Friday, October 30, 2009

SAIFUL,RAKYAT SUDAH BANGKIT !



salam saiful, pesan aku ringkas. kuatkan semangat mu .insyaallah seluruh kumpulan blogers antai anwar dan rakyat sudah bersedia dan bangkit mempertahankan maruah kamu ! doa jutaan umat mengiringi perjuanganmu saiful.kuatkan semangat , kami akan pastikan maruah kamu ditebus kembali. anwar sudah tidak bisa lari..

insyaallah anwar attaturk akan kembali semula habitat asalnya, di penjara sungai buloh.

PKR SELANGOR : MENANTI SAAT PERPECAHAN ?

saudara nazmi rosli (berbaju merah) merupakan setpol ezam mohd nor.

orkestra politik. hari ini ada konspirasi yang cukup panas. watak utamanya adalah adun pelabuhan klang yb badrul hisham. selama 3 bulan ceritera satira politik akan tumbangnya kerajaan pakatan selangor bermain di medan maya. dari hari sehari ia semakin menampakkan realitinya. badrul hisham telah menongkah arus.

ini cerita di belakang tabir. punyai versi berbeza namun di pengakhirannya menjurus kepada lorong yang sama.

konspirasi pertama aku mulakan di pejabat menteri besar. kalid gagap punyai musuh dalam selimut. nik nazmi merupakan setpol kalid, namun dalam diam nik nazmi bertindak sebagai mata dan telinga kepada kekasih anwar, azmin ali. azmin sudah lama mengidamkan kerusi empuk menteri besar.

pada asal perjanjian pasca kemenangan dalam pilihanraya mac 2008, azmin ali antara disebut sebagai calon favourite menjawat jawatan menteri besar. di saat kegembiraan itu, anwar tersilap bicara. terlepas cakap di hadapan wartawan dengan mengumumkan perlantikan khalid sebagai menteri besar. azmin merajuk jiwa, namun seperti biasa anwar attaturk menggunakan minyak guna-guna, azmin bisa dilantik sebagai menteri kewangan dalam agenda perancangan merampas kerajaan tanggal 16 september.

azmin sejuk buat sementara. konspirasi menendang keluar yahya shari menjadi kenyataan. di situ azmin melihat ruang. azmin tahu anwar sayang dan kasih padanya, lalu diminta agar nik nazmi diletakkan di pejabat mb,bertindak sebagai proksi juga mata dan telinganya. nik nazmi dilantik sebagai setpol, anak muda ini terhutang budi namun belum lagi tergadai bodi, yes bos ambo menurut perintah mu. azmin menepuk bahu nik nazmi tanda kowtim dimeterai.

khalid gagap harus dihancurkan karektornya. dia harus dikenakan karektor assasination agar mudah azmin meloloskan diri menjadi memanda di negeri hebat lagi kaya. badrul hisham menjadi kambing hitam.

segala report dan bisikan dari nik nazmi kepada kalid gagap lebih banyak bau busuk dari wangi. sir, badrul mental, sir badrul tido, sir badrul nak masuk umno,sir rakyat tak suka badrul ..sir sir sir..itulah bisikan halus yang dilakukan secara hentam tubi oleh nik nazmi. dengan harapan agar kalid gagap terpengaruh dan teruji.

pelandok masuk perangkap, kalid gagap akhirnya berjaya dipengaruhi. nik nazmi sebagai adun seri setia kini memegang peruntukan dun pelabuhan klang. badrul semakin sakit hati. penghinaan diterima dengan hati sabar namun nun jauh di sudut diri dia sebenarnya sedang terbakar hati..

badrul sila berambos,badrul boleh jalan. dek kerana hasutan nik nazmi, kalid gagap memberi amaran yang bisa memakan diri. satu surat tunjuk sebab telah diberikan kepada badrul hisham agar melepaskan jawatan sebagai adun.

