Wednesday, August 25, 2010

DUNGU = PAS

KALID GAGAP NAK BUAT RUMAH PERLINDUNGAN BAYI !

aku baca kenyataan ni kat blog exco selangor. aku tak pertikai akan solusinya, tapi melaka dan N9 dah pun buat benda yang sama.

cuma aku nak cakap pasal ke dungu an penyokong pas dalam setiap forum bila melibatkan kes pembuangan bayi..masa melaka istihar buat perkara yang sama bukan main lagilah dorang bertempik sakan..kes buang bayi ni semuanya salah umno....

korang baca je lah forum membabitkan forumer pas taraf IQ bawah kepala lutut kat web tranungkite... ada sorang mangkuk penulis pas namanya rozmal malakan siap buat entri ' kalau nak buang bayi pi hantar kat N9'.. dungu bukan ? KLIK SINI

kalau nak bezakan IQ tinggi korang dengan IQ penyokong pas,boleh baca forum kat tranungkite. ujian bezakan IQ tinggi korang dengan penyokong pas ni boleh dibuat secara harian,mingguan dan bulanan.

Kerajaan Selangor akan menubuhkan Rumah Perhentian Sementara bagi melindungi bayi yang dibuang dan ditinggalkan oleh ibu bapa atau pihak lain yang tidak bertanggungjawab.

PEMBOHONGAN KELUARGA PUAKA DIBUKTIKAN !




nurul izah belajar menipu dari bapaknya, anwar ibrahim. 3 ogos lepas nurul izah dari keluarga puaka ni pergi indon untuk memburukkan nama malaysia. DEB dan kapal selam dibantai penuh ereksi dan emosi tanpa ada ada sebarang fakta yang logika.

yang penting bagi nurul izah anak puaka ni, nama malaysia mesti di damage kan semaksima mungkin..

kat atas gambar pelancaran peluru dari kapal selam KD RAHMAN ke sasaran.. tepat dan hebat.

nurul izah dan bapa puakanya boleh berambus dari malaysia. KLIK SINI untuk baca detail ujian kapal KD RAHMAN.

HISHAMUDIN LIABILITI KEPADA UMNO !


benarkah dakwaan 4 remaja cina adalah dalang yang menyimbah cat kat surau seperti yang kecoh baru baru ini ? kalau benar, adakah mereka akan bebas dan tidak dikenakan hukuman setimpal gara-gara mereka itu cina ?

aku tanya ? benarkah cina..?

aku jugak nak tanya...apa dah jadi dengan hasil siasatan surau dan masjid yang pernah dilempar kepala babi dan daging babi ? makin senyap je hishamudin amaran ? mana hasil keputusan siasatannya wahai hisham menteri amaran ?

2 beradik yang baling molotov koktel dah ditahan dan dihukum pun. hishamudin...kau ni list nombor satu menteri paling memualkan dalam sejarah malaysia ! jadi cekgu p jasmani lah ! jangan sibuk dengan kempen H-2-o kau tu !

Tuesday, August 24, 2010

PAS SEMAKIN TAKSUB DENGAN DAP !





kebanyakan kariah yang hadir adalah penyokong pas. inilah bahana bila terlampau taksub dengan DAP yang jelas anti islam dan melayu.

berkali bloger mendedahkan kepincangan dan kebejatan DAP menghina islam dan bangsa melayu. tapi pas tetap jilat mereka. aku taknak tulis banyak pasal ni, membuang masa.

kita perlu lipatgandakan usaha menerangkan kepada seluruh umat akan bahaya dan ancaman DAP kepada islam dan melayu.

KISAH BENAR PUAN HAJAH SITI ! FB KELAB PENYOKONG DILANCAR !

KLIK SINI untuk baca kisah benar.

LAPORAN POLIS TERHADAP KELUARGA PUAKA !

KLIK SINI

DISEBALIK KEJADIAN PENAHANAN NELAYAN MALAYSIA OLEH INDON !

