Sunday, March 31, 2013

LIM KIT SIANG TAKNAK RAKYAT TAHU PERKARA INI...


DAP merupakan singkatan kepada Democratic Action Party atau dalam Bahasa Melayu disebut sebagai Parti Tindakan Demokratik. Seimbas lalu mungkin ada yang beranggapan inilah sebenar-benarnya parti politik yang memenuhi ciri-ciri demokrasi yang wajar disokong.

Secara teorinya kelihatan begitulah, sementelah lagi pemimpin-pemimpin DAP juga sering mendabik dada sebagai juara demokrasi serta cukup lantang bila membicarakan perihal kebebasan bersuara, ketelusan dan hak asasi manusia.

Tapi seperti mana biasa, bercakap mengenai teori sememangnya mudah dan kelihatan indah-indah belaka namun bila masuk bab praktikal selalunya hancur tak terdaya diterjemahkan dan langsung tak mampu direalisasikan. Itu hakikat yang sering terjadi.

Lihat saja kemelut yang berlaku dalam DAP selepas selesai pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat DAP (CEC) yang dilangsungkan Disember 2012 lalu, sampai sekarang tak selesai-selesai juga ibarat rumah dah siap tapi pahat masih berbunyi.

Ramai ahli dan pemimpin DAP yang terus mempersoalkan ketelusan dalam pemilihan itu berikutan perubahan mendadak keputusan pemilihan yang kononnya disebabkan kesilapan pengiraan, malah turut mempertikaikan kenapa seramai 753 perwakilan dinafikan hak mengundi.

Mustahil hanya 1823 orang perwakilan sahaja yang layak memilih pemimpin pilihan mereka sedangkan jumlah keseluruhan perwakilan ialah 2,576 orang.

Malah beberapa hari sebelum pemilihan CEC, Setiausaha Penganjur Kebangsaan DAP, Teresa Kok dan Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow sendiri telah mengesahkan seramai 2,576 perwakilan dari 730 bahagian akan mengundi bagi memilih ahli CEC yang baru.

Jika dikatakan 753 orang perwakilan yang kebanyakannya keturunan India dan beberapa orang lagi perwakilan berbangsa Melayu dan Cina itu tidak layak mengundi, amatlah tidak logik memandangkan nama masing-masing telah disahkan sebagai perwakilan.

Nak dikatakan semua 753 orang perwakilan yang dinafikan hak ini sengaja tidak hadir atas sebab kesihatan atau malas, tentunya mustahil. Kalau sekadar 100 atau 200 orang saja yang ponteng, logiklah juga.

Jelas sekali pasti ada sesuatu yang tak kena dan semestinya wujud penyelewengan di peringkat kepimpinan DAP yang dikuasai dinasti Lim Kit Siang dan anak beranak Karpal Singh itu.

Bila bercakap soal kebebasan, ketelusan dan hak asasi bukan main lagi DAP ke depan nak jadi juara, alih-alih dalam parti sendiri rupanya ramai ahlinya dinafikan hak untuk memilih pemimpin yang disukai. Nampak sangat DAP cumalah parti politik yang cakap banyak buatnya tidak.

Barangkali menyedari penyelewengan dan ketidaktelusan ini semakin disedari ahli-ahlinya, maka sebab itulah beberapa hari lepas Lim Kit Siang dan Karpal Singh sibuk membuat andaian kemungkinan DAP akan diharamkan konon kerana adanya komplot dari BN dan ROS.

Orang yang ketakutan dengan bayang-bayang sendiri, tambahan pula memang wujud keraguan munasabah yang menjadi perhatian umum, biasanya begitulah cepat melatah mencari alasan dan kambing hitam.

No action talk only, itu kesimpulan yang sesuai di cop atas dahi kepimpinan DAP. Dulu dan sekarang sama saja.

AKU SUKA KENYATAAN INI..


ini dinamakan konpiden skala luar biasa.

fakta dan keputusan berdasarkan kepada agakan dan fantasia politik.

realiti kelemahan diri sendiri tidak dijadikan bahan kajian.

realiti kelemahan pas tidak dijadikan pengakuan yang jujur.
konpiden terlebih ini pernah berlaku di zaman BN.

kini over konpiden ini dilakukan oleh pas.

secara terbaliknya, aku suka kenyataan yang bakal memakan diri nih..

mohon pas keluarkan lagi statistik detail yang syok sendiri..
dengan ini mudahlah anda terleka...

APA ISU YANG AKAN DIGUNAKAN PAKATAN SEBAGAI BAHAN HURU HARA ?



Pembangkang Malaysia terkenal dengan bermacam-macam jenis ‘pakar’.  Dari ‘pakar’ agama, ‘pakar’ ekonomi sehinggalah ke ‘pakar’ peperangan.  Malangnya, ‘pakar-pakar’ mereka seringkali berbuat kenyataan yang kelakar.  

Misalnya, ketika mengulas Himpunan Kebangkitan Rakyat yang lalu, PR telah mengemukakan kenyataan dari ‘pakar matematik’ yang menganggarkan peserta seramai 700,000 orang di dalam stadium berkapasiti 30,000 orang termasuk kawasan sekitar yang merangkumi jalanraya sejauh lebih kurang 1.5km. 

 Kenyataan ‘pakar’ tersebut telah menjadi bahan lawak jenaka kerana tidak masuk akal, tambahan pula apabila gambar-gambar yang disiarkan pihak PR dibuktikan sebagai telah diedit.  

Kini, sekali lagi PR menampilkan ‘pakar’ iaitu pakar perlembagaan, Prof. Aziz Bari yang menyatakan tentang isu kerajaan sementara.  Beliau mengulas mengenai isu terbubarnya DUN Negeri Sembilan semalam, sebagai menyebabkan negeri itu kini diperintah oleh kerajaan haram. 

Kita tidak faham kenapa isu pembubaran DUN secara automatik dan juga kerajaan sementara perlu dijadikan modal politik oleh PR.  

