Tuesday, April 28, 2009

PERTEMUAN BLOGER DAN 3 PEMIMPIN TERTINGGI PAS.

sila klik artikel ini....

http://analisisringan.blogspot.com/2009/04/3-pimpinan-pas-dedahkan-rahsia-pada.html

analisis yang baik daripada rakan bloger anti anwar, si kumbang. ada cerita lagi panas selepas ini. berbelas sms yang gap terima bertanyakan gerangan siapakah pimpinan pas yang kami( bloger anti anwar) temui ?

gap hanya menjawap..... biarkan ia menjadi rahsia. kami menantikan pertemuan ke2 dengan pimpinan pas pro muzakarah.

Monday, April 27, 2009

2 AHLI ERDOGAN TUMBANG ! KUMPULAN MUZAKARAH SEMAKIN MARA !


dr mariah ahli parlimen kota raja dan dr hatta ramli telah tewas dalam pemilihan jawatan YDP kawasan. dr mariah tewas teruk di tangan bekas cikgu sekolah tinggi klang, cikgu jaafar, seorang aktivis pas yang berpengaruh di kota raja.

manakala seorang lagi ahli parlimen pas dr hatta ramli telah menarik diri daripada bertanding setelah menyedari beliau bakal tewas teruk di tangan timbalan nya sendiri , salahudin.

dua orang penyokong kuat anwar ini ditolak atas sikap agresif mereka cuba membawa 'suara' anwarisme dalam pentadbiran pas.

berdasarkan maklumat pihak gap terima sebentar tadi, kemenangan ini memberikan signal yang cukup kuat kepada kumpulan muzakarrah di selangor pimpinan dr hassan ali untuk terus bergerak laju.
berkemungkinan kumpulan penyokong dr hasan ali akan bergabung dengan kumpulan ustaz nasharudin dan nik abduh pada jun nanti.

pertemuan gap dengan beberapa pimpinan tertinggi pas tadi juga ada menyebut pakatan muzakarah ini akan bertambah kuat dengan kemasukan penyokong mat sabu yang dikatakan bakal meyekat husam !

benarkah ada ARAHAN daripada pimpinan tertinggi pas pusat untuk membunuh kemaraan saki baki kumpulan erdogan nanti ? kabarnya husam,kamarudin jafar,mahfuz akan berdepan dengan masalah apabila beberapa rakan dan penyokong kumpulan erdogan........... akan melompat masuk ke dalam kumpulan muzakarah !


SIAPA KETUA DEWAN PEMUDA PAS NEGERI YANG AKAN MENJATUHKAN KUMPULAN ERDOGAN NANTI ?

Saturday, April 25, 2009

CERPEN : YB GAP ( MATINYA BAKAL MEMANDA MENTERI )


Malam ini adalah malam terakhir aku. 14 hari kempen yang lalu sudah menggemparkan partai pemerintah. Seluruh Negara hanya menunggu masa untuk menabalkan aku sebagai memanda menteri, posisi political paling tinggi sebagai pemerintah . aku bisa punyai kuasa, kiranya aku menghidangkan segala ‘lauk politik’ yang diminta.

Di utara dan pantai timur, aku bermain kata. Depan masarakat cina aku perjuangkan hak mutlak tuntutan mereka.aku lebih gila dari partai dapp,aku lebih gila daripada dewan perniagaan cina dan lebih gila daripada dong jhia zong. Aku anak melayu, pernah mengerjakan haji, tetapi hari itu depan puluhan ribu orang cina, aku adalah lee kuan yew melayu!

‘tuan , kita dah sampai’ kata hj mat ajis ketua unit amal partai lambang bulat. Tersentak aku dari lamunan. Hj mat ajis sudah lama dengan aku, dia penasihat agama aku,dialah yang mengajar aku tentang agama,cara-cara menjual agama demi kepentingan politik aku.

‘tuan , malam ini malam terakhir kita berkempen, puluhan ribu sudah ada di stadium keramat ,beratus wartawan dalam dan luar negara sudah bersedia mendengar ucapan terakhir tuan, sebelum tuan diangkat menjadi memanda menteri esok ‘ kata hj mat ajis.

‘bagaimana dengan bloger-bloger kita, sudah bersedia melakukan spin? Tanya aku. ‘mereka dah bersedia tuan’ jawap hj mat ajis penuh bersemangat.‘hmm bagus’. aku mengangguk…

aku masuk ke stadium utama menggunakan pintu belakang, sama seperti tabiat dan kelakuan aku, suka menikam belakang musuh dan kawan demi cita-cita politik aku untuk menjadi memanda menteri. Tapi..harus diingat barangkalian bahawa senya aku tidak bermain belakang dan tidak minum kopi sebagai bahan pujukan.

Pengacara majlis sudah mendapat indikasi ketibaaan aku. Unit amal partai bulan sudah mengepung untuk membawa aku terus ke pentas utama. Malam itu sudah lewat, aku punyai 1 jam sahaja untuk berkempen. This is my last chance, by hook or by crook tomorrow I mesti jadi memanda menteri..bisik hati aku ( memang English aku teruk kerana aku mahu menunjukkan kepada rakyat bahawa PPSMI itu telah gagal)….