Pada masa kejadian, kelima-lima bot tersebut sedang menangkap ikan di perairan yang telah menjadi kawasan menangkap ikan sejak sekian lama. Pasukan Gerakan Marin (PGM), Polis DiRaja Malaysia (PDRM) telah menerima laporan insiden tersebut pada 9.35 malam.

Susulan dari itu, bot ronda laju PC 9 dan PSC 26 PGM diketuai oleh Asisten Supritendan Ahmad Amri Abdul Rahman yang sedang membuat rondaan rutin di perairan tersebut telah diarahkan mengesan bot nelayan tersebut. Pada 10.45 malam, lima bot nelayan dan bot Dolphin 015 dikesan di lokasi 010 18.9’ Utara, 1040 24.4’ Timur iaitu kira-kira 0.4 batu nautika dari Batuan Tengah (Middle Rocks) yang sedang dalam pelayaran menuju ke Batam, Indonesia.

Lokasi ini masih di dalam perairan laut wilayah Malaysia. Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) pada 23 Mei 2008 telah memutuskan Batuan Tengah milik Malaysia. Bot PC 9 telah mengarahkan bot Dolphin 015 untuk berhenti namun tidak diendahkan dan dua das tembakan flare ke udara menggunakan light pistol dilepaskan.

Bot Dolphin 015 masih enggan berhenti dan terus memecut laju memasuki perairan Indonesia. Bot PGM berhenti mengejar setelah Bot Dolphin 015 didapati memasuki perairan Indonesia.

Tindakan PGM ini adalah selaras dengan prosedur yang ditetapkan di bawah Arahan Ketua Polis Negara, tembakan amaran ke udara tidak dilepaskan kearah bot Dolphin 015 dan bot PGM berhenti mengejar setelah bot tersebut memasuki perairan Indonesia.

Semasa PGM membuat pemeriksaan ke atas lima bot nelayan tersebut, didapati tiga pegawai penguat kuasa KKP menyorok di dalam bilik enjin dua bot nelayan dan salah seorang darinya telah menanggalkan pakaian seragam KKP.

Tindakan itu dipercayai bagi untuk mengelak dari ditangkap oleh PGM. Sistem Penentu kedudukan Global (Global Positioning System) bot juga telah dirosakkan.

Salah seorang penguat kuasa KKP telah dihubungi oleh Ketua Bot Ronda KKP yang dikenali sebagai Hammanto dan telah menawarkan pertukaran pegawai penguatkuasa KKP yang ditahan dengan tujuh nelayan Malaysia.

Namun demikian, tawaran tersebut ditolak kerana ia berlaku dalam perairan Malaysia dan PGM bertegas tindakan undang-undang akan diambil sewajarnya. Kesemua lapan nelayan dan lima bot serta tiga penguat kuasa KKP telah dibawa ke Jeti Jabatan Laut Tanjung Pengelih untuk siasatan lanjut.

Ketiga-tiga pegawai penguatkuasa ini telah disiasat oleh Ibu Pejabat Polis Kota Tinggi dan diklasifikasikan di bawah Seksyen 363 Kanun Keseksaan (Penculikan).

Mereka telah ditahan di lokap IPD Kota Tinggi dan direman selama empat hari oleh Mahkamah sehingga 18 Ogos 2010 bagi siasatan lanjut. Pihak PDRM telah memberikan layanan yang sama sebagaimana yang digunapakai ke atas warga Malaysia yang ditahan dalam lokap berdasarkan prosedur yang ditetapkan.

Pada 14 Ogos 2010, satu laporan Polis telah dibuat oleh adik salah seorang nelayan yang ditahan menyatakan bahawa beliau menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada nombor telefon +6281270228267 yang tertulis “Tolong kirim RM1,000 Untuk taikong Melayu untuk tiga orang Cina RM 2,500, jadi semua RM 3,500. Kirim lewat western union atas nama Harun No KTP 2171071708659006, Alamat: Tanjung Piayu sei Beduk, Batam. Ok?.

