IKLAN BERBAYAR

Saturday, January 31, 2009

YANG MEMBEZAKAN ERDOGAN DAN ANWAR HANYALAH 'BUAH KERANDUT' SAHAJA.

RECEP TAYIB ERDOGAN VS ANWAR IBRAHIM


anwar dan recep tayib erdogan merupakan sahabat baik. baiknya persahabatan mereka sehingga ke tahap anwar boleh 'bersembunyi' di kedutaan turki sewaktu saiful bukhari 'mengejar' beliau.. di atas pentas anwar itu jagoan bicara, katanya penuh seloka tetapi sayang pabila saiful bukhari mengejarnya....anwar itu larinya lintang pukang !

bukan sekadar saiful hatta cabaran bekas setiausahanya untuk menjawap 'surat damai' pun membuatkan anwar ibrahim lari sekali lagi. kali ini larinya cukup laju, mengalahkan usain bolt pemegang rekod dunia acara 100m.

anwar suka melarikan diri... serangan regim zionis di gaza selama beberapa hari membuka mata umat seluruh dunia. tiada justifikasi yang difikirkan logik yang membenarkan zionis mengganas. anwar kabarnya berbicara dengan pelbagai pihak luar negara 'kononnya' membantah serangan regim durjana. 'kitttaa membantah serangan ini ' kata anwar yang disiarkan di laman blognya..

wooo wooo...semua melayu pakatan rakyat bertepuk tangan, merasa amat bangga ketua umumnya pejuang bangsa yang hebat di mata dunia .. entah betul atau tidak anwar berada di situ, berkata seperti itu dan bertindak seperti itu mana kita tahu ? sedangkan depan mata 16 september pun bulat-bulat dia tipu inikan pulak 'kononnya' kenyataan bantahan di luar negara !

semalam erdogan melakukan tindakan sama seperti wartawan iraq yang membaling kasut kepada bush. erdogan telah memalukan shimon peres di davos sewaktu perdebabatan di sana. malunya shimon tidak terhingga . erdogan di sambut bagai wira dunia. untuk sekali lagi ada manusia islam melakukan kejutan, sama seperti insiden baling kasut tempoh hari.

sewaktu serangan di gaza, KITA telah mencabar anwar ibrahim untuk membakar bendera israel dan amerika, atau setidak tidaknya mengetuai demonstrasi di kuala lumpur . sayang sekali lagi anwar cabut lari.

hari ini, selepas ini kita akan mencabar anwar untuk melakukan perkara yang sama seperti yang telah dibuat oleh erdogan ! WALK OUT di depan masyarakat antarabangsa. anwar punyai banyak ruang di luar negara untuk melakukan protes yang sama.TETAPI KITA PERLU TAHU..

kita sekadar mencabar anwar sahaja ...dia takkan berani berbuat sedemikian.sebenarnya kita sudah lama mengetahui anwar sebenarnya pemimpin bacul.

YANG MEMBEZAKAN TAYIB ERDOGAN DAN ANWAR HANYALAH 'BUAH KERANDUT' SAHAJA.. EROGAN MEMPUNYAI 'BUAH KERANDUT KATEGORI JANTAN' ..DAN ANWAR ?
ps;- gap berbangga dengan kekuatan semangat ahli-ahli BPN ( bloger pembela negara) BPN SEMAKIN DIGERUNI !
DAN

Friday, January 30, 2009

LOMPAT D PERAK : 1986 ANWAR HINA PAS DAN 2009 ANWAR TIKAM PAS !

ilustrasi grafik sumbangan pewarismelayu.blogspot.com

ia mengambil masa selama 23 tahun untuk anwar mengotakan janjinya yang parti pas tiada punyai kredibiliti memimpin negeri mahupun negara. strategi 'merampas kuasa' seperti yang sedang dilakukan sekarang merupakan sikap kesinambungan anwar memperlekehkan pas selama ini tidak pernah padam.

sayang pas masih berada dalam fantasi seksualiti politik sendiri. ini lah masalah yang akan berlaku terhadap pas apabila senantiasa berada di dalam kelompok mereka sahaja.

sumber dalaman pkr memberitahu gap bahawa anwar 'cukup serius' untuk menukar pemerintahan kerajaan negeri di perak. 'selembuzar' itu merugikan, kata sumber.ada banyak cerita yang boleh dikategorikan dalam senarai 'berita sensasi' namun pihak gap sedang menapis/meneliti satu per satu isu dan akan disiarkan mengikut kesesuaian 'game' politik semasa.

Thursday, January 29, 2009

LOMPAT DI PERAK : ANTARA HAMIDAH,'SELEMBUZAR' DAN 'RAJA KATAK' PKR .

ADUN sungai rapat hamidah osman bersama tun dr mahathir

tuhan itu maha hebat. menciptakan adam dan hawa merupakan signal kehebatanNya kepada sesiapa yang berfikir. beza hawa dan adam mudah, antaranya kurniaan nisbah nafsu dan akal.

maka dengan 'satu' akal itulah kaum hawa 'mengeksploitasi' secara maksima keupayaannya mentadbir diri,rohani dan jasmani. silap tadbir boleh memakan diri, sebaliknya kira hawa pandai mentadbir maka duniawi ini pun mampu digoncangkannya.kisah adam dan hawa ini ada kaitannya dengan personaliti yang gap mahu ceritakan pada waktu ini.

hari ini dalam konteks politik perak semua manusia di malaysia membuka bicara.pelbagai persepsi dan konklusi dihujah bagi menguatkan teori. ada berkata nizar itu lembu,ada yang berkata nizar itu kambing malah ada yang berkata pasukan bolasepak kejor yeop kejor bakal mendapat maskot baru bagi menggantikan maskot lama. maskot seladang akan digantikan dengan nama baru iaitu 'selembuzar' gabungan nama seladang+lembu+nizar. wallahualam.

kenapa 'selembuzar' ? kerana nama ini begitu sesuai dengan karektor peribadi mentri besar kejor yop kejor yang kelakuannya umpama orang tongong dan bingai ..tongongnya 'selembuzar' mejual sat per satu hak islam dan melayu cukup membimbangkan.ke-bingai-an mb perak 'selembuzar' banyak memberi ruang kepada cucu-cicit chin peng mengambil kesempatan.tanah pusaka melayu antara paling teruk digadai. 'selembuzar' ini banyak diberi makan oleh pemiliknya, tauke ngeh. setiap pagi tenghari petang dan malam 'selembuzar' akan diberi makan rumput. ia hanya memakan masa 9 bulan sahaja untuk pemiliknya 'membengap-kan' menteri besar pas ini.

kebengapan 'selembuzar' telah menimbulkan reaksi yang kurang senang penduduk perak dan ini termasuklah dari pihak istana kuala kangsar sendiri. sudah 2 kali raja nazrin 'menegur' tabiat 'selembuzar' yang acapkali menggugat kedudukan melayu perak. namun teguran istana ini hanya disambut dengan laungan 'mmmooooooooo' sahaja oleh 'selembuzar'. raja pun menggeleng kepala .

tahap bingai mb perak bernama 'selembuzar' ini RRUPA-RRUPANYA turut menyakitkan hati rakan sekandang mereka dalam pakatan iaitu anwar berahim.

maka berbincanglah anwar dan pengarah strategik kategori mangkok iaitu saifudin 'katak' nasution. bila 2 mangkok ini berbincang perkara 'selembuzar' maka konklusi yang keluar pun setaraf mangkok juga.

anwar punyai masalah berdepan dengan saiful. 16 september adalah cerita bohong,cerita yang di olah untuk divert pemikiran rakyat terhadap cabaran sumpah lahanat.maka cerita divert ini perlu di ulang semula.PERAK SASARAN UTAMA, dan mangsanya adalah ADUN umno yang lemah jiwanya.