‘RAKYAT SEKALIAN, BAKAL MEMANDA MENTERI KITA TELAH TIBA..ESOK BERSAMA TEMAN-TEMANNNN….. RAKYAT AKAN MENGANGKAT YB GAP SEBAGAI MEMANDA MENTERI YANG KE 7.!!!! TAKBIR TAKBIR ‘ !!! sungguh bersemangat pengacara majlis mengumumkan ketibaan aku. Seluruh rakyat betakbir, cina melayu juga india mengucapkan allahuakbar . inilah hasil kejayaan dakwah aku meliberalisasikan islam.

Bergema stadium keramat, limpahan flash-flash kamera terus berkelip tanpa henti. Aku berjalan menuju ke mikrofon utama, tatkala melihatkan kelibat batang tubuh aku puluhan ribu rakyat sudah bangun,…. Bertempik bagai hysteria …. Ada ibu-ibu dari muslimat partai lambang bulat meraung-raung menyebut nama aku.GAP , GAP, GAP !!!! arrgghhhhh.. … Sungguh menggerunkan keadaan saat itu, satu keadaan yang menghampiri sambutan karbala.

Ritma bunyi gendang-gendang daripada anak muda tamil mula berbunyi kencang. Kumpulan gendang bhangra berentap dengan puluhan gendang-gendang cina dan rebana melayu bagi merasuk dan membingitkan roh suasana !

Para paderi,sister,sami kuil, sami budha dan tok aji berpegang tangan dan menari-nari mengikut rentak irama gendang ! di kanan aku, melihat muslimat partai lambang bulat dan wanita-wanita muda naik ke atas pentas dan terbang melompat semula ke atas tangan-tangan penonton.

Bagaikan permulaan konsert metallica, wanita-wanita ini semakin hysteria. Di depan mata aku, anak-anak muda yang menggelarkan diri mereka ‘kumpulan halal rakyat pakat yang boleh bersekedudukan’ mengangkat pasangan masing-masing. Lelaki melayu ini mengangkat pasangan mereka ke atas bahu mereka, tanpa rasa malu wanita melayu dan cina tadi menyelak baju mereka menunjukkan puting-puting dada pelbagai warna…arrgg inilah tanda majmuk dan berpakatan bisik hati aku.

‘ASSALAMULAIKUM DAN HALLELUJAH SEMUA!!!!!!!!! ‘ kata aku sebagai pembuka kata…YEEEAAAAHHHHH !!! jawap mereka.

‘malam ini adalah malam terakhir, seluruh rakyat akan keluar mengundi. Esok 16 september, angkat aku sebagai memanda menteri’ !!!!!! jerit aku kepada puluhan ribu penonton.

‘rakyat semua, perjuangan kita semakin hampir menuju kemuncaknya. 14 hari saya menjelajah keseluruh negara dan signal daripada rakyat cukup kuat, esok saya akan diangkat oleh seluruh rakyat menjadi memanda menteri Malaysia ke 7’ kata aku penuh berapi di depan puluhan ribu rakyat dalam rapat umum aku di kuala berlumpur.

‘yang cina sudah menyatakan sokongan tentang dasar-dasar saya mahu laksanakan.menghapuskan keseluruhan dasar yang menolong melayu, saya berjanji bila saya diangkat menjadi memanda menteri, DEB akan saya hapuskan, pendidikan kita akan liberalkan, UITM saya akan tukarkan namanya kepada university institute teknologi Malaysia, …tiada lagi keistimewaan bantuan-bantuan pinjaman kepada peniaga melayu, MARA akan saya hapuskan.orang cina semua…saya ulang semua orang cina suka dasar baru saya’ !!!!

‘orang melayu perlu dihapuskan tongkatnya, 50 tahun orang melayu ditatang.cukup cukup. sudah tiba masanya keistimewaan ini dihapuskan.’..

‘ini negara cina punya, ini negara india punya, ini negara banggali punya..bukan melayu punya, semua orang berhak mendapat apa yang melayu selama ini dapat’ !!!! aku membakar semangat rakyat. Rakyat semakin bersorak gembira dengan gerakan aku ini, gerakan ketuanan rakyat.

‘semalam saya bersama dengan beberapa pemimpin partai lambang bulat menghadiri upacara sembahyang di gereja st nichlolas petaling jaya. Saya dan pemimpin partai lambang bulat hadir kerana merasmikan bangunan baru gereja.

Alhamdulillah sambutan yang kami terima cukup menggalakkan. Saya dan bakal presiden partai lambang bulat hj samad kalid telah diberi penghormatan untuk meletakkan plak KALIMAH ALLAH bersebelahan dengan lambang jesus yang disalib’…

‘ini membuktikan bahawa perjuangan kita untuk menyama ratakan islam dan agama lain diterima, ingat tuan-tuan ALLAH milik masjid, juga milik gereja,tokong dan kuil .’ TAKBIR TAKBIR ..HALLELUJAH bergema cukup kuat dalam stadium malam itu.