Siasatan awal PDRM mendapati nombor telefon tersebut juga turut disimpan dalam telefon bimbit milik tiga pegawai penguat kuasa KKP. Pada 16 Ogos 2010, lima pegawai dari Konsulat Jenderal Republik Indonesia telah datang ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor bagi membincangkan urusan pembebasan tiga pegawai penguatkuasa KKP.

Pegawai tersebut juga dibenarkan menemui tiga penguat kuasa tersebut di lokap IPD Kota Tinggi. Pada 17 Ogos 2010, pukul 9.20 pagi, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi telah menyerahkan tiga pegawai penguat kuasa KKP kepada Jonas L. Tobing, wakil Konsulat Republik Indonesia.

Pembebasan ini dibuat setelah beberapa siri rundingan diplomasi, siasatan kes telah selesai dijalankan dan bagi menjaga hubungan baik Malaysia dan Indonesia.

Malaysia telah mengemukakan Nota Bantahan Diplomatik ke atas tindakan pencerobohan dan penahanan 7 nelayan Malaysia oleh bot Dolphin 015 milik KKP.

Tindakan ini merupakan satu pencabulan ke atas integriti dan kedaulatan wilayah Malaysia.

Sejak 2005 hingga Ogos 2010, terdapat 12 kes pencerobohan bot dan kapal Pihak Berkuasa Indonesia dalam perairan Johor sahaja.

Nelayan tempatan yang menangkap ikan dalam perairan Malaysia kerap menjadi mangsa peras ugut dan diminta membayar sejumlah wang bagi membebaskan nelayan yang ditahan.

Insiden seumpama ini akan berulang di masa hadapan khususnya dalam musim perayaan yang akan disambut tidak lama lagi.

Pihak Berkuasa Malaysia komited dan akan terus meningkatkan rondaan dan penguatkuasaan dalam kawasan perairan Malaysia berdasarkan Peta Baru 1979 ke atas sebarang pencerobohan dalam perairan negara.

Pihak nelayan hendaklah memberikan kerjasama dengan terus membuat laporan kepada Pihak Berkuasa mengenai insiden yang berlaku supaya tindakan yang cepat dan berkesan dapat diambil sewajarnya.

Di samping itu, tindakan-tindakan yang diambil oleh pegawai penguatkuasa KKP Indonesia semasa berada di dalam bot nelayan telah menimbulkan keraguan dan mengukuhkan lagi pandangan bahawa insiden ini adalah angkara pihak dan individu daripada agensi berkenaan menggunakan kedudukan mereka demi kepentingan masing-masing.

Keberadaan mereka di atas bot nelayan dan tindakan menanggalkan pakaian seragam serta menyorok di dalam bilik enjin jelas menunjukkan bahawa mereka telah melakukan pelbagai kesalahan dan berusaha untuk menggelak daripada dikesan oleh pihak PDRM.

Usaha untuk membuat pertukaran tujuh nelayan dan tiga pegawai KKP oleh ketua bot Dolphin 015 dalam tempoh beberapa jam setelah kejadian dilihat sebagai inisiatif persendirian beliau untuk menutup insiden berkenaan.

KELUARGA PUAKA !


makin melampau makin kurang ajar. hari ni dalam utusan dipaparkan gambar indon pijak bendera malaysia, siap buang najis sekali. puncanya kerana 3 rakyat indon ditahan pihak berkuasa malaysia.

aku cukup yakin sikap biadap segelintir rakyat indon ini banyak dipengaruhi oleh kempen menanam kebencian yang dilakukan oleh satu keluarga politik bernama anwar ibrahim.dorang sanggup pijak bendera malaysia pasal ini keluarga anwar anak beranak boleh perlekehkan negara ikut suka hati kepala dia je !

tu sebab kaduk indon ni sanggup naik junjung ! pernah tak korang dengar pemimpin pembangkang indon burukkan negaranya sendiri kat malaysia ? tak pernah tapi si puaka anwar banyak kali buat !


memang ia adalah berlainan isu, tapi siapa rakyat malaysia yang paling kuat cucuk kebencian rakyat indon terhadap pemerintahan malaysia ?

anwar berkali-kali merosakkan imej negara. apa juga cara dia kasi basuh otak rakyat indon agar benci dengan kerajaan malaysia.

