Tuesday, September 7, 2010

PROF KHOO KAY KIM BALUN PAKATAN !

Rakyat Malaysia dari mana-mana kaum yang mempersoal atau mempertikaikan Perkara 153 dalam Perlembagaan negara yang mengiktiraf kedudukan dan hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera adalah buta sejarah dan tidak memahami Perlembagaan, kata pakar sejarah, Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim.

Beliau berkata kedudukan orang Melayu sudah ditetapkan pada zaman dahulu iaitu ketika zaman penjajahan British lagi.

“Bila British sampai ke Tanah Melayu, mereka dapati terdapat beberapa tempat di Semenanjung sudah mempunyai kerajaan dan mereka mengiktiraf kerajaan tersebut.

“Kerajaan itu ada ramai rakyat (orang Melayu) dan bagi British, rakyat kepada raja itu mempunyai hak yang khusus, orang lain yang datang dan menetap di Tanah Melayu bukan rakyat raja, oleh demikian mereka tidak dapat menikmati hak yang ada pada orang Melayu,” katanya kepada Bernama di sini.

Beliau berkata orang bukan Melayu di Semenanjung pada ketika itu bukanlah warga negara ataupun rakyat raja dan mereka hanya berpeluang untuk memohon kewarganegaraan apabila Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan pada 1 Februari 1948.

“Apabila British mula merancang penubuhan Persekutuan Tanah Melayu sebagai sebuah negara bangsa, apa yang sudah wujud disambung, menjelang tahun 1957, Perlembagaan Persekutuan digubal dan dimasukkan perkara-perkara yang sudah wujud,” katanya.

Justeru, kata Khoo, rakyat khususnya kaum-kaum lain perlu sama-sama menghormati hak dan keistimewaan orang Melayu yang termaktub dalam Perlembagaan kerana pada ketika ia digubal dahulu, kaum lain sendiri sudah bersetuju dengan perkara-perkara yang dimasukkan dalam Perlembagaan tersebut.

“Kedudukan istimewa orang Melayu telah bermula sejak dahulu dan berasaskan sistem kerajaan yang wujud di Semenanjung Tanah Melayu. Di Semenanjung, sejak 1895 sudah ada sembilan kerajaan yang kekal sampai ke hari ini,” katanya.

Perlembagaan telah dirangka berdasarkan nasihat daripada Suruhanjaya Reid yang telah melakukan kajian pada tahun 1956, Perlembagaan itu kemudian berkuatkuasa apabila negara mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

Perkara 153 Perlembagaan Malaysia memberi hak kepada Yang di-Pertuan Agong, bertanggungjawab menjaga hak-hak dan keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera mana-mana negeri Borneo (Sabah dan Sarawak) serta kepentingan-kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan perkara ini.

Ia juga secara terperinci menjelaskan bagaimana kerajaan persekutuan mempertahankan kepentingan orang Melayu dan Bumiputera dengan menetapkan kuota untuk kemasukan perkhidmatan awam, biasiswa dan pendidikan awam, pemberian permit dan lesen perniagaan.

Khoo berkata punca mengapa kebelakangan kini terdapat pihak-pihak yang mempersoalkan mengenai hak-hak dan keistimewaan yang dinikmati oleh orang Melayu adalah kerana masyarakat pada masa kini sudah buta sejarah.

“Orang tak faham (Perlembagaan)...jahil, mereka tidak tahu apa yang boleh dilakukan dan apa yang tidak boleh dilakukan, tidak perlu ada perbincangan atau perbahasan mengenai Perlembagaan kerana apa yang penting ikut saja undang-undang yang telah diguna pakai sejak dulu,” katanya.

Beliau berkata sekiranya Perlembagaan mahu dipinda, persetujuan daripada dua pertiga Anggota Parlimen perlu dicapai dan mendapat perkenaan Yang di-Pertuan Agong.

Katanya, sesiapa yang mahu menghapuskan atau meminda Perkara 153 pula, perlu mendapatkan persetujuan orang Melayu dan Bumiputera terlebih dahulu selain majoriti di Parlimen dan perkenan Seri Paduka Baginda.