Entah apa agaknya yang diharapkan oleh PR dengan membangkitkan soal haram atau tidaknya kerajaan negeri apabila DUN telah terbubar.  

Kalaupun DUN terbubar dan kerajaan sementara dianggap haram ia tetap tidak memberi mereka hak untuk mengangkat diri sendiri sebagai kerajaan negeri.   

Sebenarnya, tidak ada istilah ‘kerajaan haram’ setelah DUN terbubar.  Kerajaan hanya menjadi haram apabila dilantik secara tidak sah, antaranya dengan cara menggulingkan kerajaan sedia ada melalui jalan belakang, tanpa melalui proses undang-undang dan melantik diri sendiri sebagai ketua negara. 

 Cara inilah yang cuba dilakukan oleh pihak PR berkali-kali melalui demonstrasi jalanan dengan percubaan membangkitkan semangat ‘Arab Spring’.  

Mengikut lunas yang diiktiraf dan diterimapakai di peringkat antarabangsa, ‘kerajaan sementara’ atau ‘caretake government’ adalah amalan atau konvensyen di negara-negara yang mengamalkan Common Law. 

  Ia diamalkan di Britain sebagai sebuah negara demokrasi berparlimen  yang menjadi rujukan bagi Negara-Negara Komanwel.  

Justeru,  istilah kerajaan sementara sememangnya wujud iaitu di dalam tempoh antara pembubaran sehingga terbentuk kabinet baru, maka urusan pentadbiran waktu itu adalah di bawah tanggungjawab kerajaan sementara.   

Kerajaan sementara bukannya dilantik sesuka hati tetapi telah melalui proses perlantikan mengikut perlembagaan juga, iaitu melalui pilihanraya yang lepas.  Tanpa kerajaan sementara, bagaimana negeri atau negara boleh berfungsi dan berada di dalam keadaan terkawal di antara tempoh tersebut?   

Apakah kerana terlalu sangat menginginkan suasana huru-hara maka PR mengharapkan agar di dalam tempoh ini, kerajaan dianggap ‘tidak ada’ agar mereka boleh berbuat apa saja kerana tiada siapa yang berkuasa untuk menghalang mereka?  

Apakah Prof. Aziz Bari berharap selepas terbubar maka,  tentera dan polis semua ‘meletakkan senjata’, ‘rehatkan diri’ atau ‘keluar baris’ agar beruk-beruk tukang demo pembangkang boleh bermaharajalela kerana tiada kerajaan yang berkuasa?  

Tentulah tidak masuk akal untuk membiarkan negara berada dalam keadaan tanpa pemerintah walaupun untuk seketika cuma.  Kerana itulah kewujudan kerajaan sementara adalah penting.  

Namun, selain dari memikul tanggungjawab memastikan negara atau negeri terkawal termasuk memastikan apa yang telah diluluskan sebelum ini diteruskan, termasuk urusan pentadbiran rutin seperti gaji penjawat awam, kerajaan sementara tidak boleh sama sekali membuat perubahan seperti mengumumkan dasar-dasar baru atau meluluskan perbelanjaan bagi projek baru mahupun membatalkan apa-apa keputusan yang telah dibuat sebelum itu.  

Dalam tempoh ini juga biasanya tiada dibuat pelantikan baru bagi mana-mana segmen kerajaan, misalnya terhadap para hakim, ketua-ketua jabatan dan institusi lain. 

Apa yang lebih penting untuk diberi perhatian ialah kuasa substantif Parlimen adalah terhenti setelah terbubar, maka semua pihak wajar berwaspada bagi mengelak dari menyalahi Akta Pilihanraya 1954 dan peruntukan Akta 1954 dari segi membantu atau mempengaruhi calon-calon yang bakal bertanding dalam Pilihanraya nanti.   

Secara ringkasnya, kerajaan sementara adalah sesuatu yang perlu, dan tindakan PR menganggap kerajaan sementara adalah kerajaan haram hanyalah tindakan orang yang kehabisan modal politik kalaupun tidak tindakan orang yang teringin sangat untuk membuat huru-hara.    

Jelaslah, tidak ada isu langsung mengenai Kerajaan Sementara sepertimana yang Prof. Aziz Bari ‘gusarkan’.  Mungkin beliau telah tertinggal kelas agaknya ketika bab ‘kerajaan sementara’ diajar dahulu.  

PROSES PEMBANGANGAN POLITIK : DIA YANG MELIWAT, UMNO PULAK DISURUH ISTIGFAR..



LATARBELAKANG pendidikan Anwar sebagai lulusan am dalam Pengajian Melayu bukan satu rahsia, ini semua orang tahu.  Walaupun tidak mendapat kepujian, tapi pengetahuan yang diperolehinya semasa belajar dulu rupanya banyak membantu Anwar dalam ‘permainan bahasa’ politik.

Baru-baru ini, Anwar meminta UMNO supaya beristighafar banyak-banyak berikutan penyebaran video lucahnya yang dikaitkan dengan parti tersebut.

Macam mana tu?  Dia yang buat hal, lain orang pulak yang kena istighafar? Tak pelik ke?

Sementara dakwaan UMNO terlibat dalam penyebaran video lucah tersebut masih tidak terbukti sampai sekarang, tindakan Anwar yang lebih memberi keutamaan untuk menyalahkan UMNO lanjutan dari penyebaran video tersebut dari menjawab persoalan sama ada dia terbabit atau tidak, telah mencetus tanda tanya ramai orang.

Ada banyak video yang kita cerita ni, yang cium ketiak itu satu hal, video borak-borak manja dengan jantan yang sedang tersebar sekarang, bila Anwar nak istigfar?

Penulis suka nak tengok, sampai bila Anwar boleh bertahan dengan pendedahan demi pendedahan berkaitan salah laku seksnya ni.

