Wednesday, December 4, 2013

TARIF ELEKTRIK NAIK 15% : GAJI,ELAUN PENGURUSAN TNB..APA KATA MEREKA JUGA WAJIB SAMA2 BERKORBAN DEMI RAKYAT ?



sebelah ongkili tu leo moggi.

Pemuda UMNO hari ini menggesa Tenaga Nasionan Berhad (TNB) agar prihatin kepada rakyat dan tidak boleh bermotifkan keuntungan semata-mata berikutan kenaikan tarif elektrik.

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dalam ucapan dasarnya berkata rakyat dan komuniti perniagaan ketika ini mengeluh tentang tarif elektrik yang akan naik awal tahun depan.

“Namun kita difahamkan bahawa peningkatan tarif elektrik ini bukan sekadar untuk menampung peningkatan harga bahan api, tetapi juga bagi menambahkan laba keuntungan TNB yang sudah berbilion ringgit jumlahnya.

“Sebagai GLC, TNB perlu prihatin kepada rakyat dan tidak boleh bermotifkan keuntungan semata-mata. 

Bagi Pemuda, kenaikan tarif yang tidak setara dengan peningkatan kos bahan api hanya menguntungkan TNB yang tampak mementingkan kantung pemegang saham, bukan rakyat jelata.

“Kepada TNB dan juga GLC-GLC yang lain Pemuda mendesak janganlah terlalu mementingkan prestasi kewangan semata, tanggungjawab kepada rakyat jangan sesekali dilupa”, katanya.






6 comments:

anti-naikHarga said...

Cakap untung berbeliun-beliun....kalau rugi macam MAS tu aku fahamlah nak kena naik tariff letrik...Aku rasa depa ni semua saja nak menaikkan kemarahan rakyat supaya BN kena tendang keluaq masa PRU14 ni nanti....

TNBLaknat said...

Yg pelik sgt2 TNB baru saja umumkan untung tahunannya berbillion, kenapa untung berbillion tersebut dijadikan bahan utk peras ugut rayat lagi?

Kenapa utiliti asas elektrik dan air dijadikan 'komiditi' buat untung atas rakyat?? Ini sesuatu yg wajib ditentang oleh bloggers supaya rahsia bawah tanah stake holders menteri ataupun PM di bongkar.

Mcm mana nk hadapi PRU14 dgn sikap Najib membodohkan diri melakukan kerja merobek poket rakyat. Isu ini tidak ada menang-menang dan pastinya PRU14 akan merosakkan nama BN. Pakatan akan main sentimen ini mudah2nya dan memang logik bg mereka main isu ini.

Jika alasan subsidi, mcm mana TNB dn IPP boleh dibiarkan buat untung berbillion? Kenapa untung berbillion itu tidak cover balik bebanan Kerajaan beri subsidi?

Ini konsep penipuan apa??? Rakyat mahu tahu!! Blogger kena main isu ini sampai puak Omar Ong, Idris Jala hatta Najib kena tunduk pada tekanan rakyat.

Setakat naik harga gula itu masih terima akal.. Petrol pun rakyat masih sabar.. tiba2 letrik pulak.. lepas ni apa kesan berantai lain yg akan naik? Kenapa biar TNB jd company buat untung besar2 atas perkara asas rakyat??? dasar penswastaan yg mencekik leher rakyat!!!

TNBLaknat said...

Masalahnya skrg TNB dh untung berbillion.. TAMAK!! perkara keperluan asas manusia mana boleh buat untung membabi buat mcm TNB buat!! kenapa Krjn Najib 'halalkan' perkara ini? Apakah ini persediaan Najib utk jadi Ketua Pembangkang PRU14??

TNB dan pegawai2nya menikmati begitu hebat bonus dan kenaikan gaji. Mereka bermewah2 dengan peras ugut ini. Apakah kita sedar sbg rakyat biasa FAKTOR KUALITI Elektrik yang dihantar ke rumah2 sgt RENDAH dan penuh dengan fluctuating voltage?

MCm mana TNB peras ugut rakyat tp tidak improve faktor kualiti elektrik. Letrik spt juga bekalan air.. ada faktor kualiti.. Elektrik yg dibekalkan di seluruh dengar tidak berapa 'cantik' dari segi kejuruteraannya di mana regulating power pada 230-240VAC mempunyai tolerence yang tinggi. Ini merosakkan barang2 letrik dgn cept seperti lampu, brg elektrik bermotor, switching power supply board dlm barang elektronik..

Tiada siapapun jdkan perkara ini isu dan TNB terus permainkan rakyat dgn membuat untung gila2... dn Krjn Najib menghalalkan kerja jahat TNB ini. Apakah Najib pernah concern pasal kualiti elektrik TNB??

Tentu tidak sbb beliau golongan ELIT BESAR yg pakai letrik dibayar Krjn.. rosak barang ganti je.. maklumlah PM..

CEO TNB.. xubah sprti PENYAMUN.. sudah untung berbillion tp mahu naikkan lgi tarif.. logik apakah ini???

KENAPA KRJN NAJIB si BIBIR MERAH 'HALALKAN' ROMPAKAN dan KERAKUSAN PENGURUSAN TNB ini???? KENAPA????

