Sunday, July 29, 2012

LAJIM UKIM : MUSUH DALAM SELIMUT BAKAL MENRUNTUHKAN PAKATAN DI SABAH !



Hari ini, DSP Lajim Ukin (Lajim) dijangka akan mencatat satu lagi sejarah politik dalam hidupnya, juga kepada politik Sabah. Saya tidaklah asing kepada Lajim kerana beberapa kali bertemu beliau di Parlimen dan di tempat-tempat lain, malahan pegawai-pegawai kanan beliau saya kenali rapat.
Pada 11 November 2010, semasa penubuhan NGO pendidikan iaitu Gagasan Pendidikan Melayu Malaysia (GAGASAN) telah ditubuhkan di Kuala Lumpur. Presidennya Datuk Hassan Malik sementara Datuk Lajim Ukin Timbalan Presiden. Saya pula menjadi Yang Dipertua GAGASAN Kota Kinabalu, sebenarnya saya lebih suka menjadi YDP GAGASAN Tawau atau Kalabakan kerana saya lahir di Tawau. Namun, saya menerimanya juga atas dasar persahabatan, perjuangan dan menghormati permintaan pihak Lajim. Lagipun GAGASAN Tawau belum ditubuhkan.
Berbalik kepada kisah Lajim, sebenarnya pertelagahan beliau bukan kepada UMNO atau Perdana Menteri DS Najib Tun Razak. Masalah utama Lajim ialah perselisihan beliau dengan kepimpinan UMNO Negeri Sabah. Perselisihan itu semua orang tahu, antaranya apabila peranan beliau di Bahagian Beoufort dibayangi sepanjang masa oleh seteru beliau iaitu Datuk Azizah Mohd Dun. Dalam hal ini, Datuk Musa Aman khabarnya berpihak kepada Datuk Azizah, maka membesarlah perselisihan itu kepada Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Sabah.
Ayah kepada Datuk Azizah sangat berjasa kepada Negeri Sabah. Selain pernah menjadi DO di Beoufort jika saya tak silap, ayah Datuk Azizah merupakan salah seorang pemimpin USNO yang meminta UMNO dibawa masuk ke Sabah pada tahun 1976 dan seterusnya pada tahun 1986 dahulu.
Kemudiannya, perselisihan faham itu berlanjutan kepada perseteruan yang semakin membesar. Lajim semakin geram apabila projek-projek pembangunan di kawasan Beoufort katanya ditahan. Begitu juga, katanya projek-projek dari persekutuan juga tertahan. Khabarnya juga Majlis Daerah Beoufort (MDB) ketiadaan Dana tambahan untuk membangunkan Daerah Beoufort. Khabarnya juga, Lajim berusaha mengatasi semua masalah tersebut dengan bertemu Perdana Menteri. Dalam hal ini, Perdana Menteri telah memberikan bantuan yang bukan sedikit, maka apakah sebenarnya yang berlaku? Saya bertanya lagi, dan saya dapati ianya adalah kerana masalah di peringkat negeri. Saya tidak boleh mengulas lebih jauh, kerana saya belum bertemu Datuk Musa Aman untuk mengesahkan perkara ini.
Akhirnya semalam, Lajim meletak jawatan sebagai Ketua Bahagian UMNO Beoufort, Pengerusi BN Beoufort tetapi mengekalkan keahlian UMNO dan Timbalan Menteri Perumahan & Kerajaan Tempatan. Dalam hal ini, biasanya akan ada dua tindakan susulan, iaitu Majlis Tertinggi UMNO akan bermesyuarat dan memecat keahlian Lajim. Kenapa Lajim tidak keluar UMNO sahaja? Jawapannya mudah, Lajim masih sayangkan UMNO! Dan Lajim tahu selepas ini, karier politiknya akan menjunam. Saya tidak yakin Lajim boleh menang di Parlimen Beoufort jika dia bertanding atas tiket Sabah Reform Front (SRF).
Sebenarnya Lajim sudah berbulan-bulan bersedia untuk semua yang telah dilakukannya hari ini. Bendera-bendera SRF dan sebagainya sudah lama disediakan di rumahnya. Lajim sudah tahu apa akan berlaku dalam karier politiknya, sebab itulah Lajim sudah bersedia awal.
Saya menghubungi pula beberapa tokoh politik di peringkat pusat, jawapannya mudah kepada mereka, biarkanlah dia. Maknanya tidak perlu pujuk Lajim, dia bukan budak-budak. Itu pilihannya, terserah. Maknanya kepimpinan Pusat tidak berasa apa-apa malah tidak takut malah tidak perlu melayan kerenah Lajim itu. Di peringkat negeri, jawapan yang hampir sama juga. Maknanya, saya fikir selepas ini politik Lajim di Sabah akan menjunam. Saya tidak terkejut jika Lajim tewas di Parlimen Beoufort dan DUN nanti.
Di Sabah, jika DSP Pairin keluar dari gabungan BN, barulah Lajim akan menang! Tetapi jika Datuk Osu Sukam atau Lajim yang keluar BN dan bertanding atas tiket parti lain, kemungkinan besar mereka menang adalah sukar. Dalam hal ini juga, kenapa Datuk Wilfred Bumburing yang keluar bukan DSP Pairin? Anda kena ingat, semasa pemerintahan DSP Pairin dan PBS, beliau tidak dapat melupakan bagaimana DS Anwar menumbangkan kerajaannya dengan cara tidak demokratik, dengan cara rakus membeli wakil-wakil rakyatnya, dan DSP Pairin tidak boleh melupakan bagaimana Anwar ketika berkuasa tidak memenuhi permintaan kerajaan PBS dalam banyak hal seperti permintaan sebuah Universiti di Sabah di mana Anwar menjawab katanya Sabah tidak memerlukan Universiti.
Pada hari ini (29/7/2012), khabarnya Datuk Wilfred Bumburing akan membuat pengumuman rasmi kira-kira 1.00 petang, manakala Lajim akan membuat pengumuman yang sama pada pukul 8.40 malam di rumahnya di Beoufort. Jemputan kepada DS Anwar kerana mereka sudah mempunyai hubungan semasa kejatuhan Kerajaan PBS Sabah pada tahun 1994 dahulu. Semua orang tahu kisahnya.
Komen seseorang dalam peti mesej saya, biarlah Lajim seorang keluar dengan masalahnya, yang penting rakyat Sabah majoritinya masih bersama BN. Dalam hal ini, saya setuju dengan keyakinan DSP Musa Aman, beliau telah membuktikan dua kali PRU di mana BN Sabah mencatat kemenangan 99%.
Saya yakin, DSP Musa Aman masih boleh mengekalkan Sabah kepada BN.
Maka, mengapa perlu bimbang?
BLOG JENTAYU ABAKA.