pada isnin lepas anwar telah menguhubungi 7 ADUN UMNO untuk mengajak mereka masuk pakatan. ertikata lain LOMPAT.satu ADUN sudah termakan umpan.betapa onarnya anwar menipu mereka, setiap orang yang dihubunginya TELAH DIJANJIKAN DENGAN JAWATAN MENTERI BESAR.hahaha..

ide LOMPAT ini datang dari mana ? tidak lain dari pengarah strategik kategori mangkok hayun YB saifudin 'katak' nasution. kenapa hanya ide LOMPAT sahaja yang boleh ditampilkan. jawapannya mudah. pengarah mangkok saifudin 'katak' nasution ini MERUPAKAN AHLI POLITIK NO 1 DI MALAYSIA YANG PALING BANYAK 'MELOMPAT PARTI'.PENGALAMAN LOMPAT PARTI DIGUNAKAN SEPENUHNYA OLEH BELIAU.

saifudin 'katak' nasution memulakan karier politik sewaktu beliau belajar lagi. pada waktu itu beliau merupakan ahli pas dan merupakan orang kuat ustaz nakhaie, kemudian masuk umno di waktu kemuncak anwar di tarik masuk ke dalam umno oleh dr mahathir,kemudian melompat menganggotai parti keadilan nasional pada 1999,kemudian melompat masuk semula ke dalam parti pas kerana ditawarkan jawatan pengarah yayasan tok kenali, kemudian melompat semula menjadi ahli PKR setelah ditawarkan jawatan penting oleh anwar di timur tengah dan terus dilantik menjadi pengarah strategik PKR bagi mengimbangi pengaruh azmin. harus kita ingat saifudin 'katak' nasution masih lagi merupakan ahli pas di kawasan pokok sena ! memang pelik dan sebegitulah tabiat akal pkr,semua lubang pun boleh masuk.

hari ini seorang ADUN pula di pelawa oleh anwar untuk menggangotai PKR,seterusnya mengambil alih kerusi pemerintahan pas dan 'selembuzar' di perak. 4 jam di perlukan oleh anwar untuk memujuk ketua wanita umno bahagian gopeng iaitu hamidah osman. hamidah merupakan ADUN sungai rapat dan mengikut laporan dalaman PKR, sebelum memulakan operasi LOMPAT ini anwar dan saifudin 'katak' nasution telah meneliti rakaman perdebatan dalam SIDANG DUN di perak selama beberapa hari.

ADUN sungai rapat ini merupakan 'main target' anwar dalam operasi lompat. berdasarkan maklumat dalaman PKR,kiranya anwar berjaya membawa masuk hamidah maka beliau akan dijadikan panglima utama PKR menangkis apa-apa juga tindak balas daripada pas dan 'selembuzar' !

hamidah memang punyai ketokohan berdebat. 'selembuzar' merupakan mangsa yang paling kerap dibelasah bertubi-tubi oleh kak hamidah dalam sidang DUN. kalau kita masih ingat dulu sekitar tahun 1997, pernah seorang wartawan australia di belasah lunyai oleh rafidah aziz selama 60 minit dalam temubual ekslusif secara langsung di sydney. dan ADUN sungai rapat ini sudah berada dalam kategori tersebut !

4 jam perbualan anwar dan hamidah juga membawa tawaran. MENTERI BESAR WANITA YANG PERTAMA DI PERAK DAN MALAYSIA ! anwar berbicara indah, kiranya speaker dewan pun berbangsa india maka apa kata 'kita' menabalkan seorang wanita pula menjadi menteri besar, bisik anwar pada hamidah.

hhhhaah 'kita' bisik hati hamidah.

hamidah :'bila masa "kita" ini menjadi "kita" ' sergah hamidah pada anwar.

hamidah :'lepas semua hak agama dan bangsa kamu gadaikan, berani lagi kamu panggil saya untuk bersama kamu menghancurkan lagi saki baki yang ada ! dato seri saya akan lawan kamu habis-habisan walaupun saya nyawa menjadi taruhan !!!! '..

itulah skrip terakhir antara mahamunafik anwar dan hamidah ! 4 JAM YANG MEMALUKAN ANWAR kata sumber dalaman pkr. memang benarlah kata awal gap dalam artikel ini, wanita yang hebat memang boleh menggegar dunia !

Monday, January 26, 2009

ISU PERAK ? SEKALI LAGI DIVERT.ANWAR RUPANYA TAKUT PADA SAIFUL BUKHARI !

STRATEGI PERTAMA
KEKALUTAN BERMULA LAGI. ISU DIVERT DIMAINKAN ANWAR KALI KE 2.KALAU DULU RAKYAT MALAYSIA DIBODOHKAN OLEH ANWAR DENGAN CIPTAAN 'KERAJAAN 16 SEPT' YANG SEBENARNYA ALASAN MENGALIH CABARAN SAIFUL KEPADA ANWAR UNTUK BERSUMPAH LAHANAT.

KINI ANWAR BERMAIN WAYANG SEKALI LAGI. ANWAR AKUI DIA TIDAK BOLEH LAGI MEMAINKAN ISU 16 SEPT KERANA SUDAH TIADA KREDIBILITINYA, ISU PERAK PULA DIMAINKAN.

ANWAR MENGINTAI PELUANG. ADUN BOTA KECEWA DAN HARI INI 7 ADUN UMNO PUN DIHUBUNGI ANWAR UNTUK MEMBENTUK KERAJAAN PKR YANG BARU. PADA MASA YANG SAMA ANWAR MELALAIKAN PIMPINAN PAS TERHADAP SKOP YANG KECIL INI(mengurangkan suara2 sumbang dr pas yang yakin anwar peliwat), DEMI MENGALIH PERHATIAN KEPADA SATU TARIKH YANG BESAR FERBRUARI NANTI, IAITU TARIKH PERHITUNGAN BELIAU DAN SAIFUL ,IAITU FEBRUARI 2009.

STRATEGI BERIKUTNYA..............

ia bermula di sini, di pejabat menteri besar negeri perak. di situ ada terletak seorang manusia bernama ir nizar jamaludin. walaupun dia seorng ir, namun taraf akal nya kurang sedikit daripada seekor lembu. bodohnya bagai manusia yang melanggar sunah nabi, yang melarang umatnya memakan semut dan tidur selepas asar. dalam hadis ada memberitahu agar kita jangan sekali-kali tidur selepas asar dan makan banyak semut kerana ia mendatangkan sifat bodoh dalam darjah yang paling tinggi.

ir nizar telah melanggar aturan hadis nabi saw ini walaupun dia seorang pas. jelas dan nyata pas tidak tahu basic islam. mungkin ramai melayu yang akui kenyataan gap ini bahawa pas ini memangnya sudah menyimpang jauh dari perjuangan asalnya dan KITA KENA MEMAHAMI SATU FAKTA PENTING BAHAWA PAS ITU TIDAK 'MEWAKILI KITA' DALAM URUSAN ISLAM.

selepas punca maka pasti ada tindakan. anwar bin ibrahim adalah mahamunafik paling besar dala sejarah islam, menduduki tangga ke 2 dibelakang abu jahal. munafik bermaksud berpura-pura dalam keputusan hidupnya. munafik lebih berbahaya daripada kafir dan ia terbukti dalam konteks bilangan surah al-munafikun ia lebih banyak bilangan surahnya daripada surah al-kafirun !

bila manusia yang statusnya seperti 'kera mendapat bunga' wujud dalam pakatan seperti mb perak nizar, maka anwar yang dari dulu mempunyai skill menjatuhkan orang demi kepentingannya mulai bertindak.

