Monday, June 29, 2009

TABLIGH DAN PAS : ANTARA DAKWAH HIKMAH DAN DAKWAH CELARU.


sebentar tadi aku menerima sms daripada seorang rakan lama, sama-sama di kolej tahfiz dahulu. kawan aku ni seorang karkun jemaah tabligh. dia bagitau aku bahawa satu perhimpunan terbesar jemaah dakwah tabligh seluruh dunia akan berhimpun di kuarters KLIA pada julai ini.

perhimpunan terbesar ini dipercayai akan mengumpulkan lebih kurang 150 ribu karkun tabligh seluruh dunia. aku tak sempat bertanyakan mengenai tarikh program. namun bila program besar ini akan berlangsung aku dok berharap agar seluruh umat islam tak kira melayu cina atau india dapat hadir.

aku punya kenangan bersama jemaah tabligh ini. dulu sewaktu tengah belajar aku kerap bersama mereka. motif perjuangan mereka mudah, meletakkan kepentingan AGAMA melebihi kepentingan peribadi dan seboleh-bolehnya kita ni 24 jam mengamalkan/menghidupkan cara kehidupan sunah rasulullah saw.

mereka punyai agenda dan program, keluar berdakwah 3 hari,40 hari dan seterusnya. memang ada anggapan songsang dan fitnah kepada jemaah tabligh ni. banyak cerita dari mulut ke mulut bgtau kononnya tabligh ni bila keluar berdakwah 3hari,40 hari tinggalkan anak bini tanpa makan minum dan nafkah... kalau korang tanya aku, ini tohmahan dan fitnah je..aku kenal jemaah tabligh ni, sebelum mereka keluar dakwah satu mesyuarat akan dilakukan mengenai persiapan mereka dan keluarga..begitu detail dan kemas.

antara program yang aku suka, bila majlis taklim berlangsung. majlis taklim ini dilakukan selepas solat. reference mereka adalah kitab-kitab hadis. perkara penting yang akan diceritakan dalam sesi taklim ini. menceritakan tentang kebesaran ALLAH (zikir),kepentingan solat,kisah sahabat dll..seluruh cerita taklim ini lebih merujuk kepada sususan hadis para sahabat..

ini antara intipati cerita dan rutin tabligh, tiada pernah berusaha untuk menceritakan aib orang.dakwah mereka lembut dan tenang. orang yang tak sembahyang di ajak dengan penuh hikmah dan sopan. berkawan dengan karkun ini menyeronokkan, kerna kesempatan berborak dengan mereka ini akan diisi dengan kelebihan-kelebihan amalan agama..contoh zikir dapat pahala apa,sembahyang sunat dapat pahala apa dan pelbagai.

bila aku buat perbandingan dengan satu lagi kumpulan melayu yang kononnya islam, perangai mereka dibezakan dengan tabligh jauh panggang dari api. aku malas untukmengolah cerita perbandingan, kamu tahu apa yang aku tahu.

dakwah islamisasi mereka ini penuh celaru,kontradiksi,berbelit-belit mengikut kepentingan undi.hari ini ular-mak mereka dah semakin memeningkan kepala umat. dulu mereka berusaha menanamkan kepentingan melaksanakan hudud dan mewujudkan negara islam, maka bergentayangan lah orang melayu sekonyong-konyong memangkah mereka, takut dikafirkan oleh seorang tua di kelantan....sayang bila disegah oleh karpal singh si tua nyanyok ini menarik hand brake...ambo laksanakan hudud lagi 30 tahun lagi...

ada banyak perkara yang mereka ini telah melukakan hati umat islam. bagaimana mereka ini boleh memanipulasi seluruh instrumen islam demi kepentingan undi sahaja. menghina orang lain,mengkafirkan orang lain,bersekongkol dengan kafir harbi yang terang-terang menghina hudud.

kerana itulah kita harus tekankan kepada seluruh umat melayu terutamanya bahawa ISLAM ITU MILIK KITA BUKAN MILIK MEREKA, JIKA BERLAKU PENGHINAAN YANG MELAMPAU DILAKUKAN OLEH MEREKA MAKA WAJIB UNTUK KITA PERTAHANKAN.

kepada jemaah tabligh, teruskan usaha murni anda. tolong dakwahkan ahli pas dan seorang tua kat kelantan tu...merepek sungguh sejak kebelakangan ni.kepada umat melayu, kalau datang jemaah tabligh ini ke tempat anda, jamu lah mereka dan sambutlah mereka dengan baik.

15 comments:

IES Agencies said...

Bro, tolong plug sikit my entry about Kelantan oil Royalty


I have included some evidence that the oil platform on the Kelantan Thai border is indeed a JV with out northern neighbour.

Funny how Haji Hadi can 'visit' the platform on fishing vessels... the truth is he saw it from a distance lah on fishing vessels, because visiting means actually going on to the platform... ye tak...


http://marahku.blogspot.com/2009/06/kelantan-oil-roylaty-what-is-truth.html

Anonymous said...