“Kalau Perkara 153 perlu dipinda atau dihapuskan, keseluruhan orang Melayu mesti setuju, kalau orang Melayu rasa belum sedia untuk pinda, maka ia tidak boleh dipinda,” katanya.

Bulan lepas, MCA menggariskan 13 resolusi pada Kongres Ekonomi Cina antaranya meminta kerajaan mementingkan keupayaan merit dan bukannya kuota bagi memberi peluang kepada semua pihak untuk bersaing secara sihat dan adil.

Kenyataan ini secara tidak langsung menggesa kerajaan agar memansuhkan Perkara 153 dan cuba mempertikaikan tanggungjawab yang ada pada ketua negara iaitu Yang di-Pertuan Agong yang memelihara hak dan keistimewaan orang Melayu.

Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria semasa menjadi panel wacana Perpaduan Ummah Dalam Kesedaran Penghakisan Hak Orang Melayu di Ipoh bulan lepas pula mendedahkan bahawa ada perlembagaan baru dibuat oleh pihak tertentu bagi menggantikan Perlembagaan Persekutuan yang akan menyisihkan hak-hak orang Melayu dan juga Islam yang dijamin dalam Perlembagaan sekarang.

Terbaru, pada Selasa lalu, Anggota Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar menulis dalam portal berita The Malaysian Insider bahawa idea ‘‘hak orang Melayu’’ yang dibawa oleh Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) hanya satu gagasan ideologi dan falsafah yang tidak berakarumbikan Perlembagaan.

Nurul Izzah berkata, adalah penting untuk ditekankan bahawa Suruhanjaya Reid, yang merangka Perlembagaan, melihat Perkara 153 sebagai pendekatan sementara dan tertakluk kepada kajian semula selepas 15 tahun oleh Parlimen.

Berang dengan kenyataan wakil rakyat Parti keailan Rakyat itu, penganalisis politik Prof Datuk Dr Zainal Kling berkata Nurul Izzah perlu meletak jawatan sebagai Anggota Parlimen kerana membuat tafsiran yang salah tentang hak-hak Melayu serta menyeleweng dan menipu rakyat.

“Dia jahil dan sedang keliru. Dia tidak tahu bahawa Laporan Reid hanyalah syor-syor yang dipinda oleh kertas putih yang diterbitkan di London tentang Perlembagaan Tanah Melayu,” katanya.

Zainal turut mendesak kerajaan agar meneliti kenyataan Nurul Izzah itu kerana orang yang mempersoalkan hak-hak dan keistimewaan orang Melayu yang termaktub dalam Perlembagaan telah melanggar undang-undang dan Akta Hasutan 1948.

“Kerajaan mesti teliti ucapan-ucapan seperti ini sama ada ia boleh disabitkan dengan Akta Hasutan, jika ya, maka pihak itu boleh didakwa,” katanya.

Zainal, pensyarah di Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), tidak menafikan bahawa wujudnya gerakan yang dilakukan oleh orang bukan Melayu untuk menghapuskan hak Melayu dan orang Melayu itu sendiri.

“Ia seperti ideologi asing yang dicetuskan di Singapura pada sekitar 1963-1964 yang ingin memecahkan Malaysia, seluruh rakyat harus menentang gerakan ini kerana ia akan menyebabkan pergolakan rakyat,” katanya.

Beliau berkata kaum lain telah diintegrasikan sebagai warga negara melalui undang-undang, maka semua yang menjadi warga negara atau rakyat mesti patuh pada undang-undang dalam Perlembagaan, jika tidak perasaan taat setia dan cinta kepada negara mereka boleh dipersoalkan.

“Mereka jadi rakyat kerana Perlembagaan benarkan, jadi mereka mesti hormat sepenuhnya kepada Perlembagaan, dan menjadi tanggungjawab mereka untuk menjunjung tinggi Perlembagaan negara. Kalau tak kita boleh persoalkan kerakyatan dan taat setia mereka,” katanya.