‘insyaallah tuan-tuan, selepas ini kita akan membuka peluang juga kepada ajaran kristian untuk meletakkan patung jesus dalam masjid-masjid kita.. kita harus terbuka dan rasional. Jangan kita berperangai seperti partai ameno, sempit dan dangkal dalam soal islam’.. aku berhujah.

‘ saya mahu membawa agenda baru, agenda ketuanan melayu harus kita buang selama-lamanya. Di Nepal raja gnaendra telah tumbang dengan kuasa rakyat, Nepal kini menjadi republik. Di iran kebangkitan rakyat telah menolak pemerintahan beraja shah iran.. ini signalnya..SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT’ !!!!!!!

‘ ada setengah pemimpin ameno berkata saya sudah jauh lari perjuangan. Saya cakap pada mereka poodaahh… INI GAP..PEMIMPIN RAKYAT. BILA MEREKA CUBA MENUMBANGKAN GAP,,..RAKYAT AKAN BANGKIT DAN PERTAHANKAN GAP’ !!!

‘gap milik rakyat, gap suara rakyat..membujur lalu melintang patah.. kita akan tumbangkan ketuanan melayu sampai habis..saya akan bawak satu perubahan besar, kuasa rakyat sebagai pemerintah’ !!!!!!!!!!


‘saya dihentam kiri dan kanan oleh pemimpin ameno. Saya dituduh sebagai agen asing, agen singapura,. Semalam saya dihentam oleh menteri besar ameno negeri parak. Dia kata saya sudah menjual hak melayu. Apa salah saya tuan-tuan, salahkah saya berjanji kepada seluruh rakyat parak saya akan berikan seluruh milikan tanah selama 1500 tahun kepada cina-cina yang mengundi saya. Apa bersalahkah saya ?..

‘saya beri amaran kepada pihak ameno negeri parak, kalau saya dihalang untuk memberikan tanah kepada setiap pengundi cina yang mengundi saya nanti, maka saya akan arahkan seluruh ahli partai lambang bulat berbaring di atas jalan 24jam. Jangan main-main dengan saya..saya gap pejuang rakyat.!!!!’

Malam itu sudah menjanjikan kemenangan untuk aku, gap. Esok pasti aku akan menuju ke mahkota jayaputra. Barisan cabinet sudah ada dalam kepala aku.

‘sudah-sudah…kita jangan terlalai walau sesaat pun tentang agenda kita. Kita pulang dengan aman malam ini. esok kita bangkit dari tidur, pergi mandi dan terus menuju ke pusat pengundian di tempat tuan…ingat pangkah gap sebagai memanda menteri Malaysia yang baru’…sebelum majlis itu berakhir imam besar,paderi besar,sami besar telah naik ke atas pentas membacakan doa keselamatan.puluhan rakyat tunduk bertafakur tanda liberal agama di Malaysia sudah hampir mendekati praktikalnya sama seperti Negara endonasia.

Tatkala saat habis mereka betafakur, kedengaran 3 das bunyi tembakan .

DAM ! DAM ! DAM !

Puluhan ribu rakyat di stadium terpinga, jutaan yang menonton secara langsung di internet web dan blog tersentak. Tatkala skrin dan layar menayangkan satu batang tubuh berlumuran darah terbaring di atas pentas…SELURUH RAKYAT MENJERIT !!!!!!!!!!!!!!!!!

GAP DITEMBAK ! GAP DITEMBAK ! GAP DITEMBAK !

Meraung seluruh rakyat menyaksikan insiden mengejutkan itu. Ibu-ibu dan kaum wanita menangis teresak-esak .. yang berbangsa india menepuk-nepuk dada bertubi tubi.. yang cina meraung raung bagai kematian keluarga. Yang melayunya mengucap syahadah tanpa henti …

SEGALANYA TERHENTI……..
RAKAMAN SIRAN LANGSUNG DITAMATKAN.
3 SUSPEK UTAMA DI TAHAN OLEH PENYOKONG DAN SPECIAL BRANCH.


( seminggu selepas insiden itu )

Ketua polisian Negara telah mengumumkan penahanan 3 suspek yang disyaki terlibat dalam insiden tembakan terhadap bakal memanda menteri, gap. 2 orang suspek berbangsa melayu dan seorang lagi berbangsa cina.

Mereka telah didakwa di mahkamah jayaputra kerana terbabit dalam cubaan membunuh. Sewaktu di bawa kemahkamah, suspek yang ditutup mukanya telah menjerit-jerit mengatakan sesuatu..

‘ aku pertahankan hak melayu, jangan dihina melayu .’ jerit suspek pertama bernama anuar rahim.

Manakala suspek kedua menjerit dan kerap mengulangi 2 patah perkataan yang sama…di ulang-ulang sampai masuk ke kamar mahkamah. ‘selamatkan raja.’ ‘selamatkan raja’.. jerit mat nizar kamaludin.

Suspek ketiga seorang cina tua, sentiasa tersenyum bila diambil gambarnya. ‘ selamatkan ketuanan melayu.’ Sambil tersenyum lee kat siang berbicara…

Apa kesudahan riwayat YB GAP, bakal memanda menteri ?