4 ogos lepas, anak dia yang tak sedar diri nurul izah pertikai dasar DEB dan sistem pertahanan negara. ini dua beranak memang petualang bangsa, tak sedar dek untung dan memang manusia paling dahsyat sanggup melanyak negara sendiri demi kepentingan politik sempit.KLIK SINI

NURUL IZAH DAN ANWAR !

kalau dah tak suka sangat dengan negara malaysia, pergi berambos la ! brengset ! kami sanggup untuk berbeza pendapat dalam politik, itu perkara biasa. tetapi kalau dah sampai caci dan maki hamun negara sendiri di tempat orang, adalah baik korang satu keluarga berambos dari malaysia la !

puaka betul la korang anak beranak !

Monday, August 23, 2010

RAJA PETRA MAKIN TAK LAKU


baca balik malaysia today. spin demi spin yang cuba dia lakukan makin tak laku. penyokong dan pembaca dia pulak makin mencemek muka bila spin gila babi petra ni semakin tak logik.

petra dah makin hilang kredibel apabila terlalu banyak berfantasi dalam mengolah fitnah. dengar cerita, dia akan menemui jalan matinya tak lama lagi.

ANWAR RAJA PELACOR AGAMA !

KLIK SINI

NIK AJIS ULAMAK PENIPU !

apa benda yang berdiri itu mesti ada penegaknya. badan dengan tulang belakang,rumah dengan tiang konkrit.

aku nak ingatkan rakyat terutamanya yang beragama islam, PAS TIDAK MEWAKILI ISLAM. pas bukan wakil mutlak kita dalam hal ehwal islam. pas sekadar parti politik, berbayar dan tertakluk dengan undang-undang penubuhan berpesatuan,taraf parti pas sama seperti persatuan penduduk tamil ladang bikam atau persatuan bahasa tamil SKJT ladang midland.

jadi tolong jadi jadi buta, hati jangan digelapkan dengan penipuan pas. pas tak mewakili islam.

aku nak cakap mudah tentang sambungan politikal gimik mereka, iaitu tentang hudud. karpal bantai nik ajis,nik ajis tipu orang islam.

aku cuma nak ingatkan korang tentang tiang agama. sepertimana perenggan pertama yang aku tulis kat atas.

aku bagi kronologi cerita kat korang biar kita sama-sama fikir balik, apa tiang agama,apa keutamaan agama dan bezakan dengan mainan politik nik ajis.

KRONOLOGI PERTAMA.
kisah rasulullah saw dalam israk mikraj. sebelum ini segala perintah yang ALLAH swt wahyukan adalah melalui perantaraan malaikat jibrail. dalam peristiwa isra miraj rasulullah saw telah diangkat ke langit bertemu dengan penciptaNya di arasy.

apa perkara yang begitu penting sekali sehingga rasulullah saw diangkat ke langit untuk disampaikan perintah itu kepada umatnya ?

tak lain perintah solat. solat adalah tiang agama.

KRONOLOGI KEDUA
sewaktu rasulullah saw wafat. apa yang diucapkannya ? umatku solat-solat.

KRONOLOGI KETIGA
soalan mungkar nangkir dalam kubur kepada setiap umat. apa soalan pertama ? solat.

aku mudahkan cerita biar kita paham. tiang agama kita adalah solat. aku tak tolak hudud dan takkan sekali tolak mana-mana hukum quran. tapi asas perkara tu biarlah dah buat. aku,kamu,keluarga kita,sahabat kita...

kalau perkara asas yang begitu penting pun tak boleh buat ?????

SURAT ANWAR MELUTUT KEPADA TUN M !

ini adalah bahan arkib, bahan sejarah. reformasi 1998 telah membuktikan siapa anwar sebenarnya. dia adalah proksi zionis dan kepala kepada fahaman islam liberal.

