IKLAN BERBAYAR

Monday, January 31, 2011

POST MORTEM TENANG (PART 2) : LATARBELAKANG CALON.

 tak siapa pun mengenali azhar ibrahim.

tetapi pengundi tempatan kenal sejarah keluarga azhar. mereka kenal siapa arwah bapanya dan juga kenal susur galur keturunannya.

agak mengejutkan sewaktu penamaan calon tertera nama ' TOK AI'.

ada orang menafsirkan TOK AI itu merujuk kepada nama calon, azhar ibrahim. 
 tetapi mana datang awal perkataan TOK itu ?

apabila aku buat sedikit risik-risik dikalangan orang kampung, TOK AI itu merujuk kepada keturunan datok si azhar ibrahim.
keturunan azhar ibrahim lah yang menamakan tenang sebagai pekan tenang. mana datang nama tenang ? kabarnya nama tenang diperolehi setelah keturunan azhar melerai pergaduhan dua kumpulan di kawasan ini, setelah keadaan kembali aman maka dinamakanlah pekan ini dengan nama tenang.

jelas latarbelakang calon antara faktor yang menarik pengundi melayu memangkah azhar ibrahim. 

ini soal latarbelakang calon yang baik. azhar ibrahim belum diuji lagi walaubagaimana pun dia wajib diberikan peluang .

p kamalanathan sudah terbukti perform sejak dipilih menjadi wakil rakyat hulu selangor 7 bulan yang lepas.mungkin azhar boleh menjadi fast learner yang baik. persekitaran memerhatikan gerak geri beliau. banjir ini ujian paling ad hoc yb azhar harus tangani.

azhar mungkin terpaksa mengubah sedikit sebanyak stail dan body language nya. penuhkan senyum dan banyakkan berbual dengan orang kebanyakan. insyaallah azhar ibrahim layak dipanggil TOK AI.

adakah faktor ini yang dimaksudkan oleh ds najib sebagai  memenuhi kriteria  'winnable candidate' ? nantikan sambungan ke 3.

POST MORTEM TENANG ( PART 1) : KESILAPAN PAS

kesilapan pas berlaku pada hari pertama , iaitu pada hari penamaan calon.

budaya politik di johor agak unik  dan berbeza jika dibandingkan dengan negeri yang diperintah pakatan.

ide provokatif dan kasar cara pas kelantan tidak sesuai diimport masuk ke negeri johor.

melayu johor punyai sentimen kemelayuan yang cukup tinggi. melayu itu islam dan islam itu melayu. inilah pegangan mereka selama ini, bukan direka cipta tetapi ia adalah hasil daripada sejarah dahulu lama.

cara agresif penyokong pas untuk membudayakan akhlak politik tunduk sujud pada DAP tidak diterima sama sekali oleh keseluruhan umat melayu di johor.

mana mungkin melayu johor bisa terpengaruh dengan pelacoran politik sebegini sedangkan pada hakikatnya melayu johor lebih memahami sejarah puaka DAP jika dibandingkan dengan pas ?

pekan tenang itu tidak sampai 30 minit daripada lokasi bukit kepong. ingat lagi sejarah bukit kepong ?

aku berbual dengan hampir 4 orang makcik yang hadir sewaktu penamaan calon. 

aku tunjukkan kepada mereka gambar-gambar yang diambil semasa proses pencalonan prk tenang.

gambar yang menunjukkan sebilangan penyokong pas membawa bendera dap.

kamu tahu apa reaksi mereka ?
 2 daripada mereka berkata ini melayu yang lupa sejarah bangsa. 

seorang lagi berkata keluarga besar makcik menetap di bukit kepong, apa mereka (pegang bendera dap) tu tak tau ke dap dan komunis tu sama sahaja ?!

ini persoalan sensitiviti lokaliti penduduk setempat. penyokong pas cuba membawa perangai gedebe mereka di johor. 

jelas berdasarkan ribuan risalah penyokong pas membawa bendera dap ini diedar di kawasan melayu, menjadi satu faktor mala tersungkur di kaki pengundi melayu.

sebenarnya pas telah melukakan hati penduduk melayu bermula pada hari pertama penamaan calon.tunggu post mortem ke 2.

POST MORTEM DUN TENANG. KONPEM PANAS !

aku tengah buat post mortem tenang.

berdasarkan pemerhatian aku banyak perkara perlu disongket untuk dijadikan subjek perbincangan,rujukan,pujian dan kritikan.

siapa yang kena terjah dengan aku, aku minta maaf. 
siapa yang dipuji harap tak lupa diri.

baik BN dan pakatan, tunggu artikel seterusnya.

BAH BESAR : 4 BLOGER LEPAS, YANG LAIN ?