disini konspirasi bermula. badrul diarah menjawap surat tunjuk sebab. tanpa diketahui kalid gagap, badrul sebenarnya sudah lama menjawap surat balas tersebut. bukti cop terima daripada pejabat menteri besar telah berlaku. tarikhnya 2september.. rupanya surat itu TIDAK SAMPAI ke tangan kalid. siapa punya angkara ? sudah tentulah nik nazmi yang bercita-cita tinggi..

apa cita-citanya ? tiada lain mahu menjadi ketua AMK pusat menggantikan shamsul iskandar. ini janji azmin kepada nik nazmi, akan aku sponsor kempen mu nanti..

diatas adalah konspirasi satu pihak yang cuba merampas tahta kerajaan negeri. namun nik nazmi dan azmin lupa bahawa kalid gagap juga punyai soldier dan soldadu sendiri. seluruh barisan exconya sedia mati mempertahankan kalid gagap daripada ditumbangkan oleh puak oposisi..malam ini ada 2 mesyuarat berasingan pkr selangor, satu kem protestan dan satu lagi katolik. siapa dapat checkmate siapa menjadi agenda penting mesyuarat malam ini.

tahniah kepada setpol ezam, nazmi rosli yang berada di sebelah badrul hisham pada petang tadi.perancangan 'kita' akhirnya menjadi..badrul hisham telah menempelak anwar dalam kes al-liwati. isu saiful bakal menggegarkan lagi jiwa pengamal seksualiti sumbang anwar attaturki..badrul akhirnya telah menempeleng muka kalid dan anwar attaturki pada hari yang bertuah tadi !

lihat pada penghujung artikel malaysiakini, katanya didapati ramai 'orang-orang' ezam berada di sidang akhbar petang tadi..mulai hari ini aku yakin pakatan selangor tidak senang tido lagi !
http://www.malaysiakini.com/news/116238

Thursday, October 29, 2009

BADRUL UCAP TERIMA KASIH PADA EZAM !

PKR SELANGOR BAKAL BERGOLAK ?

UPDATE JAM 5PTG : BADRUL HISHAM UMUM MENJADI ADUN BEBAS DAN MENYOKONG BARISAN NASIONAL :
jika benar adun pelabuhan klang 'dipaksa' oleh kalid gagap untuk melepaskan jawatan, maka 2 calon yang punyai hubungan rapat dengan anwar dan wan azizah bakal diumumkan.

yang pertama disebut sebagai calon favourite adalah ustaz badrul amin, yang satu ketika pernah popular kerana menggelarkan bekas mufti perlis dr asri sebagai syaitan.

kedua adalah seorang peguam wanita bernama faekah husin, loyalist kepada dr wan azizah namun cukup benci kepada anwar ?! detail mengapa faekah membenci anwar hanya bloger x-pkr sahaja yang boleh mengulas..

faekah kabarnya sedang bertugas di unisel. jika benar faekah menjadi calon dan memenangi prk ini, maka ada ura-ura faekah akan merampas profolio exco yang kini disandang oleh yb rodziah 'rm376k'... rodziah kabarnya bakal sangkut dengan skandal 'RM376K'...

ada lagi cerita panas bakal melanda AMK pusat..aku akan keluarkan artikelnya esok.tetapi kita menunggu cerita hangat petang nanti, benarkah badrul hisham akan bertindak balas terhadap kalid gagap ?

klik disini
http://warisan2057.blogspot.com/2009/10/nizar-edan-bom-politik-meletup-di.html

ANWAR ATTATURK BAKAL TERHAPUS SEDIKIT MASA LAGI ?

nak tahu cerita ? cerita ini tentang bangsa aku dan juga kamu. ini cerita tentang bangsa melayu. mengikut kata tun mahathir, bangsa melayu adalah bangsa yang istimewa. pasal apa ? kerana dia meletakkan/mensyaratkan bangsa melayu itu seharusnya beragama islam. melayu itu mesti islam. ini pasangan saling melengkapkan. umpama lelaki dan perempuan,tangan kiri dan kanan,sorga dan neraka,hitler dan mein kampf,anwar dan azmin dan seangkatan dengannya.

