melayu baru adalah mempunyai kepelbagaian cabang dan definisi.
setakat ianya diperkenalkan dalam blog, ianya tidak terhad kepada isu politik sahaja. isu politik dan keputusan politik harus difahamkan tidak memberikan impak berkesan kepada gaya pemikiran orang melayu.
mudah cerita, kalau ditanyakan bab politik secara jujur kepada sebahagian anak muda, mereka lebih cenderong kepada pola pemikiran populis dan berangan seolah menjadi hero yang tak menjadi.
kisah perjuangan anak muda dalam pembangkang ( sebut melayu ) yang menjadikan che guevara sebagai ikon adalah lebih berlandaskan kepada pemikiran ikutan pemakaian populis lambang, foto dan baju.
angan mereka menjadi che guevara versi melayu pada hakikatnya tidak menjadi bilamana perjuangan antai BN yang dicanang sebagai hantu ,gagal,hancur dan jahat jatuh luluh bilamana tatkala mereka berdemo di parlimen, si kepala pulak sibuk bermesraan dengan kelibat bernama najib yang selama ini dinodai imejnya siang malam.
politik anak muda,politik anak tua dan politik sebahagian bangsa melayu tidak jujur dalam menilai.
tak jujur dalam ertikata enggan mengaku silap, malu mengaku silap dan pada hakikat silapnya itu akhirnya akan menghanyut dan merosakan akal generasi bangsa ke dalam keadaan yang lebih tragis lagi.
sebelum ini kecoh dikabarkan akan seorang ulamak yang berkeras kalimah ALLAH diharam pakai oleh non muslim.
gertakan ulamak ini nampak hebat, tapi sayangnya dia menipu. tatkala dia bercakap mengenai haram, pada masa yang sama jugak dia terus bersengkongkol dengan pemain harami yang disebutkan.
sebahagian bangsa melayu keliru dengan politikal game mengelirukan sebegini.
nak di ulas, aku dah ulas sepanjang 5 tahun yang lepas.
politik sebegini membenakkan pemikiran melayu.
sebentar tadi dalam perjalanan pulang menaiki kereta aku terdengar satu lirik lagu yang aku rasakan berada dalam kelasnya yang tersendiri...iaitu sungguh low class dan memperbodohkan benak otak melayu.. antara liriknya putih putih xxxxx merah merah xxxxxx..
apa punya lirik ,apa punya low class lah karya sebegini yang harian diperdengarkan kepada otak melayu.
sejak seminggu ini aku meneliti kualiti drama baik dari stesyen kerajaan dan swasta.
watak dan garapan cerita mengikut permerhatian aku adalah berada dalam kelas yang memuntah,memual dan menciritkan.
cerita mengenai mesyuarat. skandal dalam pejabat. gaduh berebut laki.santau dan bomoh.adu domba.
gaduh berebut lelaki pula akan diselang selikan dengan lagu duet untuk menjual klimaks cerita yang tak membina otak melayu.
ya memang benar senario sebegini kedapatan dalam sebahagian masyarakat kita. soalan aku, adakah anda tak boleh berfikir lebih baik dari itu ? setakat itu sahajakah ide seni kamu ?
mana pergi kualiti kaliber pelakon melayu sehebat ahmad yatim ?
mana pergi kajian selongkaran permaslahan masyarakat yang boleh membikin gegar dan layak diletakkan sebagai karya masterpiece ?
mana pergi drama dan filem yang mengasak pemikiran penonton untuk berfikir ?
antara johan dan zizan, aku membayangkan zizan akan tumbang awal. lawaknya dah semakin slapstik dan terlalu banyak pondan. dari pementasan di singapura sampailah ke pementasan lawak ker der, zizan sekadar berupaya membawakan watak gay dan bapok yang akhirnya akan meletakkan kualiti zizan setaraf zaman slapstik senario sahaja.