Wednesday, April 22, 2009

HUDUD DI LEMBAH SWAT DAN HUDUD MAINAN POLITIK PAS


Aku membaca laporan akhbar semalam akan kejayaan buat kali ke 2 pemerintahan taliban menegakkan UNDANG-UNDANG SYARIAH (HUDUD) di lembah swat.

Hudud ini telah mendapat perkenan daripada presiden Pakistan sendiri. Lembah swat terletak di dalam wilayah pentadbiran Pakistan, 3 jam perjalannya daripada ibukota Peshawar.

Sebelum ini taliban pernah mengimplementasikan undang-undang syariah di bumi afghan, namun kerana takutkan akan kebangkitan sebenar pemerintahan sunah, maka dajal-dajal kecil seperti iran,Rashid dostum,tentera janggut pendek(the short beard army) yang kesemuanya berfahaman syiah telah bekerjasama secara indirectly dengan amarika menumpaskan pemerintahan Taliban.

Apa yang pasti, taliban tidak pernah tewas dalam peperangan tersebut.mullah omar selaku pemerintah tentera tertinggi taliban telah mengarahkan keseleuruhan tenteranya berundur. Berundur bukan bermaksud mengaku kalah, tetapi mahu mengelakkan casualties atau kematian yang banyak terhadap pihak awam.

Mereka tumbang pada tahun 2001. Hari ini mereka masih berperang, namun dengan cara yang lebih sistematik dengan menggunakan kaedah perang gerila. Hari ini bush sudah tiada tetapi jasad osama,aiman dan mullah masih segar dan terus berentap menghalau tentera kafir dari bumi afghan.

Taliban adalah tentera sunah, benderanya putih , satu kesinambungan kaedah pejuangan tentera-tentera sahabat. taliban secara totalnya adalah dari puak pashtun, satu puak hebat dan merupakan darah keturunan salahudin al ayubi.

Taliban pernah menumbangkan soviet, taliban pernah memalukan mikahel gorbachev . kalahnya mikhael gorbachev di bumi afghan telah mengheret kepada salah satu lagi peritiwa besar politik dunia, kehancuran negara soviet union. Taliban pada waktu itu dikenali sebagai mujahidin afghan.

Mujahidin ini pernah melahirkan singa-singa perang islam berfahaman sunah yang cukup menggerunkan dunia barat. Mullah omar,osama bin laden,dr aiman al zarkhawi,ahmad shah masood,burhanudin rabbani,gulbudin hekmatyar dll telah menggemparkan dunia kerana Berjaya menumbangkan paksi komunis soviet union.

Perang mujahidin dan soviet ini juga telah melahirkan pejuang-pejuang kental islam di bumi Chechen. Dhokar dudayez panglima tentera Chechen syahid diserang dengan peluru berpandu tentera rusia. katab pernah membantu tentera bosnia menentang Serbia. Kabarnya dia jugak telah syahid.

Inilah sebenarnya pejuang islam. Wira islam. Bukan moqtada as sadr,Hassan nasrallah yang menjadi pujaan parti pas.

Hari ini buat kali ke 2, perjuangan suci Taliban telah Berjaya menegakkan undang-undang syariah di lembah swat. 2001 dan 2009, lapan tahun sahaja diperlukan oleh mereka untuk menegakkan semula syiar islam.

Pas dan nik ajis juga pernah menggertak dan mengkafirkan seluruh umat melayu kerana menolak hudud. Tetapi bila karpal singh membantah, nik ajis menarik hand brake nya, kita akan laksana hudud lagi 30 tahun.

Inilah wajah permainan dunia. Bila iktikad perjuangan konsisten, maka tuhan rabbulalamin akan mengkabulkan doa . tetapi apabila islam dan hudud dijadikan modal politik, maka hati itu akan dicabutkan semangat juangnya. Jelas dan nyata nik ajis lebih takut kepada karpal daripada penciptaNya.

Hari ini penduduk lembah swat menangis kerana akhirnya hukum islam tertegak di sana, TETAPI DI SINI, NIK AJIS JUGA MENANGIS,MENANGIS KERANA MENDENGAR LAGU ISABELLA NYANYIAN AMY SEARCH.

Mana pergi hudud pas sekarang ? jawapannya tiada. Yang ada hanyalah tangisan ‘mentari merah di ufuk timur’ !

PEEWITTTTTT !!

Tuesday, April 21, 2009

PRK PENANTI : CALON BEBAS (GAP) VS ANWAR

INI MUKADIMAH AKU ! BAK KATA PANGLIMA MELAYU, 'BUKA LANGKAH' !
KALAU UMNO TAK JADI LAWAN, SILA BANTU GAP UNTUK HANCURKAN ANWAR DI PERMATANG PAUH !
KALAH MENANG KETENTUAN TUHAN,
YANG PASTI..
HAK HARUS DITEGAKKAN !YANG BATHIL HARUS DIHAPUSKAN !
ANWAR IBRAHIM.... INI LAGU TRADEMARK GAP !NAH AMIK KAU !
http://www.youtube.com/watch?v=VFb9WhlGzn4

Monday, April 20, 2009

PRK PENANTI :GAP BERTANDING CALON BEBAS LAWAN ANWAR !

Bismillahhirahmannirahim ;
dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha mengasihani.