Anwar mungkin lupa, tahun 1998 dulu, tidak macam sekarang.  Waktu itu melopong mulut semua orang, antara percaya dengan tidak bila dia dipecat kerana salah laku seks.

Video yang ada pun adalah video pengakuan seorang jantan kepada bekas Imam Masjid Negara, Taib Azzamudin mengenai dakwaan dia diliwat Anwar.  Video cakap-cakap manja dengan jantan dan cium-cium ketiak ini semua mana ada?

Rakyat perlu ingat, semua ini tidak terjadi dengan sendiri.  Maksud penulis, kalau Anwar tidak ada sejarah terlibat dengan hubungan luar tabie ini dan tiba-tiba keluar video cium ketiak dan dia berbual manja dengan jantan, itu suspicious juga.

Masalahnya sekarang, dah banyak yang dicakapkan tentang Anwar dan hubungan luar tabienya, 10 Mahkamah mengesahkan penglibatannya dalam hubungan seksual (termasuk Mahkamah Persekutuan yang membebaskannya pada 2004), dan sekarang video ini keluar, apa maksud?

Takkan susah nak fikir, maksudnya dia memang terlibatlah.

Macai pembangkang jangan percaya bila video menuduh pemimpin BN rasuah saja, tapi video Anwar menggatal dengan jantan, taknak percaya pulak.

Rasa-rasa penulislah, Anwar yang perlu istighfar banyak-banyak.

MYKMU

Saturday, March 30, 2013

ANWAR GAGAL SABOTAJ LIMA 2013 ! PERSAMAAN TAKTIKAL SERANGAN POLITIK ANWAR PADA 1998 DAN 2013.



anwar berharapkan agar huru hara bikinan beliau di lahad datu bukan sahaja boleh menggagalkan PRU 13, malah dia juga berharap agar pelabor tak datang melabor pada LIMA 2013 yang sedang berlangsung.

sayang plan anwar gagal dan terus gagal.
pengganas kiram tajaan anwar dah ramai yang kojol.
yang kena tahan beratus orang.
baik yang tua, wanita jenglot, bomoh tangkal dan pelbagai lagi.

semalam ketua polis sabah keluarkan kenyataan berkemungkinan saki baki bagidol kiram yang bersenjata tinggal 10 ekor sahaja.

sebenarnya nak memahami politik chaos anwar ini mudah.

dia akan menggunakan segala bentuk serangan lalu dilakukan
serentak pada setiap sudut yang logik untuk menggangu keadaan.

taktikal game ini dah jadi ketahuan public, takde lagi kerahsiaan.

cubaan anwar wujudkan huru hara di kala media dan pelabor luar ( berada dalam malaysia )  bukan berlaku dalam kes lahad datu sahaja.

pada 1998 tercetus reformasi ganas tajaan anwar.

ianya berlegar dalam tempoh lapan hari iaitu pada 2 september 1998 hinggalah pada 10 september 1998.

dalam tempoh lapan hari itu, anwar menyerang kerajaan dari pelbagai sudut.

klimak serangan anwar pada reformasi 1998 adalah menghasut para pendemo masjid negara ( yang berlaku petang 10 september) berarak dan MENGHURU HARAKAN SUKAN KOMANWEL yang sedang berlangsung di bukit jalil...

hari ini stail itu diulang semula oleh anwar untuk menarik perhatian media luar.

lahad datu digunakan oleh anwar sebagai platform serangan .
lahad datu bukan sahaja mahu bikin kacau proses awal PRU 13.
malah ianya juga bermotif untuk menggagalkan LIMA 2013.

tujuan anwar mahu sabotaj LIMA 2013 adalah bermotif untuk menimbulkan kebimbangan dikalangan pelabor akan keadaan negara yang cuba dinampakkan oleh anwar kepada media luar sebagai 'tidak stabil' ,'huru hara', 'membimbangkan' dan sebagainya.

sayang perkara ini tidak menjadi.

LIMA 2013 terus mendapat pelaboran luar jangka besarnya walaupun cubaan anwar untuk mewujudkan krisis ketidakyakinan ..

hehehe... setakat ini perjanjian LIMA 2013 telah menarik pelaboran sebanyak RM4.2 Billion ..

manakala pelaboran anwar pada LIMA ala kiram semakin menampakkan kerugian apabila banyak berok berok tentera gerila anwar mati katak...

tahniah rakyat kepada najib dan menteri pertahanan...( tak lupa pada tun m )

LAWOK : ANWAR SALAH CALON, SELAIN KIRAM ADA 75 LAGI SARIP DOL TUNTUT TAHTA SULTAN SULU !