samalah game politik nya menghancurkan yahya sahri bekas pembantu khas kalid ibrahim tempoh hari. kesilapan yahya sahri hanya pada sekeping 'letter head' kerajaan negeri selangor dalam kes sambutan 100 hari pakatan memerintah.yahya sahri dicantas dan digantikan dengan nik nazmi (adun dan bekas budak kopi anwar sebelum election). nik nazmi merupakan 'mata dan telinga' anwar di pejabat suk selangor.

kini mb kalid ibrahim punyai masalah besar, gara-gara lembu korban. siapa dalang di sebalik keluarnya cerita ini ? tepuk dada tanya iman. dengan 'bakal terkeluar' nya kalid ibrahim maka akan masuklah 'orang-orang' anwar yang tulen menguasai kerajaan negeri. azmin ali dengar kabarnya sedang berkemas.

kenapa kalid ibrahim perlu dikorbankan ? kerana musuh ketat kumpulan erdogan iaitu kumpulan hj hadi sudah menguasai pimpinan pas negeri. orang anwar dalam pas iaitu kalid(sakit jiwa) samad dan saari sungib sudah mati dicantas tahun lepas. anwar sudah tempang dalam kumpulan pas selangor. maka dengan perlantikan azmin nanti maka akan ada satu rombakan besar exco-exco kerajaan negeri dan pastinya hassan ali akan jadi mangsa pertama ditendang keluar untuk memudahkan azmin memasukkan group-group baru erdogan pas bekerjasama dengan azmin..

berita sudah tersebar di kalangan pemimpin pas akan kenyataan anwar yang 'tidak berapa' suka dengan kemenangan wahid endut. cerita ini membuatkan mereka mulai angguk tanda faham akan muslihat anwar. anwar sebenarnya hanya menggunakan mereka sebagai batu loncatan untuk dengan seberapa segera menguasai negara.

samalah insiden pada 1993. anwar menggunakan faktor 'melayu baru' dan 'team wawasan' untuk membawa persepsi perubahan baru dalam umno. mangsanya arwah tun ghafar dan matlamatnya menghancurkan dr mahathir pada pemilihan 1999.

HARI INI ANWAR SUDAH MENGHUBUNGI 7 ADUN PERAK UNTUK MENCATUR MATLAMAT MENGUASAI KERAJAAN NEGERI. MB PERAK DARI PAS AKAN DITENDANG KELUAR DAN DAP AKAN HILANG 'ANJING SURUHAN'. antara game plan anwar mengatur strategi begini kerana mahu mengembalikan kepercayaan 'orang melayu' yang sudah hilang untuk kembali menyokong pakatan dan pkr terutamanya.nizar antara player yang membuat onar.

anwar tidak mahu kehilangan pengundi melayu seperti yang telah terbukti di peti undi wakaf mempelam. melayu selama 5 penggal mengundi pas, dek kerana kesialan pemimpin PR merosakkan nasib islam dan bangsa, pengundi peti undi wakaf mempelam telah mengundi UMNO. anwar sudah membaca signal ini maka sesuatu yang drastik perlu dilakukan, walaupun ianya akan menikam pas sendiri !

anwar juga sudah mengetahui signal berikutnya, pengarah-pengarah besar dalam malaysiakini sudah berpecah dua. satu kumpulan menyokong anwar dan satu kumpulan menyokong dasar awal penubuhan iaitu bertindak neutral. tapi anwar cekap mengubat luka walaupun ubatnya tidak semestinya membawa sembuh. malaysiakini kini dibiayai oleh dato soh chee wen. berjuta wang di 'pam' masuk kedalam pengurusan namun ianya masih tidak dapat mengubat luka mereka. SALES DAN RATING MALAYSIAKINI semakin jatuh dan portal baru yang berpangkalan di singapura iaitu MALAYSIAN INSIDER sudah mengambil alih kedudukan web politik popular. siapa di belakang MALAYSIAN INSIDER,nanti gap cerita... anwar sebenarnya dalam ketakutan.

kenapa takut ? kerana ada satu 'pihak besar' di seberang sana sudah mula menagih janji. mana 16 september ? wang sudah dilabur namun pulangannya masih tidak menampakkan hasil. apa yang dijanjikan ? dengar kabar 'LALUAN SELAT MELAKA' akan menjadi bahan gadaian yang selama ini tunku,razak,hussein dan mahatir cukup pertahankan. apa yang penting sangat laluan selat melaka, tiada lain kerana ia bakal dijadikan pengkalan tentera amarikaan. bukan itu sahaja, ia juga menjadi laluan 2/3 perdagangan ekonomi dunia(itu adalah sasaran yahudi,menguasai laluan perdagangan penting dunia di sebelah TIMUR).

balik kepada politik dalaman. husam musa di arah untuk melanggar hj hadi.wang bukan persoalan kerana percaturan anwar lebih berkepentingan. bila perak beralih tangan maka secara total PKR memainkan peranan.

anwar juga sudah tahu akan kegusaran pihak istana. ketuanan rakyat itu sambungan rancangan sialan malayan union. menghapuskan hak istimewa melayu dan akhirnya kedaulatan raja-raja. raja nazrin sudah 'memberi hint' sebanyak dua kali..dengar kabar kalau ia masuk kali ketiga..maka ....................................

ANWAR SUDAH KESUNTUKAN MASA !maka perak perlukan perubahan kuasa kononnya untuk mengembalikan semula kepercayaan raja ! maaf sebut banyak kali, tolong jangan percaya ini pemimpin durjana !

SEBENARNYA ANWAR CUBA DIVERT ISU YANG LEBIH PENTING DARIPADA ISU DI PERAK. DULU WAKTU SAIFUL BERSUMPAH LAKNAT ANWAR DIVERT ISU KEPADA MOMOKAN '16 SEPT'. KINI TARIKH PERHITUNGAN ANWAR DAN SAIFUL MUNCUL KEMBALI DAN SEKALI LAGI ANWAR DIVERT ISU INI AWAL-AWAL KEPADA CERITA DI PERAK ! ANWAR ANWAR..KALI INI KAU KANTOI !

ps:- KEPADA PENYOKONG PAKATAN, GAP MOHON KEPADA ANDA UNTUK 'MERAIKAN' KEMENANGAN SEMENTARA INI KERANA DUKA YANG BERTIMPA AKAN MENIMPA ANDA DALAM TEMPOH TERDEKAT INI !

Sunday, January 25, 2009

GONG XI FA CAI 'GAP UCAPKAN KEPADA'

GONG XI FA CAI gap ucapkan kepada seorang rakan bernama tai khai e. beliau seorang OKU yang mempunyai masalah cacat penglihatan. walaupun zahirnya tidak sempurna namun hati nya itu lebih 'celik'. tahu membezakan antara kebenaran dan kepalsuan. beberapa kali gap menyatakan pendirian membantah beberapa kerat cina DAP kerana sifat kurang ajar mereka,namun kawan gap ini masih lagi berdiri bersama-sama gap walaupun kami berbeza bangsa dan agama.saudara tai khai e tidak pernah berkecil hati.


saudara tai khai e, kita bertemu di alam cyber dan di medan inilah kita BERSAMA menentang kepala munafik no satu anwar dan konco-konco nya ! semoga dengan sedikit pengorbanan ini akan akhirnya dapat 'mencelikkan' semula hati-hati mereka yang buta untuk kembali berdiri di jalan perjuangan yang benar.
saudara tai khai e, anda memang hebat dalam internet. teruskan perjuangan.kepada sesiapa yang mahu mengenali siapa dia saudara tai khai e, dia lah pemilik blog

http://sedinginsalju.blogspot.com

GONG XI FA CAI brader !

