Friday, March 30, 2012

SELANGOR BANGKIT : ASAL TIMBUL MASALAH, PAKATAN SALAHKAN BN !

dah masuk 4 tahun perintah selangor.
hari ini beberapa kawasan di klang dilanda banjir.
macam biasa.
macam biasa.
macam biasa.
macam biasa.

asal timbul je masalah yang tak boleh selesai, jalan mudah salahkan BN. sungguh haram jadah politik macamni.

 kalau asas nak menyelesaikan masalah rakyat/negeri pun gagal nak  dilakukan, elok berambos jelah dari SUK !

SKANDAL KEWANGAN RM445 JUTA : ANWAR AKAN CEPAT MAMPOS !

 Skandal KBB-HLFB: Bakal Tamatkan Riwayat Politik Anwar

Bala lagi…mungkin itulah sahaja yang Anwar mampu katakan apabila satu lagi skandal yang mengaitkan dirinya terdedah.  Kali ini, bukan skandal seks tetapi skandal rasuah atau kroni atau lebih tepat salahguna kuasa - yang mana butirannya hanya akan terjawab di mahkamah.  Tetapi yang pastinya, Anwar sememangnya dikatakan terlibat. 

Kerana itulah Anwar telah menolak mentah-mentah sapina yang dikemukakan terhadapnya. 

Kes ini timbul berikutan saman oleh Hong Leong Bank Bhd terhadap ahli perniagaan Low Thiam Hoe berhubung skandal pembelian Kewangan Bersatu Berhad (KBB) bernilai RM445 juta pada 1998.

Untuk makluman, Tan Sri Quek Leng Chan, Pengerusi Hong Leong Finance Berhad (HLFB) mempunyai hubungan yang baik dengan Anwar.   Dan pada ketika itu, Anwar adalah di dalam keadaan terdesak untuk menjatuhkan Tun Dr. Mahathir sebelum mantan Perdana Menteri tersebut selesai menyiasat skandal seks dan homoseksnya. 

Selain itu, pemilik asal KBB, iaitu syarikat Arus Murni Corporation Sdn Bhd (AMC) dimiliki oleh Hamzah Harun dan Mohd Faiz Abdullah pula merupakan penulis ucapannya.

Melalui hubungan antara kroni inilah maka Anwar telah memastikan yang wang sebanyak RM445juta telah diluluskan oleh HLFB sebagai pinjaman kepada Low bagi mengambil-alih KBB.  Wang tersebut kemudiannya, dipindahkan kepada AMC tanpa melalui prosedur biasa, yang memerlukan proses pengambilalihan selesai terlebih dahulu.  Akhirnya, setelah pemindahan wang berlaku, pengambil-alihan tidak pula berlaku sepertimana sepatutnya. 

Anwar tahu bahawa sukar untuknya melepaskan diri dari isu ini apatah lagi apabila semuanya dibongkar di mahkamah.  Tidak mustahil ‘perjalanan’ dan ‘aktiviti’ wang tersebut akan dijejak semula yang mana akhirnya akan membongkar lebih banyak rahsia hitamnya. 

Silap haribulan, akan timbul kes baru yang akan membawa Anwar ke mahkamah sekali lagi sebagai tertuduh. 

Jika tahun 1998 menyaksikan begitu banyak drama hebat yang melibatkan Anwar, maka pastinya kisah di belakang tabir drama ini adalah jauh lebih hebat lagi.   Bayangkan, dengan wang sebanyak itu, dan mungkin juga lebih lagi dari sumber yang lain, apakah yang telah dilakukan Anwar bagi memastikan skandal homoseksnya ditutup dari pengetahuan Tun Dr. Mahathir dan rakyat. 

Bayangkan, berapa ramaikah yang telah disogok dan diupah oleh Anwar untuk tujuan ini. Dengan wang sebanyak itu juga, bayangkan apa yang Anwar boleh lakukan dengan petugas media asing terutama yang berpangkalan di Kuala Lumpur dan Kota Singapura. 

Membayangkan semua ini, tidak hairanlah Anwar menolak sapina terhadapnya.  Dengan pilihanraya yang semakin hampir serta Datuk S. Nallakarupan yang tidak sabar-sabar malah ‘teruja’ sekali untuk disaman, sungguh Anwar tidak sanggup menerima satu lagi bala. 