bangsa melayu itu istimewa. akhlaknya lembut,jiwanya tenang. melayu sayang agamanya dan melayu juga sayang akan saudara seagamanya.

dalam beberapa hari ini akan berlangsung sidang pertubuhan keamanan sejagat perdana (PGPF) di kuala lumpur. pengerusinya adalah tun mahathir. samada secara kebetulan atau tidak disengajakan, sewaktu ds najib berjaya menundukkan perdana menteri thailand untuk mempertimbang memberi kuasa wilayah autonomi di selatan thailand, tun mahathir juga bertindak melalui persidangan keamanan . keduanya punyai intensi yang sama, mahu menyelamatkan umat dan mahu umat diselamatkan.

pada waktu sidang PGPF ini berlangsung nanti, nun jauh di negara balkan jutaan saudara kita di bosnia sedang kusyuk menonton peristiwa besar. menonton dan menunggu saat jatuhnya hukum oleh mahkamah dunia ke atas bekas pemimpin gila dari serbia iaitu radovan karadzic. radovan karadzic adalah ariktek pembunuhan umat islam di bosnia. ini manusia telah melakukan jenayah perang , jenayah kemanusiaan paling hodoh dan jijik selepas hitler dan pol pot.

radovan karadzic telah menyembelih ratusan ribu nyawa umat islam bosnia. aku yakin kau juga pernah mengingati peristiwa zalim ini suatu masa dahulu, sekitar awal tahun 90 an. radovan karadzic telah ditahan dan kini sedang dibicarakan di mahkamah dunia di the hague belanda. namun rakan beliau, slobodan milosevic masih bebas dipercayai sedang dalam pengawasan tentera elit rusia.

aku pernah membaca satu artikel seliaan CIA beberapa tahun lepas. dalam laporan tersebut ada dinyatakan bahawa tun mahathir,brunei,turki dan arab saudi antara pendokong utama kebangkitan tentera bosnia sewaktu peperangan di rantau balkan. detailnya tidak perlu aku nyatakan, namun tatkala tun mahathir bangun untuk menaikkan maruah umat pada sidang PGPF ini aku terasa syahdu.

orang tua ini tidak pernah berhenti walau sesaat untuk menebus semula maruah umat islam. PGPF lahir untuk mengheret penjenayah perang ke muka pengadilan. secara direct dan jujur, dia mahu pemuka penjenayah ini dikecam di seluruh antero dunia. siapa yang bakal terkena tempiasnya ? tiada lain sekutu kuat anwar attaturk iaitu amarikan,zionis dan britain.

nampakkah kamu apa yang tersembunyi dalam artikel aku ini ?
.............................................................................................................. ? inilah yang aku katakan sebagai serangan halus paling menggerunkan anwar yang sedang dilakukan oleh tun mahathir dan ds najb . tun mahathir sengaja berkias dalam penubuhan PGPF ini, dengan intensi atau niat untuk mengheret kepala pengkhianat bangsa dan agama si anwar attaturk untuk berani tampil mengadakan upacara yang sama !

sama juga dengan intensi ds najib tentang usaha pemberian wilayah autonomi di selatan thailand, yang pada masa yang sama menempelak rakan sekutu anwar iaitu estrada yang berikrar menghancurkan pejuangan pemisah islam di moro !

mampukah anwar attaturk berani untuk tampil untuk mengistiharkan jihad terhadap rakan sekutunya di amarika ? beranikah anwar mengheret rakan seperjuangannya paul wolffowitz yang merupakan arkitek perang di iraq dan afghanistan ke muka pintu mahkamah pengadilan antarabangsa di the hague ?