Thursday, January 22, 2009

KIRANYA KALID IBRAHIM TERSINGKIR, MAKA...

kepimpinan kerajaan pemerintahan pakatan di selangor sudah mula menunjukkan riak-riak kegusaran. saat bergeser, lahir tatkala penentuan menentukan siapa yang layak menjadi menteri besar bermula.

asalnya calon yang paling disebut-sebut layak dan menjadi pilihan utama adalah suami samsidar taharin. suami samsidar taharin punyai background educasion yang baik. suami samsidar taharin kaya pada waktu usianya muda, kaya selepas menamatkan pengajian ilmu hisab di amarika.

suami samsidar taharin manusia isitimewa. harta karun nya melimpah pada usia muda bukan kerana keluarganya punyai hubungan dengan marcos. tetapi suami samsidar taharin kaya kerana beliau diambil menjadi anak angkat kepada isteri bekas presiden persatuan batuk kering kedah (awal 1950 an) iaitu dr siti hasmah.

dr siti hasmah menjaga suami samsidar taharin ini bagaikan anak sendiri. hinggalah pada suatu hari suami dr wan azizah telah mengambil anak angkat dr siti hasmah menjadi setiausahanya. selain menjadi anak angkat beliau menjawat tugas tambahan kepada menteri belia dan sukan sebagai setiausaha politik. ada orang , ada orang bgtau suami samsidar ini tugas pertamanya adalah membuat kopi untuk menteri itu...

dr mahathir banyak melakukan rombakan minda. beliau pernah mengusulkan agar kaedah berniaga orang melayu yang kuno di gubal dan di tukar. ide ide radikal di taji habis habisan ke pegawai daerah dan kelompok melayu. sistem perniagaan lebih sistematik,mewujudkan kumpulan pemborong melayu,mewujudkan bandar-bandar kecil untuk memudahkan punggahan hasil kampung dapat terus di jual ke bandar MENGEJUTKAN minda pak mat dan pak dol !

minda melayu menangkis ide gila ini kerana mereka tidak bersedia, mana kan tidak dr mahathir mengusul ide radikal ini pada tahun 1953 iaitu sebelum merdeka lagi ! orang tua ini punyai pandangan luar biasa. selang setahun pemerintahan beliau, konsep 'penswastaan' diimplementasi...1986 lebuhraya utara selatan diwujudkan bagi menjana ekonomi pantai barat semenanjung. sistem jalanraya ber tol dijalankan supaya kerajaan mendapatkan semula pulangan.

tetapi suami samsidar mengaplikasikan 'sistem tol' ini mengikut acuan beliau sendiri. pada waktu suami wan azizah menjadi menteri kewangan dan tpm, memang terdapat satu kaunter khas 'tol' diwujudkan bagi memudahkan laluan kepada 'pengguna' untuk menemui al..anwarunmahamunafikun.

kenaikan 'tol' yang membebankan pengguna pernah menyebabkan pada satu hari pegawai BPR telah menyerbu pejabat suami samsidar...tetapi dihalang oleh al anwarunmahamnafikun. 6 kotak itu ada, 3 untuk perwaja dan 3 ada di dalamnya nama menteri,korporat dan nama misteri bernama 'azmin ali'. kerana itu lah cabaran seorang anak muda bernama ezam untuk al anwarunmahamunafikun menjawap secara total isu 6 kotak membuatkan dia lari lintang pukang !

di sebut kisah setaraf x files, suami samsidar ini sebenarnya lah nama pertama disebut bakal menjadi menteri besar selangor selepas pilihanraya mac 2008. namun atas perkiraan dan perhitungan peribadi, al anwarunmahamunafikun meletakkan nama khalid ibrahim untuk menjadi menteri besar pakatan rakyat di selangor. perhitungan al anwarmahamunafikun memang bijak. meletakkan bekas budak kopinya iaitu nik nazmi (kini ADUN) untuk menjadi setiausaha menteri besar seterusnya menjadi 'mata dan telinga' anwar di sana.

suami samsidar dijanjikan menteri kewangan ke 2 pada pembentukan kerajaan baru 16 september lepas, sayangnya sayangnya dan sayangnya..itu sekadar dendangan fantasia dan ilusi. mana mungkin insan boleh meng 'iya' kan hidupnya di masa hadapan ..melebihi hukum rabbulalamin !

kalid ibrahim bakal dihantar semula ke tempat asalnya, di perth,uae atau mungkin penjara kajang.namun pemergian kalid nanti bukanlah agenda besar al anwarmahamunafikun. agendanya adalah menguatkan semula pengaruh erdogan yang semakin hilang cengkamannya terutama di selangor.

al anwarmahamunafikun gusar kedudukan pengaruhnya di kalangan pemimpin pakatan semakin mengecil. balaci besar nya di selangor iaitu kalid samad yang punyai sakit mental telah di cantas oleh pesuruhjaya pas selangor. cantasan mengejutkan ini dengar kabarnya membuatkan anwar menepuk meja tanda kemarahan (samalah kelakuannya apabila beliau menepuk meja 2 kali pada mesyuarat MT umno sebelum pemecatannya pada 2sept 98 )

kemenangan calon prk p36 wahid endut juga sebenarnya langsung tidak menyenangkan beliau kerana dalam mesyuarat tertutup PKR, kabarnya beliau ada memberitahu 'wahid merencatkan plan kita' ! wahid bukan erdogan tetapi dia budak aji adi.kira benar kalid ibrahim bakal pulang kembali ke rumah asalnya di perth ATAU MUNGKIN KE PENJARA KAJANG, maka kita akan saksikan sekali lagi selepas ini PERGADUHAN TERBESAR 3 KELOMPOK berkepentingan untuk menguasai kerusi panas ini ! satu kumpulan erdogan, dua pas dan ketiga exco negeri sendiri !

pada 27 nov gap ada melaporkan berita bahawa kalid ibrahim bakal disingkirkan


pada 30 nov gap menyiarkan laporan penafian azmin ali bahawa beliau bakal menggantikan kalid.

ahad lepas 19 jan gap ada melaporkan akan ada laporan SPRM terhadap menteri besar pakatan.
rabu lepas laporan salahguna kuasa dilakukan terhadap kalid ibrahim...

SELEPAS INI...ADA YANG LEBIH MENGGEMPARKAN, NANTIKAN PENDEDAHAN GAP.APAPUN 'IA' MERUPAKAN SATU UNDANGAN MALAPETAKA YANG BESAR KEPADA RAKYAT SELANGOR KIRANYA SUAMI SHAMSIDAR ITU BAKAL MENJADI MENTERI BESAR SELANGOR MENGGANTIKAN KALID BRAHIM.