Walaupun Anwar tahu pihak pendakwa pasti akan memohon perintah mahkamah agar beliau hadir, tetapi sekurang-kurangnya dapatlah beliau melambat-lambatkan proses perbicaraan.  Lagipun melambatkan proses bicara sudah menjadi kepakarannya. 

Penulis yakin, Anwar amat berharap agar kes ini dapat dilengah-lengahkan sehingga selepas pilihan raya umum, dengan andaian jika beliau menjadi Perdana Menteri, kes ini boleh dibuang begitu sahaja. BERUANG BLUE

ANWAR DIHERET LAGI..TAK HABIS-HABIS MASALAH KO NI SAY-TAN !

 SELAMA hari ini rakyat sering kali didoktrinkan dengan pemikiran bahawa Pakatan Rakyat berupaya membawa Malaysia ke satu tahap yang baru, dibandingkan dengan Barisan Nasional (BN). 

Kunci kepada idea pembaharuan tersebut ialah dengan meletakkan Anwar sebagai ikon pemimpin yang suci, bersih dari segala penyalahgunaan kuasa dan rasuah – mengambil teladan dari rekodnya sebagai Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri Malaysia sebelum dipecat pada 1998 atas kesalahan moral.

Justeru, amat penting sekali Anwar dan Pakatan Rakyat ‘dilihat’ bebas dari sebarang unsur-unsur berkaitan rasuah dan salah guna kuasa. Kalau pun ada, ia perlu cepat-cepat di sapu ke bawah karpet sebelum ada yang nampak dan cuba mempersoalkan.


Paling tidak, tuduh UMNO sebagai dalang dan nescaya perkara itu akan cepat dilupakan. Inilah strateginya.


Tapi perkembangan mutakhir dalam kes saman antara ahli perniagaan Low Thiam Hoe dengan Hong Leong Bank Berhad berhubung skandal pembelian Kewangan Bersatu Berhad (KBB) bernilai RM 445 juta pada 1998, yang menyaksikan nama Anwar dan Pengerusi Hong Leong, Tan Sri Quek Leng Chan turut terbabit, dipercayai akan mengubah pandangan rakyat terhadap ‘kesucian’ Anwar.


Latar belakang ini kes ini secara ringkasnya ialah wang sebanyak RM 445 juta telah dibayar untuk tujuan pengambilalihan KBB tapi pengambilalihan itu sendiri tidak pernah berlaku.


DImana Anwar terlibat? Anwar terlibat hasil dari peranannya sebagai Menteri Kewangan dan hubungan baiknya dengan Quek yang menyaksikan transaksi wang itu berlaku ketika banyak proses lain berkaitan pengambilalihan masih belum selesai.

 Disamping itu, hubungan Anwar dengan pemilik asal KBB, syarikat Arus Murni Corporation Sdn Bhd (AMC) yang dimiliki kroninya, Hamzah Harun dan Mohd Faiz Abdullah (yang juga penulis ucapannya) yang turut memainkan peranan penting dalam kes ini.

Suka juga nak disebutkan bahawa sejarah hubungan Anwar dengan Quek itu sendiri menarik untuk diperkatakan tapi penulis tinggalkan sementara kerana yang nak dibincangkankan ini jauh lebih penting.


Hakikat yang rakyat perlu tahu berkenaan kes ini, ada tekanan dari Anwar supaya jumlah wang yang besar tersebut dibayar kepada AMC tanpa menunggu proses ambil alih selesai kerana Anwar dikatakan terdesak untuk mendapatkan wang bagi menjatuhkan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO dengan segera sebelum mantan Perdana Menteri tersebut ‘difahamkan’ mengenai kesalahan seksual dan salah guna kuasanya oleh pihak polis.


Sebagai pengasas politik wang dalam UMNO, penggunaan wang untuk menjatuhkan pemimpin ini bukanlah satu yang mengejutkan. Anwar di dakwa pernah menggunakan wang sebanyak RM 200 juta (juga melalui hubungannya dengan Quek) pada 1992 untuk menjatuhkan Timbalan Perdana Menteri ketika itu Allahyarham Tun Ghaffar Baba. 

