je prk dun kajang. tuan, mesti menang punyalah ...

TUAN SAYA NAK BAGITAU RAHSIA, RINGTONE HP PEMIMPIN DONG ZHONG GUNA LAGU ANAK KECIL MAIN API TUANNNNNNNNNNN ! YA TUANNNNNNNN BETULLLL !

tuan lupa ke strategi ulung kita waktu kempen ?

8 hari kempen, 1789 cawangan pas dan pkr akan bubar dan sokong kita tuan.
tapi masa 8 hari kempen jugak, ada 17 je cawangan umno bubar masuk pkr.

1789- 17 = 1772. majoriti kat kita tuan..

gap : strategi perang politik dah kena ubah habis. stail politik begini tak diminati rakyat. orang pakatan je yan gila nak berpolitik sepanjang masa.. fokus kepada isu besar yang melingkar kepada solusi permaslahan rakyat ... pru 14 adalah peluang kita untuk menang semula kalau study dan rangkaan dasar kita tepat.

jom layan poco-poco ala rosyam nor masa maharajalawak 13 jumaat lepas....

iya iya...
iya iya...


RINDULAH PADA I.S.A.....