Zainal berkata Perkara 153 amat penting bagi melindungi dan membantu orang Melayu dan Bumiputera khususnya yang berada di luar bandar dan pedalaman.

“Orang kampung, Orang Asli dan Bumiputera di Sabah dan Sarawak yang duduk di luar bandar dan pedalaman mesti dibantu, kerajaan wajib laksanakan Perkara 153 demi kesejahteraan rakyat dan membela golongan yang tidak dapat menikmati kemudahan yang canggih seperti di bandar,” katanya.

“Sekarang golongan minoriti ini sudah dapat akses ke dalam blog-blog dan media, dulu tidak ada, sekarang sudah ada kebebasan bersuara dan kita Nampak seolah-olah ramai yang menentang, sebenarnya tidak,” katanya.

Ahmad Atory berkata kaum lain tidak patut mempersoalkan mengenai kuota yang dinikmati oleh orang Melayu dan Bumiputera kerana dengan adanya kuota tersebut orang Melayu akan boleh bersaing dengan kaum lain yang lebih maju.

“Melayu ketinggalan, jika tiada kuota kaum lain akan bolot semua dan tiada yang tinggal. Kalau (benar dakwaan kononnya) kita nafikan hak kaum lain maka tiada orang Cina yang jadi bilionaire,” katanya.

Ahmad Atory berkata kerajaan selaku pelaksana hak dan keistimewaan orang Melayu perlu ada mekanisme tertentu untuk mengurus pihak-pihak yang tidak bersetuju dengan perkara yang termaktub dalam Perlembagaan.

“Kerajaan perlu ada program kenegaraan, mata pelajaran Sejarah amat penting untuk generasi masa depan mengenal sejarah kemerdekaan negara, kerajaan juga perlu ada hujah dan fakta untuk menerangkan kepada golongan-golongan ini mengenai sejarah negara,” katanya.

Beliau berkata pemimpin-pemimpin terdahulu yang merangka Perlembagaan telah “terlajak sejarah” iaitu mereka tidak menjangka sama sekali bahawa fasal-fasal yang termaktub dalam Perlembagaan ditentang hebat oleh kaum bukan Melayu pada zaman sekarang.

“Kalau mereka jangka mungkin ada beberapa perkara yang boleh dibetulkan, tetapi kita tidak boleh nak kata apa, sudah terlajak sejarah, bapa-bapa kemerdekaan sudah buat benda ini (Perlembagaan),” katanya.

Beliau berkata fenomena “terlajak sejarah” itu kini terpaksa dipikul oleh generasi sekarang di mana tanggungjawab yang ada adalah lebih berat daripada tokoh-tokoh terdahulu selaras dengan peredaran zaman.

17 comments:

zainalsamsudin said...

Orang melayu yg mempertikaikan perlembagaan negara, haruslah merasa malu dengan komen dri Pro, tan sri khoo . kerana mereka2 telah dicop orang yg buta sejarah. sama dgn masyarakat bukan melayu yg mungkin tidak faham sahaja atau buat2 tak faham. sudah terang lagi nak bersuluh. sudah2lah tu .....

Anonymous said...

Wahai org Melayu sedarlah dari diulit mimpi indah. Jangan terus digula2kan oleh DSAI dan Pok Nik. Mereka ni sedar dgn sedikit undi Melayu dan semua undi bangsa2 lain mereka boleh memerintah. Jangan jadi macam Nepal, apabila komunis memerintah sistem beraja dihapuskan untuk jadi republik. Apabila mereka ini mempunyai korum yang mencukupi apa saja boleh dilakukan termasuk pindaan Perlembagaan. Kepada Bloggers semua teruskan jihad anda.

Anonymous said...

tuan....
Si Nurul Izzah tu patut dh lama diambil tindakan atas sebab2 kata2 dan sikap dia. pPaling UTAMA...DIA TAK LAYAK SBG MP pun...patut dh dilucutkan jawatan MP tu....bodoh piang org utara kata....