Nasib baik arwah Ghaffar tidak meneruskan pertandingan setelah melihat jumlah pencalonan yang kurang, kalau tidak tahulah siapa yang togel dikerjakan Anwar untuk memuaskan nafsu politik serakahnya itu.

Tapi yang lebih penting disini ialah untuk rakyat menilai siapa dia Anwar. Dengan jenisnya yang bukan reti nak bertaubat, kita yakin Anwar akan meneruskan taktik menguasai parti pemerintah dan kerajaan melalui cara yang diasaskannya di dalam UMNO dahulu – wang.


Walaupun perkara ini berlaku 14 tahun dahulu, itu bukanlah satu masalah yang besar sebab individu yang melakukan itu masih orang yang sama. Kalau kes liwatnya dijadikan perbandingan, jelasnya tidak ada apa yang berubah mengenai Anwar, dia masih macam itu, masih macam dulu.


Pendek kata, kalau dulu dia liwat dan sekarang masih liwat, maka kalau dulu dia korup, sekarang dan selamanyalah dia akan korup.


Kita lihat selepas ini sama ada Anwar berani untuk tampil sebagai saksi dalam kes ini, atau dia akan menggunakan seluruh armada guamannya untuk memastikan dia tidak perlu hadir, seterusnya mengelak dari terkait dalam kes ini dengan apa cara sekalipun.


Malah sekarang pun kita dimaklumkan bahawa sapina ke atas Anwar gagal diserahkan walaupun peguam yang mewakili Thiam Ho, D Paramalingam menunggunya di Parlimen.


Kenapa Anwar mengelak, ini yang pelik. Kalau tak salah hadap sajalah, kenapa mesti mengelak?


Kesimpulannya, rakyat yang mengimpikan Malaysia akan bebas dari rasuah dan penyalahgunaan kuasa dibawah pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat pimpinan Anwar, sebenarnya hanya bermimpi di siang hari.

 Malah lebih teruk lagi, ada banyak kemungkinan negara kita akan bertambah hancur kerana kepimpinan di atas tidak boleh dipertikai dan ditegur dek kecenderungan Anwar menyalahgunakan kuasanya untuk memaksa pihak polis melakukan tindakan tertentu bagi menutup apa juga kesalahan yang ada kaitan dengannya.

Anwar terbukti bahaya dan tidak layak untuk menjadi Perdana Menteri kita. BERUANG BLUE.

GAGAL 20 TAHUN DI KELANTAN. JALAN MUDAH SALAHKAN UMNO.

 isu kewujudan kegiatan pelacoran dan perjudian di kelantan.
nik ajis ambil jalan politik paling senang.
itu semua salah umno dan barisan nasional.
nak tutup kegagalan 20 tahun jadi MB, dia salahkan umno.
sungguh memualkan cara pakatan ni berpolitik.
keengganan mengaku salah tak berani nak di implementasikan dalam pentadbiran.

BAHAN KEMPEN PRU 13 : PAS HALALKAN PERJUANGAN KOMUNIS.


STRAITS TIMES SINGAPURA TERUS SERANG NAJIB.

Dear Sir,
Carolyn Hong continues her crusade against PM Najib.  PM Najib and PM Lee H L establish good economic ties between the two countries. 
The economic co- operation in Iskandar is one of the results from the good relation between Singapore and Malaysia .
However, the Straits Times reporter C.H hits another blow to PM Najib. She undermines the trust of ETP  envisioned by PM Najib.
     ·    
The line between the report from the Malaysian Bureau Chief C.H. and the line represented by the two  leaders from Singapore and Malaysia totally show unparallel ones.
         
 DAP and PKR supporters in Singapore overwhelmingly greet their  poodle from the Straits Times.  She should write the about the strengths and the progress by ETP instead of interferring in Malaysian internal affairs.
Regards,
H.S.

HARI INI DAN AHAD. SELANGOR DAN PERAK.


Thursday, March 29, 2012

KENAPA LYNAS PERLU DISERANG ?

 Pihak pembangkang khususnya PKR telah menjadikan isu kilang memproses nadir bumi di Gebeng, Pahang yang dibina oleh Lynas Malaysia Sdn Bhd sebagai isu politik.

Penyokong pembangkang serta rakyat tempatan telah digembeleng sejak setahun lalu untuk menentang projek tersebut.