Wednesday, January 21, 2009

KALID FLINSTONE.. LEMBU PUN DIA SEBAT !


ahad lepas gap bgtau akan ada menteri besar di kalangan pakatan rakyat bakal di siasat oleh suruhanjaya pencegahan rasuah malaysia (SPRM) .. (sila baca artikel bertajuk LAPORAN SPRM TERHADAP MB PAKATAN RAKYAT ? )

rupa-rupanya kalid flinstone. KESNYA,SONGLAP LEMBU ! kalid flinstone memang seorang pejuang sejati. tiada siapa dapat menandingi keberanian beliau mempertahankan binatang. mungkin kalid cuba-cuba menandingi kehebatan tokoh-tokoh terhebat dunia dalam perihal memperjuangkan idealisme.

dulu evita dianggap sebagai serikandi heroin argentina, martin luther king dianggap sebagai pejuang hak asasi niger di negara uncle sam..tapi kini kita ...kita..kita juga tidak ketinggalan dalam melahirkan tokoh-tokong terbilang.

kalau 3 tahun dulu kita ada 'raja sms' mawi, kini kita harus berbangga kerana sekali lagi muncul seorang anak melayu bernama kalid flinstone yang bermati-matian memperjuangkan agenda kebinatangan..no..no bukan gap kata kalid flinstone itu binatang..sebaliknya gap kata kalid flinstone ini hero kepada binatang.

siapa sangka nasib babi yang selama ini tidak terbela,dihina,dihenjak,dimalukan,diaibkan, gara-gara kerana 'dia' itu babi..kini label babi yang dulunya jijik kini semakin bersih dan semakin suci dibersihkan oleh pakatan rakyat.

babi kini sudah boleh tidur lena dalam kondominium berhawa dingin di sepang... no no..please jangan marah kalid flinstone ok. dia dah sayangkan babi, kita nak buat macamana ?

walaupun babi dan camry bukan dalam manisfesto kerajaan negeri, tetapi api perjuangan kalid untuk MEMBEBASKAN PENDERITAAN BABI tiada siapa dapat patahkan !

tapi kenapa babi kalid 'jaga', lembu kalid 'sebat' ? hhmmmmm....pelbagai teori bermain di hati. hehe..bila gap tengok kes kalid flinstone sebat lembu..teringat cerita nujum pak belalang.

BUNTAL :' tok penghulu..tok penghulu lembu hamba hilang tok' !
TOK PENGHULU : ' macamana lembu kamu boleh hilang buntal ?'
BUNTAL : 'waktu hamba pergi melepas tok'.
TOK PENGHULU : 'melepas apa buntal ?' '
BUNTAL : ' melepas BAMMM tok ! '

(teori gap mungkin kalid flinstone sebat lembu masa owner nya melepas bammm !)

Sunday, January 18, 2009

LAPORAN SPRM TERHADAP MB PAKATAN RAKYAT ?

gap tidak ralat sama sekali melihatkan kekalahan umno di kuala trengganu. adat bertanding kalah menang sudah pasti. namun yang pasti ada beberapa ulasan yang gap kira cukup penting untuk kita kaji.

majoriti sokongan pengundi melayu di wakaf mempelam yang selama ini (5 penggal) menyokong wahid endut kini sudah beralih arah .melayu di sana sudah berani untuk tidak lagi memangkah pas .

pas menang bukan kerana undi melayu, tetapi menang kerana saluran 2,3,4 di dun bandar yang majoriti pengundinya cina telah memangkah pas.protes jelas pengundi melayu merupakan cerita baik yang boleh kita buat kajian. mungkinkah serangan KITA memperingatkan akan kesialan pakatan rakyat sudah berhasil ? kalau ditanya gap, maka jawapannya YA dan KITA kena bekerja dengan lebih keras lagi.

pengundi dun bandar yang majoritinya cina semakin berani menongkah arus. ceramah brother kit siang (saudara chin peng) yang bakal dinobatkan oleh anwar sebagai timbalan perdana menteri malaysia nanti sememang satu peluang yang ditunggu-tunggu oleh pengundi cina untuk menjadikannya realiti. dalam kempen ceramah brother kit siang ada cerita menarik. dalam senyap senyap brother kit siang sempat berkata di depan pengundi cina ' kita akan laga-lagakan melayu sampai kita (cina) pegang ini negara !' walaupun gap melayu tapi dia lupa aku boleh berbicara mandarin.

umno perlu dikritik. aku tidak boleh bercerita tentang semua maklumat namun hasil penyelidikan pihak gap (6 orang) kami berterabur di semua tempat untuk mengumpul maklumat kelemahan dan kekuatan. 2 orang kumpulan gap di surau,2 di masjid, 2 di hotel.

di surau dan masjid penuh maki dan nista tanpa ada rasa malu walaupun ketayap putih di kepala, di pasar payang orang pas berjubah memekik mekik bagai orang gila. mencarut perkataan BABI di depan sharizat. nampak jelas maki makian dan caci cacian merupakan surah surah sesat pas menyempitkan otak umat..

namun di satu pihak pemimpin bahagian dan pusat dari umno lebih banyak meluangkan masa di kopi haus. lebih memilukan apabila ada calon yang akan bertanding jawatan tertinggi umno bila berceramah di depan pengundi masih lagi mengungkap kata-kata purbakala ' tuan-tuan kita harus bersyukur, kita ada api, jalan raya dan court badminton' ! gap hantuk-hantuk kepala kat tiang letrik bila gap masih lagi dengar ceramah memualkan dizaman...dizaman..dizaman..ini !

APAPUN

kemenangan pas merupakan satu RAHMAT terbesar untuk kita ( bloger,BPN,pembaca). sudah kita ketahui akan kesialan pakatan rakyat mempermainkan ISLAM dan MELAYU merupakan satu cerita yang tidak boleh dinafikan lagi.

kisah husam lebih takut kit siang daripada ALLAH SWT tentang isu hudud, kisah babi mega di negeri pakatan rakyat, kisah ahli parlimen shah alam khalid samad memberikan kebenaran kepada gereja menggunakan ayat ALLAH, mb pas perak yang kini adalah anjing suruhan cucu bintang 3, dll merupakan permainan politik paling menjengkelkan yang harus kita hadapi...

adakah kerana pas menang di kuala trengganu TANDA dia benar ? tidak sama sekali . nabi saw pun pernah tewas di uhud dan zionis pun semakin hebat di gaza.

kita harus memahami akan perjuangan mulia ini. cukup mulia kerana kita menentang pakatan rakyat YANG BERTUNJANGKAN AKIDAH MUNAFIK semakin hebat dan galak menjual apa juga hak yang ada demi kemaruk kuasa. dulu para nabi rasul di uji dengan lebih hebat. ada yang digergaji ada yang dibakar. para sahabat ada yang dicemeti, putus tangan, putus kepala dan nabi saw pun berdarah kepalanya di taif namun itu semua tidak menjadi halangan kepada mereka ini untuk terus berjuang demi agama demi hak bangsa.apatah lagi kita pada waktu ini, berjuang menentang mereka, yang perlukan ada hanyalah kekuatan semangat juang sahaja.

ANWAR IBRAHIM DAN PAS BERKALI-KALI MENGGUNAKAN TAKTIK 'ENOUGH LIES WILL EVENTUALLY BECOME TRUTH' (pembohongan yang di ulang-ulang akan akhirnya diterima ).namun..

KITA TETAP AKAN BERJUANG HABIS-HABISAN MENENTANG PAKATAN MUNAFIK INI !SEPERTI KATA PANGLIMA TARIQ IBNU ZIYAD ' LETS FIGHT AND DIE WITH HONOUR' !

ALLAHUAKBAR ALLAHUAKBAR ALLAHUAKBAR !

(dengar cerita ada laporan BPR terhadap menteri besar pakatan munafik..minggu ni kot)

Thursday, January 15, 2009

PRK-P36. AKHIRNYA ANWAR ITU SAH MUNAFIK !



selama 11 tahunseparuh daripada umat melayu di tipu oleh anwar ibrahim. anwar dipecat pada 2 september 1998 dan ditahan di bawah ISA pada 20 september 1998. 18 hari yang digunakan oleh anwar ibrahim adalah mengajak seluruh bangsa melayu melakukan demostrasi besar-besaran di seluruh negara. sebut sahaja di batu pahat, di kota baharu semua umat berkumpul mendengar cerita-cerita anwar.


selama 18 hari itu anwar membawa melayu untuk mempercayai ceritanya. dr mahathir itu adalah firaun dan dia cukup zalim. taraf dr mahathir pada waktu itu sama sahaja nilainya dengan kelakukan binatang ! anwar terus menerus menanamkan bait-baik kebencian yang yang cukup dahsyat kepada dr mahathir dan hampir seluruh rakyat mempercayainya...


pada petang 20 september selepas asar di masjid negara anwar sekali lagi melakukan provokasi. di perkarangan masjid negara dan kemudiannya di dataran merdeka sekali lagi anwar menabur cerita keburukan dr mahathir....