20 comments:

Anonymous said...

Di Sabah, Musa terkenal dengan 'penyapu' projek2 pembangunan, termasuk mahu bahagian yg besar dlm 'Coal Fired' di Silam dahulu. Beliau pernah marah dgn Menteri Pelancongan Sabah Chong Kah Kiat(membatalkan tugu Mazu), kerana pendedahan projek saudara-mara beliau yg merosakkan alam sekitar (Sipadan dan Taman Negara). Terkenal dgn mendominasi projek selengara/bina jalan, sana guna sumber2 kerajaan ketika perkahwinan anak beliau, syer dan kepentingan dlm pembinaan 1Borneo, syer dlm Kimanis Power dan lain-lain. Org Sabah secara keseluruhan tahu tentang perkara ini tapi dasar perlindungan dan takut kalah Najib menyebabkan UMNO kini kurang mendapat kepercayaan. Isu PTI yg mendapat KP demi undi UMNO juga adalah perkara yang biasa (PTI majoriti menduduki PPR). Org Beaufort pun semua tahu kerana MUsa berasal dari Beaufort dgn bapanya yg bernama Aman, seorang Pakistan yg terkenal dgn kahwin-cerai (9 kali kahwin-cerai). Sapa tak kenal Anifah, yg mengajar rasuah dalam SAFA dahulu. Pendek cerita, Lajim-Musa 2X5 shj, kedua-dua org UMNO ini belajar dgn bekas KM Sabah iaitu Osu dlm menghabiskan duit rakyat!!!!

Anonymous said...

Tak payahlah Najib membazirkan wang rakyat dgn memberi gula2 yg hanya menguntungkan sesetengah pihak secara dasarnya, rakyat pun tahu atas dasar takut kalah Najib buat apa yg termampu termasuk pemberian 'lolipop' yg tak habis2 diheboh2 kan.

Hakikatnya, Sabah bukan lagi safe deposit utk UMNO.

Anonymous said...

Berapa ramai ADUN / MP yang keluar BN di Sabah tu?? Berapa pula jumlah kerusi ADUN / MP bila dah ada yang melompat ke PR??? Jawapannya TERLALU KECIL......!!!!