DENGAN INI GAP MENGUMUMKAN KESEDIAAN UNTUK MENJADI CALON BEBAS UNTUK BERENTAP SAMPAI MATI DENGAN MANA-MANA PENGKHIANAT PAKATAN DIDALAM PERTANDINGAN PILIHANRAYA KECIL DUN PENANTI , SEKIRANYA BN/UMNO TIDAK MAHU MELETAKKAN CALONNYA NANTI.

DEMI UNTUK MEMPERTAHANKAN KESUCIAN ISLAM , MARUAH BANGSA DAN SAYANG NEGARA, GAP BERSEDIA UNTUK BERENTAP DENGAN MEREKA !

GAP MEMOHON BANTUAN DARI MANA-MANA PIHAK UNTUK MEMPERMUDAHKAN LALUAN GAP MENJADI CALON BEBAS DAN BERENTAP DENGAN PKR !

TOLONG GAP UNTUK JADI ADUN PENANTI !

Sunday, April 19, 2009

PRK PENANTI : KENAPA UMNO MENGHALANG KEBANGKITAN UMAT MELAYU MENOLAK PAKATAN ?


Tindakan melambangkan sikap dan tindakan juga melambangkan kekuatan mental kita sendiri. Hari ini politik di Malaysia sebebanrnya sudah meletakkan kita di dalam situasi yang tidak pernah terbayang oleh rakyat dahulu.

Siapa pernah menyangka, kata-kata mulut dari perbualan kita dulu akan bahaya andaikata agama dan bangsa menjadi taruhan politik kini sudah menjelma.

Di depan mata kita hari ini , dihidangkan dengan pelbagai bentuk kecelakaan politik yang maha hebat. Kiri kanan timur barat, setiap sudut dan darjah hak islam dan hak melayu diserang.

Kamu sebut apa jugak petakanya, maka terpancullah ia . biadap terhadap islam,menggugat islam, memutarbelit islam, melacurkan islam,menghina bangsa sendiri, mensialkan istitusi raja, mencemar budaya satu satu persatu pasti akan terkeluar.

Tak bermoral dan tiada adab sudah diangkat menjadi perkara ‘biasa’. Siapa sangka ada bahalol sanggup baring dan menggertak secara fizikal raja nazrin, siapa sangka ada adun dap sudah berkias berkata f#ck terhadap sultan azlan. Ada melayu keparat dengan bangga menderhaka kepada raja.

Sudahlah, tak perlu aku mengomel bagai juwie dalam ruangan gossip hiburan majalah URTV. Semua kejelekan sudah terhidang.tak perlu aku menjadi hasbullah awang berkias dan berseloka menyedapkan hati penonton bila bolasepak Malaysia tewas ditangan Bangladesh.

Hari ini yang secara sah mewakili melayu adalah umno, sah kerana mereka berdaftar dengan ROS. Di sebelah sana ada puak keparat berwajah melayu dan didokong oleh pas dan melayu pkr. Pihak ini adalah pelacur politik tahap dewa.

Namun harus kita ingat bukan keseluruhan UMAT MELAYU itu berparti. Umno punyai keahlian sekitar 2 juta,pas hampir sejuta dan pkr sekitar ribuan sahaja.

Pada bulan maca 2008, umno tumpas ditangan ‘KUASA PENGUNDI MELAYU’. Tumbangnya kedah,perak(bekas),Selangor,penang,wilayah,Kelantan dan beberapa negeri lain merupakan signal kekuatan pengundi.

Umno tewas bukan kerana pembangkang itu hebat. Umno tewas kerana gagal menangkis permainan politik ‘persepsi’ pembangkang.

Sejak keputusan tsunami politik tahun lalu , hari ini melayu-melayu yang pernah menyokong mereka sudah kembali menyokong umno. 11 bulan sahaja diperlukan oleh seluruh rakyat menilai prestasi pembangkang. Jelaslah di mata kita, permainan politik menggadai islam/bangsa yang dimainkan oleh pas/pkr TELAH DITOLAK UMAT MELAYU.

Bermula dengan penambahan sokongan peti undi melayu di wakaf mempelam yang menyokong umno, graf sokongan itu terus memuncak naik sewaktu pkr bukit gantang. Hampir 5000 pengundi melayu telah ‘swing’ untuk menyokong umno. Jelas penolakan skala besar-besaran ini tiada lain merupakan satu indikasi penting akan semakin hilangnya sokongan umat melayu kepada pas dan pkr.

Tetapi sayangnya, sekali lagi umno tidak menggunakan ‘peluang’ yang cukup besar ini untuk menjatuhkan mereka. Umno tidak tahu memanipulasi isu-isu yang maha banyak.

Keeenganan umno untuk bertanding merupakan satu setback untuk aku, juga mungkin untuk kamu. Pas/pkr harus dihenyak berterusan sampai lunyai, henjut mereka sampai melayu betul-betul sudah kembali kepada umno.

Bila melayu sudah difahamkan akan hina nya permainan politik pas/pkr, maka secara automatis nya insyaallah satu-satunya undi yang mereka harapkan tiada lain adalah dikalangan cina/india sahaja. Di saat itu kita akan diperlihatkan akan kehancuran mereka pada pilihanraya ke 13.

