Thursday, March 28, 2013

KENYATAAN DAIM ZAINUDIN PERTIKAI KREDIBEL ANWAR DAPAT RESPON POSITIF MASYARAKAT CINA.



Wawancara Tun Daim Zainduddin yang tersiar dalam Berita Harian dan The New Straits Times pada Ahad dan Isnin lalu sekadar mengesahkan lagi tanggapan ramai orang terhadap kebolehan dan kemampuan Anwar Ibrahim untuk menjadi pemimpin nombor satu negara.


Sungguhpun Daim menyatakan bekas Menteri Pertanian, Tan Sri Sanusi Junid, merupakan individu yang lebih mengenali Anwar Ibrahim, namun sesungguhnya Daim merupakan orang yang sangat akrab dengan Anwar dalam politik. Sebab itu, apabila Anwar dipecat, Daim mengambil langkah yang sangat berbeza daripada ahli politik lain.

Beliau tidak membuat banyak kenyataan terbuka mengenai Anwar Ibrahim, apatah lagi memburukkannya di khalayak awam. Namun Daim tidaklah sediam yang disangkakan. Apabila Anwar dipecat, Daim banyak mengadakan perjumpaan tertutup dan menerangkan pandangan beliau terhadap Anwar dan sokongannya kepada Dr. Mahathir. Penulis antara kumpulan mahasiswa yang dipanggil secara “diam” oleh Daim untuk menerangkan sisi pandangannya mengenai Anwar.

Selepas hampir 15 tahun, Daim tidak lagi diam. Beliau muncul secara terbuka menyatakan pandangannya terhadap Anwar. Bagi beliau, masa Anwar untuk menjadi Perdana Menteri telah berakhir. Kata Daim, “Anwar telah mendapat peluangnya dan ia telah berakhir. Sekarang masa untuk memberi peluang kepada Mohd Najib membuktikan kemampuannya.”


Daim antara orang yang rapat dengan Anwar. Mereka seumpama belangkas dalam politik. Daim melalui kekuatan kewangan dan restu Dr. Mahathir telah melaksanakan agenda menaikkan Anwar Ibrahim hingga hampir ke persada kepimpinan UMNO dan Negara. Anwar tanpa bantuan Daim dan Mahathir tidak mungkin menjadi bintang politik sekelip mata meningkat naik tanpa melalui jalan susah dan payah seperti mana pemimpin lain.

Justeru tiada orang lain yang boleh membicarakan kemampuan Anwar sebagai ahli politik, ahli kabinet dan calon Perdana Menteri kecuali Daim Zainuddin. Berbanding Dr. Mahathir dan Sanusi Junid yang berpatah arang berkerat rotan dengan Anwar Ibrahim, Daim memilih jalan yang sederhana.

Beliau tidak mempunyai perasaan dendam mahu pun marah terhadap Anwar. Anwar tidak menjejaskan apa-apa kehidupannya, Anwar juga tidak memberi apa-apa keuntungan pada dirinya. Daim tidak memerlukan apa-apa dari Mohd Najib mahu pun Anwar Ibrahim. Daim juga tidak akan terjejas jika siapa pun menang pilihan raya. Pada usia melebihi 70 tahun dan kekuatan empayar perniagaannya, Daim tidak tersangkut pada apa-apa beban untuk memihak kepada sesiapa pun.

Sebagai anggota kabinet yang berpengalaman, rakan Anwar dan mengenali Mohd Najib, Daim ibarat jauhari yang mengenal manikam dalam pilihan raya umum kali ini.

Daim secara berterus terang berpendapat bahawa rakyat Malaysia perlu memberi peluang kepada Mohd Najib melakukan transformasi dan perubahan dalam penggal akan datang.

Sesiapa yang mengikuti perjalanan politik Anwar Ibrahim pasti akan bersetuju dengan kenyataan Daim yang berikut,
“Itu adalah apa yang beliau katakan, iaitu beliau adalah adiwira yang memerangi jenayah dan rasuah dan perlu ditumpaskan. Jika anda tahu perkara mengenai beliau yang saya tahu, bahawa dakwaannya adalah kelakar, dan paling berani ialah menyatakan ia adalah menegakkan kebenaran.”
Sebab itu saya sentiasa tegaskan bahayanya Anwar ialah beliau lebih Sukarno daripada perkara lain. Semua ucapan berapi-apinya siap dengan kenyataan ekonomi, sebenarnya penghasut yang hebat.
Jika kita boleh meletakkan kepercayaan kepada Daim Zainuddin sebanyak dua kali untuk menyelamatkan ekonomi negara apakah kita tidak boleh memberi kepercayaan kali ketiga kepada beliau denganmemberi kepercayaan kepada Mohd Najib selama sepenggal ini?