apa yang berlaku di atas adalah ulangan perilaku rahsia pemimpin bangsa melayu. menebus maruah islam merupakan agenda terbesar dalam perjuangan 'rahsia' pemimpin melayu. sama seperti aksi dan tindakan beberapa raja-raja melayu sekitar tahun 1924.

sewaktu sistem kekhalifahan umat islam hampir tumbang selepas 1500 tahun ia berada di puncak, raja-raja melayu telah bertolak ke kota suci mekah dengan tujuan untuk memegang dan menjawat tampuk pemerintah khalifah islam sedunia. tawaran besar oleh raja melayu ditolak oleh pemerintah syerif(syarif) di mekah, selang setahun, sistem ke khalifahan islam tumbang di tangan pemegang fahaman wahabiyah yang didalangi oleh keluarga saud.

ini rahsia besar pemimpin melayu. akan aku ceritakan beberapa lagi rahsia sulit janji taat setia pemimpin besar melayu untuk menebus semula maruah agama dan bangsa. pesan aku kepada anak muda, anwar attaturk itu perlu dihapuskan dari muka bumi ma-da-yo ini ! inilah si judas iscariot pengkhianat keji dari bangsamu sendiri !

Wednesday, October 28, 2009

NAJIB SELAMATKAN NYAWA UMAT ISLAM ?

hari ini aku melaporkan kelegaan. keganasan di sempadan malaysia/thailand yang berpunca dari pembunuhan lebih 200 umat islam di tak bai nampaknya akan menenemui jalan penyelesaiannya tidak lama lagi.

pertemuan najib dan abisihit dalam sidang di thailand baru-baru ini digunakan sepenuhnya oleh najib untuk menamatkan konflik berdarah umat.

mengikut kajian, kiranya krisis di selatan thailand tidak di selesaikan dengan secepat mungkin, maka dikhuatiri seluruh rantau ASEAN akan menerima tempias besar. keamanan tiada pasti wujud dan kestabilan bakal tergugat.

konflik selatan thailand dan krisis di iraq punyai motif cerita yang sama walaupun lokalitinya berbeda. di iraq, kumpulan penentang dari puak sunah dan pengikut setia bekas presiden saddam husin sering melakukan penentangan luarbiasa terhadap pimpinan nuri al maliki. pemerintahan di iraq adalah wajah boneka, merampas hak dan kedaulatan daripada sebuah negara yang berdaulat (saddam) atas nama memerangi keganasan.

thaksin telah melakukan kesilapan. dia punyai ego yang besar dan akhlaknya persis diktator antai islam. pembunuhan 2oo umat islam di tak bai telah memula angkara. berlarutan hingga ke hari ini.

najib punyai visi untuk menyelamatkan nyawa umat islam. sepertimana aceh yang sebelum ini pernah bermandi darah yang akhirnya bisa mendapat status kerajaan autonomi, begitulah bisikan yang sama najib ucapkan kepada abishit. perdana menteri thailand itu sedia melaksanakan saranan najib. tanggal december nanti dua perdana menteri ini akan turun ke selatan thai. PULO nampaknya bersedia menerima cadangan besar ini. insyaallah wilayah bergolak di selatan thailand bakal mendapat kuasa autonomi, hasil usaha ds najib sendiri !

bila najib memulakan langkah berani ini, aku teringat akan sikap paria anwar attaturk. menyokong tindakan laskar amarikan untuk menceroboh bumi afghan dan iraq atas dasar memerangi keganasan. memang brengset manusia durjana ini !

