PERKARA 1
kenyataan PLUS
Pihak pengurusan PLUS Malaysia Berhad mengesahkan bahawa syarikat konsesi lebuhraya terbesar itu tidak akan bercadang menaikkan kadar tol di semua lebuhraya kendalian syarikat itu pada tahun hadapan (2014), seperti yang dihebohkan baru-baru ini.
Menurut Pengarah Urusan PLUS, Dato' Noorizah Abd Hamid, syarikat konsesi itu memahami tekanan kos hidup rakyat dan tidak berhasrat menaikkan kadar tol di semua lebuhraya PLUS dalam tempoh terdekat.
"Kenaikan konsesi PLUS tidak akan berlaku kerana belum tiba masa ia diteliti. Jadi kenaikan yang diwar-warkan mungkin melibatkan konsesi lebuhraya lain, tetapi bukan PLUS," ujar beliau ketika diajukan soalan berkaitan kenaikan kadar tol.
maknanya rakyat faham PLUS HIGHWAY takkan naikkan harga tol pada 2014 .
namun pada masa yang sama BERKEMUNGKINAN MENGIKUT KEPALA OTAK PEMANDU, syarikat konsesi lain mungkin akan menaikkan harga..
PLUS TAK NAIK.
KONSESI LAIN MUNGKIN NAIK..
jika benar, apa dah jadi dengan AKU JANJI BN SEBELUM PRU 13 LEPAS ?
cuba lihat detail yang dibulatkan...
MENGURANGKAN BAYARAN TOL ANTARA BANDAR..
kalau ikutkan pemahaman, tol antara bandar ni melibatkan terma bandar ke bandar.
di lembah klang, selain PLUS tol yang berselirat ada dalam lembah klang adalah TOL KESAS HIGHWAY, LKSA, NPE ,GUTHRIE DLL .. banyak sangat aku tak ingat.
tol kesas misalnya menghubungkan bandar klang - shah alam- subang - bandar sunway - puchong - bukit jalil - ampang...
kesas highway nyata menghubungkan antara bandar ke bandar.
kalau ikutkan AKUJANJI BN sebelum pru 13, tol bandar ke bandar takkan dinaikkan..
jadi apa halnya kontradik dengan kenyataan menteri PEMANDU ni yang kata tol tetap akan naik ?
LUPA SUDAH KE PADA AKUJANJI PILIHANRAYA 13 ?
sebelum pru janji lain, lepas pru buat lain ke BN ?!
sebelum pru janji lain, lepas pru buat lain ke BN ?!


