Anonymous said...

Sebab apa perkara 153 nie baru skrg org berani pertikaikan..? Sebab kelemahan kerajaan dlm menangi perkara ini dari merebak menjadi virus. Sepatutnya sebelum virus tu merebak, cepat2 hapus pembawa virus atau pembawa wabak itu..!!!!

Anonymous said...

GAP, artikel Prof Khoo wajib dibaca oleh Pakatan/DAP dan Nurul izzah budak mentah masuk politik kerana memperjuang nasib ayah lebih kepada melindungi perbuatan ayah ( jual maruah bangsa dll ) Nurul izzah ne megah dapat undian ramai,itu sebab dia berani berucap. She has to be responsible tiap kali dia berucap umum otherwise kenakan undang2 terhadap nye eg hasutan perkauman.I dont like her Guts!
Buku sejarah Form 3 sudah cukup untuk mendidik dan memperingat kewajipan rakyat terhadap negara. Buku teks itu lengkap dengan bab bab pendudukan Jepun-Malayan Union-Parti Komunis Malaya-Kerjasama Kaum- TM Merdeka - Sabah/Sarawak-Penubuhan Gagasan Malaysia. Guru sejarah harus capitalise buku taks ini menerangkan kepada pelajar tentang negara Malayisa.
Saya amat terharu keberanian dan integriti Prof Khoo menampilkan kenyataan sejarah ini.Saya bimbang anak muda lebih terpemgaruh dengan dakyah pembangkang eg DSAI - NURUL IZZAH menidakkan hak melayu. Memang sial.
Dalam Kadir yassin posting- Kudis Buta comments- Kita baru keluar dari kemsikinan, masih terdapat bekas kudis buta di betis. Saya semasih kecil sering mendapat kudis buta ne sebab sistem air yang kurang bersih. Jadi kenapa Nurul lantang berucap hak melayu hanya temporary basis. Sial betul.
ITs historical factual TM sudah punya kerajaan melayu sendiri semasa British datang. Sayang PP empunya Kedah keluar dari pemerintahan sultan kedah, begitu juga Singapura yg dipunyai oleh kerajaan Johor Tgk Husin dan Tgk Abd Rahman, diambil oleh British dan sekarang LKY.
Semasa menentang MU,orang melayu consistently menentang dengan bantahan,demo,ceramah,rapat umum,kongress ,perstauan melayu ,akhbar sehingga Gaman melihat kesungguhan orang melayu emnetang. British akhirnya akhur dengan kesederhanaan ornag melayu enentang MU. Bangsa lain tidak menentang kerana menyokong MU yg menghilangkan kuasa org melayu dan raja, sama rata dan kerakyataan jus soli.
GAP teruskan perjuangan kamu yang berlandaskan fakta dan sejarah tanah air.

Anonymous said...

Salam Bro GAP,

Rasanyekan tak salah kalau beri mereka keistimewaan sama seperti kita kan? Ape pendapat Bro GAP?


Lagipon hm..... ramai jugak kawan2 cina and india yang komplain kat saye pasal hak bumiputra, serba salah la pulak,

diorang ni sokong BN, tapi hm.... ape boleh buat,

GAP kene paham mereka rakyat Malaysia gak, lahir kat Malaysia, bila bergaul dengan diorang hm.... rase macam serba salah,


Saya rase kita orang Melayu perlu berikan mereka keistimewaan yang sama dengan mereka sedikit demi sedikit. betol tak?

tak boleh macam ni selamanya


May be GAP boleh forward kan cadangan pemberian hak bumiputra kepada orang Cina dan India secara terancang, kepada DS NAJIB


Ingat Islam tu adil walau dae batasnye


Joho

Anonymous said...

