Thursday, December 1, 2011

RAKYAT MALAYSIA YANG RASIONAL.


Saya percaya bahawa rakyat Malaysia majoriti nya adalah berfikiran rasional. Pada pendapat saya, rakyat pada masa ini kurang mendapat maklumat mengenai program transformasi yang dilaksanakan oleh kerajaan.



Memang benar program transformasi ini dihebahkan secara meluas di media massa tetapi apa yang kurang adalah tiada perbandingan yang dibuat ataupun tidak disertakan maklumat perbandingan diantara sebelum dan selepas program dibuat.

Sebagai contoh yang mudah ialah pihak PDRM telah telah menyediakan bilik khas (bilik Triaj) untuk mangsa yang ingin membuat laporan berkenaan kes rogol atau penderaan seksual. Program ini amat baik dan telah diterima oleh seluruh masyarakat sebagai satu transformasi yang baik. Pada pendapat saya, perlu juga dijelaskan bagaimana mangsa ini dilayan sebelum bilik khas ini disediakan. Sebelum dan selepas transformasi dibuat.

Ini juga dapat diaplikasikan (penerangan sebelum dan selepas) untuk Akta Perhimpunan Aman 2011. Pihak berkenaan haruslah membuat ringkasan perbezaan sebelum akta ini ada. Jika sebelum ini apa yang tidak boleh dan sekarang dengan akta baru ini apa yang dibolehkan. Apakah perbezaan yang ketara. Perbandingan haruslah dibuat dengan bahasa yang mudah agar semua rakyat dapat faham. 

Langkah pro aktif harus juga diambil oleh kementerian dan ajensi kerajaan yang lain untuk membuat perbandingan, sebelum dan selepas, program transformasi dibuat. Rakyat akan lebih faham dan dapat membuat perbandingan sendiri jika semua maklumat ini diberikan. Ini juga akan dapat mengelakkan program - program transformasi ini daripada di 'spin' oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Pada masa ini banyak program yang baik untuk rakyat, yang dilaksanakan oleh kerajaan, telah di 'spin' oleh pihak - pihak tertentu. Dengan dibuat perbezaan sebelum dan selepas, dapat menutup ruang untuk pihak - pihak ini memutar belitkan program tersebut. Ini kerana rakyat dapat menggunakan akal fikiran untuk membaca, mendengar dan melihat dengan jelas apa yang di 'transform' kan atau apa perubahan yang dibuat berdasarkan perbandingan sebelum dan selepas yang telah dibuat.

Saya masih percaya bahawa majoriti rakyat Malaysia adalah rasional dan masih lagi dapat berfikir dengan waras.

Asrul Muniff Azizan
Presiden
Pertubuhan Anak Muda Melayu Malaysia

3 comments:

Anonymous said...

Selama ini rakyat Malaysia memang mejoritinya rasional.Itu lah sebabnya Umno/BN terus di pilih oleh mejoriti rakyat.Kerana bersikap rasional itu juga lah,maka dalam suasana tertentu misalnya pilihanraya 1999,rakyat memberi amaran kepada Umno dan BN,kemudian sekali lgi pada tahun 2008.

Sekarang apabila Umno dan BN kelihatan mengambil langkah-langkah bijak terhadap amaran tersebut,rakyat sekali lagi akan bersikap rasional dengan memilih semula dgn mejoriti yg lebih besar Umno/BN.Yang tidak rasional hanya lah segulungan rakyat(bukan mejoriti) penyokong totok Wak Sodo dan Pok Nik Ajis.Biarkan mereka.

Anonymous said...

apa nama asrul munif....

aku mmg setuju pendapat ko tu bebb...

lebih2 lagi kita ni rakyat msia yg hidup serba serbi kene suap....

tgk bdak2 U skrg nak lulus seme harap pada notes lecture, seme kene suapp...

apa yg lecture tulis dihapal dan diingat sebelom periksa...

sama la jugek, maklumat yg baik pun kita kene sediakan dlm pelbagai versi dan suapkan dlm molot rakyatt...

kalau tangan2 jahat mcm tangan bekas korek jubo nuar suapkan, makna kata rakyat tadi sah2 otak akan diliwat...

