Tuesday, August 7, 2012

LYNAS GAGAL : PAKATAN CUBA HASUT ORANG ASLI PULAK !



Lebih kurang dua tahun lepas Kerajaan Negeri Pahang melalui anak syarikatnya Mentiga Corporation Berhad hendak menjalankan operasi melombong bijih besi di sebidang tanah yang berkeluasan lebih kurang 50 ekar di Kg Sungai Leleh, Lanchang, Temerloh, Pahang. Di kampung tersebut terdapat penempatan orang asli suku Temuan.

Bagaimanapun kawasan yang hendak dijalankan operasi melombong berkenaan tidak melibatkan kawasan penempatan orang asli. Ianya hanya melibatkan ladang-ladang Risda. Kebanyakan mereka yang menjadi peserta ladang Risda berkenaan adalah orang-orang asli di kampung berkenaan.

Jumlah keseluruhan tanah yang menjadi ladang Risda 250 ekar. Yang diambil untuk kerja perlombongan hanya 50 ekar.
Sebelum tanah tersebut diambil, perbincangan demi perbincangan telah diadakan yang melibatkan Adun Lanchang, MB Pahang , Risda dan Jabatan Kemajuan Orang Asli. Orang-orang asli di kampung berkenaan juga pernah ke rumah MB Pahang bagi membincangkan perkara berkenaan.

Akhirnya persetujuan telah dicapai dimana seramai 80 orang asli yang menjadi peserta Risda ditanah seluas 50 ekar dibayar pampasan setiap bulan dimana jumlahnya sepertimana yang dibayar oleh Risda.

Bukan setakat itu sahaja MB Pahang juga meminta Mentiga membayar pampasan jika ada tanaman tidak kira apa sekali pun yang terusik. Mentiga juga bersetuju untuk memberi sumbangan sebanyak RM 5000 sebulan kepada JKKK berkenaan untuk program kemajuan orang asli kampung berkenaan.

Tidak cukup dengan itu , orang-orang asli di kampung berkenaan juga diberi keutamaan untuk bekerja dengan syarikat berkenaan untuk kerja-kerja di lombong bijih besi itu.

Akhirnya semua bersetuju dan satu perjanjian telah ditandatangan antara orang-orang asli dengan Mentiga.

Selepas itu mula kedengaran sosek-sosek apabila mereka yang bukan peserta Risda dan tidak mendapat bayaran bulanan juga menuntut bayaran yang sama dari Mentiga. Mereka mula kata itu tanah mereka , tanah nenek moyang dan sebagainya.

Perkara tersebut akhirnya sampai ke pengetahuan PKR. Seorang peguam PKR masuk ke kampung berkenaan...., baca seterusnya klik SINI

5 comments:

Anonymous said...

...selagi belum pilihanraya, selagi tu lah puak2 zionis ni akan mengganggu gugat keamanan penduduk malaysia.

AYUH TUMBANGKAN PARTI ANAK BERANAK!

-nik ajis mahafiraun-

Anonymous said...

Bro GAP
Boleh tak cari sapa peguam pkr tu? Rakyat kena tahu sapa dia supaya senang dibogelkan. Biasa yang sanggup buat kerja macam tu sebab nak dicalonkan dlm pru. Mungkin orang asli kg tu pun tak tahu latarbelakang dia.

Anonymous said...

Celaka punye PGayR... takde keje lain, tak habis-habis menghasut orang ramai. Ke atas orang Asli pun nak ambik kesempatan ke??? Celako.. celako... celako...

Servant of God said...

Ya, setuju! Kita perlu dedahkan identiti peguam tu dan lain2 butiran secara terperinci.

Anonymous said...

Pembangkang kat Malaysia nih lebih kpd menghancurkan drp meng CHECK n BALANCE...