TAPI RRRUUPA-RRUPANYA .....

anwar itu bercakap bohong. mulutnya busuk bangkai. dalam keadaan 18 hari yang cukup huru hara itu , secara senyap senyap anwar ibrahim mengutus surat 'melutut' di kaki dr mahathir !

anwar ibrahim..kalau kamu benar-benar YAKIN bahawa tuduhan ke atas mu itu tidak benar, mengapa kamu perlu mengutus surat damai ?

sila rujuk pada blog ini untuk membaca dengan lebih lengkap pendedahan surat damai ini !

Monday, January 12, 2009

PRK-P36. PENDEDAHAN 'SURAT DAMAI' OLEH EZAM.MASA MEMPERBETULKAN SEMULA SEJARAH !


PENDEDAHAN EZAM MENGENAI 'SURAT DAMAI' yang ditulis oleh anwar adalah satu peristiwa yang cukup serius. 'surat damai' yang ditulis oleh anwar pada malam 8 september 1998 dikhusus untuk dr mahathir sebenarnya membawa kita kepada beberapa perkara penting yang perlu untuk kita 'perbetulkan' semula kerana ia melibatkan sejarah dan maruah dr mahathir itu sendiri.

'surat damai' ini mengajak kita mengkaji semula persepsi sejarah, dosa fitnah yang kita percayai selama 11 tahun anwar terhadap dr mahathir ! selama 11 tahun anwar ibrahim membawa hampir separuh bangsa melayu mempercayai bahawa tun mahathir itu pemimpin paling dahsyat sezalim firaun mahupun hitler.

pendedahan ezam tentang 'surat damai' ini samalah tarafnya dengan pembetulan semula sejarah akan fitnah syiah yang mengatakan ali itulah yang sepatutnya menjadi rasul terakhir bukannya muhammad saw !

semalam ezam telah mendedahkan kesediaan anwar bin ibrahim untuk 'melutut di kaki' tun mahathir. surat rahsia yang masih di simpan dan akan di edarkan di kuala trengganu itu sesungguhnya membuktikan akan beberapa point yang cukup penting, dan boleh dianggap sebagai 'pendedahan memperbetulkan semula sejarah' perhitungan antara tun mahathir dan anwar ibrahim sendiri.

- anwar dipecat pada 2 september 1998.

- anwar sempat mengadakan demonstrasi di seluruh negara selama 18 hari.

- anwar ditangkap di rumahnya di jalan setia murni 1 pada 20 september 1998.

-anwar ditumbuk oleh rahim nor pada malam itu. dalam siasatan suruhanjaya diraja mendapati rahim nor bersalah..tetapi harus di ingat bahawa rahim nor dalam sesi soal siasat mendakwa anwar memanggilnya 'BAPAK ANJING'. kenapa anwar memanggil rahim nor bapak anjing ? kerana insiden di bukit serene yang melibatkan seorang anggota polis di dera oleh pihak istana dengan menyuruhnya menjaga pondok anjing di belakang istana. anwar sememangnya mengetahui akan pilu rasa hati rahim nor apabila anak buahnya diperlakukan sedemikian rupa.maka dengan itu pada malam beliau ditahan BELIAU SENGAJA memprovok rahim nor.

'surat damai' dalam ertikata umum yang cukup hangat diperkatakan ini membawa kita kepada persoalan yang cukup penting untuk diperbetulkan semula..ANTARANYA


1) PERSEPSI TUDUHAN TUN MAHATHIR MENGATAKAN ANWAR PELIWAT SEMEMANGNYA BETUL BILA EZAM MENDEDAHKAN ANWAR IBRAHIM PADA 8 SEPT 1998 AWAL-AWAL LAGI SUDAH MEMOHON UNTUK 'BERDAMAI' SEMULA. KIRANYA TUDUHAN ITU TIDAK BERASAS DAN TIADA KREDIBILITI, MENGAPA ANWAR SANGGUP BERKAWAN SEMULA DENGAN TUN MAHATHIR SEDANGKAN TUDUHAN YANG DIKENAKAN ITU CUKUP SERIUS DAN MENGAIBKAN ?

2) TUDUHAN MENGATAKAN ANWAR AGEN ASING. 8 SEPTEMBER 1998 ANWAR SEDIA BERDAMAI. MAKNANYA DAKWAAN TUN MAHATHIR SEMEMANGNYA BETUL. ANWAR MEMANG BENAR AGEN ASING.

3) ANWAR AGEN SOROS. JIKA DAKWAAN INI BOHONG, KENAPA ANWAR SANGGUP BERDAMAI ?

4) SALAH GUNA KUASA OLEH ANWAR.

siasatan penulis blog analisisringan.blogspot yang berjaya membongkar situasi tegang pada waktu tersebut juga menguatkan lagi akan label anwar sememangnya pada waktu itu (8 sept 98) TELAH MENGAKU SALAH ! insiden anwar cuba mencabar menteri dalam negeri pada waktu itu abdullah badawi dan secara tiba-tiba (8sept) anwar menghentikan siri roadshow seluruh negara menguatkan akan hujah kandungan surat damai tersebut.

http://analisisringan.blogspot.com/2009/01/kebenaran-kata-kata-ezam-anwar.html

APA PUN GAP MENGAJAK SEMUA UMAT MELAYU AGAR TENANG SETELAH MEMBACA 2 HELAI SURAT KARANGAN ANWAR SENDIRI. NANTIKAN PENDEDAHANNYA NANTI.

Sunday, January 11, 2009

PRK-P36. GEMPAR .. EZAM BONGKAR INSIDEN '8SEPT 98' !



SELEPAS KISAH 16 SEPTEMBER MASIH TIDAK TERJAWAP , KINI MUNCUL LAGI SATU TARIKH BARU YANG PASTINYA AKAN MENGGEMPARKAN SELURUH PENYOKONG ANWAR IBRAHIM ! ANWAR SUDAH MENGAKU KALAH !

SILA RUJUK PEMBONGKARAN XKLUSIF DPD TEMAN MEDAN INFO KITA.


KITA MINTA ANWAR JAWAP INSIDEN '8 SEPTEMBER 1998' INI !
KITA MINTA ANWAR JAWAP ISU 6 KOTAK !
KITA MINTA ANWAR BAKAR BENDERA AMERIKA DAN ISRAEL !
ANWAR IBRAHIM..KAMI CABARRRRR KAMU UNTUK JADI 'ANAK JANTAN' !

Friday, January 9, 2009

ALLAHUAKBAR ! HEBAT KANOUTE


TUAN2 KANOUTE TELAH JALANKAN TUGASNYA.. KITA DISINI JUGA PUNYAI TUGAS. ZIONIS DAN ANWAR PERLU DITUMPASKAN !

Thursday, January 8, 2009

PRK-P36. KINI ANDA PUNYAI ALASAN UNTUK 'MELUDAH ANWAR' !