NIZAR PUAKA : LIVE DARI DUN PERAK !

klik di sini

Tuesday, October 27, 2009

BLOGER ANTI ANWAR SEMAKIN DIGERUNI PAS !

ini cerita daripada haprak daily. kisah tohmahan ketua penerangan pas terhadap bloger anti pakatan aka anti anwar.. katanya bloger yang digelar cyber troopers umno telah menguasai seluruh aspek peperangan maya (blog,fb) untuk menyerang pas.

seperti biasa dia kata 'mainan' bloger antai pakatan itu fitnah.. aku bangun dan ucapkan tahniah kepada seluruh panglima-panglima bloger anti anwar kerana SERANGAN KAMU MENYEBABKAN MEREKA SENAK PERUT, SEMPUT NAFAS !

kita tiada bermain persepsi hatta fitnah, bloger antai pakatan mengolah isu berdasarkan pengamatan mikro,licik membaca gerak tubuh dan cukup hebat bermain kata. analisa bersandar kepada ucapan dan retorik kata. hari ini pas semakin lemas dibenamkan oleh bloger antai pakatan.

ayuh serang dan terus serang !
klik disini untuk membaca 'kerisauan' pas terhadap serangan bloger antai pakatan !
http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=22989&Itemid=1

SIRIH PULANG KE GAGANG.

DAULAT TUANKU ! PATIK BERDOA MOGA DENGAN PERTABALAN TUANKU, ISLAM DAN BANGSA MELAYU SEMAKIN AMPUH DAN KUAT DI BUMI MA-DA-YO INI ! KEKAL TEGUH SEPANJANG ZAMAN, TIDAK GOYAH WALAUPUN SEKUAT MANA BADAI DATANG MELANDA .

Sunday, October 25, 2009

'JUDAS' DAN 'UTIMUTRARAJA' DALAM PAS.

dalam politik, ahlinya hendaklah kebal dan tebal. kebal hati dan jiwa walau apapun yang melanda. tebal muka adalah perkara biasa. dia harus berani menerima 'sakatan' musuh dan rakan. tak tahan dek sakat, dia boleh melompat-lompat.

dalam kajian ahlul sosiologi,umum mengetahui orang melayu yang usianya tua punyai tabiat melatah. bila dicuit di pinggang atau di sergah,mulalah dia melatah..adakala melatah pak tua ni lebih menjurus kepada skala mencarut.. dan seakan menjadi suatu budaya atau trend sekarang,orang muda pula yang kuat melatah.. aksi ni aku kata buat-buat, saja nak cari glamer .

nik ajis sedang menelusuri aksi yang sama. dia kena sakat,dia melatah dan dia melompat-lompat.kasihan sungguh aku melihat si tua pemegang kunci sorga ini. katastrophi sedang melanda partai pas, bukan kerana mereka sedang menjunam kalah di pilihanraya sebaliknya sedang mengalami ribut politik sepertimana yang pernah umno alami.apa ributnya pak ? ributnya berlingkar disekitaran wadah rebut kuasa,pangkat dan harta.

sebenarnya nik ajis nak berterus-terang, agar hj hadi,mustafa ali,hasan ali dan nasarudin dicampak keluar dari partai pas. nik ajis sanggup melangar hukum dan adat pertandingan, sanggup menjadi juara diktator walaupun seterunya itu menang dalam pertandingan yang adil.

ini semua gara-gara penghasut,tukang hasut dan bapak penghasut.ribut-ributan dalam pas pernah berlaku dalam sejarah umat.siapa kah watak 'judas' dan 'utimutraraja' yang semakin galak menghayun pedang untuk menyembelih presiden mereka sendiri ?adakah nik ajis bertindak sendirian atau ada si judas dan utimutraraja yang sedang melayan kipas memanaskan bontot nik ajis agar beliau melompat-lompat kepanasan ?

maka arakiannya, kita harus mengkaji apa punca dan mana berpuncanya. aku tegaskan di sini bahawa karektor-karektor ini lah yang sebenarya sedang menjahanamkan partai pas dengan cara menghasut si pemegang konci sorga.