1998 reformasi bermula. ia melibatkan pertentangan anwar dan dr mahathir. anwar proksi barat dan dr mahathir pula pejuang bangsa.

anwar terlibat dalam isu salahguna kuasa dan skandal seks /liwat. dulu ramai yang tidak percaya tetapi bila saiful bukhari azlan muncul, maka ulangan sejarah keberanian dan kebenaran dr mahathir mula di berikan perhatian.

pelbagai tuduhan dan fitnah anwar lemparkan semasa 18hari kempen selepas pemecatannya pada 2 september 1998. anwar menuduh dr mahathir dengan pelbagai tuduhan liar.

rakyat pada waktu itu percaya...tetapi dalam diam-diam serangan anwar terhadap dr mahathir, dia secara sembunyi mengutuskan surat melutut dan cuba berbaik kepada dr mahathir !

benarlah kata ramai bekas pejuangnya, baik chandra muzafar,zulkifli nordin,nalakarupan mahupun ezam. anwar punyai split karektor yang cukup bermasalah ! detail surat KLIK SINI

Sunday, August 22, 2010

PULUHAN RIBU DI CERAMAH AZMIN ALI !



hehe

ARTIKEL MENARIK BRO ZAINI !

GAGASAN 1Malaysia cukup menarik. Ia dapat mengelakkan 'perang besar' sebagaimana kebimbangan Mufti Perak, Tuan Guru Harrussani Zakaria walaupun malam tadi beliau tiba-tiba menukar perkataan perang kepada perkataan 'heboh', saya merasakan magnitudenya adalah sama.

'Perang besar' boleh berlaku di Malaysia jika kerajaan gagal menangani isu perkauman yang bebas diperdebatkan secara terbuka sekarang.

Kita tidak perlu bercakap mengenai tragedi 13 Mei 1969, kerana itu hanyalah konflik melibatkan kegelisahan kaum atau social unrest yang kecil sahaja. Kini kita bercakap mengenai 'perang besar' yang boleh meletus, jika keadaan gagal dikawal (oleh kerajaan).

Pelbagai pihak kini sedang membakar semangat antara satu kaum dengan kaum yang lain. Ia termasuklah cubaan untuk menukar Perlembagaan Malaysia sekarang kepada satu Perlembagaan yang baru.

Apakah cubaan itu dilakukan kerana pihak-pihak tertentu itu merasakan mereka sudah cukup besar kepala? Apakah cubaan itu dilakukan kerana mereka merasakan kerajaan yang ada sekarang akan tumbang dua tahun lagi?

Jika benar wujudnya dokumen seperti itu, maka benarkan andaian itu. Ini kerana mereka terlalu yakin mereka boleh memerintah kerana pegangan politik Melayu yang dibela oleh Perlembagaan lama, semakin luntur dan mulai terhakis.

Satu lakaran baru Perlembagaan Malaysia perlu ditulis cepat bagi menggantikan Perlembagaan lama yang mereka anggap lapuk sebagai persiapan seandainya mereka memerintah kelak. Mereka mahu melukis semula Perlembagaan atas nama sama-rata dan mengeluarkan istilah kontrak sosial, agama Islam - dan mungkin kedudukan raja-raja Melayu - yang bunyinya bagi mereka terlalu kolot?

Harussani yang mendedahkan kewujudan Perlembagan baru itu menjelaskan: ''Perlembagan baru itu menyisihkan hak-hak orang Melayu dan juga Islam yang dijamin dalam Perlembagaan sekarang."

Orang yang mempunyai idea ini cukup berbahaya. Kerajaan harus menanganinya, jika ia terbukti benar, bagi mengelakkan tercetusnya 'perang besar'. Saya, kita dan semua rakyat Malaysia terlalu takut untuk menghadapi situasi 'perang besar' itu. Tiada tempat yang boleh saya lari jika tercetusnya 'perang besar' itu. Bolehkah saya lari ke Singapura, Australia atau New Zealand? Saya tiada sesiapa di situ, apatah lagi tanah sekangkang kera.