DIA BUKAN KAKI PENIPU, TETAPI SEBENARNYA KAKI TEMBERANG !

perhatikan gambar-gambar anwar ini. sakit bukan kepalang. kita orang melayu telah berdosa kerana menghancurkan masa depan bakal pemimpin teragung umat ! kenapa kita zalim terhadapnya ? kenapa kita aniaya pada dia ? cuba kita letakkan diri kita di tempat nya..sengsara amat sengsara.. hanya orang-orang terpilih sahaja punyai kemampuan menahan penderitaan sebegini.. haha lawak lawak !

PADA 1982 DIA MENIPU ALMARHUM DATO FADHIL UNTUK TIDAK SERTAI UMNO.
PADA 1993 DIA MENIPU MELAYU KONONNYA TIDAK MAHU MENENTANG GHAFAR.
16 SEPTEMBER SEKALI LAGI DIA MENIPU SELURUH DUNIA DIA BAKAL MENJADI PM.

SAKSIKAN VIDEO 'ANWAR KAKI PENIPU'....
SILA KLIK VIDEO KE 2

GAP MERAYU !




BOIKOT BARANGAN KELUARAN SYAITAN INI ! ATAS DASAR MENGHORMATI YANG TELAH SYAHID MAKA GAP TIDAK AKAN MENYIARKAN PUN APA2 GAMBAR YANG MENYAYAT HATI ! WAHAI UMAT...KITA JAUH DARI MEREKA NAMUN 2 PERKARA YANG BOLEH KITA LAKUKAN !

1) BOIKOT BARANGAN MEREKA
2) DOA SOLAT HAJAT KERANA DOA ADALAH SENJATA UMAT !
MOGA ALLAH SWT AKAN MENHANCURKAN REGIM ZIONIS DAN SEGALA KETUA-KETUA LIGA ARAB YANG MUNAFIK ! AMIN
JAHANAM KAMU SYAITAN !

PRK-P36. MELAYU (PAS) MUDAH LUPA !





anda mahu kami keluarkan lagi poster sebegini ? nanti GAP akan keluarkan lagi..dan lagi..terima kasih kepada http://www.pewarismelayu.blogspot.com/ di atas ilustrasi menarik ini....

Monday, January 5, 2009

PRK-P36. ISU 6 KOTAK " ANWAR IBRAHIM..GAP CABAR KAMU..."






anwar kini meniti hari-hari yang gelisah. mindanya bercelaru dengan pelbagai masalah. haluan politik nya kejap ke kanan dan ke kiri. arah politiknya tidak dapat dikawal.tidak disangka selepas pembohongan 16 september cerita gempur sarawak semakin tiada kredibiliti. orang semakin menyampah dengan penipuan demi penipuan ini. lebih parah ianya berlaku dalam kem nya sendiri.

anwar ibrahim,GAP tahu di hatimu itu penuh gundah, penuh gelisah. di dalam PKR kamu sudah tahu ada talam dua muka namun kamu tidak tahu siapa diantaranya. memang sengaja pihak kami plant mereka supaya segala perancangan mu mudah kami awasi..bicara mu di kongres PKR tiada punyai arah dan makna. mereka tertampi menanti komentar penipu mu akan isu 16 september ! sayang kamu sebenarnya tiada jawapan..sudah kekeringan ide untuk menipu sekali lagi.

makin hari makin terserlah kebusukan janji-janji mu. setiap bait-bait kata mu hanya mengeluarkan bau yang hanyir. di kiri parti puak sivaji sudah mendesak mu. mana pergi janji mahu membebaskan 5 hindraf ? di kanan cucu cicit chin peng menanti jawapan hudud bila kamu kembali nanti. kerana tidak tertahan asakan kamu berlari ke turki dubai dan uae..itulah sebenarnya karektor mu anwar ..akan sentiasa berlari untuk mengelak jawapan dinanti.pasti tika ini kamu mahukan secangkir kopi, buat ubat penenang diri ! kopi oh kopi..mana kau lari.

anwar ibrahim...kamu dengar baik-baik . jangan membuang masa dengan menghantar kucing-kucing kurap PKR untuk berentap dengan GAP ! setakat saifudin nasution sudah GAP ada cerita 'aib' nya di tangan GAP ! apatah lagi lembu2 AMK kamu yang punyai banyakkkkk kontroversi ! ada diantara lembu-lembu AMK itu terpalit dengan dengan skandal seksualiti..arrhhh.. mana kan tumpahnya kuah kalau tidak ke nasik !

anwar ibrahim...kau dengar sini baik-baik. jangan bermain api takut nanti membakar diri. tapi langkah pendekar kalau orang sudah memberi 'buku' kan aku memberi 'ruas' nya nanti.ceritaku ini berkisar akan 6 kotak misteri. ya satu cerita sensasi kamu anwar, pengamal politik luar tabie. apa sebenarnya niat mu menghantar anak muda yang rosak akhlaknya menyampaikan cerita sensasi ini ? apa benar kamu memang sakit hati terhadap bekas panglima mu ezam ?

anwar ibrahim..kamu dengar sini baik-baik. biarkan GAP olah cerita ini. akan ku bongkar misteri cerita ini.

kamu perhati kan gambar diatas dengan teliti. itulah ezam. sejarah sudah membuktikan anak muda inilah yang bermati-matian berjuang melawan rasuah masa kamu di gari ! anak muda ini punyai history. 6 kotak rasuah merupakan kes paling sensasi, dek kerana 6 kotak inilah anak muda ini keluar masuk lokap antara yang terbanyak sekali.

anwar...sejarah sudah tercatit bahawa anak muda ini meringkok di penjara sungai buloh dan kajang kerana memperjuangkan isu rasuah kontroversi ! dek kerana keberanian anak muda inilah 'hadiah istimewa' OSA diberi...

anwar jangan kamu main dengan kontroversi kelak akan memakan diri.. sejarah sudah membuktikan ezam punyai keberanian luar biasa daripada kamu..GAP cabar kamu keluarkan fakta sejarah sebutkan siapa di antara panglima kamu yang punyai rekod dedahkan rasuah rasmi ? azmin,saifudin dll...nehi beti nehi..tiada mereka ini berani masuk lokap walau pun sehari.

apa 6 kotak kamu mahu sensasikan lagi ? mari sini GAP bgtau kisah hebat lagi misteri.

apa kamu lupa anak muda ini pernah mendedahkan rasuah sensasi pak menteri ?
apa kamu lupa akan laporan pendedahan rasuah 600 muka surat pegawai tertinggi ?
apa kamu lupa laporan BPR ezam terhadap pegawai di kementerian asas tani ?
apa kamu lupa laporan BPR ezam terhadap pegawai di kementerian belia dan sukan ?
apa kamu lupa pendedahan bekas pengarah BPR sabah tempoh hari terhadap ketua polisi?
apa kamu lupa akan laporan BPR ezam terhadap pegawai khas MB kalid ibrahami ?

dan anak muda ini hingga kini tidak pernah pun menarik balik walau satu pun laporan BPR yang diberi ! hhhaaaa anwar kali ini lu mati... 6 kotak sensasi sebenarnya memakan diri kau sendiri.

mari sini GAP bongkar pula kisah misteri akan 6 kotak sensasi. 3 kotak pertama merangkumi rasuah perwaja. 3 kotak lain diantaranya adalah dokumen rasuah pak menteri dan terselit di dalam kotak itu juga satu dokumen misteri kepunyaan pembantu peribadi ?

siapa punya empunya diri ? tidak lain dan tidak bukan dia ialah azmin bin ali ! pembantu peribadi mu sendiri ! apa kamu lupa pada awal tahun 90an beberapa pegawai BPR telah menyerbu pejabat setiausaha timbalan perdana menteri ? pejabat itu dimiliki oleh anwar bin ibrahim sendiri ! apa kamu lupa kamulah yang telah menghalau mereka keluar dari pejabat kamu pada pagi penuh sensasi !

anwar ibrahimi...kamu dengar sini baik-baik. kini sudah 4 tahun kamu bebas dari penjara duniawi.. kamu bicara tentang rasuah di timur barat utara dan selatan..hingga terbawa-bawa ke kondo damansara istana peribadi, yang menu nya hanya menghidangkan kopi.