prof aziz bari adalah seorang profesor UIA, banyak menulis dalam hal ehwal ligitasi. sayang prof kangkung ini lebih condong penulisannya ke arah kumpulan liberal islam. siapa bos aziz bari ? tiada lain mamat kangkung dari melaka bernama khalid jaafar, mastermind institut kajian dasar (IKD).. apa fungsi IKD ? tiada lain menjuarai lidah liberalisme dan jaguh bicara soal demokrasi dan hak asasi. khalid jaafar pernah meggelarkan nabi muhammad saw sebagai D.O (pegawai daerah) sahaja sewaktu diskusinya dengan wartawan pelacur demokrasi dari malaysiakini.

aziz bari terhutang budi tetapi belum sampai tergadai bodi. dia banyak terhutang budi dengan IKD, kerna banyak cetakan buku kangkungnya ditanggung kosnya oleh kalid jaafar. aziz bari sama akhlaknya dengan ibrahim sufian (merdeka centre), satu lagi watak ciptaan anwar attaturki yang bertugas untuk mengipas-ngipas dasar anwar dan perjuangan liberalisme IKD.

aziz bari penggemar anwar attaturki. sewaktu kes tumbangnya perak ke tangan barisan nasional, aziz bari merungkai persepsi dan fitnahi. ini kerajaan haram,tiada demokratik..aziz bari cuba menutup kesalahan anwar attaturk dalam mainan politik 16 september.anwar attaturk telah mendahului tuhan dalam persoalan apa yang bakal terjadi di masa hadapan.perak tumbang dan itu balasan tuhan pada anwar attaturk. tuhan itu berkias dan menempelak anwar dan aziz bari sendiri, agar jangan bermain dengan isu 16 september..tuhan mengingatkan mereka supaya jangan meliwat semangat demokrasi dengan mainan kata 'we have the numbers'..sekali terkena berguling-guling di atas jalanraya.hari ini,seperti biasa dia menjalankan operasi dalam rancangan yang teliti, menjolok hj hadi supaya terkeluar daripada saf parti pas.

husam musa ada masalah. dia sedang menanggung malu di atas kekalahannya tempoh hari ditangan nasarudin. perseteruan ini belum berkesudahan, apabila nasarudin mengambil langkah berani untuk menyaman kickdefella, bloger upahan husam yang banyak memfitnah nasa sewaktu kempen muktamar pas tempoh hari.

nik ajis pernah menggelarkan nasarudin sebagai sampah. nik ajis termakan hasutan husam dan anual bakri, set pol nik ajis yang kerinting rambutnya. ini 2 watak utimutraraja, sang penghasut yang bisa membinasakan partai mereka demi mengekalkan kuasa.berani aku katakan bahawa semangat kenegerian sedang melanda pas.

siapa utimutraraja ? dialah sang puaka bangsa, sama tarafnya dengan raja mendeliar,si kitul dan nina chatu si keling yang telah meranapkan kerajaan melaka. dek kerana mereka berempat inilah portugis bisa menguasai melaka..hari ini watak penghasut sejarah lama telah melanda partai pas.

yang bisa ketawa diluar melihatkan sengketa partai pas tiada lain anwar attaturk. dia penjahanam bangsa dan perosak agama. anwar umpama bayangan dajal, air dikata api dan api dikata air. yang lemah longlai jiwanya pasti terpengaruh dengan janji sang halunisasi anwar attaturki.

anwar pernah menghancurkan ABIM,pernah menghancurkan umno dan sedang melakukan kerosakan yang sama kepada pas. ramai dikalangan pimpinan pas terpikat dengan dasar liberalisme anwar attaturki.nizar bintang 3,kalid gereja samad,mujahid yusof rawa,mahfuz omar,salahudin ayob,dr zulkifli ahmad,dr lo'lo dll merupakan petualang sebenar dalam pas.mereka sanggup menggadaikan maruah perjuangan pas demi pangkat dan harta.sama perangainya dengan judas iscariot.