aku perhatikan trend bikinan filem barat semakin terbuka dan terbahagi kepada 2. satu pihak menceritakan fantasi dan satu pihak menceritakan realiti.
schindler list dan valkyrie lakonan tom cruise mempunyai kualiti dalam dunia perfileman barat kerana ianya punyai motif dan bermotif.
schlinder list tidak popular dalam pertandingan award mtv, sebaliknya ianya diangkat juara dalam senarai pencalonan filem di oscar.
sejak 30 tahun lepas, filem pensejarahan dan kisah benar kerap mendapat tempat dan kritikan terbaik daripada para pengkitik filem.
will smith dalam filem pursuit of happiness merupakan garapan watak terbaik dalam melakonkan watak kisah benar. filem ini mudah, ia menceritakan tentang kisah anak muda yang struggle hidupnya dalam kerjaya dan keluarga.
filem ini berjaya mengajar penonton erti susah.
filem ini berjaya mendidik penonton untuk tidak berputus asa.
filem ini menceritakan realiti hidup masyarakat kota yang mana watak bapa terpaksa menipu anaknya dan terpaksa tidor dalam tandas kerana tiada tempat tinggal.
asas filem ini, dia mengajar manusia untuk bangkit dari kesusahan.
soalan ?
adakah kita sedia dan bilakah kita bersedia untuk menerima satu lagi pentas hiburan yang baru seperti ini, atau masih setia untuk terus dibenakkan otak dengan karya lemah,garapan tahap low class dan karya yang tak membina minda melayu ?
budaya hedonisme disebut dalam hadis.
bila ianya disebut dalam hadis, maknanya ianya punyai kesan yang penting dalam masyarakat.
jika karyanya bagus, maka baguslah ia dalam mendidik masyarakat.
jika karyanya gampangan, maka benaklah otak masyarakat.
pandangan aku, hampir 3/4 penceritaan drama,filem dan lagu melayu berada dalam kelasnya yang tersendiri, iaitu kelas gampangan.
filem,drama dan lirik lagu gagal mendidik.
ianya tak berupaya mendidik.
mana pergi penghibur melayu seperti ebiet g ade yang berjaya mengkritik masyarakat dengan luahan puitis lirik yang tajam menikam ?
barangkali di sana ada jawapnya
mengapa di tanahku terjadi bencana
mungkin tuhan mulai bosan
melihat tingkah kita
yang selalu salah dan bangga dengan dosa dosa
atau alam mulai enggan
bersahabat dengan kita
cuba kita bertanya kepada pokok yang bergoyang
bandingkan lirik berkualiti ebiet d age dengan lagu putih putih xxxxxx ? ya tuhan !
benak dan rosak punyai tafsiran berbeza.
melayu baru perlu lahirkan lebih ramai penggiat seni sosial yang mengkritik dengan tujuan untuk memulih dan membina semula pemikiran sebahagian melayu yang teruk diasak benakkan dengan karya low class sejak puluhan tahun.
arwah yasmin ahmad adalah penggerak kesedaran melayu yang baik dalam bidangnya. dia berupaya mengajak minda melayu untuk sedar asal usul, sedar diri, sedar tentang pengorbanan ibu dan ayah.
kualiti filem pendeknya dalam setiap iklan raya adalah berada dalam kelasnya yang tersendiri.
dia boleh membikin orang melayu yang selama ini tak sedar diri untuk menangis.
harapan aku kepada penggiat seni, mulalah sesuatu. mulakan sesuatu yang berkualiti.
hentikanlah pembenakan minda orang melayu secara sistematik. buatlah kajian bagaimana untuk menghasilkan karya berkualiti.
asas karya ini perlulah berlandaskan kepada satu, jujur berani dan berkata benar.
harus diakui seni punyai pengaruh yang kuat untuk perkembangan minda orang melayu. gunakan peluang ini meletakkan pemikiran melayu di tempat yang sebenarnya.