kultus adalah alih bahasa atau translisasi ayat 'cult'. bermaksud pendewaan melampau terhadap satu-satu individu. sewaktu perhimpunan agung umno, aku ada terdengar saranan reezal marican agar majlis ulamak atau yang sewaktu dengannya mengambil tindakan terhadap niky ajis yang semakin galak lagi sembrono menggunakan ( melacurkan) islam demi survival politikal partai pas.aku membaca sekilas lalu namun daripada tajuk besar yang dipamerkan di dada akhbar, jelas saranan reezal ada kewajarannya.
sewaktu aku form 6 , bersekolah di klang kecoh di dada akhbar akan satu kumpulan kultus krstianity yang mahu berperang (berjihad) dengan tentera amarikan.kumpulan ini digelar branch davidian. waktu kejadian sekitar tahun 1993 di waco texas. pemimpinnya bernama david koresh, seorang seorang pengamal sesat kristus the seven day adventist. dalam ajaran david kepada sejumlah pengikutnya ada disebut bahawa dunia semakin dekat menuju apokalips atau hari kiamat.
dalam kesempatan menakutkan pengikutnya, david sempat melakukan kawin mutaah. mereka berkampung bertahun tahun di sebuah ladang hinggalah pihak FBI mengambil keputusan untuk menghentikan agenda kultus ciptaan david koresh. mungkin kerana salah teknikal sewaktu operasi ambush, hampir 82 pengikut branch davidian maut. samada mereka menuju ke sorga atau neraka aku tak pasti sebab nik ajis pada waktu itu belum mengeluarkan sebarang arahan.
dalam sejarah islam obsesi kultus atau pendewaan melampau masih berlaku di kalangan umat. melihatkan gelagat pengikut syiah sewaktu meraikan peristiwa karbala jelas menunjukkan ada memang terdapat segelintir umat telah dipesongkan pendirian akidahnya.
syiah ini dipelopori oleh abdullah bin saba seorang yahudi yang berpura memeluk islam. beliau digelar ibnu saba atau putera hitam dan datang dari yaman. dia hadir sewaktu pergeseran antara ali r.a dan muawiyah bin abi sufiian. dalam katastrophi perang saudara ini, abdullah bin saba menabur propaganda.
semua sahabat termasuk abu bakar,umar dan uthman digelarkan sebagai kafirun. pendewaan melampau mengangkat ali r.a menjalar laju berterusan berpuluh dan beratus tahun lamanya. hinggakan kultus maha sesat dari syiah ini menyebabkan timbulnya surah palsu/buatan dari kalangan mereka. surah palsu quran syiah ini digelar 'surah wilayah' yang kitabnya ada terdapat di iran.
perhatikan sahaja sambutan atau perhimpunan besar moqtada as sadr di iraq,hasan nasrallah di lebanon atau hamas di palestin. di saat perkumpulan manusia ini pasti akan terdapat gambar ikon pemimpin agong mereka ayatollah khomeini. melihatkan ketaksuban pendokong kultus syiah ini, aku teringat akan mat sabu suami si normah. setiap kali beliau membangkitkan semangat ahli pas akan isu kebangkitan islam, nama ayatollah khomeini dan revolusi iran tidak pernah lekang dari bibirnya.
kultus ini ada dimana-mana sahaja. kim jong il pemimpin korea utara pengamal konsep kultus paling gila selepas syiah. setiap pagi,samada makan atau berjalan,bekerja atau bermain propaganda dan aktiviti mengangungkan jong ill senantiasa berlaku terhadap rakyatnya. kim jong ill dianggap tuhan oleh rakyat korea utara walaupun ikon kultus ini kaki brandi dan wiski.
gambar kim jong ill akan terpampang dimana-mana sahaja rakyatnya berada, sama juga dengan gambar ayatollah khomeini sanjungan pengikut syiah di iran dan timur tengah.
sewaktu di bagan pinang, gambar nik ajis ulamak senile dari kelantan juga berada di mana-mana lokasi. samada di cermin kereta,sticker motor,baju t shirt,baju t shirt budak-budak yang tertera ayat 'adik sayang tok guru' semakin banyak dan menjadi-jadi parahnya.
nik ajis adalah ikon kultus partai pas. nik ajis sedang memegang kuci sorga dan neraka umat dan sayang kata-kata bodoh maha seleweng dipercayai oleh seluruh ahli pas.
bila aku mendengar kata nik ajis bahawa sorga dan neraka itu berada dalam tangannya, aku teringatkan kisah rasulullah saw dan pamannya yang mati tidak memeluk agama islam. walaupun dia itu nabi junjungan namun itu tidak menjamin untuk baginda memberikan tiket sorga kepada pamannya,tapi tidak bagi nik ajis.
ini soal perbandingan, moga umat memahami maksud aku. hatta walau siapapun dia, pegangan kita tetap pada kalimah yang satu dan kalimah inilah yang akan menjamin hidup bahagia kita di dunia dan akhirat.
AASYHADUALLAHILLAHHAILLALLAH WASYAHADUANLAMUHAMMADURASULULLAH !