Ketika ini, terdapat 75 individu sedang menuntut takhta Kesultanan Sulu termasuk waris palsu, Jamalul Kiram III yang menjadi ketua kepada gerombolan penceroboh Lahad Datu dan Sultan Rodinood ibni Sultan Julaspi Kiram II.
Walaupun bukti menunjukkan Jamalul Kiram III bukanlah berketurunan Raja Muda Mawalil Wasit II seperti didakwanya, tetapi dia tetap bertegas bahawa dia merupakan waris sah keturunan Sulu.
Hakikatnya, bapa Jamalul Kiram, Punjunggan Kiram bukanlah berasal dari darah zuriat sebenar Sultan Sulu memandangkan Punjunggan Kiram bukan anak kandung Raja Muda Mawalil Wasit II. Sebaliknya Punjungga Kiram merupakan anak kepada Amir Hamzah, bekas suami Mora Napsa Laga.
Semasa beliau sedang mengandungkan Punjunggan Kiram, Mora Napsa telah mengambil keputusan untuk bercerai dengan suaminya (ketika itu), Amir Hamzah kerana ingin mengahwini Raja Muda Mawalil Wasit II sebagai isteri ketiga.
Kelahiran Punjungga Kiram terpaksa dibinkan dengan nama Mawalil Wasit II atas tipu-helah Mora Napsa agar anaknya itu tidak dicemuh kalangan keluarga Mawalil yang berdarah bangsawan Sulu.
Namun, Mawalil Wasit II juga mempunyai dua isteri sebelum Mora Napsa. Hasil perkahwinan dengan isteri pertama, Datu Attik, Mawalil Wasit mempunyai anak bernama Esmail E. Kiram.
Walaupun Raja Muda Mawalil Wasit II pada permulaannya menyerahkan gelaran Raja Muda kepada Punjunggan Kiram, anak Mora Napsa, tetapi status itu terpaksa dibatalkan apabila Raja Muda Mawalil Wasit II yang baru menaiki takhta mengetahui bahawa Punjunggan Kiram bukan dari darah keturunannya.
Baginda kemudiannya menyerahkan gelaran Raja Muda itu kepada Esmail E. Kiram, anaknya bersama Datu Attik. Namun hayat Raja Muda Mawalil Wasit II tidak lama menyebabkan baginda gagal dimahkotakan sebagai Sultan Sulu. Maka disebabkan itu hanya gelaran Raja Muda kekal pada namanya dan bukanlah gelaran Sultan.
[besarkan imej sila klik di sini]
Kemangkatan Raja Muda Mawalil Wasit II sebelum sempat dimahkotakan ini ternyata menyebabkan berlakunya pertikaian kalangan kerabat Kesultanan Sulu apabila pemilik takhta Sultan Sulu mula menjadi tanda tanya.
Sultan Esmail Kiram II, sebagai Raja Muda dimahkotakan sebagai Sultan Sulu yang baru, namun mendapat tentangan hebat Punjunggan Kiram dan beberapa waris lain yang merasakan diri mereka lebih berkelayakan.
Punjunggan Kiram telah membuat keputusan untuk tidak mengiktiraf mana-mana individu selain darah keturunannya sebagai “waris sah” Sultan Sulu dan menuduh Sultan Esmail E. Kiram (atau Esmail Kiram I) sebagai perampas kedudukan dan takhta Kesultanan Sulu.
Ketika ini, gelaran Raja Muda yang diberikan kepada Agbimuddin Kiram, adik kepada Jamalul Kiram III ternyata tidak sah apabila keturunannya Punjunggan Kiram ternyata tidak mempunyai sebarang hak ke atas takhta kesultanan Sulu, sementelaah gelaran Raja Muda Punjunggan Kiram telah ditarik balik oleh Raja Mawalil Kiram II.
Sebaliknya Raja Muda Muedzul Lail Tan Kiram ibni Almarhum Sultan Mahakuttah Kiram ibni Sultan Esmail Kiram I dilihat lebih berkelayakan untuk menuntut Kesultanan Sulu kerana merupakan berdarah Raja Muda Mawalil Wasit II disamping beberapa dokumen turut mengiktiraf hak baginda terhadap kerajaan Sulu.

PRU13 : BAHAN SEBARAN KEPADA RAKYAT.







SELAIN STRAITS TIMES SINGAPURA, THE ECONOMIST JUGA GALAK SERANG KERAJAAN MALAYSIA !


The Economist baru-baru ini menyiarkan artikel ‘Malaysia’s Looming Election’ yang mengulas senario politik Malaysia sempena  Pilihanraya yang bakal menjelang tiba.  Seperti kebanyakan media barat yang lain, The Economist juga cenderung mengkritik kerajaan serta memberi sokongan kepada pembangkang.

Ini tentulah tidak mengejutkan kerana George Soros telah melabur lebih USD48 million untuk organisasi media di seluruh dunia.  Dan jumlah itu adalah satu anggaran paling rendah, selain mempunyai pengaruh besar yang berangkai dan berkait di antara media-media di dunia.  

Media di bawah kawalannya digerakkan untuk merealisasikan misi pertukaran rejim dan seterusnya menakluk dunia di mana pembangkang Malaysia juga adalah dikhuatiri menjadi sebahagian daripada ‘pasukannya’.

Malaysia merupakan salah satu negara sasaran yang masih belum berjaya ditundukkan.  Selain itu, terdapat juga dendam peribadi Soros terhadap Tun Mahathir Mohamad yang berjaya memecahkan tembelangnya kepada dunia serta memberikannya gelaran ‘penyangak matawang’, yang kekal sehingga kini.

Kita tidak menuduh yang The Economist juga berada di bawah kawalan Soros tetapi, kita juga tidak boleh mengenepikan persepsi itu, apatah lagi dengan pendirian media tersebut yang begitu pro-pembangkang dan prejudis terhadap kerajaan Malaysia.

Dalam memperkatakan mengenai pilihanraya di Malaysia, The Economist masih lagi cuba membangkitkan ‘roh’ Altantuya walaupun telah terbukti bahawa pembunuhannya sengaja dikaitkan dengan Datuk Seri Najib untuk kepentingan politik pembangkang.  

Kononnya, pembunuhan tersebut bermotifkan komisen dari urusniaga kapal selam Scorpene yang dilakukan secara tidak telus oleh kerajaan.  

Entah kenapa The Economist telah terlepas berita mengenai pengakuan Raja Petra Kamaruddin iaitu penulis skrip asal kisah pembunuhan dan korupsi ini bahawa beliau telah sebenarnya membuat cerita palsu berdasarkan arahan dan dengar cakap semata-mata.   Manakala SUARAM pula telah pun dibuktikan sebagai pembohong dan pengkhianat paling hina dalam sejarah sebuah pertubuhan bukan kerajaan kerana telah menjaja dan memperbesarkan kisah yang sama sehingga ke seluruh dunia.

Dan jangan sekali-kali lupa bahawa SUARAM juga telah terbukti menerima dana dari rangkaian Soros.

Apabila RPK dan SUARAM gagal, maka Bala, seorang bekas polis yang korup pula muncul kembali untuk membantu menghidupkan semula kisah ini.  Namun beliau telah terlebih dahulu meninggal dunia sebelum sempat ‘berjuang’.   Apa yang menarik ialah nama Bala juga tidak terlepas dari ‘sentuhan’ The Economist’ dalam artikel tersebut.    