Tetapi sayang, penasihat umno lebih bertindak untuk menjadi punah-sihat.idea-idea rakyat marhaen seperti bloger,permerhati dipandang sepi. Kebangkitan seluruh umat melayu menolak pas/pkr tidak disahut oleh umno.

Inilah masalah bila satu pihak sahaja yang berdaftar mewakili kepentingan melayu. Bila melayu mulai bangkit untuk pertahankan islam/bangsa, mereka lebih memilih untuk menarik selimut untuk terus lena.

Anwar dan pas yang sebelum ini cukup cemas melihat kemaraan kebangkitan melayu menolak pakatan, kabarnya menarik nafas lega. Tatkala umno tidak mahu bertanding di penanti, anwar sudah berkira-kira strategi. Melayu harus ‘dikembalikan’ sekali lagi. Tiada undi melayu mana mungkin kita memerintah Negara ini.

Bila seluruh umat melayu sudah berikrar untuk bangkit mempertahankan islam/melayu…umno lari balik ke pwtc…hanya bangkit pada pilihanraya besar nanti. Kelemahan pembangkang yang banyak langsung tidak dimipulasi untuk menarik kembali undi !

Perjuangan mempertahankan islam/hak bangsa dan ibu pertiwi ….. nantilah..kita kroggh kroggh kroghh sekali lagi.

SAUDARAKU DIDALAM UMNO, AYUH BERSAMA GAP MELANYAK MEREKA HABIS-HABISAN !
GAP MENYOKONG KENYATAAN PARPU KARI disini

Thursday, April 16, 2009

GAP MELANCARKAN KEMPEN 'KEMBALIKAN MECD'



BEBERAPA PERTEMUAN AKAN DILAKUKAN ANTARA GAP DAN PEMIMPIN-PEMIMPIN MELAYU UNTUK MELANCARKAN KEMPEN INI. MASA UNTUK MENGEMBALIKAN SEMULA HAK MELAYU YANG HILANG SUDAH TIBA !
KEPADA BLOGER ,SELURUH ORANG MELAYU,PENIAGA,DEWAN PERNIAGAAN MELAYU ,PEMANDU TEKSI,PENIAGA NASI LEMAK DAN SELURUH PEMBACA, AYUH JAYAKAN KEMPEN INI !
SOKONGAN ANDA AMAT GAP HARGAI, DISINI KAN KU TAHU SIAPA SEBENARNYA 'PEJUANG TULEN MELAYU' !

Wednesday, April 15, 2009

ANTARA ELIZABETH WONG DAN SHOICHI NAKAGAWA , ANTARA MECD DAN STRATEGI POLITIK BANGKRAP !

jangan reserve komen anda, luahkan pendapat anda semahunya. untuk tajuk ini maka wajarlah pas didapati bersalah kerana bersekongkol dengan pelacur politik melayu khalid ibrahim. moral dan nilai sudah hilang. apa yang ada pada mereka adalah meneruskan dasar merosakkan segala apa yang ada.

eliz sudah mengaku salah. thats d point, tapi bila politik menghalalkan matlamat maka 'dipaksanya' minah ketiak tak cukur ini terus berkhidmat. muslimah pas berpeluk tangisan meratap kembali kepulangan 'ikon baru' mereka, ratu bersekududukan.

aku sudah nampak cahaya di hujung terowong itu, selepas ini HOMOSEKS dan LESBIAN pasti akan diangkat menjadi adun dan ahli parlimen pakatan. liberalisme yang mereka mahu, hak asasi mereka perjuangkan, maka sewajarnya juga pelakon wanita lucah yang f#ck dengan kuda pun satu hari akan dijulang. bertakbir lah mereka menyesatkan umat.

khalid irahim, imannya adalah kalimah tauhid. rakan sekutunya pas, parti penjual islam yang maha karut. bila dua labu-labi ini bersekongkol maka rosaklah wacana politik islam/melayu masa hadapan. khalid si gagap pun beretorik sundal menyampaikan hujah membela 'ratu bersekedudukan' ini.

hari ini bukan persoalan maksiat laki melayu dan eliz dibicara, bukan kerosakan moral yang dibincang...tetapi alasan politik sundal yang diberi. manakan tidak sundalan, bila pemainnya itu pun merupakan penyundal agama dan penyundal bangsa.

minggu yang sama cerita ketiak eliz tak cukur ini keluar, nun jauh di kota rom sewaktu persidangan menteri kewangan G7, menteri kewangan jepun yang bernama shoichi nakagawa telah dirakam seakan-akan mabuk dan mengantuk bila mengadakan sidang media.

gambar beliau 'lalok' telah mendapat liputan luar biasa di jepun. shoichi dikecam kerana memalukan negara matahari terbit. namun, shoichi dalam sidang media berikutnya telah menjelaskan bahawa beliau tidak mabuk sebaliknya mengantuk kerana minum ubat batuk.

apapun alasannya. selang 2 hari tiba di jepun BELIAU MELETAK JAWATAN !