SALAM BRO..DLU WA PUN ADE PNH JOIN ORG TABIGH NI. MMG BEST BRO WA CKP LU. MCM2 BENDA YG BLH KITA BLJR. TP OLEH KERANA MASE TU WA SMBG BLAJR X DPT LA WA JOIN LG. MMG BTUL BRO KLU DIORANG NI BAGI USRAH KAT MAMAT2 PAS NI BIAR "TERANG" SKET PALE OTAK DIORANG

mohahz said...

jemaah tabligh mmg baguih...elok depa pi dakwah kt najib and the geng and also mahathir.
ha..lg 1,hang pon nasihat la ada kebykan depa ni pi mengundi.mengundi kan kewajipan.

azlishukri said...

betul sangat tu bro, minta orang2 tablig beri nasihat kat nik aziz

GAP KEMBALI said...

mha hamzah

betul tu..beza dakwah tabligh dengan pas umpama langit dan bumi...wajar nik ajis mengucap kalimah syahadah semula dan minta ampun pada semua orang islam..

walaupun dia musitul am, belum tentu kedudukan pangkat dunia ni menjamin dia masuk sorga.

mha hamzah
lu jangan jadi diri lu bagai tenuk yang bodoh la bro..dah berapa kali aku tengok org tabligh ni pi ngundi, lu je yg tongong taknak terima kehebatan jemaah ni..

hidup tabligh pi mampos pas.takbir

JATUH dulu baru NAIK said...

yes tablig aku percaya.200%!! dia berdiri diatas politik. dgn kata2 lain. mrk nye agenda islam terlalu jauh tingi dari agenda politik islam. cuba la anda berbual ng mrk..anda akn tau punya.. dlm otak aku ada 2jmaah plg posiblity pmpin o.islam kat malaysia jk dtakdirkn DAP dan PAP brgabung nanti. samada TABLIQ atau ARQAM. dua2 ada Q. 2,2 ni ada momentum.ARQAM mula2 ok then trsasar atau ada ahli buat dajal. .atau mmg telah ditakdirkan,tanah melayu trpaksa dserah pd LKY.THEN barula o.islam brsatu.cm palstin !!

Anonymous said...

Assalamulaikum Tuan,

Di akhbar dan juga media2 alternatif kita sibuk memperkatakan tentang kerajaan perpaduan antara PAS dan UMNO. Nampaknya harapan ini mungkin hanya tinggal mimpi. Namum saya yakin masih ramai orang2 kita yang berdoa agar suatu hari nanti ia akan jadi kenyataan.

Bagaimana pula di kalangan bolggers. Tidak pernah timbulkan cadangan untuk mengadakan muzakharah sesama bloggers. Munkin jika kerajaan perpaduan terlalu jauh untuk di gapai. Kenapa tidak kita mulakan dengan bloggers perpaduan diantara bloggers UMNO dan PAS.

Sekian, buah fikiran saya.

BALACI CHNG PENG said...

sokong perpaduan bloger..yg aku risau satu.. ada org pas pikir2 gitu, ada org umno masak ngn LKY.. tp hanya PKR Xdpt wat apa2, tgn terikat ng mamat india cina dlm pkr. xblh tak mrk terpksa jadi tali barut punya. jd mcm sapa tu hero jahat dlm cita p.ramlee, mamat yg jd balaci komunis tu. ada sapa ingat ka? kalU ko balaci pkr.. mudah betui ko akn jd blaci komunis tu. kalu ko bising pun, nuaq akan jeling2 nyer.. jadi la balaci DAP dan PAP selamanya K

Anonymous said...

it will be held insyallah from july 9-11

Anonymous said...

jgn hina ulamak..ak pn x skong pas..tp jgn hina ulamak...

jwork said...

asalamuakim..maaf pada semua...jgnlah kta hina menghina caci mencaci..sesungguhnya..perbuatan ini tidak di sukai oleh Allah...PAS UMNO PKR DAP..meraka jua adalah hamba kepada Allah...oleh itu kita pakat2 jumpa mereka dan sampaikan apa yg Rasullah tingalkan pda kita..

faisal said...

orang islam bukan musuh kepada orang islam yang lainnya.. jgn mencelah tuan guru nik aziz.. usaha dakwah dan tabligh sememangnya hak..

Anonymous said...

PAS merupakan sebuah parti politik Islam tunggal di Malaysia. Dalam PAS sendiri terdiri dari pelbagai jemaah antaranya org2 tabligh, jim, abim, isma dan lain2 jemaah yang ada.Adakah tabligh atau jim atau abim atau lain2 jemaah tersebut daftar sebagai sebuah parti politik Islam? Adakah politik dan islam itu terpisah antara satu sama lain.Politik adalah sebahagian dari Islam.Seandainya ada dikalangan umat Islam sendiri yang menolak politik bermakna anda masih lagi tidak memahami Islam yang sebenar. Seharusnya umat Islam khususnya di Malaysia bergabung untuk menegakkan daulah Islamiyah. Bukan hanya menyalahkan sesama jemaah.Siapa lagi nak tegakkan daulah islamiyyah kalau bukan orang2 yang faham islam.Sama2 fikirkan..

anjin kl gangster said...

bro, politik parti ni mainan yahudi... pas dh kena tipu ngan yahudi... jadi, korang hentikanlah sokong pas, tak ke mana pon~ baik korang jaga amal korang( yg ckp pon sama) sbb mati bila2, pilihanraya lmbt lagi( pd masa komen ditulis)

Anonymous said...

sebenarnya semua orang betoi..yg tak betoi nya aku...aku yg salah!ya Allah!ampunkan dosa2 aku pada mereka semua kerana tidak menjalankan tanggungjawab dengan betul.Amin...