The Economist juga ‘cekap’ sekali memetik kisah video lakonan sepupu Taib Mahmud yang menunjukkan kononnya Ketua Menteri Sarawak itu korup.  Namun, media antarabangsa ini gagal memetik kisah di sebalik lakonan itu, iaitu sepupu Taib Mahmud menyimpan dendam lama kerana Taib Mahmud telah membatalkan konsesi balak bapanya. 

 Motif lakonan dikuatkan lagi dengan hakikat bahawa sepupu Taib Mahmud itu berkahwin dengan pembangkang yang rapat dengan Anwar Ibrahim dan bercita-cita ingin menerajui PKR di Sarawak.    

Malah, The Economist juga tidak lupa membayangkan insiden Lahad Datu dengan masalah pemberian kad pengenalan kepada warga asing sambil menuduh media dikawal oleh kerajaan.  Ayat tersebut jelas memberi gambaran seolah-olah kerajaan bersandiwara dan menutupnya melalui kawalan media.

Jika kita tidak begitu arif tentang politik dunia, maka kita tentu menyangka yang The Economist adalah media milik peribadi Tian Chua atau Anwar Ibrahim.  

Untuk pengetahuan The Economist, Rakyat Malaysia, terutama di Sabah cukup maklum bahawa satu-satunya pihak yang bersandiwara dalam insiden Lahad Datu ialah Anwar, Tian Chua dan semua pihak pembangkang, dan tidak salah rasanya, jika dikatakan bahawa The Economist juga turut memainkan peranan kecil dalam sandiwara ini.

Jika tidak, tentulah The Economist akan turut memberi perhatian kepada laporan risikan Filipina dan juga pihak Malaysia sendiri yang menjurus kepada Anwar Ibrahim dan kuncu-kuncunya menjadi dalang keganasan terhadap rakyat di negara sendiri.  Tidak mungkin media seperti The Economist boleh terlepas pandang akan hakikat terdapatnya bukti pertemuan sulit Anwar dan Tian Chua dengan pihak pengganas tidak lama sebelum keganasan tercetus.  Tidak mungkin media yang konon berkredibiliti ini tidak melihat bukti itu sebagai penting untuk diketengahkan dalam laporannya?

Walaupun The Economist ingin menanam persepsi buruk terhadap kerajaan Malaysia, namun media itu cukup maklum dan terpaksa melaporkan hakikat bahawa kerajaan Malaysia telah berjaya mentadbir ekonomi dengan baik dengan mencatatkan perkembangan sehingga 5.6% pada 2012, berjaya menghapuskan kemiskinan serta merekodkan penurunan dalam kes rasuah dengan mengetengahkan 400 kes mengenainya.  Pemberian pelbagai bantuan tunai kepada rakyat juga merupakan bukti kecekapan Barisan Nasional.

Kini, kita tertanya-tanya, adakah The Economist mampu memahami tulisan mereka sendiri, yang jelas tidak konsisten itu?

Di satu sudut media itu begitu ghairah menggambarkan Najib dan BN sebagai korup, malah kejam kerana sanggup membunuh kerana komisen, hatta sanggup membazirkan wang, masa dan tenaga untuk mementaskan sandiwara berdarah di Lahad Datu yang tidak membawa apa-apa keuntungan kepada sesiapa.

Tetapi, di satu sudut lagi, The Economist juga mengaku bahawa Najib atau BN adalah sebuah kerajaan yang cekap sehingga berjaya melonjakkan ekonomi dan memastikan kesejahteraan rakyat.

Logiknya, tiada sebuah kerajaan yang korup yang mampu memastikan kesejahteraan rakyatnya.  Tiada sebuah kerajaan yang kejam, yang memberi wang dan berbagai bantuan dan kemudahan kepada rakyatnya.  Kerajaan yang korup dan kejam pasti akan mengakibatkan kemiskinan negara dan kesengsaraan rakyat.  

Hanya kerajaan yang telus, prihatin, cekap, bijak dan ikhlas berkhidmat sahaja yang mampu merealisasikan keamanan, kestabilan, kemajuan dan kemakmuran di masa yang sama.  Dengan fakta ekonomi yang tidak mampu dinafikan oleh The Economist sendiri, maka jelaslah bahawa BN bukanlah kerajaan yang kejam dan korup, tetapi sebuah kerajaan yang cekap dan prihatin.

Oleh itu, The Economist wajar belajar mengaitkan mesej yang ingin disampaikan dengan fakta yang ada agar konsisten supaya tidak dilihat sebagai berat sebelah.  Mungkin sudah sampai masanya untuk The Economist mengambilkira integriti media itu sendiri, sebelum membangkitkan perihal integriti pihak yang menjadi subjek artikel mereka.

Friday, March 29, 2013

TERBAIK ATM/PDRM : PENGGANAS KIRAM TAJAAN ANWAR TINGGAL 10 EKOR JE..




LAHAD DATU, 29 Mac  – Selepas 25 hari Operasi Daulat dilancarkan, pasukan keselamatan mengesahkan jumlah musuh kini kurang daripada 10 orang.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata angka itu mengambil kira jumlah musuh yang ditembak mati dan ditangkap berbanding bilangan musuh semasa mula bertapak di Kampung Tanduo, 12 Feb lepas iaitu kira-kira 200 orang.

“Saya tidak boleh mengatakan bahawa musuh tidak ada atau sebaliknya…kami yakin musuh memang ada tetapi jumlahnya amat berkurangan, mungkin kurang dari 10 orang,” katanya pada sidang akhbar di Markas Operasi di Felda Sahabat 16, dekat sini hari ini.

Sepanjang insiden pencerobohan, pasukan keselamatan menembak mati 68 militan, manakala 121 individu ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) dan 443 ditahan atas pelbagai kesalahan lain.