Daim telah memberi satu rumusan terbaik kepada rakyat Malaysia,
 Jika anda bertanya kepada saya, di antara Najib atau Anwar, saya akan pilih Najib. Saya akan memberikan Najib peluang. Berikan beliau mandat dan lihat jika adakah mampu memenuhi kehendak kerana Anwar sudah mempunyai peluang, tetapi dia mensia-siakannya. Saya mahu Najib menang kerana saya tidak fikir Anwar adalah calon tepat untuk menjadi perdana menteri. Saya percaya beliau (Anwar) akan mengacau-bilaukan negara dengan mendapatkan nasihat daripada Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Bank Dunia dan (Paul) Wolfowitz (bekas Presiden Bank Dunia).
Percayalah, Daim ada kelemahan, kekurangan dan kecacatan, namun untuk seorang manusia Melayu yang telah dua kali menyelamatkan negara ini dari bencana ekonomi, Daim adalah Jauhari dalam politik negara hari ini.

7 comments:

Anonymous said...

al juboree tayang bontot depan daim

Unknown said...

hancur la ekonomi Malaysia kalau di tadbir
Penderaan Iklan Terhadap Minda Pengguna
8 Lelaki Yang Bertukar Jantina
Selsema Pembunuh Paling Bahaya

hancuk said...

degree anuar sastra act\

master anuar auto dan bersilat

phd anuar KAJIAN TENTANG MENJUAL AGAMA, BANGSA, NEGARA,

xdapat celen la sikitul

org lain dpt juai satu ja..dia complete tiga2 sekali

mari kita sembang2 dgn kwn kita kenapa perlu penting nya org yg tak gilakan jawatan diberikan jawatan...

Anonymous said...

Aljubore is powerless, brainless, heartless, mindless and soulless.

Anonymous said...

setuju sangat

Anonymous said...

. . . and useless . . . also hopeless.

Unknown said...

Mengikut Straits Times Singapura pada tarikh 28 March 2013 si babi Carolyn Hong tidak merepotkan segala perbualan mantan menteri kewangan Daim Zainuddin dengan New Straits Times. Si betina sepet ini tidak melaporkan yang:

1. Anwar sudah mensia-siakan peluang semasa menjadi Timbalan PM.
2. Anwar akan membikin huru-hara Negara dengan mendapat sasihat daripada Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) Paul Wolfowitz
3. Anwar penghasut yang hebat ucapan berapi-api lebih sukarno daripada perkara lain.

Tetapi yang dilaporkan sangat rengan akan kesalahan si Sang peliwat ini.
Mengikutnya Straits Times Singapura oleh si babi betina ini:

• Daim Zainuddin berkata Anwar mencadangkan satu komplot untuk bersedia menghadapi kekalahan walaupun dia menghebahkan peluang untuk menang dalam PRU ke 13.
• Anwar menyiapkan persepsi kepada rakyat dan seluruh dunia bahwa dia akan menang, tetapi dia tahu dia tidak akan berjaya. Jikalau Pembangkang kalah, dia akan menyalahkan kerajaan kerana ketidakadilan amalan dan rusuhan akan berlaku dijalanan.

Sudah terang si betina (bo) Hong ini mahu memberi berita palsu yang menguntungkan Pakatan Racun. Berita yang meracuni fikiran rakyat luar Negara dan rakyat Malaysia di Singapura aku harap dapat ganjaran yang berat dan balak yang menimpa sehingga ditanggung seumur hidup tidak dapat menjadi wartawan Straits Times Singapura nanti.

Aku menyeru semua rakan-rakan di Malaysia, sayangilah Malaysia, jangan dibiarkan pengikut pengkhianat –pengkhianat Malaysia menyebarkan berita palsu dan ambil tindakan lah sepatutnya.