operasi otaknya nak menipu sudah sampai ke tahap membimbangkan.
mungkin dr thomas hoogland salah masukkan wayar dalam tulang belakang nuar.
urat saraf nuar yang rosak dikhuatiri telah tertukar dengan urat kentut.
kerana itulah, banyak simptom bau busuk banyak keluar dari mulut nuar. gejala ini kalau dibiarkan mampu merosakkan sistem masyarakat. masyarakat yang mendengar ceramahnya akan berbau.
RM1 akan sama nilaiannya dengan USD1 kata nuar kalau dia menang kat kajang.
aku boleh menerima asakan bertali arus lawak bodoh, telenovela memualkan yang kerap dihantuk ke dalam otak melayu sejak bertahun dulu.
namun untuk aku akui RM1 boleh equal dengan USD1 kalau nuar menang kat kajang, itu sudah melangkaui jangkaun peradaban komedi manusia.
nak berjanji pun mohonlah rasional, at least kena tipu sikit-sikit okay lah.
ini janji yang extraordinary, setahap menyamakan orang jawa punyai kaitan leluhur dengan bangsa scotland.
RM1 equal dengan USD1 kalau nuar menang kajang.
ini komedi sudah melangkaui batas kemanusiaan, nuar !
aku traumatais dengan lawak superb ala longkang macam ni. boleh mendatang kemurungan berpanjangan......