siapa judas iscariot ? dia ialah bendahara sewaktu zaman jesus (nabi isa a.s) . judas antara 12 sahabat terkenal nabi isa a.s.. 12 sahabat yang digelar hawariyun. judas sanggup melacurkan maruah diri demi 30 keping perak yang ditawarkan oleh imam-imam yahudi jika judas memberitahu dimana tempat persembunyian nabi isa a.s. tapi tuhan maha berkuasa,judas telah ditukarkan rupanya seiras nabi isa a.s.dan kerana itulah judas telah disalib.kerana kesundalan itulah judas digelar iscariot yang bermaksud si pengkhianat.

anwar tahu azmin tiada mampu mendepani politik sewaktu sepeninggalannya ke sungai buloh nanti.azmin tiada semangat jantanan politik,saifudin nasution adalah pelacur politik yang kepalanya bisa ke sana kemari umpama lalang ditiup angin.tatkala anwar ke sungai buloh, harapan barunya terletak penuh di atas pundak barua-barua beliau dalam pas. samada mengkhianat hj hadi itu bukan persoalan,yang penting legasi dan pengaruh anwar attaturk perlu diteruskan. anwar attaturk pernah digelar pengkhianat oleh muhyidin yasin. seharusnya ahli pas memahami maksud tersirat muhyidin, antara utimutraraja,judas dan anwar ,,siapa diantara mereka yang patut 'dipancung' terlebih dahulu !

Thursday, October 22, 2009

KEPADA FOLLOWERS GERAKAN ANTI PKR



aku menghargai akan sambutan dan dokongan rakan-rakan terhadap perjuangan kita. aku cukup yakin ALLAH SWT akan memberikan kita kemenangan besar pada pru ke 13, dengan syarat kita meletakkan ALLAH dan RASULNYA di tempat yang paling hadapan. yang penting kita kerja keras,hilangkan sikap mengadu domba dan fanatik pemimpin.letakkan ALLAH dan RASULNYA mendahalui segala-galanya.

aku minta bloger yang menjadi followers aku supaya meletakkan link blog anda . sayang anda sekadar menjadi followers gerakan anti pkr, tetapi untuk aku sambut balik dan linkkan blog kamu, ia tiada kedapatan dan tidak kesampaian.kalau susah sangat, tinggalkan comment dalam ruang komen artikel ini,baru aku boleh linkkan..ayuh saudara saudari, aku tahu dan yakin semua dikalangan kamu lebih hebat ilmunya daripada aku anak muda kampungan..kamu lebih baik daripada gap..mari kita bersatu menghapuskan anwar dan pakatan. jangan lupa berikan sokongan luar biasa terhadap saiful bukhari.

KETUA MILITAN PAS NAK COVER DOSA

artikel aku ni ringkas. ketua militan pas nasrudin tan-taik semalam buat bising. dia kata kalau SUHAKAM tak mengambil tindakan di atas protes dewan pemuda pas berkenaaan undi pos di bagan pinang, ketua militan pas nak bawak isu ni ke sidang komanwel atau PBB.

macam-macam alasan dia bagi untuk kononnya menyedarkan masyarakat antarabangsa akan kecelaruan undi pos.. dia protes undi pos terlalu tinggi kat bagan pinang. aduhai tan-taik dah memang dun bagan pinang tu memang tempat tinggal kem tentera, memanglah jumlah undi pos tu tinggi. sama juga dengan jumlah undi pos di kem sungai udang melaka.

aku gelak kenapa ketua militan ni bising, tapi pada pengamatan aku dia ni nak cover kesilapan dan kelemahan jentera pemuda pas ,itu sahaja. pimpinan dia lemah dan takde kredibiliti, mengajak orang lain melakukan jihad fisabilillah ke atas orang umno merupakan antara punca pas di tolak di bagan pinang..

takpelah ketua militan pas tan-taik, hang bawaklah apa juga bukti yang ada. kumpulan bloger antai pembangkang dah ada banyak video dan dokumen untuk kita pertahankan kemenangan isa samad.kicik punya hal.