Jika ia berlaku, maka ia akan tetap berlaku. Hanya Tuhan Yang Maha Esa sahaja yang akan menentukan nasib negara ini. Jika itu yang Dia mahukan, maka jadilah 'perang besar'.

Tapi, siapa yang akan untung jika berlaku 'perang besar' itu. Orang Melayu, Cina, India atau Pribumi lain? Sekali lagi hanya Dia sahaja Yang Maha Mengetahuinya.

Malaysia sebenarnya dibentuk oleh satu denominasi yang berbeza. Bukan satu, tapi membabitkan pelbagai kaum dan warna kulit serta anutan kepercayaan yang berlainan.

Sukar untuk membentuknya untuk menjadi satu denominasi yang unggul. Usaha ke arah itu sedang dilakukan melalui gagasan 1Malaysia. Mungkin akan tercapai 50 ke 100 tahun lagi, bukan semalaman sebagaimana kepercayaan kebanyakan orang sekarang?

Bangsa Amerika mengambil masa selama 250 tahun untuk melantik seorang yang berkulit hitam sebagai Presiden mereka. Tapi ada syaratnya juga. Orang berkulit hitam itu haruslah seorang yang beragama sama dengan kaum dominan kulit putih. Bolehkah Presiden Amerika seorang yang beragama Islam, misalnya? Mungkin boleh, tapi ia memerlukan 250 tahun lagi?

Kaum Arab, walau macam mana sekali pun mereka berperang mereka masih Arab - satu bahasa, satu agama mungkin sedikit berbeza dari segi aliran mazhab. Begitu juga dengan bangsa Jepun, China dan India. Walaupun mereka bergaduh sekalipun mereka masih merupakan satu denominasi yang unggul, sama warna kulit dan yang penting sama agama.

Tapi, di Malaysia ia berbeza. Melayu, Cina dan India dengan majoritinya (setakat ini masih) Melayu hidup dalam satu negara. Jika kerajaan yang dipimpin oleh majoriti itu kuat, ia hanya boleh mengharmonikan keadaan sahaja. Itu pun jika majoriti itu dapat diterima oleh sesama majoritinya yang lain.

Selama beberapa dekad ini Malaysia cukup harmoni. Melayu, Cina dan India serta Pribumi lain hidup dengan harmoni kerana majoriti yang memimpin mereka itu kuat. Namun, sejak kebelakangan ini situasinya sudah berbeza. Ada golongan mahu menangguk di air keruh setelah melihat sistem pertahanan golongan majoriti itu mulai melayu.

Masing-masing mula mahu menegakkan hak masing-masing. Mereka mahu lebih. Masing-masing mahu kelihatan mereka itu dominan. Kaum Y berkompromi dengan Kaum Z untuk menjatuhkan Kaum X bagi membolehkan, mungkin, Kaum Y menguasai negara ini. Jika Kaum Y tidak berkuasa pun mereka mahu diberi peranan yang lebih lagi.

Maka itu, pelbagai taktik halus yang cukup strategik sedang dirangka secara teliti untuk membolehkan cita-cita itu dicapai. Rakyat harus dikelirukan. Kaum X,Y dan Z harus dikelirukan. Golongan majoriti yang terkeliru itu kini tercari-cari ranting untuk berpaut. Jika mereka merasakan Kaum Y itu kuat maka majoriti yang sudah minoriti itu akan menyambarnya.

Amat malang sekali kaum majoriti yang kuat satu ketika dulu kerana keupayaannya dapat mengharmonikan X,Y,Z tadi tiba-tiba menjadi minoriti. Mereka sudah berpecah-pecah. Malah ada yang sudah berani dan terbuka mempersendakan dasar DEB yang dibuat khusus untuk kaum majoriti itu dulu!

Tapi persoalan besarnya sekarang, apakah kaum yang dikalahkan tadi akan berdiam diri? Apakah pada ketika itu situasi yang kita semua tidak mahu ia berlaku, akan berlaku?

Benar, 'perang besar' boleh berlaku di Malaysia, nauzubillah...