URGENT : HATI-HATI DENGAN KOMIK MURTAD.


KLIK SINI


KHAS UNTUK PENGUNDI..


Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim ini sangat terkenal dengan keupayaan untuk menukar "imej" dan "wajah" dalam banyak situasi. Apabila berhadapan dengan kumpulan Melayu, dia akan kata,"saya Melayu, Islam, takkan saya nak hancurkan Melayu."

Namun bila berjumpa dengan orang Cina dia kata lain pula,"Pakatan berjanji akan mengembalikan hak rakyat termasuk Cina, India, Melayu bila kita tawan Putrajaya." Hilang dah perjuangan Melayu Islam yang dia kata dekat orang Melayu.

Suatu ketika dahulu semasa mengetuai ABIM (Angkatan Belia Islam Malaysia) dia begitu bersungguh-sungguh memperjuangkan Islam, tapi sokong Lina Joy murtad. Paling yang tidak dapat dilupakan adalah ketika ditemubual akhbar Wall Street Journal mengenai mengiktiraf kedaulatan Israel sekiranya PR memerintah Malaysia.

Anwar dengan jelas mengatakan: "Some refuse to recognize the state of Israel,” he said, “but I think our policy should be clear – protect the security [of Israel] but you must be as firm in protecting the legitimate interests of the Palestinians.” (Dipetik WSJ)

("Sesetengah orang enggan mengiktiraf Israel,"katanya, "tetapi saya rasa polisi kita perlu jelas - melindungi keselamatan (Israel) tapi kamu mesti tegas dalam melindungi kepentingan rakyat Palestin.")

Namun bila ditanya Anwar kata dia tidak kata mempertahankan Israel, dasar talam dua muka. Pernah dulu dipaparkan muka Anwar kena tumbuk semasa di Penjara Sungai Buloh dengan lebam-lebam satu muka, dia kata kena suntikan HIV dan sebagainya, tapi sekarang sihat walafiat, siap boleh bejoget atas pentas ceramah.

Semakin hampir dengan PRU13, semakin galak Anwar bersandiwara dan bermuka-muka dengan orang ramai, semata-mata demi undi dan Putrajaya.

Ramai orang bertanya siapa Anwar Ibrahim yang sebenarnya? Apakah dia seorang pejuang Islam atau sememangnya seorang yang munafik? Atau apakah dia sememangnya seorang patriot yang cinta hanya pada negara yang sanggup mati memperjuangkan hak bangsanya?

Atau apakah dia sebenarnya seorang pengkhianat yang sanggup memperjudikan masa depan negara dan bangsa serta agama sehingga sanggup menjadi tali barut kuasa asing, semata-mata untuk merebut tempat di Putrajaya?

Pada hakikatnya, makhluk bernama Anwar ini sebenarnya memakai banyak topeng yang beraneka warna untuk disesuaikan dengan golongan masyarakat yang ingin mengenalinya dari dekat. Disebabkan terlalu banyak topeng yang digunakan maka akhirnya dengan kuasa Allah SWT, kini dia sendiri secara sedar atau tidak telah melondehkan semua tembelang yang dilakukannya itu.

ANWAR SALAH ORANG : KIRAM BAHALOL BUKAN SULTAN DAAAA !


AIDCNews – 29/03/13 – Jamalul Kiram III, individu yang mengaku sebagai Sultan Sulu adalah sultan palsu kata Dzulasree bin Hajat, pengkaji dan penulis buku “Tausug, and the Sulu Sultanate“.
Dzulasree yang lebih dikenali sebagai Asree Sug berkata Jamalul Kiram III bukan pewaris kesultanan Sulu kerana beliau anak kepada Datu Punjungan Kiram yang tidak menepati salasilah kesultanan Sulu.
Dua orang anak Datu Punjungan Kiram iaitu Jamalul Kiram III atau nama sebenarnya Datu Jamalul Dalus Kiram dan Datu Esmail Dalus Kiram ( Esmail II) telah menobatkan diri mereka sebagai Sultan Sulu bersama, manakala seorang lagi saudara mereka Datu Aghbimuddin Darus Kiram (Azumudie) dilantik sebagai Raja Muda Sulu.
“Walaupun mereka mengangkat diri menjadi ‘Sultan Sulu’..namun dalam kenaikan protokol Sultan Sulu tidak membenarkan dua sultan dalam satu masa,” kata Asree Sug.
Dalam kajian bertajuk “Salasilah Kesultanan Sulu,” berkata keluarga Kiram kehilangan hak mewarisi kesultanan itu kerana melanggar protokol Diraja Sulu (Tartib Diraja Sulu) iaitu penggiliran takhta antara “Keris dan Tombak” seperti yang tertera dalam bendera Sulu yang memang wujud sejak kurun ke-17.
Menurutnya, pelbagai pihak mengaku menjadi ‘Sultan’ selepas Sultan Sulu terakhir, Sultan Jamalul Kiram-II mangkat pada 1936 tanpa meninggalkan zuriat.
Memetik tulisan Mulid Sahaya, Asree Sug berkata selain tiga anak Datu Punjungan Kiram (Jamalul Kiram III, Esmail II dan Aghbimuddin) terdapat 14 individu lagi mengaku sebagai Sultan Sulu.
Mereka adalah; Rodinood dan Kudar ‘Kiram’ (kedua anak kepada Julaspi yang merupakan anak angkat Sultan Jamalul Kiram-II), Ibrahim dan Dignim Pulalun, Mudarasulail @ Datu Paijal, Aydal Aliuddin, Muhd. Yahcub Alimuddin V, Muhd Al Sogov Van Eldik, Demetria Omar Kiram, Datu Muedzul-Lail T. Kiram, Juan T. Dela Cruz, Alawi Mohamad Karim, Abdullah Azam Atalad dan Mohammad Fuad Abdulla Kiram.
“Esmail Kiram II ini adik kepada Jamalul Kiram III.. Mereka satu kampung mengangkat diri menjadi Sultan Sulu serentak. Walhal orang-orang Sulu maklum yang mereka ini adalah anak Punjungan.
“Punjungan pula adalah anak Mora Nafsa Lagayan dari suami lain yang masa itu masih dalam perut 4 bulan ketika dicolek oleh Raja Muda Mawallilwasit untuk dijadikan isteri.
“Hairan, di manakah maruah mereka ini sebagai TAUSUG berdarah Bajau SIMUNUL. Seolah-olah mereka tidak tahu yang rakyat jelata mengetahui DIRI MEREKA asal dari mana,”kata Asree Sug.
Mynewshub turut membuat laporan yang sama dengan menjelaskan bahawa Jamalul-Kiram-III dan saudaranya Esmail Kiram-II bukanlah berasal dari darah zuriat sebenar Sultan Sulu, kerana ayahnya, Punjunggan-Kiram bukan anak sebenar kepada Raja Muda Mawalil-Wasit-II.
“Punjunggan-Kiram itu adalah anak kepada “Encik Amir Hamzah” yang merupakan suami pertama Puan Mora Napsa Laga. Di mana Puan Mora Napsa Laga ini telah diambil menjadi isteri kepada Raja Mawalil-Wasit-II ketika dia telah mengandung,”lapornya.