4 tahun kamu berdiskusi mengeluarkan teori2 air liur basi .NEGARA INI RASUAH , PEMIMPIN ITU RASUAH ! tapi sayang kamu sekadar menyatakan yang teori, tiada keberanian melakukan praktikaliti . cakap tidak serupa bikin.. rrrrupa rupanya kamu takut 'dikembalikan' ke penjara lagi .

2 biji anggur di celah kangkang mu rupanya berlaga-laga mengeluarkan bunyi . takut kamu itu tak terperi kerana 6 kotak sensasi sebenarnya boleh memakan diri sendiri .

AKU TIDAK MAHU BERCERITA LAGI...ANWAR IBRAHIM AKU CABAR KAMU DEDAHKAN DOKUMEN RASUAH 6 KOTAK SENSASI ! WALAUPUN SELEPAS 2 ANGGUR DI CELAH KANGKANGMU ITU TIDAK BERLAGA LAGI.

RESOLUSI BPN : BOIKOT BARANGAN ISRAEL/USA


Resolusi bertajuk : ISU PALESTIN DAN GESAAN BOIKOT BARANGAN ISRAEL / USA

1. Kami ahli BPN sebulat suara mengutuk sekeras-kerasnya kekejaman tentera Israel keatas umat islam di bumi palestin' Kami juga mengesa agar semua blogger diMalaysia tanpa mengira idelogi agar bersama-sama mengutuk perbuatan yang tidak berperikemaknusiaan tersebut.

2.Pengguna Islam Digesa Boikot Barangan Yahudi/ US . Marilah kita bersama-sama melaksakan kewajipan agar penghinaan kepada Islam mendapat pembalasan sewajarnya.

3. Kami juga menggesa agar pihak PBB lebih bertegas dalam menagani isu pencerobohan ini dan mendesak pihak Amerika agar berhenti dari terus menyokong tindakan dan polisi ketenteraan zionis tersebut.

4. Kami juga mengesa agar pihak kerajaan menghantar memorandum bantahan kepada Negara Israel dan Amerika terhadap pencerobohan ini. Sekiranya pihak Negara Amerika masih terus juga meneruskan dasar polisi luar mereka menyokong dan membantu pihak Yahudi Zionist maka kami mengesa pihak kerajaan Malaysia memutuskan perhubungan diplomatik dengan mereka.

5. SEMUA BLOGGER DIGESA MENYEBAR LUASKAN RESOLUSI INI DAN MENGHANTARNYA KEPADA MEDIA MASSA DAN ELETRONIK SERTA MENAMPAL DI MANA MANA FORUM ATAU MYSPACE ATAU YOUTUBE ATAU KOMEN BAGI MEMASTIKAN KESAN OPTIMUM GERAKAN INI

6. BPN mengesa agar pertubuhan OIC memainkan peranan mereka dengan lebih berkesan lagi serta bersatu dalam menangani situasi yang melibatkan negara Islam serantau.Semua negara OIC diminta untuk mendesak PBB agar bertegas dalam isu Palestin.

7. BPN menggesa semua ahli BPN dan juga para blogger menyiarkan logo BOIKOT ISRAEL USA dan Link senarai barangannya di blog blog masing masing demi agama bangsa dan negara kita.

Disediakan oleh :Panglima Perang CyberYdp Blogger Pembela Negara ( BPN )
GAP SOKONG RESOLUSI PENTING INI !!!!!!!!!!!!!

Sunday, January 4, 2009

PRK-P36. ANWAR YANG AJAR HINDRAF BIADAP !




asalnya kumpulan hindraf ini sekadar menuntut gantirugi sebanyak RM 1juta untuk setiap kepala anak hindu. tuntutan dibuat terhadap queen of elizabeth selaku ketua negara britain di atas 'paksaan' memindahkan buruh2 tamil ke tanah melayu.namun usaha ini tidak menampakkan hasilnya sehinggalah anwar bin ibrahim ......hadir di mahkamah majistret klang pada bulan november 2007 sewaktu pembebasan 5 pemimpin hindraf.
di kala itulah 'tuntutan gantirugi' mulai hilang dari skrip asal dan anwar telah mengalih kebencian yang ada ditujukan kepada seluruh orang melayu. segala cerita fantasi akan buruk layanan yang diterima oleh mereka di olah dan digarap dengan sebegitu dahsyat oleh anwar ibrahim. skrip hindraf kini bertukar.

melayu itu hina..negara ini hina..agama islam ini hina dan berjayalah anwar menekap fantasi brengset pada setiap kepala orang india membenci segala apa yang ada di tanah melayu.

pas for all. pas juga tidak melepaskan peluang keemasan ini untuk bersama mengajak hindraf membenci melayu, membenci negara ini. hingga kekacauan luar biasa yang dilakukan hindraf di majlis rumah terbuka hari raya pun pas berkata itulah hak demokrasi mereka...

HINDRAF biadap kerana anwar ajar mereka biadap
HINDRAF makin biadap kerana pas membenarkan mereka menghina raya pertama
HINDAF naik tocang kerana anwar adalah pengamal politik sundal

anwar bin ibrahim hanya satu tangga sahaja di bawah abu jahal .. perilaku parti pas menikam agama dan bangsa sendiri demi undi, pernah p ramlee kiaskan dalam filem sarjan hassan...watak 'buang' lakonan berkesan saleh kamil...

menyokong pakatan rakyat dan anwar ibrahim merupakan langkah-langkah yang akan membawa binasa kepada agama dan bangsa...TOLAK PAS PADA PRK P36 KUALA TRENGGANU MERUPAKAN DETIK PERMULA KEBANGKITAN KITA MENENTANG PENGKHIANAT AGAMA DAN BANGSA !

INI ADALAH ANTARA 18 MEMORANDUM YANG ANWAR AJAR KEPADA HINDRAF

1. End 50 years of violations of the Malaysian Federal Constitution.
2. Try to End Racism, Islamic extremism and Malay privileges on the 50th year golden jubilee celebrations of Malaysian independence.

MEREKA KURANG AJAR KERANA PAS YANG AJAR !
MEREKA KURANG AJAR KERANA ANWAR YANG AJAR !
INI PETIKAN DARI DR SID

Thursday, January 1, 2009

PRK-P36. SERANGAN BLOGER ANTI ANWAR KINI BERMULA !


GAP DAN BPN DENGAN INI MENGISYTIHARKAN SERANGAN KE ATAS ANWAR IBRAHIM SUDAH BERMULA. SATU PERSATU PENDEDAHAN AKAN DILAKUKAN HINGGALAH (DENGAN IZIN ALLAH SWT) KITA MENCAPAI KEMENANGAN DI KUALA TRENGGANU NANTI.


terima kasih gap ucapkan kepada bloger http://pewarismelayu.blogspot.com kerana ilustrasi grafik yang cukup menarik.


gap memohon kerjasama kepada BLOGER PEMBELA NEGARA (BPN) dan bloger2 independen agar dapat menyiar dan menyebarkan gambar ini seluas mungkin.jadikan ia sebagai kempen permulaan kita menewaskan pakatan rakyat. kepada bloger2 baru diharap anda boleh menjadi ahli baru BLOGER PEMBELA NEGARA.sila berhubung dengan bloger panglima perang cyber,desperado,che moq atau AJK lain dimana yang berkesempatan.