Wednesday, October 21, 2009

NIK AJIS TERUS DIDEWAKAN !

ni aku petik daripada web haprak-daily. penulisnya seorang penganalisa kangkung daripada kelantan. dia kata kelantan makin maju,dia kata ilmu nik ajis semakin hebat,dia kata tiada kemiskinan di kelantan, dia kata itu dia kata ini.klik disini

membaca artikel tulisan beliau membuatkan aku menggegelengkan kepala. aku pernah hidup dalam lingkungan pentadbiran almarhom dato fadhil noor (alfatihah) tetapi proses kultus semenggila seperti ini tiada pernah berlaku sepanjang almarhum hidup hatta pasca almarhum meninggal.

perbandingan ilmu politik,jatidiri dan sifat negarawan almarhom dato fadhil noor jika dibandingkan dengan pemegang kunci sorga ini umpama langit dan bumi, umpama enggang dan pipit...jauh cukup jauh..bertaubatlah wahai ahli pas. kau menyebut nama rasulullah saw lebih mendatangkan pahala daripada kau menyerru-nyeru nama orang tua senile dari kelantan nih !

UPACARA MENGKULTUSKAN (MENDEWAKAN) NIK AJIS BERMULA !

baca artikel aku bertajuk 'KULTUS' sebelum kau klik artikel dibawah.tulisan pengampu mengagungkan tok garu nik ajis sempena 19 tahun era pencerahan (sebut kehancuran) islam dibawah pentadbiran tok garu nik ajis.

http://msomelayu.blogspot.com/2009/10/catatan-sempena-19-tahun-tok-guruku.html

PM/TPM HARUS PUNYAI 'BARISAN' MEREKA SENDIRI

hari ini melaysiakini telah menjawap bagi pihak aku akan betapa perlunya najib/muhyidin punyai barisan kabinet dan konglomerat GLC yang setia pada mereka.legasi dulu harus faham dan harus pergi.

sehari selepas kemenangan isa samad, aku menulis untuk kali kedua artikel memohon agar hasan marican melepaskan jawatan. hasan marican sentiasa berlegar dan bersenda bersama agen singapura dan wartawan malaysianinsider, antaranya leslie lopez. siapa malaysianinsider ? mereka adalah portal anti najib/muhyidin.punyai talian erat dengan kepala pengkhianat anwar attaturk.

hari ini kelantan mengungkit semula royalti minyak. beritanya dikeluarkan oleh malaysiakini. bila cerita royalti minyak kelantan ini timbul ? sewaktu pilihanraya manek urai. bagaimana saifudin nasution dan husam musa mampu mengolah dengan begitu terperinci royalti minyak kelantan ? kerana ada wartawan anti najib/muhyidin telah membocorkan rahasia. bagaimana rahasia ini bocor ? .... lagi mau tanya..

klik disini
http://www.malaysiakini.com/news/115484

cerita kelantan lagi.. ada cerita dan usaha agar ibrahim ali masuk semula ke umno . tanya pendapat aku, tak payah lah..biarlah pak hem disitu sebagai ahli bebas. selama ini pak hem begitu lantang mempertahankan islam dan melayu walaupun dia berada diluar umno.

adakala terjahan pak hem terhadap pakatan lebih baik jika dibandingkan dengan segelintir ahli parlimen umno sendiri.

budaya politik umno kelantan agak pelik. kamu sudah paham maksud gang dan cah keting. bolehkah pak hem berduet dengan anuar musa,awang adek atau tok pa ? pak hem begitu menonjol pada waktu ini. kalau dia nak masuk jugak terpulanglah pada dia, cuma harapan aku kalau di masuk umno sekalipun,aku berdoa agar dia boleh 'bersuara' sepertimana biasa dia bersuara selama dia menjadi bebas.