ORANG BERILMU MACAM SIDEK BABA PUN TINGGALKAN ANWAR, KORANG BILA LAGI ?



 Tiga tahun lalu, bekas rakan karib Datuk Seri Anwar Ibrahim, Prof. Datuk Dr. Sidek Baba mengejutkan banyak pihak selepas bertindak meninggalkan Ketua Pembangkang itu meskipun lebih 30 tahun bersahabat.
Namun, punca sebenar mengapa beliau yang pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) demi mempertahankan Anwar meninggalkan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu tidak banyak didedah kepada pihak luar.
Malah, media sendiri jarang berpeluang menemu bual Pensyarah Kanan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu yang bertanggungjawab membangunkan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) bersama Anwar.
Walau bagaimanapun, hari ini, Sidek akhirnya mendedahkan, masalah keruntuhan moral, sokongan kepada pluralisme agama serta kredibiliti antara tiga punca utama beliau bertindak meninggalkan Anwar.
Katanya, sebelum meninggalkan Anwar beliau menyiasat serta menemu bual 28 individu yang sangat rapat dengan Anwar dan kemudian membuat solat sunat istikharah bagi memohon petunjuk.
“Anwar ketika kami bersama-sama dalam ABIM dulu sentiasa mengingatkan saya bahawa seseorang pemimpin bukan sahaja kena bersih tetapi mesti kelihatan bersih dan saya pegang erat amanat itu sampai sekarang.
“Namun, dalam siasatan selama tiga tahun sebelum meninggalkan beliau, saya dapati terlalu banyak persoalan moral yang melingkari Anwar. Saya pegang kata-kata saya ini kerana kesemua 28 saksi itu masih hidup,” katanya.
Sidek berkata demikian ketika ditanya punca sebenar beliau meninggalkan Anwar dalam program Wacana Cuit: Dilema Melayu Moden di Menara Majlis Amanah Rakyat (Mara), di sini hari ini.
Selain Sidek, wacana itu turut menampilkan bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin dan penganalisis politik, Yahya Ismail sebagai ahli panel manakala Prof. Madya Dr. Rahmat Ghazali selaku moderator.
Yang turut hadir, Pengerusi Mara, Datuk Seri Idris Jusoh, bekas Menteri Besar Terengganu, Tan Sri Wan Mokhtar Wan Ahmad, Pengerusi Eksekutif Kumpulan Glomac, Tan Sri Datuk FD Mansor serta Penolong Ketua Pengarang 1 Kumpulan Utusan, Datuk Zaini Hassan selaku penulis buku Cuit: Dilema Melayu Moden.
Kira-kira 1,000 kakitangan Mara hadir di majlis itu.
Dalam pada itu, Sidek menjelaskan, beliau juga kecewa selepas Anwar yang sebelum ini disanjung sebagai pejuang Islam ketika bersama ABIM kini berubah menjadi pendokong pemikiran liberal serta pluralisme agama.
“Anwar tidak boleh menafikan perkara ini kerana beliau sendiri menuturkan mengenai pluralisme agama ketika berucap di London School of Economics (LSE) pada 18 Mac 2010. Ini bukti nyata yang tidak boleh disangkal,” katanya.
Menurut Sidek, beliau juga meninggalkan Anwar disebabkan hubungan terlalu rapat Ketua Pembangkang itu dengan para pelobi Yahudi yang sangat berbahaya kepada keselamatan negara - Utusan

STRAITS TIMES SINGAPURA BANTU DAP SERANG SPR !


Singapore Straits Times is still attempting to overshadow the clean record of Election Commission.



Carolyn Hong assented the findings by DAP’s election strategist Ong Kian Ming, who keeps harassing the EC.



  1. It doesn’t make sense that such numerous voters with ICs seemed problematic as explained by this sly, scheming politician.  He is capable of creating faked numbers and ploys just to convince opposition supporters by accusing NRD Sabah. His delusive job is to propagate lies and slander in order to weaken public confidence of BN. And he spreads the lies through neighbouring media. Being an arrogant block-head, numbskull coward politician, whose motive is to provoke riots among his supporters, he masterminds the ruffians supporters, by threatening the authority despite the tremendous effort and co-operation committed by Election commission.  



  1. It is wise of Tan Sri Abdul Aziz not to give comments until he is called to give evidence at RCI. SST had no right to interfere in this issue. But the real fool is Maria Chin Abdullah, a member of reforms group Bersih. She is as stubborn as a donkey, a blurring brain who cannot analyse facts, and can only take orders from the long-entrenched chauvinistic cronyism party leaders.   