Anonymous said...

hijrah kerana tuntutan agama...mulia dan banyak keberkatan

hijrah dalam konteks mencari padang rumput lebih hijau...adalah naluri semula jadi

RENUNGAN

Anonymous said...

brp RM??? si ANu GAy suap sama lajim ....????

nmpk sgt puak2 ANU GAY terdesak smpaikan beli org2 BN/UMNO.....

kalo gini caranya, mmg tak menang!!

Anonymous said...

8:09 PM.. Overdose air tebu ke? Siapa yg nak sokong Anwar org tua gay umur 64 tahun? Ingat UMNO Sabah desparado sangat ke dgn Lajim Ukin? Lajim Ukin undur diri sebab dia dah hilang sokongan dan juga termakan pujuk rayu PKR. UMNO Sabah antara negeri yg paling menyerlah hingga salah seorang Naib Presiden dan Puteri UMNO pun asal Sabah.

Anonymous said...

Kini hilang sudah istilah "lompat parti", yang ada hanya istilah "HIJRAH"... ooo, baru aku paham.... wahalal untukku, wal haram buatmu...

Anonymous said...

dulu masa PBS sama skrip ngan lajim....keluar BN. akhirnya kalah??

Anonymous said...

Mereka nak bergayut di pautan yang rapuh, biarkan je la. Sendiri cari penyakit...

Anonymous said...

yg lompat ke pakatan haram semuanya org yg kechiwa.. biarkanlah!! BN akan selesa tanpa mereka ini!!

Anonymous said...

Ada topang, topang bawa rebah,orang sabah bukan bodoh,mereka lebih tahu mana mutiara ori atau tiruan, selamat jalAn lajim.dah lama kena tipu.

Anonymous said...

Buah Kelapa Buah Cempedak
Dimakan Mari Sianak Keling
Lajim Ukim Ibarat Budak
Tak Dapat Lollipop mudah Melenting

yeop said...

apasal semua ni anonymous kbykan orang sabah ni tak ada teluq lu tengok video militant petani tembak askar siam macam tu le najib akan buat dia tau kuku dia tak cengkam tu pasal dia simpan tunggu lepas menang kan yayasan sabah dah bangkrap mana pergi ban balak untuk rakyat sabah satu hektar seorang memang dasar orang bodoh

GINTAK Kota Kinabalu Sabah said...

Pada tahun 1990 Lajim pernah mengamuk di Istana ketika upacara angkat sumpah kabinet Negeri di bawah PBS kerana tidak dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri.....muahaaaaa Lajim gila pangkat,kaki mengamuk dan katak terkemuka di Sabah...

Anonymous said...

Lajim tidak puas hati dengan Musa Aman ? Apa beza Lajim dengan Musa, sepatutnya kedua dua orang ini diganti. Kedua duanya penerima dan pemberi rasuah terhebat di Sabah.

Anonymous said...

Datuk Seri Panglima Lajim Ukin, Janang Gayuh kaum Bisaya di Beauford, Sabah dengan jelas telah menunjukkan haluan politiknya menjelang Pilihanraya Umum Ke-13. Beliau tidak lagi akan berada dalam kapal Barisan Nasional (BN), sebaliknya akan bersama Pakatan Perubahan Sabah (PPS) yang ditubuhkannya bersama seorang lagi Ahli Parlimen yang meninggalkan BN, Datuk Wilfred Mojilip Bumburing. PPS hampir pasti akan bersekongkol dengan Pakatan Rakyat (PR) pimpinan Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Itulah politik Lajim sebenarnya. Bermula daripada 1985 ketika memenangi kerusi DUN Klias, Beauford hinggalah semalam ketika mengumumkan perletakan jawatannya daripada beberapa jawatan penting BN dan UMNO, Lajim adalah tokoh politik Sabah yang tidak punya rasa setia kepada parti politik yang dianggotainya.

Mengenali Lajim sejak 1986 dan pernah menghasilkan buku biografinya ketika saya di Sabah, beliau dilihat seorang ahli politik opportunis yang sentiasa mengambil kesempatan yang menguntungkan dirinya sendiri, tanpa menghiraukan kepentingan partinya.

Lajim bertanding atas tiket PBS di DUN Klias pada 1985 setelah hasratnya untuk menjadi calon parti Berjaya dipandang sepi oleh Datuk Harris Salleh yang menjadi Presiden parti dan Ketua Menteri Sabah ketika itu. Beliau menang dan kemudiannya menjadi anak emas kepada Presiden PBS, Datuk Joseph Pairin Kitingan (kini Tan Sri).