HUH!NASIB BAIK ADA ORG YG MCM PROF KHOO YG MASIH BERPIJAK DI BUMI YG NYATA.TAK MCM LEE KUAN YEW,CINA2 BABI DAPigs,CINA2 BABI DLM MCA,GERAKAN & PKR!JUGAK ANAK2 BABI NAMEWEE DAN KATY LIM HARAM JADAH!TAPI HARUS DIINGAT,PUAK CINA BABI HARBI TAK SUKA DGN PROF KHOO DAN SAUDARA RIDHUAN TEE.APATAH LAGI USTADZ HUSAAIN YEE!CINA2 BABI HARBI MESTI BALIK BEIJING!!KITA TAK MAU BABI2 BERKELIARAN BISING PASAL HAK MELAYU SEDANGKAN MEREKA BAWAK BANYAK PENYAKIT DAN KEMUNGKARAN!

Ilham-Kembara said...

Ramai generasi baru Cina tidak mahu memahami sejarah dan perlembagaan negara. Ada yang mahu menulis semula kedua-dua elemen penting negara ni supaya berpihak kepada mereka. Ada yang mengatakan org Melayu sebagai pendatang dari Indonesia dan Yunnan, dan ada pula yang mengatakan Malaysia ni asalnya Tanah Cina/India. Bagaimana pula boleh wujud Tanah Cina/India di sini yang terletak jauh dari China/India dan diselangi negara bukan beretnik Cina/India seperti Thailand, Myanmar, Laos, Kemboja dsb. Mitos yang tidak masuk akal ini dijustifikasikan untuk menyokong dakwaan mereka. Trend ini sangat membimbangkan, tambahan lagi mereka mendapat sokongan sebilangan Melayu liberal yang tidak sedar diri.

Kita tidak tahu apa yang ditulis dalam akhbar mereka sehingga sentimen negatif ini menular sehingga begitu banyak penghinaan di Facebook terhadap orang Melayu dan agama Islam. Jika akhbar Melayu menyiarkan artikel perkauman, semua kaum boleh membaca dan memahaminya serta mengemukakan bantahan, seterusnya penulis artikel dikenakan tindakan. Tetapi jika artikel perkauman ditulis dalam bahasa mandarin/tamil, tidak ramai yang memahaminya kecuali masyarakat terlibat sahaja. Hasilnya, penulis artikel tersebut mungkin akan terlepas dari tindakan manakala sentimen kebencian telahpun disebarkan.

Hanya rakyat yang celik sejarah seperti Dr Ridhuan Tee dan Prof Khoo Kay Kim yang tidak akan bersifat chauvinis dan prejudis terhadap mana2 kaum di Malaysia ini.

prof said...

prof kho adalah prof kangkung sama taraf dgn kangkung yg lain spt prof zainal,atori dan yg sorg lagi di uum.

zamsalam said...

YAKJUJ MAKJUJ AKHIR ZAMAN..
1. FAKTA: Dimana ada yakjuj makjuj disitu timbul kekacauan..
2. KEBETULAN: Dimana ada anwar ibrahim disitu pasti timbul kekacauan..?
Asal cross exam saja, mesti keluar nama anwar ibrahim, apasal?
3. Mengikut sorotan sejarah, hanya orang islam melayu sahaja yang BERANI menyuara perkara 153 atau berkaitan Raja sebagai Ketua Negara yang beragama islam...
4. Siapa orang melayu yang BERANI di puak Pakatan Rakyat?? anwar? n.aziz?..
5. DAP, MCA tak pernah se"BODOH" begini mengeluarkan kenyataan racist jika tidak ada melayu BERANI tadi..sebab cina india tahu bapa atuk diorang DIBERI KERAKYATAN sahaja..
ulang suara.. DIBERI KERAKYATAN..
ulang suara.. DIBERI..!
bermakna ada yang memberi iaitu Raja..
Raja siapa..? Raja Melayu..!
Kenapa Raja beri..?
Sebab Cina patuh undang2..
Sebab India iktiraf Raja adalah ketua negara ini..
6. Yakjuj Makjuj membawa kekacauan.. Harap2 N.Aziz tidak tergolong dalam puak yang membawa kekacauan.. Amin.

zamsalam.sabah.

p/s: Kalau DIBERI saja, boleh di"AMBIL BALIK" tak?

juara slogan said...