BEZAKAN 2 KES INI, SEORANG WANITA ADUN PKR BERSEKEDUDUKAN DENGAN LELAKI MELAYU BERNAMA HELMI MASIH DIJULANG OLEH PAS DAN MELAYU PKR......MANAKALA DI JEPUN KESALAHAN SHOICHI NAKAGAWA HANYALAH DIDAPATI MENGANTUK SEWAKTU SIDANG MEDIA !

ANTARA MECD DAN 'STRATEGI POLITIK BANGKRAP'

ramai yang begitu seronok bilamana pegumuman PM akan masih wujud nya cabang-cabang MECD dalam beberapa kementerian. ada yang bangang dok kata ini strategi politik najib/tsmy untuk mengaburi persepsi masyarakat bukan bumiputra akan ketelelusan new government.

'ini strategi bro' ! antara hujah kerap kedengaran. yang bercakap ide strategi ini sekadar mengulas isu, you are not involved in the system. kau yang bercakap mudah ini bolehlah mengeluarkan 'fatwa satrategi' tapi untuk kami termasuk aku gap yang 8 tahun sudah bermain dengan MARA/TEKUN sudah cukup faham akan permaslahan ang timbul.

kamu di comfort zone dan yang makan gaji tolong tutup mulut busuk kamu rapat-rapat.aku mencabar sesiapa yang bangang ini untuk mencuba 'berniaga' dalam keadaan ekonomi sekarang.

pemansuhan MCED dianggap strategi. so apologetik hujah ini. berapa lama dan sampai bila kita kena beralah dengan bukan bumi. adakah dengan mahu mengambil hati dan undi mereka kamu sanggup mencurah/meletakkan/memperjudikan nasib peniaga-peniaga melayu sebagai bahan gadaian ?

kuala sepetang sudah memberi signal jelas, rakam dan buatlah apa juga program 'mengambil hati dan undi' dari cina...pasti mereka tetap bersama pembangkang !

apa perlu umno menjadi nizar dan anwar ibrahim, menggadai budi dan body demi undi ? 5 hari sahaja yang diperlukan oleh najib/muhyidin untuk mencatur nasib peniaga melayu, APAKAH KIRA JIKA STRATEGI INI TIDAK BERJAYA, MAKA AKAN ADA BANYAK LAGI 'STRATEGI BANGKRAP' MEMBUNUH MELAYU AKAN KAMU LAKUKAN ?

ADAKAH KAMU YAKIN DENGAN PEMANSUHAN MCED INI AKAN MENGEMBALIKAN SEMULA UNDI CINA ?

HINGGA KE HARI INI SELURUH DEWAN PERNIAGAAN DAN PENIAGA MELAYU SUDAH BERSUARA........MANA PERGI SUARA 'SETIAKAWAN' DAN'BERANI BERUBAH' ? SEKADAR MAHU MENJADI JAGUH ROSTRUM PWTC ?

BACALAH KEMBALI KITAB-KITAB LAMA, MAKA KAMU AKAN KETEMU 'RAHSIA ILMU TEGAS' YANG TELAH BERJAYA MENAIKKAN KUAN YEW DAN SINGAPURA !

MASALAH PEMIMPIN MELAYU TIADA LAIN ..TERLALU BERLEMBUT DAN SUKA BERANGAN DAN BERHARAP SOKONGAN YANG TELAH TIADA KAN KEMBALI ! UMPAMA PUNGGUK MERINDU BULAN, YANG DIKEJAR TAK DAPAT YANG DIKENDUNG BERCICIRAN, KERA DI HUTAN DISUSUKAN ANAK MATI KELAPARAN !

BERHENTILAH BERMIMPI ........

Monday, April 13, 2009

ZAHID MD ARIP (CUCU TUN GHAFAR) GURKHA NO 1 NAJIB !



dulu aku pernah mempamirkan satu lampiran penuh artikel kiriman daripada salah seorang budah zahid md arip. mungkin engkorang masih ingat lagi. diantara kandungan surat biadap ini tidak lain menghentak mantan PM, tun paklah untuk meletak jawatan secara terhormat dalam pemilihan agung umno baru-baru ini. dalam kandungan surat itu juga zahid si mulut biadap ini juga membelasah khairy dan ali rustam. malas aku nak ulas surat lama tu, kamu boleh cari di 'older post' blog gap.


hari ini, zahid bersuara lagi. budak dia kirim email pada aku untuk publishkan link ini


http://negarakuinfo.blogspot.com/2009/04/surat-terbuka-zahid-md-arip.html


aku sebenarnya cukup jijik dengan permainan zahid ini. memang aku akui mangkuk hayun zahid inilah antara GURKHA PALING GILA KUMPULAN NAJIB menghentak paklah dan kj.


zahid md arip ni dah lama aku kenal. mulut dia cukup celupar.biadap tak kenal mangsa. siapa yang difikirkannya 'tidak berkenan' dihati maka akan dibelasahnya bagai nak gila.


zahid md arip ini jugalah manusia yang paling gila melanyak tun paklah setakat yang aku ingat, 3 surat terbuka pernah di tembak dalam web hinggakan ia pernah mengkucar kacir buat sementara umno.


ya, dalam politik memang perlu ada manusia 'jahat' sebegini. taat pada TUANnya tidak boleh dipertikaikan. azmin ali barua besar menghidupkan watak anwar. chua jui meng juga merupakan toyol pada lim ah lek, maka wajarlah aku gelarkan zahid md arip sebagai TOYOL aka GURKHA KEPADA NAJIB !


apa pun zahid, aku nak tengok setakat mana SETIANYA kau pada tuan kau, najib ? aku cabar kau untuk menyerang mana-mana individu daripada pembangkang terutamanya anwar kiranya mereka 'melancarkan' serangan pada najib !