terus jadi biol dan tak mampu nak lihat yg baik, otak dah negatif ckp apa pun tak masuk...

mcm otak bdak tekejall...hehehe

so kjaan atau ngo ke kene ambil inisiatif utk mempelbagaikan penyampaian maklumat terus kepada rakyat...

skrg ni byk media yg bleh distract atau divert pemikiran rakyat dari dpt terus maklumat dari media arus perdana...

mcm2 approach digunakan pembangkang, antara lainnya dgn spin, highlight yg buruk, kecilkan berita dll....

bahasa2 meta (meta language)juga digunakan utk spiral pemikiran manusia...

rakyat biasa tak mampu utk berhadapan dgn great lies dan spin , so kjaan kene pro aktive utk counter pembohongan puak2 munafik dan geng2 toteyy...

Melayu Perak said...

HOT NEWS ... Membongkar Strategi Tuan Haji Anwar Ibrahim MENJELANG PRU 13!

Berlabuhnya Persidangan PKR (Parti Koyak Rabak) beberapa hari yang lalu merupakan perancangan dan persediaan Tuan Haji Anwar Ibrahim bagi menghadapi pilihanraya umum kelak.

Jentera PKR sudah mula mengatur strategi terakhir jika sekiranya Tuan Haji Anwar Ibrahim didapati bersalah atas tuduhan meliwat dan dihumbankan ke Prison Resort Sungai Buloh.

Namun begitu GWM mengandaikan dua senario yang berkemungkinan berlaku dalam Tuan Haji Anwar Ibrahim menghadapi situasi menjelang PRU ke-13.



SENARIO PERTAMA
Jika pilihanraya diadakan sebelum Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara, maka Tuan Haji Anwar Ibrahim masih kekal bertanding sebagai calon.

Khabar dari sahabat seberang sana (informer) statistik yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Strategik Pilihanraya PKR, PKR tidak mampu memenangi semua kawasan parlimen yang dimenangi pada tahun 2008.

Banyak kerusi parlimen yang dikenalpasti kini berstatus HITAM. Dan menurut sumber GWM (informer) beberapa kawasan seperti Wangsa Maju dan Kulim, calon PKR bakal kalah teruk.

Kajian yang dilakukan oleh jawatankuasa tersebut, turut mengakui penggunaan maksimum isu video seks Tuan Haji Anwar Ibrahim telah merosakan kredibiliti dan kewibawaan beliau. Malah, DAP turut mengakui bahawa video seks Tuan Haji Anwar Ibrahim akan mempunyai 'domino effect' kepada undi mereka.

PKR dijangka hanya mampu memenangi maksimum 16 kerusi Parlimen.



SENARIO KEDUA
Jika pilihanraya diadakan setelah Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara, maka Tuan Haji Anwar Ibrahim tidak lagi berpeluang bertanding sebagai calon.

Tuan Haji Anwar Ibrahim begitu yakin akan berlaku 'Tsunami Undi Simpati' kepada PKR jika situasi ini berlaku (beliau dihumban kedalam penjara). Pertaruhan Tuan Haji Anwar Ibrahim adalah penambahan kerusi Parlimen di Sarawak. Mungkin hanya 1 atau 2 kerusi parlimen.

Jawatankuasa Strategik Pilihanraya PKR telah membuat penyusunan semula kawasan parlimen bagi calon yang akan bertanding.

Nurul Izzah akan bertanding di Permatang Pauh, Azmin Ali berpindah ke Lembah Pantai dan Nurul Nuha (adik Nurul Izzah) akan bertanding di Setiawangsa. Anwar yakin perubahan itu akan berlaku penambahan kerusi.

PKR dijangka memenangi maksimum 20 kerusi Parlimen.

Walaubagaimnapun, imej dan kredibiliti Tuan Haji Anwar Ibrahim akan menjadi punca utama kegagalan PKR di samping banyak isu-isu di negeri-negeri bawah jajahan takluknya yang gagal diselesaikan sebelum menjelang pilihanraya umum nanti.

Sumber dalaman GWM mengakui rakyat sudah semakin muak dengan politik retorik yang dimainkan oleh PKR beserta DAPigs dan PAShit!

Good Luck Tuan Haji Anwar Ibrahim ...