Yang aku hairan sangat2 ada juga barua2 Melayu yg dahlah buta sejarah tapi sengaja mahu melacurkan bangsa sendiri demi memenuhi serakahnya nafsu.

Aku tak hairan kalau yg bercakap itu ahli2 politik sebab memang itu sifat kebanyakan 'jalang politik' seperti budak mentah sinurul izzah yg tercebur dlm politik bak bidan terjun.

Tapi kalau setakat pengikut2 totok yg mungkin beranak2 dah senang yg cuma mementingkan diri sendiri,tak peduli atau memang tak pernah campur pun orang2 susah,memang aku pelik campur takjub sebab pertaruhan mereka memang cukup besar iaitu mempertaruhkan anakbangsa semata2 untuk melihat seorang peliwat menaiki takhta?

Selepas peliwat berkuasa apa yg mereka harapkan?Kerajaan yg telus?Zero rasuah?Negara berkebajikan?Negara Islam?Atau seribu satu slogan yg muluk2?

Aku rasa cuma budak2 mentah atau orangtua tak sedar diri yg kurang cerdik saja yg boleh percaya slogan2 sampah macam tu.Jauh panggang dr api.

Unknown said...

Anonymous Joho;

Apa yang serba salahnya pulak, ni lah sifat Melayu (kalaupun anda Melayu) kena soalan bodoh mcm tu pun dah cair, samalah spesis macam PAS & PKR. Mana ada Keistimewaan Melayu... semua tu memang hak Melayu, x paham2. Yang istimewa adalah bangsa lain. Jgn tengok Cina & India yang depan mata, habis Bumiputera yg dipendalaman, Sabah Sarawak apa cerita. Siapa yang bergolok bergadai menyabung nyawa mempertahankan Tanah Melayu- Tok Janggut, Mat Kilau, Leftenan Adnan dan lain2. Pulak tu bila masuk bab ni pandai pulak engko kaitkan Islam itu adil. Sememangny a Islam adil, tapi Lim Kit Siang, Karpal, Lim Guan Eng tu adil kah. Ni baru beberapa negeri pembangkang dapat... habis semua di jarah... tengok Singapura... adilkah... buka mata & minda... kita memang adil sejak dari dulu kalu x masakan ramai dari kalangan mereka jutawan... (ni lah masalahnya kalau Ilmu cuma pada kulit shaja).

Ni lah lagi satu kerajaan kita dah berbuih-buih blogger suruh tekankan semula kepentingan matapelajaran sejarah di semua sekolah termasuk SRJK supaya generasi2 akan datang faham betul asas penubuhan Malaysia dan susur galurnya. Ni karang bila dah reda sikit lupalah tu. Jangan salahkan anak2 bila akan datang mereka sendiri memperolokkan kita puncanya daripada kita juga.... lembap dalam tindakan, samalah macam ... x payah sebutlah... nak termuntah pun ada....

kingnek said...

ini lah kalau orang baca sejarah, baru faham kenapa cina tidak boleh melebihi batas

tak faham2 lagi ke?

Kenn said...

Bagi yg buta sejarah dan mmepertikaikan Perkara 153 - Please take a hike!

GAP KEMBALI said...

kenn
dah link..sori bro tak perasan

Anonymous said...

Salam GAP..,
Mohon izin utk copy paste kt blog saya..Dgn harapan FACT yg dizahirkan ini dapat dipanjangkan kpd umat manusia yg buta mata, hati, akal & fikiran di bumi Malaysia ini..

(@adei)

Tai said...

Saya orang cina. Tapi, saya menyokong perlembagaan 153. Pada cina-cina bodoh yang tak sokong, hantaq balik saja ke China. Bodoh betoi. Cina dan india takdak hak nak cakap pasai keistimewaan. Banyak cantik depa punya muka nak cakap pasai keistimewaan. Baca sejarah dulu sebelum berani nak mintak itu dan ini. Jangan jadi bodoh tak tentu hala.