ADA BERANI KA ZAHID ? SETAKAT BERLAGAK JANTAN DALAM LINGKUNGAN UMNO UNTUK PERTAHANKAN NAJIB BOLEHLAH, AKU CABAR KAU LANYAK CUKUP-CUKUP ANWAR IBRAHIM !

MECD. SATU POSTING MENARIK


'AMARAN LAMPU KUNING' PERTAMA GAP KEPADA NAJIB DAN MUHYIDIN !



5 hari pertama ds naib dan ts muhyidin diangkat menjadi nombor wan and tu nampaknya aneh ? berkelakuan aneh karena MENGHAPUSKAN sama sekali satu kementerian yang cukup berjasa..gap ulang berjasa menolong melayu...KEMENTERIAN PEMBANGUNAN USAHAWAN.

KPU cukup sinonim dengan umat melayu, tolak tepi platform politik disitu ada ahli umno,ahli pas dan pkr berbangsa melayu yang nyawa perniagaannya bergantung kepada keistimewaan ini, termaktub dalam perlembagaan persekutuan artikel 153 hak-hak keistimewaan orang melayu.

KPU bukan tongkat untuk seluruh usahawan melayu, sebaliknya menjadi satu 'nyawa perniagaan' berupa loan-loan pinjaman perniagaan bagi seluruh peniaga melayu. tanya sahaja makcik dan pakcik yang menjual karipap dan kuih muih, mamat rocker yang menjual bundle, awek comel lote yang menjual kek, brader mekanik kereta, bekas racer yang bukak bengkel motosikal dll pasti senada dengan gap.

mana mungkin melayu-melayu diatas lulus permohonan pinjamannya di public bank ! kerat jari kalau bank cina atau bank-bank lain nak menolong mereka.

kemana arah tuju peniaga-peniaga melayu ini ? pasti ke KPU kerana didalamnya ada TEKUN dan MARA , dua buah institusi yang cukup banyak menghidupkan nyawa peniaga-peniaga melayu. apa yang aku cakap ini mudah, bahasa kampung dan tidak perlulah aku menjangkau lebih jauh akan JASA MARA menolong para-para kontraktor kelas F dll untuk membiayai pinjaman mereka.

sekarang persoalan aku sama juga dengan persoalan presiden DPM trengganu,sama seperti izzat emir dalam nighline malam tadi, dan pasti secara solidnya sama seperti peniaga-peniaga melayu lain.

APA KE HAL NYA NAJIB DAN MUHYIDIN MENGHAPUSKAN SAMA SEKALI KEMETERIAN PEMBANGUNAN USAHAWAN NIH !!!!!!!!!

APA PERLU MARA DILETAKKAN DIBAWAH KEMENTERIAN LUAR BANDAR ?

ADAKAH DENGAN PENGUMUMAN INI BERMAKNA ALLOCATION (PERUNTUKAN KEWANGAN) YANG DULUNYA DIMILIKI PENUH OLEH MARA/TEKUN AKAN DIKONGSI BERSAMA DENGAN BAJET KEMENTERIAN LUAR BANDAR ?

ATAU...

ini merupakan langkah awal penghapusan DEB ? kalau perkara ini terjadi maka ...maka..maka..najib dan muhyidin sudah terikut-ikut rentak permainan anwar bin ibrahim . gap berharap najib/muhyidin tidak termakan 'umpan' guan eng yang pada hari pertama menjadi ketua menteri , menghapuskan DEB di penang !
ATAU NAJIB/MUHYIDIN NAK MENGAMBIL HATI CINA ? aku tak pasti....

adakah najib sudah lupa dalam pembentangan bajet mini sebanyak 60 billion baru-baru ini beliau ada menyebut akan perlunya 'circulation' pergerakan wang yang aktif diantara peniaga dan pembeli. dengan pergerakan sebegini akan sedikit sebanyak akan menganjak sumber ekonomi rakyat.

gap tidak mahu komen banyak, sekadar mahu memberi 'lampu kuning tanda amaran' pertama kepada najib/muhyidin KEMBALIKAN SEMULA KEMENTERIAN PEMBANGUNAN USAHAWAN atau kamu berdua akan menerima kritikan maha hebat daripada seluruh orang melayu kelak.
PS: TUN DR MAHATHIR, KASI PERIKSA CKIT INI PERKARA ? PM DAN TPM IKUT CAKAP ANWAR KE ?
PS: GAP PASTI AKAN ADA ORANG UMNO YANG NAK F#CK AKU, AKU PEDULI APA...! AKU AKAN PASTIKAN HAK MELAYU TERUS DIPERTAHANKAN. NO KOMPROMI..