Tujuan utamanya ialah untuk menutup kilang Lynas yang yang menelan belanja dan pelaburan asing lebih RM700 juta bagi negeri Pahang.

Bermacam-macam tohmah dan dakwaan dilemparkan terhadap projek tersebut antara lain bahawa projek tersenut membahayakan rakyat Pahang serta alam sekitar kerana kononnya risiko bahan buangan beradioaktif hasil pemprosesan bahan mentah nadir bumi yang dilombong dari Australia.

Bagaimana pihak kerajaan pusat dan kerajaan negeri termasuk semua agensi yang bertanggungjawab dalam pelesenan dan pemantauan kilang tersebut telah memberi jaminan bahawa kilang tersebut selamat dan tidak berisiko tinggi seperti mana yang didakwa oleh pembangkang.

Malah ahli parlimen Hulu Langat, Dr Che Rosli Che Mat yang merupakan pakar kajian nuklear telah mengesahkan tapak loji memproses nadir bumi Lynas adalah selamat dengan pemantauan yang mengikut prosedur.

Sekaligus kenyataan yang datangnya dari seorang pakar dan professional seperti Dr Che Rosli menyanggah dakwaan-dakwaan berbaur politik dan tidak berasas daripada kumpulan kempen anti-Lynas yang diketuai oleh Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh.

Jka dikaji sejarah kempen anti-Lynas, agak menghairankan mengapa DAP yang juga rakankongsi PKR dan PAS dalam Pakatan Rakyat membantah penubuhan jawatankuasa bagi menilai penubuhan kilang Lynas.

DAP mahu menampakkan bahawa parti itu tidak anti-pembangunan dan pelaburan tetapi secara senyap dan sembunyi memberi dokongan kuat kepada kempen tersebut.

Ini terbukti dengan kehadiran dalam setiap demonstrasi dan bantahan yang diadakan sama di Kuantan atau di Kuala Lumpur.

Lebih daripada 90 peratus yang hadir terdiri daripada ahli dan penyokong DAP, hanya segelintir kecil penyokong PKR dan PAS menyertai mana-mana perhimpunan anti-Lynas.

Ini membuktikan bahawa wujud agenda tersembunyi yang tidak mahu didedahkan oleh DAP.

Menurut sumber dalaman kempen anti-Lynas sendiri, Fuziah dan kuncu-kuncunya mampu menerajui kempen mampu bertahan lebih setahun kerana sokongan dana yang besar.

Dana tersebut dikatakan diberikan oleh sebuah negara Asia yang juga merupakan antara pengeluar terbesar nadir bumi dunia.

Kalau tidak masakan Fuziah dan kumpulan anti-Lynas yang besar mampu mengadakan kempen yang tersusun dan teratur, malah mampu membawa aktiviti-aktiviti mereka hingga ke Australia.

Semuanya ini memerlukan kewangan yang besar dan pembiayaan hanya mampu diberi oleh pihak yang mempunyai kepentingan dan berasa terancam dengan wujudnya kilang Lynas di Gebeng.

Ertinya DAP dan PKR telah menjadi kuada tunggangan negara asing untuk menjejaskan ekonomi dan iklim pelaburan Malaysia.

Tindakan Fuziah dan kumpulan anti-Lynas bolehlah dianggap sebagai usaha khianat terhadap negara mereka sendiri dan sudah tentunya pihak berkuasa harus menyiasat sumber dana yang diperolehi serta agenda tersembunyi pembangkang dengan menggunakan rakyat yang dipergunakan.

PAS telah menghidu agenda jahat PKR dan DAP dan oleh kerana itu sejak awal algi telah menunjukkan sikap dingin terhadap usaha menentang projek tersebut.

Hakikatnya kempen anti-Lynas adalah contoh yang menjadi bukti kukuh bahawa dakwaan pihak pembangkang sememangnya menerima dana asing bagi mewujudkan ketidakstabilan politik di negara ini.