  1. The answer given by Anwar Ibrahim in recent interview with Straits Times (including 2008 polls) cannot be trusted. He pretended to project like a sound mind politician to foreign media, on the other hand, he harboured for intense destruction to Umno, turning disruptions to every sectors in the authority, manipulating and finding faults are his deceptive and evil strategy so as to achieve his delusive ambition.  Mark his words :  “Some of them have no inkling that national peace and security is at stake.” How does his last saying justifies his statement in the interview?
           H.S.

PAS KATA NABI SAW PUN ADA VIDEO SEKS...KEPALA BAPAK KAU LAH PAS !


apa perlu kaitkan nabi saw dengan pimpinan pakatan yang rosak akhlak macam anwar aljubs ?

kenapa pas tak arah anwar sumpah laknat untuk nafikan video itu bukan dia ?

apa susah sangat...

pas dah mati akal dek perangai seks menggila anwar sampai terpaksa HERET NAMA NABI SAW untuk dijadika contoh nabi saw pun ada video seks !

video seks atau skandal seks pemimpin politik ni satu dunia pernah bergegar..

apa kita lupa pada monica lewinski, 10 orang pemimpin parti turki, pemimpin indonesia dll..

mereka hancur dan ditumbangkan dek kerana skandal seks..

aku takde pulak dengar pihak yang terlibat MENGUNGKIT untuk samakan skandal seks mereka lalu mengheret nama nabi saw...

KEPALA BAPAK KAU LAH KAIRULFAHMI !

LU SEMAKIN TERDESAK SAMPAI TERPAKSA HERET NAMA RASULULLAH SAW..

apa lepas ni kes bilik mat sabu 121 lu pun nak heretkan dengan nama nabi jugak ke ?!

kepala bapak lu !
lu bangsat punya manusia !


Thursday, March 28, 2013

KALAU PAKATAN BERANI KENAPA TAK BUBAR SEKARANG !


Sudah acap kali khalayak di dendangkan dengan propaganda pembangkang yang mendakwa Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak takut untuk membubarkan Parlimen kerana bimbang dengan kekuatan PR.

Propaganda sedemikian sedikit sebanyak termakan juga oleh sesetengah penyokong PR menyebabkan mereka lupa bahawa empat buah negeri yang dikuasai PR iaitu Selangor, Kedah, Kelantan dan Pulau Pinang hingga sekarang belum ada satu pun yang di bubarkan.

Walhal, jika PR merasakan PM takut membubarkan Parlimen, logiknya PR yang kelihatan seperti sudah tidak sabar untuk menghadapi pilihan raya patutnya sejak berbulan-bulan lalu sudah mengambil inisiatif sendiri segera membubarkan DUN di semua negeri PR, bukan begitu?

Bagi BN pula, soal bila Parlimen akan dibubarkan tidak pernah menjadi isu apatah lagi untuk dipropagandakan.

Jika 6 bulan lepas atau sebulan lalu mahupun esok atau lusa Parlimen dibubarkan, berdasarkan kaji selidik dan trend sokongan rakyat kepada BN, tiada masalah untuk BN mendapat hampir 2/3 kerusi Parlimen atau lebih sedikit.

Tapi disebabkan tumpuan utama tetap fokus untuk bekerja untuk rakyat, selagi masa masih berbaki selagi itu kerja buat dan jasa bakti terus dilaksanakan. Lagi semakin lama PR berteka-teki lebih bagus untuk BN sementelah di waktu kritikal ini makin ramai pemimpin PR yang pancit sebelum wisel permulaan ditiupkan.

Hakikatnya, tujuan sebenar PR menghambur celaan, sindiran dan propaganda mengenai isu pembubaran Parlimen tujuannya sekadar untuk mewujudkan persepsi kononnya PR benar-benar kuat. Dengan demikian, masalah pertelingkahan sesama sendiri dalam PR akan terkalih dari perhatian umum.

Menariknya di sebalik propaganda itu semua, ada sumber dalaman PR memberitahu semua keempat-empat negeri yang diperintah oleh gabungan tidak berdaftar itu telah mencapai kata sepakat untuk membubarkan DUN hanya selepas Parlimen dibubarkan.

Tarikh yang telah mereka sepakati ialah 22 April 2013. Persoalannya kenapa 22 April 2013, mengapa tidak dua tiga bulan lalu atau sebelum bulan Mac 2013 berakhir?

Ada muslihatnya. PR menjangkakan Parlimen mungkin akan dibubarkan pada seawal April 2013, jadi bila Parlimen di bubarkan semua negeri yang dikuasai PR tidak akan turut sama membubarkan DUN.

Dengan lain perkataan, PR mahu membubarkan DUN lewat dari pembubaran Parlimen dan proses pengundian pula akan dijalankan selepas selesai pengundian di negeri-negeri lain.

Mereka percaya langkah ini dapat mengurangkan risiko kalah teruk dan mengurangkan impak terhadap prestasi PR di DUN-DUN negeri yang sedang dikuasai sekarang.

Perkhabaran ini tidak mengejutkan kerana sudah lama PR memberi bayangannya tetapi cuba diselubungi dengan propaganda kononnya BN pula yang takut berdepan dengan penghakiman rakyat. Realitinya yang takut tewas dan ditolak rakyat ialah PR.

Sebab itu di Selangor, Menteri Besarnya sering berdolak-dalik sekejap kata mahu bubar DUN selepas Chap Goh Mei, sekejap panggil sidang akhbar untuk pembubaran kemudian tiada pengumuman dilakukan, alih-alih semuanya hanya gempak sahaja bertujuan untuk mengaburi mata umum dari mengesan ketakutan PR berdepan dengan PRU 13.

Walau apa pun, PRU 13 tetap akan tiba jua bila sampai masanya, apa sahaja taktikal strategi atau game plan yang dimainkan oleh PR, kata putus bila tarikh pengundian sama ada serentak atau berasingan tetap di tangan SPR selaku badan bebas yang mengendalikan pilihan raya.