Anonymous said...

Pak2 Menteri : "Ada kami kisah.... janji kami Masyuk.. "

usin said...

pm kita makin kurang cerdik. baru je habis pru13 dimana bn hampir2 tergelincir, selamba je luluskan permintaan tnb naikkan tarif. panas hati majoriti rakyat (berdasarkan undi popular) belum reda, tambah pulak satu lagi isu pemanas hati. wahai najib, selain kerja bagai nak mati, aku sebagai rakyat ingin nasihatkan kamu ambil masa 3 hari untuk menilai orang2 disekeliling kamu, penasihat2 kamu kerana ada diantara mereka adalah musuh dalam selimut kamu. moga kamu cepat sedar dari terus mengelamun....

Unknown said...

TNB Belanja RM6 Bilion Untuk Infrastruktur Baharu, Pelenggaraan, Capex Tahunan

Tenaga Nasional Bhd (TNB) membelanjakan sekurang-kurangnya RM6 bilion untuk infrastruktur baharu, penyelenggaraan dan perbelanjaan modal (capex) setiap tahun bagi memastikan bekalan tenaga elektrik yang berkekalan.

Kewajaran patut dibuat memandangkan jumlah tersebut jelas lebih tinggi berbanding keuntungan syarikat utiliti itu sebanyak RM4.6 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Ogos, 2013.

Daripada RM6 bilion, TNB melabur kira-kira RM3.5 bilion hingga RM4 bilion setiap tahun untuk bekalan baahru dan peningkatan sistem bagi rangkaian pengedaran dan pelbagai saluran penyambungannya.

TNB juga melabur antara RM2 bilion dan RM2.5 bilion setiap tahun untuk meningkatkan rangkaian penghantaran dan pembangunan.

Sebagai syarikat yang memiliki aset RM99 bilion, keuntungan itu boleh dianggap minimum memandangkan TNB hanya membuat keuntungan sebanyak RM4.6 bilion, berbanding konglomerat lain, yang untung sekurang-kurangnya separuh daripada nilai aset mereka

Kajian semula tarif elektrik penting kepada TNB untuk memenuhi peningkatan kos bekalan, pelaburan semula dalam peralatan bekalan yang lama serta membuat penambahbaikan dalam menyediakan bekalan elektrik yang boleh dipercayai dan berkualiti.

Berkuat kuasa 1 Jan, 2014 tarif purata elektrik di Semenanjung Malaysia akan dinaikkan sebanyak 4.99 sen/kWj, atau 14.89 peratus, daripada 33.54 sen/kWj kepada 38.53 sen/kWh.

Pelarasan itu adalah berdasarkan empat komponen, termasuk semakan semula tarif asas TNB sebanyak 2.69 peratus atau 0.90 sen/kWj, daripada purata tarif semasa tarif.

Tarif 0.90 sen/kWj itu hanya menyumbang kira-kira 18 peratus daripada jumlah peningkatan tarif dan ia bagi memenuhi kos operasi TNB selain untuk pelaburan infrastruktur yang diperlukan untuk bekalan elektrik.

Tiga komponen lain yang menyumbang baki 82 peratus, disebabkan kos bahan api yang meningkat yang membabitkan gas berpaip, gas asli cecair (LNG) selain harga arang batu TNB akan membayar RM15.20 mmBTU (Juta Metrik unit Termal British) untuk gas berpaip berbanding RM13.70 mmBTU pada masa ini.

Pada Mac 2009, kerajaan memutuskan bahawa harga gas akan dikaji semula setiap enam bulan, namun pelaksanaannya ditangguhkan berikutan krisis kewangan global.

Semakan harga gas sebelum ini ialah pada Jun 2011, daripada RM10.70/mmBTU kepada RM13.70/mmBTU yang sekali gus menyelaraskan tarif elektrik.

Selain itu, bagi LNG, TNB akan membayar harga pasaran sebanyak RM41.68/mmBTU manakala harga arang batu yang dilindung nilai pada US$87.50/tan metrik, lebih tinggi berbanding US$85/tan metrik sebelum ini.

Dalam melaksanakan struktur baharu tarif elektrik, kerajaan memastikan golongan berpendapatan rendah, tidak terjejas.

Semakan itu tidak akan menjejaskan kira-kira 70.7 peratus atau 4.6 juta pelanggan domestik, iaitu pelanggan dengan bil bulanan sebanyak RM77 dan ke bawah, tidak mengalami sebarang kenaikan tarif.

Rebat daripada kerajaan untuk pelanggan domestik menggunakan elektrik sehingga RM20 sebulan masih dikekalkan, yang melibatkan kira-kira satu juta pelanggan domestik dalam kategori ini.

TNB sentiasa prihatin terhadap nasib kumpulan berpendapatan rendah dan akan memastikan mereka tidak dibebankan hasil semakan tarif itu.

Bagaimanapun, kadar TNB masih berdaya saing di rantau ini.

Pada 38.53 sen/kWj, ia jauh lebih rendah berbanding Singapura (63.63 sen/kWj) dan Filipina (57.24 sen/kWj) namun tinggi berbanding Indonesia (24.40 sen/kWj) dan Thailand (36.88 sen/kWj).