4 bloger dah selamat sampai ke rumah masing-masing malam tadi.gap ,medan info kita,keris putera dan gerakan timur selamat sampai di KL jam 11.30 malam .

kami cabut awal dari rumah sewa ( di pekan labis) tepat jam 1 petang lepas tengok keadaan dah lain macam. lain macam pasal air sungai di depan rumah kami dah melimpah masuk ke jalan raya.

kami bergerak pantas, ikut jalan felda chempelak/lalu bukit kepong  untuk terus ke tangkak setelah mengetahui jalan yang menghubungkan labis-segamat dah terputus hubungan.

berdasarkan maklumat, rumah sewa 2 tingkat yang kami duduki air dah naik paras dada. bandar lama pekan labis dah tenggelam. 

bloger lain masih terperangkap di rumah sewa masing-masing. rbf,parpu,pisau,papagomo dll terkantoi di labis lagi.

aduhai, macamana nak tolong engkorang ekk ?

setengah jam selepas kami cabut, bandar labis tenggelam. nasib baik kami buat keputusan ad-hoc.

kami doakan agar keadaan kembali pulih. kesian papagomo dan parpukari, air banjir dah naik paras dada, bini tinggal dah lama. sabor jelah kawan-kawan. pi ajak mala makan kentaki ekk..

Sunday, January 30, 2011

DAP & ANWAR PUNCA PAS KALAH : CINTA POLITIK YANG MENJAHANAMKAN PAS !

VICTORY ....MAJORITI KITA 3735 !


SYUKUR ALHAMDULILLAH.
tahniah kepada semua. 
terimakasih atas usaha dan doa anda sekalian.

insyaallah kita akan berusaha dengan lebih keras lagi untuk menang besar pada pru ke 13 nanti.demi islam,demi melayu demi negara !

merlimau bulan depan. jangan leka dan alpa.

kawan-kawan sekalian, fokuskan serangan kita dengan lebih ampuh lagi.

anwar sudah menjadi liabiliti besar pkr.
anwar sudah menjadi liabiliti besar kepada pas.
nik ajis merupakan modal terbaik bloger pro umno hentam pas.
selagi pas dengan dap, selagi itulah peluang umno untuk menang besar cerah !

aku dah nak bergerak dari pekan tangkak dah ni.. hujan lebat. perut lapor. balik nak makan kari kepala ikan. lapor lapor..wawawaaa...

dah 10 hari tinggal bini..sian bini aku. nasib baik dia faham kerja aku ni..

BN PUKUL HABIS !

BN pukul habis undi melayu dan india , suami mala amik MC lagi. mala kerja mana lepas ni ?

MAJORITI BN MENUJU 4 RIBU !

masyaallah...sabar tuan. 
jika benar kita ucap syukur pada ALLAH SWT !

UPDATE TERBARU TENANG ! SILA REFRESH BLOG GAP..

jam 6.21 petang
 

kg redong
BN 96
PAS 175


SMK kamarul arifin
 BN - 365
PAS - 801

tenang station
BN 3147
PAS 1092


Felda Tenang
BN: 950
PAS: 160


Bukit Dato.
BN : 352
PAS : 99

 

Bandar LabisTengah
Pas -244
BN - 161

Bandar Baru Labis
PAS - 123
BN -

Pekan Air Panas
BN 220
PAS 48

Ladang Labis Utara
BN 152
PAS 40

jam 6.00 petang
keputusan undi pos.
BN 115
PAS 3
majoriti 112

jam 5.49 petang
bas penyokong pas dari kedah dah balik.
5-6 van penyokong pas dari perak/n9 dah balik.


jam 5.45 petang
ramalan di bawah mungkin akan lebih angkanya  kerana pengundi cina didapati tidak keluar mengundi.ada yang tidak balik mengundi. pengundi melayu dan india BN boleh dapat 75-80% undi maksima.


jam 5.42 petang
ramalan dan jangkaan. jika.
70% keluar mengundi BN menang 1000 lebih majoriti.
75% keluar mengundi BN menang 2000 lebih majoriti.
80% keluar mengundi BN menang 3000 lebih majoriti.


jam 5.37 petang
10,759 atau 71.75% peratus jumlah sebenar pengundi yang telah mengundi.

jam 5.20 petang.
analisa kebarangkalian keputusan sedang dikumpul.

jam 5 petang
12 pusat pengundian telah ditutup !


setakat jam 4 petang
10,133 pengundi telah keluar mengundi !

nantikan update seterusnya dari bilik gerakan banjir gerakan anti pkr.pastikan anda sentiasa refresh atau tekan butang F5 untuk mendapatkan berita terbaru tenang !

TENANG BANJIR : SETENGAH JAM PUNYA DECISION ?



setengah jam punya decison ( sebelum banjir ) telah menyelamatkan kami daripada terperangkap dalam banjir kilat di pekan labis.

cepat cepat kami kemas barang,terus bergerak keluar daripada pekan labis. waktu tu air dah naik kat pekan, terpaksa ikut jalan belakang...lalu felda chempelak,kemudian ke bukit kepong dan terus potong ke jalan sagil.

sekarang ni masih hujan lebat. kami decide untuk stay kat warong tepi jalan ni sampai result keluar..

ramai kawan bloger yang dah kantoi kat labis, nantikan update kami !

DOAKAN KEMENANGAN KITA, INSYAALLAH.

 semoga ALLAH SWT memberikan kejayaan untuk kita. amin