Pairin mengangkat Lajim ke jawatan penting bermula daripada Pembantu Menteri hinggalah Menteri penuh dalam Kerajaan PBS. Sepanjang di dalam Kerajaan PBS, Lajim bercita-cita besar untuk menjadi Timbalan Ketua Menteri yang mewakili kuota Bumiputera-Islam, tetapi hasrat beliau itu selalu dibayangi oleh seorang lagi anak emas Pairin, iaitu Datuk Bahrom Abu Bakar Titingan, pemimpin suku kaum Suluk dari Tawau. Kaum Suluk, yang hampir keseluruhannnya beragama Islam adalah suku kaum Bumiputera-Islam yang terbesar di Sabah, mengatasi kaum Bisaya.

Selepas Pilihanraya Negeri 1990, biarpun Bahrom tewas di Balung atas tiket PBS, tetapi Pairin masih melantiknya ke jawatan ADUN dan mengekalkan jawatannya selaku Timbalan Ketua Menteri mewakili Bumiputera-Islam yang menyebabkan Lajim mengamuk semasa upacara angkat sumpah di Istana. Lajim ketika itu menang di Klias menewaskan calon USNO, Azizah Mohd Dun dengan majioriti 791 undi.

Sepanjang penguasaan PBS di Sabah, bukan rahsia lagi berlaku perebutan jawatan penting antara Lajim dan Bahrom bagi kuota Bumiputera-Islam, samalah keadaannya di antara Datuk Yong Teck Lee dan Datuk Chau Tet On bagi kuota kaum Cina. Dalam setiap kali pertandingan, kemenangan berpihak kepada Bahrom. Teck Lee pula berjaya menewaskan Tet On yang kemudiannya mengerakkan MCA di Sabah.

Lajim memendam rasa sejak sekian lama di dalam PBS, walaupun beliau memegang jawatan Menteri dalam kabinet Pairin. Sebaliknya Teck Lee bertindak menjelang Pilihanraya Negeri Sabah pada 1994 dengan meninggalkan PBS dan menubuhkan Parti Maju Sabah (SAPP). Tindakan Teck Lee itu agak menghairankan kerana beliaulah antara individu yang kuat mempengaruhi Pairin supaya membawa PBS keluar daripada BN menjelang Pilihanraya Umum 1990.

Anonymous said...

Lajim, walaupun menang sekali lagi kerusi DUN Klias dalam Pilihanraya Negeri 1994, telah mula menunjukkan reaksi untuk mengkhianati PBS dan Pairin. Bukan rahsia lagi ketika ADUN-ADUN PBS berkampung di Sri Gaya, kediaman rasmi Ketua Menteri dalam peristiwa di luar pintu pagar Istana sebaik selesai pilihanraya itu, Lajim sudah menghantar mesej mahu meninggalkan PBS dan melompat ke BN. Dalam pilihanraya tersebut, PBS menang tipis dengan 25 kerusi, berbanding 23 dimenangi BN.

Ketika itu Pairin menunggu dalam kereta di luar pintu pagar Istana selama 36 jam bersama penyokong-penyokong PBS untuk masuk mengangkat sumpah Ketua Menteri di hadapan Yang Di-Pertua Negeri Sabah ketika itu, Tun Haji Said Keruak. Lajim yang berada di Sri Gaya dalam keadaan ‘terkurung’ bersama ADUN-ADUN PBS yang lain berjaya meloloskan mesej untuk mengkhianati partinya itu yang menjadi antara sebab upacara angkat sumpah Ketua Menteri tertangguh.

Ketika itu, Lajim sudah merasakan bahawa keinginannya untuk menjadi Timbalan Ketua Menteri bagi kuota Bumiputera-Islam tidak akan kesampaian kerana anak Tun Mustapha, Datu Amirkahar juga turut menang di DUN Banggi atas tiket PBS. Jelas, Pairin melantik Amirkahar selaku Timbalan Ketua Menteri bagi kuota Bumiputera-Islam yang meningkatkan api kemarahan Lajim terhadap Pairin dan PBS.

Biarpun Pairin berjaya mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri, kekuasaannya tidaklah kekal lama apabila Lajim bertindak melompat ke parti UMNO bersama dengan ADUN Kemabong, Rubin Balang dan ADUN lantikan, Haji Zaini Md Isa.