Pembangkang akan menggunakan apa jua cara untuk merampas kuasa politik sekalipun bersekongkol dan didokong dana besar negara asing. BERUANG BIRU

KOMEN SPAM : PAKATAN MAKIN LEMAS DENGAN BLOGERS PRO BN !

 sejak seminggu lalu blog aku teruk kena SPAM.
SPAM pulak dimasukkan dengan komen yang kosong.
hari ini SPAM dimasukkan komen cara lakukan hubungan seks.

tahun lepas pakatan memperuntukkan RM15 juta untuk pertembungan siber politik.
namun peruntukan RM15juta itu tak mampu ditangkis dengan baik.

hujahan pencacai terlalu lemah,lesu dan senantiasa lari tajuk.
blogers pro BN boleh mengkritik pakatan dan BN, tapi stail ini tidak mampu dilakukan oleh pencacai mereka.

kerana keterbukaan blogers pro BN maka wave atau gelombang pembaca internet sedang laju beralih kepada kita.

maklumat terbaru, beberapa blog yang pro BN juga telah dijadikan bahan serangan SPAM.
antaranya parpukari,papa gomo,RBF dll.

trend komen pencacai ini  mudah.
mereka dikehendaki mengacau SETIAP ARTIKEL baru yang blogers keluarkan.

setiap SPAM, tak kisah samada hujah balas,SPAM kosong mahupun SPAM seks akan dibayar RM1.50.

bayaran dilakukan secara berkala atau lebih tepat secara mingguan.

RM1.50 x 50 SPAM = RM75.

itulah jumlah yang bakal mereka perolehi secara tunai.

kerana itulah mereka sanggup bersengkang mata untuk melakukan SPAM hingga sanggup bangun di awal pagi.

apapun kerjaya penyangak pakatan nampak ada kemajuanlah sikit.

kalau dulu jadi tukang jaga parking ceramah DAP sekarang ni dah boleh jadi pengkomen blog pulak.

ya walaupun mereka dilihat gagal menulis fakta dengan baik, namun tugasan yang sekadar menghantar komen kosong pun dah dikira kejayaan luar biasa bagi mereka.

kasihan point dan hujahan politik blogers pro BN tak mampu ditangkis oleh mereka.

stail SPAM ini samalah jugak yang berlaku di komen setiap artikel malaysiakini.

seorang pengkomen mempunyai 20 ID yang berbeza.

kami secara tidak langsung telah berjaya menyenakkan segala move pakatan dalam perang siber.

PRU dah makin hampir, ayuh seluruh blogers kita lanyak pakatan sampai menang !

HILANGKAN TEKANAN: ANWAR PERLU MELEEEWAT LAGI ?!

 KLIK SINI

SELANGOR BANGKIT : EXCO AGAMA LEPAS TANGAN.

 hasan ali naik angin dengan sikap kalid gagap yang menyerahkan isu perihal murtad kepada keluarga yang terbabit.

di tangan kali ada kuasa pencegahan namun macam biasa kalid nampak tidak berminat untuk mencari jalan penyelesaiannya.

inilah bahana bila amanah itu diberikan kepada orang yang bukan bidangnya.

apa komen kalid gereja mengenai perlantikan kalid gagap yang mengambil portfolio agama menggantikan hasan ali. 
kong kali kong..penyangak sokong penyangak.

SELANGOR BANGKIT : SIAPA SEBENARNYA YANG RAMPAS HAK MELAYU DI SELANGOR ?!

LIM GUAN ENG JUAL PREMIS MAJLIS PERBANDARAN PULAU PINANG ?

URGENT : ARAHKAN SELURUH KENALAN DAFTAR MENGUNDI !

 PRU dah nak dekat. kita masih belum selesa. mohon arah dan kerahkan seluruh kenalan anda untuk pergi mendaftar sebagai pengundi..

JELAJAH CERAMAH HASAN ALI YANG KE 60 !


hasan ali mengotakan janjinya untuk melanyak pkr,dap dan parasit pas.
baner di atas merupakan ceramah yang ke 60 hasan ali sejak jan 2012.
hasan ali tarafnya atuk yang ada cucu, tapi tenaga nya mahu mempertahankan akidah cukup mengkagumkan.

stamina dia luar biasa. stamina yang digunakan untuk melanyak penyangak islam.
anwar juga punyai stamina.
namun staminanya digunakan untuk merosak hancurkan islam,melayu dan raja.

hasan ali akan saman mahfuz dan kalid gereja.
jelas dia dah tak pandang belakang lagi.
good job dato !