Biarpun jasa Lajim dilihat begitu besar hingga menyebabkan peralihan kuasa daripada PBS kepada BN di Sabah, tetapi dia menyimpan cita-cita pula untuk menjadi pemimpin nombor satu Sabah, iaitu sebagai Ketua Menteri dalam sistem penggiliran jawatan itu yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri ketika itu, Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad. Penggiliran pertama pastinya bukan milik beliau kerana Tun Sakaran Dandai lebih senior dan mempunyai hairaki kepimpinan yang lebih kanan dalam UMNO Sabah. Selepas 11 bulan, atas faktor kesihatan, Tun Sakaran melepaskan jawatan itu tetapi kuota UMNO itu tidak singgah kepada Lajim, sebaliknya Datuk Salleh Tun Said Keruak dilantik.

Selepas Yong Teck Lee dan Tan Sri Bernard Giluk Dompok mengambil giliran bagi kuota Cina dan Bumiputera Bukan-Islam, jawatan itu tidak jatuh juga kepada Lajim, tetapi kepada Datuk Osu Sukam. Selepas digilirkan kepada Dato’ Chong Kah Kiat, kemarahan Lajim semakin membuak-buak apabila jawatan idamannya itu jatuh pula ke tangan Datuk Musa Aman yang menjadi Ketua Menteri Sabah sejak Mac 2003 hingga sekarang.

Ketika ini Lajim mempersalahkan semua pihak. Baik Musa yang dilihat menjadi musuh ketatnya dalam politik Sabah, mahupun Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak yang diwar-warkan tidak akan mencalonkan lagi Lajim dalam Pilihanraya Umum akan datang.

Anonymous said...

Lajim tidak boleh menerima hakikat bahawa karier politiknya sudah sampai ke dinding. Sikapnya yang tidak istiqamah kepada perjuangan parti sudah dapat dihidu sejak beberapa tahun lalu. Ugutan kepada pucuk pimpinan parti bukanlah cara yang baik bagi kelangsungan politik peribadi.

Lajim kini mahu mencari landasan lain untuk meneruskan kerier politiknya. Bagi Lajim, sejak sekian lama hidup dan matinya adalah bergantung kepada politik. Selaku ahli politik opportunis, beliau sentiasa merangka langkah politik yang boleh menguntungkannya.

Perhitungan Lajim meninggalkan Berjaya dan bertanding atas tiket PBS terbukti mengena pada cita-cita politiknya apabila PBS menang dalam Pilihanraya Negeri 1985. Tindakannya meninggalkan PBS dan melompat ke UMNO juga ternyata mengena sehingga membolehkan BN mengambil alih pemerintahan Kerajaan Negeri Sabah dari PBS pada 1994 dan seterusnya menyambung nasib politik beliau.

Entah apalah perhitungan dan bacaan politik Lajim kali ini sehingga sanggup meninggalkan BN dan mahu bersekongkong pula dengan PR. Tetapi Lajim perlu akui pepatah Melayu akan tiba ke atas dirinya – sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua.

Hari ini Kabinet akan membuat keputusan terhadap kedudukan Lajim, sebagaimana dinyatakan oleh Najib semalam. Setelah tokoh Bisaya itu mengumumkan perletakan pelbagai jawatannya dalam UMNO dan BN, apalah gunanya lagi beliau duduk di kerusi Timbalan Menteri Kerajaan Persekutuan. Apa gunanya juga beliau kekal menjadi ahli UMNO.

Pecatlah sahaja Lajim, kerana kaum Bisaya di Sabah selama ini menyokong Lajim bukan kerana dirinya, tetapi kerana parti yang diwakilinya. Lajim akan menjadi seperti Yong Teck Lee, yang suatu ketika dahulu dianggap sebagai paramount leader kepada kaum Cina di Sabah, tetapi akhirnya tersungkur dalam Pilihanraya Kecil Parlimen Batu Sapi, Sandakan yang majoriti pengundinya di kalangan kaum tersebut di tangan seorang wanita yang tidak menonjol dalam arena politik Sabah.

Akan muncul Janang Gayuh yang baru bagi kaum Bisaya di Beauford. Lajim akan menjadi kenangan dalam lipatan sejarah politik Sabah selepas PRU-13 nanti.

Anonymous said...

Lajim dan Anwar homo bergelumang dengan dosa "PETUALANG" negara. Lajim menyokong Anwar homo yang suka bermain jubur. Kedua-dua sudah murtad.

Anonymous said...

Tak mengapa..kerana pengundi Sabah lebih mengetahui.